Posted on Friday, January 18 @ 17:53:26 MYT by SongkokPutih


Sebenarnya Cucu bukanlah berniat untuk menghina Mahathir. Tapi Cucu hanya menyatakan itulah gelaran yang sinonim dengan beliau di zaman keagungannya dulu. Ingatlah, Mahathir terlalu banyak dosa pada kita.
Kerajaan yang ada hari ini adalah acuan "sekularisme" yang diasaskan oleh "Bapa Permodenan" negara ini sebenarnya. Kita boleh maafkan beliau jika beliau benar-benar insaf dan kembali ke pangkal jalan. Menyokong kebenaran dan menolak kebathilan.
Sebelum ini kita nampak ada petanda awal yang Mahathir seakan akan melompat ke "Kem Pembangkang". Tambahan pula beliau banyak menjelajah dan mengadakan ceramahnya di pentas pembangkang. Kisah beliau disembur dengan serbuk lada ketika kunjungannya ke Kota Bharu masih segar dalam ingatan kita. Ketika itu, Cucu membayangkan iklim politik Malaysia akan bertambah "Berbahang" seandainya Mahathir bersama pembangkang.
Tambahan pula Mahathir dilihat begitu serius menghentam Pak Lah. Isu-isu yang diketengahkan ketika itu kebanyakkannya adala isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang selama ini. Kita amat berharap ketika itu, andai Mahathir bersama kita maka kekuatan Barisan Alternatif akan semakin utuh. Bahkah, sikap beberapa orang pemimpin kerajaan didikan Mahathir sendiri yang begitu lantang menghentamnya, membayangkan kepada kita yang Mahathir hampir pasti bersama kita.
Namun, entah mengapa tiba-tiba Mahathir "Diam Menikus" tatkala isu serangan beliau terhadap kempimpinan Pak Lah sedang hangat diperkatakan. Kabarnya, mulut Mahathir ditutup oleh Pak Lah dengan mudah sahaja. Ini kerana Pak Lah tahu "Darah Daging" Mahathir adalah "Wang atau Duit". Maka kononnya kelantangan Mahathir itu ditutup dengan agihan projek yang mencurah-curah kepada keluarganya terutamanya anak-anak beliau. Mungkin Mahathir bengang kerana Pak Lah terus memperkayakan anak-anaknya, biarpun baru setahun jagung menjadi perdana menteri.
Sedangkan beliau mengambil masa 22 tahun untuk tujuan itu. Maka itulah beliau terlalu kecewa apabila Pak Lah membatalkan beberapa projek mega yang telah dipersetejui oleh beliau sebelum menyerahkan jawatannya kepada Pak Lah. Akibat "Gila Meroyan" itulah Mahathir menyerang Pak Lah bertubi-tubi, hingga bergegar juga mahligai airmata Pak Lah yang dibina oleh Mahathir di Putrajaya itu.
Mungkin, ramai yang sudah lupa tentang dosa Mahathir pada kita sebenarnya. Apatah lagi generasi muda yang semangat perjuangannya mula berkobar-kobar setelah zaman reformasi Anwar. Mereka "Mudah Lupa" akan kezaliman yang pernah dilakukan oleh Mahathir kepada kita. Banyak dosa-dosa yang telah dilakukan oleh Mahathir yang masing terngiang-ngiang dalam ingatan kita sehingga ke hari ini. Lantaran itulah bagi Cucu yang sudah lama tidak melihat kelibat Mahathir di kaca TV ini seakan terasa "Bengang" apabila melihat beliau kelihatan ceria sambil melambai-lambaikan tangannya kepada jurugambar ketika beliau disoal-siasat tentang "Isu Linggam" baru-baru ini.
Tambah "Menyampah" lagi mendengar jawapan yang mengada-ngada daripada mulut Mahathir apabila menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh Panel Suruhanjaya Siasatan Diraja. Jawaban "Tak Ingat, Tak Sedar dan Tak Tahu" adalah satu jawapan yang tidak sesuai dan seolah menghina sebenarnya. Namun entah mengapa Mahathir diberi kelebihan untuk berkata sedemikian agaknya. Hanya mereka yang menyediakan "Skrip Linggam" sahaja yang tahu.
Mungkin juga, mereka yang mempersoalkan perkataan "Mamak Firaun" juga sudah lupa dosa Mahathir pada kita selama ini. Ingatlah, dosa Mahathir terlalu banyak untuk dikenang sebenarnya. Beliau bukan sahaja menzalimi bangsa dan negara, malahan juga Agama Islam itu sendiri. Beliau telah banyak kali menghina Nabi, sunnah dan apa yang termaktub di dalam kitab Al-Quran dizaman keagungannya dulu. Imej sekularisme jelas terdapat dalam dirinya sama seperti Kamal Altartuk di Turki dulu. Maka, apakah menjadi kesalahan untuk kita menggelar beliau "Firaun"?. Sedangkan kelakuan dan tingkah lakunya selama ini jelas sekali hampir-hampir menyamai Firauan dulu.
Sama-samalah kita fikirkan. Justeru itu, kepada para pembaca yang menghentam serta mengkritik Cucu maka Cucu memohon ampun dan maaf andai perkataan dan gelaran tersebut terlalu hina untuk mereka dengar. Cucu hanya manusia biasa dan tidak terlepas lari dari melakukan kesilapan. Cuma cuba bayangkan antaran beberapa dosa dan jenayah Mahathir terhadap kita selama ini. Sila ke Blog cucumatkilau untuk lihat kebobrokan Mahathir dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI