Posted on Saturday, December 22 @ 08:15:48 MYT by SongkokPutih

"

Kaedah yang lazim digunakan oleh ahli politik ialah "Matlamat Menghalalkan cara'. Dalam Islam pula, kaedah 'al harbu al hid ah' [perang itu tipu helah] digunakan. Kaedah yang diamalkan oleh ahli politik barat bertentangan dengan kaedah Islam; 'Matlamat tidak menghalalkan cara'.
Untuk meneruskan kuasa memerintah, BN akan meneruskan amalan 'Matlamat menghalalkan cara' seperti yang lazim digunakan. Bagi orang politik, amalan ini adalah biasa, bahkan prinsip ini juga digunakan untuk menjatuhkan lawan masing-masing di dalam parti yang sama.
Isu perkauman dijangka akan menjadi isu yang akan digembar-gemburkan. Matlamatnya agar orang Melayu akan sedar bahawa UMNO sahajalah parti yang akan menjaga status quo Melayu. UMNO akan kembali meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu seperti dulu. Pemimpin yang korup akan menjadi kambing hitam [di dakwa buat sementara] agar Melayu kembali meyakini UMNO ikhlas untuk membela nasib Melayu. Sejarah UMNO membela Melayu [zaman Tunku, Tun Razak] akan diuar-uar dalam media yang dikuasai kerajaan.
Pada waktu yang sama PAS akan di label sebagai parti ekstremis Islam. Ceramah Mohd Sabu dan Tuan Guru Hj Abd Hadi zaman yang penuh bersemangat disiarkan dalam TV dan diulang-ulangkan. Ucapan Lim Kit Siang tentang penolakan konsep negara Islam disiarkan dalam akhbar Utusan dan Berita Harian. Penangkapan-penangkapan akan dilakukan sehingga rakyat melihat pembangkang juara merosakkan ketenteraman masyarakat. SB akan berperanan agar BA akan berpecah kerana masing-masing bertegas dengan ideologi parti.
Pemimpin BA seharusnya duduk semeja dan berbincang tentang tipu daya BN yang bakal dihadapi oleh mereka. BN sangat matang dan mahir dengan tipu daya ini. BN akan melakukan apa saja demi meneruskan kekuasaannya. Kaedah 'Matlamat Menghalalkan cara' akan digunakan tanpa kesian belas lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI