Misi hidup-mati Itali
CENTURION, Afrika Selatan – Umpama misi hidup atau mati. Itu yang bakal dilalui Itali apabila menentang Brazil pada aksi terakhir Kumpulan B Piala Konfe- derasi awal pagi esok.
Jika tewas, Itali yang tampil selaku juara dunia sudah boleh melupakan kempen kali ini.
Skuad kendalian Marcello Lippi itu perlu mencatatkan kemenangan dengan kelebihan dua gol bagi memastikan slot ke separuh akhir menjadi mereka.
Sebaliknya, Brazil pula hanya memerlukan keputusan seri untuk menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik pada edisi kali ini.
Terdahulu, misi Itali untuk mara ke separuh akhir semakin pudar selepas mereka tewas mengejut 0-1 kepada Mesir, sementara Brazil gah dengan keme- nangan 3-0 ke atas Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, pertemuan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Loftus Versfeld awal pagi esok pastinya ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak di seluruh dunia.
“Ia satu pertembungan yang cukup klasik. Saya yakin perlawanan ini pasti menjanjikan saingan penuh mendebarkan,” kata pemain tengah Brazil, Gilberto Silva.
Ketika ini, Brazil mengungguli Kumpulan B selepas meraih enam mata, tiga mata di hadapan Itali dan Mesir yang masing-masing berada di tangga kedua dan ketiga.
Amerika Syarikat masih gagal memungut sebarang mata dan di atas kertas, peluang mereka untuk mara ke separuh akhir dilihat agak tipis.
Itali pula masih mampu mara ke separuh akhir jika seri dengan Brazil, namun dalam masa yang sama, mereka mengharap- kan Mesir tewas kepada Amerika Syarikat.
“Brazil sebuah pasukan mantap tetapi kami berada dalam situasi terbaik ketika ini. Sudah pasti pasukan yang memiliki kekuatan mental yang tinggi akan meraih kemenangan,” kata penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI