KOMEN: Dipetik dari:
http://www.takgedebe.blogspot.com/
Friday, August 15
Menagih kepastian
Dari blog Ambuyet Al Binangkit dapat dilihat gambar dibawah yang dikatakan ada kaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj nabi s.a.w. Saya sungguh teruja melihatkan gambar ini kerana telah lama kita mendengar cerita tentang batu ini yang hendak mengikut nabi semasa peristiwa mikraj tetapi dihalang oleh malaikat sehingga kekal ia tergantung pada hari ini.Kita juga ditunjukkan dengan tayangan video mengenai bangunan ini dan batu tersebut.
Bangunan ini berbentuk 8 segi. Kedudukan batu tergantung adalah di tengah2 bangunan, iaitu sebelah kanan pakcik yang dalam gambar di atas. Binaannya dari marmar, malah saluran air dari bumbungnya juga dari marmar.
Hanya satu kemusykilan saya ialah apakah gambar dari blog Ambuyet itu batu yang sama yang diambil sebelum pembinaan Kubah as Sakhrah (692M) atau batu yang berlainan. Kalau batu yang berlainan, bermakna ada satu lagi keajaiban yang belum kita tahu.Lagi satu, kalau benar seperti yang diterangkan oleh petugas TTI itu, batu tergantung yang ada dalam kubah As Sakhrah adalah berwarna kelabu gelap, berbeza dari gambar yang dipaparkan oleh blog Ambuyet.
(Lain2 gambar replika bangunan dalam Taman Tamadun Islam boleh dilihat di sini)
Sementara itu,maklumat mengenai perkara ini boleh didapati dari Wikipedia di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI