PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, Mac 15, 2009

Sejarah Ringkas Perjalanan Syeikh Mahmud Al-Kedahi

Sejarah Ringkas Perjalanan Syeikh Mahmud Al-Kedahi

Sejarah Keturunan

Beliau berasal daripada dua keturunan panglima. Sebelah bapanya berasal daripada keturunan Panglima Raja Legeh iaitu satu kawasan di selatan Pattani. Sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan Panglima Raja Laos yang turun ke daerah Sintok, Kedah.

(Syeikh Mahmud menerima bunga ufti daripada sami besar siam)

Syeikh Mahmud dilahirkan di Kampung Kepala Parit, Jalan Tokai, Alor Setar, Kedah, iaitu pada 27 Jamadil Akhir 1362 Hijrah Bersamaan 8 Julai 1943 Masehi. Syeikh Mahmud dibesarkan di Kampung Selarong Panjang, Jalan Kangkung, Simpang Empat, Kedah Darul Aman. Beliau dibesarkan di bawah asuhan datuknya Haji Ismail b. Haji Deris; iaitu seorang ulama daripada Legeh, Pattani sehingga beliau berusia 10 tahun. Ketika berumur 10 tahun, datuknya telah meninggal dunia.

Latarbelakang Pendidikan
Syeikh Mahmud mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Simpang sejak beliau berusia 8 tahun. Selepas datuknya meninggal, beliau masih belajar di Sekolah Melayu Simpang sehinggalah beliau berumur 13 tahun. Ringkasnya pada tahun 1956 beliau masuk mengaji di Pondok Nahdhoh, Bukit Besar. Sebelum itu ada tawaran kepada beliau untuk menjadi guru pelatih di Derga, Alor Setar tetapi tawaran itu telah ditolaknya kerana mengingatkan pesanan arwah datuknya agar menjadi orang kuat agama.

(Pondok Nahdhoh)

Di Pondok Nahdhoh inilah beliau mula belajar ilmu agama. Walaupun keadaan masa itu serba kekurangan namun cintanya terhadap ilmu tidak pernah padam. Atas kesungguhannya dalam menuntut di situ beliau terkenal dengan panggilan ” Mahmud Lebai”. Penasihat beliau, Haji Husin Dol selalu datang ke pondoknya. Bila beliau balik dari mengaji beliau lihat dia sedang tidur, kemudian bangun dan minta diri untuk pulang. Beliau pun tidak kisah tentang perkara itu. Sekarang baru beliau tahu yang datang itu bukan jasadnya, tetapi kewaliannya. Dialah orang yang selalu menasihati beliau semasa belajar dahulu : “BUAT KERANA ALLAH MAHMUD”. Lebih kurang 8 tahun beliau menghabiskan masa belajar di situ sebelum menyambung pelajaran agamanya di Pasir Tumbuh. Kelantan.

Di Pondok Pasir Tumbuh Kelantan, beliau belajar selama dua tahun mendalami dalam bidang pengajian Nahu, Feqah dan Hadis. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke India pada awal tahun 1967 Masihi iaitu di Deoband selama 4 bulan. Oleh sebab beliau menghadapi masalah bahasa pengantar iaitu Bahasa Urdhu sedangkan beliau lebih mahir dalam Bahasa Arab, beliau memohon untuk ke Kolej Jamaliah di Madras Perambor, India. Di Kolej ini, beliau mendalami bidang Usuluddin selama 2 tahun sehingga mendapat Syahadah Afdhol Ulama (B.A. in Islamic Study).

Di Kolej Jamaliah ini juga, beliau mula menghayati bidang kesufian di bawah asuhan gurunya Maulana Abdul Bari. Maulana Abdul Bari dan pengikut-pengikutnya pernah menguji kebolehan dan keperibadian Syeikh Mahmud dengan meminta pandangan beliau tentang peribadi penuntut-penuntut Thailand yang tidak disenangi perwatakanya oleh mereka. Beliau memberikan pendapatnya bahawa “Orang beginilah yang patut kita asuh supaya mereka mendapat iman agar kemudiannya mereka akan menjadi contoh apabila mereka pulang kelak”. Serentak itu juga, mereka menjawab: ” Anta Abu Khair” iaitu mengelarnya sebagai ‘Bapa Kebaikan’.

Beliau pulang daripada pengajiannya ke Malaysia pada akhir tahun 1968 Masihi. Pada masa itu, beliau banyak mengamalkan selawat, dan habis membaca sebanyak 5.6 juta dalam tempoh masa 5 tahun. Hasil daripada banyak membaca selawat ini, beliau mendapat kekuatan kerohanian. Kebetulan pada masa itu pada tahun 1969, berlaku ‘peristiwa 13 Mei’. Pada masa itu, banyak berlaku peristiwa-peristiwa karamah yang mendorong beliau mengharungi perjalanan kerohanian dengan lebih serius iaitu pada tahun 1970 Masihi.

Beliau kemudiannya mula masuk ke dalam hutan untuk bersendirian dan bermunajat kepada Allah agar dirinya mendapat bimbingan seorang guru rohani yang benar-benar tinggi di sisiNya. Doanya dimakbulkan pada malam Isnin di Bukit Enggang, Sik, Kedah bersamaan 12 Rabiul Awal 1392 Hijrah. Beliau diberi petunjuk oleh Allah untuk berguru dengan seorang guru rohani yang bernama Tok Ayah Said iaitu pada tahun 1972.


(Tok Ayah Said)

Tok Ayah Said adalah murid kepada wali Ismail Lundang Paku di Kelantan. Syeikh Mahmud mendapat bimbingan di bawah asuhan Tok Ayah Said selama 13 tahun. Selama tempoh 7 tahun beliau menjalani latihan kerohanian berbentuk kesufian ini beliau sentiasa berulang alik ke Bukit Enggang, Kedah.

Beliau beruzlah dan beribadat bersendirian di dalam hutan yang dipenuhi dengan segala binatang buas. Selepas itu beliau melakukan latihan ibadatnya di dalam tanah selama 16 bulan. Setelah genap usia latihan kerohaniannya selama 9 tahun iaitu dari tahun 1970 hingga ke tahun 1979 Masihi, Allah kemudiannya mendorong beliau mengerjakan ibadat haji ke Kota Makkah. Beliau pada masa itu tidak ada sesen pun duit tambang tetapi Allah telah membantunya dengan menghantar seorang hambanya untuk membiayai semua perbelanjaan beliau ke kota Makkah.

Semasa beliau tinggal di Kota Makkah, berlaku satu peristiwa penting iaitu pada hari selasa 1 Muharram, 1400 Hijrah yang merupakan hari ‘kepala abad ke 15′. Selepas 10 Muharram beliau kembali ke Malaysia untuk menyambung latihan kerohanian beliau. Pada awal 1981 Masihi, beliau keluar dunia untuk mendalami di bidang kerohanian kesufian ini. Beliau melawat markas-markas Jemaah Tabligh di India bermula dari Markas Jemaah Tabligh di Madras, kemudian ke Nizammuddin. Beliau menginap di Markas Jemaah Tabligh di Karachi selama 10 hari.

Dari Karachi beliau bertolak ke Kota Makkah, juga untuk tujuan latihan kerohanian. Di sana, beliau kerap ke Jabal Nur untuk beribadat. Semasa beliau di Kota Makkah ini, beliau kehabisan wang perbelajaan. Beliau tidak meminta bantuan daripada sesiapa, sebaliknya hidup dengan roti sabil dan air Zam-Zam selama 40 hari. Kebetulan pada masa itu ialah akhir bulan Ramadhan dan berlanjutan sehingga jemaah haji datang. Di sana beliau mengajar bidang kesufian kepada beberapa orang muridnya. Apabila jemaah haji datang, murid-murid beliau akan memberi bimbingan atau ceramah kepada jemaah-jemaah haji ini. Mereka juga menguruskan korban jemaah haji pada tahun itu. Hasil daripada pengurusan korban ini, beliau dapat mengumpul sedikit wang untuk dijadikan tambang balik ke tanah air. Beliau tinggal di Kota Makkah ini selama 6 bulan. Sebelum pulang ke tanah air iaitu Malaysia pada akhir 1981 Masihi, beliau berazam untuk membawa isterinya, Jamaliah ke Kota Makkah untuk menunaikan haji.

Sekembalinya beliau ke Malaysia, isterinya, Jamaliah telah menjual tanahnya untuk pergi ke Kota Makkah bersama Syeikh Mahmud bagi menunaikan haji. Mereka kemudiannya tinggal di Kota Makkah selama 16 bulan. Pada masa itu, beliau sempat menunaikan hajinya sebanyak 2 kali. Di Kota Makkah inilah iaitu pada 12 Rejab 1403 Hijrah bersamaan dengan 1983 Masihi beliau telah tamat sebahagian daripada latihan kerohaniannya selama 13 tahun. Allah kemudiannya memberi petunjuk agar beliau menyambung latihan kerohaniannya di Asia. Berpusatkan Malaysia, beliau mengembangkan ajarannya. Pengajaran beliau berkembang pesat di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Pada tahun 1984 Masihi, tamatlah kes perbicaraan beliau dengan Majlis Agama Islam Kedah.

Pada tahun 1985 Masihi, guru kerohanian beliau iaitu Tok Ayah Said telah meninggal dunia. Selepas kematian Tok Ayah Said, beliau semakin giat mencuba memperbaiki dirinya dalam bidang kerohanian sehingga tahun 1989 Masihi. Hasil daripada kesungguhan dan ketabahan beliau ini, beliau akhirnya mendapat alamat daripada Allah bahawa beliau mendapat gelaran ‘Abdul Qadir’. Beliau cuba mempraktikkan secara istiqamah pangkat atau kebolehan beliau ini dalam kerohanian selama 4 tahun.

Apabila genap usia latihan kerohanian beliau selama 23 tahun, beliau kemudiannya berjaya mendirikan Madrasah Nurul Iman, di Hulu Langat. Madrasah ini adalah satu daripada madrasah yang telah berjaya didirikannya. Madrasah ini kini menjadi tonggak pengajaran beliau di Asia. Muridnya kini semakin berkembang luas meliputi negara Asia Tenggara, Eropah, Afrika dan Asia Barat.

PAUTAN DENGAN ARTIKEL INI:
1-PAK LAH MAKAN TENGAHARI DENGAN ANWAR
2-Video Pak Lah & Anwar Bersama Syeikh Mahmud

3 ulasan:

  1. Bismillahhirrahmanirrahim

    Siapa sebenarnya Syeikh Mahmud atau Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Mahmud al-Kedahi?

    1)Tarekat di madrasah nurul iman pimpinan "Syeikh Muhyiddin" Abdul Qadir Mahmud Al-Kedahi/Mahmud "al-Majzub" ini telahpun difatwakan menyeleweng oleh bekas mufti selangor, Dato' Haji Ishak Bin Haji Baharom (semoga Allah mengampuninya dan merahmatinya) pada tahun 1995. Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah.
    Rujukan:
    http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiBukuPanduanFatwa/FatwaWartaKerajaanSelangor25%201991-1997.htm
    Fatwa Kerajaan Selangor diwartakan pada 25 Oktober 1995

    2)Fatwa ini boleh juga didapati di dalam website rujukan rasmi fatwa di Malaysia :
    http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_warta_view.asp?keyID=445

    3)Tarekat ini juga telah disenaraikan dalam "AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN" (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah) yang boleh didapati pada website JAKIM berikut:
    http://www.islam.gov.my/ppi/profil.html

    4)Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 25.4.1979 memutuskan mengharamkan ajaran yang dibawa oleh En. Mahmud bin Abd. Rahman dan para pengikutnya kerana membawa, mengajar dan menyebarkan ajaran salah disisi syariat Islam kepada masyarakat Islam.
    Ini disalin dari booklet bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor oleh JAIS

    BalasPadam
  2. 5)Berikut saya pastekan dari booklet JAIS penerangan mengenai fatwa berkaitan.
    (Dengan kerjasama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak (Fatwa) Negeri Selangor)

    Booklet berkenaan bertajuk:
    Himpunan Ajaran, Amalan dan Fahaman Yang Telah Difatwa dan Diwartakan Menyeleweng Dan Sesat Dalam Negeri Selangor
    (Diterbitkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Jabatan Agama Islam Selangor)
    Cetakan Pertama - 2000
    Cetakan Ketujuh - 2006

    Aurad Ismailiah
    (Ajaran Mahmud bin Hj Abd. Rahman)

    Latar belakang
    1. Beliau berasal dari Bt. 5, Sik, Kedah.
    2. Selepas ajarannya difatwakan haram di Kedah beliau telah berpindah ke Selangor.
    3.Ajaran beliau berkembang di Surau Nurul Iman Bt. 12 3/4, Jalan Sg. Long, Hulu Langat..
    5. Semasa di Kedah, ajaran ini berkembang di Kg. Hangus, Kupang dan Kg. Kijang Baling.
    6. Beliau selalu bertapa di Gua Bukit Enggang Kedah yang dianggap Gua Hira dan batu besar di dalamnya dianggap Hajarul Aswad.

    Ciri- Ciri Kesalahan
    1. Pengikut dikehendaki membayangkan wajah guru ketika berzikir dan bersuluk.
    2. Semasa berpuasa dan bersuluk, pengikut tidak dibenarkan memakan yang berdarah dan minum seteguk air sahaja bila dahaga.
    3. Semasa upacara berzikir, guru akan memukul lantai menggunakan rotan menyempurnakan rentak ratib.
    4. Kemuncak ratib ialah apabila pengikut-pengikut melompat tidak sedarkan diri.
    5. Mendakwa menerima wahyu dari langit.
    7. Menganggap diri dan amalan mereka lebih suci dan tinggi martabatnya dari orang-orang lain yang tidak mengikut ajaran itu.
    8. Membuat pengakuan dan dakwaan yang aneh seperti dia tidak siuman semasa hendak menerima ajaran itu ketika bertapa di Gua Bukit Enggang, beribadat dalam gua yang digali, dianugerahkan oleh Allah kepadanya mengenal yang hak dan yang batil tanpa belajar serta Allah memperlihatkan kepada dunia ini yang penuh dengan dosa.
    10. Lafaz zikir yang asalnya "Lailahaillallah" telah diubah di dalam masa berzikir kepada lafaz yang lain daripada yang asal.
    11. Di dalam berzikir (beratib) diangkat suara dan diselangselikan dengan pukulan rotan untuk menyamakan rentak irama ratib itu dan berlaku kelakuan-kelakuan yang melanggar adab zikir, ada yang menari, ada yang menyulu, ada yang tonggeng buyung, ada yang terselak kain, ada yang menangis. Kejadian-kejadian ini mengikut dakwaan En. Mahmud menunjukkan pengikut-pengikutnya banyak dosa. Tetapi mengikut dakwaan pengikut-pengikut mereka ketika itu telah sampai puncak kelazatan.
    12. Zikir (ratib) yang tiada ketahuan itu dikatakan zikir isi, manakala zikir orang kebanyakan yang terang lafaznya dikatakan zikir kulit.

    Aku berlindung dengan Allah dari kesesatan dan kejahilan dan aku berlindung dengan Allah dari tipudaya syaitan
    Wallahualam

    "Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. " [Asy-Syu'araa':210-211]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. " [Al-Baqarah:208]

    BalasPadam
  3. Assalamu 3alaikum!!!

    Mengikut apa yg DIBAHASKAN DI-TKO ketika berita ini hangat... Syeikh Mahmud yg ditemui Anwar dan Pak Lah itu bukan yg org yg telah difatwakan sesat oleh JAIS...

    Kerana ada forumer yg memberikan hujjah seperti hujjah inta tapi telah dijawab dengan keterangan yg MEYAKINKAN...

    ...ada masa kita cari forum tu... kalau tak terpadam... ana rasa V5...
    Tapi ana masih ingat lagi bahawa dia bukanlah yg inta maksudkan...

    WaLlahu a3lam..

    ambuyat.

    BalasPadam

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN