PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Isnin, Januari 05, 2009

Siratan Hikmah Disebalik Hijrah

Siratan Hikmah Disebalik Hijrah
Dilulus terbit pada Monday, January 05 @ 10:47:41 MYT oleh TokPenghulu

Bicara Agama Oleh ahmad82

Maksud firman Allah :

Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "muhajirin" dan "Anshor" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. ( At Taubah ayat 100)

Ramai yang mengetahui tentang apa yang tersurat dalam Hijrah Nabi Sallallahu A’laihi Wasallam. Namun ramai juga yang kurang mengetahui hakikat kemuliaan peristiwa agung itu. Bahkan ada jugak yang tidak pernah menyedari bagaimana, bila, dimana, dan siapa yang yang melaksanakan perintah hijrah itu.

Apatah lagi kalau hendak menyelidiki apakah yang tersirat di sebalik suratan ibadah hijrah itu. Oleh itu dalam makalah ringkas ini penulis akan cuba membongkar pengajaran dan nilai tersirat ibadah hijrah Nabi sallallahu A’laihi wasallam dan para sahabat yang mulia.

Sebelum berbincang lanjut, amat tepat juga untuk kita meneliti sedikit fakta tentang hijrah ini.

Pendapat yang terkuat menyatakan bahawa Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar melaksanakana ibadah hijrah ialah pada 2 Rabiu’l Awwal tiga belas tahun selepas kerasulan baginda bersamaan 20 September 631 masihi dan menurut Al Masu’di Rasulullah SAW tiba di Madinah pada 12 Rabiu’l Awwal. Hijrah merupakan perintah Allah kepada Rasulullah dan para sahabat demi menyelamatkan kesinambungan perjuangan menegakkan Islam ketika itu.

Ibnu Al A’rabi menyatakan hukum berhijrah di zaman Rasulullah adalah wajib dan fardhu. Hijrah Nabi dan para sahabat ialah berpindah daripada bumi Makkah ke Madinah Al Munawwarah. Namun pada sesi awal para sahabat telah melaksanakan dua misi hijrah ke Habasyah atas perintah Rasulullah SAW untuk berlindung dari ancaman kuffar di sebalik keadilan raja Najasyie

Ibadah Hijrah ke Madinah pula mula dilaksanakan oleh Abu Salamah ibnu Abdil Asad kemudian diikuti oleh ‘Amir ibnu Rabia’ah dan para sahabat yang lain radhiallahu A’nhum Ajmai’n. Sejarah juga mencatatkan bahawa Saidina U’mar Al Khattab berhijrah secara terang-terangan dengan penuh berani tanpa sedikit pun gangguan daripada kaum musyrikin. Misi Hijrah ke Madinah menjadi lengkap dan sempurna apabila Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar As Shiddiq menjejak kaki dengan selamat di bumi Madinah.

Para ulamak meriwayatkan bahawa Saidina Umar Al Khattab memulakan kiraan tahun hijrah bermula dari tahun penghijrahan Nabi SAW dengan memulakan kiraan bulan pertama dalam taqwim hijrah itu dengan Muharram yang di haramkan berperang.

Penulis akan menghalusi apakah intipati yang tersirat dalam ibadah hijrah Nabi dan para sahabat berdasarkan asas-asas berikut:

Hukum-hakam, strategi hijrah dan kebijaksanaan Nabi yang dibimbing wahyu, nilai pengorbanan nabi dan sahabat, ukhuwah dan kasih sayang antara muhajirin dan Ansar, nilai tarikh dan masa. Yang paling penting ialah ibadah hijrah adalah ujian dan lambang kesediaan ummat Islam kearah kejayaan mendirikan sebuah Negara Islam di madinah.

Hukum-hakam

Para ulamak telah mengeluarkan banyak hukum syariat yang terkandung dalam peristiwa hijrah. Antaranya ialah wajib berhijrah dari Negara Kuffar sekiranya ia menghalang ummat Islam dari beribadah kepada Allah. Al Qurtubi meriwayat bahawa Ibnu Arabi menyatakan : Berhijrah di zaman rasulullah adalah wajib dan fardhu-ianya tetap akan kekal wajib sehingga hari kiamat, yang putus atau mansuh kerana pembukaan kota Makkah hanyalah semata-mata untuk nabi sahaja.

Penulis lebih cenderung menyatakan sekiranya seseorang itu mampu berhadapan dengan tekanan musuh dalam usaha dakwah di sebuah Negara kuffar maka ia dibenarkan untuk tinggal berdakwah di Negara tersebut selagimana ia berwaspada dan mampu menegakkan ibadah wajib kepada Allah. Begitu juga bagi mereka yang tidak mampu seperti orang tua, kanak-kanak dan tiada jalan untuk berhijrah.

Ia berdasarkan maksud firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak, yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). (An Nisa’ ayat 97-98)

Kemantapan strategi hijrah dan kebijaksanaan nabi dibimbing wahyu.

Nabi terkenal sebagai seorang yang pemimpin yang bijaksana dan seorang perancang yang mahir dan bijak. Ia adalah kurniaan dan bimbingan daripada Allah. Oleh itu perencanaan dan strategi nabi dalam melaksanakan hijrah amat menarik dan mengagumkan. Ia melibatkan kerahsiaan yang rapi, komitmen, kepercayaan dan pengkaderan para pembantu seperti saidatina Asma’ dan saidina Abdullah bin Abu Bakar, ketepatan masa dan tindakan. Perancangan Rasulullah disertai bimbingan wahyu daripada Allah melalui Jibril mengkhabarkan masa yang tepat untuk berhijrah. Pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai gandingan terbaik dalam pelaksanaan hijrah mendapat muwafakat Allah. Hanya segala yang terbaik untuk misis hijrah demi meneruskan kesinambungan Islam di Madinah.

Suasana amat mencemaskan, sepakat musyrikin Makkah sudah dimeterai di Darun Nadwah untuk membunuh Nabi, perancangan mereka mantap, pakatan semua kabilah dan suku kaum mengutuskan pahlawan masing-masing untuk membunuh nabi tetapi perancangan Allah mengatasi segalanya. Allah memberitakan muafakat jahat musyrikin itu kepada Nabi dan menentukan masa untuk nabi melaksanakan hijrah demi Islam tercinta.

Maksud Firman Allah:

Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya dan Allah pula membalas tipu daya (mereka) dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya. (Ali I’mran ayat 54)

Sejarah menyaksikan Rasulullah SAW memilih Saidina Ali untuk tidur di tempat tidur baginda untuk mengelirukan musuh, baginda juga memilih jalan persisiran laut yang tidak pernah disangka sesiapa jua untuk ke Madinah dengan bantuan seorang musyrik yang amanah bernama Abdullah bin U’raiqath sebagai penunjuk Jalan. Nabi juga memilih untuk tidak terus keluar ke Madinah tetapi memilih gua thur untuk mengelirukan Musyrikin Makkah. Abu Bakar juga mengarahkan A’mir bin Fuhairah memusnahkan kesan perjalanan Abdullah ke gua Thur, Abdullah bin Abu bakar sebagai perisik dan Asma’ sebagai pembekal makanan. Kesemuanya adalah strategi yang mantap, sarat dengan kepercayaan, pengorbanan, kesungguhan, ketepatan dan kebergantungan kepada Allah.

Pengorbanan nabi dan para sahabat.

Demi Islam Nabi dan para sahabat mengorbankan segala-segalanya untuk berhijrah. Perintah hijrah disambut dengan kesyukuran dan kegembiraan walaupun mereka terpaksa meninggalkan tanah air, harta, sanak saudara dan kesenangan hidup. Nabi Muhammad SAW sendiri bersabung nyawa, mengorban kerinduan dan kecintaan baginda terhadap bumi Makkah, Saidina Abu Bakar hartawan yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk bersama nabi berhijrah. Saidina Ali sanggup menggantikan nabi tidur di kamar baginda. Saidina Abdullah bin Abu Bakar yang menggadaikan nyawa untuk melaksanakan tugas risikan dan Saidatina Asma’ yang mendaki ke gua Thur di tengah kegelapan malam untuk membekalkan makanan buat Rasulullah dan bapanya yang tercinta. Betapa Agung dan mahal pengorbanan nabi dan para sahabat. Demi Allah yang telah memilih generasi terbaik itu demi keterusan dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka semua.

Maksud firman Allah :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. ( Al Anfal ayat 72)

Ukhuwwah dan kasih sayang kerana Allah.

Tidakkah kita menyaksikan keagungan persaudaraan Islam dalam peristiwa hijrah?. Betapa kabilah Aus dan Khazraj dan bermusuhan sekian lama bersatu atas nama Anshor. Betapa suku arab Makkah yang berpecah saling mengikat janji dan kasih lalu digelari Muhajirin. Lalu nabi mempersaudarakan Anshor dan Muhajirin atas pegangan aqidah yang satu dan semangat yang sama. Mereka menjadi satu di bawah naungan Islam, saling tolong-menolong , lengkap melengkapi antara satu sama lain bahkan persaudaraan mereka menjangkaui pertalian darah.

Maksud firman Allah:

Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka dari golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain) menurut (hukum) kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Al Anfal ayat 75)

Berkata seorang Anshor kepada Muhajir yang telah meninggalkan hartanya, keluarganya, dan rumahnya di Makkah; “ Ambillah, ini sebahagian dari hartaku untukmu, ini sebahagian rumahku untukmu dan ini pula dua orang isteriku, pilihlah yang mana kamu berkenan akan daku ceraikan untukmu”. Lalu berkatalah saudara dari golongan Muhajirin; “Semoga Allah memberkatimu, keluargamu dan hartamu, cukuplah dikau menunjukkan kepadaku pasar untuk aku berniaga”.

Kisah agung ini menzahirkan nilai keagungan dan kehebatan persaudaraan sepanjang sejarah kemanusiaan. Tiada yang sehebat Islam dalam mempersaudarakan sesama manusia. Nilai persaudaraan Islam mengatasi segala nilai persaudaraan anjuran barat yang rapuh dan goyah. Persaudaraan Islam menjangkaui kepentingan peribadi, menyantuni setiap jiwa, memusnahkan kasta manusia, mendekatkan tempat yang berjauhan, membelai setiap hati manusia, meliputi sepanjang masa dan tanpa mengira warna kulit, dan bangsa. Persaudaraan Islam menyatu di atas misi kerahmatan untuk semua makhluk lain, terhadap agama lain, penganut agama lain, malah untuk semua daripada manusia hinggalah binatang dan tumbuhan.

Nilai tarikh dan masa di sisi Islam


Maksud firman Allah:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. ( At Taubah ayat 36)

Tahukan kalian kenapa saidina Umar Al Khattab memilih tahun penghijrahan Nabi SAW sebagai permulaan kiraan tahun dalam kalendar Islam. Jawapannya ialah Islam mementingkan nilai tarikh dan masa, padanya ada keberkatan dan nilai Islamik yang istimewa. Saidina Umar Al Faruq memilih tarikh agung itu untuk diingati dan dihayati sepanjang zaman sebagai lambang perjuangan Nabi SAW dan ummat Islam.

Hasilnya memang berbaloi, ummat Islam menyambutnya dengan sambutan yang meriah. Majlis doa akhir tahun dan awal tahun dibuat di merata-rata tempat menjelang tahun baru hijrah. Sambutan Maal Hijrah saban tahun dirayakan. Tetapi sayang, kita hanya merayakannya dengan majlis sambutan yang kita sangkakan ia penghayatan dan pelaksanaan terbaik terhadap sistem kalendar Islam itu. Tanpa disedari, kita selama ini telah mengasingkan banyak perkara dari menggunakan tarikh hijriah. Contohnya tarikh surat rasmi, iklan dan sebagainya. Kadang-kadang agak bernasib baik bagi yang meletakkan tarikh hijriah bersama dengan tarikh Masihi.

Persoalannya, Siapakah dan kenapakah tarikh yang saban lama digunakan dalam Islam sengaja dipisahkan dari kehidupan seharian?. Kenapa hanya urusan agama kita harus menggunakan tarikh Hijriah. Kenapa ia perlu dipisahkan dari urusan selain urusan agama?. Bukankan pemisahan ini berlaku akibat kealpaan kita dicucuk hidung berhambakan sistem penjajah yang menjajah kita selama ini?.

Jawapannya ada kepada diri anda sendiri. Buktinya ramai daripada kita yang tidak mengingati nama bulan Islam, tarikh dan sistemnya. Bahkan kesan kebejatan kita melupakan tarikh Hijriah ini menatijahkan terlalu ramai muda-mudi yang hanya mengetahui tarikh hari Raya Puasa dan Korban sahaja. Paling memeritkan langsung tidak mengetahui tarikh hari-hari kebesaran Islam malah mungkin berkerut kening agaknya kalau diminta menyebutkan nama bulan Islam, apatah lagi mengingatinya.

Oleh itu usaha menghidupkan kembali sistem tarikh Hijriah wajib dilakukan, siapakah yang wajib menghidupkannya?. Selaku pejuang Islam, kitalah yang perlu mendarah dagingkan semula nilai tarikh Hijriah dalam setiap aspek kehidupan masyarakat. Surat-menyuratnya, Iklannya, memonya, ceramahnya, penentuan tarikh program dan sebagainya.

Hijrah lambang kesediaan bagi kemenangan dan memimpin Negara Islam.

Maksud firman Allah:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. ( Al Anfal ayat 60)

Setelah lebih kurang tiga belas tahun nabi mentarbiah, mencorak dan membentuk setiap inci jiwa dan perwatakan para sahabat. Gerakan Islam yang dipimpin Rasulullah sudah mencapai tahap kesediaan dan persiapan yang terbaik untuk menerima kemenangan dan memerintah sebuah Negara Islam yang dijanjikan Allah. Allah telah memilih Saidina Abu Bakar, Umar Al khattab, Uthman bin Affan dan Ali Karramallahu Wajhah sebagai pembantu terbaik dalam perjuagan yang dibawa oleh Rasulullah SAW, bahkan mereka jugalah sebagai menteri melaksanakan urusan nabi sebagai pemerintah. Bukan sahaja sahabat berempat bahkan kesucian jiwa dan kekuatan roh dan jasad seluruh ummat Islam ketika itu begitu bersedia untuk dianugerahkan kemenangan dan negara yang bebas.

Kemuncak kesempurnaan tahap pengorbanan dan kesediaan para sahabat itu diuji Allah dalam peristiwa hijrah. Hijrah adalah ujian penapisan terakhir, siapakah yang sebenarnya akan kekal bersama nabi dan siapakah yang bakal berpaling, kekal di Makkah tanpa alas an yang kukuh melanggar perintah hijrah dek kerana malu alah kepada Abu Jahal. Niat dan kesungguhan mereka diuji, golongan yang lemah dan kurang upaya diampunkan kerana tiada kemampuan berhijrah bersama Nabi SAW.

Semua makhluk ingin membuktikan kebersamaan mereka bersama Nabi SAW dalam hijrah kecuali mereka yang munafiq dan lemah pendirian. Manusia, lelaki, wanita,miskin, kaya, orang tua, pemuda, kanak-kanak, malaikat, binatang, serangga, hatta mereka yang lembut hati terhadap Islam seperti Abdullah bin Uraiqath membuktikan bahawa islam sudah bakal mendapat tempat di hati sanubari manusia.

Betapa Anshor dan Muhajirin bersumpah berjanji setia untuk bersama mempertahankan Rasulullah SAW dan Islam. Kader-kader dakwah dan para pejuang yang bakal bersama Nabi SAW sehidup semati telah membuktikan jihad dan pengorbanan mereka. Kesatuan dan persaudaraan Muhajirin dan Anshor dijalin erat dengan roh aqidah dan semangat perjuangan, kontrak sosial dimeterai antara Aus dan khazraj bersaudara dan mengelak permusuhan yang sekian merobek kemurnian persaudaraan manusiawi. Tahap pengorbanan tertinggi harta dan nyawa kaum Anshor demi kaum Muhajirin yang telah mengorbankan keseluruhan kehidupan mereka di Makkah. Maka diatas kesediaan dan kesempurnaan inilah Rasulullah dan para sahabat dikurniakan kemenangan yang bermakna dan kejayaan yang gilang-gemilang, membina sebuah Negara Islam yang pertama di atas muka bumi ini.

Hijrah bukan sahaja berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain demi Islam tetapi ruh dan semangat hijrah ialah mengislah jiwa dari kekejian kepada kebaikan dan lebih dan kemurnian aqidah dan pegangan. Hijrah ialah medan tarbiah melahirkan insan rabbaniy.

Maksud Ffirman Allah:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. ( Ar Ra’du ayat 11)

Sekian.
http://najhie.blogspot.com/

Akhukum

Pejuang kecil

10.43 malam1 Muaharram 1430

St. Thresa, Shoubra, kaherah Mesir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA BERI KOMEN ANDA DISINI

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN