PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Oktober 24, 2009

Intipati Belanjawan 2010

Intipati Belanjawan 2010 October 23, 2009

Posted by nikmj in General, National, budget2010, malaysia today, malaysiakini, malaysianinsider, news, utusan malaysia.
Tags: ,
trackback

Untuk intipati belanjawan 2009, sila klik sini

bajet2010

Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014.

* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan
remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

SIARAN LANGSUNG BELANJAWAN 2010

6.05 pm : Pembentangan Budget 2010 selesai.

6.03 pm : Najib: Inilah bajet yang menyelusuri keperluan dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.

6.01 pm : Najib mengumumkan BAYARAN KHAS kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan dipanjangkan kepada semua penjawat awam gred 41 hingg gred 54 dan pesara wajib.

5.59 pm : Kerajaan mencadangkan peruntukan RM191.5 bilion diperuntuk bagi Bajet 2010. Pengurangan 11.2% berbanding peruntukan disemak sebanyak RM215.7 bilion bagi tahun 2009.

5.58 pm : Mempercepatkan pembinaan Terminal Pengangkutan Bersepadu di Gombak yang dapat kurangkan kesesakan bandar raya dan sediakan laluan khas bas di lebuh raya yang kurang digunakan & mengubah suai laluan Touch n Go di plaza tol.

5.57 pm : Menambah 8 EMU yang baru dan baik pulih 9 EMU KTMB untuk tingkat kecekapan komuter. Tambah 35 unit tren LRT untuk laluan Kelana Jaya-Taman Melati.

5.55 pm : Membina jalan luar bandar sepanjang 510 KM dan jalan kampung sepanjang 316KM dengan peruntukan RM857 juta di Sabah dan Sarawak.

5.54 pm : Kerajaan membenarkan kadar potongan caruman KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuatkuasa serta merta dan mulai 1 Januari 2011 caruman KWSP akan dikekalkan pada kadar 11 peratus.

5.51 pm : Kerajaan tubuh Skim Simpnana Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP kepada mereka yang tiada pencen seperti nelayan, penaja, petani dan pemandu teksi dengan caruman secara sukarela.

5.50 pm : Elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dari RM50 kepada RM150 sebulan bagi seorang.

5.49 pm : Klinik akan ditempatkan di kawasan perumahan dengan menyewa rumah kedai untuk memudahkan masyarakat setempat mendapat rawatan sakit biasa. Untuk permulaan 50 klinik sedemikian akan dibuka.

5.48 pm : RM14.8 bilion diperuntuk untuk urus, bina dan naik taraf hospital.

5.47 pm : Kerajaan akan melancarkan skim yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan simpanan sedia ada dan mengambil kira simpanan masa depan dalam Akuan 2. Ini bagi mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih bagi membeli rumah yang bernilai lebih tinggi atau beli rumah tambahan

5.45 pm : Nama Kementerian Wilayah Persekutuan dicadang dinamakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

5.44 pm : RM30 juta diperuntuk kepada UDA Holdings untuk membina 300 unit kedai desa di seluruh negara.

5.43 pm : RM180 juta untuk meneruskan program pembasmian kemiskinan dan skim pembangunan kesejahteraan rakyat.

5.42 pm : RM1.9 bilion diperuntuk bagi tingkatkan kecekapan tentera dna membina serta naik taraf pos kawalan.

5.41 pm : Kerajaan akan sediakan balai polis bergerak di 50 hot spots di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah & meningkatkan kecekapan 3,000 Rela dan JPAM

5.39 pm : Kerajaan sasar kurangkan indeks jenayah sebanyak 5% termasuk mengurangkan kadar jenayah jalanan seperti ragut dan samun sebanyak 20% pada 2010. Langkah cegah jenayah..termasuk jenayah jalanan dan samun. RM1 billion untuk PDRM.

5.38 pm : Kadar cukai maksimum bagi koperasi diturunkan kepada 26 peratus dan kadar cukai tetap bagi individu bukan pemustautin dikurangkan kepada 26 peratus.

5.37 pm : Pelepasan diri dinaikkan daripada RM8,000 kepada RM9,000.

5.36 pm : Bagi memastikan kadar cukai pendapatan individu kekal kompetetif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi, kerajaan cadangan kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus.

5.30 pm : Bayaran sebanyak RM10,000 bagi setiap unit AP yang dikeluarkan kepada pemegang AP Terbuka bagi agihan peruntukan AP tahun 2010.

5.29 pm : Kerajaan mencadangkan cukai perkhidmatan RM50 setahun dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj termausk kad yang diberi secara percuma. Kerajaan juga cukai perkhidmatan RM25 setahun bagi kad kredit tambahan berkuatkuasa 1 Januari 2010.

5.22 pm : Tubuh 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan 4 Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

5.21 pm : Menggubal Whistle Blower Act bagi menggalakkan pemberi maklumat untuk tampil membuta pendedahan jenayah rasuah dan salah laku lain. Akta ini memberi kekebalan kepada pemberi maklumat dari diambil tindakan sivil atau jenayah akibat pendedahan yang dilakukan

5.12 pm : Kerajaan sedia pertimbangkan kelonggaran peraturan dan syarat yang menyekat IPTA menjana pendapatannya sendiri.

5.11 pm : Program Permata turut menjadi sebahagian agenda dalam pembentangan bajet 2010..

5.10 pm : 1) RM438 juta untuk IKM dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan IKBN. 2) RM110 juta untuk pusat latihan kemahiran negeri dan institusi latihan terpilih. 3) Mengiktiraf Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4 dan ke atas setaraf aliran akademik.

5.08 pm : Menyediakan RM1.3 bilion bagi biaya pengurusan dan menaik taraf politeknik dan kolej komuniti serta menyediakan tabung pinjaman pelajaran kepada 32,000 pelajar

5.07 pm : Pakej netbook dan jalur lebar kepada pelajar universiti dengan bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun. Tawaran oleh Telekom Malaysia kepada 100,000 pelajar di semua universiti tempatan bermula 1 Januari 2010.

5.04 pm : Kerajaan perkenal new deal bagi menghargai jasa dan prestasi pengetua dan guru besar.

5.00 pm : Menganugerahkan biasiswa nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan merit sepenuhnya.

4.56 pm : Tubuh tabung kebajikan penggiat seni diberikan iaitu sebanyak RM3 juta sebagai geran pelancaran.

4.53 pm : Dana berjumlah RM1.5 bilion disediakan bagi pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau bagi meningkatkan aktiviti mereka.

4.50 pm : RM538 juta untuk program pembangunan PKS termasuk RM200 juta untuk TEKUN dengan RM20 juta dikhususkan bagi usahawan kaum India.

4.47 pm : Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur termasuk jalan dan jambatan, bekalan air & perkhidmatan pembentungan, kemudahan rel, pelabuhan dan projek pembangunan lapangan terbang.

4.45 pm : Subsidi harga padi RM400 juta, baja padi RM300 juta. Elaun sara hidup nelayan RM130 juta.

4.41 pm : Dewan sekali lagi menerima tepukan apabila peruntukan RM 6 juta disebut untuk memperbaiki tahap pertanian, industri agro culture, penternak agro culture..

4.40 pm : Industri hahal: 1)Kerajaan akan menggubar Akta Halal. 2) Halal Industri Corp. akan diletakkan di bawah MITI 3) Tingkatkan pensijilan halal Jakim dengan agensi antarabangsa bagi membolehkan sijil Halal Jakim diiktiraf di peringkat antarabangsa 4) Bangunkan antipenyeludupan produk halal di entry point.

4.37 pm : Pembayar cukai individu dibebaskan cukai pendapatan sebanyak RM500 bagi mereka yang melanggani jalur lebar. Penjawat awam dibenarkan membuat pinjaman komputer setiap 3 tahun sekali.

4.36 pm : Najib: RM11.3 bilion untuk pertingkatkan jalur lebar negara. Sebagai permulaan 10Mb/saat akan disediakan di kawasan terpilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada tahun depan dan dikembangkan ke kawasan lain sehingga 2012.

4.35 pm : RM890 juta diperuntuk kepada sektor pelancong untuk …1) Tarik pelancong asing menjadikan program Malaysia My Second Home, 2) tingkatkan program di pusat pelancongan 3) pastikan tenaga kerja barisan hadapan terdiri rakyat tempatan. Pekerja asing akan ditamatkan secara berperingkat 4) Pengiklanan menerusi internet 5) Adakan lebih banyak acara dan akttiviti.

4.32 pm : Sektor perkhidmatan beri sumbangan sebanyak 58% kepada KDNK. Industri pelancongan perlu dipertingkat. Jumlah pelancong kekal tinggi dengan purata 2 juta sebulan walaupun ekonomi lembap dan wabak H1N1.

4.30 pm : Najib: 1Malaysia Development akan tubuh dana berjumlah RM100 juta untuk membiayai aktiviti kemasyarakatan

4.29 pm : Bajet setebal 55 muka surat kini menjadi tumpuan utama di dalam dewan.Para anggota Parlimen bersemangat mendengar dan memberi maklum balas tepukan apabila DS Najib menyentuh tentang pelaburan negara.

4.27 pm : Najib: Projek besar yang akan dimajukan tahun depan iaitu projek pembangunan kompleks CIQ di Bukit Kayu Hitam dan enam Kampus UiTM.

4.26 pm : Najib umum tiga strategi Bajet 2010 iaitu memacu ekonomi negara berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

4.25 pm : Laporan Ekonomi: Sebanyak 11,040 rumah kos rendah dan mampu milik di bawah Program Perumahan Rakyat akan disiapkan tahun ini manakala 1,914 lagi disiapkan tahun 2010.

4.23 pm : Pelaburan langsung domestik telah mengalami pengurangan pada 2008 berbanding 2007. Oleh itu sumbangan swasta dalam memacu ekonomi perlu diperkasa kembali. Usaha tingkatkan pelaburan domestik.

4.18 pm : Sektor perkhidmatan kekal sebagai penggerak utama dengan 3.6 peratus, pelaburan swasta kembali pulih. Kadar inflasi 1.5 hingga 2.5 peratus. Perdapatan perkapita rakyat naik 2 peratus.

4.17 pm : Najib: KDNK 2009 diunjurkan -3 peratus, lebih baik berbanding -4 atau -5 peratus anggaran awal

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan belanjawan tahun depan bertemakan ‘1Malaysia, Kemakmuran Bersama’ di Parlimen sejurus selepas jam 4 petang.

Najib, yang juga perdana menteri, pertama kali membentangkan belanjawan tahunan negara selepas memegang teraju negara awal April lalu.

Tiga strategi Bajet 2010 – memacu ekonomi negara berpendapatan tinggi; memastikan pembangunan holistik dan mapan; mengutamakan kesejahteraan r

PM bersama beg yang mengandungi teks ucapan belanjawan 2010

TEKS UCAPAN BAJET 2010

Teks Ucapan Bajet 2010 boleh diperolehi oleh orang ramai pada 23 Oktober 2009 jam 5.30 petang di Lobi, Blok Tengah, Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya.

Teks Ucapan Bajet 2010 dan Lampiran boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi Bajet 2010www.treasury.gov.my pada jam 6.00 petang. Teks ini juga boleh dimuat turun melalui laman web agensi-agensi Kementerian Kewangan seperti berikut :


Jabatan Kastam Diraja Malaysia - www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia - www.bnm.gov.my
Suruhanjaya Sekuriti - www.sc.com.my
Lembaga Hasil Dalam Negeri - www.hasil.gov.my

Zaid belasah balik Kadir Jasin

Zaid belasah balik Kadir Jasin October 22, 2009

Posted by nikmj in General, National, Politics, malaysianinsider, news, utusan malaysia.
Tags:
trackback

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak.

Itulah yang saya tahu mengenai A. Kadir Jasin, seorang wartawan dan pengarang terkenal yang berkhidmat penuh setia di bawah rejim Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. Secara peribadi, saya tak pernah kenal mesra dengan Kadir. Oleh itu saya hairan mengapa dalam blognya dia telah begitu bersunggug sungguh melemparkan tuduhan liar tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab terhadap kebenaran. Malah saya tak pernah bertemu dengan mana-mana wartawan atau pengarang yang begitu hitam kesumatnya sehingga sanggup memfitnah orang lain seperti Kadir ini.

Dalam blognya, dia menggelar saya Hurricane Hattie, satu watak kartun tahun 60an yang suka mengacau orang lain. Saya ini dianggap oleh Kadir sebagai pengacau dalam Umno dan kini pengacau dalam PKR. Dia kata dia tidak berniat jahat tetapi setiap ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia kata saya ini kaya-raya kerana Umno. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan “boss”Kadir, iaitu Dr Mahathir. Dia tuduh kononnya saya kaya setelah Umno diharamkan. Saya kononnya menjadi orang perantaraan dalam penyelewangan harta Umno tersebut. Jadi dari situlah harta Umno hilang dan orang seperti saya menjadi kaya-raya. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang kewartawanan seperti Kadir sepatutnya membuat penyelidikan dahulu supaya semua fakta lengkap dan tepat bagi memastikan tulisannya adil dan seimbang. Saya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tapi nampaknya Kadir tidak pernah berubah sikapnya sebagai budak suruhan .Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya. Walaupun apa yang ditulis itu adalah fitnah dan tidak berasas.

Kadir patut sedar bahawa propaganda murahan zaman dia berkuasa di New Straits Times sudah tak laku lagi. Lebih baik bagi Kadir jika dia menyatakan apa yang benar. Ramai orang tahu Kadir baik dengan Tun Daim Zainuddin, iaitu Bendahari Umno pada masa itu. Sudah tentu rapat juga hubungannya dengan Presiden Umno Baru Dr Mahathir. Begitu juga dengan orang kaya Umno Tan Sri Halim Saad. Peguam Negara pada masa itu pula ialah Tan Sri Abu Talib yang bertanggungjawab kepada pejabat Official Assignee tahu kemana harta Umno pergi; semua mereka ini masih hidup. Biarlah mereka yang mendedahkan penyelewengan ini.

Berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, saya “meraih” harta tersebut. Sebenarnya orang seperti Kadir tak ada apa-apa selain dari membuat tuduhan liar. Seperti yang saya terangkan dalam buku saya “Saya Pun Melayu” saya tidak pernah menjadi orang kanan Umno dan rapat dengan pemimpin tertinggi Umno. Saya tak sampai taraf Kadir yang berselisih bahu dengan pucuk pimpinan Umno waktu Dr Mahathir hebat dulu. Saya bukan peguam korporat Umno. Yang jadi peguam korporat Umno masa itu adalah Rashid & Lee, termasuklah Ketua Hakim Negara yang ada sekarang. Saya hanya buat seketika menjadi peguam kepada UEM dalam kes penswastaan Lebuh Raya Utara Selatan. Saya tidak pernah terlibat dalam apa -apa “corporate deals”berhubung Halim atau sesiapa pun. Ini semua telah saya jelaskan dalam buku saya tanpa berselindung.

Orang macam Kadir ini masih ramai dalam pimpinan Umno. Mereka tahu apa yang sebenar berlaku. Malah ramai pula yang dapat habuan dari Umno. Agaknya mereka rasa bersalah dan cuba nak palit dengan orang lain pula. Bila mereka rasa besar diri dan sedar ramai ahli biasa Umno tidak mengetahui banyak hal-hal dalaman, mudah bagi mereka membuat tuduhan terhadap orang seperti saya untuk melindungi penyamun yang sebenar. Pada zaman Kadir bermaharajalela sebagai pengarang untuk media milik Umno, saya hanyalah ahli Umno biasa. Jadi dia rasa mudah untuk membuat tuduhan palsu supaya orang benci saya. Mungkin bila Pakatan Rakyat diberi mandate oleh rakyat untuk memerintah Malaysia, kita akan tahu cerita sebenar; bukan sekadar macam mana harta Umno hilang tetapi juga mengapa Umno diharamkan atau dimatikan. Malah mungkin juga terbongkar rahsia siapa penyamun sebenar.

Agaknya boss-boss Kadir takut saya berjaya dalam usaha kecil saya untuk merapatkan parti-parti pembangkang sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai dasar bersama untuk melawan Barisan Nasional. Jadi wartawan pencen pun digunakan untuk memburuk-burukan peribadi orang. Golongan ini tahu jika satu dasar bersama dijayakan oleh Pakatan, banyak masalah dalaman akan selesai dan Pakatan akan bersiap sedia untuk menggantikan BN sebagai pilihan rakyat.

InsyaAllah, jika rakyat memberi mandat, kerajaan pusat Pakatan Rakyat akan memberikan kebebasan kepada semua media untuk memilih pengarang yang benar-benar jujur, ikhlas dan berani dalam profesion mereka di kalangan wartawan sebenar. Ini akan memastikan tidak ada lagi “political assassins”seperti Kadir yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau PKR, PAS atau DAP yang mendakwa saya ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat penulis upahan Umno yang membuat tuduhan, saya rasa saya masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk. (TMI)

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah

Imran tukar keterangan Jamaludin beri rasuah
Harakahdaily
Fri | Oct 23, 09 | 9:44:18 am MYT
IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

Image"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?

Iklan Air Asia berunsur lucah, tiada tindakan?
Azamin Amin
Fri | Oct 23, 09 | 12:03:13 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bulan ini sahaja sudah beberapa kali iklan Air Asia yang berunsur lucah itu, menggambarkan susuk tubuh pramugarinya disiarkan di stesen-stesen TV swasta namun tiada sebarang tindakan diambil oleh Kementerian Penerangan berhubung hal tersebut.

Malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga dilihat tidak sensitif dengan eksploitasi yang dilakukan oleh syarikat penerbangan terhadap wanita dalam iklan itu sehingga tiada sebarang reaksi balas kementerian sehingga kini.

Lebih mendukacita, iklan terbabit menggunakan seorang kanak-kanak lelaki sebagai subjek atau watak utama untuk 'menghayati' bentuk badan pramugari wanita sebagai galakan untuk naik dan menggunakan khidmat syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Ramai pembaca dan penonton telah menghantar email dan serta menghubungi Harakahdaily memberi reaksi marah atas siaran iklan tersebut yang dianggap begitu memalukan dan telah mencemarkan minda masyarakat khususnya kanak-kanak yang menonton bersama kaum keluarga.

Tinjauan Harakahdaily juga mendapati sejak minggu lalu, sudah begitu banyak blog, web dan pengguna internet yang mengkritik iklan tersebut dan kesal kerana tiada sebarang tindakan drastik untuk membendung unsur lucah yang mengeksloitasi wanita dan merosakkan minda kanak-kanak di bawah usia.

"Sungguhpun filem dan drama tv telah banyak memaparkan unsur yang tidak elok, tetapi kini berjangkit pula kepada iklan. Ini mesti dikaji semula," kata seorang pemanggil yang mahu dikenali sebagai Bakhtiar Musa.

Bagi Rozaili Sidin, sepatutnya iklan penerbangan Air Asia tu bercirikan idea tempatan, adab sopan dan budaya berbanding menonjolkan susuk tubuh wanita untuk meningkatkan promosi jualan.

"Malu jika ianya ditonton ramai terutama kanak-kanak. Ini bukan budaya kita," katanya melalui email yang dihantar baru-baru ini.

Iklan Air Asia itu memaparkan pengalaman seorang kanak-kanak bersama neneknya menaiki pesawat tersebut dan antara rakaman pengalamannya ialah melihat susuk tubuh pramugari yang digambarkan seolah-olah mengghairahkan dengan istilah 'Hot', seperti yang dinyatakan dalam bahasa latar iklan tersebut.

Dalam maklumanbalas yang diterima, ramai yang mahu, syarikat penerbangan tersebut dan stesen tv swasta memohon maaf sekaligus dikenakan tindakan oleh Kementerian yang berkaitan.

Kes pita Lingam ditutup, Mahathir kecewa

Kes pita Lingam ditutup, Mahathir kecewa
Harakahdaily
Fri | Oct 23, 09 | 2:27:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana kes pita video Lingam telah ditutup dan menyebabkan beliau tidak mendapat peluang untuk membersihkan namanya.

"Beliau tentu berasa lega,tetapi bagaimana dengan laporan suruhanjaya mengenai pengaruhnya terhadap saya dalam pemilihan hakim-hakim?"soal Mahathir dalam blog peribadinya.

Menurutnya, beliau sedang menunggu untuk hadir di mahkamah bagi mempertahankan dirinya berhubung isu tersebut, yang 'meletup' sewaktu pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Ada banyak perkara yang hendak saya cakapkan mengenai percubaan untuk mempengaruhi saya dalam pelantikan hakim-hakim.

"Oleh kerana Lingam tidak ada kes untuk dijawab, jadi bagaimana ia memberi kesan terhadap tuduhan yang saya dipengaruhi olehnya, di mana pita itu adalah mengenai dakwaan perbualan telefonnya dengan individu-individu lain.

"Adakah dia kata saya memintanya bercakap dengan orang-orang berkenaan? Adakah nama saya terbabit dalam panggilan telefon itu?

"Persoalan-persoalan ini akan kekal dalam minda orang ramai yang membaca kesimpulan suruhanjaya tersebut. Jadi bagaimana sekarang?"ulasnya yang ternyata kecewa dengan kes pita Lingam itu.

Mahathir juga berkata, beliau telah dimaklumkan bahawa pada waktu "rejim lalu", semakan terperinci dibuat untuk mencari contoh-contoh di mana beliau telah menyalahguna kuasa atau menerima pemberian secara salah ketika menjadi perdana menteri.

"Nampaknya, tiada apa yang ditemui. Mungkinkah salah satu cara untuk kenakan saya ialah dengan menuduh saya dipengaruhi oleh Lingam dalam pemilihan hakim-hakim oleh saya?"soalnya.

Sebelum ini,panel lima anggota suruhanjaya mendapati klip video yang menunjukkan peguam Datuk V.K.Lingam sedang berbual di telefon dengan bekas ketua hakim negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu -- Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seorang lagi bekas ketua hakim negara Tun Mohd Eusoff Chin kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati terdapat bukti mencukupi untuk menyiasat enam individu berkenaan bagi kesalahan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan serta Akta Profesion Undang-undang 1976._

PAS nafi bina jurang dengan Umno

PAS nafi bina jurang dengan Umno
Rizal Tahir
Fri | Oct 23, 09 | 10:34:27 am MYT
KOTA BHARU, 23 Okt: PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak pernah membina jurang dengan mana-mana parti di negara ini khususnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, pihak lawan yang telah menciptakan �jurang pemisah� antara pejuang parti Islam itu dengan pihak mereka.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perpecahan telah berlaku sejak zaman Rasulullah pabila kumpulan penentang diketuai Abu Jahal bertindak mewujudkan persengketaan dengan pengikut Islam.

"Perpecahan serta jurang telah wujud di zaman Rasulullah sebagaimana yang diciptakan oleh Abu Jahal yang memusuhi Islam dan bukannya Nabi Muhammad.

"Begitu juga sekarang ini, bukannya PAS yang memisahkan jurang, sebaliknya pihak mereka (Umno dan BN) yang memisahkan ruang pendekatan," ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menggulung perbahasan menyokong titah ucapan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sewaktu merasmikan pembukaan persidangan Dun Kelantan (Belanjawan).

Kenyataan itu juga sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pembangkang yang mengingatkan kerajaan supaya tidak mewujudkan jurang antara kerajaan negeri dengan pihak mereka.

Beliau juga kesal jalinan kerjasama antara PAS-DAP sering dikritik khususnya oleh pemimpin Umno akibat tidak senang dengan perkembangan itu.

"Kerana semakin menerima perjuangan PAS, pemimpin DAP telah menjemput saya pergi menyampaikan ceramah di tempat mereka, namun Umno tidak pernah berbuat demikian," ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, selagi wujud halangan serta sekatan dari mereka yang tidak bertanggungjawab, selagi itu hasrat untuk memberi penerangan tentang Islam kepada golongan terbabit tidak akan berjaya._

19 tahun: Adun BN rakam tahniah pada MB Kelantan

19 tahun: Adun BN rakam tahniah pada MB Kelantan
Mohd Nor Yahya
Fri | Oct 23, 09 | 6:13:15 am MYT

KOTA BHARU, 23 Okt: Kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan yang kini sudah menjangkau 19 tahun mendapat ucapan tahniah daripada Datuk Norzula Mat Diah (BN-Paloh) dan berharap kerajaan dapat mempertingkatkan usaha mencari pelbagai sumber pendapatan baru.

Beliau berkata sedemikian ketika membahas ucapan titah Pemangku Raja semalam.

Norzula juga berkata sehingga kini terlalu banyak jurang diadakan dalam usaha untuk merapatkan hubungan dua hala yang sebaik mungkin di antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.

"Saya merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kepada saya sendiri yang kini sudah menjadi wakil Rakyat selama sembilan belas tahun,"katanya lagi.

Norzula berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS ini seharusnya mencari pelbagai usaha di samping kini berharap agar mendapat royalti minyak dari petronas dan kerajaan pusat.

"saya juga mencadangkan agar pihak kerajaan tidak sahaja merangka usaha penanaman pokok depu yang mengambil masa yang lama bagi mendapat hasil,ia seharusnya memikirkan sesuatu yang membolehkan hasil yang segera kepada rakyat negeri ini,"ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Pasir Tumboh) pula ketika ucapan perbahasan titah Pemangku Raja pula turut merakamkan ucapan tahniah kepada Nik Aziz yang berjaya mentadbir Kelantan sehingga berusia sembilan belas tahun.

Ahmad Baihaki berkata, walaupun pelbagai rintangan dan cabaran yang dilalui oleh kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru, namun kecekalan dan kesabaran yang tersemat di jiwa seorang bertaraf ulama telah membuktikan kepada dunia bahawa pentadbiran sesebuah negeri maupun negara bukan sekadar terletak kepada mereka yang bertaraf doctor maupun jurutera,malah ulama juga mampu mentadbirnya.

Beliau juga telah menggariskan beberapa kejayaan PAS mentadbir negeri ini seperti berjaya membuktikan ulama juga mampu mentadbir negeri, melahirkan sebuah kerajaan yang bersih dari gejala rasuah,dapat menafikan bahawa politik dan agama berasingan di pemikiran rakyat,dapat menjelaskan bahawa bukannya umno/BN sahaja yang dapat memerintah negeri,Konsep Membangun Bersama Islam jelas menjadi panduan kepada seluruh rakyat negeri ini.

Di samping itu, Ahmad Baihaki turut merakamkan ucapan tahniah kepada ucapan sulung Yang Maha Mulia Pemangku Raja yang ingin melihat Kelantan terus maju dari segi fizikal dan rohani dengan menekankan aspek pertanian dan harapan baginda agar Kelantan dapat menjadi sebuah negeri Jelapang makanan negara dan memperkenalkan konsep bertani satu ibadah.

Adun Pasir Tumboh ini juga berharap pihak kerajaan dapat memperkasakan sistem pengajian pondok di negeri Kelantan dan meneruskan kesinambungan sistem ini ke seluruh negeri disamping mempertingkatkan sumbangan dana kewangan kepada pondok-pondok di negeri ini.

Menyentuh kepada sektor pelancongan pula,Ahmad Baihaki berkata harapan agar dapat melihat Kelantan dikenali sebagai tempat Pelancongan Agama iaitu sesuai dengan jolokan Kelantan Serambi Mekah.

Beliau juga mencadangkan agar pihak kerajaan memperkasakan tulisan jawi di seluruh negeri dan memperbanyakkan papan tanda yang menerangkan terdapatnya kawasan pondok agama,masjid maupun madrasah di seluruh pelusuk negeri. _

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah

Kelantan kekal rekod 19 tahun sifar rasuah
Md Noor Yahya
Thu | Oct 22, 09 | 7:09:08 pm MYT
KOTA BHARU, 22 Okt: Kelantan berkemungkinan besar akan mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas daripada rasuah dalam tempoh 19 tahun pemerintahan PAS iaitu bermula pada tahun 1990 sehingga sekarang.

Bermula daripada wakil rakyat, anggota exco sehinggalah kepada menteri besar,tidak pernah tercatat rekod berkaitan rasuah di Kelantan.

Berbeza dengan negeri-negeri lain yang pemimpin-pemimpin politiknya seringkali disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah dan salahguna kuasa.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun pihak-pihak tertentu berusaha untuk memburuk-burukkan wakil rakyat PAS, namun semuanya gagal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Dalam perkembangan lain, anggota Exco, Dato� Husam Musa memberitahu terdapat dua kesan positif ekspedisi rakyat Kelantan ke pelantar minyak yang diadakan pada 4 Ogos lalu.

�Iaitu terbukti dengan jelas pelantar minyak Cakrawala beroperasi sejak 2004 dan jarak dari pesisir pantai Kelantan lebih kurang 140 km sahaja,� katanya sebagai menjawab soalan Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) pada persidangan DUN hari ini.

Anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi pula berkata slogan "Bertani Satu Ibadah" merangkumi pelbagai aspek kerja yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya slogan tersebut menggalakkan rakyat menceburi bidang pertanian tanpa meninggalkan amalan agama bagi mendapatkan manfaat di dunia dan akhirat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman pula memberitahu pembinaan jambatan Sultan Yahya Petra kedua sudah beberapa kali ditangguhkan dan kali terakhir ditangguhkan pada Februari 2011.

Persidangan DUN Kelantan bermula pada Selasa lalu dan akan berakhir pada minggu hadapan._

Khamis, Oktober 22, 2009

Fatimah Diperkosa 14 kali sehari - Surat Dari Penjara

Fatimah Diperkosa 14 kali sehari - Surat Dari Penjara
LuarNegaraOleh:PenaUsang

KISAH ini mungkin sudah lama dan ditelan masa, tapi disebabkan oleh rasa kasihan dan juga marah dengan sikap kafir laknatullah ini, aku tak dapat tahan daripada menyebarkan maklumat yang aku perolehi untuk tatapan kita semua dari kisah seorang hamba Allah di bumi anbiya’ Iraq yang disiksa, dirogol dengan kejam tanpa belas kasihan di penjara Abu Gharib.
Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya.


Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan tentara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq. Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.

(Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.[ Quran, Surat 112 *al-Ikhlas*]) Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah. Apa yang dapat kukatakan padamu? Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu.

Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami . Allahu Akbar. Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami?. Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak. Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.

Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami.

Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Gharib. Saya saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bisakah kau bayangkan?

Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang.

Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentara memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, kerana dia sudah tidak sanggup menerima ini.

Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya. Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha mengampun. Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentara itu, agarkami bisa beristirahat dalam damai. Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami. Waa Mutasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Sebarkan agar semuanya bisa mengathaui keadaan ini. Wassalam.

Posted on Thursday, October 22 @ 09:08:07 MYT by aya

Pakar patologi sahkan Teoh Beng Hock mungkin dibunuh

Pakar patologi sahkan Teoh Beng Hock mungkin dibunuh October 21, 2009

Posted by nikmj in General, National, Politics, malaysia today, malaysiakini.
Tags:
trackback

Seorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

NONEManakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Ini, katanya, berdasarkan kepada gambar-gambar yang diambil di tempat Teoh ditemui jatuh.

Dr Pornthip membuat kesimpulan bahawa kemungkinan 80 peratus Teoh dibunuh dan 20 peratus dia membunuh diri.

Beliau juga tidak bersetuju dengan pandangan pakar-pakar forensik bahawa Teoh “jatuh dalam keadaan sedar” tetapi sebaliknya menegaskan bahawa mangsa mungkin tidak sedar.

Beliau memberi tiga sebab dalam membuat kesimpulan tersebut, iaitu:

1) Laporan bedah siasat menyatakan mangsa masih hidup ketika jatuh di tanah, tetapi beliau (Dr Pornthip) tidak menemui kecederaan untuk melindungi diri.

2) Beliau menemui luka-luka yang kelihatan berlaku sebelum mangsa jatuh.

3) Kecederaan pada bahagian dada adalah akibat impak awalan.

Beliau memberi keterangan sebagai saksi pakar di inkues tersebut yang diadakan untuk menentukan punca kematian Teoh.

Dr Pornthip adalah pengarah dan pengasas bersama Institut Pusat Sains Forensik Kementerian Keadilan Thailanad dan dianggap pakar dalam siasatan kes-kes pembunuhan yang rumit.

Teoh – setiausaha politik kepada exco Selangor, Ean Yong Hian Wah – ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam berhubung dakwaan salahguna wang negeri pada 15 Julai lalu. (Malaysiakini)

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda

Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda
Mohamed Hanipa Maidin
Thu | Oct 22, 09 | 10:04:29 am MYT

PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ('Pengajaran dari Bagan Pinang').

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa "Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka" agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari 'siege mentality' (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

Kekal ISA, GMI tidak terkejut

Kekal ISA, GMI tidak terkejut
Harakahdaily
Thu | Oct 22, 09 | 10:41:24 am MYT
KUALA LUMPUR, 22 Okt: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut biarpun kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri najib di lihat lebih terbuka dengan slogan 1Malaysianya, rakyat di dahulukan.

"Saya tidak terkejut sama sekali," ulasnya spontan ketika dihubungi Harakahdaily.

Ujarnya lagi, alasan kerajaan mengekalkan ISA kerana didakwa berkesan mencegah kegiatan atau aktiviti subversif yang mengancam keselamatan negara juga tidak boleh disandarkan secara seratus peratus.

Menurtnya, masalah kententeramaan awam yang berlaku dalam negara ini sangat sedikit dan undang undang selain ISA mampu mengatasinya berbanding masalah rasuah dan salah guna kuasa yang sering dilaporkan.

"Sejarah membuktikan, masalah melibatkan ketenteraman awam sangat sedikit, berbanding rasuah dan salah guna kuasa, dan tafsiran ketenteraman awam itu sendiri sangat luas," ujarnya.

Beliau turut memberitahu, penahanan tanpa bicara dan tidak dibuktikan kesalahan antara faktor akta tersebut perlu dimansuhkan kerana ianya bertentangan dengan Hak Asasi manusia.

Sebelum ini Hishammuddin dalam kenyataannya memberitahu, kerajaan tidak akan menghapuskan ISA dan hanya bersedia mengkajinya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat baru baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai langkah mewujudkan perbincangan terbuka, Hishammuddin berkata, ia bagi menjamin ketelusan, keadilan, keterbukaan dan kesediaan kerajaan untuk meminda akta pencegahan tersebut.

Hishammuddin berkata, antara penekanan yang akan diberi dalam pindaan akta itu nanti ialah membabitkan aspek bidang kuasa menteri, tempoh tahanan dan hak-hak orang tahanan.

GMI adalah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lantang memperjuang supaya ISA dihapuskan.

Kali terakhir, mereka menggerakkan rakyat pada 1 Ogos lalu dalam satu himpunan, Mansuh di ibu negara dan menyaksikan beberapa individu ditangkap.

Tiga tuntutan utama meraka adalah, mansuhkan ISA, bebaskan kesemua tahanan dan tutup kem kamunting.

Kali terakhir lima orang tahanan ISA dibebaskan pada 15 September lalu. Salah sorang dari mereka adalah Mat Sah Mohd Satray, suami kepada seoarang aktivis GMI, Norlaila Othman.

Selain Mat Sah, empat lagi adalah Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002. Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah, masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007._

Adun BN membisu isu tuntutan royalti minyak

Adun BN membisu isu tuntutan royalti minyak
M Faqih
Thu | Oct 22, 09 | 9:18:15 am MYT

KOTA BHARU, 22 Okt: Semalam genap 19 tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ketua eksekutif kerajaan Kelantan.

Dan semalam juga genaplah 19 tahun dasar Membangun Bersama Islam yang dijelmakan di negeri Serambi Mekah.

Peringatan mengenai usia kerajaan PAS itu dibangkitkan pada persidangan Dun Kelantan semalam.

Bagaimanapun kejayaan PAS mentadbir Kelantan bukan datang dengan mudah.

Melewati usia 'remaja' itu bukan sedikit halangan yang terpaksa diredah kerajaan PAS.

Bermula dengan sikap diskriminasi pemimpin Umno yang berkuasa di pusat apabila mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di Kelantan bagi mengendalikan segala projek di sini.

Kewujudan agensi baru terbabit dianggap membazir kerana peranan sama boleh dimainkan agensi kerajaan pusat sedia ada.

Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat berkata, di Kelantan ada JKR, JPS, Jabatan Pertanian dan pelbagai lagi agensi yang boleh memikul tanggungjawab tanpa kewujudan JPP.

Bagaimanapun hujah Adun PAS itu cuba disanggah Adun Barisan Nasional (BN) termasuk Datuk Alwi Che Ahmad (Kok Lanas), Mat Yusof Abdul Ghani (Nenggiri) dan Datuk Nozula Mat Diah (Paloh) apabila bangun silih berganti.

Nozula menempelak mengapa kerajaan PAS tak melantik orang Umno sebagai anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT), kalau benar tidak mengamalkan diskriminasi.

Zulkifli menjawab tiada peruntukan dalam peraturan untuk membolehkan ahli Umno dilantik dalam PBT sekarang. Katanya, setiap perkara dibuat berdasarkan kepada prosedur yang telah ditetapkan.

Begitu juga dakwaan Mat Yusof kononnya kerajaan negeri mengenepikan projek di bawah kendalian Syarikat Perumahan Negeri di Sungai Terah, Gua Musang.

"Setiap perkara perlu ada peraturan. Kelulusan hanya dibuat apabila peraturan dipatuhi dari awal lagi,"ujar Zulkefli.

Alwi pula membandingkan di Sabah dan Sarawak juga ada JPP tetapi mereka tidak riuhkan.

Menjawab isu tersebut, Adun Pulai Chondong memberitahu JPP wujud di Sabah ketika negeri itu berada di bawah pentabdiran PBS diketuai Pairin Kitingan.

Begitu juga di Terengganu semasa di bawah PAS pada 1999, jabatan Persekutuan diwujudkan di Kuala Lumpur bagi mengendalikan wang ihsan di Terengganu.

Sebaliknya beliau berhujah Umno sebenarnya tidak mahu mengikut apa yang ada pada peraturan apabila mengenepikan tiga wakil kerajaan negeri dalam lembaga pengarah Kada dan Kesedar.

"Pelantikan wakil kerajaan negeri itu ada dalam akta dan mengapa pemimpin Umno gagal mematuhinya sehingga sekarang.

"Ini seolah-olah mencerminkan kerajaan pusat tidak mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat di Kelantan,"katanya.

Zulkifli juga melahirkan rasa hairan Menteri Besar dilantik sebagai pengerusi ECER, namun setiap projek yang dirancang di bawah ECER tidak dimaklumkan kepada pengerusi.

Persidangan Dun juga agak menarik dengan penjelasan anggota Exco, Datuk Husam Musa panjang lebar mengenai tuntutan royalti minyak.

Ketika isu tersebut rancak diperkatakan, Adun pembangkang (BN) tidak mengambil peluang, seolah-olah memperlihatkan mereka berada di pihak yang serba salah.

Kerajaan negeri sehingga kini sudah dua kali menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai tuntutan tersebut, namun gagal dijawab sehingga sekarang.

Husam berkata, kerajaan negeri bercadang mewujudkan sudut pameran mendedahkan data-data mengenai penemuan minyak di perairan Kelantan sebagai maklumat kepada umum.

"Apabila melihat data-data dan gambar yang dipamerkan tersebut, menteri yang berasal dari Kelantan mungkin akan masa malu,"kata Husam.

Beliau menganggarkan jumlah royalti yang sepatutnya dinikmati Kelantan sebanyak RM1 bilion.

Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad pula mencadangkan diambil tindakan di bawah kes pecah amanah terhadap Presiden dan CEO Petronas kerana cuba menafikan hak rakyat Kelantan.

Adun Tawang, Hassan Mohamod pula meminta kerajaan negeri memotong jumlah hutang tertunggak kepada pusat sebagai ganti kepada jumlah royalti yang sepatutnya diterima Kelantan.

Wan Ismail Wan Jusoh (Melor) pula mahu kepastian apa tindakan lanjut kerajaan negeri sekiranya pusat masih berdegil.

Husam tidak menolak akan diadakan solat hajat bagi melembutkan hati pemimpin pusat. _

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh

Teoh Beng Hock dipukul dan dicekik sebelum jatuh
Harakahdaily
Wed | Oct 21, 09 | 11:46:13 am MYT
SHAH ALAM, 21 Okt: Pakar forensic dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan, memberikan keterangan yang mengejutkan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini apabila berkata, tengkorak kepalanya pecah bukan kerana jatuh tetapi kerana pukulan kuat.

Tanda bulatan merah pada tengkuknya pula bagi beliau adalah akibat dari dicekik dengan menggunakan tangan dan ia adalah kesan jari pada tengkuk mangsa.

Bagi beliau, Beng Hock jatuh ke atas lantai di tingkat bawah tempat mayatnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Dia juga berkata, kesan luka pada anus (dubur) mangsa juga akibat dari kemasukan objek keras sebelum beliau jatuh.

Berdasarkan kepada perolehan itu, beliau memberikan rumusan bahawa 80 peratus punca kematian Beng Hock adalah kerana dibunuh dan hanya 20 peratus sahaja kerana bunuh diri.

Image Dr Pornthip (gambar) memberikan keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock di hadapan Koroner, Azmil Muntapha Abad. Beliau dipanggil sebagai saksi profesional oleh keluarga Teoh Beng Hock.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Dr Porntip atau lebih dikenali dengan Dr Death mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini telah menyiasat lebih 10,000 mayat sepanjang kerjayanya sebagai pakar forensik.

Beliau mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia dalam bidang ini.

Beliau yang memeriksa beribu-ribu mayat mangsa tsunami yang melanda Thailand sebelum ini yakin, semangat mereka yang mati itu melindungi dalam menjalankan kerja-kerjanya sebagai pakar pathologi.

Sebagai bekas pesakit kanser yang berjaya melawan penyakit maut itu, Dr Pornthip yang juga pakar DNA, sedang berusaha untuk meningkatkan sains forensik di negaranya. _

Raja tegur pusat lengahkan naik taraf Lapangan Terbang

Raja tegur pusat lengahkan naik taraf Lapangan Terbang
Salmah Mat Hussain
Wed | Oct 21, 09 | 4:46:32 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Okt: Kerajaan Pusat sekali lagi diingatkan pihak istana Kelantan supaya menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra kerana ia boleh menjadi pemangkin pembangunan ekonomi negeri ini.

Sebelum ini gesaan serupa sudah berkali-kali kali dititahkan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Namun sehingga kini cadangan itu seolah-olah kurang mendapat perhatian kerajaan pusat kecuali mengubah wajah terminal lapangan terbang beberapa tahun lalu.

Dan semalam gesaan serupa disuara pula Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

Titah baginda lapangan terbang di Pengkalan Chepa wajar dinaik taraf menjadi lapangan terbang antarabangsa memandangkan kemudahan tersebut dapat membantu perkembangan ekonomi dan sosial di Kelantan.

"Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra perlu dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa kerana ia boleh memberi perkhidmatan penerbangan terus ke negara-negara luar terutama di Asia dan Timur Tengah.

"Beta dimaklumkan syarikat penerbangan Firefly bercadang memperluaskan perkhidmatan penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura," titah baginda.

Pada masa yang sama baginda bertitah Kelantan juga memerlukan sebuah pelabuhan komersial yang boleh menjadi pemangkin ekonomi di negeri ini.

Menurut baginda, ketiadaan kemudahan pelabuhan membantutkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

�Beta berharap kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula kelulusan projek pelabuhan di negeri ini sebagaimana yang telah diluluskan dalam RMK-5.

"Beta juga menyarankan kerajaan Persekutuan mempercepatkan perlaksanaan projek pembinaan jalan baru dari Kota Bharu ke Kuala Krai," titahnya.

Titah baginda pelaksanaan projek itu perlu disegerakan kerana ia dapat merangsangkan pembangunan di sepanjang koridor laluan itu di samping mempercepatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Baginda juga turut memuji langkah kerajaan negeri memajukan sektor pertanian bagi menjayakan hasrat Kelantan sebagai jelapang makanan negara.

Bagaimanapun baginda menyarankan sektor itu perlu difokuskan kepada penggunaan teknologi moden berskala besar dan berorentasikan eksport.

Tambah baginda, penekanan bioteknologi dalam pertanian juga perlu untuk menjadikan sektor berkenaan lebih berdaya maju.

"Beta juga berharap petani, penternak, nelayan serta meraka yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat kefahaman dengan pelancaran konsep �Bertani Satu Ibadat," titah baginda. _

DPP pertimbang bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa

DPP pertimbang bawa isu undi pos ke peringkat antarabangsa
Hazayani Zakaria
Wed | Oct 21, 09 | 4:31:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Pusat akan membawa isu undi pos dalam pilihan kecil DUN Bagan Pinang ke peringkat antarabangsa jika Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) tidak mengambil sebarang tindakan terhadap aduan mereka hari ini.

Ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan mengambil contoh yang dilakukan pihak pembangkang di Afghanistan yang membuat aduan ke peringkat antarabangsa mengenai penyelewengan pilihanraya negara itu sehingga berjaya membatalkan lebih sejuta undi yang berpihak kepada Presidennya, Hamid Karzai.

"Jika memorandum yang kita hantar hari ini tak datangkan hasil positif dari pihak SUHAKAM, kami (DPP) melalui lajnah guaman PAS akan teliti ruang untuk kita bawa perkara ini ke peringkat antarabangsa."

"Mungkin kepada biro aduan hak asasi manusia peringkat antarabangsa dan kalu perlu mungkin boleh sampai ke peringkat pemanrtau demokrasi di peringkat komanwel datau PBB."katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum aduan mengenai ketidak telusan undi pos dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang di pejabat Suhakam pagi tadi.

ImageTerdahulu, Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat mengemukakan sembilan aduan mengenai penyelewengan yang berlaku melibatkan undi pos.

Sembilan aduan itu adalah mengenai sistem undi pos yang longgar, kecurigaan terhadap peti undi MINDEF, penggunaaan daftar pemilih yang berbeza, ejen undi pos tidak dapat melaksanakan tugas, pengundi bertindan, pengakuan bekas anggota tentera berpangkat sarjan bahawa beliau pernah mengundi BN bagi pihak orang lain, cara serahan sampul keutamaan, pengambilan sampul keutamaan di luar waktu mengundi dan Menteri BN berkempen dalam kem tentera.

Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos Bagan Pinang dalam aduannya mendakwa terdapat 253 pengundi yang mempunyai dua nama dalam daftar pemilih.

"Berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah diwartakan pada 15hb September 2009 terdapat 253 pengundi pos di Bagan Pinang boleh mengundi di dua tempat berbeza. Contohnya boleh mengundi di Bagan Pinang, Negeri Sembilan, menggunakan identiti tentera dan menggunakan identiti awam di suatu DUN di Kelantan."jelasnya.

Berhubung kes yang turut menimbulkan keraguan iaitu peti undi MINDEF, Suhaizan berkata, selepas proses penyerahan pada 7 dan 8 Oktober lalu, sampul keutamaan pengundi pos tentera yang dalam proses peralihan (pencen) telah dihantar ke MINDEF.

Selepas proses pengiraan pada 11 Oktober, PAS tidak mendapat sebarang undi di peti undi 14, 15 dan 16.

"Persoalannya mengapa PAS dapat 0 dan BN dapat 881? Apakah munasabah anggota tentera yang dalam proses pencen tidak langsung mengundi PAS? Pengundi-pengundi dalam proses pencen(peralihan) adalah mereka yang sedang mengikuti latihan persediaan untuk pencen. Mereka adalah golongan kritikel kepada Barisan Nasional(BN). Mereka berkemungkinan besar menyokong PAS kerana mereka hampir bebas daripada ikatan tugas sebagai seorang anggota tentera. Saya cukup curiga terhadap peti undi 14, 15 dan 16," katanya.

Beliau turut memberitahu, terdapat pasangan suami isteri yang diberikan kertas undi pos berdekatan sebuah pasar mini dekat Teluk Kemang pada jam 7.30 petang 9 Oktober lalu.

"Saya nak gambarkan itulah bentuk serahannya. Bentuk serahan ini sangat mudah untuk dimanipulasi," katanya.

Sehubungan itu, DPP meminta SUHAKAM mengadakan siasatan awam bagi menyiasat dakwaan-dakwaan itu.

Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM Datuk Siva Subramaniam dalam responnya berkata, beliau akan memanjangkan aduan berkenaan kepada Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Abu Talib Othman dan pesuruhjaya yang lain sebelum membuat keputusan sama ada perlunya diadakan siasatan awam tersebut.

Ujarnya, SUHAKAM sendiri telah banyak kali menerima aduan mengenai dakwaan penyalahgunaan undi pos.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata, DPP tetap dengan pendirian mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah untuk menghapuskan undi pos yang tidak menunjukkan pencapaian yang bersih dalam sistem pilihanraya di Malaysia._

Bubar DUN, PR Perak sudah bersedia

Bubar DUN, PR Perak sudah bersedia
Nazri Abdullah
Wed | Oct 21, 09 | 3:39:23 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Okt: Pakatan Rakyat Perak tidak menolak kemungkinan desas desus bahawa Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan akan berlaku dalam masa terdekat.

ImagePesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain ketika diminta mengulas perkara itu memberitahu spekulasi yang sedang bertiup kencang di negeri itu sekarang ini ada asasnya.

Antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri dan keyakinan BN selepas menang pada Pilihan raya Kecil Bagan Pinang 11 Oktober lalu.

"Kemungkinan besar akan berlaku. Ada beberapa asas untuk saya berkata begitu, antaranya kucar kacir dalam pentadbiran negeri sekarang, contohnya GLC tidak berfungsi, masalah ketua kampung kena pecat dan banyak lagi," katanya ketika dihubungi.

"selain itu, mereka juga sudah berkeyakinan diterima rakyat selepas menang di Bagan Pinang, dan yang paling akhir sokongan rakyat pada pelancaran 1Malaysia yang dilancar Datuk Seri Najib di sini baru baru ini."

Bersedia atas segala kemungkinan yang bakal berlaku, PAS negeri katanya sudah mula menggerakkan jentera mereka bagi memastikan kerajaan negeri Perak kembali kepada Pakatan Rakyat.

"Kita sudah bersedia lama, dan terbaru pada 17 Oktober baru-baru ini kami telah mengadakan taklimat kepada seluruh PAS kawasan sebagai persediaan berdepan pembubaran DUN," katanya.

ImageMengulas isu sama, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Meng juga yakin BN akan membubarkan DUN perak berasakan kemenangan besar pada PRK Bagan Pinang.

Menurutnya jika benar, ianya bertepatan dengan desakan rayat negeri itu selama ini yang mahu kerajaan negeri dipilih semula oleh mereka.

"Jika benar, ini memang hasrat rakyat. Mengikut pungutan suara gabungan NGO yang diumum minggu lalu, 10 ribu yang ditemuduga, 92.15 peratus bersetuju DUN Perak dibubarkan," katanya ketika ditemui di parlimen pagi tadi.

Beliau yang juga ADUN Pantai Remis berkata, pakatan Perak sememangnya menunggu perkara itu berlaku sebagai penyelesaian terbaik kemelut negeri itu yang sudah berlarutan hampir sembilan bulan lalu.

"Kita bersiap sedia sepanjang masa, kita yakin prestasi 10 bulan memerintah Perak dan sengat kerjasama PAS-DAP-PKR memmbuatkan rakyat akan bersama kita," ujarnya.

Krisis perlembagaan negeri Perak sekali lagi bakal mendapat perhatian apabila Speaker Pakatan, V.Sivakumar dan Speaker BN, R.Ganesan masing-masing memanggil sidang DUN pada tarikh sama 28 Oktober ini.

Kesemua ADUN pakatan mahupun BN telah menyatakan komitmen untuk hadir pada persidangan tersebut berdasarkan notis panggilan dari Speaker masing-masing. _

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan

Hari ini Nik Aziz 19 tahun mentadbir Kelantan
Wan Nik Wan Yussof
Wed | Oct 21, 09 | 2:34:55 pm MYT
ANALISA

Hari ini, Rabu, 21 Oktober 2009 adalah ulang tahun ke-19 pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulamak.

Sekaligus mengesahkan telah 19 tahun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Ia juga adalah ulang tahun ke-19 bagi pelaksanaan slogan Membangun Bersama Islam yang dijadikan panduan perancangan pembangunan negeri.

Ia satu slogan yang mendahulukan nilai-nilai ad-din di dalam memenuhi harapan rakyat. Ini juga bermakna, selama 19 tahun prinsip pentadbiran berteraskan ubudiah, masuliah dan itqan telah dijadikan amalan oleh seluruh agensi kerajaan negeri Kelantan.

Maka, selayaknya telah berlaku kesan nyata daripada perancangan dan pelaksanaan ke atas tiga aspek perjalanan kerajaan negeri � falsafah kepimpinan, slogan dan prinsip pentadbiran � sekaligus menobatkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar yang ulung menerajui eksekutif kerajaan negeri.

Justeru itu, sempena mengingati ulang tahun ke-19, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menerajui kepimpinan ulamak mentadbir negeri Kelantan, semua laluan sejarah lepas sewajarnya dijadikan pengalaman, demi menyongsong kejayaan untuk dinikmati oleh generasi akan datang.

Pengorbanan untuk generasi muda

Laluan kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak menjawat Ketua Ulamak PAS Pusat dan kini selaku Mursyidul Am PAS amatlah terukir indah di setiap wajah rakyat Kelantan.

Image Ilmunya adalah cahaya, perwatakannya adalah idola dan sentuhan pentadbirannya adalah keberkatan untuk seluruh rakyat.

Justeru itu, ilmu agama yang ada di dadanya sentiasa dicurahkan kepada rakyat Kelantan menerusi kuliah pagi Jumaat, khutbah Jumaat dan ceramah yang segar serta tulisan yang tercetak.

Atas kapasiti keilmuan yang dicurahkan dan ratusan ribu rakyat menelaah ilmunya, layaklah rakyat menobatkan menteri besar yang mengemudi kepimpinan ulamak itu adalah seorang ulamak sebenar bergelar 'Tuan Guru'.

Kerana di sebalik itu, cukup ramai individu ulamak yang kaya ilmu agamanya, tetapi loket di dalam mencurahkan ilmunya untuk diraih oleh rakyat. Justeru itu, tidak mungkin ditemui dalam dekad ini menteri besar seumpama menteri besar Kelantan.

Sesungguhnya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah 19 tahun bergelar 'Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar' yang sentiasa mengorbankan ilmunya untuk rakyat.

Inilah wajah kepimpinan ulamak yang dipaparkan kepada generasi rakyat Kelantan hari ini. Mudah-mudahan �ilmu tuan guru� bakal membina generasi muda masa kini untuk mencipta kejayaan masa depannya.

Berkat taburan ilmu itu, kini Kelantan bukanlah negeri yang terpinggir dengan isu-isu pembangunan. Daripada ilmu yang ditaburkan, Kelantan sudah menjadi negeri yang seiringan dengan negeri lain dari segi pembangunan fizikal dan rohani.

Meskipun, masih ada tohmahan dan cakap-cakap sinis kononnya Kelantan adalah negeri termundur dan ketinggalan dari segi pembangunan sosio-ekonomi, namun kualiti hidup rakyatnya sudah menjawab dengan tepat bahawa kesemua tohmahan itu adalah cakap politik yang berniat memburuk-buruk keupayaan kepimpinan ulamak sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz dilantik menteri besar.

Justeru itu, kepimpinan ulamak era Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menobatkan (establishment) 20 nilai pembangunan negeri Kelantan seperti mana berikut:

1. sifat cakna rakyat penuh berkebajikan,

2. bangunan pejabat dan gudang bertambah dan tersergam,

3. prasarana kesejahteraan awam tersirat kukuh,

4. ladang getah dan kelapa sawit luas menghijau,

5. sawah bendang menguning setiap musim,

6. hutan dan lurah sedia ditereskan,

7. kadar kemiskinan menjunam turun,

8. kuasa beli rakyat mampu menyara survival pasaraya,

9. pertambahan kenderaan bersimpang siur,

10. taman perumahan melebar ke serata negeri,

11. bandar lama dan baru makin berkembang,

12. kehadiran pelancong terus melonjak,

13. pesta, ekspo dan karnival terlaksana setiap tahun,

14. gaji kakitangan awam tidak pernah dikurang,

15. pendidikan Islam terbaik dan pelajar cemerlang terserlah setiap tahun

16. kolej, universiti dan sekolah bestari makin bertambah bilangan

17. kilang dan produknya terus beroperasi melonjak peluang ekonomi

18. perancangan pembangunan sentiasa berlaku

19. punca hasil baru terus diterokai

20. baki hutang kerajaan dahulu sudah terlunas. Kesemua nilai pembangunan dinyatakan di atas adalah ukuran mutlak bagi mengiktiraf betapa pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan sosial sudah berlaku dan tidak terpinggir.

Oleh kerana itu, negeri Kelantan sepanjang 19 tahun di bawah kuasa politik PAS telah melakukan yang terbaik untuk rakyat Kelantan. Di atas 20 establishment itu, amatlah tidak adil untuk meletakkan status pembangunan negeri Kelantan sebagai negeri mundur.

Maka, sempena ulang tahun ke-19 kepimpinan ulamak mengurus-tadbir kerajaan negeri Kelantan ini, diharapkan bersama-samalah kita dapat membuka mata dan telinga untuk menerima realiti, betapa negeri Kelantan hari ini adalah sebuah negeri yang sudah jauh maju setanding dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Aziz Bari patut bincang kepincangan undang-undang

Aziz Bari patut bincang kepincangan undang-undang
Azmi Yusof
Wed | Oct 21, 09 | 11:38:18 am MYT
KUALA TERENGGANU, 21 Okt: Profesor Dr Abdul Aziz Bari sewajarnya membicarakan kepincangan dalam pilihan raya kecil (PRK) Bagan Pinang dari sudut undang-undang, bukannya perubahan kepimpinan PAS.

Sehubungan itu, Institut Kajian Polisi, PAS Negeri Terengganu (IKPNT) mendapati tulisan beliau di dalam sebuah akhbar harian tabloid Isnin lalu tidak seimbang.

Akhbar itu melaporkan cadangan Abdul Aziz, profesor undang-undang perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) agar PAS menyusun semula kepimpinannya.

Antaranya Aziz melihat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak lebih terbuka dari Abdul Hadi untuk memimpin PAS di masa depan.

Setiausaha IKPNT, Muhammad Zaidan Abdullah berkata, hujah-hujah yang dikemukakan oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu di dalam tulisannya yang bertajuk"Pengajaran dari Bagan Pinang: PAS kena ambil langkah drastik lakukan reformasi kepimpinan" juga tidak tepat.

Ini, katanya kerana Aziz pada asalnya menyebut "sekadar hendak mengungkap beberapa perkara yang penting dari sudut perlembagaan khususnya dan sistem politik umumnya".

"Sepatutnya beliau banyak membicarakan kepincangan dalam pilihan raya kecil tersebut dari sudut undang-undang yang penuh dengan keganasan dan penipuan yang dilindungi oleh undang-undang," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

Katanya, pandangan terhadap keraguan proses undi pos, salahguna jentera kerajaan, ketelusan SPR dan rasuah patut diberikan pandangan dan penjelasan oleh beliau sebagai seorang ahli undang-undang.

Tetapi, sebaliknya, beliau telah membicarakan perubahan kepimpinan yang mesti dilakukan oleh PAS secara drastik.

Sehubungan itu, Zaidan bertanya apakah kepimpinan PAS patut bertukar secara drastik selepas kekalahan di Bagan Pinang sedangkan PAS berjaya mengekalkan kemenangan dalam PRK Bukit Gantang, Manek Urai, Permatang Pasir dan merampas kerusi BN di Parlimen Kuala Terengganu.

Ini, katanya kerana dalam semua PRK tersebut, kepimpinan PAS adalah kepimpinan yang sama dengan PRK N.31 Bagan Pinang.

Tambahnya, umum juga mengetahui penyertaan PAS di Bagan Pinang disedari sukar untuk dimenangi atau sebagai "underdog" sebagaimana dikatakan oleh pengarah PRK itu, Salahuddin Ayub.

"Prof Dr Aziz Bari telah berhujah secara tidak profesional. Perlu difahami bahawa kepimpinan PAS adalah sebuah kepimpinan berjemaah, dan bukan hanya kepimpinan individu seperti yang disebut oleh beliau," katanya lagi.

Tambahnya, kepimpinan PAS adalah kepimpinan ulama yang memikul tanggungjawab daripada amanah Allah swt 0dan rasul-Nya saw yang bertindak berdasarkan keputusan-keputusan yang diambil di pelbagai peringkat selaras dengan prinsip syura yang dipakainya sedangkan Aziz hanya melihat PAS sebuah parti politik.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang bertanggungjawab dalam menguruskan semua polisi dan kegiatannya di bawah dasar kepimpinannya secara berjemaah.

IKPNT, ujarnya berharap Dr Aziz meneliti dengan tepat keputusan-keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat di dalam isu-isu yang berkaitan dengan kritikan beliau.

"Janganlah hanya menjeling kepada kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu dan mengatakan bahawa ini betul dan ini tidak betul sedangkan beliau sendiri tidak mendapat penjelasan rasmi daripada pihak yang berautoriti dalam PAS. Inilah yang sepatutnya beliau lakukan sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan kenapa pensyarah itu telah membuat satu persepsi yang tidak adil terhadap kepimpinan PAS dengan membahagikan kepada dua blok, pro-Umno dan tidak pro-Umno memandangkan ia tidak timbul lagi kerana telah diberikan penjelasan mengenainya oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Menurutnya, adalah lebih bijaksana sekiranya komentar yang dibuat berlandaskan etika profesionalisme serta kefahaman yang benar terhadap PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Ini, katanya kerana pemimpin-pemimpin PAS dari dulu sehingga sekarang telah berjaya membuat perubahan politik dalam negara, bahkan telah terbukti di kalangan pemimpin-pemimpin utamanya memainkan peranan di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan Islam dan membela umat sejagat.

"IKPNT percaya kepimpinan PAS bersikap terbuka untuk menerima teguran. Walaupun begitu, kita sepatutnya berhati-hati (hazar) agar tidak terperangkap dengan agenda musuh untuk melemahkan Islam," ujarnya._

Selasa, Oktober 20, 2009

Bruce Lee Vs Jet Li

Sajer jer..... nak hilang boring.....
heheheh!!!

JOM KITA TONTON NI......
dan bandingkan siapa lebih Hebat.... antara dua jaguh kung fu ni...



Oleh : Ambuyat!

Penduduk diarah bersiap pindah sedang Ribut Lupit mara ke Filipina

MASIH DITENGGELAMI AIR: Para penduduk di bandar San Pedro, wilayah Laguna di utara Manila, semalam menggunakan rakit buatan sendiri untuk meneruskan kehidupan harian. Wilayah ini telah dilanda Taufan Ketsana dan Taufan Parma. -- Foto REUTERS
Mudah cetak

17 Okt 2009

LUAR NEGARA

Penduduk diarah bersiap pindah sedang Ribut Lupit mara ke Filipina

MANILA: Para pegawai telah mengarahkan para penduduk di wilayah utara Filipina agar bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing jika taufan ketiga melanda negara itu.

Amaran itu dikeluarkan kerana para pegawai bimbang bahawa Ribut Lupit akan bertukar menjadi taufan dengan kederasan angin sehingga 230 kilometer sejam, sedang ia menuju ke perairan Filipina semalam.

Sejak 26 September lalu, bandar Manila dan wilayah utara Filipina dilanda banjir besar dan kejadian tanah runtuh selepas dua taufan besar melanda.

Bencana itu telah menyebabkan 773 orang terkorban dan menjejas lebih tujuh juta penduduk.

'Kami masih lagi mencari mayat dan kini tiba pula Ribut Lupit,' kata Gabenor wilayah Benguet, Encik Nestor Fongwan.

'Saya berharap ribut ini tidak sampai ke sini,' tambah beliau.

Pada minggu lalu, sekurang-kurangnya 288 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh ekoran taufan yang melanda wilayah Benguet.

Ketua pegawai kaji cuaca, Encik Nathaniel Cruz, berkata bahawa taufan baru itu boleh melanda pulau utara Luzon seperti Taufan Parma pada 3 Oktober lalu.

Namun, ia juga mungkin beralih arah dan menuju pula ke Taiwan awal minggu depan.

Para pegawai bantuan bencana di daerah Cordillera telah menasihatkan beribu-ribu penduduk di situ agar bersedia untuk berpindah ke kawasan lebih selamat bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang lagi apabila taufan baru melanda.

'Kami telah memaklumkan mereka bahawa ada taufan baru yang sedang menuju ke sini dan mereka patut tahu mereka perlu berpindah sebaik saja kami dapat mengesahkan yang taufan itu akan melanda di sini,' kata ketua pejabat pertahanan awam di bandar Bagguio, Cik Olive Luces.

Daerah Cordillera yang berbukit-bukit itu didiami lebih 1.2 juta penduduk dan ia dikenal pasti sebagai kawasan bahaya jika taufan melanda.

Para penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah, berdekatan lereng bukit dan gunung akan diberi keutamaan untuk berpindah. -- AP.

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?

Umno perlu diberi peluang lagi untuk benar-benar berubah?
Ahmad Lutfi Othman
Mon | Oct 19, 09 | 6:17:56 pm MYT
PENDAPAT

AMALAN rasuah dan Umno memang sudah sinonim, melekat kuat, dan sukar untuk dicerai-tanggal. Bagaimanapun ada pihak melihat bahawa rasuah - kegiatan jenayah yang paling sukar dibuktikan itu - jugalah yang menyebabkan Umno berkembang dan sehingga kini masih berkuasa walaupun digugat hebat dalam pilihan raya Mac 2008.

Melalui rasuah, aktiviti Umno dapat digerakkan secara lebih aktif, terutama untuk 'menggula-gulakan' rakyat, di samping memastikan jentera propaganda parti berjalan licin!

Rasuah yang dimaksudkan bukan sekadar politik wang atau membeli undi semasa pemilihan kepimpinan Umno, seperti yang dihebohkan pemimpin parti berkenaan. Ia meliputi gerak kerja lebih meluas, khususnya dalam setiap kali kempen pilihan raya, tidak kira pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

Hal ini jarang, atau lebih tepat, tidak pernah dibangkitkan pemimpin dan ahli Umno. Yang sering didebatkan hanyalah politik wang semasa memilih barisan kepimpinan parti.

Dana politik

Sedangkan amalan rasuah semasa pilihan raya, seperti ditunjukkan di Bagan Pinang dan mana-mana jua pilihana raya sebelum ini, adalah lebih serius, kotor dan memberikan kesan cukup buruk kepada negara.

Kos projek meningkat berkali ganda bagi menampung "dana politik", malah kualiti diabaikan untuk menjimatkan perbelanjaan. Natijahnya, banyak bangunan runtuh di sana-sini!

Melalui perhimpunan agungnya baru-baru ini, perlembagaan Umno dipinda bagi membolehkan lebih ramai perwakilan akar umbi dapat menentukan barisan kepimpinan parti, kononnya dengan itu meminimumkan amalan rasuah yang sudahpun membarah.

Umno-BN yang hampir tumbang dan hilang kuasa dalam pilihan raya ke-12 seolah-olah nampak serik dan bersedia mengambil tindakan drastik bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadapnya.

Memang kepada Umno, kuasa adalah segala-galanya. Tanpa bergayut dengan kuasa, Umno sudah lama rebah. Dr Mahathir Mohamad sering mengingatkan apa gunanya menjadi pemimpin kepada parti yang tidak berkuasa lagi.

Jatuhnya Umno di Selangor, Perak dan Kedah (juga Pulau Pinang) pada 8 Mac 2008 cukup memeritkan. Apa juga usaha, termasuk taktik jahat, direncanakan bagi merampas semula negeri-negeri berkenaan dari Pakatan Rakyat. Bertubi-tubi dilancarkan serangan.

Akhirnya Perak dapat direbut semula, Kedah pula digoncang hebat dan Selangor tidak henti-henti digugat. Siapa percaya tiga Adun Pakatan di Perak dan seorang di Kedah mengkhianati perjuangan tanpa sebarang sogokan atau rasuah?

Aneh,parti yang cakap berdegar-degar mahu membanteras rasuah secara sedar dan proaktif membelit dan menyelimuti diri mereka dengan korupsi dan salahguna kuasa.

Ajar cukup-cukup

Umno sebenarnya belum "diajar cukup-cukup" sehingga lumpuh tempat pergantungan dengan sumberkuasa dan punca ekonomi. Pada pilihan raya 1999, Umno mendapat tamparan cukup dahsyat. Pengundi Melayu secara terbuka mempamerkan aksi protes, didahului siri demonstrasi disekitar Kuala Lumpur.

Namun, Umno masih berkuku di luar Kelantan dan Terengganu serta terus ghairah membolot khazanah kekayaan negara. Pelbagai langkah perubahan dilakukan.

Bagaimanapun, apabila menang besar pada 2004, belang Umno muncul kembali, malah ia menjadi lebih angkuh, sombong dan lupa diri.

Tsunami politik Mac 2008 memang memedihkan Umno-BN. Lima negeri hilang, antaranya negeri paling maju. Majoriti dua pertiga di Parlimen dinafikan. Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berundur awal. Perubahan menjadi istilah popular di zaman Najib. Akta-akta menekan dan mengongkong seperti ISA pun khabarnya mahu dipinda.

Umno berhasrat untuk dilihat dekat dengan nurani dan degup jantung rakyat. Semuanya - hanya dengan satu tujuan - untuk mengembalikan sokongan yang telah hilang.

Berdepan masyarakat bukan Melayu, Umno bagai tidak percaya lagi dengan MIC dan MCA, ia mahu berbicara langsung dengan mereka, tanpa melalui parti-parti komponen itu.

Di Bagan Pinang Umno mendapat suntikan semangat baru. Walaupun ia hanya mempertahankan kerusi tradisi - bukan merampas kubu lawan, seperti dilakukan PAS di Kuala Terengganu - namun sudah cukup untuknya berpesta.

Najib Razak sendiri akui kemenangan Isa Samad itu menceriakan suasana perhimpunan Umno dan memudahkan pindaan perlembagaan diluluskan. Mungkin bagi Najib, pengundi masih boleh dikelirukan dengan satu dua azimat palsu.

Perasuah disanjung

Ironinya, ketika Umno mahu memerangi rasuah, tiba-tiba sang perasuah pula disanjung sebagai hero. "Hipokrasi Umno untuk banteras rasuah terdedah. Segala yang dibuat hanya untuk mengelabui rakyat sedangkan perangai Umno tetap macam dulu," kata seorang pemerhati politik.

"Selagi Umno tidak ditumpaskan sepenuhnya, dan merempat sebagai pembangkang di seluruh negara,maka ia tidak akan berubah, percayalah. Usah disambung hayatnya sebagai parti pemerintah jika kita mahu melihat Umno benar-benar berubah!" tambahnya.

Tentunya kepada rakyat, jika Pakatan dan BN berlumba-lumba menjaga kepentingan dan kebajikan mereka, ia menguntungkan semua. Soalnya, untuk kali ke berapa peluang harus diberikan buat Umno-BN?

Ruang 2004-2008 dibazirkan begitu sahaja; tiada perubahan yang menguntungkan rakyat dilaksanakan selain penciptaan slogan demi slogan. Kini Umno merayu kembali agar ia tidak direntap dari puncak kuasa, dengan turut menjanjikan deretan perubahan.

Pengundi pastinya lebih matang menilai. Sambil mengharapkan Pakatan mengotakan janji dan menambah-baik sistem penyampaian di empat negeri, rakyat mahu melihat segala teguran yang disampaikan, misalnya melalui keputusan Bagan Pinang, dipandang berat.

Jangan mengulangi tabiat buruk Umno-BN yang sentiasa dalam keadaan "menafikan". Seperti BN, Pakatan juga dinilai dari dekat dengan kacamata kritikal. Bukankah selama ini yang membentuk dan menyemai sikap kritis rakyat adalah Pakatan sendiri? Pedang yang menusuk musuh, ia juga boleh menikam diri sendiri.

Sila hantar komen untuk artikel di atas ke: urespons@gmail.com

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN