Dua maut, lima tertimbus
PETALING JAYA – Sebuah bangunan pasar raya yang kosong dan dalam proses untuk dirobohkan di Seksyen 14 di sini runtuh semalam menyebabkan dua terkorban, dua cedera parah manakala lima lagi hilang dipercayai tertimbus.
Dalam kejadian pada pukul 4.50 petang itu, terdapat sembilan pekerja warga asing berada dalam bangunan berkenaan yang sebelum ini dikenali sebagai Pusat Membeli-Belah Jaya.
Ekoran kejadian yang mengejutkan itu, pihak berkuasa kini mengisytiharkan kawasan kejadian sebagai kawasan bencana.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, sebahagian bangunan lima tingkat yang dipercayai berusia lebih 20 tahun itu runtuh dipercayai akibat kelemahan pada struktur bangunan.
“Beberapa bahagian bangunan itu yang masih berdiri berada dalam keadaan tidak stabil dan boleh runtuh pada bila-bila masa,” jelasnya.
Katanya, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan dua pekerja yang cedera parah sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Korban pertama dikenali sebagai Maskor, 28, dari Indonesia dijumpai hancur pada pukul 6.50 petang dan mayat kedua yang tiada pengenalan diri berjaya dikeluarkan pada pukul 10.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI