Posted on Sunday, August 02 @ 16:33:53 PDT by TokPenghulu
Oleh: musafir_lapar
"NAzri Aziz menghina suara rakyat yang mempertaruhkan keselamatan mereka apabila berdemo menentang ISA dengan menyatakan bahawa UMNO TIDAK memansuhkan ISA. Apa yang UMNO akan buat ialah pendekkan masa tahanan ISA dari 60hari kepada 30hari tetapi boleh diperbaharui. Maknyanya, masih boleh kena ISA seumur hidup. Artikel lengkap disediakan."
"Berita Harian, 1 oGOS 2009
PAPAR: Kerajaan akan terus mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan tidak akan bersetuju dengan penghapusan akta tersebut, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.
"Saya sering kali menjawab bagi pihak kerajaan bahawa kita tidak akan menghapus melainkan untuk kaji semula bahagian-bahagian tertentu yang mempunyai ruang untuk penyalahgunaan kuasa.
"Jadi saya ingin menyatakan di sini bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional," katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar di sini.
Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi contoh, antara perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengurangan tempoh ditahan dari 60 hari kepada 30 hari.
Hari ini badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) yang membantah undang-undang itu mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kira-kira 200 orang yang terbabit dengan perhimpunan haram itu ditahan sehingga jam 4 petang ini".
Elok juga Nazri Aziz jelaskan pendirian UMNO yang begitu. Tidaklah macam Najib yang takut-takut nak mengaku. Kita faham banyak kes penderaan di ISA. MAngsa disuruh bogel, dipaksa masturbasi, dimainkan alat kemaluan dan sebagainya. Lawan tetap lawan...
Penulis yang sedang minum air kopi di China terkejut melihat berita kezaliman FRU yang menyembur air ke arah penentang ISA di Malaysia dipaparkan di berita-berita di sini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI