
LIHATLAH GAMBAR INI....(sungguh menyayat hati)
TELUK BAHANG - Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36.
Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut.
Mengejutkan, kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.
"Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak.
"Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat," katanya ketika di temui semalam.
Menurut Verappa, ketika kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, dia baru selesai menyapu sampah di kawasan berhampiran.
KOMEN 1
dasar binatang....babiiii.....celaka.....manusia tk bertamadun....haram jadah....bahlol.....bodo nk mampos......baghral....bladiful.....kepada yg melakukannya......
KOMEN 2
Astaghfirullahalazim....kenapa sampai jadi begitu? Tak tersentuh ke hati perempuan yang melahirkan bayi ini hinggga sanggup membiarkannya begitu? Tak terfikirkah anak ini yang akan menanti engkau di akhirat kelak? Tak terngiang-ngiangkah di telinga mu akan tangisan bayi ini? Wahai perempuan, andainya engkau telah terlanjur, cukup-cukuplah. Janganlah ditambah dosa yang telah sedia ada. Berzina satu dosa dan engkau tambah lagi satu dosa. Sampai bila hidupmu akan aman? Bertaubatlah...Kita hidup di dunia bukan untuk selama-lamanya. Satu hari kita akan kembali kpdNya. Sad
Anak...maafkan ibumu. Ibumu pasti mempunyai sebab mengapa dia berbuat begitu walaupun sebenar-benarnya dia adalah orang yang patut bertanggungjawab ke atasmu. Ayahmu? Tidak perlulah dipersoalkan. Maafkan ibu mu ya...Engkau akan mendapat pahala atas kemaafan yang engkau berikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI