
Wakil Umno cadang ditarik biasiswa pelajar di Mesir
Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang.
Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.
"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya.
"Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.
"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut.
"Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Wan Md Hazlin Aqyl sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain. Beliau juga adalahPengerusi Kelab UMNO Southampton
Agyl, 26, dipilih daripada sembilan calon yang disenarai pendek sebagai wakil Kelab UMNO Luar Negara untuk berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Beliau adalah pelajar Ijazah Doktor Falsafah Perancangan dan Kejuruteraan Pengangkutan untuk Operasi Rel di Universiti Southampton, United Kingdom.
KOMEN ANA:
BACA ARTIKEL INI: PENUBUHAN NADI/KELAB PAS LUAR NEGARA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI