Sejarah Ringkas Universiti Al-Azhar Oleh: Al Azhariah
16 Disember 2007
Mengikut catatan sejarah silam,Khalifah Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu Universiti Al-Azhar. Pada 969Masihi Kota Kaherah telah dibuka dengan rasminya sebagai ibu negara Mesir. Dan pada 4 april 970 Masihi bersamaan 24 Jamadilawal 359Hijrah kerja-kerja pembinaan masjid Al-Azhar dimulakan. Pada hari Jumaat, 22 Jun 972Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361Hijrah masjid ini siap dsepenuhnya, solat jumaat pertama telah didirikan di Masjid itu.
"Dalam peperangan tiga segi dizaman pemerintahan Jamal Abdul Naser, para penuntut dan Sheikhul Al-Azhar turut memainkan peranan penting. Sehinggalah Mesir berjaya menawan kembali sinai dari tangan Israel."
Pada tahun 378 hijrah, seorang wali kerajaan Abbasiyah Mesir, Ya’kub bin Kals telah mencadangkan kepada Khalifah Aziz Billah agar masjid itu dijadikan Jam’iyah (Universiti). Bermula dari tarikh inilah Al-Azhar mula dikenali diseluruh pelusuk dunia. Bukan sahaja umat Islam yang memenuhinya bahkan juga turut didatangi oleh orang-orang bukan Islam yang datang untuk mencedok ilmu-ilmu Islam terutamanya dari perancis dan eropah barat.
MATLAMAT Al-AZHAR
Musuh- musuh Islam amat bimbang dengan perkembangan pesat Al-Azhar keseluruh pelusuk dunia. Ini kerana objektif penubuhan Al-Azhar adalah melahirkan para ulama’ akhirat yang bangkit membela Islam yang suci
Pada oktober 1798 satu pemberontakan besar keatas penjajah perancis telah berlaku di Ardilkinanah ini. Pemberontakan ini telah diketuai oleh ramai sheikhul al-azhar dan antaranya ialah ALFADHIL SYEIKH SULAIMAN JAUSUQI dan SYEIKH MAURUQI. Kebangkitan yang berlaku diatas sebab penghinaan yang dilakukan oleh penjajah perancis dengan memusnahkan ribuan kitab-kitab ulumuddin.
Pada tahun 1800Masihi bangkit manusia berhati singa dari Al-Azhar yang bernama Sulaiman Alhalbi dan beliau telah mengembalikan maruah umat Islam dengan menumpahkan darah Cilber, ketua penjajah Perancis di Kaherah.
Hakim pertama lulusan Al-Azhar telah dilantik pada 1805M. Beliau ialah Muhamad Ali Hakiman yang telah berjaya menentang penjajah Inggeris yang lantang menghina Al-Azhar.
Dalam peperangan tiga segi dizaman pemerintahan Jamal Abdul Naser, para penuntut dan Sheikhul Al-Azhar turut memainkan peranan penting. Sehinggalah Mesir berjaya menawan kembali sinai dari tangan Israel.
Sumber: Azhariah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI