

MUZAKARAH GURU-GURU AGAMA NEGERI SABAH TAHUN 2009
Pada 7 hingga 9 April 2009, bertempat di Hotel Tang Dynasty Park, Kota Kinabalu, telah berlangsungnya muzakarah di atas. Aktiviti ini adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dengan Kerjasama Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pelajaran Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Sebanyak 96 orang peserta mengikuti muzakarah ini yang meliputi Guru-guru agama Sekolah Kebangsaan / Sekolah Menengah Kebangsaan dan Guru-guru agama Sekolah Agama Negeri.
Antara aktiviti yang diadakan ialah ucap utama, pembentangan kertas kerja, bengkel dan kuliah subuh. Berikut ialah tajuk-tajuk bengkel dalam muzakarah kali ini.
Generasi Pendakwah Satu Kemestian
1 Strategi melahirkan generasi pendakwah
2 Membangun pendakwah yang aktif
3 Menangani pendakwah yang lesu
Keberkesanan Pengurusan Dakwah Dalam Masyarakat
4 Bagaimana memastikan keberkesanan pendakwah dalam masyarakat
5 Membentuk minda da’e kelas pertama
6 Menjadi para pendakwah rujukan utama masyarakat
Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
7 Bencana akibat guru agama tidak bersatu
8 Gerakan dakwah guru agama perubah masyarakat
9 Bagaimana meletakkan diri sebagai orang penting dalam masyarakat.
10 Kolaborasi JAKIM, JHEAINS & SPI, JPN Sabah dalam mengangkat syiar islam di Negeri Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI