KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ahli Parlimen Pakatan berjanji mendesak kerajaan supaya menarik balik permohonan peguam negara yang mahu membatalkan pekeliling Menteri Besar Selangor berhubung tegahan terhadap kakitangan kerajaan negeri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat dan bangunan SUK.
Pada sidang parlimen di lobi parlimen siang tadi, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberitahu mereka akan membangkitkan perkara tersebut bukan sahaja di dewan rakyat malah juga di luar dewan.
"Kami juga berjanji membangkitkan isu ini di dalam dewan (perbahasan) dan di luar Parlimen supaya Peguam Negara (Tan Sri Abdul Ghani Patail) menarik balik keputusan membatalkan Pekeliling Menteri Besar (Selangor)," jelasnya.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian selepas menerima memorandum dari Persatuan Pegawai-Pegawai Wakil Rakyat PR Selangor (SELPROA) yang meminta ahli parlimen pakatan bertegas agar kes seumpama kematian Teoh Beng Hock tidak berulang.
menegaskan Surat Pekeliling itu bertujuan melindungi nyawa dan hak asasi manusia para pegawai terbabit.
Beliau turut mempersoal kesungguhan Abdul Ghani seolah-olah menggalakkan para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan di luar waktu pejabat, seperti yang dilakukan ke atas mendiang Teoh.
"Kenapa Peguam Negara begitu bersungguh mahu siasatan SPRM dilakukan di luar waktu pejabat," soalnya.
"Adakah SPRM tidak cukup kakitangan atau sebenarnya bebas melakukan apa sahaja jika siasatan dilakukan (sekitar) dua tiga pagi seperti kes Teoh."
Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang sebelum itu menyeru SPRM bersama-sama PR memerangi rasuah berprofil tinggi.
Ujarnya, selagi SPRM menjadi kuda tunggangan Umno, selali itu rakyat khususnya para pegawai terbabit meragui niat suruhanjaya tersebut dan peribadi Abdul Ghani sendiri.
Sebelum pada itu, Presiden SELPROA Abdul Razak Ismail di dalam memorandumnya turut menasihatkan Abdul Ghani menyokong keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Ariff Mohd Yusof supaya SPRM tidak dibenarkan melaksanakan siasatan di luar waktu pejabat.
Beberapa pihak berpendapat bahawa Abdul Ghani seharusnya fokus menubuhkan suatu suruhanjaya di raja yang bebas untuk menyiasat kes pembunuhan Teoh.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim Pada 4 September lalu mengeluarkan satu pekeliling melarang kakitangan kerajaan negeri memberi keterangan kepada SPRM di luar waktu pejabat dan bangunan SUK.
Pekeliling itu dikeluarkan bagi menjamin keselamatan pegawai-pegawai kerajaan negeri berkaitan dengan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas memberi keterangan kepada SPRM 16 Julai lalu. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI