SELOKA KHAS UNTUK SAUDARAKU DI-TKO
ANZAWAN DAN YANG SAMA WAKTU DENGANNYA
Salam diucap pembuka cakap,
Nak hulur tangan badan didakap,
Rasa nak marah tidak terungkap,
Siapa DEGIL dah boleh tangkap.
Serupa si BOX (maaf BOX) kalau berdebat,
Anzawan seperti Astora Jabat,
Bila berdalil menunjuk hebat,
Hujjah yang lain telinga disumbat.
Sehebat mana hujjahmu kawan,
Ayat dan hadispun engkau lawan,
Kau putar belit hujjah ilmuwan,
Tak takut kah hatimu ditutup Tuhan?
Menunjuk degil bukannya elok,
Membuat orang boleh mengamok,
Kalau di depan dah kena tumbok,
Kenapalah tebal mukamu tembok?
Sebenarnya sedikitpun saya tak heran,
Berjumpa orang macam Anzawan,
Rakyat yang hina lagak bangsawan,
Membela UMNOnya sanggup berlawan.
Sekian ramai ulamak hebat,
Di dalam UMNO mereka karat,
Sanggup mengangguk memang keparat,
Kerana periuklah mereka melarat.
Yang mewakili debat OLOK-OLOK,
Hampir semua pakai tengkolok,
Tetapi hati sudah ditakluk,
Berjuang hanya untuk tembolok.
Siapalah engkau wahai Anzawan,
Jika dibanding dengan ILMUAN,
Di dalam UMNO bagaikan cendawan,
Hanya
Hampir PRU baru diperalat,
Kalau tidak dihurung lalat,
Begitulah nasib ulamak pengelat,
Kerjanya tak lain hanya MENJILAT.
Sedarlah engkau wahai Anzawan,
Selagi KAMI mahu berkawan,
Harapkan kawan yang suka lawan(Mykmu),
Mereka sanggup memaki ILMUAN.
Ulamak merekapun mereka maki,
Bahasnya hanya berteka-teki,
Kalau berdepan dah naik kaki,
Langsung tiada sifat lelaki.
Sebenarnya tempatmu memang di sini,
Walaupun CABUL dikesihani,
Apatah lagi Us. Insani,
Tak pun di 'ban' nya masuk ke sini.
Cubalah ikhlas dalam berkata,
Jangan amalkan berkata auta,
Apatah lagi
Takutlah kepada Tuhan semesta.
Selokaku ini cuma nasihat,
Janganlah anggap bertujuan jahat,
Dihati kecil harus dipahat,
Nasihat diterima sebagai ubat.
Sekian terima(lah) kasih!
Azhari(s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI