Posted on Friday, December 21 @ 06:33:51 MYT by SongkokPutih
Oleh mindamerdeka
"Kerap kali kita berdepan pencinta Islam yang bersemangat dengan konsep negara islam tanpa memahami hakikat negara Islam yang sebenar.Pada fikiran mereka, untuk melaksana Islam itu mudah; luluskan saja undang-undang Islam di Parlimen seperti undang-undang lain. Penzina di rejam, pencuri di potong tangan, dan si murtad di bunuh.
Tidak begitu. Undang-undang Islam tanpa muqadimah akan menimbulkan fitnah dan kezaliman. Contohnya, kita arah anak kita sembayang tanpa mengajarnya sudah tentu zalim.
Sesungguhnya hukuman dalam Islam bukan sama dengan hukuman dalam undang-undang ciptaan manusia.
Contohnya pesalah zina. Hukuman untuk pesalah yang sudah berkahwin adalah rejam sampai mati. Memang hukuman ini sangat berat.
Hukuman rejam dikenakan apabila tidak ada lagi fitnah yang menyebabkan pelaku itu berzina. Suasana persekitaran bebas dari fitnah; peluang untuk berkahwin dipermudahkan [ada tabung membantu pemuda yg tidak mampu], perempuan menutup aurat apabila keluar dari rumah, filem-filem lucah dan mengghairahkan tidak ditayang, majalah mangga dan seumpamanya tidak ada tempat, siti norhaliza hanya menyanyi depan Datuk K, pergaulan bukan muhrim disekat walaupun dlm drama dan sebagainya.
Apabila tidak ada fitnah untuk berzina, si muslim masih lagi berzina, maka hudud dikenakan dalam rangka kafarah atau membersihkan penzina itu dari dosa yang dilakukannya. Jika ada fitnah yang menyebabkan penzina itu berzina, maka hukuman hudud perlu dinilai semula oleh hakim. Saidina Omar pernah menangguhkan perlaksanaan hudud ketika ekonomi terok.
Oleh itu, sebelum kita melaung-laungkan hudud, adalah lebih baik kita melaung-laung agar arti-artis menutup aurat, anak-anak perempuan dikawal, filem-filem yang merangsang nafsu tidak ditayangkan, majalah-majalah seperti mangga dan media hiburan diboikot dan sebagainya.
Malangnya laung-laungan ini akan mendorong pengundi menjauhkan diri dari parti Islam, sedangkan kita mahu pengundi menyokong kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI