Posted on Monday, August 24 @ 01:43:18 PDT by anaqsabah
Oleh: addin_77
"
Jika benar apa yang berlaku, Sharizat yang dipanggil “Kak Jat” harus membela seorang isteri yang diabaikan suami tercinta. “Itu pun jika benar sepertimana diperkatakan orang ramai kini. Saya tidak mahu memanjangkan isu itu kerana ia melibatkan kelambu Rohaizat. Apa salahnya mengaku jika berkahwin dua jangan pula menafikan kerana ia tidak baik,” ujar Mahfuz selanjutnya. Isu calon BN, Rohaizat Othman mula berbangkit apabila Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan mula menyebut mengenainya. Nasrudin telah dipertikai dengan alasan ia isu peribadi.
Namun, Nasruddin berkata dia bukan sengaja mahu mengungkitkannya. Isteri kedua Rohaizat, Rafizah, adalah adik angkat kepada guru beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. “Hubungan mereka sangat erat dan rapat seperti sebuah keluarga bertalian darah. Sementara saya anak murid setia kepada Tok Guru malah saya seperti adik kandungnya sendiri. Kami berkeluarga dan hubungan kami melewati hubungan pertalian darah,” cerita Nasrudin yang juga bermestautin di Pahang. Rafizah telah lebih setahun berceritakan nasib beliau, namun dia merahsiakan siapa suaminya. Tuan Ibrahim tidak mampu berbuat apa-apa di samping tidak tahu siapa lelaki yang menjadi suaminya. Sehinggalah beberapa hari lalu, Puan Rafizah memberitahu, “Ustaz, Rohaizat (calon BN) itulah suami saya!”.
Menurut Nasrudin, Rafizah pernah bertugas sebagai ketua kerani di firma Rohaizat. Mereka telah berkahwin selama lapan tahun, namun baru setahun lepas mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah. Bagi Nasrudin, beliau bukan menyerang peribadi Rohaizat tetapi membela orang yang hampir dengannya. Dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, ibunya berkata, anaknya hanya dikunjungi suaminya sebanyak dua kali dan itupun sekadar beberapa jam. Kemudian terus bergegas pergi meninggalkan isterinya dalam kesepian mengharapkan kasih seorang suami, cerita Nasrudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI