7 Perkara Yang Menghairankan 1- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa. 2- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya. 3- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 4- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta. 5- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa. 6- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya. 7- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. Usman Ibn Affan |
"Apabila Allah mahukan kebaikan terhadap seseorang hambaNya,Ia terus mempercepatkan balasan kesalahannya di dunia ini lagi,dan sebaliknya apabila Allah mahukan keburukan terhadap seseorang hambaNya,ia tidak membalaskan perbuatannya yang berdosa di dunia sehingga ia membalaskannya nanti pada hari kiamat." Riwayat Tabrani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI