Hazayani Zakaria foto Zamzarina Abdullah Sat | Oct 03, 09 | 7:18:06 pm MYT | |
TELUK KEMANG, 3 Okt: Proses penamaan calon pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang yang berlangsung pagi tadi sekali lagi menyaksikan lautan penyokong Pakatan Rakyat memenuhi jalan raya dan kawasan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Penyokong Pakatan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara turun memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Zulkefly Mohd Omar seawal jam lapan pagi tadi. Meskipun arahan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen, namun ia tidak menghalang dua parti itu menunjukkan sokongan dari sudut lain. Buktinya, tidak boleh mengibarkan parti sendiri, mereka masing-masing mengibarkan bendera PAS menjadikan bendera PAS berkibaran di mana-mana sahaja mengalahkan bendera Barisan Nasional. Namun ada juga bendera PKR dan DAP kelihatan di celah-celah bendera PAS. Ini kerana larangan SPR itu tidak disertakan dengan bukti bahawa ada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.
"Saya tak puas hati pasal SPR melarang parti selain parti yang bertanding mengibarkan bendera parti masing-masing. Kenapa SPR buat macam tu?Saya seratus peratus tak setuju. Biarlah semua parti kibar bendera. Barulah meriah,"katanya. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.
Ditanya mengenai sokongan terhadap calon PAS pula, Sarojadewi yang merupakan Ketua Wanita DAP Dun Senawang berkata, DAP menyokong penuh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly sebagai calon. Ujarnya, DAP tidak mempunyai apa-apa masalah dengan calon yang dipilih PAS dan hadir memberikan sokongan penuh kepada PAS pada hari ini. "Tak ada apa-apa masalah dengan calon dan PAS sendiri. Semua ok. Kami turun semata-mata untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS,"ujarnya yang telah berada di kawasan penamaan calon seawal jam 7.30 pagi lagi bersama rakan-rakan yang lain.
Meskipun hujan lebat turun kira-kira 15 minit sewaktu perarakan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menzahirkan sokongan terhadap calon PAS.
Pilihanraya kali ini menyaksikan perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN. BN meletakkan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calonnya. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Oktober ini. _ |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI