By Izo on March 13th, 2009 | 7 Comments

Gambar di sebelah kanan ialah Siti Fatimah Mukhtar. Penyandang rekod 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu. Gambar di sebelah kiri pula ialah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal. Pelajar yang berjaya memecahkan rekod yang di buat oleh Siti Fatimah Mukhtar dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Kedua-dua pelajar ini daripada Maahad Muhammadi LilBanat (Perempuan).
Jika tahun yang lepas Siti Fatimah Mukhtar tidak diiktiraf Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak mahu mengakui bahawa Siti Fatimah telah memecahkan rekod Nur Amalina yang dibuat pada SPM tahun 2004. Nur Amalina hanya mendapat 17 1A sahaja, tetapi telah dijulang melambung dengan pelbagai anugerah termasuk Tokoh Maal Hijrah.
Siti Fatimah Mukhtar TIDAK di iktiraf sebagai Pelajar Terbaik SPM 2006 kerana didapati dia adalah seorang ‘penjenayah’. Antara ‘jenayah-jenayah’ yang dilakukan oleh Siti Fatimah ialah:
1.) Pelajar Sekolah Agama Yayasan Islam Kelantan.
2.) Anak ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS).
3.) Bukan ahli Puteri UMNO Baru.
Tahun nie macam mana pula yer?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI