'kepala' ah long diburu
KUALA LUMPUR – Tak ubah seperti kisah penjahat Enam Jahanam dalam filem P. Ramlee, sekumpulan enam lelaki kini menjadi buruan polis kerana disyaki menjadi ‘kepala’ beberapa geng ah long.
Seorang daripada mereka bergelar Datuk dan penjenayah itu mempunyai rangkaian ah long sehingga ke negara jiran.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, kesemua lelaki yang diburu itu berusia lingkungan 30 hingga 56 tahun dan dipercayai masih berada di dalam negara ini.
Menurut beliau, polis terpaksa bertindak lebih agresif untuk mencari mereka bagi memastikan kumpulan tersebut tidak terlepas ke negara lain.
“Satu pasukan khas telah dibentuk dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman untuk memburu mereka sehingga tertangkap,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan dan Konvokesyen Inspektor Percubaan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) di sini semalam.
Tambah beliau, polis turut mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi berkaitan termasuk Pihak Berkuasa Tempatan bagi mengesan kumpulan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI