Nik Aziz terima bersyarat kerajaan perpaduan
KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan lebih ‘lembut’ dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan Pas dan UMNO hasil cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana ‘berkeras’ menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang ‘istiqamah’, tegas memperjuangkan perkara yang benar.
Jelas Nik Aziz, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan Pas di Ipoh tahun lepas iaitu Pas mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya hendak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. Degil bermakna kita pertahan benda salah bermati-matian, sudah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.
“Jadi kalau ada pihak dalam Pas yang hendak perpaduan dengan Pakatan Rakyat dan hendak juga perpaduan dengan UMNO, itu sudah kacau. Jangan buat begitu,” katanya pada sidang akhbar di kediaman Menteri Besar di JKR 10 di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI