From:"Cili Muda"
PEMBACA mungkin telah banyak membaca masalah, penderitaan dan isu-isu berkaitan wanita hidup bermadu. Dari banyak pandangan yang diberikan rasanya cuma satu dua sahaja wanita yang dimadukan merasa bahagia dan selesa hidupnya dipoligamikan. Kebanyakannya rata-rasa meraka melahirkan rasa tidak puas hati, keciwa dan menderita bukan sahaja melibatkan diri mereka sahaja tetapi juga anak-anak turut menjadi mangsa.
Namun tidak dinafikan mungkin ada yang merasa bahagia, tetapi tidak mahu pengalamannya dipaparkan di ruangan ini untuk kita sama-sama melihatnya dengan hati dan mata lebih terbuka.
Bagaimana pun penulis kurang menerima pandangan daripada kaum lelaki yang berpoligami kalau ada pun yang mengirimkan jumlah mereka terlalu kecil berbanding wanita. Kebanyakan surat, e-mel mahupun faks yang diterima dari kaum wanita sentiasa menceritakan masalah hidup bila suami kahwin lagi.
Seorang suri rumah, Puan Cik Wan memberikan sebab mengapa kaum lelaki kurang memberi pandangan, katanya kerana mereka tidak menghadapi masalah berpoligami, sebab mereka yang menerima padah bermadu adalah wanita, ada antara isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah, ada yang juga terpaksa ikat perut kerana suami kurangkan duit belanja dan sebagainya, jadi hidup kaum lelaki memang tidak ada masalah, kerana mereka adalah golongan pembuat masalah.
Katanya kaum lelaki boleh tutup mata, hati dan perasaan terhadap kehidupan anak-anaknya, dia tak peduli anak-anaknya dapat makan, boleh pergi sekolah, duduk di rumah yang sempurna ataupun tidak, asalkan kehendak hatinya beristeri lebih daripada satu terlaksana.
Pada mereka, masalah isteri dan anak-anak tak penting, asalkan cita-cita dan hasrat hatinya terlaksana. Kaum lelaki juga sering melahirkan kata-kata keramat bahawa keadilan kalau beristeri lebih tidak boleh diukur kerana tidak ada kayu pengukur, dan ianya terlalu subjektif. Wang ringgit juga tidak boleh diambil kira, kerana wanita sentiasa laparkan wang berapa banyak pun wang yang diberi tidak pernah cukup.
``Pada saya itu adalah pembohongan, kaum lelaki sering lalai dan lupakan tanggung jawabnya setelah beristeri lebih, biasanya isteri mudalah yang menjadi keutamaan. Tetapi banyak juga isteri kedua menghadapi masalah kerana sebab-sebab tertentu. Terutama setelah rahsia dia berpoligami terbongkar.
``Selagi boleh menyembunyikan isteri keduanya, selagi itulah lelaki akan menafikan dia berkahwin lagi, Bila rahsia sudah bocor, suami biasanya akan menjadi takut dan terus meninggalkan isteri keduanya, terutama apabila dia merasakan isterilah atau keluarga isterinya tempat dia banyak bergantung.
Demikian pandangan Puan Cik Wan kenapa kaum lelaki kurang memberikan pandangan tentang poligami. Mereka lebih suka mengukuk di belakang tidak berani berhadapan isterinya.
Bagaimana pun baru-baru ini penulis menerima e-mel daripada Encik Saiful yang menceritakan pandangannya tentang masalah poligami, oleh kerana pandangan kaum lelaki jarang diterima untuk ruangan ini, maka minggu ini dipaparkan pandangan beliau yang rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.
Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami merasa amat keciwa dengan sikap mereka yang terlalu ego.
``Saya mengikuti dengan penuh khusyuk tentang artikel yang dimuatkan dalam ruangan DCCK ini tentang bermadu. Memang menarik, pelbagai pandangan diberikan dan saya memang suka mengikuti bab ini. Kerana ia secara tidak langsung melihatkan diri saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.
``Namun sebagai pembuka tirai izinkan saya dahulu memperkenalkan diri saya sebagai Saiful berusia dekat 40an tahun dan sudah berumah tangga. Kini saya mempunyai 3 orang anak yang sedang meningkat remaja.
``Di dalam saya mengikuti artikel-artikel yang dipaparkan terutama sekali DCCK lalu berjudul ``Pegang bara api dulu baru layak bermadu.Saya teruja untuk memberikan pandangan kerana saya merasa amat kesal dengan cara Puan Norlia mengatakan cukup tebalkah iman lelaki untuk berlaku adil seperti Nabi. Sesungguhnya iman seseorang manusia itu tidak dapat diwarisi dan saya kesal kerana beliau mengambil mudah untuk menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur.
``Beliau mungkin terlupa kisah isteri Nabi bernama Habsah yang telah dipulaukan oleh Nabi selama sebulan, sehinggan bapanya, Saidina Umar datang menyepak Habsah. Lupakah kita bahawa isteri-isteri Nabi adalah mereka yang di janjikan Syurga. Jika wanita boleh berkelakuan sedemikian kepada Nabi, inikan manusia biasa dan ramai kes-kes penceraian berlaku atas sikap wanita itu sendiri. Mereka terlalu ego dengan kelebihan dan kedudukan mereka sekarang.
``Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab tertentu.
``Pada pandangan saya kebanyakkan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan setia.
``Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya dengan PERKIM. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan Metropolitan beliau pada masa lalu dan kini menetap di pendalaman di Selangor bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.
``Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum hawa Melayu, kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami amat mengkagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.
``Jadi kepada Puan Norlia, Nabi pernah berkata bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain dari Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya Syurga itu amat mudah jika di bandingkan dengan lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah pada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.
``Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat mertabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda sendiri yang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.
``Pada pandangan saya kebanyakkan cerita yang dipaparkan seolah-olah menyalahkan kaum lelaki berpoligami, seolah-oleh dengan berpoligami itu satu cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.
``Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di Syurga dan kenapakah dijadikan Hawa. Kerana Allah mengetahui bahawa Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.
``Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumahtangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya.
``Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak memperdulikan kebajikan saya menyebakan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing faktor) saya ke arah hidup berpoligami.
``Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang isteri terhadap suaminya. Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan dinasihat.
``Bagaimana pun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat kesunyian dan memerlukan 'companionship' yang lebih lagi. Saya selalu memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan seorang rakan hidup.
``Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka telah gagal memahami fungsi mereka sebagai ibu dan isteri di dalam institusi keluarga. Malahan, mereka beria-ria ingin setanding dengan lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.
``Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?
``Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakkan isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.
``Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain, atau berkahwin lagi.
``Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seorang janda. Beliau banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup saya yang baik.
``Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya kaum hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.
``Jadi kepada Puan Norlia, saya amat bersimpati dengan saudari tetapi, kaum hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.
``Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.
``Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumahtangga, maka tidak akan menjadi porak peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami kita redha dengan kita, maka Syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.
Demikian cerita Encik Saiful tentang pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya, tentu pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami.
- Maimunah
Assalamulaikum wbt.
BalasPadamSaya ingin mencelah daripada kesah yang di paparkan, kerana kesah ini juga sedang saya alami cuma saya tidak pernah terlintas untuk berpoligami.
Mencari isteri kedua bagi saya bukan mudah, sukarnya kerana memulakan kehidupan baru dengan orang baru yang belum pasti dapat diterima oleh anak-anak dan juga belum pasti dia dapat menerima anak-anak saya sebaiknya.
Berbanding kesah dipaparkan rasanya kesah saya lebih parah, isteri saya seorang saudara baru, kami dah berkahwin sejak 25 tahun lalu, umur masing-masing dah menjangkau 50 tahun, sepatutnya waktu ini dia meyertai saya untuk sujud.
Sayangnya dia memilih jalan asal yang pernah dilalui dahulu, minum arak, ke disko, lari dari rumah sesuka hati, mempunyai hubungan dengan lelaki lain, walau pun pengakuannya hanya kawan biasa, namun saya tetap sabar dan berharap dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan.
Soal ego, bergaduh, minta cerai malah selalu mengugut untuk keluar Islam bilamana saya mentarbiahnya jangan cakaplah. Namun tidak pernah saya terlintas untuk berpoligami, kekadang saya hampir tewas untuk mentalaqkannya, tetapi kekuatan datang semula untuk bertahan.
Mudah-mudahan saya dapat terus bertahan.Kalau ada nasihat untuk saya sangat saya alu-alukan.
kincut80@yahoo.com
Saya amat tertarik dgn alasan yang diberikan oleh En. Saiful, saya ingin mengemukakan pendapat saya, tak pernahkah en Saiful terfikir bahawa wanita juga ada perasaan sunyi, bagi saya soal hubungan kelamin itu tidak penting tapi komunikasi itu penting, tolak soal ego diri masing-masing berbincang secara rasional, jgn emosi dan langkah terbaik jgn ikut hati sgt, sebagaimana u nak companion, wanita lagi memerlukan sementelah anak sudah dewasa, tiada tempat utk mencurah perasaan, cuma ada suaminya sorang, nak cakap pada orang lain takut salah sangka pula kan lebih teruk, apa pun sama2 muhasabah diri baliklah pd agama jgn salah menyalah antara satu sama lain, grant ada tp jgn salah guna kalau tak mahu neraka di dunia dan akhirat
BalasPadam