Posted on Sunday, August 16 @ 19:40:26 PDT by BudakJalanan
Ini adalah pilihan raya kecil ke-8 selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008. Terdapat 20,350 pengundi di kawasan DUN Permatang Pasir, dengan Melayu 72.3%, Cina 26% , India dan lain-lain, 1.7%. Secara tradisional, kerusi ini dimenangi pembangkang. Dalam PRU ke-12, PAS menang dengan majoroti 5,433 undi.
Untuk Barisan Nasional, ini bukan pertaruhan yang mudah memandangkan kerusi ini terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh. Pengaruh Anwar akan menyerlah. Lebih mungkin tewas daripada menang. Oleh itu, kemenangan akan menjadi bonus buat BN.
Pada hakikatnya, seandainya BN berjaya mengurangkan 5,433 undi majoriti yang dimenangi calon PAS sebelum ini, maka ia merupakan kemenangan moral buat BN.
Calon pilihan UMNO adalah penting. Seandainya calon diterima oleh kebanyakan ahli bahagian, maka saya amat pasti bahawa ahli UMNO akan lebih komited untuk memastikan jentera pilihan raya berjalan dengan berkesan. Selalunya masalah terbesar buat BN, sama ada UMNO, MCA, MIC mahupun Gerakan, adalah pemilihan calon. Kekurangan sokongan daripada ahli parti sendiri akan menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya, lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil. Apabila ahli tahu bahawa keputusan pilihan raya kecil tidak akan membawa kesimbangan kuasa dalam negeri, maka komitmen ahli BN akan berkurangan.
Sememangnya ahli PAS akan menunjukkan semangat yang tinggi untuk menghadapi pilihan raya kecil, lebih-lebih lagi ini adalah kubu mereka. Namun, pengurangan undi majoriti secara mendadak dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Kelantan telah melemahkan keyakinan dalam parti. Oleh itu, ahli PAS akan bekerja dengan lebih kuat untuk membuktikan bahawa mereka memperolehi sokongan masyarakat Melayu.
Undi bukan Melayu penting
5,600 orang pengundi bukan Melayu menjadi penting dalam pilihan raya kecil yang akan datang. Ini merupakan satu lagi contoh yang klasik, di mana apabila undi Melayu berpecah, maka undi bukan Melayu, seandainya tidak berpecah, akan menjadi penting untuk mana-mana parti. BN perlu meneruskan "jalan tengah"nya, memenuhi keperluan semua komuniti. Politik "untuk mencapai keseimbangan" adalah tugas yang perlu dikendali dengan cermat, yang selalunya tidak difahami orang ramai. Pembangkang akan mempunyai kelebihan kerana tidak perlu melaksanakan apa yang diperkatakan, kerana mereka tidak berkuasa di peringkat persekutuan.
Perselisihan secara terbuka antara PAS dengan DAP adalah contoh yang baik dalam politik peringkat negeri. Apabila setiap parti mempunyai agenda masing-masing dan perlu memenuhi keperluan penyokongnya, perbalahan terbuka antara dua parti tidak dapat dielakkan. Isu penjualan alkohol menjadi lebih teruk disebabkan PAS dan DAP. Pertelingkahan secara terbuka dibenarkan di peringkat negeri, memandangkan ia tidak akan memecah-belahkan masyarakat. Namun, apabila berdepan dengan isu yang lebih besar, dan sekiranya mencetuskan pemecahan, maka negara akan digadai oleh parti yang terlibat.
Setelah mempengerusi beberapa mesyuarat penyelarasan BN di Selangor, saya mendapati banyak aduan bahawa kedai hiburan semakin pesat di Selangor, terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Aduan yang biasa ialah kafe siber dan pub didirikan berdekatan dengan sekolah. Ia menimbulkan banyak ketidakpuasan di kalangan penduduk. Saya pasti ramai pemimpin PAS membantah tindakan kerajaan mereka kerana meluluskan terlalu banyak lesen untuk pusat hiburan. Pertikaian Wee Choo Keong (ahli Parlimen PR) terhadap Exco DAP semestinya mencelikkan kita.
Dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, isu kebangsaan akan mengatasi isu tempatan. Bagaimana isu kebangsaan ini dipersembahkan, ia bergantung kepada kedua-dua parti utama, iaitu BN dan PR.
*Kenyataan ini dikeluarkan oleh Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA merangkap Ketua Penyelaras BN.
Sila rujuk teks asal Permatang Pasir By-Election.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI