MEMOHON MAAF KEPADA TUN DR. MAHATHIR..... !!!???
Sebagai "PENULIS SIBER" khasnya pada era "Re-for-ma-si" sudah tentu kita telah melakukan kesalahan berupa tutur-kata melalui "tulisan" yang boleh dikategorikan sebagai DOSA yang perlu kita pohon kemaafan dari Tun sementara beliau masih hidup.APA PENDAPAT ANDA?
Saya yang bernama samaran "Azhari(s)" dalam koleksi "Penulis Siber Tranungkite" dengan ini memohon maaf secara terbuka kepada Tun dan segala penasihatnya. Segala keterlanjuran dalam kata-kata sepanjang era Reformasi yang mendidih dengan rasa kegeraman terhadap angkara kezaliman Tun ketika itu, saya dengan rela hati memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Saya yakin serba sedikit saya dan juga penulis siber yang lain terlibat melafazkan kata-kata yang kadang-kadang tidak sepatutnya dilafazkan, namun kerana marah, geram dan sebagainya itulah sahaja yang dapat kami ungkapkan. Ungkapan itupun hanya kerana tidak mahu digolongkan dalam kalangan orang yang hanya membenci maksiat/kezaliman di dalam HATI ia itu selemah-lemah iman. Oleh yang demekian itu kami lebih suka merakamkan kemarahan melalui kata-kata dari penulisan yang boleh di golongkan dalam kalangan mereka yang mencegah atau membenci kemungkaran/kezaliman dengan lisan/tulisan.
Tujuan memohon maaf ini pula berharap Tun sendiri sanggup memaafkan orang lain seperti kami disamping mengharapkan agar Tun sendiri rela untuk memohon ampun dan maaf kepada DS Anwar Ibrahim khasnya dan kepada kami RAKYAT MALAYSIA amnya.
Mudah-mudahan dengan itu Allah SWT akan menerima "TAUBAT" kita semua agar kita layak mendapat keampunan Allah SWT untuk meraih syurgaNYA.
Insya Allahu Ta'ala Amin!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI