Posted on Wednesday, April 16 @ 16:32:48 MYT by SongkokPutih
Oleh AdukaTaruna
"
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pertamanya syabas kepada Dr kerana berani berkata ini adalah salah kepada pemerintah secara terbuka. Bagi diri yang mempunyai ‘title’ somebody, saya berpendapat adalah perlu untuk menegur pemerintah itu secara terbuka. Sudah penat mendengar hujah menegur pemerintah secara sembunyi-sembunyi kepada pemerintah yang terang-terangan mendatangkan fitnah kepada Islam.
Antara sebabnya ialah, betapa rakyat kebanyakan yang umum boleh berkongsi ilmu dari anda sebagai somebody. Mengelakkan fitnah kemandulan pada institusi agama yang terkenal tegas menentang mungkar dan sebagainya. Jadi, kehadiran anda sebagai somebody kini yang menegur setiap yang salah, terutama yang berbahaya seperti Islam Hadhari adalah amat dialu-alukan. Terima kasih yang tidak terhingga.
Namun, jika sekadar mengucapkan terima kasih, saya tidak akan mengarang surat ini. Surat terbuka ini dikarang adalah bagi mendidik pembaca setiap perkara yang perlu diasingkan mengikut tempatnya. Apabila kita sudah menguasai daya ini, secara manusianya, risiko ditipu adalah rendah. Secara manusianyalah, kerana kuasa penentu itu dari ALLAH jua.
Antara ilmu dan orang yang memiliki ilmu itu.
Kita tinggalkan bab ilmu. Bab yang ini Dr ternyata lebih berkeupayaan. Banyak fikrah dan idea Dr yang relevan dan tepat. Tetapi tujuan karangan ini ialah untuk memaklumkan kepada pembaca bagaimana menganalisis seseorang somebody itu tanpa menafikan apa yang disampaikannya. Bagaimana cara mengasingkan antara ilmu dan penyampai ilmu.
Baiklah. Begini. Sudah berapa lama Islam Hadhari dilancarkan? Sejak berapa lama Islam Hadhari itu dibenarkan mengancam fikrah umat Islam? Kenapa baru sekarang Dr turut serta bersama para ulama lain bagi ‘menyelamatkan’ fikrah umat Islam? Pelbagai cubaan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan ulama sedunia akan Islam Hadhari ini.
Mari kita lihat.
Ini adalah kenyataan Dr yang pertama. (Dr berhak menafikan jika tidak lengkap atau disalah-petikkan)
"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,"
Ini adalah kenyataan Dr yang kedua. (Dr berhak menafikan jika tidak lengkap atau disalah-petikkan)
"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’.
Tiada apa yang menarik bagi orang kebanyakan. Tetapi adalah perlu ini dibahaskan bagi mendidik masyarakat cara-cara menganalisis sesuatu perkara untuk diasingkan mengikut tempatnya. Ini perlu disampaikan kepada anak cucu supaya kita tidak mudah ditipu. (secara manusia)
Analisis kenyataan 1.
a. Apa maksud kurang mendapat perhatian? Perhatian dari siapa? Pemerintah atau rakyat?
b. Di mana teguran yang kurang mendapat perhatian itu dibuat? Secara 4 matakah? Atau melalui ceramah lisan? Atau secara bertulis?
c. Jika secara 4 mata, maka, seperti di perenggan pertama di atas. Ilmu Dr tidak dapat ditimba oleh masyarakat.
d. Jika secara lisan, melalui ceramah, sudah pasti diberi liputan oleh media pembangkang. Begitu juga jika secara tulisan. Seperti isu inilah. Kehadiran Dr melalui lisan dan tulisan diberi liputan oleh media pembangkang.
Analisis kenyataan 2.
a. Melalui kenyataan kedua ini, ianya menjawab mengapa tidak diberikan perhatian. Sama ada rakyat atau pemerintah itu sendiri. Kerana Dr memilih untuk berkias atau mengelak menyebut jenama mengelirukan itu (Islam Hadhari).
b. Apakah tujuan Dr mahu mengelak dari berterus terang terhadap perkara yang salah dan kemudiannya berkata ianya (teguran itu) tidak mendapat perhatian? Ini bermakna Dr mengakui konsep teguran Dr sendiri adalah salah.
Kita lihat seterusnya.
Setelah mendakwa menegur sebelum ini, tetapi dalam masa yang sama mengelak menyebutnya, kini Dr kembali di tengah-tengah ‘medan penegur kemungkaran’ dengan menyebut jenama yang sebelum ini cuba dielakkan, yakni Islam Hadhari.
Sekarang saya bawa pembaca mengasingkan antara ilmu dengan orang yang memiliki ilmu itu. Ilmu-ilmu yang dikongsi kepada masyarakat adalah perlu bagi masyarakat sendiri. Jangan membatalkan ilmu tersebut semata-mata kerana orangnya atau penyampainya. Selesai kita asingkan satu perkara.
Kini kita asingkan satu perkara lagi. Yakni orang yang memiliki atau menyampaikan ilmu itu. Melalui analisis-analisis di atas, kita akan kemukakan kemungkinan-kemungkinan ini. (Dr berhak menafikan)
1. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas Shahidan Kassim dinafikan sebagai Menteri Besar. Adakah Dr dijadikan peluru oleh Shahidan?
2. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas suasana di mana begitu ramai orang yang menghentam Paklah. Jadi, adakah kaedah teguran itu hanya perlu dilakukan secara lantang dan terbuka apabila yang berkenaan sudah lemah? Jika mengikut kaedah menentuan iman, di mana, jika iman seseorang itu tinggi, dia akan memilih yang paling jelas dan terang bagi menegur berbanding hati (mengelak atau berkias atau memendam) maka, boleh dikatakan ini menunjukkan sesuatu bagi orang yang memiliki ilmu itu?
3. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas tersebarnya satu plan peralihan kuasa dari Paklah kepada Najib. Dan selepas kedudukan Paklah terumbang-ambing. Dan selepas PR menguatkan desas desus mengambil alih negara dengan hijrahnya 30 MP BN. Adakah Dr sedang melakukan satu plan menyelamatkan title somebody Dr atau kata lainnya bersedia mengikut arus. Jika arus Najib, Dr telah menunjukkan Dr bukan orang Paklah. Jika arus PR, Dr telah menunjukkan Dr bukan orang BN.
Hanyalah kemungkinan.
Tanpa mempertikaikan ilmu, mengasingkannya di tempatnya, kita telah cuba mencari kemungkinan orang yang memiliki ilmu itu untuk diletakkan di kelas yang sepatutnya. Jadi, apabila setiap Melayu memiliki daya ini, secara manusianya, risiko untuk ditipu adalah rendah. Mari kit abaca semua 2 kenyataan ini dalam satu tajuk.
1. "Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,"
2. "Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’.
Sangat biasa bagi orang kebanyakan. Tetapi mempunyai 1001 perbahasan yang tersembunyi di dalamnya. Kini, secara profesionalnya, terpulang kepada Dr untuk menafikannya.
Selamat datang ke medan sebenar Seru Maaruf Cegah Mungkar.
Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI