Konspirasi Peringkat Tertinggi
29 06 2008Dahulu saya pernah mengandaikan bahawa mantan Timbalan Presiden MPP Uniten sesi 2006/2007 ini sudah menemui definisi hidupnya setelah melalui beberapa kisah yang menyedihkan. Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai kisah sedih yang menimpanya, tetapi cukuplah harapan saya cuma tinggal harapan. Semalam, dia telah menunjukkan dirinya yang sebenar. Impiannya untuk dikenali di lapangan politik negara sudahpun termakbul. Harapannya untuk menjadi salah seorang yang paling berpengaruh di antara teman-teman sebaya sudahpun tercapai.
Mudah sahaja. Dengan menjadi “orang belaan” seseorang yang berpengaruh di Malaysia, segala-galanya akan dipermudahkan. Hanya perlu menurut perintah dan melaksanakan “beberapa perkara”, nescaya akan tercapailah segala-gala yang diimpikan selama ini.
Seperti yang saya nyatakan di dalam entri sebelum ini, saya sama sekali tidak terkejut manusia Saiful Bukhari ini tampil dengan dakwaan sama, selepas 10 tahun, ke atas orang yang sama. Saya membaca kisah Konspirasi Peringkat Tertinggi yang di tulis oleh DSAI lebih kurang dua tahun lalu, tetapi sama sekali tidak menyangka Saiful Bukhari bakal meledakkan kisah kospirasi sama sekarang. Namun demikian, setelah diteliti kronologi kes dan pembawaan diri manusia bernama Saiful Bukhari ini, nyata sekali dia hanya dijadikan alat untuk mengalih perhatian rakyat dari sebuah kisah letupan C4 dan seorang wanita Mongolia.
Terdapat beberapa fakta dan persoalan yang perlu kita fikirkan:
1. mengapa setelah 10 tahun berlalu, baru sekarang DSAI mengulangi kembali perbuatan yang sama? Jika benar DSAI pernah melakukannya, mengapa perlu ditunggu selama 10 tahun? Itupun didakwa oleh seorang pemuda yang “gila publisiti” seperti Saiful Bukhari? Dan lebih-lebih lagi, DSAI hanya baru mengenali Saiful ini semasa kempen PRU 12 lalu.
2. Saiful Bukhari dikhabarkan menjadi orang penting di sisi pembantu khas Timbalan Perdana Menteri. Dia mempunyai akses yang kuat di dalam circle orang-orang UMNO. Tidak mustahil dia menerima arahan daripada ketuanya untuk melancarkan plan terakhir mereka. Tambahan pula, negara akan digemparkan kembali dengan kisah Najib-Malaysia-Altantuya-Mongolia. Jalan terbaik untuk mengalih perhatian adalah dengan mencetuskan “fenomena baru”.
3. Jika DSAI tidak mempunyai alibi untuk kes ini, saya tidak terkejut. Saiful berpura-pura menjadi Pembantu Politik DSAI selama ini, dan pastilah dia “diajar” untuk melihat waktu dan merebut peluang dan kesempatan.
4. DSAI tidak mungkin tidak pernah berwaspada dengan musang berwajah manusia ini. Seorang teman telah berkali-kali melahirkan kebimbangan mengenai kehadiran Saiful Bukhari di sisi DSAI. Malah sanggup dipandang serong oleh DSAI semata-mata ingin memastikan andaiannya selama ini benar belaka. Andaian bahawa kehadiran Saiful Bukhari hanya akan mengancam keselamatan dan kesejahteraan politik DSAI. Tidak mungkin DSAI tidak pernah berwaspada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI