Harimau lapar berkeliaran di jalan raya di Rusia
MOSCOW - Seekor harimau yang lapar berjaya ditangkap pihak berkuasa Rusia selepas dilanggar sebuah kereta ketika haiwan berkenaan cuba menerkam seorang penunggang motosikal, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemandu kereta itu menyatakan harimau tersebut menerkam ke arah penunggang motosikal di sebatang jalan raya di Vyazemsk.
Namun, haiwan itu dilanggar sejurus memasuki jalan raya.
"Harimau itu melintas di hadapan kereta saya. Kereta yang saya pandu melanggarnya ketika haiwan itu mahu menerkam," katanya.
Beberapa pegawai veterinar menyatakan harimau itu mungkin tersesat ketika mencari makanan.
Pakar-pakar haiwan memberi ubat pelali kepada harimau tersebut yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kaki sebelum dibawa ke sebuah zoo tempatan.
Penjaga zoo menyatakan haiwan itu mungkin sudah tidak menjamah makanan sejak sebulan lalu kerana sakit serta tidak mampu mencari mangsa. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI