As-Salamu 3alaikum & Salam Sejahtera-Selamat Datang-SUDI DATANG LAGI

As-Salamu 3alaikum & Salam Sejahtera-Selamat Datang-SUDI DATANG LAGI

YANG INI MESTI NAK KLIK PUNYA-INFO SEMASA

LAMAN WEB @ BLOG YANG HANGAT KETIKA INI
PILIHAN RAYA KECIL N41 MANIK URAI 12 Julai!!!
TOPIK HANGAT DIPERBAHASKAN KINI
Soalan BOCOR-Debat TGNA Vs DSMN.... Sedang HANGAT!!!
Klik untuk ke TKO Hangat!!!
JOM KE-DetikDaily
TERKINI....Hangat!!!
Galeri foto penamaan calon pilihanraya kecil DUN Manek Urai

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

CANGGIHNYA-CUBALAH

TAK MAU JADI JUTAWAN - JANGAN KLIK - PANAS?

Rabu, Januari 23, 2008

Antara Semangat Muhibbah dan Mengundang Musibah!

Antara Semangat Muhibbah dan Mengundang Musibah!
Posted on Wednesday, January 23 @ 20:51:59 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh mahaguru58

ThaipusamAssalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Saya menerima satu sms pagi ini menyampaikan kerisauan seorang sahabat blogger tentang berlakunya pencemaran akidah secara senyap bila ada segelintir orang orang Islam berbangsa Melayu turut bersama sama dengan penganut ajaran Hindu didalam perayaan Thaipusam mereka.

Penganut penganut ajaran Hindu dah memang sah sah menjalankan upacara fahaman Hindu mereka dan kita tak ada masaalah tentang itu.


Yang kita terasa bengang adalah dengan sikap dan kejahilan golongan yang beragama Islam namun tidak faham tentang halal haramnya perlakuan mereka turut bersama sama memukul kompang meraikan penganut Hindu yang melunaskan nazar masing masing kepada dewa dewa mereka.

Memang lah mudah bagi kita mengambil jalan mudah dan berkata, 'Ah! Lantaklah dengan semua ma'aruf sintok yang bengong ini!' namun menjadi kewajipan kita menyedarkan sesama Islam dengan kita ini tentang dosa besar yang sedang mereka lakukan dengan berturut serta didalam upacara meraikan fahaman orang orang Kafir dan menyekutukan Allah secara tidak langsong dengan turut memukul gendang meraikan pengangkut pengangkut kavadi tersebut.

Kasihan sungguh puak puak Melayu yang jahil dan keliru ini tentang yang mana satu patut dibuat mereka?

Apakah tidak ada langsung kesedaran mereka ini tentang hukum hakam agama Islam nan maha suci dengan tidak sedar bahawa barangsiapa yang turut serta didalam sebarang upacara keagamaan orang orang kafir adalah dikira turut kafir bersama mereka?

Bukannya susah sangat nak faham benda ni!

Apalah kita nak hairankan bila si Imam Hadhari turut bersekongkol dengan puak puak yang jahil lagi sesat ini bila Abdullah Badawi sendiri mengepalai sistem baru didalam penghayatan Islam dengan menambah istilah Hadhari kepada agama Islam yang sudah lama sempurna diperturunkan Allahu Akbar kepada umat manusia dengan melengkapkan ajaran Islam melalui kerasulan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam 1400 lebih tahun dahulu?

Islam itu dah sempurna sesempurna yang boleh. Kita tidak perlu mencuba menunjukkan pandai bahawa ajaran Islam itu memerlukan pendekatan baru.

Perbuatan Abdullah Badawi ini seolah menyatakan bahawa Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak menjalankan tugas baginda dengan sempurna sebelum wafat dan kembali ke Rahmatullah!

Orang orang Melayu di Malaysia ini jelas tidak terpimpin dengan sepatutnya oleh manusia yang diangkat sebagai perdana menteri kerajaan persekutuan ini.

Sudah pelbagai macam kurafat yang berleluasa dibumi bertuah ini dek kealpaan dan kecelaruan sang mamanda menteri ini .

Apatah pula dengan pihak Kesultanan Melayu yang kini cuma menjadi penghias pentas pentadbiran kerajaan sahaja?

Usah menipu diri dengan asyik bersangka baik sepanjang zaman? Kebenaran didepan mata dan hakikat keruntuhan agama dan perbuatan perbuatan syirik dan khurafat yang sedang merebak merosakkan jatidiri umat Islam didalam negara Malaysia ini wajib disedari oleh setiap manusia yang berkalimah syahadah dan sujud kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Tak ada gunanya segala mufti dan mereka yang mengaku ulamak berijazah bergulung gulung dari universiti Islam terkemuka dunia bila membisu terhadap kemungkaran terang terangan yang dilakukan sang pemerintah!

Ada hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam yang mengingatkan kita akan bahaya ulamak yang bertandang ke kediaman pemerintah dan betapa baiknya bagi sang pemerintah pergi menuntut ilmu di-teratak sang ulamak.

Kebelakangan ini kita nampak keadaan dimana para ilmuan Islam rajin benar bersekongkol dengan kecelaruan Hadhari yang cuma indah kabar dari rupa, lebih berdrama dari benar benar membaikpulih masyarakat dan tidak bererti sama sekali bila gagal membanteras maksiat dan khurafat dari sisi masyarakat!


Sebagai seorang Muslim yang prihatin tentang nasib saudara seagama dengan saya, mahu tak mahu terpaksa saya bersuara setakat terdaya saya dilaman ini.

Yang membaca warkah saya ini, tenung tenungkanlah kata kata saya ini dan sampaikan lah pada mereka yang anda kenal melakukan khurafat ini.

Puak yang sedang leka dipuncak sana sambil bersama sama memukul gendang dan bergencak bersama sama puak kuffar eloklah bertaubat segera karang mati ketika sedang sibuk berpesta pora seiring dengan yang berupacara ikut perayaan mereka.

Tentang Abdullah Badawi dan sekutu sekutunya, maka hanya Allah sahaja yang berkuasa mengadilinya. Setakat kita ini sebagai rakyat marhaen, maka ini sahaja yang mampu kita lakukan iaitu bersuara secara laman maya ini.

Lakum dinukum waliyadin.

.....
http://mahaguru58.blogspot.com/

Hanya kuasa Allah boleh mengembalikan adik Sharlinie

Hanya kuasa Allah boleh mengembalikan adik Sharlinie
Posted on Wednesday, January 23 @ 20:58:59 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Roslan SMS

 Sehingga ke hari ini kita masih tertunggu-tunggu lagi berita perkembangan kes culik adik Sharlinie yang nampaknya tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Seluruh rakyat Malaysia yang prihatin masih menaruh harapan dan berdoa agar adik kecil yang tidak berdosa itu akan selamat pulang kepangkuan ibu-bapa mereka di Taman Medan.

Saya terkejut apabila terbaca dalam akhbar pagi ini bahawa serombongan 50 orang bomoh turut mengunjungi kediaman keluarga malang ini dan mengajak mereka ke tengah padang permainan di tempat dimana adik Sharlinie hilang dan telah melakukan beberapa “ritual” kebomohan dengan penyertaan ibu-bapa dan kaum keluarga yang malang itu.

Jika ya sungguh bomoh-bomoh ini mahu memberi khidmat, tidak perlulah sehingga mengambil kesempatan dari kesusahan kaum keluarga ini sehingga menyeret sama mereka melakukan upacara yang entahkan betul entahkan tidak itu. Saya tidak berani menyatakan yang ianya termasuk dalam amalan syrik tetapi apabila ia menjadi tontonan orang awam, apabila keluar di dada-dada akhbar, yang saya bimbang orang akan mempersendakan Islam yang kononnya toleran dan menerima jenis amalan bomoh seumpama ini.



Pagi tadi saya difahamkan MB Kelantan seawal jam 8pagi telah mengunjungi rumah keluarga berkenaan ketika penduduk Taman Medan masih berihat-rihat cuti Thaipusam. Tok Guru MB Kelantan singgah di masjid berdekatan mengerjakan solat tahiyatul masjid dan terus menuju ke rumah Sharlinie. Di sana beliau dan isteri bertanya khbara kepada ibu-bapa anak berkenaan. Tok Guru telah memberikan tazkirah ringkas sambil didengar dengan penuh teliti oleh kedua ibu-bapanya dan mereka yang hadir. Majlis diakhiri dengan doa oleh Menteri Besar Kelantan itu, saya kira satu-satu VVIP yang membaca sendiri doa sambil diaminkan oleh semua yang hadir.

Mudah-mudahan tazkirah dan doa Tok Guru itu menyuci sebarang amalan syihir (jika ada) oleh Tok-tok Bomoh sehari sebelumnya. Mudah-mudahan Allah swt mengembalikan Sharlinie berkat doa dan ikhtiar halal semua yang ikhlas dan prihatin.

BN/UMNO gentar dengan tawaran negara kebajikan

BN/UMNO gentar dengan tawaran negara kebajikan
Posted on Wednesday, January 23 @ 19:53:15 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh pemuda_putrajaya

"Tok GuruBeberapa hari kebelakangan ini, di dada akhbar,muat dengan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO/BN yang sibuk menepis tawaran Negara kebajikan oleh PAS dan BA. Dan yang terbaru kenyataan daripada Muhyiddin Yassin (Naib Presiden UMNO).

Beliau menyatakan negara akan bankrap jika PAS memerintah. Sebelum ini beberapa orang pemimpin UMNO seperti Idris Jusoh, Anuar Musa dan Najib juga memberi kenyataan yang seakan-akan senada. Alasan yang dikemukakan, bahawa PAS telah diberikan peluang memerintah Terengganu selama satu penggal dan Kelantan sejak 17 tahun yang lalu, tapi tak mengamalkan konsep negara kebajikan yang diwar-warkan.

Rakyat yang cerdik dan berani sedar, bahawa PAS mampu untuk melaksanakan agenda tersebut, menurut track rekod pemerintahan PAS walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Ditambah lagi dengan barisan calon-calon PAS yang sudah semestinya mempunyai latar belakang yang hebat dan bersih.

Kenyataan para pemimpin UMNO itu juga menunjukkan bahawa UMNO/BN sebenarnya tidak mampu untuk menandingi apa yang ditawarkan oleh PAS. Kalaulah UMNO/BN mampu menandingi tawaran tersebut mereka sepatutnya menawarkan yang lebih baik kepada rakyat. Bukannya memperlekeh apa yang di tawarkan oleh PAS.

UMNO/BN tidak akan mampu memenuhi kebajikan rakyat selagi pribadi para pemimpinnya bersifat tidak amanah dan melaksanakan pengurusan negara yang tempang. Inilah kesan bilamana dasar perjuangan adalah sekular. Bila memerintah negara hanya untuk menguntungan pihak tertentu.

Pemimpin PAS yang asas perjuangannya adalah Islam, melihat pemerintahan negara sebagai suatu amanah, dan beban yang wajib ditunaikan.


http://dppputrajaya.wordpress.com
http://rusli-islam.blogspot.com

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?

Di Taklimat Khas Abdullah Ramai AJK UMNO Belah?
Posted on Wednesday, January 23 @ 20:40:49 MYT by SongkokPutih
Open Artikel Oleh Ruhanie Ahmad

AbdullahPada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.

Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.

Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.

Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!

Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.

Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.

Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”

Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..

Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana...ini perlu kita beri perhatian."

Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

ISA Islam VS Bukan Islam

ISA Islam VS Bukan Islam
Posted on Wednesday, January 23 @ 19:18:42 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh yb_pmn

"Bebaskan tahanan ISAAmat malang kita berada dalam sebuah demokrasi mati seperti Malaysia. Apakan tidaknya, apabila pemimpin Islam yang ditangkap bawah ISA, mereka terpaksa menghadapi saat-saat getir soal siasat selama 60 hari, manakala kaum lain yang ditangkap akta ISA tidak menghadapi saat-saat getir sedemikian.

Ini menunjukkan sikap 'double standard' pihak kerajaan.

Ustaz Badrul Amin dalam satu kuliah maghrib di Terengganu berkata, beliau tidak faham macamana pihak kerajaan boleh mengamalkan sikap sedemikian, seolah-olah orang Islam lebih bahaya daripada bangsa lain di negara ini.

Beliau yang pernah ditahan bawah ISA selama dua tahun tetap tidak menyokong pihak kerajaan yang menggunakan ISA ke atas mana-mana kaum di sini, tetapi kesal dengan sikap double standard tersebut.

Mengulas perkara sedemikian, beliau mempertikaikan bagaimana tahanan ISA kumpulan Hindraf baru-baru ini tidak disoal-siasat sebagaimana yang golongan tahanan ISA Islam disoal dan didera selama 60 hari.

"Semasa ditahan ISA, soal-siasat 60 hari itulah yang paling ditakuti oleh semua tahanan. Dalam kes itu, tahanan akan diseksa bertubi-tubi sehingga ada yang pengsan, dan terpaksa menanggung kesakitan yang amat perit. Hanya Allah sahaja yang tahu," katanya.

Ustaz Badrul yang juga MPT PKR Pusat berkata, semua itu menunjukkan betapa adanya campurtangan politik yang mana PM sendiri seperti orang 'dunggu' terpaksa mengalah kepada bangsa lain selain Melayu di negara ini. Amat malang dalam negara demokrasi mati yang dipimpin Muslim Melayu yang taksub memperjuangkan Islam Hadhari, mereka lupa membela tahanan Islam dan boleh pula membezakan layanan antara kaum.

Moralnya: Begitulah nasib orang Islam di negara Islam Hadhari. Kalau nak selesa..ciumlah kentut pemimpin BN, kalau nak seksa perjuangkanlah Islam yang tulen. Atas muka bumi ini semua manusia boleh buat, termasuk menganiaya sesama insan. Kerana mereka berkuasa dan mereka lupa akan balasan Allah SWT.

Dalam kes ini, jangan harap pejuang Islam akan mendapat tempat di mata Kerajaan sekular, tetapi kalau nak dapat imbuhan...perjuangkanlah Islam Hadhari, nescaya besar habuannya sebagaimana sebesar unggun api neraka yang menunggu kita."

Benarkah Ahli PAS Masuk UMNO?

Benarkah Ahli PAS Masuk UMNO?
Posted on Wednesday, January 23 @ 19:43:31 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh amdang81

"Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

 Pagi-pagi lagi aku agak terkejut bila baca paper. Penggerak Pondok Nyamuk, 304 keluar PAS. Kalu diikutkan Jabi ni kampung zaujah aku. Walaupun dia tidak lagi menetap di situ, namun aku biasa ke sana kerana ramai sahabat-sahabat lama yang ada di DUN yang agak ketinggalan itu.

Atas sedikit rasa tanggungjawab, aku bersegera (petang dah sebenarnya!!) mendapatkan sedikit kepastian dari orang tempatan di sana. Kebetulan ada seorang kawan merupakan tenaga pengajar di Pondok Matlain Badrain yang turut dikenali dengan Pondok Nyamuk bekerja di sana. (mesti ada yang kata, ramainya kawan mung medan! situ ada, sini ada. Politik beb! kena kawan belaka!)


Siapa Mohamad Daud yang mengetuai masuk UMNO tu? Mohamad Daud dikenali dengan Ustaz Mad oleh penduduk di sini suatu masa dulu. Dia ni merupakan Bekas Penyelia KEMAS Wilayah Persekutuan. Ketika dia datang ke Pondok Nyamuk suatu ketika dulu, dia mengatakan dia letak jawatan semata-mata mahu bersama-sama dengan PAS. Dia juga ada membina sebuah rumah di kawasan pondok.

Akhirnya terbongkar rahsia bahawa dia ni dipercayai dipecat dari jawatan kerana melakukan penyelewengan dan bukannya letak jawatan untuk bersama PAS. Ada sumber mengatakan sebenarnya dia ni tidak pernah pun mengisi borang PAS dan masih UMNO. Cuma kerana disisihkan UMNO, dia mula merapati PAS. Mungkin sikap PAS yang tidak berburuk sangka menyebabkan dia mudah diterima.

Sebelum tahun 2004, Ustaz Mad (menghormati panggilan seorang sahabat yang masih memanggilnya ustaz) secara rasminya telah dipinggirkan oleh para penduduk Pondok Nyamuk. Ini disebabkan perlakuan 'kurang sihat' yang diamal olehnya yang dikesan oleh para penduduk pondok. Ramai anak muda mengadu menjadi mangsa perbuatan Ustaz Mad tersebut. Sehinggalah dia sendiri terasa terpinggir dengan perbuatannya itu dan mula keluar dari kawasan pondok.

Memang dia masih punya rumah dalam kawasan pondok, tetapi rumah tu sesekali sahaja dijenguk. Orang sekeliling juga sudah tidak ambil peduli dengan dia. Akhirnya dia muncul kembali dengan masuk UMNO. Jika dia dikatakan penggerak Pondok Nyamuk, penduduk tempatan mudah sahaja menafikannya kerana dia sendiri datang selepas pondok itu dibangunkan.

Siapa pula Abdul Manaf Idris yang dikatakan Bekas Ketua Pemuda PAS Besut di dalam Akhbar Utusan? Ingatkah kalian pada Ayah Pin Angkasawan Pertama Negara? Jika ingat, tentu kalian ingat bagaimana Ayah Pin terpaksa naik ke 'Langit' setelah 'Perkampungan Hadharinya' dirobohkan oleh sekumpulan lelaki. Kumpulan lelaki itu turut disebut diketuai oleh bekas pimpinan PAS Besut. Sebenarnya Abdul Manaf ini merupakan sebahagian dari pengikut bekas pimpinan PAS terbabit iaitu Ustaz Abd Latif. Ustaz Latif menjadi bekas pimpinan setelah dipecat keahliannya oleh PAS.
Abdul Manaf sendiri sebenarnya sudah lama mengisi borang UMNO. Mungkin ini kali ke 10 dia masuk UMNO. Biarkan dia.

Lagi 303 yang lain? Mesti panjang tulisan aku jika aku perincikan satu-satu. Sebenarnya jumlah 303 itu lagi boleh dibahagikan kepada dua. Satunya memang mereka merupakan asalnya ahli UMNO dan masih UMNO, dan sebahagian besar lagi merupakan mereka yang tidak tahu apa-apa. Mengikut maklumat yang diterima memang ada nama Orang PAS yang menghantar borang, tetapi individu terbabit tidak tahu apa-apa.

Kenapa ini boleh berlaku? Sebenarnya mereka yang tidak tahu apa-apa ini telah dan pernah mengisi borang permohonan bantuan dari kerajaan dan pihak JKK. Bantuan itu meliputi bantuan Persekolahan, bantuan Wang Ehsan dan pelbagai nama bantuan lagi. Senarai nama mereka inilah dipilih oleh UMNO untuk diisi dengan borang keahlian UMNO sekiranya mereka didapati belum menjadi ahli walaupun mereka itu tidak berniat demikian. Betapa baiknya UMNO.

Orang UMNO ni memang jenis tak reti malu. Dia masuk UMNO, pastu daftar UMNO lagi, pastu daftar lagi, pastu daftar lagi. Itulah realiti yang ada di sana. Seperti kata seorang lagi sahabat, "10 kali dah puak-puak ni masuk UMNO".

Aku sebelum ini juga bimbang dengan satu tulisan di Harakah yang menyebut PAS tidak bimbang dengan mereka yang keluar. Maka, hari ini jika 50 Juta ahli UMNO ngaku PAS dan Masuk UMNO, pastu masuk lagi, masuk lagi pun aku percaya PAS memang tidak akan bimbang. Namun penipuan dan memesongkan fakta seolah-olah ahli PAS yang masuk UMNO itulah sebenarnya jerat mereka.

Dalam keadaan sekarang sebenarnya tiada sebab ahli PAS mahu keluar dari PAS. Ahli PAS tak berebut projek, Ahli PAS tidak berebut jawatan, malah PAS juga tidak terliur dengan wang ehsan yang tidak seberapa ringgit itu. Tidak pernah pula keluar akhbar ada yang mati kerana tidak mendapat Wang Ehsan.

Namun, jika dikatakan ada ahli PAS masuk UMNO kerana dalam PAS tak ada projek, dalam PAS asyik kena bagi derma dan dalam PAS tak boleh buat maksiat, maka aku akan akui bahawa itu merupakan suatu 'KESILAPAN' PAS yang paling besar!

Wallahua'lam

http://amdang81.blogspot.com

Pembalakan haram di Dungun: Ada pegawai tutup mata?

Pembalakan haram di Dungun: Ada pegawai tutup mata?
Posted on Wednesday, January 23 @ 19:08:02 MYT by SongkokPutih
Berita

 KUALA TERENGGANU: Jabatan Hutan Terengganu sedang menyiasat satu laporan berhubung kegiatan pembalakan haram yang didakwa berlaku di luar kawasan dibenarkan di kawasan Hutan Simpan Bukit Bauk Dungun.

Pengarah Jabatan Perhutanan negeri Na'aman Jaafar berkata pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu pada 15 Jan lepas.

"Sebaik menerima laporan, pada hari yang sama kita telah menghantar pegawai hutan daerah untuk menyiasat dan memang berlaku pembalakan di luar kawasan yang dibenarkan," katanya ketika dihubungi Bernama Rabu.



Bagaimanapun, katanya ketika serbuan itu dilakukan yang tinggal hanya tunggultunggul pokok balak dan tiada sebarang jentera berat mahupun kayu balak yang telah ditebang ditemui.

Difahamkan sebelum ini sebuah syarikat pembalakan tempatan diberikan lesen untuk menjalankan pembalakan di kawasan itu untuk tujuan pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan dipercayai melakukan kerja pembalakan melebihi daripada kawasan yang dibenarkan.

Na'aman, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut ketika ditanya tentang jumlah kawasan terlibat dalam pembalakan di luar kawasan itu serta anggaran jumlah kerugian.

"Kita telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian ini, dan jabatan tidak akan terag-akagak untuk mengambil tindakan keras jika siasatan mendapati ada orang dalam (kakitangan) yang menutup mata melihat perbuatan yang dilakukan oleh syarikat terbabit," katanya.

Mengikut prosedur, Na'aman berkata seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Daerah sepatutnya mengawasi kerjakerja pembalakan yang dilakukan apabila sesebuah syarikat diberikan lesen untuk menebang balak bagi mengelakkan berlakunya pembalakan melebihi kawasan yang dibenarkan. BERNAMA

Pemuda Wilayah bersedia hadapi Pilihanraya Umum

Pemuda Wilayah bersedia hadapi Pilihanraya Umum
Posted on Wednesday, January 23 @ 19:14:49 MYT by SongkokPutih
Artikel

Ketika ucapan penutupan Ijtima’, Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Nor Mohamad mengakui bahawa pemuda merupakan sayap terpenting di Wilayah Persekutuan. Kumpulan ini adalah Hardliner yang harus digilap bagi memastikan mereka mampu bertindak secara berkumpulan ataupun individu.

“Dengan adanya sokong padu dari jentera pemuda, PAS Wilayah tekad untuk bertanding di 5 Parlimen iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Setiawangsa, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai” kata beliau.
Ketua Pemuda PAS Wilayah,

Kamaruzaman Mohamad yakin bahawa kumpulan ini akan dapat mengukuhkan lagi persediaan PAS Wilayah yang kini sedang giat menyusun strategi bagi memastikan Barisan Nasional menerima saingan yang sengit pada pilihanraya akan datang.

“ini hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan jentera pemuda yang kita ada. Mereka adalah golongan terpilih dan diberikan latihan khas tentang strategi pilihanraya. Diharapkan mereka akan dapat memimpin dan menyelaraskan petugas-petugas pemuda yang mendaftarkan diri untuk bersama dengan PAS menjelang pilihanraya akan datang” kata kamaruzaman.

Pemuda-pemuda ini telah diberikan beberapa bentuk latihan bagi memberikan kefahaman kepada mereka terhadap tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka. Aktiviti kembara malam juga diadakan bagi memberikan sedikit latihan mental dan fizikal kepada mereka.

Stok Simpanan Kebangsaan jamin bekalan, stabilkan harga

Stok Simpanan Kebangsaan jamin bekalan, stabilkan harga
23-01-2008 08:15:40 PM

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan dua mekanisme iaitu pewujudan Stok Simpanan Kebangsaan dan Pusat Panggilan Kebangsaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan di negara ini mencukupi dengan harga yang stabil.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kedua-dua mekanisme itu akan diwujudkan di bawah Majlis Harga Negara bagi menjaga kepentingan rakyat ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Stok Simpanan Kebangsaan itu akan berperanan menyimpan barang-barang keperluan yang tertentu agar ia boleh diagihkan kepada rakyat ketika bekalan di pasaran tidak mencukupi, katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria, di sini Rabu.

Beliau berkata Majlis Harga Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, akan menentukan jenis barang keperluan yang perlu disimpan oleh kerajaan.

Sebagai contoh, ketika negara menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak seperti yang dialami baru-baru ini, Stok Simpanan Kebangsaan boleh membantu mengatasi masalah itu.

Najib berkata Pusat Panggilan Kebangsaan pula akan berperanan menerima segala aduan daripada rakyat berhubung barang keperluan agar tindakan segera diambil termasuk oleh unit penguatkuasaan.

Pusat itu akan beroperasi 24 jam dan segala aduan pengguna itu boleh dijadikan rumusan mengenai kedudukan bekalan barang keperluan serta harganya dan dijadikan input kepada majlis itu, katanya.

Di samping itu, katanya, sebuah majlis penasihat terdiri daripada kumpulan pakar diwakili antaranya oleh Fomca, MTUC, Cuepacs dan dewan perniagaan akan diwujudkan bagi membantu majlis.

Najib berkata majlis itu mungkin akan mengadakan mesyuarat pertamanya minggu depan setelah Abdullah pulang ke tanah air dari Switzerland, selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Timbalan Perdana Menteri berkata penubuhan majlis itu tidak semestinya memberi jaminan harga barang akan dikurangkan kerana tujuan utama majlis adalah bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil.

Najib berkata majlis itu akan bertanggungjawab memantau, menasihati dan menyelia bagi kerajaan mengenai dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan dalam skim subsidi dan pencegahan terhadap ketidakadilan serta amalan pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan memperluaskan bidang tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-barang Perlu sedia ada.

"Objektif utama majlis ini adalah untuk meminimumkan kesan kenaikan harga barang terhadap kos sara hidup dan penurunan kuasa beli rakyat," katanya.

Inisiatif terbaru kerajaan itu merupakan kesinambungan usaha-usaha kerajaan dalam mengambil tindakan komprehensif dan berorientasikan tindakan dalam mengawal harga barang dan memastikan bekalan mencukupi.

Beliau berkata penguatkuasaan terhadap penyeludupan barang kawalan akan dipertingkatkan lagi bagi manfaat rakyat tempatan sambil menambah kata bahawa rakyat asing boleh membeli barang kawalan tetapi mereka tidak boleh membawanya keluar dari negara ini. BERNAMA

Aku Marah Besar

Aku Marah Besar
Posted on Wednesday, January 23 @ 17:33:00 MYT by SongkokPutih
Artikel Pendek Oleh osmaismail

" Semakin dekat hari pembubaran Parlimen, semakin aku marah. Kini marahKu menjadi semakin besar. Pemimpin perompak hasil negara, pemimpin makan rasuah, pemimpin makan AP, pemimpin kaki judi, pemimpin hina Islam, pemimpin lulus lesen judi, pemimpin lulus lesen arak, pemimpin penipu rakyat dengan media.

Pemimpin sekat rakyat bersuara, pemimpin hipokrit, pemimpin gila kuasa, pemimpin kawal pelajar U, pemimpin bawa masuk pendatang asing, pemimpin punahkan pendidikan negara, pemimpin rosakkan kehakiaman negara, pemimpin jual khazanah negara, pemimpin rampas biasiswa melayu, pemimpin roboh tempat - tempat ibadat, pemimpin rampas tanah rezab Melayu.

Pemimpin makan saham rakyat, Pemimpin rampas barang niaga rakyat, pemimpin rampas hak bersuara rakyat, pemimpin suka penjara rakyat,pemimpin salah guna kuasa. pemimpin roboh rumah setinggal,pemimpin sekat Imam dan bilal.Dah mulaaa................

Mula tunjuk baik.Mula jumpa orang kampung.Mula memberi itu dan ini, mula masuk pasar, mula masuk dalam tv beri ole - ole pada rakyat, mula beri kunci rumah PPRT, mula rasmi program dengan rakyat, mula masuk universiti, mula masuk sekolah, mula masuk hutan jumpa orang asli, mula cari mangsa banjir, mula cari mangsa kebakaran, mula tunjuk muka di masjid dan surau...

Mula bela rakyat. mula bela pelajar, mula kawal harga barang, mula beri cuti, mula kawal harga tol, mula lancar program kesihatan, mula lancar program rakyat itu dan ini, mula beri sumbangan

Aduh....ole - ole pilihanraya, jenaka pilihanraya, lakonan pilihanraya sudah bermula.Bila Parti politik baru hendak bertanding, Bila ramai calon diistihar muflis, parti baru mendapat publisiti luas, bila bukan parti memerintah dihina, dikritik, difitnah itulah tandanya dah dekat bebenor ler...

Tanda jadi pilihanraya yang utamanya ialah Bila pemimpin celaka mula jadi baik..... Rasa-rasanya kalau bukan itu petandanya pilihanraya mungkin tanda - tanda awal kematian seorang pemimpin. Innalillah..."

Ahli PAS perlu fokus kepada pilihan raya!

Ahli PAS perlu fokus kepada pilihan raya!
Posted on Wednesday, January 23 @ 16:36:38 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh abu_thalhah

"HadiSalam Ukhuwah, Sejak kebelakangan ini ada suara-suara sumbang yang menyelar dan menyerang saf kepimpinan tertinggi PAS terutamanya TG Haji Hadi.

Kita sudah pun maklum pilihanraya umum bakal tiba pada bila-bila masa saja. Ini memerlukan perancangan, pengorbanan, strategi serta tenaga kerja yang ramai untuk pilihanraya ini.

Penyatuan fikiran serta gerak kerja yang bersepadu dan kemas serta wala'(taat kepada kepimpinan yang ada) buat masa ini adalah satu perkara yang penting.

Kita hendaklah mengelakkan dari sebarang pertelingkahan dan kritikan sesama kita buat masa ini.

Perpecahan dari sudut kepimpinan akan memberikan kesan yang amat besar malahan ia boleh menyebabkan fatal causalities kepada parti dan jamaah. Begitu juga perpecahan dari sudut aliran pemikiran (spt : salafi-sufi dsbnya) hendaklah di minimakan.

Ahli jamaah yang core kena berbalik kepada kefahaman amal jamaie' yang asas dan amalan usrah, yang mana ia ternyata akan membuahkan para ahli PAS yang memahami Pas sebagai Jamaah dan bukan sekadar Parti politik. Mereka inilah yang akan bersama PAS dalam apa-apa keadaan sahaja pun.

Secara umumnya semua ahli PAS perlulah di gerakkan untuk mengembeleng tenaga dalam jentera pilihanraya. Sayangnya ramai di kalangan kita yang hanya 'panas' dalam ruang siber ini. Bila tiba masanya untuk berjuang, mereka menikus dalam rumah masing2.

Dalam masa yang sama hubungan kepimpinan setiap negeri, kawasan dan cawangan hendaklah berada dalam bentuk komunikasi yang efektif, transparency dan dua hala antara ahli dan kepimpinan. Sebarang tidak kepuasan di kalangan ahli adalah lumrah mana-mana jamaah .

Tapi buat masa ini adalah lebih bijak kita salurkan dalam lingkungan kita tanpa memberi sebarang kesan yan negatif atau fatal. Ataupun ia boleh juga di simpan selepas pilihanraya.

Akhir kata, kita memang akui ada ruang untuk memperbaiki PAS samada dari sudut kepimpinan, gerak kerja, pengorbanan, strategi dan juga kefahaman di kalangan para ahli pas. Tapi biarlah ianya di ubah dengan keadaan yang beradab, harmoni dan BUKANNYA PADA MASA INI yang memerlukan fokus 100% untuk pilihanraya yang bakal di umumkan kelak.

"FOKUS KINI ADALAH UNTUK MENJATUHKAN MUSUH"

Wassalam

Abu Thalhah
SETIA ALAM

PKR enggan runding: Enam Kerusi Milik PAS Di Wilayah Perkutuan

PKR enggan runding: Enam Kerusi Milik PAS Di Wilayah Perkutuan
Posted on Wednesday, January 23 @ 16:33:48 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh TARMIZI MOHD JAM

 Kuala Lumpur: PAS Wilayah Persekutuan memutuskan akan tetap dengan keputusan untuk bertanding di enam kawasan parlimen termasuk Labuan, dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Selain Labuan, lima kawasan tersebut termasuklah Titiwangsa, Setiawangsa, Putrajaya, Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak.

Demikian ditegaskan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Haji Ishak Surin dalam satu kenyataannya kepada media. Keputusan ini dipertegaskan setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah enggan berunding isu pembahagian kerusi.

Menurut Haji Ishak, atas nama semangat musyawarah dan pakatan bersama, pihaknya telah berkali-kali menuntut agar PKR bersama PAS duduk semeja membincangkan isu pembahagian kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan tetapi sehingga kini, mereka tidak berminat membincangkan perkara ini.

â€Å“Kami menghormati pakatan BA. Sebab itu kami mahu runding. Jika, di saat akhirpun masih tak mahu bincang, enggan berunding maka tak ada apa yang kami boleh buat. Kami terpaksa putuskan kerusi mana yang kami akan tandingi,” tegas beliau kesal.

Haji Ishak menyarankan agar PKR Wilayah terus berunding dengan DAP untuk bertanding di mana-mana kerusi selain dari enam kawasan yang telah diputuskan PAS itu.

Ogos tahun lalu, PAS Wilayah Persekutuan telah membuat kenyataan pertama kepada media memutuskan untuk bertanding di enam kawasan perlimen terbabit.

Malah, keputusan Wilayah itu telah diuar-uarkan pada Muktamar Tahunan PAS Ke 52, di Kota Bharu oleh Haji Ishak Surin dalam ucapan perbahasannya selaku perwakilan PAS Wilayah.

Namun, ia tidak mendapat sebarang reaksi balas dari PKR.

Keputusan ini dibuat, jelas Haji Ishak, bagi memboleh semua jentera pilihan raya peringkat kawasan terbabit digerakkan serta-merta disamping menyelaraskan pengembelingan tenaga semua petugas pilihan raya seluruh Wilayah termasuklah urusan pengumpulan dana.

Serentak itu, Haji Ishak mengarahkan semua Jabatan Pilihan Raya Kawasan (JPRK) menggerakkan bilik-bilik gerakan serta-merta dan menerus serta mempertingkatkan pelbagai kursus pilihan raya yang berkaitan.

â€Å“Mulai sekarang, pelbagai aktiviti bersama masyarakat ditangani segera secara kreatif. Tiba masanya, kita turun all out dan jangan teragak-agak lagi. Kita bertanding di kawasan-kawasan ini,” tegas beliau.

Haji Ishak berkata, seluruh jentera pilihan raya di keenam-enam kawasan ini telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

Badan Perhubungan PAS Wilayah, jelasnya telah mengemukakan senarai calon-calon bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi keenam-enam kawasan tersebut.

JPN katanya, telah melawat dan berdialog dengan semua JPRK kawasan bertanding beberapa kali dan mendapati persiapan mereka cukup mengkagumkan dengan gerakerja yang bersepadu, tidak seperti sebelumnya.

â€Å“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang bertanding dalam pilihan raya kali ini. Ini komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merealisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan raya kali ini,” tegas Haji Ishak. - sanggahtoksago.com

.....
Gambar - Mereka atas nama semangat musyawarah dan pakatan ersama, telah berkali-kali menuntut agar PKR-PAS duduk semeja bincang isu embahagian kerusi di Wilayah tetapi sehingga kini, PKR enggan. Dari kiri, Pengarah JPN, Haji Ishak Surin, Pesuruhjaya, Hj. Mohd Noor Mohamad dan Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria.

YDP PAS Cabar Khairy Istihar Tanding Putrajaya

YDP PAS Cabar Khairy Istihar Tanding Putrajaya
Posted on Wednesday, January 23 @ 16:29:05 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM

 PAS Kawasan Putrajaya mencabar Naib Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin agar mengistiharkan dirinya bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum ke 12 tidak lama lagi.

Yang Dipertua, Ustaz Mohd Nazir Zakaria memberi tempoh selama lima hari, mulai 22 hingga 26 Januari ini, untuk menantu Perdana Menteri itu menyahut cabaran PAS kawasan tersebut.


Khairy juga, jelasnya boleh menyatakan persetujuannya melalui surat, sidang media atau mewakilkan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi jurucakapnya, menyampaikan persetujuan tersebut kepada Yang Dipertua PAS Putrajaya.

Katanya, walaupun sebagai anak lelaki dan tokoh pemuda yang bersuara lantang, Ustaz Nazir yakin Khairy tidak akan berani mengistiharkan dirinya bertanding di Putrajaya.

Ini kerana, ujarnya, walaupun Khairy dikatakan sedang berusaha untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor dari terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, beliau tetap tidak berani menonjolkan dirinya.

Sebaliknya, terus berselindung di sebalik kuasa mertuanya, Abdulah Ahmad Badawi, tegas Ustaz Nazir lagi.

PAS Putrajaya juga menyifatkan, sebagai penasihat Perdana Menteri tidak rasmi, Khairy juga bakal mempunyai penguasaan yang lebih kukuh sekiranya memenangi kerusi Putrajaya.

â€Å“Dia bukan sahaja berkuasa di Tingkat 4 JPM, tapi seluruh kekuasaan Putrajaya akan berada di bawah telunjuknya,” katanya ketika dihubungi.

Demografi pengundi Putrajaya terdiri daripada pengundi muda (43.29%) dan pengundi wanita (54.18%). Komposisi ini menjadi adalah faktor penentu di dalam pilihanraya kali ini.

Khairy, yang disebut-sebut akan bertanding di sini merupakan calon tepat yang menepati kehendak orang muda bagi menggantikan Menteri Pelancongan yang mulai kurang disenangi ekoran pembabitan beliau dengan isu klip video Tourisme dan klip video VK Linggam.

Malah sebelum ini, Tengku Adnan juga menunjukkan sikapnya yang anti Islam dengan tidak mengizinkan pembinaan Sekolah Agama atas alasan dangkal, merosakkan lanskap Putrajaya sebagai tempat perlancongan dan pada masa yang sama membenarkan kelab-kelab malam beroparasi hingga larut malam.

.....
Gambar - Ustaz Nazir Zakaria, anak muda yang mengetuai PAS Putrajaya dengan lantang mencabar Khairy istihar bertanding di Putrajaya menggantikan Tengku Adnan dalam pilihan raya umum akan datang, jika beliau benar-benar berani!

Jangan Permain Nama Diraja

Jangan Permain Nama Diraja
Posted on Wednesday, January 23 @ 16:25:52 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Muramatsu

 Jawapan Mahathir, Adnan Mansor dan Lingam dalam soal siasat Suruhanjaya DiRaja dirujuk. Laporan berkenaan menunjukan Suruhanjaya DiRaja diperbudak-budakkan oleh mereka bertiga, macam perbicaraan dalam filem filem hindi saja.

Sebelum ini (selepas kedurjanaan/fitnah Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim), filem filem hindi diberi tempat istimewa di media utama konkongan UMNO(baru). Sedikik sebanyak tentu ada pengaruhnya kepada nilai masyarakat.



Ceritanya pula banyak berkisar tentang polis dan sistem kehakiman yang korup. Sekarang, di Malaysia bukan cerita rekaan dan lakonan, tetapi kisah benar. Peristiwa ini sepatutnya diberi perhatian dan difikir secara kritis oleh orang melayu, khasnya yang sayangkan maruah bangsa, ugama dan Negara.

Hindustaninya perbicaraan ini bila Lingam memberi jawapan “Nampak macam saya” dan “suara pun macam suara saya” orang di dalam video Lingam itu.

Jawapan putar alam seperti itu menunjukkan betapa loya buruknya Lingam. Memahami balik jawapan Hindustan itu menunjukkan memang dia (Lingam) dalam video itu. Kalau dia kata “macam” maksudnya betul dia yang bercakap dalam video itu.

Cuma, dia yang sebenar ialah yang dok dalam kandang saksi – yang bercakap dalam video tu sudah jadi “macam dia” sebab filem, siapa lagi yang semacam dengan dia (suara dia!).

Adnan Mansor pula nampaknya sangat rapat (akrab) dengan Lingam. Kerana, sebelum Lingam disoal, Adnan Mansor terdahulu kata Lingam mabok. Kemudian, bila Lingam pula disoal, dia terus mengatakan dia mudah mabok.

Akrab sungguh Adnan Mansur dengan Lingam, hinggakan dari cakap-cakap Lingam dalam video itu pun Adnan Mansur tahu Lingam mabuk.

Mahathir pula belain, baru kenal dengan Lingam, tapi terus mengambilnya sebagai Peguam dalam kesnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Walaupun baru kenal, puji pulak kata Lingam peguam hebat.

Sekali fikir, pelik rasanya Mahathir cepat terpesona dengan kehebatan Lingam, sedangkan dia adalah bekas Perdana Menteri yang payah menerima buah fikiran orang, tiba-tiba dengan Lingam, sebaliknya. Bahkan dia sendiri menyebut keputusan dibuatnya sendiri.

Sebagai rakyat marhaen, sedih rasanya kes-kes berat yang memporak perandakan sistem di Malaysia mutaakhir ini dilakukan oleh orang orang bergelar. Dari Tun hinggalah Dato’ Dato’ atau Datuk Datuk.

Sebagai rakyat marhaen juga, persoalan yang timbul di kepala ini ialah tak ada rasa malu ke orang-orang bergelar berperangai seperti apa yang dipertontonkan kepada umum sejak 10 tahun yang lalu?.

Walaupun tidak semuanya seperti itu, tetapi banyak kes-kes yang profil tinggi melibatkan orang-orang bergelar!.

Sepatutnya, orang-orang bergelar lah yang boleh diharap untuk menolong orang-orang marhaen, tetapi sudah terbalik.

Mereka yang berkepentingan seperti ini menggunakan gelaran untuk menjadi kebal di sisi undang-undang dengan menggunakan jalan yang bebal.

Pihak diistana sudah tiba masanya menilai gelaran-gelaran yang diberi kepada penerima yang betol-betol layak saja.

Yang paling penting, penggunaan nama DIRAJA perlu dijaga kemuliaannya disisi Pemilik Istana. Jangan sampai ada orang berani mempermain-mainkan Suruhanjaya yang ditubuh atas nama DIRAJA seperti yang berlaku sekarang.

Sudah Polis Di Raja punah, jangan sampai Istana yang punah.

Muramatsu

UK

Buat Yang Bernama Pemimpin, Masihkah Kau Ingat?

Buat Yang Bernama Pemimpin, Masihkah Kau Ingat?
Posted on Wednesday, January 23 @ 16:03:41 MYT by greenboc
Penulisan Kreatif Oleh annas

"a
Masihkah kau Ingat ?
Pada satu jalan-jalan cerita karut
Dicipta atas sekeping kertas usang
Menghimpun segala kisah keliru
Berbicara diatas nama kuasa buta
Bertepuklah setiap pembodek
Merapu dalam alunan yang semakin parah
Semakin dilupakan dalam janji-janji palsu
Masihkah kau Ingat ...?


Masihkah kau Ingat ?
Setiap rakyat didodoikan dalam lagu indah
Dibuai dalam dakapan kasih yang tak pasti
Dipayungkan diatas nama kita adalah saudara
Didendangkan dalam mimpi-mimpi serabut
Segalanya sudah lama tertidur lena
Lupa dan terbiar lara
Masihkah kau Ingat ..?

Masihkah kau Ingat ?
Pada waktu itu
Setiap kata-kata manismu menjadi hiburan
Semuanya bersatu diatas nama dunia khalayan
Yang kaya semakin dikayakan
Yang bijak bercerita semakin dijulang
Yang mudah melatah semakin derita buta
Segalanya ada
Masihkah kau Ingat ....?

Masihkah kau Ingat ?
Sewaktu dulu
Kita adalah sama
Berseloka berdendang dan berbicara
Mesra atas nama saudara
Namun semua itu sudah semakin parah
Kita sudah berbeda pada alunan suara
Tarian yang kita cipta semakin lara
Tiada sudah rasa kasih
Tiada sudah segalanya
Masihkah kau Ingat....?

Hari ini
Hari Esok
Mungkin masih ada lagi yang kau ingati
Atau
Kau akan jatuh tersungkur
Diatas nama kebenaran
Masihkah kau Ingat...?

Manifesto PAS: Annuar Musa, Idris tertekan, kata Salahuddin

Manifesto PAS: Annuar Musa, Idris tertekan, kata Salahuddin
Posted on Wednesday, January 23 @ 15:27:56 MYT by greenboc
Berita Oleh malaysiakini

aDewan Pemuda PAS Pusat (DPP) menyifatkan pandangan sinis dua pemimpin Umno - Datuk Seri Annuar Musa dan Datuk Seri Idris Jusoh - mengenai manifesto PAS menunjukkan "mereka sangat tertekan dengan cadangan PAS untuk membela kepentingan rakyat".

Lantaran itu, Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, DPP tidak hairan apabila kedua-dua Pengerusi Umno Kelantan dan Terengganu memberi ulasan negatif terhadap manifesto PAS yang menjanjikan kebajikan yang lebih selesa untuk rakyat.



"Annuar walaupun diwar-warkan tidak bertanding di DUN dan Idris pula akan dibawa ke pusat, yang kedua-duanya melepaskan peluang mereka menjadi menteri besar, tetapi bimbang jika PAS menguasai Kelantan dan Terengganu pilihanraya akan datang," kata beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Krian.

"Pergolakan politik di Terengganu sudah diketahui umum sehingga Idris terpaksa menyatakan kesediaannya berpindah ke pusat, manakala di Kelantan ketinggalan satu kerusi belum memberikan kedudukan selesa kepada Umno.

"Kerana itu, apabila PAS mengemukakan sesuatu yang bermakna untuk rakyat, mereka menjadi amat tertekan," kata Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata menerusi manifesto ‘negara kebajikan’ PAS bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12, rakyat miskin, terutama warga emas akan diberi elaun sarahidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

Antara yang dijanjikan parti pembangkang itu ke arah mewujudkan negara kebajikan ialah cadangan mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen dari harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pembelajaran percuma


Selain itu, PAS juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.

Ketika mengulas mengenainya, Annuar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas dan juga Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang), mencabar PAS supaya mengubah Kelantan menjadi negeri kebajikan terlebih dahulu sebelum berangan-angan mewujudkan konsep negara kebajikan di Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, tiada apa yang percuma diberi oleh kerajaan PAS Kelantan berbanding kerajaan pusat yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, bagi membuktikan PAS mengambil berat kebajikan rakyat, parti itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menurunkan bayaran letak kenderaan di bandar ini dan beberapa bandar kecil lain. - yang menurutnya yang tertinggi di negara ini.

Menurut Annuar lagi, PAS juga harus menurunkan beberapa cukai lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul di pasar-pasar dan bayaran memproses permohonan tanah yang menyusahkan rakyat.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pemerintahan 17 tahun PAS di Kelantan telah membuktikan parti itu berupaya memerintah dan membela kebajikan rakyat, bahkan dasar-dasar PAS bukan ditiru oleh Kerajaan BN.

Yang terbaru, katanya, apabila PAS memperkenalkan Takaful Kifalah dan Takaful Armalah untuk membela warga emas dan ibu tunggal, Umno Kelantan cuba meniru sama.

Lebih murah di K'tan

"Isu yang ditimbulkan oleh Annuar Musa tentang bayaran tempat letak kereta adalah tidak relevan kerana di seluruh negara kerajaan tempatan mengenakan bayaran.

"Di Selangor, kebanyakan PBT mengenakan RM0.50 untuk sejam, manakala tempat letak kereta swasta mencecah hingga RM3.00 sejam. Apakah Annuar cuba menafikan tentang bayaran yang dikenakan oleh PBT di negeri yang dikuasai oleh BN?," kata Salahuddin.

Menurutnya, di negeri-negeri lain selain Kelantan, penggunakan kenderaan bukan sahaja terpaksa membayar tempat letak kereta, tetapi terpaksa membayar tol yang tinggi dan juga petrol yang mahal.

"Cukai-cukai yang dikenakan di Kelantan jauh lebih murah berbanding negeri yang diperintah oleh BN. Rakyat Kelantan telah melihat dan merasai bagaimana kebajikan mereka terjaga di Kelantan.

"Bahkan, kakitangan kerajaan negeri tidak dikenakan caj untuk pinjaman, di samping pengharaman riba dalam sistem kewangan melalui perbankan Islam dan ar-rahn. Bukankah bank-bank konvensional terpaksa mewujudkan sistem perbankan tanpa faedah apabila Kelantan tidak membenarkan mereka menyewa premis di negeri itu," katanya lagi.

Di Terengganu, tegas Salahuddin, telah terbukti bahawa PAS telah menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol, cukai pintu dan cukai bakul pada 1999.

PAS juga, tambahnya, telah mewujudkan bantuan pendidikan kepada anak-anak Terengganu, selain menubuhkan pusat-pusat pengajian dan mengagihkan tanah kepada rakyat.

Turunkan harga minyak

"Malangnya, usaha-usaha PAS untuk membela hak rakyat telah diselewengkan oleh Umno dengan mengarahkan Petronas menarik balik bayaran royalti yang berjumlah RM1 bilion ketika itu. Siapa yang merompak wang rakyat, PAS atau Umno?" katanya.

Di Kelantan, katanya, hal seperti itu diakui sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed bahawa Umno yang mendesak kerajaan pusat supaya menyekat bantuan kepada Kelantan.

"Dalam keadaan yang disekat dan dihalang oleh kerajaan Pusat, Kelantan dan Terengganu yang terkenal miskin itu, masih boleh menjaga kepentingan rakyat. Jika PAS menguasai Malaysia, sudah tentu kekayaan negara dapat dinikmati oleh rakyat dengan lebih meluas lagi.

"Tidak pelik bagi PAS/Barisan Alternatif (BA) untuk menurunkan harga petrol, memberikan pendidikan dan kesihatan percuma serta menghapuskan ISA kerana wang negara tidak dibazirkan untuk kroni.

"Umno cepat-cepat melahirkan rasa bimbang negara akan bangkrap jika 'bail out' rakyat, sedangkan mereka telah membazirkan begitu banyak wang rakyat untuk kroni-kroni mereka," tambahnya.

Menurut Salahuddin, mereka membangkitkan isu-isu kecil yang tidak relevan untuk menakutkan rakyat, sedangkan rakyat sudah cukup tertekan di bawah pentadbiran BN.

"Rakyat perlu berubah jika mahu kebajikan mereka terbela. PAS membuka peluang ini kepada rakyat. Jika rakyat tidak berubah, siri-siri kenaikan harga petrol, minyak masak, tepung, yuran sekolah, tambang bas, tol dan lain-lain akan terus berlaku," katanya

Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya

Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
Posted on Wednesday, January 23 @ 15:18:23 MYT by greenboc
Respon @ Ulasan Oleh helangdeli

"Respon pembaca:
Tak usah dok cabarlah. Ukur baju badan sendiri. Tengok kekuatan sendiri sebelum nak cabar orang. Kalau kita kuat macam mana sekalipun tak payah dok cabar orang kerana itu bukan sikap orang yang gentlement.

Saya rapat dengan kedua-dua pihak. Kekuatan UMNO/BN dengan pembangkang jaraknya antara langit dengan bumi. UMNO/BN buat program berpusu-pusu yang datang. Baik dia pegawai tinggi kerajaan mahupun kerani biasa.


Program pembangkang untuk masyarakat mana ada. Balik-balik buat program tertutup panggil ahli-ahli dari luar Putrajaya meramaikannya majlis. Ketua Pemuda pun lari keluar tinggal di Kajang.

Mana dia muka yang berkempen kepada AJK surau ke, persatuan penduduk ke atau mana-mana kakitangan kerajaan yang lain. Tak ada. Kalau letak Husam Musa pun belum tentu menang. Walaupun Ku Nan pernah kutuk orang Kelantan dalam mesyuarat kerana bodoh terlalu menghormati TG Nik Aziz tapi puak-puak inilah jugak yang dok mengekor Ku Nan ke hulu ke hilir kerana Ku Nan senang tabur duit. Minta apa saja semua dapat. Air con, karpet, basikal, lembu korban semua dapat. Tapi apa yang PAS buat untuk merapati masyarakat?

Lebih baik buat kerja untuk mengurangkan majoriti UMNO/BN daripada mencabar Khairy bertanding di Putrajaya. Bagi saya mungkin calon pembangkang pun hilang deposit. Khairy boleh buat macam2 strategi untuk menang samada secara tipu atau secara ganas. Semua dia boleh buat. Lagipun kakitangan kerajaan takut kena keluar kuarters kalau undi pembangkang.

Ulasan kami:


Assalamualaikum wbt.


Sahabat saya ,

Perlu di ingat bahawa UMNO buat program menggunakan segala kelebihan yang mereka ada selaku pemerintah, duit, jentera kerajaan. Malah mereka juga boleh mengerahkan sekalian ramai kakitangan kerajaan. Bukankah ini suatu ketidak-adilan dan politik peras ugut?

Manakala di pihak BA, terutamanya PAS, kami tidak pernah di ajar untuk berbuat sedemikian. Contoh, selama kami memerintah di Kelantan sebegitu banyak program yang di anjurkan oleh kerajaan negeri dan PAS Kelantan dapat dibezakan oleh rakyat. Contoh yang paling nyata ialah Program Takaful Warga Emas yang cuba dipolitikkan oleh UMNO Kelantan. Ternyata sehingga ke hari ini program tersebut mendapat penerimaan dari semua rakyat merentas pelbagai anutan, fahaman, bangsa dan budaya.

UMNO Kelantan yang semakin terdesak kemudiannya telah mewujudkan skim Takaful yang hampir sama, tetapi malangnya mereka hanya mengutamakan ahli UMNO. Lupakah sahabat saya amirulnaim bahawa ini merupakan bukti UMNO adalah parti asobiyah dan tidak berniat untuk membela rakyat. Di fahamkan bahawa, Anuar Musa mewujudkan skim Takaful tersebut sebagai jalan untuk menyekat perkembangan positif rakyat terhadap PAS Kelantan terutamanya dari kalangan ahli UMNO. Bukti? Hanya ahli UMNO sahaja yang dapat menyertai skim tersebut, manakala bagi mereka yang bukan UMNO mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu.

Untuk maklumat sahabat saya amirulnaim, kedapatan beberapa fakta yang salah telah dikemukakan oleh saudara. Misalnya mengenai Ketua Pemuda PAS Putrajaya. Saudara mengatakan bahawa beliau menetap di Kajang. Ini adalah kesalahan fakta. Dan yang saya pelik ialah bagaimana saudara mengaku bahawa saudara rapat dengan kami (rapat dengan kedua-dua pihak) ?

Setakat ini juga kami telah mengadakan program-program mengikut keupayaan kami. Paling membanggakan ialah dalam masa yang singkat jika dibandingkan dengan bagi tempoh yang sama untuk tahun-tahun sebelumnya, ternyata kami telah menapak jauh ke hadapan. Antaranya kami telah berjaya menubuhkan sayap pemuda kami dan menganjurkan program-program kemasyarakatan.

Kami juga menerima respon yang sangat membanggakan!

Kami banyak menerima respon bahawa sokongan kepada kami sangat kuat sebenarnya. Cuma memandangkan budaya politik peras ugut yang diamalkan menyebabkan mereka tidak mampu menatijahkan sokongan mereka. Misalnya ugut keluar kuarters, di tukar ke Sabah-Sarawak dsb.

Setujukah saudara dengan kenyataan saya?

PAS di mana-mana kawasan dan peringkat sekalipun sebenarnya memang mampu mengalahkan UMNO sekiranya kami berhadapan satu sama satu dan syaratnya ialah pilihanrya dijalankan secara adil dan bebas dari budaya poitik peras ugut.

Bukankah Saudara juga yang mengatakan bahawa Khairy boleh menggunakan macam-macam strategi secara tipu dan secara ganas?

Kami hanya baru mengemukakan cabaran. Apakah saudara turut tercabar dan ingin menyokong Khairy?

Justeru, kami memohon UMNO dan Khairy terutamanya menjawab spekulasi berhubung keinginannya untuk bertanding di Parlimen Putrajaya. Jawapan mesti dikemukakan sebelum atau pada 26 Januari depan, samada secara berdepan atau menghantar wakil. Jawapan mestilah fokus kepada cabaran kami dan menjawab cabaran kami, bukan jawapan retorik lama-kosong yang selalu dimainkan oleh juak-juak UMNO.

Tindakan sebegitu hanya mempamerkan kelemahan UMNO dan akan mendapat kutukan dari rakyat. Pengundi Putrajaya, pengundi yang sememangnya bijak membuat keputusan kalau bukan kerana ugutan, mereka mampu menilai setiap tindak tanduk UMNO dan Khairy lakukan. Sebarang tindakan provokasi dan ugutan hanya menunjukkan ketidak-matangan berpolitik.

Akhirnya, kami ulang, sila jawab cabaran terbuka kami. Khairy tanding atau tidak? Ingatan ikhlas dari kami, tindakan mengharapkan PM menjawab isu ini hanya akan membuat rakyat terus mentertawakan UMNO.

Ringkasan yang telah dikemukakan:

  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding Parlimen Putrajaya
  2. Tarikh akhir cabaran pada 26 Januari 2008
  3. Sahut cabaran secara terbuka atau melalui wakil.

Satu Renungan Menjelang Pilihanraya

Satu Renungan Menjelang Pilihanraya
Posted on Wednesday, January 23 @ 15:16:40 MYT by greenboc
Pendapat Oleh mujahid304

"
Oleh : abuya

Hangat pilihanraya semakin dirasai semua parti politik samada pemerintah lebih lagi parti pembangkang . Persiapan telah mula diatur dan hanya menunggu tiupan wisel dari makhluk yang bernama Abdullah badawi. Inilah satu satunya Negara yang kononnya demokrasi namun tarikh pilihanraya hanya ditentukan mengikut ilham perdana menteri. Meminjam kata Sharizat Jalil 'hanya Allah dan Pak Lah yang tahu tarikh pilihanraya'.

Begitupun kem umno dimelaka seakan lesu mungkin belum mendapat suntikan kewangan. Bulan lepas umno melaka mengadakan pilihanraya olok-olok. Bilik gerakan telah dibuka seluruh negeri.'Gegau' juga aku. Namun hari ini lampu pun dah tak pasang, bendera dacing dah tak berkibar lagi, mungkin tanda nak kalah agaknya.

Syabas diucapkan kepada Majlis Tindakan DUN yang telah mula menaikan bendera PAS.Tenang dan terasa terangnya bila melintasi kawasan Sungai Rambai seakan bulan akan mengambang disana. Kepada yang masih lena harap bangkitlah kerana kita tiada masa lagi dan jangan ulangi kesilapan lalu.

Beberapa isu besar akhir akhir ini turut menambah serius demam pilihanraya. Awal tahun ini sekali lagi 'Tipah tertipu'. Opp, bukan tipah je, seluruh rakyat Malaysia ditipu menteri 'auw-auw'. Kata yuran sekolah free. Yang free tu RM4 aje ,yuran lain pulak yang naik.Itulah projek kerajaan BN , tradisi membebankan rakyat.

Yang pelik lagi ajaib apabila minyak masak kurang dipasaran (setengah tempat tiada langsung). Bukan kah kita pengeluar minyak sawit terbesar didunia. Memang tak masuk akal.Seperti biasa pak pak menteri b*****g menyalahkan rakyat yang kononnya menggunakan minyak masak lebih dari keperluan.Ada juga yang menuduh minyak diseludup kenegara jiran. Ini semua taktik lama dan lapuk kerajaan untuk memperbodohkan rakyat. Naikan sajalah harga minyak tu, buat apa nak berdali lagi. Aku yakin harganya akan naik selepas pilihanraya nanti (jika BN terus diberi mandat)

Satu lagi yang sangat amat jijik dan meloyakan ialah apabila UMNO yang semakin tertekan dan hilang sokongan menggunakan mimbar masjid sebagai pentas untuk menghentam pembangkang (khususnya PAS). Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang bertanggungjawab mengeluarkan tek khutbah telah dijadikan seperti sayap baru parti keris karat. Aku pun tak faham kenapa isu perhimpunan aman rakyat dijadikan isi utama dalam khutbah jumaat. Bukan ke banyak isu besar dan semasa yang boleh dihidangkan pada jemaah pada hari itu. Seluruh masjid dimelaka 'diwajibkan' membaca khutbah yang sungguh jelek itu. Disebuah masjid, imamnya membaca dengan penuh emosi dan semangat. Siapa yang memperkudakan masjid untuk politik parti? Bahkan lebih bangsat lagi bila menggunakan mimbar masjid untuk melebarkan fahaman islam yang lain dari islam yang dibawa penghulu nabi.JAIM dan imam tolong peka dan bertanggungjawab.

Begitulah apabila sesuatu perkara diurus oleh bukan ahlinya.Segalanya akan rosak dan binasa. Rakyat yang bijak tidak akan membiarkan dirinya ditipu lagi.Rehatkan pemimpin umno dibangku simpanan agar tidak menyesal lima tahun lagi.

layarilah blog kami di
www.jasindaily.blogspot.com

Majlis Peguam: Bukan setakat mengatur pelantikan hakim

Majlis Peguam: Bukan setakat mengatur pelantikan hakim
Posted on Wednesday, January 23 @ 15:14:32 MYT by greenboc
Berita Oleh malaysiakini

aSuruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam hari ini mendengar hujah para peguam mengenai terma rujukannya berhubung keterangan yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan pelantikan kehakiman pada 2001.

Keterangan yang dihujahkan itu berkaitan dengan butir-butir percutian peguam Datuk VK Lingam dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin di New Zealand pada Disember 1994 yang dikatakan menunjukkan hubungan akrab antara mereka berdua.



Semalam, Lingam - peguam yang didakwa individu dalam klip video yang dirakam secara rahsia pada tahun 2001 membincangkan pelantikan hakim-hakim - enggan menjawab soalan lanjut mengenai percutian tersebut.

Peguamnya, R Thayalan berhujah bahawa keterangan berhubung percutian tersebut 'tidak relevan' dan mesti dibuang dari rekod siasatan suruhanjaya tersebut.

Prosiding hari ini diteruskan dengan para peguam berhujah mengenai relevannya percutian di New Zealand itu dengan lima terma rujukan siasatan suruhanjaya tersebut.

Peguam Robert Lazar yang mewakili Majlis Peguam Malaysia berhujah bahawa isu yang disiasat oleh suruhanjaya tersebut tidak hanya terhad kepada pelantikan hakim-hakim sahaja tetapi juga membabitkan kontek sepenuhnya perbualan dalam klip video tersebut.

“Pengaturan kes-kes bersangkut paut dengan pengaturan pelantikan hakim. (Kita) tidak boleh memisahkan (isu-isu ini)," tambahnya.

“Saya akan menjadi tidak sopan dan berkata pengaturan hakim-hakim, pengaturan pelantikan dan perbualan itu juga berkaitan dengan pengaturan keputusan kes-kes. Itulah maksud perbualan tersebut.

“Kita tidak boleh tutup mata memikirkan bahawa hanya hakim-hakim yang diatur dan ia berakhir di situ," katanya.

‘Mengatur kes’

Lazar berhujah demikian apabila merujuk kepada terma rujukan ketiga suruhanjaya tersebut iaitu untuk menentukan kebenaran perbualan yang dirakam dalam klip video tersebut.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara khusus yang dirujuk dalam perbualan telefon tersebut yang menunjukkan ada niat untuk mempengaruhi pelantikan hakim-hakim, mendapat layanan istimewa di bawah hakim-hakim tertentu dan mendapat layanan kurang baik di bawah hakim-hakim lain.

Apabila anggota suruhanjaya itu, Datuk Steve Shim bertanya sama ada Lazar cuba memperluaskan skop siasatan tersebut, peguam itu berkata isu yang dibahaskan itu bukan setakat pelantikan hakim.

“Apa yang kita lihat bukan (setakat) pelantikan hakim-hakim tetapi juga pengaturan kes-kes dan akibat-akibatnya yang lain," katanya.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, yang mewakili bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, juga mahu butiran mengenai percutian pada 1994 itu dibuang.

Kamarul memetik Akta Keterangan sebagai panduan mengenai apa yang boleh diterima, tetapi Shim memberitahunya bahawa suruhanjaya itu tidak terikat dengan akta berkenaan.

Peguam tersebut kemudiannya berkata, walaupun keterangan mengenai percutiaan di New Zealand itu mungkin menunjukkan keakraban antara dua pihak yang terbabit, tetapi ia juga tidak semestinya bermakna salahlaku kehakiman telah dilakukan.

Pada ketika itu, anggota suruhanjaya diraja, Datuk Mahadev Shankar mengingatkan Kamarul bahawa mungkin terdapat bukti-bukti penting lain yang belum dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut.

Kamarul berkata, beliau bersikap terbuka terhadap kemungkinan terdapat bukti-bukti seterusnya yang menunjukkan hubungan antara Eusoff dan Lingam yang boleh membawa kepada berlakunya pengaturan dalam badan kehakiman.

“Saya sedar bukti belum muncul lagi tetapi apabila ia muncul, mungkin anggota suruhanjaya membuat inferens sewajarnya untuk memastikan ianya relevan," kata Kamarul.

Perdebatan hangat


Peguam Alex de Silva yang mewakili Loh Gwo Burne yang mengakui merakamkan klip video controversi tersebut pada 2001 - berkata beliau menyokong dikekalkan keterangan mengenai percutian di New Zealand kerana tidak ada bukti sebaliknya.

“Percutian di New Zealand menunjukkan keakrabannya... mungkin wujud tanggapan bahawa mereka masih akrab pada 2001 kecuali ada bukti yang menunjukkan sebaliknya," katanya.

Para peguam lain yang turut berhujah hari ini ialah peguam Puravalen (mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim), peguam Khoo Guan Huat (mewakili bekas Ketua Hakim Negara, Dzaiddin Abdullah), peguam Azhar Azizah Harun (mewakili pertubuhan sivil) dan peguam John Fang (yang mewakili adik lelaki Lingam - Thirunama Karasu.

Manakala pegum Zamani Ibrahim, Hazman Ahmad dan Mohamed Fauzi Mat Zin, yang mewakili Tun Eusoff Chin, akan menyampaikan hujah mereka pada hari Jumaat.

Peguam Wee Choo Keong, yang mewakili Thirunama, hari ini mengulangi percubaannya untuk membuat hujah lisan walaupun hujah bertulisnya telah ditolak oleh suruhanjaya tersebut selepas bertegang leher dengan pengerusi suruhanjaya itu, Haidar Mohamed Noor.

Shim menasihatkan Wee supaya mengemukakan hujah lisannya berdasarkan kepada bahagian-bahagian yang relevan dalam keterangan pelanggannya yang akan diberitahu oleh suruhanjay aitu bila tiba masanya.

Kerdipan Sebelah Mata Pelacur I

Kerdipan Sebelah Mata Pelacur I
Posted on Wednesday, January 23 @ 08:14:40 MYT by SongkokPutih
Coretan @ Luahan Oleh ibnuhasyim

"hiasanSATUN atau Setoi, adalah sebuah bandar di Selatan Thai, bersempadan dengan negeri Perlis. Sebuah pelabuhan, yang kadang-kadang orang Malaysia pergi ke sana malalui jalan laut dari Kuala Perlis, atau Langkawi, walaupun ada sempadan daratnya di Wang Kelian, Padang Besar dan lain-lain. Majoriti penghuni di wilayah selatan ini ialah orang Islam berbangsa Melayu. Bahasa pertuturan harian mereka adalah bahasa Melayu dan Thai.

Dari pekan inilah aku menaiki bas untuk ke Hatyai. Bas biasa sahaja. Aku melangkah naik mengambil tempat duduk. Tempat duduk untuk dua orang, tapi aku cuma baru duduk seorang. “Di sini masih kosong?” Seorang wanita muda bertanya berbisik kepadaku. Jarinya menunjuk ke tempat yang kosong di sebelahku itu.

Aku mengangguk.

Dia terus duduk di sebelahku itu. Wajahnya agak muda dan cantik juga. “Nak ke mana bang?” Sapanya.

“Pattani.” Jawabku. Aku lihat ramai lagi penumpang sedang naik bas ini, dan memilih tempat yang masih banyak kosong lagi. Tapi fasal apa dia pilih duduk di sebelahku?

“Adik juga mahu ke Pattani…” Dia memulakan perbualan, walaupun aku tak tanya. “…kerana mak adik sakit, adik terpaksa pulang segera walaupun tergesa-gesa…”

Baru aku dapat menangkap maksudnya. Pasti dia akan minta wang, kerana orang luar yang datang ke sini biasanya bawa banyak wang. Maklumlah biasanya kota Hatyai terkenal dengan kota pelacuran. Dia kenal aku orang luar. Terkenal pelancung-pelancung datang ke Hatyai biasanya kerana pelacuran. “Tapi… adik tak cukup duit.” Sambungnya dengan suara lembut. Terputus-putus, bagaikan dalam kesedihan.

Namun aku masih membisu.

“Adik orang susah. Perlu duit. Adik terpaksa buat apa saja untuk membantu mak adik yang sakit. Bagaimana kalau kita tidur bersama malam ni? Tak salah bantu adik kan??” Berderau darahku bila dengar cetusan kata-katanya. Aku tidak mahu terperangkap. Bukan pertama kali aku hadapi ini dalam pengembaraan dan perjalananku. Kenanganku mula melangkau batasan negeri.

Teringat aku semasa mula-mula sampai di Manila beberapa tahun lalu. Dalam teksi dari airport menuju ke hotel, aku sudah diiklan dengan wanita-wanita genit Filipina dikatakan amat menarik dan memikat pelancung. Sampai di hotel bertalu-talu serangan pertanyaan bagaikan memaksaku memiliki teman tidur.

“Tidak ada lelaki yang tidak mahu perempuan di sini. Sini syurga lelaki asing di Asia. Kecualilah kalau lelaki itu berpenyakit atau tak ada wang!!” Kata wanita penjaga hotel itu macam megejek dan tidak percaya bila aku beritahu, aku tidak mahu. Dia beri kunci bilik dan kunci kotak kecil keselamatan.

“Nah! Lihat ini…” Sambil menunjukkan satu ruang kecil terletak di bahagian pendaftaran. “.Tempat simpan barang-barang penting seperti passport dan wang supaya selamat... kerana kadang-kadang ada juga wanita nakal yang suka curi wang pelanggan. Juga nak elakkan tuan kehabisan wang tunai sebab terlanjur berseronok-seronok.” Katanya sambil tertawa.

Sewaktu melintas ke bilik penginapan aku terserempak gambar bogel besar sama tinggi denganku terpampang di dinding, “Gambar siapa ini??”

“Gambar seorang artis Filipina…” Jawabnya dengan megah. Disebut namanya, tapi aku tak ingat.

Petang itu, aku turun dari hotel, merayau-rayau mencari kedai makan orang Islam. Aku terserempak sebatang jalan yang dipenuhi kelab-kelab hiburan. Dari jauh ternampak wanita-wanita muda berpakaian bikini. Hanya tutup ‘perkakas-perkakas dalam’ tertentu saja dengan pakaian berjurai-jurai macam daun kelapa, yang orang kampong buat ketupat. Mereka berhimpun depan pintu masuk menunggu pelanggan.

Baru pelanggan mendekat, mereka datang berkerumun tarik tangan pelanggan masuk ke kelab masing-masing. Ramai pelanggan dari negara-negara Barat dan Arab. Macam juga di Belakang Mati Chow Kit Road, belakang Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur… mereka juga berebut-rebut menarik pelanggan. Maknyak-maknyah dengan pakaiannya menjolok mata dan menjijikkan tetapi mampu menarik pelanggan.

Bahkan mampu bersaing bersama pelacur-pelacur berbagai gred. Ada pelacur murahan gred tua! Macam-macam ada! Begitukah negara Islam seperti yang disebutkan oleh pemimpin-pemimpin Malaysia?? Buat malu saja. Kalau negara Thai dan Filipina kita faham le...

“Bagaimana?? Boleh tidur dengan adik malam ini?” Pertanyaan itu menyentak dan memutuskan lamunan yang membuat aku lupa pada wanita disebelahku.

Aku jadi serba salah. Aku cuba jelaskan dengan baik. “Begini adikku… Bukan itu tujuanku kemari. Terus terang aku katakan, aku tak bawa banyak duit.” Aku cuba gambarkan keikhlasan yang sungguh-sungguh. “Lebih-lebih lagi aku seorang Islam. Islam sungguh-sungguh. Tak mahu buat dosa besar itu… Itulah yang sebenarnya!”

Dia nampak tersinggung. Kecewa dengan tembakan kata-kataku. “Terima kasih saja le, bang! Tak pernah adik dengar jawapan yang macam ni!!” Dengan tidak buang masa dia terus bangun, mencari tempat duduk yang lain… Memasang perangkap baru yang lain pula.

Catatan Perjalanan: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) KL. 01-01-2008. KL.

Pandangan Saya Kepada Saudara Roslan SMS.

Pandangan Saya Kepada Saudara Roslan SMS.
Posted on Wednesday, January 23 @ 08:05:14 MYT by SongkokPutih
Respon @ Ulasan Oleh AdukaTaruna

"Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.

 Oleh : AdukaTaruna.

Rujukan : http://www.tranungkite
.net/v7/modules.php?name=
Forums&file=viewtopic&t=9776
&postdays=0&postorder=asc&start=0

Manusia dan tekanan.

Manusia sentiasa akan menerima tekanan dalam 2 kategori. Satu fizikal dan satu lagi rohani. Kedua-dua tekanan ini memerlukan keupayaan otak untuk memahaminya.



Tekanan fizikal.

Mari kita ambil kategori pertama. Yakni tekanan fizikal. Contoh mudahnya ialah manusia yang berada di tanah datar selama ini, mendapati berbeza keadaannya apabila berada di tanah tinggi. Dengan keupayaan otak manusia itu, maka, proses faham pun berlaku.

Atmosfera terbahagi kepada beberapa bahagian, tekanannya pun berbeza-beza. Jika manusia berada di luar atmosfera, badan boleh meletup kerana tekanan di dalam badan tidak mendapat keseimbangan dari tekanan di luar.

Maka, dengan keupayaan otak untuk memahaminya (sudah semestinya bukan genetic Melayu), maka, terdapatlah pelbagai jalan keluar terhadap masalah / kelemahan . Itu ringkasnya.

Tekanan rohani.

Sekarang mari kita pergi ke kategori rohani pula. Tekanan terpopular ialah stress dan adik-beradiknya. Gua percaya sepertimana kategori pertama tadi, ada bahagian otak yang menentukan keupayaan memahaminya.

Apabila kita menyebut otak, maka, kita juga menyebut genetic. Makanan / cuaca / pendidikan / evolusi dan sebagainya berkadar terus dengan keupayaan otak.

Setakat ini, para pembaca umumnya, dan saudara Roslan SMS secara khususnya, adakah kalian sudah mampu menangkap apa yang gua akan bincangkan? Mengapa gua memilih kata ganti diri gua berbanding hamba? Mengapa gua mengambil keputusan campur tangan dengan hal saudara Roslan? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh sedikit golongan setakat perenggan ini.

Masih tekanan rohani.

1. Apabila genetic Melayu itu diberikan tekanan rohani, maka, apakah pula tindakan otak genetic Melayu itu untuk memahami / menganalisis tekanan tersebut, dan seterusnya mendapat jalan keluar dari masalah yang terhasil? Sila baca dengan perlahan dan berulang-ulang. Gua menyusun nasihat gua mengikut silibus yang paling rendah.

Kita tinggalkan jawapannya, dan pergi ke nombor 2.

2. Apabila genetic Inggeris itu diberikan tekanan rohani, maka, apakah pula tindakan otak genetic Inggeris itu untuk memahami / menganalisis tekanan tersebut, dan seterusnya mendapat jalan keluar dari masalah yang terhasil?

Secara ringkasnya, otak Inggeris akan menganalisisnya. Memecahkannya kepada beberapa tajuk. Adakah tekanan di tempat kerja? Adakah tekanan rumahtangga? Adakah tekanan peperangan? Dan sebagainya.

Kemudian, apakah cara yang membolehkan manusia itu lega terhadap tekanan tersebut? Adakah dengan menjerit? Adakah dengan menumbuk sesuatu? Adakah dengan berkongsi dengan orang lain? Adakah dengan duduk berbincang? Adakah dengan bercuti dan melancong?

Cara untuk melegakan kepada tekanan tersebut haruslah mengikut tajuk-tajuk yang telah diasingkan pada peringkat awalnya. Jika tajuk tekanan sukan, diselesaikan dengan menumbuk sesuatu maka salahnya.

Apabila otak mereka memahami, maka mereka sangat professional dan bijak dan licik dalam menangani masalah-masalah yang melanda. Sehinggakan tekanan rohani juga boleh dijadikan senjata!

Memanglah ada juga kes-kes dimana mereka gagal mencari kelegaan yang betul pada tajuk tekanan yang betul, tetapi kita bercakap secara keseluruhan.

Mari kita analisis tekanan kepada genetic Melayu, dalam kes ini.

1. Roslan menerima tekanan dalam bentuk sms yang sangat menjengkelkan secara bertubi-tubi.

2. Sms itu kebanyakannya ditujukan kepada bosnya yakni TGHH.

3. Jadi, diperingkat ini, kita asingkan tekanan ini dalam bentuk Tekanan Kerja.

4. Selama ini, sms-sms seperti itu tidak berlaku. Sms-sms itu muncul muktahir ini.

5. Kita mengetahui bahawa keadaan sekarang berada dalam suasana PRU.

6. Jadi, di bawah tajuk Tekanan Kerja, kes ini diberikan tajuk kecil Tekanan Peperangan. Sebab ramai pembaca Melayu, gua bagi ayat lainnya : Tekanan Peperangan diberikan kepada Roslan SMS kerana jawatannya (kerjanya).

Jadi?

Sekarang, diperenggan ini, hamba bertanya kepada pembaca genetic Melayu umumnya, dan Roslan khasnya :

Adakah wajar anda mendapatkan kelegaan Tekanan Peperangan di bawah tajuk besar Tekanan Kerja dengan menceritakannya secara umum sebegini?


Jawapan : Sepatutnya cara saya menghadapi tekanan ini ialah ____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________

Sekarang, gua menggunakan hamba semula. Hamba tinggalkan persoalan ini. Hamba gantung persoalan ini.

Asingkan setiap sesuatu itu mengikut tempatnya.

Be a Muslim, not a Malay. Is is universal.

Wallahualam.

Implikasi besar: 40,000 anak india tiada sijil kelahiran

Implikasi besar: 40,000 anak india tiada sijil kelahiran
Posted on Wednesday, January 23 @ 07:56:39 MYT by SongkokPutih
Analisis Isu Oleh ning

"Assalamualaikum..,,

Surat BeranakBerita dari kem kerajaan yang mendedahkan bahawa 40,000 anak anak india tiada sijil kelahiran mengesahkan kebenaran tuntutan hindraf yang lalu.implikasi dari pendedahan ini amat besar bukan sekadar tiada sijil lahir sahaja malah menjadi bukti betapa orang india dipinggirkan dari arus pembangunan sesudah 50 tahun merdeka.ianya menjadi bukti orang orang india melahirkan anak tanpa pengetahuan kerajaan(atau buat buat tak tahu) .

Kenapa orang india melahirkan anak tanpa pengetahuan kerajaan sesudah beberapa dasar pembangunan kerajaan yang melibatkan lembaga penduduk dan kementrian kesihatan dilaksanakan?

umumnya kerajaan telah memperuntukan sebahagian besar peruntukan untuk memperbaiki kualiti kadar kelahiran menerusi program lembaga penduduk dan kementerian kesihatan.antaranya program yang melibatkan ibu mengandung dan program imusasi kebangsaan serta kempen penyusuan ibu. dalam hal ini banyak pusat kesihatan samaada kecil atau besar ditubuhkan .bidan bidan kerajaan dihantar keseluruh kampung untuk membuat pemantauan ibu ibu mengandung.seorang ibu yang mengandung dipastikan pergi ke pusat kesihatan dan satu kad diberi untuk memantau perkembangan ibu dan anak yang dikandung.dan jika ada kes ibu ibu yang overdue atau menghadapi masalah semasa mengandung akan segera dihantar ke hospital.tugas bidan kerajaan sentiasa memantau keadaan ibu mengandung tersebut. begitu juga bila anak dilahirkan bidan kerajaan akan datang melawat untuk memastikan bayi tersebut sihat.satu kad berserta jadual program imusasi kebangsaan dibekalkan bagi memudahkan ibu bapa mengikuti program imusasi ini.sehubungan itu borang pendaftaran kelahiran dibekalkan untuk setiap anak yang dilahir samada di rumah atau hospital dan disahkan olih bidan atau doktor yang terbabit.dengan borang ini sijil lahir akan dikeluarkan olih pejabat pendaftaran.

berbalik kepada penemuan yang trajik dalam masyarakat india, timbul persoalan kenapa kerajaan "overlook" ibu ibu kaum india yang mengandung. tiadanya sijil lahir membuktikan tiada bidan dihantar ke perkampungan india, tiadanya pusat kesihatan yang dibina di penempatan india dan tiada pemantauan semasa mengandung serta tiada program imusasi kepada bayi bayi india yang dilahirkan tanpa sijil lahir ini.apakah memang masyarakat india ini tinggal di tempat yang tidak dapat dikesan? atau sekadar di estet atau tinggalan estet yang tidak dihiraukan di kebanyakan masa tetapi dapat perhatian semasa pilihanraya?kalau itu jawapannya kesian orang india dipinggirkan didalam suasana pembangunan (bukan dalam hutan) dan malang orang india mempunyai pemimpin seperti sammy vellu yang lebih gemar membuncitkan perutnya dari membela masyarakat dan kaumnya.
cuma selepas hindraf berhimpun mereka nampak mengelabah dan mula mengakui peminggiran sekaligus mengakui ada anak anak india tidak ada sijil lahir serta mengakui anak anak ini dan ibu ibu mereka dipinggirkan dari kemudahan kesihatan tersebut sedangkan mereka berhak mendapatnya. olih itu suka ana cadangkan kepada hindraf untuk menyaman kerajaan kerana peminggiran ini.itu lebih praktikal dari saman kepada kerajaan british.

akhirnya timbul satu lagi persoalan.apa yang kementrian kesihatan buat untuk ibu ibu dan bayi bayi india ini?setiap tahun mereka diberi peruntukan untuk menyediakan kemudahan kepada ibu ibu mengandung dan bayi yang baru dilahirkan tetapi kemana peruntukan ini pergi?apa yang dibuat olih menteri kesihatan?barangkali menteri kesihatan yang baru meletak jawatan tidak punya masa mengambil tahu masalah ini kerana sibuk dengan girlfriend dia."

Pelacuran dan maksiat paling teruk di Johor Bahru

Pelacuran dan maksiat paling teruk di Johor Bahru
Posted on Wednesday, January 23 @ 07:53:45 MYT by SongkokPutih
Artikel Pendek Oleh protonsaga

"hiasanSaya terbaca artikal yang ditulis oleh PAS JOHOR BAHRU berkaitan Sungai Segget yang sangat kotor. Tapi pada saya sungai saya tak nampak kotor sangat, kerana yang paling kotor di sebelah Sungai Segget adalah pusat pelacuran yang sangat jijik dan kotor.

Jalan Wong Ah Fook, di sebelah Sungai Segget (di hadapan pejabat kecil MBJB) terdapat sebuah hotel 3 tingkat bernama HOTEL OCEAN PARADISE. Tahukah kita, adakah ini hotel seperti biasa ? Kawan saya sudah beberapa kali tertipu, niat asal untuk tidur di situ.

Rupa-rupanya adalah pusat pelacuran terbesar di Johor Bahru. Hotel ini mempunyai lebih dari 40 bilik dengan 3 tingkat. Setiap bilik ini mempunyai penghuni iaitu wanita Cina yang menghuni tetap di bilik berkenaan. mereka ini pelacur, yang melayan pelanggan dengan bayaran tertentu termasuk lelaki beragama Islam. Hotel ini beroperasi dari jam 8 pagi hingga 7 petang sahaja, malam pelacur ni nak rehat, dah penat melayan lelaki.

Kita jalan ke depan sikit, masih di Jalan Wong Ah Fook, kini betul betul di hadapan pusat beli belah Komtar (kepunyaan Perbadanan Johor). Di sini ada 2 hotel iaitu pertama HOTEL AU JIE (yang punyai lebih kurang 30 pelacur Cina dan Sarawak) dan HOTEL NEW LIDO (yang punyai 30 pelacur). Juga beroparasi di sebelah siang sahaja.

Mana tanggungjawab kita sebagai orang Islam dalam mencegah kemungkaran. Mana peranan pihak berkuasa di Johor ? Malah hotel ini sampai sekarang dibenarkan beroperasi dan berlesen. Sokong lah lagi UMNO wahai orang Johor..... Saya cadangkan PAS JOHOR BAHRU pergi ke tiga-tiga hotel ini (kalau tak larat, satu hotel pun cukup) , buat liputan paling luas. Dedahkan kepada masyarakat Johor yang kononnya kuat UMNO ni........"

Cadangan membina "BEKAS-BEKAS YG MEMBERI BEKAS"

Cadangan membina "BEKAS-BEKAS YG MEMBERI BEKAS"
Posted on Wednesday, January 23 @ 07:50:20 MYT by SongkokPutih
Pendapat Oleh pemerhati_pbb

"Ishak BaharomKita Ada Imam Besar, Kita Ada Timbalan Perdana Menteri, Kita Ada Sasterawan Negara, Kita Ada Kapten , Kita Ada Dekan Kuliyyah Undang-Undang Uia, Kita Ada Pengarah Pendidikan Negeri, Kita Ada Pensyarah, Kita Ada Juara Cub Prix, Kita Ada Engineer , Kita Ada Doktor Dll Lagi.

Mereka Adalah “Bekas-Bekas Yg Memberi Bekas” Jika Kita Bijak Menggunakan!Itu Semua Merupakan “Senjata” Yg Terpendam Yg Kita Tidak Selalu Digunakan. Kenapalah Kita Kekadang Terlepas Pandang Perkara2 Ini. Semuanya Yang Bekas-Bekas Yg Boleh Memberi Bekas. Apa Salahnya Kalau Setiap Kali Diposter Ceramah Yg Disampaikan Oleh Ust Taib Azamudin Sebagai Contoh,Ditulis Dibawahnya Bekas Imam Besar Masjid Negara.

Dibawah Nama Dato Seri Anwar Ditulis Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dibawah Nama Ust Nasyarudin Ditulis Bekas Pensyarah Atau Dekan Sekian-Sekian.


TERMASUK JUGA ENGINEER JGN LUPA LETAKKAN IR DIDEPANNYA. BEGITU JUGA DOKTOR , DILETAK “DR”NYA.KALAU AL HAFIZ, LETAKAN AL HAFIZ DIHUJUNGNYA. BUKAN NAK MENDABIK DADA, TETAPI DENGAN PENAMBAHAN SEDIKIT SAHAJA TULISAN DIBAWAHNYA, KITA TELAH MEMASANG SENJATA PSIKOLOGI YANG BESAR. KITA KENA INGAT KEKADANG ADA ORANG TERLUPA BAHAWA UST TAIB ITU PERNAH JADI IMAM BESAR ATAU IMAM SEGALA IMAM DAN DS ANWAR PERNAH JADI TIMBALAN PERDANA MENTERI YG SETAPAK AJA LAGI BERGELAR PERDANA MENTERI.. KEKADANG BUKAN JUGA LUPA TETAPI BARANGKALI GENERASI MUDA TAK TAHU!.

KEPADA MEREKA YG BERJAWATAN DLM PAS ATAU BA, JANGAN MALU2 UNTUK MENGEMUKAKAN GELARAN2 YG MEREKA ADA UNTUK DIGUNAKAN DEMI KEMENANGAN ISLAM!

SATU LAGI IALAH MENGGUNAKAN PERKATAAN “PARTI ISLAM PAS” KETIKA CERAMAH DSB. BUKAN HANYA SEBUT PAS, TETAPI”PARTI ISLAM ,PAS” KESEMUA SEBENARNYA MEMBERI KESAN PSIKOLOGI YG MENDALAM. JIKA ORANG UMNO MENDENGAR SEKURANG2NYA DIA BERASA BAHAWA DIA SEDANG MENENTANG ISLAM. BEGITU JUGA ELOK MENGGUNAKAN PERKATAAN “BALAI ISLAM” SELAIN DARIPADA “MARKAS PAS” (SEPERTI YG DIKETENGAHKAN OLEH YB. HUSAM MUSA SUATU KETIKA DAHULU)…. INSYAALLAH ITU SEMUA MEMBERI KESAN PSIKOLOGI. APA SALAHNYA KALAU “KUKU” INI DIGUNAKAN DARIPADA DISIMPAN SAHAJA. RUGI KALAU ADA SENJATA TETAPI DISIMPAN SAHAJA…WALLAHUA’LAM.OK KE CADANGAN-CADANGAN INI?"

PRU Ke 12: Tukar Presiden Jika PAS Kalah…

PRU Ke 12: Tukar Presiden Jika PAS Kalah…
Posted on Wednesday, January 23 @ 03:42:19 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh ibnuhasyim

“KALAU menang, PAS janjikan sebuah ‘Negara Kebajikan’. Antara kebajikannya, ialah kurangkan harga petrol sekurang-kurangnya 30 sen (seliter) dari harga biasa (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia mendedahkan di mana kenaikan harga minyak sudah tak dapat ditahan lagi dan kerajaan terpaksa menanggung subsidi hampir RM35bilion)… dan PAS nak hapuskan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang menzalimi rakyat.”



Kata seseorang, sambil di tangannya memegang akhbar popular lidah kerajaan Malaysia. Berita ini dirojok daripada ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, di majlis ‘Ceramah Perdana Bersama Presiden PAS’ di Madrasah As-Saadah Kuantan pada 20 Januari, malam tadi seperti yang siarkan.


Sambungnya lagi, “PAS juga tawarkan sistem pembelanjaran percuma (tanpa apa-apa bayaran tambahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah) bagi semua aliran, dan juga memastikan supaya khidmat kesihatan di hospital kerajaan tetap masih percuma. (Mengikut laporan, kerajaan BN sedang merancang untuk menswastakan semua hospital kerajaan pada Ogos ini). Begitu juga dalam masalah menangani rakyat miskin, contohnya warga emas akan diberi oleh PAS elaun sara hidup tiap bulan, tidak mengira kaum.”

“Mengapa PAS tak buat sejak perintah Kelantan dan Terengganu dulu? Sekarang dah tersepit dekat pilihan raya umun baru janji macam-macam!” Temannya membidas.

“Manifesto BN pun macam tu juga, mengapa masih janji-janji lagi sedangkan dia sudah pegang kerajaan? Kuasa di tangan mereka?! Yang mereka tak berani janji ialah penurunan harga minyak, pasal politik mereka cuma politik tahi minyak!!” Dia jawab balik. “PAS walaupun pegang negeri, tetapi kuasa penuh sebenarnya masih dalam kuasa Kerajaan Persekutuan, yakni kuasa di tangan mereka. Contohnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan masih dalam kuasa penuh Kerajaan Persekutuan, bagaimana kerajaan negeri nak beri kepada rakyat percuma kalau Kerajaan Persekutuan tak setuju atau sekat bantuan?? Walaupun begitu PAS masih banyak buat kebajikan kepada rakyat sekadar kuasa terhad yang masih ada padanya...”

“PAS atau BA (Barisan Alternatif) boleh menang ke?”

“Eh brother, you baca ni…” Dia macam naik berang sambil menunjukkan muka sama akhbar tersebut. “PAS yakin dapat pertahan Kelantan dan rampas semula Terengganu. Tawan Kedah dan beberapa kerusi ‘panas’ di Pulau Pinang dan Selangor. Akan berlaku kejutan lebih dari pilihanraya 1999 dan 2004!! Begitu kata Presiden PAS.”

“Kalau menang bagus le. Tapi ingat jangan ulangi kesilapan yang lepas-lepas. Menyindir pedih kawan-kawan se pembangkang, seperti menyebutkan pemimpin yang ‘expired date’ dan sebagainya lagi. Penasihat-penasihat pemimpin PAS perlu berhati-hati betul. Cari penasihat yang pandai sikit.” Sindir temannya lagi. “Tapi kalau tak menang macam mana, berani presiden PAS letak jawatan atau ditukar presidennya??”

“Maaf brother! PAS bukan macam BN. Saya ada hal, cukup setakat ini, lain kali kita bincang lagi. Untuk dapat penjelasan lanjut, sila baca akhbar ‘Harakah’. Itupun permitnya 2 x sebulan, lambang keganasan BN yang merampas hak bersuara rakyat!”

Itulah, sembang-sembang PRU 12. Wallahu aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 21-01-08. KL.

Rosol yang tidak menerima ‘wahyu’

Rosol yang tidak menerima ‘wahyu’
Posted on Wednesday, January 23 @ 03:41:43 MYT by greenboc
Artikel Pendek Oleh Yaasin

"Antara keywords dalam pembohongan Rosol ketika memberi komen terhadap Presiden PAS yang menjanjikan negara kebajikan kepada rakyat ialah:

-
menderitanya penduduk miskin apabila bantuan kebajikan dipotong Pas ketika memerintah.
-turunkan harga minyak buktikan kepemimpinan Pas `nyanyuk'.
-selain tiada satu pun janji yang pernah dilafazkan dilaksanakan.
-`pungguk rindukan bulan' kerana Abdul Hadi sendiri tahu parti itu tidak akan dipilih rakyat pada pilihan raya umum nanti.

Jawapan:
Yang dipotong ialah bantuan kepada orang UMNO yang tak patut dapat bantuan kerana dah kaya. Sekarang kalau ada bantuan kebajikan, yang berderet ialah kereta besar orang UMNO.

Turunkan harga minyak ialah satu perkara yang menjadi igauan UMNO Terengganu kerana pimpinan merekalah yang mendesak supaya kerajaan menarik royalti minyak dari Terengganu sebenarnya. Tok Guru sendiri ketika menjadi ahli Parlimen Marang pernah meminta kerajaan Pusat menaikkan royalti minyak sehingga 15 % walaupun bukan PAS yang memerintah ketika itu kerana minyak ialah untuk rakyat. Kerana itu yang nyanyuk bukan Tok Guru tetapi Rosol yang BENGONG dan BEBAL.

Banyak janji yang PAS penuhi. Paling besar ialah mendaulatkan al-Quran dan Hadis menjadi sumber perundangan negeri. Sebab itu sehingga sekarang BN tak berani usik perkara ini walaupun semua papantanda yang tertulis Quran, Hadis , Ijmak dan Qias sebagai sumber perundangan negeri dibuang. Begitu juga janji beri tanah, tiada tol, cukai pintu dan lain-lain.BN janji rakyat akan lihat pembangunan yang tak pernah dilihat. Memang BN kotakan janjinya, pembangunan yang tak pernah dilihat itu ialah Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam yang membazir, Monsoon Cup, anak muda punk dan banyak lagi.

Memang ‘Pungguk rindukan bulan’ kerana bulan telah dipinggir oleh BN. Maka bulan akan kembali memerintah Terengganu, insyaAllah dan tidak mustahil di tempat-tempat lain dengan izin Allah.

Dan ketika itu ROSOL hanya layak menjadi tukang lap cermin di Masjid Kristal kerana ROSOL ini tak mungkin akan mendapat ‘wahyu’

rantisi_jr

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila
berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan
dua orang Malaikat memeliharanyam hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu,dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang
fardhu,Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg
bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta
Allah melimpahkan padanya rahmat.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka
Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT
akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah
seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda,
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."


Wassalam!

Selasa, Januari 22, 2008

Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu

Cikgu dan Ustaz J-Qaf ditipu JPN Terengganu
Posted on Tuesday, January 22 @ 20:38:57 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh amdang81

"
 Bismillahirrahman nirrahim.. Assalamualaikum wbt...

Semalam, 21 Januari 2008 satu majlis Terima Kasih Cikgu Bersama MB Terengganu telah diadakan di Wisma Darul Iman. Program yang bermula jam 2.30 petang itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana Jabatan Pendidikan Negeri bersekongkol dengan UMNO menghasut guru dalam mencari undi menjelang Pilihanraya Umum ke 12.


Mengikut surat yang dihantar ke sekolah-sekolah, 5 orang guru setiap sekolah hendaklah dihantar ke majlis tersebut. Sekolah yang terlibat termasuklah sekolah rendah dan menengah di seluruh negeri. Dalam majlis itu juga diadakan bacaan ikrar guru-guru yang kononnya mahukan pemerintahan Terengganu kekal di bawah Idris Jusoh.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima salinan Ikrar 2008 Warga Guru Terengganu daripada Pengarah Pendidikan Negeri sempena majlis `Terima Kasih Cikgu'.

Seminggu lalu (13 Januari) juga telah diadakan himpunan yang hampir serupa, tetapi melibatkan Ustaz-ustazah J-Qaf seluruh Terengganu. Lebih malang lagi himpunan Ustaz-ustazah J-Qaf itu turut diserikan dengan nyanyian penyayi wanita pada kemuncak majlis. Menggaru kepala seorang sahabat bilamana melihat penyanyi wanita berdiri di depan mejanya yang tidak jauh dari pentas. Nak dipusing kepala, takut dikatakan tidak hormat majlis. "Nasib baik lawa" Katanya tersenyum.

Klik Untuk Besarkan Gambar
Dato' Seri Idris menerima resolusi guru J-Qaf daripada Razali sambil disaksikan Dato' Rosli pada majlis di Wisma Darul Iman.

Namun secara keseluruhan, rata-rata menolak jika inilah Islam Hadhari yang diperkatakan. Umpama tidak menghormati Imam di Putrajaya yang dihidangkan dengan lagu-lagu asli, begitulah sama Idris melayan para Ustaz-ustazah J-Qaf ini. Di akhir program barulah ustaz-ustazah itu dimaklumkan program dari petang ke malam itu yang di WAJIBkan oleh JPN adalah dengan kerjasama Biro Pendidikan UMNO.

Dato' Razali, AP Kuala Terengganu yang turut berucap dalam majlis J-Qaf itu turut menempelak para guru J-Qaf dengan mengatakan para JKK kampung lebih tahu apa itu Ulul alBab. Jika mahu tahu apa itu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik, tanyalah para JKK kampung katanya. Beliau juga meminta hadirin bertepuk tangan apabila para Ustaz-Ustazah yang hadir dilihat lebih suka mendengar dari memberi respon kepada ucapannya itu.

Dalam kedua-dua majlis tersebut, para guru telah dibekalkan dengan buku Ucap Negeri, manakala semalam di wisma turut diedarkan buku Masihkah Kau Ingat yang mengfitnah PAS Terengganu semasa memerintah.

Di sini aku sertakan Ikrar yang jelas cuba membodek Deris oleh JPN Terengganu dan Resolusi Ustaz J-Qaf yang kononnya dibuat oleh mereka, tetapi hakikatnya telah siap sedia sejak awal lagi. "Lain yang dibincangkan, lain pula resolusi yang keluar" Keluh seorang sahabat yang kesal terpaksa datang dari Besut semata-mata mendengar perkara yang sia-sia itu. Dia turut menyatakan sekiranya tahu turut dianjurkan oleh Biro Pendidikan UMNO, sudah tentu dia tidak datang.

IKRAR GURU YANG MEMBODEK

BAHAWASANYA KAMI
WARGA GURU TERENGGANU
BERJANJI DAN BERIKRAR
MENJUNJUNG WAWASAN PENDIDIKAN
MAMBINA TAMADUN BANGSA

KAMI WARGA GURU TERENGGANU
AKAN TERUS PERTINGKATKAN ILMU
MEMPERKASAKAN KOMITMEN
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU
DARUL IMAN

PADA HARI INI
KAMI WARGA GURU TERENGGANU
BERDIRI TEGUH
DENGAN PENUH KEUTUHAN
MENEGASKAN SETIA KAMI
MENYATAKAN SOKONGAN KAMI
KEPADA KEPIMPINAN NEGERI
DI BAWAH TERAJU
YANG AMAT BERHORMAT
DATO’ SERI HAJI IDRIS JUSOH
MENTERI BESAR TERENGGANU


Ini pula Resolusi Palsu Ustaz J-Qaf;

RESOLUSI GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU


KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU YANG BERHIMPUN PADA HARI INI DENGAN IKHLAS DAN SETIA MUAFAKAT MENJUNJUNG TINGGI AGENDA PENDIDIKAN NEGARA DAN AGENDA PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU UNTUK MELAHIRKAN UMMAH CEMERLANG DAN TERBILANG SELARAS DENGAN HASRAT DAN CITA-CITA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU BERSATU DAN MUAFAKAT MEMATUHI ETIKA DAN MEMELIHARA SERTA MENJAGA NAMA BAIK PROFESION PERGURUAN DAN PENDIDIKAN SEPANJANG MASA.

KAMI GURU-GURU J-QAF NEGERI TERENGGANU MENYATAKAN SOKONGAN. KEPATUHAN DAN SETIA AKUR KAMI KEPADA KEPIMPINAN NEGARA DAN KEPIMPINAN NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

Betapa teruknya mereka cuba meraih sokongan dari penjawat Awam. Bukan sahaja dilihat jelik dan kotor caranya, tetapi langsung tidak beradab dengan Ustaz dan guru yang mulia dalam memberikan ilmu kepada masyarakat. Aku harap hanya Guru 25hb sahaja yang boleh ditipu oleh Deris dan konco-konconya.

http://amdang81.blogspot.com

Manifesto PAS: Annuar, Idris tertekan, kata Salahuddin

Manifesto PAS: Annuar, Idris tertekan, kata Salahuddin
Posted on Tuesday, January 22 @ 21:00:21 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh pemerhati_pbb

"
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) menyifatkan pandangan sinis dua pemimpin Umno - Datuk Seri Annuar Musa dan datuk Seri Idris Jusoh - mengenai manifesto PAS menunjukkan "mereka sangat tertekan dengan cadangan PAS untuk membela kepentingan rakyat".

Lantaran itu, Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, DPP tidak hairan apabila kedua-dua Pengerusi Umno Kelantan dan Terengganu memberi ulasan negatif terhadap manifesto PAS yang menjanjikan kebajikan yang lebih selesa untuk rakyat.

"Annuar walaupun diwar-warkan tidak bertanding di DUN dan Idris pula akan dibawa ke pusat, yang kedua-duanya melepaskan peluang mereka menjadi menteri besar, tetapi bimbang jika PAS menguasai Kelantan dan Terengganu pilihanraya akan datang," kata beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Krian.

"Pergolakan politik di Terengganu sudah diketahui umum sehingga Idris terpaksa menyatakan kesediaannya berpindah ke pusat, manakala di Kelantan ketinggalan satu kerusi belum memberikan kedudukan selesa kepada Umno.

"Kerana itu, apabila PAS mengemukakan sesuatu yang bermakna untuk rakyat, mereka menjadi amat tertekan," kata Salahuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata menerusi manifesto ‘negara kebajikan’ PAS bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12, rakyat miskin, terutama warga emas akan diberi elaun sarahidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

Antara yang dijanjikan parti pembangkang itu ke arah mewujudkan negara kebajikan ialah cadangan mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen dari harga semasa dan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pembelajaran percuma

Selain itu, PAS juga berjanji menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran serta memastikan perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.

Ketika mengulas mengenainya, Annuar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas dan juga Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (Mayang), mencabar PAS supaya mengubah Kelantan menjadi negeri kebajikan terlebih dahulu sebelum berangan-angan mewujudkan konsep negara kebajikan di Malaysia.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, tiada apa yang percuma diberi oleh kerajaan PAS Kelantan berbanding kerajaan pusat yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.

Beliau juga dilaporkan berkata, bagi membuktikan PAS mengambil berat kebajikan rakyat, parti itu sekurang-kurangnya perlu bertindak menurunkan bayaran letak kenderaan di bandar ini dan beberapa bandar kecil lain. - yang menurutnya yang tertinggi di negara ini.

Menurut Annuar lagi, PAS juga harus menurunkan beberapa cukai lain seperti cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala bakul di pasar-pasar dan bayaran memproses permohonan tanah yang menyusahkan rakyat.

Sementara itu, Salahuddin berkata, pemerintahan 17 tahun PAS di Kelantan telah membuktikan parti itu berupaya memerintah dan membela kebajikan rakyat, bahkan dasar-dasar PAS bukan ditiru oleh Kerajaan BN.

Yang terbaru, katanya, apabila PAS memperkenalkan Takaful Kifalah dan Takaful Armalah untuk membela warga emas dan ibu tunggal, Umno Kelantan cuba meniru sama.

Lebih murah di K'tan

"Isu yang ditimbulkan oleh Annuar Musa tentang bayaran tempat letak kereta adalah tidak relevan kerana di seluruh negara kerajaan tempatan mengenakan bayaran.

"Di Selangor, kebanyakan PBT mengenakan RM0.50 untuk sejam, manakala tempat letak kereta swasta mencecah hingga RM3.00 sejam. Apakah Annuar cuba menafikan tentang bayaran yang dikenakan oleh PBT di negeri yang dikuasai oleh BN?," kata Salahuddin.

Menurutnya, di negeri-negeri lain selain Kelantan, penggunakan kenderaan bukan sahaja terpaksa membayar tempat letak kereta, tetapi terpaksa membayar tol yang tinggi dan juga petrol yang mahal.

"Cukai-cukai yang dikenakan di Kelantan jauh lebih murah berbanding negeri yang diperintah oleh BN. Rakyat Kelantan telah melihat dan merasai bagaimana kebajikan mereka terjaga di Kelantan.

"Bahkan, kakitangan kerajaan negeri tidak dikenakan caj untuk pinjaman, di samping pengharaman riba dalam sistem kewangan melalui perbankan Islam dan ar-rahn. Bukankah bank-bank konvensional terpaksa mewujudkan sistem perbankan tanpa faedah apabila Kelantan tidak membenarkan mereka menyewa premis di negeri itu," katanya lagi.

Di Terengganu, tegas Salahuddin, telah terbukti bahawa PAS telah menunaikan janjinya untuk menghapuskan tol, cukai pintu dan cukai bakul pada 1999.

PAS juga, tambahnya, telah mewujudkan bantuan pendidikan kepada anak-anak Terengganu, selain menubuhkan pusat-pusat pengajian dan mengagihkan tanah kepada rakyat.

Turunkan harga minyak

"Malangnya, usaha-usaha PAS untuk membela hak rakyat telah diselewengkan oleh Umno dengan mengarahkan Petronas menarik balik bayaran royalti yang berjumlah RM1 bilion ketika itu. Siapa yang merompak wang rakyat, PAS atau Umno?" katanya.

Di Kelantan, katanya, hal seperti itu diakui sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed bahawa Umno yang mendesak kerajaan pusat supaya menyekat bantuan kepada Kelantan.

"Dalam keadaan yang disekat dan dihalang oleh kerajaan Pusat, Kelantan dan Terengganu yang terkenal miskin itu, masih boleh menjaga kepentingan rakyat. Jika PAS menguasai Malaysia, sudah tentu kekayaan negara dapat dinikmati oleh rakyat dengan lebih meluas lagi.

"Tidak pelik bagi PAS/Barisan Alternatif (BA) untuk menurunkan harga petrol, memberikan pendidikan dan kesihatan percuma serta menghapuskan ISA kerana wang negara tidak dibazirkan untuk kroni.

"Umno cepat-cepat melahirkan rasa bimbang negara akan bangkrap jika 'bail out' rakyat, sedangkan mereka telah membazirkan begitu banyak wang rakyat untuk kroni-kroni mereka," tambahnya.

Menurut Salahuddin, mereka membangkitkan isu-isu kecil yang tidak relevan untuk menakutkan rakyat, sedangkan rakyat sudah cukup tertekan di bawah pentadbiran BN.

"Rakyat perlu berubah jika mahu kebajikan mereka terbela. PAS membuka peluang ini kepada rakyat. Jika rakyat tidak berubah, siri-siri kenaikan harga petrol, minyak masak, tepung, yuran sekolah, tambang bas, tol dan lain-lain akan terus berlaku," katanya

- malaysiakini.com"

Legaran Segget di Bandaraya Johor Bahru Yang Tercemar

Legaran Segget di Bandaraya Johor Bahru Yang Tercemar
Posted on Tuesday, January 22 @ 16:00:43 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh PAS Johor Bahru

 Baru-baru ini sekumpulan kanak-kanak sekolah, para peniaga dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru bergotong royong membersihkan persekitaran Legaran Segget yang begitu kotor dengan sampah sarap.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Naim Nasir walaupun Johor Bahru sudahpun bergelar bandaraya 14 tahun yang lalu, tahap kebersihan bandaraya ini masih ditahap yang tidak memuaskan.

Legaran Segget adalah bekas sungai yang tercemar iaitu Sungai Segget yang suatu ketika dahulu diisytiharkan sebagai sungai paling kotor dalam negeri Johor dan Malaysia.


Projek yang menelan belanja kira-kira RM 6.6 juta ini dikira tidak berbaloi dengan usaha kerajaan negeri yang bertujuan menutup terus Sungai Segget dari bau busuk pencemaran sungai dengan pandangan yang tidak menyenangkan dan sekaligus mengindahkan bandaraya Johor Bahru yang termasuk dalam lingkungan Wilayah Pembangunan Iskandar.

Sesiapa yang melalui Jalan Wong Ah Fook dan mempunyai urusan disekitar pejabat-pejabat parti politik seperti Umno,Mca,Mic dan Bangunan Mara boleh melihat sendiri projek pengindahan bandaraya ini yang digelar Legaran Segget masih mengekalkan identiti lamanya yang busuk dan kotor dengan sampah sarap.

Tambah memburukkan keadaan tempat ini menjadi kawasan lepak anak-anak remaja dan tempat tidur pengemis-pengemis yang dari masa kesama seolah tidak dipantau oleh penguatkuasa MBJB.

Memang benar tanggungjawab menjaga kebersihan tidak terletak kepada MBJB sahaja tetapi janganlah sampai kanak-kanak ini yang tidak tahu apa-apa diajar menjaga kebersihan, sedangkan selama ini dimanakah pekerja-pekerja MBJB yang ditugaskan untuk memastikan kawasan ini secara bersih dan sentiasa cantik.

Tidak ada maknanya projek jutaan ringgit sekiranya kerajaan negeri hanya pandai membina landskap taman-taman yang indah tetapi kerja-kerja penyelengaraan dan kebersihan tidak dijalankan secara bersistematik.

Inilah budaya UmnoBN yang disemai kepada MBJB, mereka hanya tahu projek dan projek sedangkan penjagaan alam sekitar pun tidak berapa diambil peduli oleh MBJB yang duduk dibawah kerajaan negeri.

BERSIH! BERSIH! BERSIH! Bersihkan Negara Dari Sampah Umno BN...

JB shines after big clean-up
By BEH YUEN HUI(The Star)

JOHOR BARU:The city now looks cleaner and more pleasant thanks to the efforts and hard work of its residents.

Led by the Johor Baru City Council (MBJB), residents including school students and traders from around the city got together to clean up the city recently.

They picked up rubbish from the streets and drains as well as cleaned up bus stands, pavements, hawker centres and other public areas.

The clean-up was held in conjunction with the 14th anniversary of Johor Baru becoming a city.
MBJB Mayor Datuk Mohd Naim Nasir said although Johor Baru was declared a city many years ago, its cleanliness was still unsatisfactory.

Mohd Naim said the council did not want to be too harsh and punish litterbugs but instead preferred to educate them on the importance of cleanliness and good conduct.

He hoped that the residents would cultivate a culture to love the city and take care of its public amenities.

Mohd Naim also said a competition on the cleanliness of school toilets would be launched soon.

Sumber : Jundullah - The Star

Layari : http://www.pasjohorbahru.com

Lingam : Saya cuma cakap besar...

Lingam : Saya cuma cakap besar...
Posted on Tuesday, January 22 @ 16:03:23 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Matkeri

 Tepat sekali telahan aku bilamana aku me"nostradamus"kan tindakan lingam semasa disoal siasat nanti. lagu "It wasn't me" yang bulls eye. mulanya orang mempertikaikan takkan dia nak deny yang dia merupakan orang yang bercakap - terlalu obvious dan terlalu bodoh. nah, tengok saja bila lingam mengambil tempat saksi, siap dengan nada amaran lagi menjawab "biar 100 kali ditanyakan pun, ianya hanya kelihatan dan kedengaran" seperti dia.

Apa yang lingam cuba buat sekarang? mengikut tilikan dari dalam timba yang aku tengok ni, pertamanya dia sedang mematahkan kredibiliti saksi utama, loh mui fah. keduanya dia sedang memastikan bahawa dia tidak pernah bercakap dengan tun ahmad fairuz menggunakan henpon, dan yang ketiganya memastikan kalau semuanya tidak berjaya, apa yang dituturkan olehnya hanyalah "hear say" dari gossip2 awam yang disampaikan kepada tun ahmad fairuz untuk menunjukkan dia "orang yang tahu", yang mana dalam bisnes, itu adalah penting.

orait, meh kita tengok camana dia sedang mematahkan kredibiliti saksi utama, mui fah. ternyata dengan jelas sekali kenyataannya sekarang sudah bercanggah mengenai hubungan mui fah dan beliau tak lebih daripada "kawan sosial". ini bermakna, dakwaan mui fah anak guamnya sepertimana yang diakui oleh mui fah sebelum ini boleh tertolak dengan sendirinya. ianya tak susah. mui fah "menganggap" lingam sebagai peguamnya sebab banyak dapat nasihat lisan. dalam perundangan, selagi tadak hitam putih, selagi itu ia tak boleh dibuktikan. nah, sekarang lingam memang pasti dia tak pernah keluarkan hitam putih pada mui fah berkenaan perlantikannya sebagai peguam, oleh itu ianya senang dipatahkan. peguam lingam hanya perlu meastikan mui fah penipu dan tak layak untuk jadi saksi berdasarkan asas pembohongan ini.

yang kedua, lingam kata dia tak pernah bercakap dengan tun ahmad fairuz melalui hempon. ini lagi mudah, kemungkinan besar percakapan malam itu antara fairuz dan lingam menggunakan hempon prepaid. dedua keldai ini menggunakan hempon prepaid yang tak diketahui nombor2 mereka pada ketika itu yang akhirnya menyebabkan kerumitan yang melampau untuk men"trace" perbualan mereka. untuk mensahehkan perbualan mereka, nombor talian mesti dirujuk, dan nombor hanya boleh diketahui daripada kedua2 kaldai ini, dan jika kaldai ini jawab "tak ingat"? suruhanjaya sekarang cuba untuk mendapatkan rekod perbualan daripada CELCOM - perkhidmatan talian hempon yang digunakan oleh fairuz. untuk rekod, CELCOM dikuasai oleh TELEKOM yang mana ianya adalah GLC yang dikelolakan oleh KERAJAAN yang sebelum ini menepis segala usaha untuk menubuhkan suruhanjaya di raja bagi menyiasat kes ini.

strategi fairuz ialah menyerahkan nombor hempon talian tetapnya yang kemungkinan tidak digunakan olehnya ketika menghubungi lingam, seterusnya membuang masa suruhanjaya men"trace" nombor tersebut yang akhirnya sampai kepada kesimpulan "gagal untuk mendapatkan bahan bukti terpenting".

dan yang ketiga, jika semuanya tak berjaya, kita mesti ingat balik statement mahadet sebelum ini yang secara tiba2 dia boleh pulak ingat bahawa surat2nya dibaca oleh jurutaip dan pekerja2 pejabatnya. ini merupakan loophole yang besar oleh lingam. apa yang lingam perlu buat ialah cari balik jurutaip atau pekerja pejabat mahadet, bayar dalam beberapa ribu untuk dikambinghitamkan supaya mengaku cuai meletakkan surat tu kat tempat terbuka yang boleh menyebabkan lingam lalu dan terbaca. last skali dia boleh mengaku "ya, saya becakap tapi berdasarkan surat yang saya terbaca kat kantin kementerian yang diletakkan oleh mamat mana tah". dan mamat tu dipanggil untuk beri keterangan dan mengakui dia cuai. mamat tu akan dihukumla apa2 hukuman yang telah dikawtimkan sebelum itu.

ingat, suruhanjaya ditubuhkan untuk menyiasat 1) kesahihan, dan 2) menyemak jika ada salahlaku dalam perlantikan hakim2. perkara satu memang nampaknya lingam sudah goyah. walaupun ianya dapat dibuktikan kesahehannya, perkara 1) dan perkara 2) mesti BENAR untuk menjadikan tuduhan bahawa mahkamah di tanah melayu ini tidak telus. sebab kalau 1) saja berjaya dibuktikan, ianya tidak memberi apa2 makna. perkara 2) yang lebih utama. dan jika lingam hanya berkata "saya cuma cakap besar hasil daripada maklumat awam", setel.. tutup kes!

habihhhhhhsss...~

tepuk tepuk tepuk.. pilihanraya.

kesimpulan : kalau paklah tak boleh sabitkan eric chia yang terang2 dah ada fail betimbun, apa sangat dia boleh buat dengan kes yang lemah longlai macam ni?

matkeri
http://www.jahilgoblog.net

"HARAM MENYERAH KEPADA KEZALIMAN!!!" Itu untuk kamu yang membaca.

"HARAM MENYERAH KEPADA KEZALIMAN!!!" Itu untuk kamu yang membaca.
Posted on Tuesday, January 22 @ 14:09:19 MYT by greenboc
Artikel Pilihan Oleh naftalena

"a
Ingin aku lemparkan satu peringatan dari seorang ulama' yang telahpun merelakan dirinya dikotori dan dihina oleh para musyrikin dan munafiqin. Mungkin kamu semua sudah lupa, mungkin masih ada yang telahpun terpanggil dan terkehadapan dalam menyahut seruan beliau.

Tapi satu perkara yang pasti, sedikit atau banyak pun kami, tidaklah Allah memandang itu sebagai ukuran pahala dan ganjaran. Menang atau kalahpun kami, itu bukan neraca yang menjanjikan syurga. Hanya usaha dan berserah pada Allah di saat setelah berusaha menjadi sandaran.


Tuan Guru Haji Abdul Hadi pada muktamar lepas telah mengeluarkan satu sergahan dan menempelak jiwa-jiwa yang lali dan sikap tidak peduli pejuang-pejuang rakyat masa kini.

Haram menyerah kalah kepada kezaliman!!!

Justeru itu, pada ahli, penyokong dan simpati terhadap nasib rakyat yang berada dalam kondisi di zalimi BN di setiap saat......... KAMU HARUS BANGKIT DARI TIDUR!!!

Inilah masanya bagi sesiapa yang rutin hariannya tidak pernah terlibat dalam menyertai perjuangan menangani kezaliman, siapkan diri dan bertanggungjawablah untuk turut menjadi jentera kepada cawangan dan kawasan yang terdekat.

Ubahlah rutinmu sekejap, bantulah mereka dalam perjuangan. Jangan cepat menyerah kalah pada kezaliman BN sebelum turun berjuang.

Sesungguhnya Allah telah menawarkan peniagaan yang menguntungkan untuk kita, iaitu berjuang dengan jiwa, harta dan masa untuk membantu agamaNya.

Tidaklah aku berkata kamu akan berdosa jika setelah membaca ini, kamu masih tidak melangkah dan merasa terpanggil. Segala tetapan adalah milik Ilahi.

Peringatan bagi yang berkhilaf!!! Tinggalkan sebentar persengketaan itu, jangan kamu menjadi agen yang membocorkan kekuatan parti yang mahu menegakkan keadilan.

Pembunuhan Norita: Hanif Basree Mendabik Dada !

Pembunuhan Norita: Hanif Basree Mendabik Dada !
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:30:35 MYT by SongkokPutih
Artikel Pendek Oleh reformasi_muda

" Negara satu ketika dahulu gempar dengan kes pembunuhan Noritta. Kematiannya adalah sesuatu yang menyedihkan memandangkan kematian beliau dilakukan dengan penuh sikap kebinatangan.

Dengan pantas penjenayah di hadapkan ke mahkamah dan hasilnya, hanif terlepas dari tuduhan bunuh. Sehingga sekarang siapa pembunuh Noritta tidak diketahui sehingga kini. Adakah pembunuh itu sekarang mendabik dada atas terlepasnya dia dari di tangkap ataupun hanif sendiri yang mendabik dada kerana pengakuannya yang hanya berzina dengan Noritta tapi tidak membunuhnya? Satu persoalan yang menarik untuk kita fikirkan.


Nampaknya kewibawaan Polis mengendalikan kes jenayah yang melibatkan pembunuhan masih di bawah tahap yang dikehendaki oleh rakyat. Apa yang mereka buat? Gaji polis dikatakan yang tertinggi di malaysia biarpun berpangkat konstabel. Ini adalah di akui disamping banyaknya elaun yang mereka terima. Namun, setimpalkah gaji mereka dengan kerja yang mereka lakukan? Tepuk dada tanya selera.

Berbalik kepada isu pembunuhan Noritta, mengapa perkara atau kes ini membisu? Tidak ada pun berita mengenainya di laporkan lagi di akhbar? adakah pihak polis menutup kes itu begitu sahaja? mengapa tidak diberi keadilan kepada keluarga mangsa yang mahukan pembunuh anaknya dihadapkan ke mahkamah. Sungguh sedih melihat perkara ini seolah-olah terlepas pandang oleh kepimpinan negara mahupun polis sendiri.

Mana pula suara mufti, mereka yang memegang jawatan penting mengenai perundangan Islam mahupun persekutuan? Hingga sekarang tiada dakwaan atau tindakan dibuat terhadap Hanif yang mengakui terang-terangan berzina dengan Norita. Adakah perbuatannya itu tidak salah?

Masih ingat lagi dengan kes yang membabitkan Dato Seri Anwar di mana adik angkatnya di dakwa dan dipenjarakan iaitu sukma atas pengakuan beliau di liwat oleh bekas mantan TPM itu. Atas pengakuan itu, Sukma terus dibicara dan di dakwa sehingga beliau di penjara walaupun beliau menafikan pengakuan itu kerana di paksa oleh Polis. Mengapa timbul double standart dalam hal ini? Mengapa pula Hanif yang terang-terangan mengaku di biarkan bebas hingga kini? Inilah Islam Hadhari yang di agungkan oleh pemimpin kini? Berzina Bebas? Kalau beginilah caranya, rakyat suatu hari nanti tidak segan silu mengumumkan yang mereka berzina kerana sudah pasti ianya sesuatu yang membanggakan tanpa perlu ada tindakan yang akan diambil terhadap mereka. Nauzubillah.

Sudahlah. Keadaan sekarang ini sudah parah. Ayuhlah kita ubah semuanya sebelum terlambat. Pendekatan pentadbiran sekarang sudah tidak lagi relevan. Kita perlukan sesuatu pentadbiran yang lebih telus dan adil pada masa akan datang. Semoga kenyataan ini dapat di renung bersama sebelum senuanya terlambat.

Lingam akui ada kaitan dengan Tengku Adnan dan Vincent Tan

Lingam akui ada kaitan dengan Tengku Adnan dan Vincent Tan
Posted on Tuesday, January 22 @ 13:16:26 MYT by greenboc
Berita Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

aKUALA LUMPUR, 21 Jan (Hrkh) - Peguam terkenal, Dato' VK Lingam yang dipanggil memberi keterangan mulai jam 12.30 tengahari tadi kepada suruhanjaya diraja yang menyiasat video tersebut mengakui mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan dan Menteri Pelancongan, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor

Saksi ke-13 kepada Suruhanjaya Diraja menyiasat 'Pita Lingam' sebelum ini dikaitkan sebagai orang yang berbual melalui telefon dengan Hakim Besar Malaya ketika itu, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai percaturan kedudukan hakim-hakim kanan.


Lingam mengaku menyaksikan rakaman selama 14 minit itu, yang didedahkan September lalu.

Beliau juga mengaku kenal dengan Vincent Tan dan Tengku Adnan meskipun sebelum ini Tengku Adnan menyifatkan lelaki itu mabuk.

Firma guamannya merupakan salah sebuah panel peguam bagi syarikat Kumpulan Berjaya milik Vincent Tan dan pernah mengendalikan urusan guaman untuk ahli perniagaan tersebut sejak 1991, katanya.

Lingam juga berkata, beliau mengenali Tengku Adnan sejak 1990 ketika beliau menjadi Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya .

Semasa ditanya sama ada beliau yang sedang berbual di dalam video tersebut, Lingam berkata: "Nampak macam saya, bunyi pun macam saya".

Beliau juga menafikan bahawa Ahmad Fairuz adalah orang yang berbual dengannya.

"Saya tidak tahu dengan siapa saya bercakap, tapi pastinya bukan dengan Ahmad Fairuz kerana saya tidak pernah ada nombor telefon beliau dan beliau juga tidak ada nombor telefon saya," katanya.

Sementara itu dalam keterangannya petang tadi, Lingam mahu mengeluarkan semua keterangan yang dikemukakan kepada suruhanjaya siasatan diraja berhubung percutiannya ke New Zealand bersama bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin.

Peguamnya, R Thayalan memberitahu suruhanjaya tersebut hari ini bahawa keterangan berhubung percutian tersebut tidak relevan dalam skop siasatan yang dijalankan terhadap klip video Lingam.

Pengerusi Suruhanjaya tersebut, Tan Sri Haidar Mohamed Noor berkata, pihaknya perlu memikirkan permintaan tersebut sambil mengalu-alukan hujah dari peguam Majlis Peguam dan peguam-peguam pemerhati yang lain.

Berikutan itu, prosiding suruhanjaya itu esok akan hanya bermula jam jam 2.30 petang untuk mendengar hujah-hujah mengapa keterangan mengenai percutian itu perlu dikekalkan.

Ia juga bertujuan untuk memberi masa kepada para peguam menyediakan hujah masing-masing.

Minggu lalu, Eusoff menjadi sasaran pertanyaan para peguam berhubung percutian kontroversi tersebut pada 1995, yang pada mulanya didedahkan melalui Internet.

Eusoff berkata, beliau terserempak dengan Lingam sewaktu bercuti di New Zealand dan peguam itu mahu mengikutnya di sana.

Para peguam, bagaimanapun, mendakwa mereka pergi bercuti bersama mencerminkan hubungan rapat antara mereka. - mks

Cuti Thaipusam, kenapa tak dibawa ke Mesyuarat Kabinet??

Cuti Thaipusam, kenapa tak dibawa ke Mesyuarat Kabinet??
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:24:21 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Reformis Muda

 Betullah ini kerajaan 3 beranak bak kata blog sang kelembai! Baru sahaja 4 hari yang lepas didalam akhbar perdana melaporkan berita ketika Paklah menghadiri pesta ponggal yang dia akan pertimbangkan cuti Thaipusam dalam mesyuarat kabinet yang akan datang, yakni rabu ini, hari yang menjadi kebiasaan mesyuarat kabinet dilakukan, apa yang mengejutkan belumpun 3 hari dari kenyataan yang dikeluarkan sendiri Abdullah Hadhari mengumumkan bahawa kini hari Thaipusam menjadi hari cuti umum seluruh negara, Siapa Abdullah? yang dipertuan Agong yang baru? atau Raja Saudi yang menjadi kerajaan turun temurun sanak keluarga mereka memerintah?

Maknanya Samy vellu hanya perlu himpunkan rakyat India sekitar 5000orang , Abdullah dah boleh gadaikan hak melayu dan membelakangkan Mesyuarat jamaah Menteri. ini bukan kali pertama Paklah membuat kenyataan yang membelakangkan prosuder sebelum satu satu keputusan besar itu dibuat , malah sebelum ini Paklah memberi arahan mulut agar 30 orang India dibebaskan, 30 orang ini dituduh atas cubaan membunuh anggota Polis. itu belum dikira ilham paklah memberikan kontrak berbillion ringgit kepada anak menantunya.

kini saya memahami bagaimana marahnya Dr Mahathir dengan gaya kepimpinan Abdullah. Paklah bukan sahaja tergambar sebagai pemeritah ala Raja dan kuku besi tetapi menyerlahkan kebodohannya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah seluruh Dunia. maka tidak hairanlah jika anak beranak Lee Kuan Yew boleh memperkotak katikkan dan mengambil kesempatan keatas seorang perdan Menteri yang Bodoh dan bangang seperti Paklah. apa yang Lee Kuan yew idam idamkan berpuluh tahun dari era Tunku hinggalah Mahathir dia sudah dapat hanya dalam tempoh 3 tahun pemerintahan Paklah, apa yang Singapura dan anak Lee kuan yew telah dapat dari perdana Menteri yang bodoh ini selain harga air 3sen untuk seribu gelen sejak 50tahun dulu,

1. pertama Singapura dapat Tanah orang melayu dan Malaysia melalui(WPI)
2. kedua singapura dapat pasir untuk besarkan wilayahnya.
3. ketiga Singapura dapat syer dalam syarikat strategik negara melibatkan sektor perubatan dan
telekomunikasi yang mana sudah pasti kerja ini jasa besarnya dilakukan oleh menantu beruknya.

Maka jangan di hairanlah dengan apa yang telah paklah gadaikan kepada seorang menteri mabuk seperti Samy Vellu,bukan sahaja Samy Vellu dapat cuti umum Thaipusam , malah dapat memberi khidmat nasihat Undang undang ala Vk lingam agar 30 India yang merusuh dibebaskan. hebat sungguh Imam Hadhari yang mengikut telunjuk "Paria" di India, Samy vellu di India tidak dibenarkan sama sekali mencecahkan kaki ke halaman presiden Tamil Nadu kerana kastanya. tetapi Imam Hadhari dan cucu Ulama' ini duduk dibawah telunjuk "paria" bernama Samy Vellu. malah Dr Mahathir yang terkenal dengan dikatakan biras Samy Vellupun tidak mendapat keistimewaan seperti zaman Imam Hadhari.

Andai Paklah menang lagi dalam Pilihanraya akan datang, nantikan tanah kita orang melayu di Johor akan tergadai kepada singapura, itupun sudah dikira kita bernasib baik dari Malaysia itu sendiri digadaikan Paklah bersama anak menantunya.

Ingatlah kita orang Islam, dan ingatlah juga kita sebagai orang Melayu!! Imam Hadhari ini sedang membawa anda ke lembah yang amat hina, Islam dan Melayu tidak pernah sehina seperti zaman Paklah AL Hadhari ini.saya masih teringat kata kata seorang bekas pejuang kemerdekaan yang baru sahaja menghembuskan Nafasnya yang terakhir pada 31Ogos yang lalu iaitu Dato Abdul Rahman Mubarak, katanya yang selalu diulang ulang didalam kelas pengajianya. katanya" korang ingatlah... satu hari nanti bila aku takda, Hindu(India) akan pijak pijak kepala kamu." maka masinlah lidahnya itu beberapa bulan selepas kematianya itu terjadinya peristiwa Hindraf.

Lawan Tetap Lawan

Reformis Muda

Antara Cuti Thaipusam dan Hari Raya Haji

Antara Cuti Thaipusam dan Hari Raya Haji
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:22:31 MYT by SongkokPutih
Pendapat Oleh Rozmal

"

 Semua orang seronok bila PM isytihar hari Thaipusam sebagai cuti umum di KL dan Putrajaya. Orang Melayu pun seronok, terutama yang bekerja di KL dan Putrajaya, bukan sebab nak sambut Thaipusam , tapi sebab cuti, tak payah pergi kerja.



Tahniah kepada penganut agama Hindhu , kerana suara mereka mendapat perhatian pemimpin negara. Cumanya sekarang, KL dan Putrajaya dah lebih satu hari cuti umum berbanding negeri lain, adakah negeri lain akan minta tambahan cuti umum, atau KL dan Putrajaya akan menarik balik satu hari cuti umum dari cuti lain ?

Apakah budaya cuti umum ini akan menjadikan rakyat Malaysia malas, sekiranya jumlah cuti umum untuk setahun tidak dikawal ?

Berbalik pula kepada umat Islam di Malaysia ini. Kenapa tidak ada desakan daripada mana-mana pihak , NGO Islam, cendekiawan Islam, serta individu Islam sendiri untuk menggesa kerajaan supaya cuti umum Hari Raya Idil Adha selama 4 hari.

Apa rasionalnya ? Sebenarnya Hari Raya Idil Adha sepatutnya disambut empat hari berturut-turut dimana umat Islam boleh bertakbir raya selama empat hari untuk Hari Raya Idil Adha, sementara takbir untuk Hari Raya Idil Fitri cuma setengah hari. Di samping itu akan lebih memudahkan lagi umat Islam untuk melakukan ibadah korban tanpa perlu mengambil cuti tahunan.

Tidakkah ini akan menambahkan lagi bilangan cuti umum di Malaysia ? Tidak. Sebenarnya kita boleh tukar cuti umum kebesaran Islam yang lain dengan cuti Hari Raya Haji ini. Kita boleh tukar dengan cuti Maal Hijrah, cuti Maulid Nabi dan cuti Israk Mikraj.

Sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi dan Israk Mikraj bukanlah sambutan perayaan Islam, tetapi hari sambutan kebesaran Islam. Sedangkan Hari Raya Idil Adha ialah sambutan perayaan dan sambutan hari kebesaran Islam.

Lagi pun sambutan Maal Hijrah dan Maulid Nabi masih boleh diteruskan dengan disertai oleh kakitangan swasta dan kerajaan, kerana selama inipun ada dikalangan mereka dikerahkan untuk menyertai acara sambutan walaupun hari tersebut adalah hari cuti umum.

Kita bukan menuntut tambahan cuti umum, kita juga bukan menuntut hak cuti umum penganut agama lain. Kita cuma menuntut ditukar cuti umum hari perayaan dan kebesaran Islam. Bolehkah kita umat Islam di Malaysia membuat perubahan ?

Tepuk dada, tanya iman.

Kenapa UMNO begitu takut....

Kenapa UMNO begitu takut....
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:20:57 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh anak_perelih

"

 Semasa membaca akhbar Utusan Malaysia hari ini, terdapat rencana bertajuk "BN cukup 'askar'", iaitu temuramah dengan setiausaha agong UMNO. Apa yang menarik ialah statistik bilangan ahli UMNO yang membandingkan perbezaan keahlian pada 31 Disember 2005 dan 30 September 2007.

Dari jadual tersebut, saya telah membuat pengiraan akan perbezaan bilangan ahli UMNO didalam tempoh tersebut.... keputusannya..... sudah seharusnya UMNO dan BN berasa bimbang. Mungkin itulah sebab UMNO begitu takut :



  • mengumumkan tarikh pilihanraya
  • perhimpunan BERSIH
  • Perhimpunan HINDRAF
  • perhimpunan BERSIH Batu buruk
  • media alternatif seperti blog, malaysiakini.com, harakah, harakahdaily, tranungkite.net dan lain lain lagi.
Ini adalah kerana bilangan ahli UMNO merosot banyak didalam tempoh tidak sampai 2 tahun itu. Jika terdapat ahlinya yang meninggal dunia... ini bermakna ramainya ahli UMNO yang telah meninggal dunia dan kenapakah ianya tidak digantikan oleh ahli baru? atau tiada ahli baru kecuali di Terengganu?

Sekian tahun kita dihadap dengan berita ahli PAS masuk UMNO... tapi statistik menunjukkan ramai ahli UMNO keluar parti....

Inilah perangkaan yang telah saya salin dan dikira jumlah serta perubahan junlah keahlian UMNO. diantara 31 Disember 2005 hingga 30 September 2007.

Hati-hati dengan pembuli siber

Hati-hati dengan pembuli siber
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:18:27 MYT by SongkokPutih
Bahan Umum Oleh mujahid304

" Oleh Sazarina Shahrim

MUNGKIN istilah pembuli siber agak janggal didengar oleh kita. Justeru, mungkin sukar dimengertikan siapa dan bagaimana kerja buli yang dilakukan pembuli siber ini. Selama ini, yang sering difahami dan diketahui hanya pembuli menggunakan kekerasan fizikal untuk menakutkan mangsanya yang lemah.

Kini, kita terpaksa menerima kehadiran masalah baru dalam masyarakat yang jika tidak ditangani segera pastinya mengundang bencana kepada masalah sosial di negara ini.


Buli siber yang didefinisikan sebagai sebarang bentuk ancaman dan serangan melalui pesanan teks, gambar menerusi e-mel, blog, telefon bimbit serta rangkaian web bagi mengganggu, memalukan dan mengugut, sebenarnya bukan satu perkara baru dalam erti kata sebenar.

Pastinya kita tidak lupa mengenai beberapa kes penyebaran gambar palsu termasuk orang kenamaan (VIP) dan artis dalam laman web atau blog. Malah, penyebaran khabar angin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) juga berlaku dari semasa ke semasa.

Inilah yang dikatakan pembuli siber. Banyak lagi kes seperti itu dilaporkan sebelum ini. Jika VIP boleh menjadi mangsa pembuli siber, pastinya setiap daripada kita lebih mudah terdedah dengan ancaman yang serupa.

Kemajuan teknologi dunia, juga mendedahkan sejumlah 46 peratus atau hampir enam juta daripada kira-kira 13 juta pengguna internet di Malaysia kepada ancaman dan serangan pembuli siber kerana terlalu banyak mendedahkan maklumat peribadi mereka di laman web.

Lebih membimbangkan sebahagian besar daripada angka itu membabitkan kanak-kanak dan remaja, kumpulan yang disifatkan paling berisiko menghadapi ancaman pembuli siber berbanding golongan dewasa yang lebih matang.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pengguna internet di negara ini berjumlah 12.9 juta sehingga September 2007. Daripada jumlah itu, 11.7 juta melanggan secara 'dial-up', manakala 1.2 juta lagi menggunakan khidmat jalur lebar.

Sejumlah 46 peratus daripada mereka ini pula dilanda demam laman sosial seperti Friendster, MySpace, Xanga, atau Facebook dan mereka boleh memuat turun gambar, menceritakan pengalaman setiap hari mereka tanpa rasa curiga.

Tindakan mereka mendedahkan maklumat peribadi yang ada kalanya sulit, sama ada melalui internet, laman web sendiri atau blog, boleh digunakan pihak tertentu sebagai bahan dan alat untuk membuli serta mengancam mereka.

Sememangnya kecanggihan teknologi maklumat (IT) memberi pilihan kepada remaja dan kanak-kanak untuk berhubung, bergaul serta berkomunikasi, tetapi ia boleh mengundang masalah apabila wujud pihak yang mahu mengambil kesempatan menganiaya mereka.

Menurut CyberSecurity Malaysia (CyberSecurity), kebanyakan pembuli siber ini adalah kenalan rapat kepada mangsa sama ada rakan, bekas suami dan ada juga bekas rakan sekerja.

Berbanding di negara maju, yang kebanyakan pembuli siber terdiri daripada golongan wanita, di Malaysia golongan lelaki berusia antara 15 hingga 35 tahun dilihat lebih berani untuk melakukan kegiatan itu.

Mengapa seseorang itu boleh menjadi pembuli siber? Berdasarkan kajian seorang pakar, Barbara Coloroso, mendapati bahawa pembuli siber mempunyai persamaan dalam sikap mereka seperti suka mendominasi orang lain, menggunakan orang lain untuk kepentingan diri, enggan bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka dan gilakan perhatian.

Namun, CyberSecurity menganggap kes buli siber di negara ini belum sampai ke tahap membimbangkan dengan hanya 54 kes diterima sepanjang Januari hingga Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna masalah itu boleh dipandang sebelah mata, kerana jika ia dibiar berleluasa akan menjadi barah dalam sistem sosial masyarakat negara ini.

Di negara maju, masalah buli siber sudah dianggap berada pada tahap serius. Di Amerika Syarikat, laporan berita CBS mendakwa hampir 40 peratus pelajar di negara itu mendakwa pernah menjadi mangsa buli siber sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana tidak tahan dengan hinaan dan fitnah yang disebarkan rakan sekolah menerusi e-mel, laman web dan SMS.

Masalah yang sama turut dirasai Britain sehingga memaksa kerajaan negara itu untuk mengenakan denda sehingga STG1,000 (RM7,000) ke atas ibu bapa `pembuli siber' atau pelajar yang terbabit membuat ancaman kepada rakan menerusi telefon bimbit, e-mel, SMS dan laman web sosial di internet.

Selain didenda, ibu bapa terbabit diarahkan mengawal tindak tanduk anak atau mereka sebaliknya diwajibkan menghadiri kelas keibubapaan serta dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah. Kabinet Britain berhasrat menggunakan kuasa mendenda ibu atau bapa yang terbukti gagal menangani sikap buli anak mereka.

Mungkin kita boleh mengambil iktibar daripada kes terbabit. Tidak mustahil dalam tempoh lima tahun lagi, pembuli siber boleh dilakukan kanak-kanak berusia 10 tahun jika masalah ini terus dianggap remeh seperti yang berlaku di negara maju.

Pembulian seperti ini boleh dianggap seperti 'membaling batu, sorok tangan', tidak jelas dilakukan dan sukar untuk dibuktikan. Tidak hairanlah sehingga ke hari ini, masih tiada seorang pun yang didakwa atas kesalahan sebagai pembuli siber.

Mengikut Seksyen 223 Akta Komunikasi Dan Multimedia, pembuli siber boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 98) dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.

kunjungi
www.jasindaily.blogspot.com

Menifesto pilihanraya BA gusarkan pemimpin BN

Menifesto pilihanraya BA gusarkan pemimpin BN
Posted on Tuesday, January 22 @ 12:16:14 MYT by SongkokPutih
Respon @ Ulasan Oleh ning

"Assalamualaikum..,

 Menisfesto negara kebajikan BA nampaknya menimbulkan tekanan kepada pemimpin BN yang seolah tidak mempunyai jawapan untuk menyanggahnya.akibatnya muncullah statment bodoh dan kebudak budakan.dalam sanggahan mereka seolah tidak mungkin PAS dan BA menjadikan malaysia negara kebajikan.

Benarkah begitu? kenapa sukar sangat nak jadikan negara kebajikan ini?barangkali dari kacamata BN ianya mustahil kerana dengan menjadikan malaysia negara kebajikan maka kantong pemimpin akan kosong dan sekaligus mereka mengandaikan pemimpin BA pun sama sikapnya dengan mereka.

Dulu mereka menyanggah janji BA menurunkan harga minyak dengan alasan yang memperbodohkan rakyat.alasan bahawa harga minyak dunia meningkat menyebabkan kenaikan harga dalam negara tidak dapat dibendung.rakyat cuba diperbodohkan sekaligus pemimpin BA juga cuba diperbodohkan. sifir mudah, seorang nelayan yang kelaut dan membawa hasil tangkapan yang banyak serta mendapat harga yang tinggi bakal memperolehi pendapatan yang lumayan sekaligus dapat makan ikan percuma.jadi sebagai pengeluar minyak malaysia juga sepatutnya memperolehi hasil yang sama seperti nelayan tersebut.

pada masa harga ikan yang melambung nelayan tersebut dapat ikan percuma jadi dalam dalam kontek malaysia sebagai pengeluar minyak,pada ketika harga melambung rakyat sepatutnya mendapat minyak percuma juga.tetapi kita tahu kos mengeluarkan minyak perlu ditampung jadi logiknya rakyat sekadar membayar kos pengeluaran ini sahaja sama seperti nelayan tersebut menanggung kos penangkapan ikannya.olih itu wajar rakyat membayar harga yang lebih rendah dari harga pasaran dunia dan menikmati hasil keuntungan yang meningkat tersebut.

Terkini anuar musa menyanggah negara kebajikan PAS dan BA bilamana dia mencabar PAS menjadikan kelantan negara kebajikan dulu sebelum menjadikan malaysia negara kebajikan. dakwanya kalau kelantan yang sudah diperintah PAS gagal menjadi negara kebajikan bagaimana PAS nak menjadikan malaysia negara kebajikan. satu lagi cubaan memperbodohkan rakyat.kita tahu selama PAS memerintah kelantan kerajaan pusat telah mengenakan berbagai bagai tekanan kepada kerajaan kelantan.

gran tahunan tidak diberi sebaliknya disalurkan menerusi JPP satu sumber rasuah kepada pemimpin UMNO seperti anuar,begitu juga permohonan kelantan untuk mengeluarkan minyak diperairanya ditolak serta berbagai bagai sekatan kewangan yang menyebabkan kelantan kesempitan kewangan.pun begitu anuar tidak meyebut usaha kerajaan kelantan memperkenalkan skim kifalah yang menyediakan kemudahan kewangan untuk sebahagian rakyat kelantan.satu skim yang setakat ini haya bolih diperolehi dikelantan.

anuar juga mendesak kerajaan kelantan menurunkan cukai pintu cukai bakul dan bayaran letak kereta yang masih mahal sekiranya PAS ingin menjadikan malaysia negara kebajikan.katanya bayaran letak kereta dikota bharu antara yang termahal dan lebih mahal dari petaling jaya.tetapi dia tidak menyebut bahawa kelantan ialah antara negeri yang tidak ada tol serta cukai pintu kediaman dikecualikan dari cukai pintu.lantaran anuar mendakwa PAS gagal menjadikan kelantan negeri kebajikan jadi bagaimana ia nak menjadikan malaysia sebagai negara kebajikan.padanya ia merupakan janji kosong.

satu pernyataan yang menyamakan pemikiran pemimpin BA dengan pemimpin UMNO.

apakah benar kelantan bukan negeri kebajikan. kenyataannya kelantan pada kadar kemampuan yang ada dan dengan sekatan dari kerajaan persekutuan bolih dikatogerikan sebagai negeri kebajikan walaupun terdapat kelemahan yang berpunca dari kengkangan yang dibuat olih UMNO serta kerajaan pusat.justeru seandainya BA dapat memerintah malaysia kelantan bakal muncul sebagai negeri kebajikan sepenuhnya ditambah fakta bahawa kelantan sekarang ini mempunyai simpanan minyak yang banyak.

sekaligus menjadikan malaysia negara kebajikan dengan barisan pemimpin yang berjiwa rakyat dan jujur bukan seperti pemimpin BN yang korup rakus dan zalim.justeru itu canggahan anuar serta pemimpin BN lainnya tidak berasas dan kebudakbudakan.tinggal lagi rakyat malaysia bakal memilih samaada nak hidup dalam negara kebajikan atau negara keberukan."

PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya

PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
Posted on Tuesday, January 22 @ 07:01:47 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh helangdeli

"
 22 Januari, Selasa – PAS Putrajaya ingin mengemukakan cabaran kepada menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin untuk bertanding di parlimen P-125, Putrajaya pada pilihanraya umum kali ini. Cabaran ini dikemukakan berikutan kedudukan Tengku Adnan yang sudah tidak popular sebagai penyandang calon ekoran keterlibatannya di dalam skandal VK Lingam. Skandal yang sedang dalam prosiding siasatan Suruhanjaya Di Raja itu dijangka akan berlangsung sehingga lewat pembubaran parlimen.

















Demografi pengundi Putrajaya yang terdiri daripada pengundi muda (43.29%) dan pengundi wanita (54.18%) yang tinggi juga adalah faktor penentu di dalam pilihanraya kali ini. Khairy, orang muda yang dikenali dan seorang yang diwar-warkan sebagai pemimpin pelapis di lihat sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tengku Adnan.

Sebagai penasihat Pak Lah, Khairy juga bakal mempunyai penguasaan yang lebih besar sekiranya memenangi kerusi Putrajaya. Nanti, bukan sahaja tingkat 4 JPM dikuasai Khairy. Malah seluruh Putrajaya akan berada di bawah tampuk penguasaannya, pusat pentadbiran kerajaan.

Sememangnya buah kemenangan yang bakal dipetik oleh Khairy nanti adalah ranum dan sangat manis sekiranya Khairy memenangi kerusi panas ini.

PAS Putrajaya telah menghidu Khairy sebagai manusia bercita-cita melampau besar dan menyedari kesempatan ini adalah terbuka luas kepadanya. Kami bersedia menjadi regu lawan yang tidak pantang mengalah sekiranya Khairy bertanding di Putrajaya.

Justeru, PAS Putrajaya mencabar Khairy untuk benar-benar bertanding di Putrajaya kali ini. Kami memberi tempoh selama 5 hari dari hari ini (22 Jan 2008) untuk Khairy menyatakan persetujuannya melalui mana-mana saluran media yang ada. Khairy juga boleh mewakilkan kepada sesiapa sahaja untuk menjadi jurucakapnya, asal sahaja cabaran ini di sahut oleh Khairy.

Kami amat berharap Khairy menerima cabaran ini dan sekiranya tidak disahut, maka kami akan menganggap Khairy adalah seorang yang tidak boleh dicabar kerana tidak berani menghadapi cabaran. Perjuangan kami juga selepas ini akan menjadi semakin senang untuk berdepan dengan Tengku Adnan yang sudah terpalit dengan isu VK Lingam sekiranya Khairy tidak menyahut cabaran ini.

Ingat! Sila sahut cabaran ini dalam masa 5 hari dari saat ini, tidak kira melalui apa cara sekalipun, kerana kami sememangnya sudah bersedia. Kami mencabar!

Oleh : PAS Putrajaya

Politik Terengganu Gawat

Politik Terengganu Gawat
Posted on Tuesday, January 22 @ 06:57:15 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh yb_pmn

"Idris JusohMenelusuri rentak politik Terengganu yang dilihat semakin gawat menjelang Pilihanraya Umum (PRU-12) terdekat, jelas kelihatan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (AP) di negeri ini dalam situasi ‘kepanasan’.

Apakan tidak, selain asakan pihak pembangkang yang saban hari memutarkan isu kelemahan pentadbiran Idris Jusoh dan barisan Exconya, masalah dalaman Umno sendiri turut berkumandang dilagukan.

Bukan sahaja dicanangkan oleh golongan bertaraf eksekutif, malah ia rancak dibicarakan oleh golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta. Paling menarik, golongan nelayan dan pekebun tidak melepaskan peluang berdebat di warung dan kedai kopi sambil merumuskan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri.

ADUN Batu Buruk, Datuk Haji Wan Mutalib dalam ceramahnya di Hulu Terengganu baru-baru ini pernah membayangkan betapa kecelaruan Idris Jusoh dalam mentadbir Terengganu serta terlalu ghairah dalam pembangunan material sehingga terlupa mewujudkan kesejahteraan untuk rakyat. Justeru, tidak hairanlah Menteri Besar Terengganu itu begitu tergesa-gesa mewartakan Kuala Terengganu sebagai bandaraya, walaupun diketahui umum ianya belum layak sepenuhnya.

Terdapat desas-desus yang mengatakan Umno dan Barisan Nasional (BN) akan berkubur di Terengganu kali ini. Walaupun bukan di atas kekuatan PAS sepenuhnya, namun kekalutan dalaman Umno sendiri memberi keselesaan kepada pembangkang kembali berkuasa.

“Macamana kita nak buat abang! Pemimpin-pemimpin atasan sendiri yang semakin sombong. Malah ada kes, apabila kita laporkan ada masalah dalaman di cawangan, mereka (YB) sebagai ketua buat tak tahu dan arahkan kita selesaikan sendiri,” kata salah seorang AJK Umno yang melahirkan kekecewaannya kepada Mingguan Wasilah.

Menurutnya, sejak akhir-akhir ini kebanyakkan wakil rakyat (ADUN) tidak mengambil tahu sangat tentang masalah masyarakat di kawasan masing-masing kerana sibuk bersaing dan melobi untuk mengekalkan kedudukan. Macamana hendak buat kebajikan?

Mingguan Wasilah difahamkan, hampir ke semua bahagian yang dikuasai oleh Umno di Terengganu dicengkam masalah. Paling ketara di kawasan Marang. Jelas kelihatan bagaiamana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman dipinggirkan oleh ‘team’ Dr. Lattif Awang ketika kunjungan Datuk Najib di Bukit Payung baru-baru ini. Ditambah dengan kekalutan ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah yang tidak membuat undangan untuk beberapa cawangan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ke majlis tersebut di sebabkan tidak sehaluan.

Di bahagian Setiu juga bergolak kencang, dan dilapurkan Mohd Jidin ‘makan hati’ dengan beberapa orang rakan seperjuangannya yang sering bercakap celupar sehingga menyebabkan beliau tersinggung. Apa yang dikhabarkan, Mohd Jidin tidak akan dicalonkan semula oleh kepimpinan atasan, ekoran prestasinya yang tidak cemerlang sepanjang penggal ini.

Perebutan calon di Hulu Terengganu juga semakin hangat diperkatakan. Dengan kedudukan Rosol Wahid dikatakan ‘selamat’, tiga kawasan lagi jadi rebutan macam pisang goring panas. Walaupun berpewatakan lembut, ADUN Kuala Berang, Haji Zawawi Ismail dikatakan tidak selamat kerana pencalonan beliau semasa pilihanraya kecil dulu melangkau pemimpin senior yang sepatutnya menjadi ‘tok wakil’. Manakala DUN selamat dan kubu kuat Umno di Telemong juga tidak menjanjikan mimpi indah buat ADUNnya, Rozi Mamat. Beliau yang mengejutkan Negara kerana merupakan antara wakil rakyat termuda ketika dicalonkan dalam PRU yang lalu, AJK veteran di kawasan itu sering mencari ruang menyingkirkannya untuk turut mencelah kali ini.

Seorang kontraktor tempatan yang hanya mahu dikenali ‘Muzaini’ turut mengeluh dengan senario yang berlaku di Terengganu sekarang. Katanya, sejak Idris Jusoh memerintah, memang banyak pembangunan dibuat tetapi kontraktor tempatan tetap ‘kebulur’. Majoriti di antara mereka sudah letih untuk melobi projek, kerana rata-rata projek dicipta untuk kroni atau kerabat yang rapat sahaja.

“Kami tak yakin lagi dengan kepimpinan yang ada. Dan kami juga yakin PAS berpeluang menang kali ini kerana walaupun kami bukanlah ahli PAS tetapi ‘aura’ kebangkitan pembangkang 1998 semakin terasa. Lagipun duduk dalam kerajaan PAS lagi selesa sebab banyak projek untuk kontrak kecil macam kami,” katanya lagi.

Namun apa yang mengejutkan, diwartakan juga kedudukan Idris Jusoh sendiri dikatakan tidak selamat ekoran beberapa ‘insiden’ yang menguris hati Pak Lah. Bagi Pak Lah ada terma-terma kerja buat Idris yang tidak sepatutnya dilakukan, malah beberapa idea pembangunan di Terengganu kini didatangkan terus oleh Pak Lah tanpa melalui kerajaan negeri. Jika demikianlah slot dramanya, kedudukan Rosol Wahid menjadi ‘kepala’ di Terengganu tidak mustahil.

Menjelang PRU12: Aku Bimbang Keselamatan Anakku, anda bagaimana?

Menjelang PRU12: Aku Bimbang Keselamatan Anakku, anda bagaimana?
Posted on Monday, January 21 @ 22:53:38 MYT by SongkokPutih
Komentar Oleh mujahid304

"Sedikit renungan melalui e-mail yang saya perolehi..

Anak Manjaassalamualaikum, "Aku punya anak manja, seorang lelaki berumur 8 tahun. walaupun tidak byk bercakap dgn ku tapi selalu datang meleset, datang memeluk ku, tanda manjanya. Maklumlah anak bongsu 7 tahun sebelum mendapat adik. Baru baru ini kubelikan beliau basikal, Enak, seronok berlegar legar.

Aku tinggal di kaw upper middle class, agak sunyi dan tidak byk kereta lalu didepan rumah. Maka seronok sungguh anak ini bermain basikal di depan rumah. Rasanya ramai ibubapa kalangan kita gembira bila anak kita aktif. TAPI BARU BARU ini, terbit rasa bimbang dlm hati. Bimbang anak ini diculik. Penculik hari ini bukan minta tebusan, tetapi penculik psyco, yg tidak kita ketahui apa yg mereka mahu..... Perasaan ini tidak pernah timbul dalam diriku"


Pembaca sekelian, itu kisah benar coz itu adalah aku. Mungkin kalian juga merasa demikian.. Penjenayah sudah merata dan melata. Penjenayah begini tidak makan CCTV atau polis. Kalau setakat CCTV, muka boleh diubah, misai boleh ditebalkan, janggut boleh diletak panjang, hidung boleh dimancungkan, topi kledar menutup semua. Tak ada hall dgn CCTV. Polis...boleh blah.. Dgn polis hari ini yg penuh dgn korupsi dan hati sebusuk tahi lembu, apa yg boleh diharap. Yang baik hanya segelintir. Mereka pun round ikut waktu tetap yg mudah di cam waktunya... Aku tahu coz polis selalu round kaw kami. Ahhhh...polis...Ketua Tertingginya adalaha dari hasil pengangkat tilam ...apa yg nak diharapkan...

Menteri perempuan boleh laa cakap "Jgn lepa anak kita". Isteri baru PM boleh laah kata " kena cari cepat cepat". PM boleh lah cakap lulus bajet utk cctv. well dari tiada lebih baik ada.. TAPPII mereka boleh cakap....

Mereka duduk kawasan besar. Anak cucu boleh berlegar legar dalam kawasan halaman rumah. KITA BAGAIMANA. Dari pintu pagar, jalan 20 langkah dah sampai ke pintu masuk rumah. Dari pagar kiri, jalan 20 langkah, dah sampai pagar kanan. Belakang rumah serabut dgn barang.. Itu besarnya kawasan rumah kita.. Depa..bapak dan mak menteri...well..ramai sponsor yg sanggup beri..

Khalifah Islam Had hari pun tak boleh buat apa hari ini...

Pembaca sekelian. Hati nak buat jenayah tidak makan dgn cctv atau polis. Hati adalah milik tuhan. Bila negara tidak ada barakah, maka hati hati didalam nya jadi caca merba..Buat laa apa saja, hati jenayah akan timbul. Hanya dgn barakah Allah hati itu akan tenang. Inilah yg dinamakan barakah. Inilah yg rasullullah katakan seorang wanita travel begitu jauh seorang diri tetapi selamat sampai. Ini lah satu negeri barakah yg kita idamkan kalau kita tahu.

Bagaimana negara nak ada barakah ALLah bila pemimpin nya sibuk dgn korupsi. Pemimpin yg membesarkan perut, mengayakan menantu dan anak.

Saya tahu anda, ramai yg telah mengundi mereka. Malah anda tidak ada hati untuk beralih kepada sesiapa kerana:

MEREKALAH SAJA YG TAHU MEMERINTAH, org lain dungu
MEREKALAH SAJA YG BOLEH MENJAGA REZKI KITA, org lain akan buat kita lapar.
MEREKALAH SAJA PEJUANG NEGARA, org lain hampas
MEREKALAH SAJA MENJAGA ISLAM, org lain tak bina masjid.
MEREKALAH SAJA MENJAGA KESELAMATAN NEGARA...org lain tak tahu..
KITA TERPAKSA UNDI MEREKA, kerana akujanji
KITA TERPAKSA UNDI MEREKA, .. sebab kita tak nak berjudi ..
MEREKA SATU SATUNYA CARE ORG MELAYU... org lain takk...
MEREKALAH PEJUANG BANGSA...org lain hanya pejuang jalanraya...

Saya menghormati undi anda...Dan mungkin dunia akan terbalik jika anda mengundi org lain..

Tapi kalau anda mahu ikut, inilah satu nasihat kepada kakak saya yg dah berumur 60, "DAH LAA KAK, tak payah lah gi ngundi kali ini, Cukup lahhh" .

Oleh itu kalaupun anda terlalu jijik utk undi orang lain, JANGAN LAH TURUN MENGUNDI KALI INI.

kakak saya yg telah bertahun tahun undi depa mengatakan ' byk benda yg rasa kecewa'.
Tolong laahh...jgn bagi mereka menang besar sgt...menang besar sgt mcm dulu..menyebabkan mereka lupa diri... dan mangsanya ialah kita, anak, cucu, adik, kakak abg kita...

Mari kita tingkatkan ilmu untuk belajar criteria mendapat satu kerajaan yang mendapat barakah Allah.

kunjungilah blog
www.jasindaily.blogspot.com

Solat Hajat Ketiga di depan Mahkamah – lebih 400 mengadu kepada Allah SWT

Solat Hajat Ketiga di depan Mahkamah – lebih 400 mengadu kepada Allah SWT
Posted on Monday, January 21 @ 22:46:32 MYT by SongkokPutih
Berita Oleh SM Noor

 Lebih 400 dari 1500 orang yang hadir selesai menunaikan solat hajat di hadapan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 pagi.

Solat hajat yang di imamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Dato’ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.

Persidangan mahkamah bagi perbicaraan Azman dan Suwandi, mangsa tembakan peluru hidup polis dalam Insiden Batu Burok September tahun lalu bermula jam 10.00 pagi. Selain dari Azman dan Suwandi, nasib 18 orang yang diruduh menghadiri ‘perhimpunan haram’ juga ditentukan hari ini.

Ia menjadi satu kes sejarah kerana kes mangsa-mangsa Insiden Batu Burok ini telah didakwa oleh peguam negara, Tan Sri Ghani Patail sendiri. Ini memperlihatkan betapa kerajaan UMNO/BN mahu menjadikan kes ini sebagai modal politik ‘bankrap’ UMNO/BN.



Memandangkan pilihanraya umum ke 12 yang semakin hampir, negara di warnai dengan pelbagai isu dan kepincangan kerajaan dan kelemahan pemimpin nombor satu didalam menangani masalah rasuah, penyelewengan kuasa dan kenaikkan harga barang. Kerajaan tidak mampu untuk menangkis segala serangan parti-parti pembangkang yang semakin mengasak.

Justeru itu, UMNO/BN telah menjadikan isu Insiden Batu Burok sebagai modal untuk memburukkan imej PAS. Keadaan ini jelas, apabila Timbalan Perdana Menteri, terus terang menuduh PAS didalam ucapannya minggu lepas di Bukit Payong Terengganu.

Politik Malaysia Macam Politik Tamil Nadu

Politik Malaysia Macam Politik Tamil Nadu
Posted on Monday, January 21 @ 21:53:25 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh PAS Johor Bahru

HiasanSemalam di rangkaian TV Singapura saya sekeluarga menonton filem tamil berjudul Muni. Kisah ini di mulakan dengan pembakaran hidup-hidup Muniyandi didalam guni disebuah rumah milik wakil rakyat bernama Dhandapani.

Bukannya saya minat sangat menonton filem tamil mahupun hindustan, tetapi saya berminat sekiranya filem ini berkisar tentang masalah rakyat dan politik yang saya kira hampir-hampir mirip dengan Malaysia, tak tahulah siapa ikut siapa.

Dalam filem tersebut diceritakan bagaimana Muni yang teraniaya oleh kawan baiknya sendiri yang selama ini Muni dipergunakan untuk mendapatkan sokongan rakyat marhaen yang miskin untuk terus menang dan berkuasa dalam pilihanraya biarpun ini kali kedua pilihanraya untuk kawannya Dhandapani


Penduduk yang miskin ini memepertikaikan sokongan mereka selama ini dengan masalah kemiskinan, jalan raya yang tidak diturap dan bekalan air bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk kampung.

Muni yang asalnya protes untuk tidak menyokong rakannya dipanggil dan dipujuk oleh wakil rakyat tersebut dengan janji biasa pilihanraya, walhal Muni tidak menyedari bahawa beliau dipandang jijik oleh rakannya.

Ayam goreng yang jatuh dari pinggan wakil rakyat ini disuruh kepada isterinya untuk diberi kepada Muni dengan mengatakan bahawa wakil rakyat ini tidak berselera makan dan sering teringatkan Muni.

Muni yang tidak tahu kisah sebenar, menangis kegembiraan tanda terharu wakil rakyat tersebut sangat menghargainya. Setelah dimakan ayam tersebut tulangnya disimpan didalam baju hitam kesukaannya katanya sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada anak perempuannya dan orang-orang kampung.

Muni adalah seorang penyokong kuat dan penampal poster juga pelobi kepada orang kampung. Setelah kawan baiknya menang pilihanraya Muni membawa penyokong-penyokong yang terdiri dari orang kampung untuk menuntut janji pilihanraya di rumah wakil rakyat tersebut.

Sampai dipintu rombongan mereka dihalang untuk terus berjumpa wakil rakyat yang sedang berpesta bersama orang-orang kaya meraikan kemenangan pilihanraya. Setelah diketahui kedatangan Muni wakil rakyat tersebut pura-pura menyambut rombongan tersebut dengan mesra.

Muni menuntut janji, wakil rakyat tersebut akhirnya berjanji dan meminta Muni menjadi orang tengah untuk segala urusan dan projek yang akan dilaksanakan di kampung Muni.

Malam yang dijanjikan Muni diserang oleh kumpulan orang-orang yang kalah pilihanraya, rakannya wakil rakyat tersebut datang memberi bantuan. Setelah semua penjahat-penjahat tersebut lari demi melihatkan wakil rakyat yang datang dengan kumpulan yang ramai, Muni dan anaknya menangis kegembiraan.

Seperti dijanjikan Muni diserahkan 2 bungkus beg besar yang diisi dengan wang sebagai janji yang ditunaikan, Muni memeluk rakannya tetapi berlaku sebaliknya Muni ditikam sendiri oleh wakil rakyat tersebut tidak cukup dengan itu anak perempuan beliau dibunuh didepan mata.

Wakil rakyat tersebut mengarahkan Muni dimasukkan kedalam guni dan dibakar hidup-hidup, dan bermulalah episod ngeri bilamana Muni mati dan menuntut bela diatas ketidak adilannya.

Kisah ini masih panjang, maklumlah filem-filem dari India biasanya 3 jam...nak tahu kisah sebenar tontonlah kisah ini sendiri. Tidakkah kisah ini mirip politik Malaysia.

Moralnya bukannya saya nak bawa cerita hantu atapun tahyul, yang paling penting kita berpijak dibumi yang nyata. Bukannya juga saya setuju dengan ritual dan upacara agama Hindu begitu juga dengan nyayian serta tariannya.

Politik Malaysia juga diambang bahaya bilamana kajian yang dibuat hampir 70 peratus ahli-ahli politik pemerintah percayakan tok bomoh dan tahyul sehinggakan mereka sendiri sanggup memomokkan rakyat dengan pelbagai masalah semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Pembunuhan wakil-wakil rakyat bukannya sesuatu yang baru dalam masyarakat Malaysia, tetapi kita juga berharap ia tidak menjadi budaya, sehinggakan rakyat bimbang dengan keselamatan mereka.

Apa nak jadi Malaysia nie, tak kan nak jadi macam Tamil Nadu, bunuh sana sini, nyawa manusia seolahnya tiada harga pada mata pemerintah. Jangankan demokrasi tidak membenarkan ini semua Islam sebagai agama kepercayaan kita sendiri mengharamkan perbuatan terkutuk ini.

Umno,Mic & BN sudah biasa dengan tradisi membeli undi, kerana dengan ini sahajalah rakyat mudah digula-gulakan.

Kaum India yang sudah mula beralih arah kepada PAS melihat PAS memperjuangkan idea politik Islam yang suci biarpun mereka menyokong kita untuk melahirkan rasa tidak puas hati kepada MICBN ini sekaligus melonjakkan pakatan pembangkang yang semakin utuh untuk bergabung tenaga menumbangkan Barisan Nasional.

Tumbangkan Barisan Nasional...

Sumber : Jundullah - Muni Film

Layari : http://www.pasjohorbahru.com/

Najib: BN Tidak Rela Menang Dengan Tidak Menipu !!

Najib: BN Tidak Rela Menang Dengan Tidak Menipu !!
Posted on Monday, January 21 @ 21:44:48 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh: cucumatkilau

Najib vs Pak LahNampaknya siri jelajah pilihanraya BN/UMNO yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak kini semakin agreasif cuba mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap parti "karat biru" itu. Dari negeri "Serambi Mekah" Kelantan, kini Najib terus berkempen. Angin perubahan yang melanda seluruh negara bakal dipadamkan oleh anak Tun Razak ini.

Jelas sekali Pak Lah ingin menguji kehandalan beliau untuk memastikan kemenangan mutlak BN dalam pilihanraya umum akan datang yang dijangka akan menjelma dalam waktu terdekat ini.Sedar atau tidak, Najib terpaksa melaksanakan tanggung jawab yang telah diamanahkan kepadanya. Jika beliau tersalah langkah pasti buruk padahnya. Terbaru ketika jelajanhnya di Johor, beliau sekali lagi dengan bongkaknya cuba memburuk-burukkan pambangkang


Beliau sepatutnya tahu bahawa Johor adalah sebuah negeri yang panas sekarang ini. Tambahan pula isu terkini yang berlaku serta menggegarkan komponen BN iaitu kes DVD Chua Soi Lek MCA dan kes pembunuhan ADUN Tenggaruh yang merupakan orang kanan MIC negeri itu baru-baru ini masih segar dalam ingatan warga Johor. Dua kes besar ini seakan memberi tamparan hebat buat Najib untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.


Najib kini, bagaikan panglima yang sedang berjuang. Kenyataan beliau sejak akhir-akhir ini banyak mengundang kontroversi serta sungguh memualkan halwa telinga kita. Jika sebelum ini beliau mengatakan kes Chua Soi Lek (Skandal Seks) adalah masalah peribadi. Kini beliau sekali lagi mengundang padah yang lebih besar apabila mengatakan "BN Tidak Rela Menang Dengan Menipu" Lucu benar kita mendengar kenyataan Najib ini. Beliau mungkin telah terkenan virus "Melayu Mudah Lupa" yang dibawa oleh Mahathir bekas ketuanya dulu. Umum mengetahui bahawa Najib adalah orang Mahathir. Tambahan pula Mahathir pernah mengatakan bahawa beliau sebenarnya lebih layak menjadi PM daripada Pak Lah ketika mantan PM itu menyerang Pak Lah baru-baru ini. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan Najib mendapat "Merit" untuk bakal menjadi PM selepas Pak Lah. Itu pun jika beliau pandai menjaga diri serta bijak mengatur perjalanan politiknya selepas ini.


Namun, jika kita melihat kenyataan Najib di Johor ini, jelas sekali beliau sebenarnya bakal menjerat dirinya sendiri. Seantero dunia tahu, Fail Sulit Najib terutamanya soal skandal peribadinya selama ini. Perihal skandalnya dengan permaisuri hatinya "Rosmah Mansor" ketika beliau menjadi menteri besar Pahang. Perihal kesnya dengan "Ziana Zain" dan terbaru kelibatnya dikaitkan pula dengan kes "Altantunya". Biarpun Najib terlepas daripada hukuman untuk semua kes ini. Beliau sepatutnya sedar apa yang diperkatakannya. Kenyataan yang mengatakan skandal seks adalah masalah peribadi adalah menyimpang dari hakikatnya. Mana mungkin, skandal Chua Soi Lek tidak terpalit kepada MCA, Barisan Nasional amnya dan kerajaan khasnya. Bukankah Chua adalah bekas Menteri Kesihatan dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional. Jika akhlak seperti ini dijadikan sebagai masalah peribadi, maka sememangnya BN sudah semakin parah dan perlu dikapankan sebenarnya.


Najib boleh berbangga kerana kes yang berlaku tidak melibatkan dirinya. Walhal rakyat seharusnya tahu, ramai dikalangan pemimpin UMNO sendiri mempunyai "Skandal" masing-masing. Cuma, mereka selamat kerana ia masih belum didedahkan. Inilah kenyataan yang dibuat oleh Chua Soi Lek ketika mengadakan sidang akhbar dihari perletakkan jawatanya daripada parti dan kerajaan baru-baru ini. Agaknya, siapakah yang dimaksudkan oleh Chua itu?

Oleh itu, Najib janganlah terlalu "mendabik dada" dan ingin menjadi juara dengan kenyataannya ini. Bukan sahaja rakyat serta penyokong pembangkang tahu kisah peribadi Najib. Malahan dikalangan puak-puak UMNO sendiri memang sudah masak dengan perangai si Najib Razak ini, sejak dulu, kini dan selamanya.


Justeru itu juga kenyataan terbaru beliau bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak rela menang pilihan raya dengan menipu rakyat di Johor Bharu semalam jelas sekali bakal mengundang padah sebenarnya. Beliau cuba untuk merperbodohkan rakyat dengan kenyataan yang tidak masuk akal bagi rakyat yang berfikiran waras itu. Mungkin bagi rakyat yang terdidik dengan ideologi UMNO sahaja yang boleh disogokkan dengan kenyataan seperti ini. Najib buta mata agaknya?. Hingga tergamak mengeluarkan kenyataan itu. Bukankah ini menunjukkan Najib "Mudah Lupa" dan "Tak Ingat" apa yang berlaku kepada dirinya dalam pilihanraya umum yang lalu.


Kemenangan beliau di Parlimen Pekan (1999) adalah satu penipuan terancang yang dilakukan atas jasa baik pihak-pihak tertentu bagi memastikan kemenangan di Pekan ketika itu. Bayangkan, semua orang sudah tahu keputusan penuh kerusi Parlimen Pekan yang menunjukkan beliau tewas. Ada dikalangan penyokong UMNO/BN sendiri yang sudah menangis dan merintih dengan kekalahan tersebut. Namun, mereka terkejut apabila pengumuman penuh dilakukan, yang terpapar di kaca TV ialah Najib menang tipis tak sampai pun 300 undi mengalahkan calon PAS di Pekan. Kabarnya, Najib mendapat undi ikhsan daripada peti undi "Perkampungan Bunian" yang agak lewat sampai pada malam pengiraan undi itu. Macamlah jarak Pekan sama macam lokasi-lokasi pusat pengundian di Sarawak yang terpaksa mengunakan helikopter untuk membawa peti-peti tersebut ke pusat penjumlahan undi.


Najib bernasib baik kali itu. Mungkin kerna jasa arwah bapanya Tun Razak, lantaran itu beliau mendapat undi ikhsan tersebut. Jika tidak riwayat Najib pasti bakal dikapankan di Pekan dalam pilihanraya umum itu. Bukankah ini satu penipuan terancang? Apakah Najib merasa itu bukan tipu? Siapakah yang melaksanakan semua ini jika tidak SPR?.


Kemudian dalam pilihanraya umum 2004, sekali lagi Najib menipu. Juga dengan kerjasama SPR. Kali ini beliau menang besar di Pekan. majoritinya melebihi 22 ribu undi. Bukankah sesuatu yang tidak masuk akal, manusia yang sudah ditolak rakyat di Pekan itu tiba-tiba mendapat majoriti undi sebegitu besar?. Bila diselidik betul-betul, sah semua ini kerna penipuan terancang SPR lagi. Kuasa persempadanan semula telah memenangkan Najib. Apa tidaknya, kem tentera Batu 10 yang terang-terang letaknya dalam daerah Kuantan dan parlimen Paya Besar telah dipindahkan ke parlimen Pekan. Bagi mengaburi mata rakyat maka diwujudkan satu DUN baru yang diberi nama Pulau Manis dimasukkan ke parlimen Pekan. Bukankah ini semua kerja menipu untuk memenangkan Najib. Mana mungkin anggota tentera hendak memangkah parti pembangkang. Najib adalah menteri pertahanan, maka sudah pastilah kuasa yang ada padanya mengarahkan semua anggota tentera memangkah BN. Undi pos yang 100% memihak kepadanya itu jelas sekali dilakukan oleh "hantu-hantu" yang kerjanya menipu. Anggota tentera tidak perlu bersusah payah untuk membuang masa mengundi, kerana kertas undi sudah siap dicetak dan dipangkah oleh pihak-pihak tertentu dalam memastikan kemenangan besar Najib di Pekan ketika itu. Bukankah ini satu penipuan sebenarnya?.


Maka, seeloknya Najib lebih berhati-hati dalam menerima padahnya.Najib harus sedar bahawa Pak Lah sedang memerhatikan gerak kerja beliau. Silap-silap haribulan, jasadnya akan diterajang oleh Pak Lah dari kabinetnya akan datang, Pak Lah tahu siapa Najib bahkan Najib juga tau siapa Pak Lah. Cuma, masa yang akan menentukan segalanya. Adalah lebih elok Najib tumpukan perhatian untuk membantu para penduduk di Pekan yang masih sengsara selepas banjir besar melanda daerah itu baru-baru ini. Elok sangatlah Najib berkampung di tempat sendiri daripada "Berkokok" ke sana ke mari, sedangkan natijahnya tetap sama. Akhirkalam, elok sangatlah kenyataan Najib itu diubah menjadi "BN Tidak Rela Menang Dengan Tidak Menipu" sebenarnya.


Isnin, Januari 21, 2008

Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi sasterawan Negara!- Rahmat Haron

Dia Sasterawan Rakyat, bukan lagi sasterawan Negara!- Rahmat Haron
Posted on Monday, January 21 @ 21:39:12 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh Amin Iskandar @ Black

A Samad Said“Saya sekarang mantan Sasterawan Negara,” tutur A. Samad Said. Syahdu. Itulah satu kata buat menjelaskan suasana petang Sabtu itu. Secepatnya acara baca puisi “Kata-kata” di Galeri R.A, Kuala Lumpur bertumpu dengan kenyataan keras pengarang ternama itu. Dia pengarang terakhir dijemput mempersembahkan karyanya. Segala persembahan lain, tiba-tiba tenggelam dengan kata-katanya. Aku yang pada mulanya tergelak terbahak dengan persembahan lagu Hannah T dendangan Tan Sei Hon yang penuh lelucon terus sebak dan marah mendengar kenyataan pengarang novel Salina itu.

Dia membuat kenyataan tersebut sebagai maklum balas terhadap isu buku teks baru untuk komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu (Komsas) bagi sekolah menengah yang dijangka guna tahun 2010 nanti.


Pak Samad bersama anak-anak muda sewaktu pelancaran Daerah Samad Exhibition di Gallery Petronas


“Tindakan tidak menyenaraikan karya SN dan penerima serta pemenang anugerah untuk buku teks yang baru kerana Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran, mendapati sebahagian teks sedia ada berat dan tidak sesuai untuk pelajar.” Begitu lapor akhbar Berita Harian 12 Januari 2008 lalu.

“PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat mereka dalam Komsas,” lapor akhbar itu lagi.

Antara penulis yang bakal menggantikan teks sastera Melayu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar. Menjadi hak mereka untuk menulis. Tetapi tak dapat aku menerima hakikat jika novel-novel seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari karya Ahadiat diangkat sebagai teks sastera untuk dipelajari di sekolah-sekolah.

Tak ada apa lagi yang aku mampu katakan lagi melainkan bebal, bingai, bodoh, sial dan banal! Beginilah cara orang bodoh mengaut keuntungan dengan rasuah dan penyelewengan kuasa. A. Samad Said yang mesra dengan gelaran Pak Samad kini bukan lagi sasterawan Negara, dia adalah Sasterawan Rakyat!

Sila rujuk kenyataan Sekretariat Bertindak Anak Muda Malaysia (SAMA).

Artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" DIGAM Harakahdaily

Artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" DIGAM Harakahdaily
Posted on Monday, January 21 @ 21:29:48 MYT by SongkokPutih
Coretan @ Luahan Oleh TARMIZI MOHD JAM

HarakahdailyBEBERAPA emel saya terima. Mereka bertanyakan kesahihan kononnya artikel saya bertajuk "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" digam oleh Harakahdaily.

Menurut mereka, artikel itu dilihat terpapar dalam Harakahdaily pada 13 Januari 2008, sebelah pagi dengan teks penuh tetapi menjelang tengahari artikel tersebut disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja hinggalah ke tengahari berikutnya.

Seorang rakan memberitahu saya, dalam Blog Kapak Jangak terdapat satu komen yang mengajukan isu yang sama kepada pengendalian blog, Ramli Abdul Halim. Ia disiarkan pada Respon 117, pada 17 Januari 2008 jam 9:21 PM oleh wei rozak selising said... yang menulis begini:

"Artikel Tarmizi Mat Jan dalam Harakahdaily kena buang selepas beberapa minit siar sebab kutuk Program Jelajah Presiden Pas. Guano ni meli weiiiii????? Ore Pas pun takleh tegor Presiden jugok ko? Pah kato ko umno peel huduh, napoknya bila kena ko batang pe*** sendiri baru tau hok mana mati pucuk, hok mano gagoh... Ko guano abe li kito? Ginilah, kito puok2 Pas ni, kita lantik tok guru Presiden kiti jadi dewa la, baru kena nga gaya... Dek neh..."

Ramli memberi respon berikut: "Respon Saya; Itulah realitinya. Mudah-mudahan Ustaz Tarmizi tak akan kendur semangat dalam membuat teguran dan pendirian demi masa depan perjuangan dan jamaah."

Sebenarnya, memang pada sebelah pagi 13 Januari itu, artikel tersiar penuh pada Harakahdaily. Menjelang tengahari, sayapun terkejut kerana mendapati artikel itu disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja dan di sebelah bawah teks itu diisi dengan iklan buku.

Terus saya menghubungi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman untuk mendapatkan penjelasan. Beliau gagal menjelaskan kepada saya ketika itu. Tetapi bertegas, tidak mungkin "digam" kerana kuasa "menggam" mesti dari beliau. atu sekurang-kurangnya beliau tahu hal itu.

Tidak lama kemudian, Lutfi menghubungi saya menyatakan Harakahdaily ketika itu menghadapi masalah teknikal. Ia sedang dalam penyelenggaraan sistem.

Insya-Allah katanya, artikel itu akan disiar penuh setelah keadaan pulih semula. Dia sudah memberitahu, web master Harakahdaily bernama Mohd Noor.

Bagi memujuk hati saya, Lutfi memberitahu, takkan artikel "membina" macam tu nak digam. Lainlah, ada pendedahan yang mengaibkan PAS atau artikel yang berunsur fitnah yang nyata.

"Antapun dah lama dalam dunia penulisan ni. Dah tahu mana yang kontroversi mana yang tak. Itu biasa je. Kita penulis, biasalah tajam dan pedas sikit," tegas beliau kepada saya.

Artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" turut diceduknya ke laman kendalian beliau, Detikdaily. Ia juga disiarkan oleh Web Tranungkite dan Laman Marhaen.

Dengan penjelasan ini, diharapkan segala kekeliruan atau khabar angin dan gosip berkenaan artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" telah DIGAM oleh Harakahdaily dapat diperbetulkan.

Posted on Monday, January 21 @ 21:29:48 MYT by SongkokPutih
Coretan @ Luahan Oleh TARMIZI MOHD JAM

HarakahdailyBEBERAPA emel saya terima. Mereka bertanyakan kesahihan kononnya artikel saya bertajuk "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" digam oleh Harakahdaily.

Menurut mereka, artikel itu dilihat terpapar dalam Harakahdaily pada 13 Januari 2008, sebelah pagi dengan teks penuh tetapi menjelang tengahari artikel tersebut disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja hinggalah ke tengahari berikutnya.

Seorang rakan memberitahu saya, dalam Blog Kapak Jangak terdapat satu komen yang mengajukan isu yang sama kepada pengendalian blog, Ramli Abdul Halim. Ia disiarkan pada Respon 117, pada 17 Januari 2008 jam 9:21 PM oleh wei rozak selising said... yang menulis begini:

"Artikel Tarmizi Mat Jan dalam Harakahdaily kena buang selepas beberapa minit siar sebab kutuk Program Jelajah Presiden Pas. Guano ni meli weiiiii????? Ore Pas pun takleh tegor Presiden jugok ko? Pah kato ko umno peel huduh, napoknya bila kena ko batang pe*** sendiri baru tau hok mana mati pucuk, hok mano gagoh... Ko guano abe li kito? Ginilah, kito puok2 Pas ni, kita lantik tok guru Presiden kiti jadi dewa la, baru kena nga gaya... Dek neh..."

Ramli memberi respon berikut: "Respon Saya; Itulah realitinya. Mudah-mudahan Ustaz Tarmizi tak akan kendur semangat dalam membuat teguran dan pendirian demi masa depan perjuangan dan jamaah."

Sebenarnya, memang pada sebelah pagi 13 Januari itu, artikel tersiar penuh pada Harakahdaily. Menjelang tengahari, sayapun terkejut kerana mendapati artikel itu disiarkan hanya para pertama (intro) sahaja dan di sebelah bawah teks itu diisi dengan iklan buku.

Terus saya menghubungi Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman untuk mendapatkan penjelasan. Beliau gagal menjelaskan kepada saya ketika itu. Tetapi bertegas, tidak mungkin "digam" kerana kuasa "menggam" mesti dari beliau. atu sekurang-kurangnya beliau tahu hal itu.

Tidak lama kemudian, Lutfi menghubungi saya menyatakan Harakahdaily ketika itu menghadapi masalah teknikal. Ia sedang dalam penyelenggaraan sistem.

Insya-Allah katanya, artikel itu akan disiar penuh setelah keadaan pulih semula. Dia sudah memberitahu, web master Harakahdaily bernama Mohd Noor.

Bagi memujuk hati saya, Lutfi memberitahu, takkan artikel "membina" macam tu nak digam. Lainlah, ada pendedahan yang mengaibkan PAS atau artikel yang berunsur fitnah yang nyata.

"Antapun dah lama dalam dunia penulisan ni. Dah tahu mana yang kontroversi mana yang tak. Itu biasa je. Kita penulis, biasalah tajam dan pedas sikit," tegas beliau kepada saya.

Artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" turut diceduknya ke laman kendalian beliau, Detikdaily. Ia juga disiarkan oleh Web Tranungkite dan Laman Marhaen.

Dengan penjelasan ini, diharapkan segala kekeliruan atau khabar angin dan gosip berkenaan artikel "Berbaloikah Program Jelajah Presiden PAS?" telah DIGAM oleh Harakahdaily dapat diperbetulkan.

Hapus Miskin Tegar: Rakyat Perlu Hapuskan BN

Hapus Miskin Tegar: Rakyat Perlu Hapuskan BN
Posted on Monday, January 21 @ 21:20:58 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Oleh Salahudin Ayub

Kaut KekayaanDewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menaburkan janji untuk menghapuskan kemiskinan tegar yang dihadapi oleh semua kaum menjelang 2010. DPP Pusat berpandangan kenyataan politik di hadapan masyarakat India ini hanyalah janji palsu menjelang pilihan raya dan BN tidak akan berupaya untuk menghapuskan kemiskinan ini. Sebaliknya, kadar kemiskinan tegar akan meningkat ekoran kegagalan Kerajaan BN hari ini mengurangkan beban hidup rakyat.

Adalah sesuatu yang aneh bagi BN untuk memujuk rakyat dengan janji palsu seperti menghapuskan kemiskinan tegar. Hakikat yang ada pada hari ini, rakyat yang tidak miskin tegar pun sudah merungut terhadap peningkatan kos sara hidup. Penipuan penghapusan yuran sekolah misalnya, sudah cukup untuk rakyat memahami janji palsu BN. Ketika yuran sekolah ‘dihapuskan’, tambang bas pula naik, bekalan minyak masak dan tepung terputus sehingga harga roti canai mendadak menjadi RM1 sebiji. Bagaimana miskin tegar dapat ditangani oleh BN?

Cuba kita bayangkan, maksud miskin tegar di Malaysia ialah rakyat yang berpendapatan bawah RM260 sebulan. Di Lembah Kelang, pendapatan di bawah RM1,000 masih tergolong dalam kemiskinan tegar yang dihadapi oleh semua kaum. Jika harga roti canai RM1 sebiji, bermakna rakyat miskin memerlukan RM30 sebulan untuk memakan sebiji roti sehari. Tetapi adakah itu cukup? Harga makanan lain seperti nasi campur atau nasi goreng sudah mencecah RM4 sepinggan atau melibatkan kos RM120 sebulan bagi seorang rakyat. Jika satu isi rumah mempunyai purata 5 orang dengan 3 kali sehari makan (RM120 x 3 x 5), mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM1,800 untuk makan sahaja bagi satu keluarga. Ini tidak termasuk keperluan asas yang lain seperti sewa rumah, pakaian, pendidikan dan pengangkutan.

Pengalaman rakyat Malaysia tentang peningkatan berterusan kadar inflasi sudah cukup untuk kita memahami janji-janji politik BN. Kita tahu BN sedang terdesak untuk menghadapi pilihan raya sehingga Perdana Menteri terpaksa menjanjikan sesuatu kepada kaum India – antara kaum termiskin di Malaysia. Kebelakangan ini Pak Lah cuba memujuk orang India selepas HINDRAF ‘dibelasah teruk’ baru-baru ini. BN mengadakan perayaan Ponggal di Masjid India, memberikan cuti Thaipussam dan hari ini mereka dijanjikan penghapusan kemiskinan. Walhal, rakyat sudah tahu harga petrol akan dinaikkan dalam masa terdekat ini dan bebanan hidup mereka akan bertambah lagi.

Rakyat tidak ada pilihan jika mereka ingin menghapuskan kemiskinan tegar melainkan mereka mesti menghapuskan kuasa politik BN dalam pilihan raya ini. Selepas 50 tahun merdeka, walaupun negara semakin maju, sebahagian kekayaan negara dikuasai oleh beberapa individu sahaja. Di kalangan masyarakat India, harta Ananda Krishnan mungkin lebih banyak daripada pendapatan tahunan 100,000 orang India yang miskin. Yang anehnya, ketika rakyat sedang tersepit, pemimpin BN terutama dari MIC terus mengaut kekayaan dan terlibat dalam pelbagai skandal penyelewengan. Isu saham Maika Holding belum selesai.

Berbanding dengan pengalaman rakyat Kelantan, sebuah negeri yang diwar-warkan miskin, pendapatan rakyat Kelantan jauh lebih selesa. Dengan kos hidup yang rendah, pembelaan berterusan daripada kerajaan dan bebas penyelewengan. Rakyat miskin di Kelantan bukan sahaja mendapat baja subsidi dengan harga murah, menikmati takaful ibu tunggal dan warga emas, bebas daripada bebanan riba serta pembelaan meluas untuk orang bukan Melayu. PAS sendiri menjanjikan penurunan harga minyak, pendidikan percuma dan pelbagai kebajikan yang lain. Rakyat harus berfikir dengan lebih matang jika mahu terus memilih BN. Jika rakyat terus memilih BN, bermakna rakyat telah menempah untuk terus berada dalam kemiskinan yang lebih tegar.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Tahniah: PKR Kelantan pindahkan jentera ke Selangor

Tahniah: PKR Kelantan pindahkan jentera ke Selangor
Posted on Monday, January 21 @ 21:12:28 MYT by SongkokPutih
Pendapat Oleh: Mohd reformis Jengka

PKR SelangorMAKLUMAT terkini yang dilaporkan menunjukkan PKR kelantan tidak mahu bertanding sebarang kerusi di kelantan. Tahniah. Tindakan yang sangat bijak. Tidak dinyatakan pula sebab apa mereka bertindak begitu. Namun zahirnya kita mengetahui tuntutan mereka yang hendakkan 12 kerusi di Kelantan untuk ditandingi.

Alasan yang disebut Pengerusi PKR kelantan ialah, pada PRU 2004 dahulu mereka diberikan kerusi yang tidak kuat. Jadi sebab itulah mereka mahukan 12 kerusi lagi dalam pilihanraya kali ini. Antara yang dituntut termasuklah kerusi dun yang dimenangi pas pada PRU 2004.

Penulis bersetuju dengan tindakan PKR kelantan untuk tidak bertanding sebarang kerusi. Keputusan ini mesti dihormati. Ini kerana PKR kelantan sedar mereka tidak punya keupayaan untuk bertanding. Selain itu mereka juga sedar jika mereka bertanding, ia akan menjadi libeliti dan juga bebanan kepada kerajaan pas. Alasannya mudah.

Lihat dalam parlimen Kota Bahru. Dalam PRU 11, 3 dun dalam parlimen kota bahru semuanya dimenangi oleh Pas. Namun kerusi parlimen kalah. Apa puncanya. Puncanya calon parlimen KB adalah dari PKR. Rakyat Kota bahru memberi isyarat jelas. Mereka bukan tidak mahu kepada Pas. Tetapi PKR bukan pilihan mereka. Ini yang harus semua orang sedar dan hormati keputusan PKR kelantan untuk tidak letakkan calon dalam PRU ke12 ini.

Banyak lagi tempat lain yang berlaku keadaan yang sama. Namun keputusan pilihanraya bagi Parlimen KB ini sudah cukup untuk mewakili kawasan-kawasan lain di Kelantan dan seluruh Malaysia bahawa PKR tidak mendapat tempat di hati rakyat negeri ini.

Hendakkan 12 kerusi tambahan khususnya kerusi yang pembangkang sedia kuat. Ini satu tindakan yang tidak bijak kerana setelah Pas bersusah payah berpuluh tahun membina kekuatan, senang-senang sahaja PKR Kelantan hendakkan kerusi tersebut. Sepatutnya kita mulalah dari bawah, bina kekuatan dikawasan yang pembangkang tidak kuat. Bukan mengacau kawasan yang pas sedia kuat. Atas kesedaran inilah PKR menarik diri dari bertanding di kelantan dan keputusan ini mesti dihormati.

Selain itu PKR Kelantan juga sedar bahawa kemenangan Pas di Kelantan bukanlah atas pertolongan Anwar Ibrahim. Tetapi Pas menang di kelantan ketika Anwar berada dalam UMNO dan berlawan dengan Pas khususnya Kelantan. Jadi kalau tanpa Anwar hadir ke kelantan pun, Tok Guru punya ceramah sudah membuatkan Stadium dan Padang Perdana penuh melimpah.

Oleh itu, disebabkan tidak mahu menyusahkan lagi Pas Kelantan yang telah banyak bertoleransi dan membantu PKR Kelantan selama ini, maka PKR dengan ini menarik diri dari bertanding disebarang kerusi di Kelantan. Ini kerana kita khuatir Pas akan mengalami kemerosotan kerusi disebabkan calon yang bertanding dari PKR tidak diterima pengundi di Kelantan. Cukuplah Pas membantu meminjamkan jentera, markaz dan wang deposit yang sesetengahnya tidak dipulangkan seperti di Perlis selama ini.

Selaras dengan itu juga PKR kelantan mengumumkan akan memindahkan jenteranya ke Selangor dan Pulau Pinang. Tahniah diucapkan. Namun satu benda yang dipersoalkan ialah, jentera apa yang hendak dipindahkan. Maklumat yang diperolehi penulis,ketika diadakan kursus jentera pemuda PKR peringkat Malaysia di kelantan, hanya beberapa orang sahaja yang hadir. Malah tuan rumah sendiri tidak dapat menghantar wakil jentera pemuda mereka. Khabarnya hanya 3 kawasan sahaja yang hantar yang jumlah keseluruhan Kelantan tidak sampai 20 orang. Itupun termasuk beberapa orang pelajar sekolah berumur 16 tahun.

Khabarnya pihak urusetia kursus jentera ini yang sebahagiannya terdiri dari pegawai tabung Tok Kenali telah menghalau peserta yang berusia 16 tahun itu. Inikah jentera PKR Kelantan yang hendak dipindahkan ke selangor? Terpulanglah kepada pimpijnan PKR Kelantan.

Tengku Adnan tertekan, Putrajaya milik Khairy Jamaluddin?

Tengku Adnan tertekan, Putrajaya milik Khairy Jamaluddin?
Posted on Monday, January 21 @ 21:07:36 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM

Tengku AdnanPUTRAJAYA: Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor makin gelisah dan menafikan sekeras-kerasnya beliau akan digugurkan dari menjadi calon di kawasan itu dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, ekoran tersebarnya khabar angin kononnya Putrajaya akan ditandingi oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Menurut Yang Dipertua PAS Putrajaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria, beberapa tekanan yang diberikan oleh Perdana Menteri agar Tengku Adnan bekerjasama penuh dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isu penyelewengan klip video Tourisme serta isu klip video konspirasi hakim yang sedang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja, membuktikan terdapatnya usaha untuk "menyingkirkan" beliau.

Tengku Adnan katanya, makin kelam-kabut dengan membuat percubaan berani mengelak dari dituduh terlibat dalam konspirasi hakim yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, dengan mendakwa VK Linggam sebagai mabuk dan gila, dan beliau sendiri tidak tahu kenapa namanya disebut dalam perbualan itu.

Mohd Nazir percaya, Khairy sedang berusaha untuk bertanding di Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dan keadaan ini makin menyulitkan Menteri Pelancongan itu.

Putrajaya, jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu, akan dijadikan pangkalan Khairy untuk mensasarkan target politiknya dalam kabinet mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum ke-12 nanti.

"Kalau Khairy tak rebut sekarang, peluang ini mungkin tak akan datang lagi. Tengku Adnan sudah dipalit kotor. Saya percaya, peluang ini sedang digunakan Khairy untuk melobi bertanding di sini," tegas beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, PAS Putrajaya dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan Naib Ketua Pemuda Umno itu akan bertanding di Putrajaya.

Memperaga Pemimpin Pelapis

Memperaga Pemimpin Pelapis
Posted on Monday, January 21 @ 20:55:01 MYT by SongkokPutih
Artikel Ribuan peminat bolasepak kehampaan apabila kesemua tiket perlawanan antara AC Milan dan UAE kehabisan, termasuk saya. Begitupun saya sempat menyelinap masuk setelah masa kedua bermula untuk menyaksikan kehebatan pemain terbaik dunia ketika ini, Kaka.

Malam Selasa 8 Januari menyaksikan Ronaldo, seperti biasa sekadar penumpang untuk separuh masa pertama. Manakala Cafu, Emerson dan Dida menunjukkan kehebatan dalam memastikan pasukan muda UAE yang sedang bersiap ke Piala Dunia sekadar menang sorak.

Dua gol AC Milan dijaringkan oleh Gilardino. Diantara 20 ribu penonton ialah Romario.



Malam sebelum itu, Internacional de Porto Alegre menewaskan Inter Milan 2-1 untuk memenangi Kejohanan Bolasepak Antarabangsa Sheikh Mohammad bin Rashid Al Maktoum dengan hadiah bernilai USD1 juta.

Stuttgart memenangi tempat ketiga setelah menewaskan Ajax 1-0.

Manakala pada Khamis dan Sabtu, Cabaran Dubai akan menemukan empat pasukan bola, iaitu pasukan kebangsaan UAE dan China, Hamburg SV dan Vasco da Gama dari Brazil.

Siri perlawanan ini, walaupun sekadar bercorak ‘latihan’ dan ‘persahabatan’ untuk para pemain superstar dunia sewaktu pertengahan musim, sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai kehebatan mereka yang bertaraf jutawan ini.

Terserlah adalah pemain-pemain Brazil yang sentiasa membekalkan pemain-pemain handalan dunia. Romario, Ronaldo, Ronaldinho pernah menjadi pemain terbaik dan kini Kaka.

Melihat senario bolasepak di tanahair, tentunya kita masih berada jauh ke belakang dan sukar untuk bangkit sebagai pasukan kuat seperti zaman 70han. Saya sendiri tidak tahu siapa yang bermain untuk pasukan negara dan tidak peduli untuk ambil tahu.

Sememangnya, kita tidak mempunyai barisan pemain bermutu tinggi walaupun Liga M dianggap antara yang berjaya dari segi pengurusan. Di mana-mana, yang menang memang diingati, dan yang kalah, sekadar nota kaki sahaja.

Begitupun pemimpin FAM, sama ada presiden dan Timbalan terus dikuasai oleh orang lama dan orang politik, walau orang muda. Orang politik, tua atau muda, tentunya mahu menggunakan FAM sebagai batu loncatan untuk populariti kerana mudah akses kepada golongan muda.

Politik dalam sukan di Malaysia sudah menjadi darah daging yang sukar untuk dipisahkan walaupun diletupkan dengan bom C4.

Begitu juga sekiranya melihat senario politik yang terus dikuasai pemain-pemain veteran yang telah lupus tarikh kehebatan dan penggunaannya. Manakala pemain-pemain muda, terutama di pihak parti memerintah dikuasai oleh golongan elit yang mana sama ada bapa atau ibu pernah menjadi pemimpin atau bapa mertua sebagai perdana menteri.
Barisan pelapis dikalangan pembangkang juga kurang menonjol dan kita masih mempunyai nama-nama yang sama. Lim Kit Siang, Karpal Singh sudah sinonim dengan DAP, Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz dengan PAS, manakala Anwar Ibrahim dengan Keadilan.

Dalam pilihanraya yang dikatakan akan diadakan dalam bulan Mac nanti, kabar angin mengatakan UMNO akan membariskan pemimpin pelapis yang kebanyakan dibawah umur 40 tahun. Mereka ini tentunya mempunyai kabel besar dengan pemimpin yang menumpang di kediaman rasmi perdana menteri.

Bagi saya, secara peribadi, biarpun mereka pemimpin baru dan pelapis, tiada banyak perubahan dalam segi politik dan kepimpinan. Masih dalam acuan sama dan boleh jadi lebih teruk dari kepimpinan peringkat nasional, negeri mahupun bahagian yang sedia ada.

Parti yang dikuasai oleh ‘warlords’, rasuah dan wang tidak akan berubah status quo kerana setiap dari mereka mempunyai kepentingan peribadi yang lebih besar dari kepentingan agama, bangsa dan negara.

Pemimpin mungkin baru tetapi sistem masih ditakuk lama. Maka perubahan yang diharapkan hanyalah dari segi wajah dan jasad, isinya sama sahaja buruknya.

Mendukacitakan yang pemimpin tertinggi seperti seorang perdana menteri dipilih oleh warlords ini. Lebih mendukacitakan yang perdana menteri semasa dikatakan sekadar boneka untuk perdana menteri muda yang sedang menanti.

Alangkah baiknya sekiranya ada pilihanraya seperti Amerika dan Indonesia di mana rakyat boleh mengundi secara langsung untuk memilih presiden. Manakala jemaah menteri dipilih bukan berdasarkan kaitan politik. Ini semua hanya impian semata-mata selagi jentera demokrasi yang ada masih boleh digunapakai (salahpakai) oleh mereka yang berkuasa.

Dengan pilihanraya yag sudah bermula gear kedua, mungkin ada baiknya kita dapat melihat barisan pemimpin pelapis di pihak alternatif yang boleh diketengahkan. Dalam jutaan warga Malaysia, kita mempunyai ramai cerdik pandai yang boleh menjadi pemimpin, berbanding senarai pemimpin terutama menteri yang ada.

Berbanding dengan parti memerintah, memang sukar untuk menjadikan kepimpinan politik sebagai karier untuk mereka yang menganggotai ‘parti pembangkang’. Memerlukan pengorbanan yang besar, tanpa media perdana, tanpa SPR, tanpa kontrak kerajaan, tanpa GLC dan syarikat korporat, tanpa polis, tanpa peguam negara dan hakim, serta tanpa amaran boleh dimasukkan ke Kamunting atau dihadapkan ke mahkamah bila-bila masa.

Lantas, kalau dalam analogi bolasepak, memang sukar untuk mencari Kaka atau Christian Ronaldo sebagai pemain baru politik dikalangan pihak alternatif. Barisan muda yang ada itulah yang kita harapkan akan menjadi pemimpin rakyat yang tahan dari segala ancaman, ugutan, kesusahan, kemiskinan dan tentunya mampu menahan diri walau ditawarkan RM, pangkat, kontrak dsbnya untuk bising mengistiharkan keluar parti beramai-ramai dengan menyertai parti BN seperti mana setiap kali pilihanraya!

Lihat dan tunggu sarkis pilihanraya yang akan masuk ke kampung dan bandar, adegan ‘keluar parti’ yang sama tentunya akan berulang!

(Fudzail adalah ekspatriat Malaysia yang bermastautin di Dubai sejak tahun 2000. Berkelulusan sains komputer dari New Zealand. Pernah terlibat dalam pembangunan Dubai Internet City, Palm Jumeirah dan 15 projek mega lain. Kini menguruskan projek pembinaan prasana dan utiliti di Palm Jabel Ali. Beliau boleh dihubungi melalui fudzail@yahoo.com serta kerjadubai.blogspot.com)

Gurindam Sepuloh Budak Hitam

Gurindam Sepuloh Budak Hitam
Posted on Monday, January 21 @ 20:48:12 MYT by SongkokPutih
Penulisan Kreatif

-- buat komrad-komradku pejuangPERTIWI

sepuloh budak hitam duduk putrajaya

satu jadi imam yang mencari damai abadi

budak hitam ini hebat orangnya

dia boleh tidur berdiri kalau duduk apatah lagi.

romantis orangnya budah hitam ini

dalam majlis dia ramas bahu perempuan seksi

tak tahan sunyi dia kahwin orang gaji.

naik jet peribadi berbulan madu sana sini

kerja tadbir negeri dia bagi pada proksi.

makanya,

tinggallah sembilan budak hitam.



sembilan budak hitam duduk tingkat empat

satu jadi lanun kerjanya jual negeri

budak hitam ini cerdik orangnya

otaknya macam pengarah filem hindustan

nak dapat bini dia langgar bontot kereta heroin

cita-citanya tinggi budak hitam ini

sebelum empat puloh nak jadi perdana menteri

budak hitam ini perangainya macam beruk makye

terjerit sana terlompat sini tersengih gitu terlondeh gini

tak lama lagi youTube buat tayangan perdana filem macam chua solek

heronya budak hitam ini tapi kita pergi tak boleh bawak anakbini, sori!

makanya

tingallah lapan budak hitam.

lapan budak hitam duduk diam-diam

satu jaga karung kerjanya kumpul harta qarun

ayahnya kata budak hitam ini tak berniaga dalam negeri

tapi rakyat tahu dah berbilion dia dapat projek yang ditentukan sendiri

budak hitam ini, ada sedara belah bini jadi juru kiranya

macam-macam kepandaiannya si malim balaci ini

buat jambatan pandai, buat lumba ribut pandai

beli rumah kat luar negeri lagilah pandainya

dia beli kat tempat takde penangkap khalwat

makanya,

tinggallah tujuh budak hitam.

tujuh budak hitam jadi doktor putar

satu jaga surat khabar kerjanya tiap-tiap hari autar

budak hitam ini dulunya tak lulus vetting

tapi hari ini dia menang betting

tulis kolum macam pakcucing

makanya

tinggallah enam budak hitam

enam budak hitam duduk kat angkasa

satu jaga lagu main drama swasta siar berita cacamarba

mulutnya celupar budak hitam ini, kepakarannya mengampu

kata orang goblok tapi aljazerra londehkan dia sampai bogel togel

seantero dunia tahu dialah menteri terbangang dalam sejarah tamaddun alam

sang kelembai kata dia hanya layak jadi mamak cendol

makanya,

tinggallah lima budak hitam.

satu dan dua dan tiga dan empat dan lima

si budak hitam

enam dan tujuh dan lapan dan sembilan dan sepuloh

sambung bulan dapan.

yassinsalleh

1905 hrs januari 11, 2007

taman saujana impian kajang

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India

Pelancaran Kelab Penyokong PAS Kaum India
Posted on Monday, January 21 @ 20:44:37 MYT by SongkokPutih
Nak Royat
Setelah sekian lama dan setia mengundi Barisan Nasional, kini tibalah masa untuk perubahan.

Nasib yang dialami oleh kaum India sendiri hampir sama dengan kaum Melayu yang ditindas oleh pemimpin politik BN yang korup & rakus dengan kuasa dan darah rakyat...

PAS Negeri Johor telah membuka ruang dan menyediakan satu platform alternatif berdasarkan kepada sokongan luar biasa kaum India kepada program-program PAS sejak kebelakangan ini.

Semua kaum India dijemput hadir untuk merealisasikan impian kita semua untuk mengubah kerajaan yang zalim kepada kerajaan yang adil dan demokratik...


Semua Kaum India Di Jemput Hadir ke :-
Tempat : Hotel Good Hope Skudai, Johor Bahru
Tarikh : 27-01-2008
Hari : Ahad
Masa : 10.00 pagi

Masa Untuk Perubahan, PAS Untuk Semua

Tingkat Peranan Media Untuk Rapatkan Timur-Barat: Pak Lah Tempelak Media BN

Tingkat Peranan Media Untuk Rapatkan Timur-Barat: Pak Lah Tempelak Media BN
Posted on Monday, January 21 @ 20:41:56 MYT by SongkokPutih
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan kenyataan Perdana Menteri di Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) di Sepanyol yang menggesa media meningkatkan peranan dalam merapatkan hubungan peradaban Timur dan Barat. Bagi DPP Pusat, kenyataan Perdana Menteri ini merupakan satu tempelak ke atas media mainstream di negara ini yang selama ini memainkan peranan melaga-lagakan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

DPP Pusat merasakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal keadilan dan kebebasan media di forum antarabangsa kerana beliau sendiri adalah dictator yang mengongkong kebebasan media. Bagi ahli PAS, tindakan Perdana Menteri itu menyekat permit Harakah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2000 adalah satu dosa yang tidak boleh dimaafkan dalam soal kebebasan media. Lebih dahsyat lagi apabila parti-parti BN yang menguasai media-media utama menggunakan media ini untuk mencetuskan isu-isu perkauman di negara ini.

Kita menyedari bahawa media-media yang dikuasai Barat digunakan untuk menjustifikasikan kezaliman Barat ke atas bangsa-bangsa yang lemah, termasuk ke atas umat Islam. Media ini juga sengaja mencetuskan isu-isu sensasi yang menjejaskan hubungan tamadun seperti membela Salman Rushdie dan menyiarkan karikatur Nabi SAW. Sikap PAS memang jelas dalam hal ini dan kita memang sangat berhasrat untuk melihat media berperanan dengan adil, telus dan saksama.

Soalnya, di negara kita sendiri media langsung tidak adil. Mereka bukan sahaja berpihak kepada BN, bahkan menyokong setiap penindasan BN ke atas rakyat seperti memberikan gambaran bahawa kenaikan tol, harga petrol dan yuran sekolah sebagai positif. Dalam masa yang sama mereka menyebarkan fitnah dan maklumat palsu ke atas pemimpin PAS dengan memutar belitkan berita. Berita-berita positif pembangkang disembunyikan. Lebih daripada itu, media akan mencanang isu-isu palsu dan bertindak secara berat sebelah apabila menjelang pilihan raya. Kerana itu indeks kebebasan media di Malaysia berada pada tahap yang amat rendah.

Jika Pak Lah ingin bercakap soal kebabasan media dan peranan media untuk merapatkan hubungan tamadun, beliau perlu terlebih dahulu memberikan kebebasan media sepenuhnya kepada rakyat negara ini. Kita jangan lupa bagaimana media yang dikuasai Umno digunakan untuk mencerca ulamak dan menimbulkan semula isu-isu furuk (cabang) dalam agama seperti ruangan Astora Jabat untuk mengeliru dan menimbulkan kemarahan umat Islam. Kita juga masih ingat bahawa NST pernah menyiarkan karikatur berkaitan Nabi selain beberapa media termasuk yang menggunakan nama Allah untuk dirujuk kepada ‘God’.

Dalam isu HINDRAF, bukankah media BN yang sengaja membesar-besarkan hal ini supaya BN dapat mengambil manfaat politik. Selain peranan media yang telah banyak menyeleweng di negara ini, persoalan hubungan kaum juga banyak terjejas di Malaysia akibat dasar-dasar perkauman BN. Bukankah kaum-kaum utama di Malaysia berasal daripada peradaban yang berbeza dan mengamalkan budaya, agama, bahasa dan cara hidup yang berbeza.

Tetapi perkara ini tidak begitu dihormati dan dimanfaatkan untuk mewujudkan perpaduan. Setiap kali musim pilihan raya, PAS digambarkan memusuhi orang bukan Melayu, undang-undang Islam akan menzalimi orang bukan Islam dan sebagainya. Dasar BN yang membenarkan parti-parti perkauman juga telah mencabuli hak orang Melayu dan orang bukan Melayu dalam soal pendidikan bahasa ibunda dengan memaksa penggunaan bahasa Inggeris.

SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ustaz Hadi Perlu Belajar Bahasa Cina…

Ustaz Hadi Perlu Belajar Bahasa Cina…
Posted on Monday, January 21 @ 19:19:02 MYT by greenboc
E-mel Pembaca Oleh ibnuhasyim

"

SYABAS dan tahniah kepada Saudara Herman Samsudeen, Ketua Pasukan Kerja Penerangan DPP Wilayah Persekutuan, kerana berjaya melahirkan laman web PAS berbahasa Cina dan Inggeris. Menjadikan 3 bahasa, iaitu Bahasa Malaysia : http://dppwp.wordpress.com, Bahasa Inggeris : http://dppwpe.wordpress.com/ dan Bahasa Cina : http://dppwpc.wordpress.com/. Selangkah lagi kedepan.



Mengenai bahasa, saya tertarik dengan pandangan seorang pengurus dan pemilik beberapa hotel termasuk Hotel Adamson Hotel KL Ir Hj Zamani Adam dalam pertemuan baru-baru ini. Menurutnya, antara kelebihan orang bukan Melayu dengan orang Melayu di Malaysia ini ialah orang bukan Melayu lebih bahasa. Biasanya masuk saja mereka ke sekolah jenis kebangsaan di Malaysia, mereka sudah tahu 3 bahasa iaitu Inggeris, Cina dan Melayu.


Dengan itu, awal-awal lagi orang Melayu sudah kalah, kecuali mereka yang mengambil dua aliran, mereka lebih bahasa Arab dalam aliran agama. Untuk bisnes, kelebihan bahasa Cina buat masa ini memberi ruang dan peluang besar lagi, bagi orang Cina mendahului orang Melayu. Menyebabkan orang Melayu rata-rata terpaksa mengikut di belakang orang Cina dalam bisnes, walaupun pada asalnya pihak kerajaan nak suruh orang Cina amal bahasa Melayu atau ikut orang Melayu melalui sekolah jenis kebangsaan.


Dari sudut politik dan pilihan raya pula, saya pernah dengar penasihat PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu berceramah di Ijok tahun lalu depan pengundi-pengundi Cina, memulai awal ucapannya dalam bahasa Cina. Walaupun beIiau bercakap dua tiga patah, beliau mendapat sorakan dan tepukan bergemuruh, kerana orang Cina bangga ada pemimpin bukan Cina menggunakan bahasa Cina. Apalagi kalau boleh berceramah fasih dalam bahasa Cina.


Waktu mula-mula saya buka blog saya Ibnu Hasyim (sebenarnya kawan saya yang tolong bukakan, terima kasih kepada beliau!), artikal pertama yang saya tulis ialah, ‘CATATAN SANTAI, Pilihan Raya Kecil Ijok: Mampukah PAS Perintah Malaysia?’ Saya ada cadangkan, untuk perintah Malaysia, pendekatan kepada masyarakat Cina atau bukan Islam perlu disegerakan dari sekarang. Antaranya…


Pertama: Oleh kerana kaum Cina atau bukan Islam adalah pengundi yang hampir menyamai orang Islam atau Melayu, maka program-program percambahan dan pengkayaan idea (ke arah mendekati orang Cina) perlu diperbanyakkan.


Kedua: Cari jalan selesai bagaimana hendak menarik pengundi Cina menyokong PAS. Antaranya.. A. Banyakkan program kebajikan untuk orang Cina atau bukan Islam. B. Seminarkan semula mengenai cadangan-cadangan seperti Ahli PAS bukan Islam. Cina atau bukan Islam boleh jadi calun PAS dalam pilihan raya. Bukan Islam boleh jadi Presiden PAS. Buka Pusat Kebudayaan Cina atau Masjid Cina Muslim. Buat hubungan dengan individu, organisasi, atau kerajaan di negeri China. Cari jalan supaya orang PAS boleh belajar atau mengajar di negeri China. Atau projek anak angkat di China. Begitu juga pemimpin-pemimpin PAS kena pandai berceramah atau bercakap bahasa Cina.


Itulah pandangan saya waktu itu. Cuba anda bayangkan kalau Ustaz Haji Abdul Hadi selaku Presiden PAS, atau Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan boleh berceramah, bersoal jawab, berkomunikasi atau berkuliah dalam bahasa Cina… Pada saya Dr Mujahid sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat yang masih muda lebih wajar lagi. Dalam Al Qur’an pun ada dikisahkan Nabi Sulaiman AS boleh bertutur banyak bahasa, termasuk bahasa binatang seperti semut. Dan ada kata-kata yang menyebutkan ‘Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina’…


Pernah seorang bekas peguam Benggali bukan Islam (sekarang saya tak pasti sudah masuk Islam ke belum?) di Pulau Pinang mencadangkan supaya Ustaz Abdul Hadi belajar bahasa Cina. Menurutnya, beliau belajar mengenali bahasa Arab bersungguh-sungguh dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau Ustaz Abdul Hadi belajar mengenali bahasa Cina dengan kemudahan dan ketokohan yang dimiliki, beliau yakin lebih cepat lagi.


Oleh itu, wajarkah demi kepentingan masa depan Islam saya sebagai ahli PAS dengan rendah hati mencadangkan supaya pemimpim-pemimpin tertinggi PAS belajar bahasa Cina sehingga boleh bercakap dengan fasih? Dimulai dengan Presidennya dulu…


Wassalau’alaikum.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 21-01-08. KL.

ISLAM YANG KUKENALI BAHAGIAN 4

ISLAM YANG KUKENALI BAHAGIAN 4
Posted on Monday, January 21 @ 19:18:27 MYT by greenboc
Bahan Umum Oleh asli

"Saf solat dan kesatuan ummah?

Tidak semestinya apabila mereka selalu solat 5 waktu atau ahli solat (bagi mereka yg selalu solat sunat) tidak melakukan kesalahan,saf solat boleh membina kesatuan ummah dengan melurus dan merapat-rapatkan saf,timbul persoalan disini bagaimana mungkin kesatuan ummah boleh terbina dengan meninggalkan solat,apatah lagi mereka seorang pejuang Islam,kita tak mahu membahaskan perpecahan dalam aqidah,cukuplah perkara asas iaitu solat kita telah melakukan kesilapan,bagaimana mungkin kita mahu melihat daulah Islam bersatu-padu.



Beginilah saf yang diinginkan oleh Rasulullah saw.

1) Merapatkan bahu dengan bahu orang yang solat bersebelahan.

2) Merapatkan lutut dengan lutut dengan orang yang solat bersebelahan.

3) Merapatkan buku lali dengan buku lali dengan orang yang solat bersebelahan.

Dalilnya:

Al-Nu'man Bin Basyir ra berkata:"Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan saudaranya,merapatkan (melekatkan) lututnya dengan saudaranya dan melekatkan buku lalinya dengan saudaranya"
(Hadis riwayat Abu Daud didlm sunan Abu Daud,kitab al-Solah hadis no:566)

Anas bin Malik ra berkata:(Pada waktu solat) masing-masing dari kami merapatkan bahu dengan bahu saudaranya dan kaki dengan kaki saudaranya"
(Hadis riwayat Imam Bukhari dalam sahih Bukhari,kitab al-Azan hadis no:725)

Hikmah meluruskan dan merapatkan saf

Rasulullah saw bersabda:"Luruskan saf kamu kerana meluruskan saf termasuk sebahagian dari kesempurnaan solat"
(Hadis riwayat Muslim dalam sahih Muslim,kitab al-Solah hadis no:433)

"Luruskan saf kamu dan janganlah kamu bercerai-berai (dlm mendirikan saf) kerana hati-hati kamu akan berpecah-belah"
(Hadis riwayat Muslim dalam sahih Muslim,kitab al-Solah hadis no:432)

"Dirikan saf-saf kamu semua (dengan sempurna) sebanyak 3 kali,Demi Allah! sama ada kamu ingin mendirikan saf (yang sempurna) atau kamu ingin Allah cerai-beraikan hati kamu"
(Hadis riwayat Abu Daud dalam sunan Abu Daud,kitab al-Solah hadis no:566)

Sebenarnya banyak lagi kelebihan merapat dan meluruskan saf seperti menghindari gangguan syaitan (hadis imam Abu Daud kitab al-Solah hadis no:571),Allah menyintai mereka yang menyempurnakan saf (hadis Imam Abu Daud kitab al-Solah hadis no:457),memberi pahala yang besar bagi mereka yang menyempurnakan saf (at-Tabarani dalam al-Ma'sot dan sahih Ibn Hibban) dan Allah serta para malaikat berselawat (berdoa) kepada mereka yang menyempurnakan saf (hadis riwayat Ahmad didlm Musnad Ahmad hadis no:21233)

asli."

Parti mahasiswa mahu cabar Mustapa di Jeli

Parti mahasiswa mahu cabar Mustapa di Jeli
Posted on Monday, January 21 @ 19:14:47 MYT by greenboc
Berita Oleh pemerhati_pbb

"Parti Mahasiswa Negara (PMN) tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed di Parlimen Jeli dalam pilihanraya umum akan datang.

Ia ekoran tindak-tanduk Mustapa yang didakwanya menyekat suara dan tindakan mahasiswa, kata Setiausaha Politikn PMN, Amirul Faiez Hamdi dalam satu kenyataan hari ini.



"PMN juga ingin bersemuka dengan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan penjelasan terhadap beberapa kenyataan beliau yang terbukti menyekat suara dan tindakan mahasiswa.

"Walaupun telah nyata mahasiswa layak mengundi tapi mengapa tidak layak untuk menyatakan sokongan," katanya.

"Bukankah mengundi itu juga menterjemahkan sokongan terhadap mana-mana parti politik, kenyataan yang berbaur sentimen politik dan berkepentingan parti pemerintah," katanya.

Oleh, tegasnya, PMN tidak teragak-agak untuk mencabar Menteri Pengajian Tinggi itu, dengan meletakkan calon kami di Parlimen Jeli.

Katanya, sejak pengumuman penubuhan PMN pada 7 Januari lalu di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pilihraya (SPR), pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan sebagai respons terhadap penubuhan parti baru itu.

"Pihak Parti Mahasiswa Negara seterusnya (mengemukakan permohonan) mendaftar di Pejabat Pendaftaran Persatuan (ROS), Putrajaya pada 18 Januari yang lalu sebagai langkah untuk menghadapi pilihanraya.

'Mansuhkan Auku'

"Respons dari beberapa menteri telah menunjukkan sikap dan pendirian mereka terhadap penglibatan mahasiswa ke dalam arena politik tanahair," katanya.

Malah, tambahnya, kebanyakan respons adalah bersikap menentang dan melarang penglibatan mahasiswa dalam politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum yang mendatang.

"Antara respons ialah dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menyatakan bahawa mahasiswa tidak boleh sama sekali terlibat dalam pilihanraya berdasarkan Seksyen 15, Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1975," tegasnya.

Kenyataan yang sama juga, katanya, telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Menteri Pengajian Tinggi.

"Oleh sebab itu, kami Parti Mahasiswa Negara menyatakan bahawasanya kami sama sekali tidak "beriman" terhadap Auku 1975. Malahan secara terang- terangan kami sudah melanggar Auku.

"Mengapa masih menggunakan lagi akta tersebut dalam mengugut para mahasiswa yang memberikan sokongan terhadapa Parti Mahasiswa Negara," tambahnya.

Tegasnya, pendirian mereka terhadap Auku tidak pernah berubah, sama ada ianya perlu dimansuhkan secara total mahupun akan dipinda beberapa seksyen yang terkandung di dalamnya.

"Parti Mahasiswa Negara juga menyeru rakan-rakan siswa yang lain untuk bersama-sama kita bergerak seiring dalam membawa agenda perjuangan siswa dan juga rakyat," katanya.
-MALAYSIAKINI.COM
"

Adi Putra dapat RM13,000 setahun

Adi Putra dapat RM13,000 setahun

KUALA LUMPUR 8 April - Kerajaan Terengganu telah memperuntukkan RM13,000 setahun bagi membiayai kos persekolahan kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani, 7, di Sekolah Islam Antarabangsa di Gombak.

Penyelidik Kanan, Pejabat Menteri Besar, Ahmad Ikram Abdullah berkata, sebagai anak angkat kerajaan negeri, Adi Putra menerima bantuan kewangan yang akan dibincangkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

Katanya, perkembangannya juga akan dipantau oleh ahli akademik dan pakar psikologi kanak-kanak yang diketuai oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Twintech, Datuk Prof. Dr. Ismail Salleh.

``Buat permulaan, RM13,000 akan diperuntukkan kepada Adi Putra bagi memulakan persekolahannya di Sekolah Islam Antarabangsa itu dan apa yang penting ialah kanak-kanak ini akan mula belajar di persekitaran yang selesa dengan daya kepintarannya,'' katanya.

Beliau berkata kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di majlis perasmian Meninjau Semula: Dua Tahun Menabur Bakti anjuran kerajaan Terengganu di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang ditemui enggan mengulas mengenai jumlah yang akan diperuntukkan kepada Adi Putra.

``Buat masa ini kerajaan akan memastikan Adi Putra tidak terhalang daripada mendapatkan pelajaran yang terbaik sesuai dengan kepintarannya demi melahirkan seorang individu yang cemerlang dan hebat ,'' katanya.

Bagaimanapun Idris menjelaskan ia tidak membabitkan perbelanjaan dua lagi adik beradik Adi Putra iaitu abangnya, Mohd. Amiru yang kini di tahun lima dan kakaknya Sri Amelia.

Jumaat, Januari 18, 2008

Jumaat, Januari 18, 2008

Tentang Adi Putra yang 'tidak' genius


"Ferrari kalau disuruh jalan pelan macam Kanchil, tentu rosak enjinnya," kurang lebih kata budak kecil yang masih kencing bercabang itu. Kiasan ini barangkali mempamerkan ciri-ciri intelektual dalam diri budak 'genius' ini. Tetapi dalam perspektif yang lain berbaur egoisme dan keangkuhan. Adi Putra Abdul Ghani (gambar kiri) telah berhenti sekolah. Pelajaran di sekolah membosankannya kerana antara dia dan murid lain atau juga gururu matematiknya, kemampuannya telah pergi lebih jauh umpama langit dan bumi. Ketika murid lain masih merangkak menghafal kali-kali, Adi Putra telah pun mampu menyelesaikan masalah kalkulus.

Keluarga Adi Putra memilih Sekolah Islam Antarabangsa Gombak.

Menteri pelajaran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, kepada pilihan bapa budak genius itu, ia akur. Tetapi dalam penegasan kementerian itu sebelum ni, Adi Putra cuma genius matematik.

Saya tidak ingin mengkritik sistem pendidikan kita. Itu adalah soal yang lain. Pada hemat saya, statmen Adi Putra itu sendiri menunjukkan kemerosotan intelektual pada dirinya. Adi Putra dan keluarganya telah tenggelam dalam glamor dan keghairahan yang mereka sendiri ciptakan.

Matematik hanya satu daripada cabang falsafah yang mesti dikuasai ketimbang, misalnya, musik, logik dan lain-lain. Dan matematik bukan sekadar kali-kali yang merumitkan di atas kertas. Matematik adalah ilmu dalam lingkungan. Ia hidup dan berinteraksi dengan kehidupan manusia secara real dan kompleks.

Kerana itu, bagi saya, Adi Putra bukan genius. Ia cuma gifted. Jika ia mau dihormati, ia perlulah mempelajari ilmu-ilmu agamanya, moral, adap sopan, bahasa, sastera, sejarah, geografi, Sains, musik dan lain-lain. Kenyataannya tidak ada cendekia yang selalu mendabik dada dan bersuara, "Saya Ferrari dan anda Kanchil."

Mereka itu orang-orang yang diam dan selalu merendah diri.

Saya pasti, jika pun Adi Putra dibenarkan mengambil PMR atau SPM, dia akan gagal. Dia cuma akan cemerlang dalam subjek Matematik. Tawaran Unisel juga adalah tawaran yang sangat berhelah. Ia akan menjadi seorang lagi Sufiah, korban glamor dan keghairahan.

Antara 2 darjat

Antara 2 darjat
Posted on Monday, January 21 @ 19:13:46 MYT by greenboc
Fikir Sejenak Oleh helangdeli

"Petikan dan tanggapan kepada berita di Berita Harian Online, 20 Jan 2008: Kaedah jimatkan kos bina rumah diteliti


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan sedang mencari kaedah terbaik bagi mengurangkan kos pembinaan rumah, supaya rakyat dapat memilikinya pada harga yang berpatutan.

Rakyat tidak perlu menilai apa saja kaedah apatahlagi membincangkan soal pembinaan mahligai pemimpin-pemimpin dari pihak kerajaan Barisan Nasional. Ini bagi membolehkan mereka meneruskan impian mereka untuk memilikinya pada harga yang melampau tinggi.



Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan oleh kabinet, dan antara kaedah yang difikirkan sesuai ialah menggunakan sistem pembinaan pasang siap.

Datuk Z berkata, perkara itu sering dibincangkan sesama mereka, dan antara kaedah yang difikirkan gempar ialah dengan menceroboh mana-mana tanah rizab kerajaan.

Beliau berkata, semua komponen binaan rumah seperti tingkap, dinding dan pintu boleh dikeluarkan secara besar-besaran menerusi “Industrialize Building System” supaya kos pembinaan rumah menjadi lebih murah.

Mereka berkata, semua komponen seperti morzaic, pintu dan sehingga perabot semuanya tidak perlu dipersolakan oleh rakyat walaupun kos sememangnya mahal dan itu adalah setimpal dengan harga bagi barangan import.

“Kalau kos rendah, harga atau sewa rumah juga boleh dikurangkan dan ini pastinya tidak membebankan rakyat,” katanya berucap pada majlis pelancaran dan serah kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Ampang Jajar dekat sini, semalam. Hadir sama, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Kalau kos bukan jutaan, mahligai yang kami impikan tidak akan kesampaian. Jadi tidak mengapalah kalau belanja besar sikit, lagipun ini boleh dianggap sebagai pelaburan jangka panjang. Pasti rakyat akan bangga sekiranya pemimpin mereka mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mahligai berharga jutaan ringgit. Untuk itu kita sanggup memberikan seluas mana tanah rizab milik rakyat.

Pangsapuri 760 unit bernilai RM31 juta itu, akan disewa kepada rakyat miskin pada kadar serendah RM100 sebulan termasuk kos penyelenggaran.

Mahligai itu nanti tidak perlu dibayar balik kosnya kepada rakyat dan pemimpin tesebut boleh memilikinya sampai mati.


Beliau berkata, jika rakyat hendak membina rumah sendiri, mereka boleh membeli komponen itu dan meminta tukang rumah memasangnya dengan upah yang berpatutan.

Jika pemimpin hendak membuat renovation, mereka boleh menggunakan duit hasil jualan bantuan banjir yang kerajaan salurkan dan nanti bolehlah menggunakan khidmat kontraktor yang menyokongnya. Soal bayaran, kita boleh pusing duit-duit dari sources yang ada.

“Tukang rumah pula janganlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu lebih ramai rakyat yang dapat memiliki rumah mampu milik dan sekaligus mengatasi masalah kekurangan rumah untuk rakyat,” katanya.

Kontraktor pula bolehlah kenakan bayaran terlalu tinggi. Melalui cara itu pemimpin yang memiliki kediaman seperti istana, mengkayakan kroni dan sekaligus mengindahkan lagi kawasan sekitar kita yang sekarang ini telah mencapai target setinggan sifar.

Abdullah juga menasihatkan rakyat supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan pemakanan bagi mengecilkan kos kehidupan.

Abdullah jug tidak menasihatkan menteri-menterinya supaya berjimat cermat dan tidak membazir, khususnya dalam penggunaan elektrik, air dan utility lain kerana segala kos isi rumah dan tol akan ditanggung oleh rakyat. Mereka juga boleh ‘claim’ dari duit rakyat.

"Kerajaan memang mencari kaedah untuk mengurangkan beban sara hidup rakyat, selain memberikan pelbagai subsidi, tetapi rakyat jangan pula membazir," katanya.

Kerajaan tidak mencari kaedah untuk mengurangkan beban rakyat kerana sebegitu ramai kroni perlu disuap, selain memberi pelbagai projek, dan rakyat sama sekali selama-lamanya tidak boleh membazir.

Abdullah berkata, rakyat perlu berjimat-cermat supaya sumber sedia ada dapat bertahan lama, apatah lagi amalan membazir mengikut ajaran Islam adalah sahabat syaitan.

Najib juga pernah menasihatkan rakyat untuk ubah gaya hidup. Kalau dulu naik kereta seorang sebuah kereta, sekarang kena kongsi-kongsi. Kos minyak jimat, jalan tak jamm dan udara lebih bersih. Pemimpin tidak mengapa, boleh tambah koleksi kereta mewah dan bida no plat yang mahal-mahal.

Sambil mengakui sebahagian harga barangan naik sedikit, beliau menjelaskan ia disebabkan pasaran global dan di luar kawalan kerajaan.

Harga barangan kita memang selalu naik dari tahun ke setahun. Kadang-kadang 2,3 kali setahun. Penyelarasan gaji sahaja yanh lama tak diperbaharui. Kalau ada pun, penyelarasan yang dibuat memang sepatutnya telah dibuat sekian lama. Dan yang paling penting selalunya ialah harga barangan kita adalah yang paling rendah kalau nak dibandingan dengan negara-negara lain.

"Pembangkang senanglah cakap. Mahu turunkan harga itu, ini, dia (pembangkang) bukan ada tanggungjawab. Kerajaan lain, kita sentiasa bertanggungjawab membela rakyat," katanya.

Pembangkang memanglah kerjanya untuk menegur kerajaan. Itu adalah pelengkap kepada sistem demokrasi. Tidak dipanggil demokrasilah kalau tak ada teguran, tapi dipanggil kuku besi. Kalau UMNO/BN jadi pembangkang nanti sama juga, akan membangkang juga.

Beliau seterusnya menegur pembaziran yang kerap berlaku pada majlis keraian, terutama dari segi penyediaan makanan sehingga ada yang terbuang sedangkan ramai lagi yang memerlukan makanan.

Ikut saja cara Tuan Guru Dato’ Nik Aziz dalam hal ini, bajet majlis keraian tidak diambil semuanya. Rumah rasmi tidak digunakan dan memilih untuk menggunakan rumah sendiri. Rumah rasmi digunakan untuk kemudahan rakyat seperti dijadikan sebagai pusat penempatan banjir. Tidak macam Pak Lah ada rumah besar, Sri Perdana dan juga rumah mewah di Australia.

UMNO Memang Penakut!!!

UMNO Memang Penakut!!!
Posted on Monday, January 21 @ 19:17:47 MYT by greenboc
Berita Oleh akusokongtokguru

"a
KUALA TERENGGANU, 21 Jan -
Umno dan Barisan Nasional (BN) sentiasa menghalang perhimpunan dan kempen yang dianjurkan oleh parti politik khususnya pembangkang kerana takut penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan mereka selama ini kepada rakyat dan negara bakal terdedah.

Pengerusi Lajnah Guaman dan Undang-undang PAS Pusat,Hanipa Maidin (foto) berkata Umno/BN menggunakan pelbagai cara untuk menghalang pembangkang bersuara malah sanggup membazirkan wang dan masa membuat pendakwaan yang tidak perlu seperti dalam insiden kes Batu Burok pada 8 September lalu.



"Bagi Umno/BN apabila berhimpun sahaja adalah salah. Di dalam demokrasi, parti-parti politik dibenarkan untuk berhimpun dan berkempen serta membuat pemberitahuan dan hebahan.

"Sekiranya parti-parti politik tidak dibenarkan untuk membuat perhimpunan, ia tidak lagi dipanggil demokrasi," kata beliau ketika berceramah di dalam majlis ceramah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Pekan Batu Enam, Terengganu semalam.

Beliau hadir berceramah sempena hari perbicaraan Suwandi Ab Ghani dan Muhamad Azman Abd Aziz, mangsa tembakan peluru hidup polis serta 18 orang pada sebelah siangnya di Mahkamah Kuala Terengganu.

Dalam pada itu Hanipa memberitahu para hadirin tentang kes Azman dan Suwandi, bahawa kejadian buruk itu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan memberikan kebenaran rakyat untuk berhimpun pada 8 September yang lalu.

"Apabila parti politik berhimpun dan berkempen, Umno/BN takut rakyat tahu tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang telah dilakukan, mereka gunakan gunakan pelbagai cara untuk menghalang pembangkang bersuara.

"Rakyat mesti menolak Umno kerana Umno menggunakan agama Islam semata-mata untuk mendapatkan undi, bukan beriman dengannya," katanya yang merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Nazri Aziz yang terus terang mengatakan bahawa Umno terpaksa menggunakan Islam untuk melawan PAS, bukan untuk melaksanakannya.

Dalam pada itu lebih 400 dari 1500 orang yang hadir menunaikan solat hajat di hadapan mahkamah Kuala Terengganu sekitar jam 10.30 pagi semalam yang diimamkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya Negeri Terengganu, Dato̢۪ Ustaz Hj Abu Bakar Chik.

Bapak Judi Gelisah Khairi Nak Bertanding Di Putrajaya

Bapak Judi Gelisah Khairi Nak Bertanding Di Putrajaya
Posted on Monday, January 21 @ 19:10:18 MYT by greenboc
Bahan Umum Oleh akusokongtokguru

"a
Putrajaya, 21 Jan -
Ahli Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Mansor makin gelisah dan menafikan sekeras-kerasnya beliau akan digugurkan dari menjadi calon di kawasan itu dalam pilihan raya umum ke-12 nanti, ekoran tersebarnya khabar angin kononnya Putrajaya akan ditandingi oleh menantu Perdana Menteri,iaitu Si Khairy Jamaluddin budak hingusan.


Menurut Yang Dipertua PAS Putrajaya, Ustaz Mohd Nazir Zakaria, beberapa tekanan yang diberikan oleh Perdana Menteri agar Tengku Adnan bekerjasama penuh dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap isu penyelewengan klip video Tourisme serta isu klip video konspirasi hakim yang sedang disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja, membuktikan terdapatnya usaha untuk "menyingkirkan" beliau.

Tengku Adnan katanya, makin kelam-kabut dengan membuat percubaan berani mengelak dari dituduh terlibat dalam konspirasi hakim yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Diraja, dengan mendakwa VK Linggam sebagai mabuk dan gila, dan beliau sendiri tidak tahu kenapa namanya disebut dalam perbualan itu.

Mohd Nazir percaya, Khairy sedang berusaha untuk bertanding di Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dan keadaan ini makin menyulitkan Menteri Pelancongan itu.

Putrajaya, jelas Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan itu, akan dijadikan pangkalan Khairy untuk mensasarkan target politiknya dalam kabinet mertuanya, Abdullah Ahmad Badawi selepas pilihan raya umum ke-12 nanti.

"Kalau Khairy tak rebut sekarang, peluang ini mungkin tak akan datang lagi. Tengku Adnan sudah dipalit kotor. Saya percaya, peluang ini sedang digunakan Khairy untuk melobi bertanding di sini," tegas beliau ketika dihubungi.

Sebelum ini, PAS Putrajaya dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan Naib Ketua Pemuda Umno itu akan bertanding di Putrajaya."

Kes Batu Burok, Peguam Negara digesa 'perbetulkan keadilan'

Kes Batu Burok, Peguam Negara digesa 'perbetulkan keadilan'
Posted on Monday, January 21 @ 19:04:21 MYT by greenboc
Berita Oleh akusokongtokguru

"aKUALA TERENGGANU, 21 Jan - Wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (foto) menggesa pihak Peguam Negara memperbetulkan usaha bagi menegakkan keadilan di negara ini.

Katanya, Peguam Negara perlu memberi keadilan yang sewajarnya dalam perbicaraan isu 8 September 2007 lalu di Batu Burok.


"Saya minta Peguam Negara memberi keadilan dalam isu di Batu Burok ini supaya rakyat akan terus memberikan keyakinan terhadap sistem kehakiman dan keadilan yang ada dalam negara kita," ujarnya pada sidang media di hadapan pintu masuk Mahkamah Tinggi Kuala terengganu, semalam.

Beliau bercakap bagi pihak Bersih memberikan sokongan penuh kepada kedua-dua mangsa tragedi di Batu Burok yang didakwa di mahkamah.

"Bersih akan terus memberikan pembelaan kepada dua anak muda itu yang dizalimi oleh satu sistem yang tidak adil, suatu sistem yang didalangi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

"Kita ingin supaya disegerakan keadilan itu terlaksana dan pada hari ini kita mempertegaskan supaya diberikan ikat jamin kepada Suwandi dan Azman," tegasnya.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyertai Himpunan Aman Menyokong Suwandi dan Azman di pekarangan pintu masuk Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

"Saya mewakili Pesuruhjaya dan saf kepimpinan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Bersih dan pimpinannya kerana telah bersetuju untuk meneruskan perjuangan, perpaduan bersama Suwandi dan Azman.

"Kita menyeru kepada seluruh rakyat supaya memberi sokongan kepada jemaah Islam (PAS) dan perjuangan menuntut keadilan yang sedang kita perjuangkan sekarang ini.

"Kita akan meneruskan sokongan kerana ini sebahagian dari perjuangan kita menegakkan keadilan," ujarnya.

Katanya, suara rakyat hendaklah diperjuangkan dan bukan hanya mengikut segelintir suara pihak penguasa yang tidak mahu menegakkan keadilan dalam negara ini.

Gani Patail, dosamu bukan 4 tahil!

Gani Patail, dosamu bukan 4 tahil!
Posted on Monday, January 21 @ 19:05:31 MYT by greenboc
Penulisan Kreatif Oleh Yaasin

"aSuwandi dan Azman sudah bebas,
Diiikat jamin oleh pendokong PAS,
Mahkamah Tinggi buat keputusan lepas,
Mahkamah Sesyen BANGANG hampas.

Suwandi dan Azman dulu dizalimi,
Dipenjara di Marang terkurung sendiri,
Oleh kerajaan BN jahat terhadap rakyat sendiri,
Konon slogan Islam Hadhari Terengganu Bestari.


Pendakwanya Gani Patail,
Turun sendiri dari pejabat di KL,
Nak kata tak reti atau jahil,
Pertahankan kezaliman dengan degil.

Bersungguh-sungguh datang ke Terengganu,
Dakwa Suwandi dan Azman punya salahlaku,
Taraf Peguam Negara dilacur sebegitu,
Lebih rela jadi gurkha untuk Pak Lah dan kuncu.

'Kepada si zalim jangan kamu cenderung',
Nanti kamu disambar api marak menjulang,
Peringatan Tuhan kita junjung,
Kalau tak takut NERAKA silalah buat sombong!

rantisi_jr

Percaturan Politik Malaysia

Percaturan Politik Malaysia
Posted on Monday, January 21 @ 18:58:56 MYT by greenboc
Bahan Rencah Oleh kudakepang

aPercaturan politik di Malaysia nampaknya sedang menuju ke satu trend yang amat kotor. Selepas seorang menteri MCA kecundang akibat penyebaran satu dvd seks membabitkan dirinya, kini satu lagi dvd seks yang membabitkan seorang lagi menteri dikatakan akan disebarkan di Kepala Batas.

Sumber-sumber memberitahu blog ini, dvd itu dikatakan memaparkan “adegan seks amalan kaum Nabi Lut” yang dilakukan oleh seorang menteri. Ikut terminologi moden, menteri itu dikatakan berasmaradana secara gay.


Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi bukannya daripada MCA. Menurut tulisan blogger Datuk Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, dvd itu dipercayai “melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura.”

Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa amalan gay menteri berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata.

Oleh itu, soalnya di sini ialah, kalau amalan songsang menteri berkenaan dirahsiakan selama ini, mengapakah kini terdapat usaha untuk mendedahkannya? Siapakah pihak ini? Dan, apakah motif politik di sebaliknya?


Sumber-sumber yang sama juga mempercayai pihak yang terlibat mendedahkan skandal seks para menteri kebelakangan ini adalah dari satu kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai nafsu politik yang amat rakus.

Sumber-sumber itu juga berkata, pihaknya menerima info bahawa dua lagi dvd seks mengenai “dua lagi orang besar” mungkin disebarkan oleh pihak berkenaan di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.

Jadi, adakah usaha di atas sesuatu yang terancang dan dilakukan oleh pihak yang mungkin rapat dengan pucuk kepimpinan negara?

BN yakin boleh menipu lagi

BN yakin boleh menipu lagi
Posted on Monday, January 21 @ 16:00:24 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh ning

"assalamualaikum.,,

aMenjenguk seketika berita berita yang tersiar diakhbar arus perdana, kelihatan BN begitu optimis dan yakin memenangi PRU akan datang. perbagai isu huraian dan hujjah diberikan olih pemimpin mereka muktakkir ini yang menggambarkan BN akan menang lagi.

Terkini PM mengumumkan cuti umum Thaipusam di Wilayah Persekuuan dan Putra Jaya dan disusuli dengan berita MIC akan memastikan orang India terus menyokong BN.


Sebelum itu Mat Tyson menyatakan keyakinannya bahawa BN akan terus menguasai 2/3 majoriti kerana pembangkang tidak mampu duduk semeja macam BN dan tidak mempunyai peluang untuk menang. PAS dan DAP tidak mungkin bersama. ZAM pula menyatakan kerajaan Kelantan tidak lagi releven.sambil najib dalam siri kenyataannya menggambarkan BN masih lagi utuh dan kuat.

Itulah yang kita dengar. Mengimbau kembali sejarah PRU 2004 BN nampaknya mengulangi taktik yang sama. Semasa PRU 2004 ditampilkan personaliti PAKLAH yang sederhana menjadi imam solat dan dengan sajak yang menyatakan dia tak cari harta bertimbun.kemudian Hisyamuddin sebagai Ketua Pemuda tampil di kaca kaca tv memberitahu bahawa PKR bukan lagi ancaman kepada BN.

Tetapi yang tidak dinyatakan ialah peranan Rashit dan SPR dalam konspirasi memenangkan BN dalam pilihanraya.rashit datang dengan kejutan bilamana dia membuat beberapa peraturan baru antaranya setiap calon bolih menarik diri dalam masa 3 hari.

Sehubungan dengan itu terbongkar kisah percubaan rasuah calon PAS di Johor. Pada ketika itu tak ramai menyedari kenapa calon PAS cuba dirasuah dikawasan kebal BN. Tetapi sesudah pilihanraya baru disedari tujuan rasuah ini.

Pengundi pengundi yang tidak mengundi di kawasan yang dimenangi tanpa bertanding ini dirancang untuk diangkut ke Kelantan dan Terengganu sebagai "hantu".

Itu sebahagian taktik menipu BN. Lantaran terkejut dengan kekalahan besar pembangkang mula membuat postmortem dan didapati berbagai bagai penipuan lagi termasuk orang mati keluar dari kubur pendatang asing didaftarkan sebagai pengundi(dalam kes kelantan dan perlis serta kedah didapati warga thai dari selatan siam turut dibawa masuk).

Begitu juga penggunaan gangster dan samseng untuk menakut nakutkan rakyat khususnya orang Cina dan India. Para graduan yang mengganggur diberi janji untuk kerja dan sedikit habuan untuk menjadi pengundi hantu berkaki di terengganu dan kelantan. Psaikologi war turut digunakan untuk menimbulkan suasana panik dikalangan pembangkang dan kakitangan SPR diajar bagaimana nak menipu bagi memenangkan calon BN di kawasan kawasan tertentu.

Tok Guru Hj Hadi hampir menjadi mangsa penipuan ini dimana penjumlahan undi diterbalikkan angka sebenarnya dan Ust Wan Hassan kalah di DUN Sura akibat kehilangan 2 peti undi yang tidak tahu dimana disembunyikan olih pegawai SPR ini.

Itulah imbasan PRU yang lalu yang sebenarnya masih segar dalam ingatan kita orang terengganu.

kita merasakan dibakar hidup hidup tetapi itulah kenyataannya yang perlu kita terima dek kelalaian kita.dari pengalaman ini dan dari apa yang berlaku sekarang ini bilamana pemimpin BN mula mengeluarkan kenyataan kenyataan bodoh kita merasa sedikit cemas kerana terasa seolah olah sejarah 2004 akan berulang walaupun Najib mengatakan BN tak sanggup menang menipu.

Ditambah pula jawatan Rashit secara tergesa gesa disambung dan tuntutan BERSIH dibuat endah tak endah sahaja. semua perkara ini menggambarkan BN yakin untuk menipu lagi dalam PRU akan datang.

Sebahagian penipuannya telah dibongkar berikut terjumpanya senarai pengundi bawah 21 tahun dan ramai lagi pengundi yang meninggal dunia masih tersenarai.

Begitu juga mengumuman tambahan peruntukan sebanyak 200 juta utuk pembinaan lapang tebang Kuala Terengganu meragukan disaat PRU hampir tiba, mungkinkah peruntukan ini sebenarnya untuk digunakan semasa PRU nanti?

Mungkinkah perang saraf BN telah bermula dengan segala kenyataan bodoh ini? Dan apakah kenyataan ini sekadar cubaan melindungi Penipuan yang dirancang? Mungkinkah sejarah 2004 akan berulang? Rakyat menentukannya.

Teruknya BN : 40,000 Anak India Tiada Surat Beranak

Teruknya BN : 40,000 Anak India Tiada Surat Beranak
Posted on Monday, January 21 @ 16:05:15 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh cina-islam

"a
Pendedahan mengenai 40.000 orang India tidak memiliki sijil kelahiran menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan BN itu sendiri. Kenyataan ini dalam suatu segi lain adalah saya anggap sebagai strategi politik dan memujuk masyarakat India suapaya kembali menyokong MIC dan BN.

Namun usaha kita ragu dan gentar kerana telah berulangkali ditegaskan dalam banyak tulisan bahawa orang India sah telah berubah angin. swing politik orang India telah mencapai tahap 360 darjah dan di atas tahap mendidih. Nasi telah menjadi bubur semua hati-hati dan perasaan rakyat telah terbakar hangus dan kita sepakat untuk menolak BN dan kita telah maklumkan BN adalah sangat bahaya kepada negara Malaysia.


Utusan melaporkan, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran. Ahli MT UMNO,Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menambah, kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu latar belakang kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa mereka sebelum mengeluarkan sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya penipuan. “Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO baru-baru ini mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah pendaftaran anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak.

Persoalannya kenapa orang India begitu ramai sekali yang tidak mendaftarkan kelahiran anak. Jawapannya mudah sahaja kerana mereka rata-rata melahirkan anaknya diluar pengetahuan pihak berwajib iaitu melahirkan dirumah sahaja. Kalau beranak di hospital tentu urusan mendapatkan surat beranak dapat dikesan lebih awal.

Bukanya orang India sahaja seronok-seronok hendak beranak di rumah. Kita beranggapan mereka memang tidak mampu melakukan kerana walaupun ke hospital kerajaan mesti memerlukan wang. Mereka betul-betul terdesak dan miskin.

Kemiskinan ini lah yang didedahkan oleh HINDRAF, sekaligus senasiblah rakyat Malaysia tak kira bangsa, Melayu, Cina atau India jadi miskin kerana dasar BN yang tidak membantu rakyat. Politik pecah dan perintah BN pada dasarnya menguntungkan pemimpin-pemimpin politik kompenan BN sahaja. Yang merempat dan susah adalah rakyat bawahan.

Pagi ini semasa bertemu dengan seorang pemuda India, bila saya tanya apa nak pangkah sekali ini,. tanpa berfikir panjang dia kata "bulan".

Pesoalan keduanya saya kira adalah gimik politik kerajaan dan BN untuk memujuk dan buat baik kepada orang India yang menolak BN, kebimbangan ini semakin pasti menyebabkan banyak kerusi BN yang diwakili oleh MIC akan jatuh kepada pembangkang. Begitu juga kerusi Parlimen dan DUN yang komposisi orang Indianya adalah undi penentu. Di Perak tempat Presiden MIC di Sungai Siput juga sudah tidak selamat. Malah nama "abang mie" di Sungai Siput dangat dinenci sekarang ini.

Kita yakin orang india tidak sedangkal itu fikiran mereka, mereka sudah cukup perit dengan penipuan selama ini. Ayuh teman-teman masyarakat India bersiap sedia untuk menjatuhkan BN untuk menaikkan Kerajaan Barisan Alternatif (BA) yang memberi keadilan kepada semua agama dan bangsa.

http://idhamlim.blogspot.com

Bukti Kaum India Terpinggir, 40,000 Anak Kaum India Tiada Surat Beranak

Bukti Kaum India Terpinggir, 40,000 Anak Kaum India Tiada Surat Beranak
Posted on Monday, January 21 @ 11:44:52 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh PAS Johor Bahru

India MalaysiaPASJB memandang serius pendedahan oleh kerajaan bagaimana 40,000 anak orang-orang India selama ini tidak mempunyai surat beranak yang sekaligus membuktikan hak kaum India yang dipinggirkan.

Disana masih ramai lagi orang-orang India yang duduk didalam estet-estet perladangan, sudah semestinya mereka terpinggir dari arus kemodenan negara.

Usaha kerajaan untuk memberikan surat beranak kepada mereka dan pendaftaran dimana-mana sekolah kerajaan bagaimanapun disambut baik oleh PAS cumanya kenapa baru sekarang hal kebajikan kaum India mahu diambil peduli oleh kerajaan.


Tidakkah ini semua ada agenda tersembunyi disebalik hampirnya tarikh pilihanraya ataupun kegusaran kerajaan bilamana Hindraf lahir sebagai wadah perjuangan orang India setelah sekian lama ditipu oleh MICBN.

Disinilah kaum India mempunyai kelebihan berbanding kaum melayu, seharusnya kaum India mengambil peluang diatas tuntutan mereka untuk cuba tarik tali dengan parti pemerintah BN.

Dikala ini BN akan menunaikan apa sahaja tuntutan dan permintaan kaum India asalkan kaum India akan terus mengundi mereka dalam pilihanraya, tidakkah politik Malaysia seperti politik Tamil Nadu.

Kami mengingatkan kaum India disini supaya jangan terjerat dengan politik jahat pemerintah seperti ini, sudah menjadi lumrah bilamana sebelum pilihanraya tuntutan-tuntutan akan dilayan.

Jalan yang tidak rosak pun akan ditar baru, cuti Thaipusam pun akan diberi dan pemimpin politik yang tidak pernah menjenguk rakyat pun akan datang bertanyakan masalah seolahnya mereka datang sebagai penyelamat. Walhal merekalah yang akan hilang setelah menang pilihanraya dan akan muncul semula bila sokongan rakyat ditagih untuk pilihanraya akan datang.

Kami tegaskan disini keadilan bukannya milik satu kaum sahaja tetapi milik semua kaum biarpun ia warganegara ataupun tidak.

Kaum India mestilah bersama-sama dengan semua pakatan pembangkang untuk mengajar BN kali ini, menjadi bonus buat rakyat sekiranya pembangkang diberikan mandat untuk menang dan memerintah.

Ini semua tidak mustahil sekiranya rakyat berani membuat perubahan... Satu undi rakyat boleh mengoncang kerusi empuk BN selama ini...BN akan sampai ajalnya...


40,000 anak India tiada surat beranak

SHAH ALAM 20 Jan.-Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menambah, kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu latar belakang kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa mereka sebelum mengeluarkan sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya penipuan.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO baru-baru ini mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah pendaftaran anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak.
"Terdapat kira-kira 40,000 anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Menteri Besar Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kaum India di sini malam tadi.

Menurut Mohamad Khir, sebagai permulaan, kesemua mereka akan dibenarkan mendaftar di mana-mana sekolah kerajaan berkuat kuasa tahun ini bagi membolehkan pendidikan sempurna dapat diberikan.
"Kerajaan mahukan semua rakyat dari setiap kaum mendapat peluang yang sama rata dalam semua bidang termasuk pendidikan.

"Oleh itu, dengan usaha ini ia akan memberi peluang kepada anak kaum India meningkatkan taraf hidup mereka pada masa depan khususnya dalam usaha membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan," katanya.


Sumber : Jundullah - Utusan Meloya

Cuti Thaipusam untuk Wilayah Persekutuan:Hadiah berharga untuk HINDRAF.

Cuti Thaipusam untuk Wilayah Persekutuan:Hadiah berharga untuk HINDRAF.
Posted on Monday, January 21 @ 11:49:28 MYT by SongkokPutih
Komentar Oleh fezuljengka

"

ThaipusamSelepas beberapa minggu dipenjara,dibelasah oleh polis dalam tahanan,hari ini Suwandi dan Azman dibebaskan dengan ikat jamin RM 3000 setiap seorang.Sebelum ini 30 orang yang dikaitkan dengan keganasan dalam himpunan HINDRAF dibebaskan hanya dengan ikat jamin RM 500.Jelas tergambar sikap double standart pemimpin negara .



Walaupun menuduh HINDRAF sebagai terlibat dengan pengganas antarabangsa tetapi hakikatnya BN lebih berlembut dan menerima desakan –desakan dari HINDRAF. Pemimpin mereka yang kononnya di ISAkan tidak pula melalui soal siasat 60 hari di Bukit Aman yang penuh penyiksaan.

Hari ini sekali lagi pemimpin negara menunjukkan toleransi mereka dan melayan tuntutan HINDRAF apabila Pak Lah mengistiharkan cuti umum Taipusam bagi seluruh Wilayah Persekutuan.Pengumumannya dihadapan ribuan masyarakat India disambut dengan tepuk sorak kegembiraan.Secara spontan Samy Vellu meluru kearah PM Dolah bersalam tanda kegembiraan.

Dalam kenyataan Samy Vellu selepas itu,beliau mengatakan sejak tahun 1986 MIC telah menuntut cuti umum untuk perayaaan Taipusam,tetapi kata beliau selepas 20 tahun ,hari ini perjuangan mereka telah berjaya.

Siapakah yang telah mendesak PM Dolah sehingga beliau bersedia memberi hadiah besar kepada penganut Hindu menjelang perayaan Taipusam?

Tidakkah inilah yang diperjuangkan HINDRAF!.Begitu mudah sekali PM didesak dan dipujuk oleh masyarakat India khasnya penganut Hindu ,tetapi bagaimana dengan tuntutan rakyat yang lebih ramai yang mahukan pilihanraya bersih,apa respon PM?Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman ,itulah respon PM.(tukulbesi.blogspot.com)

Bila nama PM Malaysia tidak disebut

Bila nama PM Malaysia tidak disebut
Posted on Monday, January 21 @ 11:36:46 MYT by greenboc
Artikel Oleh fudzail, klpos

aBERITA dibawah dari agensi berita WAM mengenai Forum Perikatan Ketamadunan (AOC) yang mana PM Malaysia, sebagai Pengerusi OIC turut serta berucap sebagai ahli panel. Kalau diukur dari segi kedudukan beliau sebagai pengerusi OIC dan Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Muslim, sepatutnya nama Paklah termasuk dalam senarai mereka yang berucap, seperti Erdogan, PM Turki. Tetapi PM Malaysia tidak disebut. Begitulah taraf sebenar Paklah di Timur Tengah. Paklah tidak punya populariti seperti Mahathir. Kedudukan sebagai pengerusi OIC juga sekadar pada nama.


Beberapa orang tokoh korporat tempatan yang saya kenali tidak segan silu mengutuk Paklah. Ada juga yang bertanya, "Bila Anwar akan jadi PM?"

Seorang lagi yang memegang jawatan sebagai ketua pelaburan sebuah syarikat gergasi kerajaan Dubai berkata, "Selagi Abdullah menjadi PM Malaysia, kami tidak akan melabur, cukuplah!"

Akhbar tempatan di sini menyiarkan mengenai rombakan kabinet UAE bulan depan. Bersama arahan Sheikh Mo, sebagai PM untuk membina 40,000 buah vila, sebagai 'hadiah' kepada marhaen seluruh UAE yang memerlukan rumah.

Pengumuman ini dibuat selepas Sheikh Mo melawat kawasan timur dan tengah UAE selepas hujan lebat yang berlanjutan selama 4 hari berturut-turut.

Projek bernilai AED15 bilion itu dimulakan segera dan dijangka siap dalam masa 3 tahun.

Sheikh Mo berkata:

“I did this tour today to acquaint myself with people’s conditions and needs, and I believe the more visits we undertake, the more we learn. We know there are some nationals in need, but they cannot reach us, and this is why we reach them to find out their needs,” he added.

Tidak seperti Paklah yang begitu kerap ke luar negara dengan menghabiskan puluhan juta, Sheikh Mo lebih banyak melawat kawasan luar bandar dan pedalaman.

Begitupun dengan pilihanraya yang dijangka pada bulan Mac, tentunya Paklah akan melawat serata Malaysia untuk berkempen, dengan menggunakan semua jentera dan dana kerajaan!


Visual Banjir di Sharjah pada 15 Jan 2008

UAE praises Madrid conference outcome

WAM

Published: January 18, 2008, 00:14

Madrid: The first Alliance of Civilisations Forum was concluded in Madrid on Wednesday with a call for promoting and fostering inter-faith and cross-culture dialogue.

Having a high-profile presence in the meeting, the UAE considers the concept of the Alliance of Civilisations initiative as one of the most important global initiatives of recent years.

"We offer our sincere thanks to the governments of Spain and Turkey for having launched this initiative, and we pledge our full support for the alliance and its objectives," Abdul Rahman Mohammad Al Owais, Minister of Culture, Youth and Community Development, said in a speech at the conference.

He said the promotion of dialogue between cultures and between faiths "is something to which we must all pay attention, if we are to hope for a peaceful world, where tolerance, rather than bigotry, prevails, and where misunderstandings based on ignorance are removed".

"For us in the UAE, tolerance of different faiths, different cultures and different races is fundamental to our way of life and the world as a whole. People from nearly 200 countries live and co-exist peacefully and harmoniously together within our borders. People of all religions, ... practice their faiths, side-by-side.

Co-existence

"Indeed, in our capital city of Abu Dhabi, one of the largest mosques is immediately adjacent to the Catholic Cathedral, the Coptic Cathedral and the Anglican Church symbolising our respect to all faiths and commitment to inter-faith understanding," he said. "That is how we wish it to be. That basis of tolerance and dialogue is an essential part of the religion of Islam."

He said through tolerance and dialogue comes understanding and a recognition that stereotyping of other cultures and other faiths can only lead to misunderstanding and a breakdown in harmony.

"Part of our understanding and of the way in which we practice tolerance in these matters is that we recognise that people of each and every culture, each and every faith, hold certain things dear to their hearts.

"As a corollary, we believe that it is incumbent upon us to ensure that persons who claim to be a part of other cultures and other faiths do not deliberately set out to cause offence, or to poke fun at those aspects of culture and belief that are so important to others, which might inflame public opinion and ... [create] distrust and animosity.

"While we recognise, and value, the right to the freedom of expression, it is our view that there is a need for a greater acceptance of responsibility in the way that freedom is used, particularly by the mass media," he said.

Al Owais said such freedoms should not be used to permit and to justify the publication of inflammatory material that cannot only lead to a deepening of misunderstanding between cultures and faiths, but also to violence and death.

He said the promotion of dialogue and understanding, indeed the promotion of an alliance of civilisations, can only hope to be successful "if we all exert continuous and sincere efforts to build bridges, rather than to divide, to foster friendship, rather than hostility, to explain, rather than to disseminate views designed to deepen misunderstandings".
Global community

"We in the UAE will continue to play our part, both at home and elsewhere, in the pursuit of the goal to which we all aspire - a greater belief in the concept of global community and of the unity of mankind. We look forward to working with others in the effort to reach that goal," Al Owais said.

"We hope that this meeting will succeed in laying down a framework for continuing activity that will allow concrete steps to be taken towards our shared goals, with such a framework being designed to encourage and facilitate the participation of each and every state that is represented here," he said.

The two-day international gathering was opened by Spanish Prime Minister Jose Rodriguez Zapatero and addressed by Turkish Prime Minister Tayyip Recep Erdogan and UN Secretary General Ban Ki-moon.

It brought together political leaders, the media, and grass-roots and civil society leaders. Created in 2005, the Alliance seeks to overcome prejudices and polarisations between Islam and the West.

Tok Guru Nik Aziz Lebih Licik Politiknya Dari Anwar Ibrahim?

Tok Guru Nik Aziz Lebih Licik Politiknya Dari Anwar Ibrahim?
Posted on Monday, January 21 @ 11:39:05 MYT by SongkokPutih
Artikel Oleh TARMIZI MOHD JAM

Nik AzizSRI GOMBAK: Kesediaan PAS Kelantan untuk bertanding sendirian tanpa melibatkan PKR dalam pilihanraya ke 12 kali ini, dilihat sebagai strategi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengembeling dan memfokuskan jentera pilihanraya PAS Kelantan menentang BN sepenuh hati.

Dengan cara ini, kata penganalisis politik, Dr. Mohd Hasyim, segala isu dalaman dapat diketepikan bagi menghadapi musuh, Umno Barisan Nasional. Beliau berkata demikian dalam pertemuan singkat kali pertama Ahli Jawatankuasa Grop Universiti Ulu Klang di Sri Gombak, semalam sejak ia ditubuhkan.

Katanya, walaupun kenyataan itu cukup "pedas" tetapi Mursyidul Am PAS itu berjaya mengikat kembali sokongan ahli dan penyokong PAS seluruh Kelantan agar bekerja lebih kuat setelah PKR membuat keputusan untuk tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihan raya esok lusa.

Isu ugutan PKR yang akan memindahkan jentera pilihanrayanya ke Selangor dan Pulau Pinang, kata Dr. Mohd Hasyim telah berjaya membangkitkan rasa tanggungjawab seluruh jentera pilihanraya PAS di Kelantan bagi meningkatkan gerakerja parti.

Sehari sebelum Tok Guru Nik Abdul Aziz mengejutkan politik Malaysia dengan kenyataan "pedasnya" itu, Dr. Mohd Hasyim yang juga penulis prolifik telah membayangkan dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh Web Tranungkite bahawa PAS Kelantan kini berada diambang bahaya, jika kekuatan parti itu gagal digembeling sepenuhnya dalam masa terdekat bagi berdepan BN menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

Kata Dr. Mohd Hasyim, kekuatan PAS kini bukan sahaja tergugat, tetapi wibawa kerajaannya juga kian dipersoal umum setelah ia hanya bertenggek di atas kekuatan dua undi bagi menampung kekuasaan sebuah kerajaan negeri seperti yang wujud pada hari ini.

Beliau yakin, strategi Tok Guru Nik Aziz ini adalah percubaan untuk membendung beberapa isu yang mengaibkan PAS seperti dakwaan berlakunya rasuah dalam Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), pemberian konsensi balak, isu tanah dan lain-lain isu, yang dikhuatiri akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan PAS dalam pilihan raya kali ini.

Sebagai pemimpin yang sarat dengan pengalaman politik, Menteri Besar Kelantan itu ujarnya, tidak mungkin mencetuskan "kegawatan" dengan sengaja. Sudah tentulah terkandung "maslahat" tersembunyi bagi menyelamatkan PAS Kelantan dari merudum jatuh seperti kontroversinya amarann agar Dr. Syed Husin Ali tidak bertanding di Parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya ke 11 yang lalu.

"Saya yakin, tidak ramai yang nampak di sebalik kontroversi ini. Ada orang kata, Nik Aziz sudah nyayuk. Sudah tua. Pada saya, seni politik yang cuba dipamerkan Tok Guru cukup karismatik dan dia sebenarnya lebih licik dari Anwar Ibrahim," tegas beliau yang juga mantan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Pulau Pinang.

Menjelang PRU 12:Mari Tengok janji Pak Lah.

Menjelang PRU 12:Mari Tengok janji Pak Lah.
Posted on Monday, January 21 @ 10:41:43 MYT by greenboc
Komentar Oleh fezuljengka

"a
Paluan gendang pilihanraya ke 12 akan berlaku pada awal Mac depan semakin jelas kedengaran. Samada parti kerajaan mahupun pembangkang,masing-masing bersedia menghadapi kemungkinan PRU 12 dalam tempoh terdekat