
Penukaran Jantina Ketahap yang PARAH
Dilulus terbit pada Sunday, March 22 @ 15:46:50 MYT oleh TokPenghulu
Artikel Pendek Oleh Lutfi
Menurutnya, perkara itu serius memandangkan kadar statistik mengenai lelaki menukar jantina kini mencecah ke angka 50,000 di Malaysia. (Diambil dari petikan komen filem Anu dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman di Kosmo)
Berdasarkan dengan apa yang dinyatakan diatas,apakah kita tidak terfikir dengan gejala yang begitu merosakkan umat kita ini,satu gejala yang boleh mengundang parah didalam kehidupan bermasyarakat.Penukaran jantina dikalangan rakyat di negara ini bukan perkara baru dan ianya sering kita dengar saban hari .Tetapi apakah penyelesaian tentang masalah ini?atau tiada ubatkah bagi menyembuhkan perkara ini?Apakah mereka ini tidak mengetahui hukum akan menukar jantina ini?
Dengan statistik yang yang mencecah 50 ribu ini cukup merisaukan kita semua,tanpa juga kita sedari bahawa angka ini akan bertambah dari masa kesemasa.Hukum penyerupaan ini telahpun dinyatakan oleh agama bahawa ianya HARAM dan ia dilaknat oleh tuhan,maka sedarlah wahai umat islam bahawa yang halal dan haram sudah jelas dimata kita semua.
Hukum tasyabbuh adalah haram bahkan salah satu DOSA BESAR kerana ianya telah ditetapkan didalam hukum syarie bahawa ALLAH melaknat orang yang melakukannya.
Sabda Rasulullah dengan Maksudnya:
Daripada ibnu Abas dia berkata:Rasulullah telah melaknat orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.
Dalam riwayat lain "Rasulullah telah melaknati orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang yang menyerupai kaum lelaki daripada kalangan perempuan.
Ibn Uthaimin dalam komentarnya terhadap masalah ini berkata:"Ini kerana penyerupaan boleh membawa kepada kecacatan sunnatullah pada makhluknya yang diciptakan dari lelaki dan perempuan(Dipetik dari Buku Hukum Penyerupaan Menurut Islam).
http://lutfimj2006.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI