
GOLONGAN HINDUNISME BERTAPAK DI IPTA
Dilulus terbit pada Tuesday, February 17 @ 19:30:00 MYT oleh TokBatin
Artikel Oleh heromacho64
"Salam,
Berita yang terbaru diterima dari pelajar-pelajar di Kolej Matrikulasi Gambang, Kuantan mengejutkan kami kerana gara-gara Pengetua yang sukakan hiburan melampau.
Pelajar-pelajar didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang jelas melanggar tatasusila kita sebagai Islam dan ketimuran.
Kami difahamkan Pengetua Kolej ini adalah seorang bangsa Melayu dari Sarawak telah menganjurkan "Reality Show" ala Malaysian Idol dan masa yang sama para ustaz serta ustazah cuba menyelamatkan keadaan dengan menganjurkan kuliah agama di Masjid Kolej. Oleh kerana terjadinya dua jenis acara berjalan serentak, maka terselamatlah mereka-mereka yang punya iman menghadirkan diri di majlis ilmu tersebut.
Maka para Ustaz dan Ustazah berkenaan dipanggil oleh sang Pengetua yang sudah dikuasai Iblis tampil beri tujuk sebab gara-gara acara yang berunsur kufur tidak mendapat sambutan dari warga pelajar kolej.
Baru-baru ini pelajar terbabit dikunjungi pelajar kaum Hindu untuk memohon derma untuk acara keagamaan Ponggal, pelajar terbabit mengugut tidak akan beredar dari asrama pelajar selagii tidak mendapat sebarang derma yang telah diluluskan oleh Pengetua yang langsung tidak menitikberatkan soal agama, malah pelajar-pelajar hindu bermaharajalela menjalankan acara agama tersebut dan memaksa pelajar-pelajar lain untuk turut serta.
Saya difahamkan sebelum berakhirnya semester pada bulan April, semua pelajar lelaki dan perempuan diwajibkan menghadiri majlis tari-menari dan buat pelajar perempuan juga diwajibkan memakai kasut tumit tinggi "High Heel" shoes.
Kami menyeru pihak-pihak bertanggung jawab tolong pantaukan sitiuasi sebegini kerana pelajar-pelajar adalah pelapis untuk menyambung wadah agama serta bangsa yang tercinta. Lebih-lebih lagi adalah menjadi kewajipan kita sebagai mukmin menyengkang perkara-perkara yang mungkar.
Kalaulah DYMM Tuanku Sultan Pahang ketahui tentang ini, pasti Baginda sedih atas apa yang berlaku di tempat jajahannya.
Pengetua tersebut harus di pertanggungjawabkan di atas perkara tersebut.
Wassalam.
"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI