Perkembangan semasa proses pengundian PRK Bagan Pinang |
Dzulfikar Mashoor, Hazayani Zakaria & Nazri Abdullah Sun | Oct 11, 09 | 9:16:15 am MYT | |
2:20 : Sehingga jam 2 petang, SPR mengumumkan sebanyak 59.2% atau seramai 5,371 pemilih telah keluar mengundi. 1:15 :Sehingga jam 1 tengahari tadi SPR mengumumkan sebanyak 54.1% atau 4,905 orang telah keluar mengundi. 12:45 : Pemimpin PAS, Salahudin Ayub, Dr. Dzulkifli Ahmad, Dr. Hatta Ramli berada di Pusat Mengundi Sek. Keb. Si Rusa memantau suasana pilihanraya. Salahudin ketika ditanya memaklumkan suasana penyokong PR terkawal biarpun berdepan provokasi perti lawan di beberapa tempat dan memohon kerjasama penuh anggota keselamatan. 12:30 :Beberapa pusat pembuangan undi semakin lengang menjelang tengahari ini. ![]() Sehingga jam 12 tadi SPR memklumkan sebanyak 46.5% sudah keluar mengundi iaitu seramai 4,220. Angka keluar mengundi yang belum mencecah 50 peratus itu dijangka berpunca dari cuaca hujan di sebelah pagi tadi. ![]() 11:50 : Pasukan Peguam PAS mendakwa kes replika duit palsu RM100 yang ditabur di Tmn. Desa Sirusa semalam adalah provokasi Umno BN. Tiga keping duit RM100 tersebut didakwa mempunyai nombor siri yang sama. Pasukan peguam tersebut bagaimanapun telahpun membuat laporan polis. 11:40 : SPR memaklumkan 35.7% sudah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi. Meraka mensasarkan jumlah peratusan mencecah 80 peratus petang ini. ![]() 11:15 : Salahuddin ketika ditemui memberitahu, sehingga kini Polis belum membuat maklum balas berhubung laporannya semalam yang mendakwa wujud sammseng di kalangan Komando Umno. 11:00 : Muhyidin dilihat meninggalkan sekolah tersebut 10 minit kemudian. 10:50 : Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin tiba di Sek. Keb. Si Rusa. Penyokong Pakatan Rakyat melaungkan 'rasuah, rasuah...' tidak berhenti henti. ![]() 10:40 : Calon PAS kini sedang melawat di Sek. Keb. Si Rusa ![]() 10:15 : Pengerusi SPR memaklumkan 11.03% telah keluar mengundi iaitu seramai 1,076 orang sehingga jam 9 pagi tadi. ![]() " Tanggal sahaja kopiah puteh engkau setan, Zulkefly calon luar, kami nak Isa," antara laungan kedengaran. 9:50 : Perang mulut antara kedua dua penyokong semakin hangat. Mereka masing masing tidak mempedulikan hujan lebat yang kembali turun. Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Operasi PAS, Dr. Dzulkifli Ahmad menafikan dakwaan media arus perdana yang mendakwa penyokong PAS memukul pemandu kepada Ketua Polis Port Dickson. ![]() Mereka turut bertemu penyokong dan menasihatkan supaya menjaga ketenteraman dan mengelak dari provokasi pihak lawan. "Kita pun nak menang majoriti besar di Bagan Pinang, tapi kita tolak budaya samseng," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok. 9:25 : Hujan mulai reda seketika, pengundi mula memenuhi pusat pusat mengundi. 9:20 : Pengerusi SPR dilihat melawat tempat mengudi 9:00 : SPR menyediakan payung bagi membawa pengundi masuk ke bilik mengundi. ![]() ![]() ![]() ![]() Turut kelihatan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailah Yusuf ![]() Mereka memakai pakaian parti masing-masing dan membawa bendera saling membalas sorakan. Beberapa anggota keselamatan turut dilihat mengawal keadaan. 7:20 am: Kelihatan pengundi mula beratur di barung rasmi Suruhanjaya Pilihan raya SPR di pusat pembuangan undi Sek. Keb. Panglima Adnan. ![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI