Kosmo
|
|
SHANGHAI - Datuk Bandar Shanghai, Han Zheng mengarahkan satu siasatan dilakukan berhubung kejadian sebuah bangunan apartmen baru setinggi 13 tingkat di sini runtuh menyebabkan seorang pekerja binaan maut.
Menurut sebuah akhbar semalam insiden blok flat yang tumbang itu mencetuskan kebimbangan berhubung tahap keselamatan bangunan yang kerap diabaikan dalam keghairahan sektor binaan mempercepatkan pemodenan di China.
Bangunan tersebut hampir siap dengan tingkap dan jubin sudah dipasang manakala beberapa blok serupa di tapak pembinaan itu kelihatan masih utuh.
Blok-blok kediaman itu dibina oleh syarikat pembinaan sama.
Tahun lalu China digemparkan dengan beberapa kemalangan infrastruktur termasuk sebuah lengkungan besi jambatan baru ranap menyebabkan lebih tujuh kematian manakala lima lagi maut apabila sebuah kren menimpa sebuah tadika. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI