Kosmo
PEMAIN No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei terus unggul.
Semalam, dia meraih kejuaraan kedua dalam tempoh seminggu apabila muncul juara pada Kejoha- nan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia Yonex-Sunrise 2009.
Chong Wei yang juga juara Terbuka Indonesia minggu lalu mudah menumbangkan pemain muda China, Chen Long 21-16, 21-9 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru semalam.
Chong Wei ketika ditemui berkata, meskipun prestasinya tidak memuaskan berikutan kecederaan pada bahagian pinggang yang dialaminya sejak awal kejohanan itu, ia tidak menghalangnya untuk terus berjuang menentang Chen Long.
"Memang kesakitan pada baha- gian pinggang memberi kesan kepada saya tetapi saya cuba untuk terus bertahan.
"Bagi saya Chen Long seorang pemain yang sangat agresif selain kurang melakukan kesilapan," katanya.
|
|
|
|
Tambah Chong Wei lagi, fokus- nya kini adalah untuk membuat persediaan rapi bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Hyderabad, India, Ogos depan.
Chong Wei pernah tewas kepada Chen Long pada pusingan pertama Terbuka India, Mac lalu akibat keracunan makanan.
Dalam perlawanan di Hydera- bad itu, Chong Wei kalah 21-7, 16-21, 18-21.
Sementara itu jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek berkata, beliau kini sudah bersedia untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap latihan Chong Wei.
Katanya, apa yang penting bagi Chong Wei adalah untuk terus mengekalkan tahap kecergasan kerana ia akan membantunya untuk beraksi cemerlang.
Kejohanan dunia bakal menghimpunkan jaguh dunia yang lain antaranya pemain China, Lin Dan.
"Saya akan memantau tahap kesihatan Chong Wei selain memberi latihan yang secukupnya," kata Misbun.
Ketika Chong Wei gagah di podium kemenangan, hasrat untuk melihat beregu wanita No. 1 dunia, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui mengulangi kejayaan selepas memenangi Terbuka Indonesia, hampa apabila mereka tewas kepada pemain China, Wang Xiaoli- Ma Jin 9-21, 11-21.
Pada perlawanan tersebut, Pei Tty-Eei Hui dilihat banyak melakukan kesilapan sehingga membolehkan lawan mereka itu mengutip mata demi mata dalam perlawanan yang berlarutan selama 29 minit.
Menurut Pei Tty, meskipun agak kecewa kerana gagal memenangi perlawanan kali ini, dia enggan ter- lalu memikirkannya, sebaliknya terus memberikan fokus untuk kejo- hanan dunia nanti.
"Apa yang lebih penting seka- rang adalah untuk mencari strategi baru selain memantapkan lagi latihan bagi menebus kekecewaan pada kejohanan ini," ujarnya.
Sebelum itu, bagi perlawanan akhir beregu lelaki, gandingan Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong tidak menghadapi masalah untuk menundukkan rakan sepasukan, Gan Teik Chai-Tan Bin Shen 21-11, 21-13.
"Saya tidak mahu terlalu leka dan selesa apabila memenangi kejohanan ini, sebaliknya akan terus bekerja keras untuk menyiapkan diri bagi menghadapi kejohanan yang lebih besar selepas ini," kata Kien Kiat.
Bagi ketua jurulatih beregu negara, Rexy Mainaky, tempoh yang singkat sebelum kejohanan dunia nanti akan digunakan sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi gaya persembahan anak didiknya itu.
Terdahulu, gelaran untuk beregu campuran menjadi milik pasangan dari China, Zheng Bo-Ma Jin yang meraih kemenangan percuma apabila rakan senegara, Xu Chen-Zhao Yunlei menarik diri ketika mata terikat 5-5 pada set pertama akibat kecederaan kaki.
Pemain wanita China, Wang Shixian pula muncul juara perseorangan wanita selepas menewaskan Wang Xin 21-16, 18-21, 21-10.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI