PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, Januari 18, 2009

WARKAH CINTA UNTUK SAUDARAKU DIBUMI GAZA PALESTIN

WARKAH CINTA UNTUK SAUDARAKU
DIBUMI GAZA PALESTIN

As-Salamu ‘alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh!

Semoga diberi perlindungan dan rahmat oleh Allah SWT sepanjang waktu dan semoga mendapat pertolongan Allah SWT dalam menghadapi musuh Allah dan semoga dikurniakan KEJAYAAN di dunia dan di akhirat…. Amin!

Duhai saudaraku!
Yang menderita dengan tangisan dari air mata dan darah yang menyirami bumi GAZA Palestin, akibat keganasan Israel dan Yahudi “LAKNATULLAH ‘ALAIHIM AJMA’IN”

Dunia tahu bahawa dikau terinaya dan tersiksa oleh kejahatan SYAITAN yang bertopengkan manusia iaitu Amerika dan sekutunya “’ALAIHIM LAKNATULLAH’.
Sesungguhnya rintihan jiwamu… rintihanku jua…. Tangismu tangisku jua. Namun tidak sama mata yang memandang atau telinga yang mendengar dengan bahu yang memikul serta badan yang calar balar bahkan menjadi korban sebagai SYUHADA.

Duhai belahan jiwa!
Aku tahu kau merintih setiap masa, menagih simpati siapa saja, apatah lagi mereka yang mengaku bahawa dikau adalah saudara mereka di dunia dan di akhirat, iaitu kaum Muslimin. Lebih-lebih lagi saudaramu yang sebangsa denganmu yang jumlah mereka tidak sedikit iaitu Bangsa Arab.

Duhai kasih!
Siapa yang tidak tersentuh hatinya bila melihat korban yang bukan sedikiit. Siapa yang tidak sebak dadanya melihat mangsa dari kaum wanita yang lemah. Siapa yang tidak menitiskan air matanya bila melihat mangsa yang tidak berdosa dari kalangan kanak-kanak yang comel dan manja. Siapa yang tidak menangis bila melihat mangsa syahid sekeluarga.

Tambah menyayat hati apabila tragedi ini berlaku (pada 27 Dec. 2009) diambang tahun baru Hijrah 1430H (jatuh pada 29 Dec. 2009) dan tahun baru Masehi 2009. Kenapa dunia “begitu tega” tetap berpesta bunga api pada sambutan tahun baru 2009 sedangkan Bumi Palestin terus dihujani peluru, roket, bom dan beraneka jenis senjata tercanggih termasuk senjata terlarang.

Duhai sayang!
Manusia ini bagaikan lupa bahawa ‘Antum’ juga manusia yang perlu diperlakukan dengan penuh perikemanusiaan. Antum perlu diambil peduli dan diberi pembelaan setidak-tidaknya oleh manusia yang mengaku antum sebagai “Saudara Seagama” dengan mereka.

Mana perginya Pepatah Melayu: “Cubit paha kiri, paha kananpun terasa” dan mana Mafhum Al-Hadis: “Bahawa di antara orang Mukmin dengan Mukmin yang lain adalah umpama “SATU TUBUH”… apabila satu anggota merasa sakit maka seluruh tubuh akan rasa menderita sakit dan demam”.

Aduh! Ya Allah!
Engkau Maha Mengetahui

Wahai saudaraku kaum Muslimin!

Di mana sahaja anda berada,
Di bumi Allah kita menumpang…. Buat sementara…
Untuk satu perjalanan yang panjang entah sampai bila. Pun kadang-kadang ia terlalu singkat untuk diukur dengan panjang pendeknya umur kita. Kalau kita tidak mati kerana berjuang di jalan Allah menegakkan syiar Islam atau mati syahid kerana melawan musuh, kita akan tetap mati walaupun tanpa sakit apa-apa sekalipun mungkin ketika tidur.

Ada orang mati berjuang. Ada juga mati kecundang. Ada yang mati bererti. Tidak sedikit yang mati, yang matinya seperti katak dilenyek oleh sebuah kereta di jalan raya. Maka carilah mati yang penuh bererti. Bererti pada Agama, Bangsa dan Negara. Maknanya jadilah “Pejuang” iaitu: Pejuang Agama, Pejuang Bangsa dan Pejuang Negara ketiga-tiganya. Ingatlah antara ketiga-tiganya Pejuang Agamalah yang lebih utama. Kerana Agama kita di mana-mana bukan hanya di Malaysia, tidak seperti bangsa yang mungkin hanya di Malaysia, demikian juga negara. Namun memperjuangkan bangsa dan negara tetap menjadi kewajipan pada orang yang beragama.

Wahai saudaraku di bumi Malaysia!
Wahai saudaraku di bumi Allah SWT di mana jua!
Tidakkah umat Palestin itu saudara kita? Seagama dengan kita?
Tidakkah mereka itu bagaikan paha kiri pada orang Melayu?
Tidakkah mereka itu bagaikan satu anggota dari satu badan kepada orang-orang yang beriman (Mukmin) seluruh dunia?

Kalau memang mereka itu saudara kita. Kekasih kita. Belahan jiwa kita. Maka tanyalah pada diri kita, apakah yang telah dan sedang kita SUMBANGKAN untuk membantu mereka menghadapi musuh. Musuh yang bukan hanya musuh mereka iaitu musuh seluruh umat Islam seluruh dunia, bahkan musuh manusia sarwa sekalian alam ini iaitu kaum Yahudi Israel “LaknatuLlahi ‘alaihim ajma’in”… sama ada:-

1- Berjuang bersama mereka dimedan pertempuran.
2- Memperjuangkan hak mereka melalui lisan atau tulisan.
3- Menghulurkan bantuan kemanusiaan.
4- Memboikot segala barangan dan produk Amerika dan Israel dari segala jenisnya.
5- Paling tidak terus MENDOAKAN mereka supaya beroleh KEMENANGAN terhadap musuh kita bersama.

HANYA INILAH SAHAJA SUMBANGANKU
Sebuah warkah yang ku kirim dalam bahasa yang hanya bangsaku yang memahaminya iaitu bahasa Melayu. Menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam mendokong perjuangan PEMBEBASAN PALESTIN di samping kempen BOIKOT semua barangan Yahudi Amerika dan Israel dari segala jenis. Semua ini sesuai dengan pendirian kerajaan Malaysia sepertimana dilaungkan melalui khutbah-khutbah jumaat seluruh negara bahkan disaran supaya membaca “Qunut Nazilah”.

KALAU ANDA INGIN MENYUMBANG
Kalaupun surat ini tidak sampai kepada sasaran sebenar, namun diharapkan kepada para pembaca menghebahkannya kepada yang lain. Di samping itu adalah diharapkan kepada mereka yang boleh menterjemahkannya ke bahasa Arab atau Inggeris supaya ia dapat difahami oleh pembaca seluruh dunia BAHAWA kita memang memperjuangkan KEADILAN ISLAM dan memang membenci kezaliman dan keganasan tidak kira oleh siapa.

Dan kepada BLOGGER seperti aku,
kutitipkan warkah ini lewat blog-blog kalian supaya ia boleh dibaca, dicetak dan diedar walau kemana jua. Mungkin inilah sahaja yang kita mampu lakukan dan bakal kita jadikan jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat nanti apabila ditanya: “Apakah yang telah kamu lakukan/sumbangkan kepada RAKYAT GAZA PALESTIN ketika mereka merintih pedih menangis sedih dan pilu MENGHARAPKAN sekelumit bantuan”.

INGATLAH
Peristiwa seekor burung pipit yang bersusah payah membawa air dalam paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang tinggi menjulang untuk membakar Nabi Ibrahim A.S.
Perbuatan burung tersebut diperhatikan oleh seorang “Abid” (Ahli Ibadah) dari jauh dan akhirnya bertanya: “Untuk apa engkau lakukan perkara yang sia-sia itu wahai pipit?” Burung pipit lantas menjawab: “ Seandainya di akhirat nanti Allah SWT bertanya apa yang telah aku lakukan ketika melihat Nabi Ibrahim A.S dibakar, sekurang-kurangnya aku ada melakukan usaha untuk memadam api tersebut walaupun tidak mungkin berjaya” (Aw kama qal: WaLlahu a’alam)

Memang kita tiada kuasa untuk mencegah kemungkaran ini dengan “Tangan” kerana kita tiada kuasa. Tapi kita masih boleh menggunakan “Lisan atau Tulisan” dalam manyatakan yang hak dan memerangi yang batil. Dan kita tidak seharusnya hanya berdiam diri dan mendoakan sahaja semata-mata.

Sekian terima(lah) kasih,

Ambuyat.
18 Jan. 2009. 10.30pm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN