|
Oleh boloqaroq
"
Kenal Rosol? rakyat Terengganu kenal sangat, rakyat Malaysia pun dah mula kenal dengan si Rosol ni. Kenapa tetiba namanya jadi 'BOOM' ? Tak lain tak bukan kerana dia telah dinobatkan sebagai petualang dinegeri Terengganu. Nak glamer memang cukup mudah, cara baik pun boleh, cara gengster cap ayampun boleh. Macamlah si Razak Baginda, kan dah terlebih glamer tu, tak muat ruang surat khabar dalam dan luar negara asyik bercerita pasalnya. Cerita seorang gengster cap ayam.
Seseorang yang menyokong bermati²an mesti ada agenda tersendiri. Bab kata orang kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Mesti sirosol dah naik angin setan yang menyebabkan dah hilang pedoman. Kalau dilihat secara kasar seperti sangkaan orang ramai adalah kerana kuasa dan wang yang tak terkira nilainya sekiranya dia menang dalam perlawanan ini.
Senario sebegini telah terjadi sebelumnya bila BERSIH membuat satu program di Batu Buruk sehingga tercetus peristiwa berdarah yang tak akan di lupa oleh rakyat Terengganu. Siapa petualangnya? Kalau bukan si wan farid & kj. Nama kj lagi. Adakah kali ini kj masih menjadi pengarah dalam wayang sirosol ini? Masih menjadi tandatanya walaupun hati ini sakit sekali bila cuba menolak telahan tersebut. Adakah wan farid berjaya menjadi hero gengster cap ayam dalam episod yang lepas? Gagal bukan? Begitulah yang terjadi pada sirosol tolol itu.
Kedua²nya gagal dalam dua episod yang berlainan itu walaupun modus operandinya ada kesamaan. Tak lain tak bukan demi kuasa dan lubuk duit dari wang royalti rakyat. Kembali kepada cerita sirosol tolol tadi, kenapa ia bertindak seperti dirasuk setan. Lagaknya seperti apa yang dia buat mendapat wahyu pula. Memang 100% betul tak ada cacat celanya, sebab itulah dia menjadi petualang kepada kesultanan Terengganu. Adakah dia merasakan dia juga rosol yang mendapat wahyu? Dari manakah wahyu itu? Tak lain tak bukan wahyu dari iblis jusoh. Yakin sangat kepada wahyu yang diterimanya, cukup hebat wahyu yang datang dari siiblis jusoh itu. Iblis jusoh memang natang yang hebat. Adakah akan terpampang kain pemidam 'KAMI NAK NATANG IBLIS JUSOH' ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI