Posted on Tuesday, August 18 @ 07:40:08 PDT by anaqsabah
Oleh : DPPN Sabah
Kota Kinabalu: Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam akhbar New Sabah Times bertarikh 17 Ogos semasa lawatannya ke Kudat untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Kudat dan Kota Marudu pada 16 Ogos 2009.
Jelas Sdr Lahirul, bukannya rakyat Sabah tidak tahu apa yang UMNO dan BN lakukan selama ini terhadap hasil mahsul di negeri ini. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN mendakwa merekalah selama ini yang memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin Sabah pada hari ini kekal pada kedudukan tertinggi sekali kadar kemiskinannya.
Tegas beliau, UMNO-BN bukan sahaja gagal menaik taraf kedudukan bumiputera Sabah, malah mereka juga telah gagal membantu orang melayu di semenanjung walaupun sebahagian besar pemimpinnya terdiri daripada orang nombor satu di Malaysia dan kakitangan kerajaan yang terdiri dari kalangan orang melayu.
Sdr Lahirul juga menegaskan pengkhianatan UMNO terhadap orang melayu juga terbukti apabila cuba menyekat pembangunan orang melayu di Kelantan dengan melantik konco-konco meraka dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Telah banyak wang rakyat dibazirkan di Kelantan, dakwa beliau, semata-mata kerana dendam kesumat UMNO sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga sekarang. Ketidakadilan UMNO dalam memberikan hak kepada rakyat juga dapat dilihat sewaktu PAS memerintah pada tahun 1059 sehingga 1978.
Tambah Lahirul, pengkhianatan UMNO-BN terhadap rakyat Sabah juga apa kuranganya. Melalui kroni-kroni mereka yang diserap masuk kedalam USIA dan MUIS, akhirnya tanah yang menjadi tempat berdirinya 1 Borneo bersebelahan UMS, menjadi mercu tanda bahawa UMNO telah merompak hasil mahsul negeri ini dengan sesuka hati. Sementara itu, juak-juak UMNO terus bermaharajalela dengan menipu perjanjian tanah kononnya untuk menyewa tetapi sebenarnya cuba untuk melupuskan hak bumiputera terhadap tanah tersebut.
Mengulas berkenaan tuduhan Muhyiddin terhadap PAS, beliau berkata, UMNO sepatutnya cermin diri sendiri sebelum menuduh pembangkang sebagai pengkhianat. Saudara Lahirul mengingatkan pemimpin UMNO, bahawa rakyat Sabah sudah sedar dan akan bangkit membuat perubahan. Soal siapa pengkhianat, rakyat Sabah sudah tahu membuat penilaian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI