
Apa Itu Akta Isa ?
Posted on Thursday, August 06 @ 00:30:00 MYT by Paktam
Oleh talikasutkayu
"Hari ini 06 ogos 2009, 5 hari sudah berlalu namun kepanasan demo Anti ISA masih terasa. Pejuang atau rakyat yang menyokong masih lagi bercerita tentang keganasan polis serta mentertawakan respon dari pemimpin negara dari peringkat atasan hinggalah ke peringkat bawahan. Ada juga penyokong kerajaan pusat yang cuba menonjolkan diri bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan bahawa ISA masih relevan
Golongan ini sebenarnya masih tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa itu akta ISA. Akta ISA digunakan sepenuhnya oleh kerajaan bagi menyekat suara rakyat yang menuntut keadilan dan mahu kezaliman dihapuskan.
Golongan ini juga beranggapan ISA patut digunakan sepenuhnya untuk menghalang Pakatan Rakyat membanteras ketidakadilan pemimpin negara. Dengan adanya ISA mereka mampu beselindung dibawahnya untuk kepentingan politik . Itulah hasrat mereka mempertahankan ISA.
Bagi yang menentang akta ISA terutamanya mereka yang mahu ketelusan pembicaraan terhadap tahanan merasakan perlaksanaan akta ini sudah melanggar lunas undang undang negara. Sokongan rakyat terhadap GMI untuk menghantar memorandum bantahan kepada yang Dipertuan Agong membuahkan hasil.
Inilah yang rakyat harapkan. Gabungan NGO dan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak membantu rakyat menyuarakan hasrat dan bersuara menentang apa yang kerajaan rasakan betul. Rakyat kini sudah mula berfikiran waras, akan tetapi kerajaan mula berfikiran sempit.
Suara rakyat dihalang sepenuhnya. Umno BN merasa tergugat apabila rakyat bangkit meluahkan perasaan ketidak puasan hati. Dimanakah demokrasi?. Mengapa UmnoBN tidak bersikap professional? Mengapa tiada dalam kamus mereka “Biarlah rakyat bersuara, itu hak mereka, kita akan pertimbangkan apa yang mereka mahukan. Mengapa ini tiada dalam kamus pentadbiran Umno BN. Mengapa FRU dan polis dipergunakan sepenuhnya?
Salakan demi salakan Umno BN luahkan di media massa kerana marah kebangkitan rakyat. Pelbagai alasan bodoh dipertontonkan didada akhbar dan di kaca tv. Salakan mereka dinilai sepenuhnya oleh rakyat marhaen.
Mengapa harus takut dengan rakyat sedangkan disaat pilihanraya rakyat diumpan dan dijanjikan dengan pelbagai imbuhan seandainya menyokong mereka tetapi rakyat dipersetankan bila rakyat ingin bersuara secara aman.
Kini rakyat sudah menilai mana intan mana kaca. Perhimpunan Bersih memberi 50% kesannya kemenangan dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini. Semuga perhimpunan GMI kali ini memberi kesan 100% kepada Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan Umno BN
Tahniah GMI, Tahniah PR andalah harapan rakyat untuk bersuara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI