PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Mac 16, 2009

Teknik Memahami Cemburu Wanita…

Teknik Memahami Cemburu Wanita…
From:"Sirajuddin Abbas"

Kebanyakan lelaki berkata mereka tidak faham apa sebenarnya yang
dimahukan oleh wanita yang cemburu. Menurut mereka, walau apa
sekalipun yang mereka buat, isteri mereka yang cemburu tetap juga
cemburu. Ditinjau daripada satu sudut, cemburu ialah manifestasi
hilangnya rasa selamat dari dalam hati si pencemburu. Hilangnya rasa
selamat bukan hanya menimbulkan cemburu, tetapi juga menghilangkan
rasa kepuasan.

Menurut pakar-pakar pikologi perhubungan, bagi seseorang wanita,
apabila dia berkahwin, dia mendapat kepuasan daripada dua sumber.
Sumber kepuasan wanita yang pertama ialah tingkah-laku suaminya
kepadanya. Dalam erti kata yang lain, dia mendapat kepuasan daripada
cara-cara suaminya melayan dirinya. Setiap kali suaminya melayan dia
dengan cara yang positif, maka wanita berasa sangat puas. Sebagai
contoh, perbuatan membantu isteri membasuh pinggan lepas makan
adalah tingkah-laku positif. Setiap kali si suami membasuh pinggan
selepas makan, maka si isteri berasa sangat puas. Ini bermakna,
untuk memuaskan hati isteri, lelaki digalakkan membuat banyak
perkara-perkara yang positif.

Sumber kepuasan wanita yang kedua datang daripada makna yang
diberikan olehnya ke atas tingkah-laku suaminya. Mana-mana perbuatan
lelaki yang diberi makna dan nilai tinggi oleh wanita mecipta rasa
kepuasan yang tinggi kepada wanita. Hasilnya, setiap kali seseorang
suami melakukan perbuatan-perbuatan begitu, maka isterinya berasa
sangat puas. Sebagai contoh, perbuatan lelaki memuji masakan
isterinya diberi makna dan yang tinggi oleh si isteri. Setiap kali
seseorang suami memuji masakan isterinya, maka isterinya berasa
sangat puas. Ini bermakna lelaki perlu mengetahui pelbagai tingkah-
laku suami yang diberi makna dan nilai tinggi oleh isterinya, dan
mereka digalakkan banyak menunjukkan tingkah-laku jenis itu kepada
isteri.

Suami-suami melakukan berbagai-bagai perkara. Setiap perkara yang
dilakukannya diberi makna dan nilai oleh isterinya. Apabila perkara
itu diberi nilai tinggi, setiap kali si suami melakukan perkara itu
ke atas diri si isteri, maka si isteri mengecapi rasa puas yang
sangat tinggi. Begitu juga yang sebaliknya. Setiap kali suami
melakukan perkara-perkara yang diberi nilai rendah oleh isterinya,
maka si isteri akan berasa amat tidak puas. Sebagai contoh,
perbuatan balik lambat diberi nilai yang amat rendah oleh wanita,
maka setiap kali lelaki balik lambat, isterinya akan berasa amat
tidak puas.

Tetapi lelaki ingin tahu, bagaimanakah wanita memberikan nilai
tinggi ataupun nilai rendah ke atas perbuatan dan tingkah-laku
suami? Beginilah cara wanita memberikan makna dan nilai ke atas
tingkah-laku suami mereka. Sebahagian daripada apa yang dilakukan
oleh lelaki, mereka hanya melakukan perkara itu dengan isteri
sahaja. Sebahagiannya pula mereka tidak pernah melakukannya dengan
isteri. Manakala ada pula perkara-perkara yang mereka lakukan baik
dengan isteri mahupun dengan orang-orang lain.

Berikut ialah kriteria yang digunakan oleh wanita untuk memberikan
nilai tinggi ataupun rendah ke atas tiap-tiap tingkah-laku suami :

1. Eksklusif dengan isteri

Bagi wanita, tingkah-laku suaminya yang bersifat eksklusif, iaitu ia
hanya dilakukan oleh si suami dengan si isteri seorang sahaja,
diberi nilai yang amat tinggi oleh wanita. Contoh perbuatan
eksklusif yang dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja ialah
seks. Jadi, semua tingkah-laku seksual si suami diberi nilai yang
sangat tinggi oleh isteri selagi tingkah-laku seksual itu hanya
dilakukan oleh si suami dengan si isteri sahaja. Tingkah-laku
seksual termasuklah semua perbuatan yang mengiringi nafsu seks,
dengan persetubuhan sebagai perbuatan yang paling tinggi nilainya.
Itulah sebabnya setiap kali suaminya melakukan perbuatan-perbuatan
seksual ke atas si isteri, maka si isteri mengecapi kepuasan yang
sangat tinggi.

Kajian pakar-pakar mendapati lain-lain perbuatan lelaki yang
dianggap eksklusif oleh wanita ialah:

a. Bercakap-cakap dan berbual-bual mesra lama-lama

Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan
wanita-wanita yang menjadi rakan-rakan rapat mereka dan lelaki
menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati
isteri mereka. Tetapi, bagi wanita perbuatan ini hanya boleh
dilakukan oleh lelaki dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan
mana-mana wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu yang
kuat apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang bercakap-cakap
dan berbual-bual mesra dengan wanita lain, tanpa mengira siapa
wanita itu kepada suaminya.

b. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa

Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki
dengan isterinya sahaja, tidak boleh dengan mana-mana wanita lain.
Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang
amat kuat di hati wanita.

c. Mencurahkan masalah peribadi

Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah
peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Oleh yang demikian
perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat.

Apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat
eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah-laku itu jatuh
menjunam-junam di mata si isteri. Kepada si isteri, kini tingkah-
laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti
dulu. Itulah sebabnya, sebarang tingkah-laku seksual suaminya yang
menyebabkan perbuatan itu kini tidak lagi ekslusif dengan dirinya
seorang, ia menimbulkan reaksi cemburu yang sangat kuat daripada
isteri.

2. Eksklusif tanpa isteri

Lelaki juga melakukan pelbagai perkara dengan orang-orang lain
tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak
bermain bola dengan isterinya. Tingkah-laku suami yang tidak pernah
dibuat dengan isterinya diberikan nilai yang rendah oleh si isteri.
Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki-lelaki lain
tidak menimbulkan cemburu isterinya.

3. Inklusif


Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan-perbuatan baik dengan
isterinya, mahupun dengan orang-orang lain. Sebagai contoh ialah
perbuatan makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan
isterinya dan juga dengan orang-orang lain. Perbuatan jenis ini
diberi nilai yang sederhana tingginya. Setiap kali si suami makan
bersama isterinya, si isteri berasa sederhana puas. Jadi perbuatan
suaminya duduk makan semeja dengan rakan-rakan wanita sekerjanya
menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.

Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah-
laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh
suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah-laku itu turun,
ataupun hilang sama sekali. Akibatnya, tingkah-laku suaminya itu
tidak lagi memberi kepuasan kepadanya. Sebagai contoh, jikalau
suaminya menciumnya, dia berasa sangat puas kerana perbuatan itu
adalah eksklusif. Apabila suaminya juga mencium wanita lain, dia
akan berasa sangat cemburu. Akibatnya, apabila suaminya mencium dia,
ciuman suaminya itu tidak lagi memuaskannya.

Itulah sebabnya, setelah seseorang lelaki berkahwin lain, seks yang
serupa tidak lagi memberi kepuasan yang serupa kepada isteri tuanya.
Malah ia mungkin tidak memberikan apa-apa kepuasan lagi kepadanya,
kerana kini seks bukan lagi tingkah-laku suaminya yang eksklusif
dengan dirinya seorang. Kini suaminya juga melakukan tingkah-laku
seksual itu dengan wanita lain. Inilah faktor yang membuat nafsu
seks isteri tua menurun ataupun hilang sama sekali apabila dia
mengetahui bahawa suaminya melakukan hubungan seks dengan mana-mana
wanita lain. Jadi, walaupun seseorang lelaki masih memberikan seks
yang serupa kepada isterinya, si isteri tidak lagi mengecapi nikmat
yang sama, kerana kini nilai tingkah-laku seksual suaminya sudah
turun amat rendah, ataupun hapus sama sekali.

Tetapi apakah faktor yang sebenarnya menurunkan ataupun menghapuskan
nilai tingkah-laku si suami?

1. Perubahan tafsiran


Nilai itu turun kerana setelah suaminya melakukan seks dengan wanita
lain, kini si isteri memberikan tafsiran yang berbeza kepada semua
tingkah-laku suaminya. Perubahan tafsiran itulah yang menurunkan
nilai tersebut.

Kalau dulu si suami membelikan kain batik untuk si isteri dan
pemberian itu ditafsirkan oleh si isteri sebagai “Tanda kasih
suaminya kepada dirinya”, tetapi setelah suaminya kahwin lain, kini
si isteri mengatakan “Dia belikan kain batik sebab dia hendak
menutup rasa bersalahnya.” Tafsiran seperti itulah yang menyebabkan
si isteri tidak lagi mendapat kepuasan yang sama daripada kain batik
itu.

2. Perubahan penilaian

Kepuasan wanita juga hilang disebabkan cara-cara bagaimana dia kini
menilai hubungannya dengan suaminya. Nilai itu berubah apabila dia
tahu bahawa suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dulu si
isteri berasa puas dengan apa yang dinikmati dalam perkahwinannya.
Dulu dia puas kerana sebelum suaminya curang kepadanya, dia menilai
mutu hubungannya tanpa membandingkan dengan hubungan lain. Kini, dia
percaya hubungan suaminya dengan dirinya tidak sebaik hubungan
suaminya dengan wanita lain itu. Akibat perbandingan itu, si isteri
percaya dia tidak menikmati hubungan yang sebaik apa yang dinikmati
oleh suaminya dengan wanita tersebut. Dia percaya kini suaminya
menikmati lebih banyak kepuasan dengan wanita itu, manakala dia
sendiri berasa dia tidak sepuas suaminya. Dia juga percaya suaminya
tidak berapa puas dengan dirinya dan suaminya lebih puas dengan
wanita itu.

3. Ramalan negatif


Dengan persepsi seperti itu, si isteri yakin suaminya akan melabur
lebih banyak ke dalam hubungannya dengan wanita lain itu. Malah dia
percaya ada kemungkinan suaminya akan meninggalkan dirinya sama
sekali. Itulah sebabnya kini dia tidak lagi menikmati rasa puas
dengan hubungannya dengan suaminya, walaupun suaminya masih
memberikan layanan yang sama seperti dulu.

4. Perubahan persepsi

Rasa tidak puas juga datang daripada persepsinya bahawa kini kasih
sayang suaminya sudah berkurangan, walaupun suaminya beria-ia
mengatakan itu tidak benar. Rasa tidak puas hati itu datang daripada
perasaan bahawa dirinya kini sudah tersisih dan terkeluar daripada
sebahagian aktiviti suaminya. Dalam lain perkataan, dia kini tahu
bahawa ada kalanya suaminya melakukan aktiviti-aktiviti di mana dia
tidak diberi tempat sama sekali, seperti apabila suaminya berada
bersama-sama dengan wanita lain itu.

Dia juga juga membayangkan bahawa di dalam aktiviti-aktiviti
tertentu, suaminya mendapat lebih banyak keseronokan apabila
aktiviti itu dilakukan bersama wanita itu. Seterusnya, dia juga
tidak puas hati lagi dengan apa-apa yang diterima daripada suaminya
kerana kini perkara-perkara itu tidak lagi eksklusif baginya
seorang. harap artikel ni dpt membantu kowang dgn memahami pasangan
masing-masing dengan baik..

(terima kasih kpd penulis asal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN