
Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
Tabung bantuan Adik Nik Madihah, Pelajar Cemerlang SPM 2008
Tersentuh hati kecil aku bila terbaca utusan meloya online (free je) pagi ni ttg sebutir permata negara yg mampu terhasil dari sebuah rumah yg agak usang (siap gambo skali).
Malah lebih menusuk hati....permata negara ini lahir dari sebuah sekolah agama rakyat yg dicanang2kan sebagai 'menzalimi' pelajar, yg tiada masa depan, yg serba ketinggalan, yg tak canggih dll oleh puak2 satu lagi tu.
Dengan ini ambo mengesyorkan pada TKO agar dapat melancarkan tabung kutipan bagi membantu Permata Negara ini dalam meneruskan kecemerlangan beliau dalam bidang akademik. Beliau telah membuktikan bahawa miskin bukan penghalang bagi mencipta kejayaan. Malah SEKOLAH SAR juga mampu melahirkan PELAJAR TERBAIK NEGARA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
--------------
Congrats Madihah!
I am very proud and extremely touched by your achievement. You did not allow poverty to affect your schooling. I hope you will get the success that you deserve one day, and help your parents out of the vicious poverty circle.
Your teachers also deserve the recognition. They went out of their way to collect RM200 per month for you out of their own pockets - they understand your pain and suffering!
Where is the financial assistance from the federal government for this brilliant kid? It is not as if she had not performed before academically - she was one of the top performers for PMR 2006!
The state government funds this religious school, without any aid from the federal government. Year in and year out, it churns out some of the best Malay students in this country. Yet, the UMNO-led federal government is more interested in helping out SJK Cina and Tamil or sending a tourist to the moon.
Madihah is a success story, but for every Madihah, there are 1,000 failures in the rural Kelantan. I should know, I came from that area.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI