Syabas Rakyat Sibu-Anwar |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakyat Sibu kerana telah memilih calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru. Beliau dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Ho Leng menunjukkan rakyat Sibu tidak mudah tunduk kepada sogokan puluhan juta ringgit yang ditabur pimpinan Umno BN sepanjang kempen pilihan raya itu. "Syabas rakyat Sibu! Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat. "Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN," katanya. Ucapan dan penghargaan sama juga turut dirakakmkan kepada semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat dari PAS, DAP, PKR dan SNAP. "Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya. "Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," katanya. DAP melalui calonnya Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi apabila mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN Robert Lau Lau Hui Yew yang mendapat 18,477 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI