PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Januari 03, 2009

Antara Haji Mabrur dan mengekalkan amalan buruk selepas haji

Antara Haji Mabrur dan mengekalkan amalan buruk selepas haji
Ustaz Zainudin Hashim I ustazzain@harakah. net.my
Wed | Dec 31, 08 | 1:42:54 pm MYT
Setiap daripada jemaah haji yang baru selesai menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima itu, pasti berdebar-debar untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta sejak ditinggalkan lebih sebulan lalu, dan debaran hati mereka bertambah kuat setelah melalui ujian getir ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

Setiap daripada jemaah haji yang baru selesai menunaikan ibadat rukun Islam yang kelima itu, pasti berdebar-debar untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta sejak ditinggalkan lebih sebulan lalu, dan debaran hati mereka bertambah kuat setelah melalui ujian getir ketika berada di tanah suci Makkah dan Madinah.

Pelaksanaan rukun-rukun haji telah pun selesai, ini bermakna mereka sudah boleh dilabelkan dengan gelaran haji di depan nama-nama mereka. Sesungguhnya gelaran haji itu merupakan satu penghormatan daripada manusia yang memanggil dengan gelaran itu. Ini kerana apabila seseorang itu bergelar haji, bertambahlah tanggungjawabnya terhadap masyarakat.

Sekurang-kurangnya mereka boleh bertindak sebagai 'role-model' dengan menunjukkan perilaku yang baik, bertutur dengan kata-kata yang manis, menegur-sapa orang-orang di sekeliling tanpa ada syarat tertentu, berbudi bahasa dan jauh daripada sebarang penggunaan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan saudara-saudara seagama yang lain.
Tetapi apakah mungkin seseorang yang sudah bergelar haji atau hajjah melakukan sesuatu yang terbaik, lebih baik daripada sebelum mereka ke tanah suci?

Ia bergantung kepada sejauh mana jemaah haji mendapat pengajaran daripada setiap langkah, perbuatan dan amalan haji ketika berada di sana. Kerana semua amal ibadat dan rukun-rukun haji yang dilakukan sebenarnya ada kaitan dengan persoalan akhirat, iaitu satu keadaan di mana ia mampu mengingatkan manusia untuk berhubung dengan Allah SWT selaku Pemilik hari akhirat dan kiamat, yang akan menghukum kepada siapa sahaja yang tidak tunduk kepada arahan-Nya dan melakukan segala tegahan-Nya.
Justeru, sekembalinya para jemaah haji daripada tanah suci Makkah dan Madinah, apatah diiringi dengan haji mabrur yang diterima di sisi Allah SWT, bagaikan mereka baru keluar (dilahirkan) daripada perut ibu-ibu mereka iaitu tidak berdosa, ia satu keadaan di mana mereka berpeluang untuk menebus segala kesalahan-kesalahan lalu. Ini kerana manusia tidak sepi daripada melakukan dosa, apatah lagi terhadap Allah, Rasul-Nya, kepada kedua ibu bapa, guru-guru, jiran-tetangga, sahabat-handai dan lain-lain.

Apa yang penting setelah bergelar haji, elakkan daripada terlibat dengan banyak duduk di kedai-kedai kopi iaitu satu keadaan sebelum mereka menunaikan fardu haji dengan bersembang pada perkara yang tidak banyak boleh membantu mereka nanti di alam akhirat dan kiamat.
Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk banyak duduk di dalam rumah-rumah Allah seperti masjid, surau atau di tempat-tempat ceramah yang boleh mengingatkan mereka untuk terus bersiap sedia dengan bekalan-bekalan akhirat, banyak membaca al-Quran, mendengar kuliah atau tazkirah, bercakap pada perkara yang boleh menambahkan pahala, bukan menambahkan 'koleksi' dosa.

Memilih kawan-kawan yang baik-baik, apatah lagi yang boleh mengingatkan mereka kepada Allah sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran menerusi ayat 28 surah al-Kahfi yang bermaksud : Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang mengingatkan kamu kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Begitu juga mengelak diri daripada menampilkan diri di khalayak ramai dengan penampilan yang tidak boleh dijadikan contoh seperti memakai gelang tangan, berseluar pendek, membiarkan isteri dan anak-anak gadis tidak menutup aurat dan bertudung ketika berada di luar rumah, tidak menyokong manusia yang suka mempersenda Islam, memakai pakaian yang bersesuai dengan taraf seorang yang bergelar haji, ini tidak lain bagi mengekalkan kelangsungan pahala-pahala haji untuk tahun-tahun mendatang.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim dan muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya. Antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

-Melakukan solat lima waktu dengan baik

-Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran

-Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

-Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, malah bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

- Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

- Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran.
Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. - azm _

Release tension

Release tension
From: "Ustaz Haji Mohd Fahami Samad"


Reasons why I never visit my rich friend

Posted:

Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : What would you like to have..Fruit juice, Soda, Tea,
Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?
Answer: Tea please
Question : Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea,Bush tea, Honey bush tea,
Iced tea or green tea ?
Answer : Ceylon tea
Question : How would you like it ? black or white ?
Answer: white
Question: Milk, or fresh cream?
Answer: With milk
Question: Goat's milk, or cow's milk
Answer: With cow's milk please.
Question: Freezeland cow or Afrikaner cow?
Answer: Um, I'll just take it black.
Question: Would you like it with sweetener, sugar or honey?
Answer: With sugar
Question: Beet sugar or cane sugar?
Answer: Cane sugar
Question: White, brown or yellow sugar?
Answer: Forget about the tea, just give me a glass of water instead.
Question: Mineral water, tap water or distilled water?
Answer: Mineral water
Question: Flavored or non-flavored ?
Answer: I think I'll just die of thirst



Mengapa PORTUGIS TAK MENAWAN UTARA TANAH MELAYU

Posted:

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada
kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah
yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari
pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah
selama ini

1508: Alfonso de BURQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis
untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan
asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur
barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera
158 biji kapal, 15300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan
kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan
5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang
Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk
menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu
mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran
selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan
Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke
Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu
untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang
un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah,
perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat
yang diperlukan

Seminggu selepas

Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan
kepada Alfonso

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang
selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1,2,3: Selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: Selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan
bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang
Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita
kehilangan hampir 15 ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan
Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat ka, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi
mana, hang tidoq ka, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang,
tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang
disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka
amat ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

scroll sampai bawah.....

lagi....

lagi...







Hang tunggu apa lagi...hang nak mampuih ka....hang pi buat kerja nu!!!






kreatif vs tulang 4 kerat

Posted:

Maka diadakan pertandingan mengangkat anak gajah jantan yang sedang
duduk atau menyuruh anak gajah itu berdiri apa cara sekali pun.Maka
ramailah pemuda mengambil bahagian.Pemudi dilarang keras kerana takut
putus urat kentut.Mereka yang kena penyakit kentut berdarah pun dilarang
keras.Tetapi yang kena penyakit buasir yang kronik sangat digalakkan
mengambil bahagian. Tiga hari tiga malam pertandigan itu diadakan tapi
tidak seorang pun berjaya mengangkat anak gajah jantan tersebut.Walaupun
badan diorang besar besar otot yang pejal tapi semua menggunakan tenaga
4 kerat tidak menggunakan otak yang kreatif itu yang sedih nya Itu bukan
kuat nama nya tapi itu gelojoh.... Dipendekan cerita maka adalah siMamat
ni badan kurus kering muka cekung mengkung macam jelangkung dia tak
mengangkat anak gajah jantan tu dia pergi kat telinga anak gajah tu lalu
dia berbisik "HAI ANAK GAJAH YANG BAIK HATI BAIK KAU BANGUN KALAU KAU
TAK BANGUN AKU JENTIK TELUR KAU" maka mengelupuh anak gajah jantan itu
bangun dengan mukanya yang pucat.Maka dialah pemenangnya yang mengunakan
otak yang kritis dan kreatif.

Antara Perasaan dan Kebenaran

Antara Perasaan dan Kebenaran

Seringkali di hati saya dirundung masalah akibat pertembungan kepentingan di antara perasaan dan kebenaran. Bukan sekali dua orang berkata kepada saya, hal ini dan itu tidak salah namun ianya tidak pernah dibuat orang.

Sudah jenuh saya menerima alasan, memanglah syarak tidak mengapa tetapi segan dan malu menjadi alasan kemudian ucapan seperti "nanti dikata orang" dan "apa pula orang sangka" dan sebagainya menjadi rutin di dalam masyarakat kita yang jauh dari naungan Al-Quran dan As-Sunnah.

Semangat Al-Quran jelas mementingkan kebenaran dan mengajar hamba-hamba Allah swt untuk bertauhid kepada-Nya dan tidak mensyirikkan Allah di dalam sesuatu termasuk perasaan.

Maksud Tauhid

Tauhid dari sudut bahasa bermaksud : Berasal dari perkataan ÇÍÏ iaitu MengEsakan atau mengunggulkan sesuatu serta menolak selainnya. Tauhid dari sudut istilah dan pemahaman fuqaha’ pula ialah "Mengesakan Allah swt pada zat-Nya dan kekuasaan-Nya dan mengikhlaskan pengibadatan hanya kepada-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun."(lihat Aqidah Tauhid m/s 15)

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 48)


Pedoman daripada Al-Quran Supaya Mengutamakan Kebenaran daripada Perasaan

Allah swt befirman : "Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) telah memberi nikmat kepadanya: "Tahanlah terus isterimu dan bertakwalah kepada Allah", sedang kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah-lah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap istrinya (menceraikannya), Kami kawinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengawini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi. " (Al-Ahzab : 37)


Ayat yang azim diturunkan di dalam Quran yang Azim

Penurunan ayat ini adalah disebabkan Allah swt mahu menegur sikap baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menjadikan teguran ini sebagai satu kelapangan kepada orang yang beriman untuk melakukan apa yang halal sekalipun ianya pada pandangan masyarakat tidak disukai, tidak sesuai dan tidak wajar.

Ayat ini menjadi penegas bahawa CUKUPLAH ALLAH SAJA YANG MENGHUKUM apa yang baik dan apa yang tidak baik bagi manusia dan janganlah mereka mahu mengadakan sekatan dan halangan ke atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt.

Zaid bin Haritsah merupakan anak angkat rasulullah yang bernikah dengan Zainab binti Jahsyi dan kemudian berlaku perselisihan di antara mereka berdua sehingga membawa perceraian. Rasulullah menyukai Zainab dan mahu mengambil beliau sebagai isteri baginda tetapi enggan berbuat demikian kerana dibimbingi akan dicemuh oleh orang ramai kerana Zainab ialah bekas isteri kepada anak angkat baginda. Hal ini berlaku seolah-olah rasulullah menikahi bekas menantunya sendiri pada anggapan ramai orang.

Walaubagaimanapun Allah swt bahkan menegur sikap baginda ini dan terus menikahkan baginda dengan Zainab secara langsung terus dari langit tanpa perlu majlis di atas muka bumi sebagai satu langkah drastik bagi menjelaskan tidak perlu takut kepada manusia takala melakukan apa yang halal dan benar di sisi Agama.

Imam Ibnu Katsir ra menyebutkan bahawa Allah yang menjadi wali perkahwinan ini dan tidak ada akad, tidak ada mahar dan tidak memerlukan saksi daripada manusia pada perkahwinan ini kerana Allah swt sudah menikahkan mereka langsung dengan firman-Nya : " Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin..." (Ayat 37 Al-Ahzab)
Zainab binti Jahsy ra sendiri pernah mengatakan seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Zainab pernah berbangga ke atas isteri-isteri rasulullah yang lain apabila menyebut : " Yang menikahkan kamu semua ialah ahli keluarga kamu tetapi yang mengahwinkan aku ialah Allah ta'ala dari atas langit yang ketujuh ." (hadis sahih riwayat Bukhari)
Pengajaran buat kita semua

1- Ikutilah kebenaran bukan perasaan
Allah swt befirman yang bermaksud :
" Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yang nyata." (Al-Ahzab : 36)
Mengikuti kebenaran ialah apabila kita berani melakukan apa yang halal (kerana tidak semua benda yang halal itu kita mampu lakukan dan kita berani lakukan kerana diseliputi oleh kejahilan manusia menyebabkan ianya menjadi salah pada sangkaan orang ramai) dan kita pula melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah swt serta meninggalkan larangannya.
Rasulullah salallahualaihiwasalam, sepanjang hidup baginda banyak melakukan hal yang mencarik adat dan budaya masyarakat Melayu pada hari ini.

Malangnya kewujudan tokoh agama Melayu yang genius telah menukar dan mengadun Islam yang dibawa oleh rasulullah menjadi Islam adunan dan acuan Melayu.
Kerana itu kita ada Islam Hadhari.
Pada zaman sahabat dan salaf, Khalifah Umar bin Khattab ra pernah meminang anak gadis Ali bin Abi Tolib ra, berdasarkan riwayat dari 'Abdul Razak dan Sa'id binManshur, bahwa 'Umar pernah meminang anak gadis 'Ali yang bernama Ummu Kultsum. Ketika itu 'Ali menjawab bahwa puterinya masih kecil dan beliau berkata: "Nanti Ummu Kultsum akan saya suruh datang kepada Anda. Bilamana Anda suka, dia dapat dijadikan isteri Anda."

Ketika putrinya datang kepada 'Umar, 'Umar menyingkap pakaian Ummu Kultsum untuk memeriksanya.
Serentak Ummu Kultsum berkata : "Seandainya Tuan bukan seorang khalifah, tentu sudah saya cucuk kedua mata tuan." (riwayat yang sahih daripada Imam Abd Razak As-Son'ani)
Kalaulah hal ini terjadi kepada masyarakat kita, pasti sudah puas Umar bin Khattab akan dicemuh, dikeji dan dikutuk sepuas hati. Tua tak sadar diri, nak mampus, nak mati dan lain-lain daripada hasil sikap budaya kita yang sungguh Islami. Umar sudah pun bernikah, mahu menambah bilangan isterinya dengan mengambil anak Ali ra yang muda sebagai isteri barunya, pasti kecoh jadinya media massa dengan berita ini, sudah pasti terjuih bibir masyarakat kita mencemuhnya.
Sebenarnya perkahwinan boleh sahaja berlaku di zaman rasulullah baik sesama kawan, sahabat dan ahli keluarga yang halal berkahwin dan selama ianya halal maka mereka di zaman salaf menikmatinya sebagai rezeki Allah swt dan meninggalkan apa yang haram sebagai benda yang keji dan dibenci.
Firman Allah swt " Aku menghalalkan kepada kamu perkara yang baik-baik..." (An-Nisa : 5)
Keseimbangan itulah yang hilang dalam masyarakat kita

Di negara Arab hari ini, poligami menjadi budaya tetapi hak wanita untuk mendapat kebebasan memilih, mendapat peluang bersuara dan bercakap pula tidak diberi dan menjadi hamba paksaan di dalam keluarga dan agama disalah guna sehingga wanita menjadi hamba lelaki dan dizalimi akhirnya mengundang kebahayaan dan bencana sosial.
Di negara Malaysia dan asia, agama tidak diamalkan, wanita terlalu diberi kebebasan dan longgar untuk keluar bersama lelaki dan ke sana kemari tanpa penggawalan menyebabkan agama diabaikan serta Islam tidak di laksanakan.
Kerana itulah pada hari ini, perkara yang halal tidak dinikmati sepenuhnya dan perkara haram dibiarkan berleluasa menyebabkan berlaku ketidak seimbangan dalam masyarakat.
2- Halalkan apa yang dihalalkan dan janganlah mengharamkannya kerana disebabkan oleh perasaan, pendapat masyarakat, cakap-cakap orang dan lain-lain yang menyebabkan apa yang halal tidak dapat dilaksanakan.
Halalkan Perkahwinan, permudahkan, beri sokongan bukan bantahan
Apa yang saya temui di dalam perkahwinan ialah apabila orang keberatan hendak bernikah dengan pasangan yang lebih tua disebabkan kerana takut dikata dan dicemuh orang sedangkan hal sedemikian ialah halal dan dibenarkan oleh syarak lalu kenapa menghalang ?
Ada pula perkahwinan antara sepupu dan kaum kerabat yang dekat, sekalipun rapat dan mesra seperti adik beradik namun mereka tetap halal dikahwini.

Maka jika sudah berlaku hubungan perasaan dan kehendak di antara kedua-dua pasangan maka kenapa tidak boleh bernikah ?
Masyarakat kita ini kadang-kadang agak gila, mereka mengharamkan perkahwinan antara sepupu dengan alasan keluarga dekat sedangkan hukumnya halal, sebaliknya mereka membiarkan sepupu-sepapat mesra dan bergaul rapat, tidak mempedulikan soal aurat dan batasan pergaulan lelaki perempuan sesama sepupu atas alasan "dah rapat macam adik beradik" sedangkan hukumnya tetap haram.
Berkahwin lebih daripada seorang juga menjadi halangan dan kekangan masyarakat, perasaan dan bahan ejekan serta cemuhan ramai sedangkan hukumnya halal dan perintahnya jelas di dalam Al-Quran apabila Allah swt jelas mendahului perintah bernikah dengan lafaz jamak (ramailebih daripada satu sebagai menyatakan galakkan) dan kemudian mengakhirinya dengan satu sebagai menyatakan langkah penyelesaian dan alternatif jika tidak mampu.

Sedangkan peningkatan jumlah wanita tidak berkahwin cukup membimbangkan dan orang-orang lelaki gagal melaksanakan poligami disebabkan mahu menjaga perasaan dan enggan menerima cemuhan sedangkan perbuatan itu halal dan dibenarkan oleh syarak.
Ada pula wanita yang takut menjadi isteri kedua dan ketiga lebih-lebih lagi nombor empat kerana tidak mahu dianggap merampas suami orang.

Itulah dia sikap budaya masyarakat kita yang hidup bertuhankan perasaan dan bertuhankan cakap-cakap orang. Pakaian disalut ke tubuh berdasarkan apa cakap orang, pergaulan, kelakuan dan segala tindak kerja di dalam hidup banyak dipengaruhi atas dasar cakap-cakap orang dan bukan kerana agama.
Kemudian, wanita yang berpelajaran begitu ramai, terkadang menjumpai lelaki idaman namun takut pula hendak bersuara lantaran enggan digelar "perigi mencari timba." Mereka malu pula hendak melaksanakan yang halal namun tak malu pula berbuat maksiat, berkawan, bergaul mesra lelaki perempuan di atas nama persahabatan ?
Kenapa tak tawar diri sahaja pada lelaki ? Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata : Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku ? lalu ketika menceritakan hadis ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : "Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan” (lihat hadis sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah).
Perkara yang halal dipersusahkan dan yang haram dipermudahkan
Pada hari ini kita melihat, pernikahan yang sepatutnya berlaku secara mudah menjadi payah dan perceraian yang sepatutnya mudah dipersukarkan.

Lebih dahsyat isu-isu pernikahan dan perceraian menjadi bahan cerita di dalam media massa sebagai topik sensasi. Apakah Allah swt bersetuju dengan tindakan jabatan agama Islam memperkenalkan pelbagai prosedur genius yang menyusahkan orang untuk bernikah sedangkan pernikahan itu halal dan dibenarkan dalam syarak ?
Khalwat dan usaha menangkap orang dipergiatkan tetapi usaha mempermudahkan orang bernikah tidak dilakukan.

Kerja dakwah orang asli tidak dilaksanakan secara gigih, program penerangan dan pemahaman Islam, dakwah kepada orang ramai melalui majlis ilmu dan perbincangan tidak dimaksimumkan tetapi kita lihat mereka begitu suka pula mahu melaungkan slogan hukum Islam sana dan sini seolah-olah para ahli agama yang bekerja di dalam kerajaan ini sejenis makhluk yang suka menghukum tetapi pemalas mahu berdakwah sedangkan Islam agama dakwah dan hukuman di dalam Islam ialah jalan terakhir bukan pertama persis seruan baginda : "Gugurkanlah hudud dengan syubhat" supaya sekiranya dapat maka dicari jalan agar hukuman tidak perlu dilaksanakan.
Antara perasaan dan kebenaran, tuhan mengetahui hati ku ini...
'yA ALLAH, BERIKANLAH aku PERKARA yang HALAL dan JAUHILAH aku dari PERKARA yang HARAM..."
'Ya ALLAH, BeRiKaNLaH DaKu PeTuNjUk, KeBeNaRaN sERta PeRmUdAhKaNLaH JaLaN DaN uSaHaKu aGaR TiDaK TeRJeRuMuS kE DaLaM LeMBaH KeSeSaTaN'

Seribu pejuang Indon akan ke Timur Tengah hentam Israel

Seribu pejuang Indon akan ke Timur Tengah hentam Israel
30 Dec 2008 11:24AM

JAKARTA:
Sebuah kumpulan militan di Indonesia semalam berkata ia akan menghantar sehingga 1,000 sukarelawan untuk berjuang bersama rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan udara Israel ke atas Jaluran Gaza, yang telah mengorbankan lebih 300 rakyat Palestin.
Setiausaha Barisan Pembela Islam (FPI), Ahmad Soebri Lubis, berkata kumpulan itu akan mula merekrut sukarelawan dalam beberapa hari ini. Mereka akan dihantar ke kem latihan di Indonesia untuk menyiapkan diri bagi 'medan perang'.
'Pejuang mesti bertubuh sihat, kuat iman dan rela mati syahid. Mereka akan diberi tiket sehala sehingga kami mengalahkan Israel,' katanya kepada agensi berita Reuters.
Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam mengulangi kutukan keras terhadap serangan keterlaluan Israel ke atas Jaluran Gaza, sementara 1,000 rakyat Indonesia menunjuk perasaan membantah serangan itu.
Dr Yudhoyono berkata Indonesia bercadang memberi AS$1 juta bagi bantuan kemanusian selain AS$181,000 bagi bantuan perubatan kepada mangsa rakyat Palestin.
Di Teheran, sebuah parti politik konservatif Iran juga mengumumkan akan merekrut pejuang untuk membantu rakyat Palestin memerangi Israel.
Jame-e-Roohani at-e-Mobarez, yang bermaksu Persatuan Ulama Pejuang, menawarkan tiga pilihan menerusi laman webnya untuk memerangi Israel, termasuk secara ketenteraan, kewangan dan publisiti. / Agensi

Apa istimewanya artis hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN?

Apa istimewanya artis hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN?
Dilulus terbit pada Monday, December 29 @ 11:59:45 MYT oleh TokBatin
Oleh pendikargunung

"Untungnya menjadi artis....PLKN pun boleh dikecualikan. Jika anak saya atau anak anda ponteng PLKN...siaplah masuk lokap!!

Pagi tadi (27.12.2008) selepas joging bersama isteri dan anak perempuan saya di Taman Rimba, seperti biasa saya akan ke Pasar Tani berdekatan Stadium Darulaman, Alor Star. Ketika itu saya melihat banyak deretan bas memenuhi tempat lapang di luar stadium. Jalan yang biasanya tidak banyak kenderaan tiba-tiba menjadi sesak. Apabila mendekati deretan bas di situ, barulah saya tahu rupanya bas yang disediakan itu adalah untuk mengangkut peserta PLKN ke kem latihan masing-masing.
Ketika sedang minum sambil menjamah nasi kerabu di salah sebuah gerai berhampiran Pasar Tani saya mendengar celoteh seorang ibu yang turut menghantar anaknya untuk menghadiri PLKN:

"Anak saya pun ada tanggung jawab juga. Anak sulung lagi, kena sara 5 adik, suami saya dah meninggal. Tapi anak saya yang sulung tu pi juga PLKN. Tak pi takut kena tangkap polis. Tapi saya dengar ada artis kita dikecualikan dari PLKN!"

"Artis mana, kak dengar dari sapa?", tanya seorang wanita yang minum di sebelah kakak itu.

"Namanya Diana ....Diana Danielle. Tu la, artis yang dulu berkawan dengan anak Yusof Haslam tu! Dia pun patutnya hari ni pi PLKN juga, tapi dikecualikan, artis la katakan..." jawab wanita yang membahasakan dirinya sebagai kakak itu.

"Sapa bagitau kakak dia dikecualikan dari PLKN?"

"Kakak baca dalam surat khabar", jelas wanita itu, "Surat khabar kata dia sedang menjalani penggambaran filem, sebab itu dapat pengecualian. Yang anak kak tu pun kerja juga, dia tempat kami bergantung hidup, tapi pi juga dia. Yang kak tak puas hati ni, apa istimewanya artis kita ni hingga dikecualikan pula? Apa depa kentut tak busuk ka?"

Saya hampir tersedak teh tarik yang sedang diminum mendengar marah campur lawak wanita itu. Tapi dalam hati saya, saya bersetuju (jika berita yang didengari itu benar), apa istimewanya sangat Diana itu hingga dikecualikan dari menghadiri PLKN? Adakah kerana artis terkenal yang kebetulan sedang menjalani penggambaran filem, dia boleh dikecualikan? Apa bezanya Diana dengan anak kakak itu dan mungkin juga ramai lagi remaja di luar sana yang walaupun ada tanggung jawab lain tetapi terpaksa juga menjalani PLKN? Adakah mungkin kerana Diana itu artis yang kebetulan ada 'kabel' yang kuat dia boleh dikecualikan?
Setahu saya semua remaja yang terpilih perlu menghadiri PLKN, kecuali atas faktor-faktor berikut mereka boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan:

i) Seseorang yang akan menduduki suatu peperiksaan penting dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani PLKN;
ii) Seseorang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani PLKN; dan
iii) Apa-apa keadaan lain yang boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa kepada orang tersebut jika dia menjalani PLKN.
Soalnya apakah artis yang dikecualikan itu termasuk dalam syarat pengecualian ketiga iaitu kehadirannya ke PLKN boleh menimbulkan "kesusahan luar biasa" kepadanya. Tetapi "kesusahan luar biasa" yang bagaimana yang dimaksudkan, adakah dia takut kulit kemerah-merahannya itu menjadi gelap dibakar cahaya matahari atau "kesusahan luar biasa" kepada syarikat perfilemannya yang mungkin kerugian tanpa kehadirannnya?

Tiba-tiba hati saya teringat kepada seorang pemuda miskin dari Perlis yang terpaksa meringkuk dalam lokap polis kerana gagal mendaftarkan diri sebagai pelatih PLKN beberapa tahun dahulu yang ceritanya ada tersiar dalam akhbar kita. Ketika itu baru saya sedar bahawa dalam hidup ini memang ada perbedaan darjat, seperti cerita P.Ramlee, "Antara Dua Darjat". Walaupun kakak tadi ada menyatakan kita sama-sama manusia yang kentut sama busuk baunya, tetapi belum tentu nasib kita sama. Ini kerana anak kakak tersebut dan pemuda dari Perlis yang pernah merengkok dalam lokap itu adalah anak orang biasa, manakala Diana adalah seorang artis terkenal!

Oleh: pendikar gunung kriang

http://pendikargunu ng.blogspot. com/"

Soal jawab hubungan agama

Soal jawab hubungan agama
Fahri Abdullah al-Masri
Tue | Dec 30, 08 | 6:42:55 pm MYT
Salam saudara..
1. Apa hukum kita mengucapkan Selamat Hari Natal kepada penganut bukan Islam?
2. Apa hukum TGNA menerima jemputan ke sambutan Tahun Baru Cina? Ini kerana saya terbaca artikel dalam blog HT bahawa tindakan itu menyalahi hukum Islam.

Zulkifli

Jawapan:
Terima kasih saudara. Jawapan saya ada kekurangan. Ia kurang rujukan dan lain-lainnya. Selepas membaca coretan daif ini, cuba bandingkan pula dengan jawapan agamawan.

Perhatian.. jawapan ini jangan dipakai, diheret dalam hujah perbincangan, sebab ia cuma hadir sekadar mengisi ruang kekosongan. Semoga jawapan ini salah. Oleh sebab itu khalayak tak layak memegang pendapat ini dengan sekuat-kuatnya.

Sebelum menjawab soalan ini, biar saya rumuskan satu formula; amalan kita harus berdiri di atas nama maruah dan persahabatan, kasih sayang.

Untuk memudahkan kefahaman ini, rujuk kisah sumpah Nabi Ayub a.s yang menghukum isterinya.

Ketika Ayub a.s sembuh daripada penyakit, baginda mahu hukum isteri dengan 100 kali sebatan. Bagaimanapun atas kasih sayang Allah maka, diperintahkan Ayyub mencari 100 helai rumput kering yang diikat menjadi satu ikatan lalu dipukul isterinya hanya dengan sekali sebatan sahaja. Dengan itu, hukuman itu dianggap selesai.

Sebenarnya, isteri nabi Ayub tidak layak dihukum kerana kesalahan isterinya itu justeru untuk meringankan beban kehidupan mereka sehari-hari. Tetapi, oleh kerana Nabi Ayub telah bersumpah atas nama Allah, maka hal itu mesti diteruskan juga.

Tapi, kalau isteri Nabi Ayub itu tidak dihukum, menurut hemat saya, maka maruah nama Allah akan direndah-rendahkan. Jadi, mesti dihukum juga. Namun, kalau terus dihukum dengan 100 kali sebatan, itu zalim namanya kerana kesalahan isteri Nabi Ayub itu terkait dengan ihsan, kasih sayang si isteri terhadap suaminya.

Maka, hukum tetap dilaksanakan atas nama MARUAH. Tapi dalam masa yang sama, hukuman itu telah diringankan ke tahap minima atas nama KASIH SAYANG.

Kembali kita kepada isu hukum mengucapkan Selamat Hari Natal.

Pendapat mengenai hukum mengucapkan Selamat Natal
Seperti yang termaklum, secara ringkasnya hukum ini terbelah kepada dua bahagian.


Ada dua pendapat dalam permasalahan ini:

1. Ibnu Taimiyah, Ibnu al-Qayyim, para pengikut dan ulamak yang lainnya berpendapat bahawa hukum mengucap selamat Hari Natal adalah haram karena perayaan ini adalah antara syiar Kristian. Dan pengucapan selamat itu dilihat sebagai tasyabbuh (menyerupai) dan atas dasar ini, maka ia diharamkan.

Mereka juga berpendapat wajib menjauhi berbagai perayaan orang-orang kafir, menjauhi sikap menyerupai perbuatan-perbuatan mereka, tidak menolong seorang Muslim dalam menyerupai perayaan hari raya mereka, tidak mengucapkan selamat atas hari raya mereka serta menjauhi penggunaan berbagai nama dan istilah khusus didalam ibadah mereka.
2. Jumhur ulama masa kini membolehkan pengucapan Hari Natal, antaranya Dr Yusuf al-Qaradhawi yang berpendapat bahwa perubahan masa menjadikan dia berbeza pandangan dengan Ibnu Taimiyah.

Al-Qaradhawi membolehkannya apabila mereka adalah orang-orang yang lembut ke atas Muslimin, lebih-lebih lagi apabila ada hubungan kejiranan, teman sekuliah, sepejabat dan lain-lainnya. Hal ini termasuk dalam berbuat kebajikan yang tidak dilarang Allah.

Tidak dilarang bagi seorang muslim atau badan Islam memberi selamat atas perayaan ini, baik dengan lisan atau pun pengiriman kad ucapan yang tidak menampilkan simbol mereka atau berbagai ungkapan keagamaan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti salib. Ucapan-ucapan yang digunakan dalam pemberian ucapan selamat ini pun haruslah yang tidak mengandungi unsur pengukuhan ke atas agama mereka.

Tidak dilarang menerima hadiah mereka karena sesungguhnya Nabi s.a.w telah menerima berbagai hadiah dari bukan Muslim seperti al-Muqouqis Pemimpin al Qibthi di Mesir dan juga yang lainnya dengan syarat bahawa hadiah itu bukan yang diharamkan seperti arak, daging babi dan lainnya.
Antara para ulama yang membolehkan hal ini adalah Dr Abdus Sattar Fathullah Sa'id, Dr. Muhammad Sayyid Dasuki, Ustadz Musthafa az Zarqo serta Syeikh Muhammad Rasyid Ridha. (www.islamonline. net)

Tapi, mengikuti program Natal bersama bagi umat Islam hukumnya haram. Supaya umat Islam tidak terjerumus kepada syubhat dan larangan Allah, maka dianjurkan untuk tidak mengikuti kegiatan-kegiatan perayaan Natal.

Berkasih sayang penganut Kristian, tapi maruah Islam harus dipelihara

Namun, sikap baik kepada mereka bukan bererti harus kita terjun dalam prinsip agama, dalam lingkungan aqidah mereka.

Kembali kepada formula awal tadi. Sikap, pendirian dan amalan kita mestilah berteraskan kepada maruah dan kasih sayang. Atas nama kasih sayang, boleh hadir dalam jamuan mereka, tetapi untuk mengangkat doa, mengaminkan bacaan doa mereka, maka hal itu tidak diperlukan, kerana ini bersangkutan maruah agama.

Lihat juga bagaimana dalam kes-kes Rasulullah s.a.w bertindak ketika berdepan dengan orang-orang bukan Islam. Ada waktu-waktunya, seperti baginda mengalah, berkompromi tetapi dalam hal lain, baginda bertegas.
Dalam kes Hudaibiyyah, baginda mengalah kerana hal itu tidak terkait dengan hal ibadat. Tapi, baginda enggan mengalah dan tunduk kepada permintaan yang mahu berkompromi soal ibadat, misalnya hari ini Rasulullah s.a.w menyembah berhala bersama-sama orang-orang kafir manakala esoknya orang kafir akan menyertai nabi menyembah Allah.
Hal ini nabi tolak melalui penyataan: 'Lakum diinukum wa liya deen.' (Kamu dengan hal agamamu, aku dengan urusan agamaku.)

Demikian juga ketika nabi dipujuk untuk diserahkan wanita, harta termasuklah diangkat sebagai pemimpin, maka nabi menolak ajakan tersebut kerana syaratnya ialah tinggalkan urusan dakwah Islam ini.
Ringkasnya, dalam hal maruah, tiada kompromi. Tetapi, kita mestilah raikan saudara non Muslim atas nama kasih sayang dengan menziarahi mereka jikalau ada jemputan kenduri, acara makan dan minum petang di rumah mereka.

Sebenarnya, agak sulit untuk non Muslim memahami beberapa perkara dalam Islam ini kerana ruang untuk mereka faham ini agak terbatas dan pendidikan kita tidak menjurus kepada usaha untuk memahamkan non Muslim di negara ini terhadap agama Islam.

Pendirian HT terhadap sikap Tuan Guru mengunjungi perayaan bukan Islam

Tatkala saya menulis ini saya cuba mencari petikan yang saudara maksudkan itu tapi saya belum bertemu dengannya. Jadi, belum dapat saya mengulas hal tersebut.

Maka, berhubung sikap, pendirian Hizbut Tahrir terhadap sikap tuan guru meraikan hari raya non Muslim ini, saya tidak pasti apakah dalil mereka yang sebenarnya. Agak mudah jika sesuatu teguran bersifat ilmiah. Tetapi, jika kritikan itu bersumberkan daripada emosi yang tidak terkawal, sangat sulit untuk kita damaikan antara sengketa ini.

Akhirul kalam, saya berpandangan tiada masalahnya kalau orang-orang agama kita pergi menziarahi dan menghadiri upacara perayaan agama dan kaum lain. Memang kita sedang berdepan dengan masalah selisih faham kebangsaan dan keagamaan di Malaysia hari ini dan semua ini menuntut keikhlasan dan masa untuk sama-sama kita memahaminya.

Saya cuba menjadi dengan ikhlas dan sejujur-jujurnya. Semoga Allah menilai amalan ini sebagai amal soleh. Ameen.. Maklumbalas atas jawapan ini boleh dimajukan lewat mel-e ibnuamir@yahoo. com.

Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya
6:26 p.m, 30 Disember 2008
Sekolah Pemikiran Pendang _

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu
Oleh suhaizan

"Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan.

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud.

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam..

Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.

Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Kes RogolTahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 24,350 33,465,300 727.62
Malaysia 1,431 27,730,000 51.60
Jerman 8,615 82,127,000 104.90
Arab Saudi 59 24,735,000 2.39
United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92
Amerika 95,136 305,975,000 310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.

Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 2,516,918 33,465,300 75,210
Jerman 6,507,394 82,127,000 79,236
Arab Saudi 84,599 24,735,000 3,420
United Kingdom 6,523,706 61,186,000 106,621
Amerika 11,877,218 305,975,000 38,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.


Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.

Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur

Kebaikkan seterusnya akan bersambung.. ...

KESIMPULANNYA MENGAPA KITA PERLU TAKUT DENGAN HUDUD ? Suhaizan Bin KaiatKetua PeneranganDewan Pemuda PAS PusatBlog : http://kentong- suhaizan. blogspot. com"

TANDA-TANDA AWAL KANSER

TANDA-TANDA AWAL KANSER

(1) Kanser pangkal rahim
- sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara
- bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar
- perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru
- batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut
- hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa
- sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari
- haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak
- sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/ pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat
- sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia)
- letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak
- suara garau/ serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER

1) Makanan
2) Alkohol
3) Sinaran cahaya matahari
4) Pengambilan ubat
5) Perokok yang tidak aktif
6) Tembakau
7) Radiasi
8) Pekerjaan
9) Pencemaran air dan udara
10) Keturunan

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA

1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
2) Hindari makanan ringan yang masam
3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Produk Pengguna dan Makanan yang signifikan mendatangkan kanser

1. SATAY bersama dengan timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Karsinogen adalah Suatu keadaan yang menyebabkan barah, Timun adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil Pil Vitamin C. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. "Bah Kut Teh" (daging babi)
Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh nampak ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah - akibat penggunaan bahan dalam shampoo.
Jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah:- Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.

Meskipun pertanyaan telah dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb)

6. Bawang Goreng segera .
Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman, yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah Straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.
[Mahligai] INFO : Tanda-tanda Awal Kanser
"Shukor Abdullah"

KISAH SYAITAN BERNAMA KHANNAS

KISAH SYAITAN BERNAMA KHANNAS
Ceramah Dato Ustazah Masitah ....Kisah Syaitan bernama Khannas pernah dengar tak ?

Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi.
Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak
cucu Adam, dok pikir2 camana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah.

Suatu hari si Ibu Syaitan nie.tengah dok pikir "Macammana aku nak kena kan anak cucu Adam"....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khannas. Lalu di panggilnya "Khannas....mari sini ikut mak...". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.

Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggalkan rumah untuk pergi
kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2,
pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."
Ibu Syaitan menjawab "Tolong jagakan anak saya...nanti saya akan datang
untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.

Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa
nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahulah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak
Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita..."

"Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama
pikir-pikir. .. "Kita potong-potong dagingnya sehingga kecil dan gantungkan isi2 dagingnya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.

Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah
keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa,
Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerangkan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan dagingnya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.

Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anaknya" Khannassss. ...!!!"
Tiba2 daging2 Khannas yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu
pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khannas kembali ....dan Ibu Syaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khannas dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulang dan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khannas itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku. "Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam.

"Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abunya kita buangkan ke Laut, biar abunya di bawa arus laut dan Ibunya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.

Keesokan paginya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanyakan Khannas ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa. "Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khannas!!!" . ..kemudian bercantumlah kembali daging Khannas dari abu, dan menjadi Khannas kembali kemudian diserahkan kembali pada Hawa untuk menjaga Khannas.

Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu
kita"kata Adam. "Apa harus kita lakukan ?" tanya Hawa. "Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam. Keesokan pagi, datanglah lagi si Ibu Syaitan bertanyakan anaknya ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.. "jawab Hawa. "Kenapa..? "tanya Ibu Syaitan. "Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin. "Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½ Khannas !!! Iye Mak....jawab Khannas dari dalam badan Hawa. Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2. Arah Ibu Syaitan pada Khannas.

Itu lah cerita dia kawan2...duduklah Khannas dalam tubuh badan manusia
sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat.
Syaitan Khannas nie tugas dia. Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH. Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat. Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer.." ubatnya banyakkan BERISTAGAFAR. .. Khannas akan belari / bermain dalam darah kita... Ubatnya. ..banyakkan Zikir...

Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kanlah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.

Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi
bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.
Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..

Surah An Nas juga menceritakan hal Syaitan bernama Khannas yang sentiasa buat kita was-was.

Walllahualam. ...

Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
[Mahligai] Cerita Syaitan Khanaz dengan Manusia
From: "Shukor Abdullah" shukor_2712@yahoo.com

[Mahligai] TANDA-TANDA BERBOHONG

[Mahligai] TANDA-TANDA BERBOHONG
From: "respeks 2008"

TANDA-TANDA BERBOHONG


BERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN LELAKI ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKAN ADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIH AWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULA JIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONG DAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA.
Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak.

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

[Mahligai] TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA

[Mahligai] TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA
From: "respeks 2008"

TAK SALAH PERIGI CARI TIMBA

LUAH DENGAN BERADAB

Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.

Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.

Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.

Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.

Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.

Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.

Terdapat 3 jenis cinta iaitu:
1. Cinta nafsu.
Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.
2. Cinta nak guna
Llelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas
Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.

JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.

Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.

Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.

Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.

Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.

Baitullah dikelilingi lambang rindu kepada 'Pemiliknya'

Baitullah dikelilingi lambang rindu kepada 'Pemiliknya'
Ustaz Zainuddin Hashim
Fri | Dec 26, 08 | 11:43:37 am MYT
Mengambil iktibar ibadah haji dari sudut falsafah kejiwaan, kaedah mencari rahsia serta makna kerja haji. Dalam setiap amalan haji merupakan ingatan serta nasihat terhadap yang mencarinya.

Sekiranya tersingkap pintu rahsia haji, akan terdedahlah dia kepada setiap yang berkaitan dengan rahsia haji itu. Berdasarkan keadaan suci atau tidak hatinya, mengikut ketinggian atau kedangkalan kefahaman ilmunya.

Setiap amalan haji akan memberi keinsfan kepada orang yang berhajat kepada keinsafan, jika ingat akhirat maka dengan mengerjakan haji itu, ia akan mengingati ehwal akhirat. Allah SWT telah memberi kehormatan kepada Baitul Ataiq, rumah yang antik iaitu Baitullahil Haram. Jika manusia boleh menghargai barang barang antik yang dianggap berharaga, maka mustahil dia tidak menghargai Ka'bah rumah yang paling lama, yang amat berharga di sisi Allah iaitu "Baitullahil Haram."

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Sesunggu hnya rumah yang mula mula dibangun untuk (tempat beribadah) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia." (surah A-li Imran ayat 96).
Ahli Kitab mendakwa bahawa rumah yang pertama dibina berada diBaitul Maqdis, oleh itu Allah SWT menyangkalnya dengan menurunkan ayat tersebut sebagai dalil dan hujjah yang tidak dapat disangkal. Sesungguhnya Allah Taala beri kehormatan kepada rumah yang antik ini dengan cara disandar nama-Nya sendiri dengan rumah tersebut iaitu "Baitullah".

Allah SWT tegakkan rumah tersebut dengan tujuan menjadi tumpuan bagi sekalian manusia bergelar hamba-Nya. Di mana saja manusia yang mengaku sebagai hamba-Nya, dikehendakki datang menziarahi Baitullah. Di jadikan tanah di sekeliling Baitullah itu "Haraman" (kehormatan) , untuk menimbulkan rasa gerun dan hebat akan kedudukan Baitul Atiq (Ka'bah) itu.

Tanah Haram itu umpama kawasan larangan sebagai halamannya, hingga segala tumbuh tumbuhan dan haiwan serta segala penghuni di dalamnya menjadi larangan untuk diganggu, kerana kawalan yang diberi oleh Allah SWT kepaada Tanah Haram.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Ketahwil ah bahawa darah dan harga diri serta harta kepunyaan adalah haram bagimu (tanpa sebab) sebagaimana haramnya Tanah Haram dan bulan Haram."

Allah SWT mengukuhkan lagi kehormatan tempat tersebut, dengan mengharamkan memburu binatang buruan. Mengharamkan menebang atau mencabut kayu kayan dan segala yang tumbuh di Tanah Haram itu. Baitullah diletak di Tanah Haram laksana seorang raja, yang jadi tujuan dan sanjungan seluruh manusia dari segenap penjuru alam yang jauh.
Rindu kepada pemilik Baitullah

Apabila manusia tahu bahawa Baitullah ada di bumi Makkah, menziarahinya dengan cara yang dimampui dan terdaya oleh manusia.Meskipun Ka'bah dinamakan Baitullah (Rumah Allah) justeru Allah SWT bukanlah Zat yang memerlukan tempat tinggal, tetapi manusia diajar tentang "ehsan" yang bermaksud apabila menyembah Allah SWT, Seolah-olah menusia melihat-Nya.

Sememangnya tidak mungkin manusia melihat-Nya di dunia ini, tetapi yakinlah bahawa Allah SWT sentiasa melihat manusia yang menyembah-Nya. Manusia diajar begitu apabila mereka berdepan dengan Baitullah (Ka'bah) meskipun Allah SWT tidak bertempat dan berumah, namun ia benar benar memberi erti dari sudut perhambaan kepada Allah SWT dan dari segi tunduk serta patuh kepada-Nya.

Apabila manusia dalam keadaan ihram dan bertalbiyyah dengan; Allhumma Labbik, pekerjaan tersebut dari segi hatinya sedang menyahut panggilan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu bagi sesiapa yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Surah A-li Imran ayat 97).

Sewaktu menatap Baitullah hendaklah ada dalam fikiran tentang Kebesaran Baitullah, di samping itu hendaklah membuat andaian bahawa mereka sedang musyahadah dan amat menghormati Pemilik Baitullah itu.

Apabila tawaf keliling Ka'bah jangan hanya tubuh zahir saja mengelilinginya, tetapi hendaklah sedar bahawa dirinya sedang meniru para malaikat yang terlalu rapat dengan Allah SWT sedang mengelilingi 'Arasy.Seolah perbuatan mengelilingi itu sedang berusaha untuk bertemu dengan Tuhan, yang disebutkan oleh Nabi s.a.w. sebagai seolah olah melihat-Nya.

Meskipun manusia tidak dapat melihat Allah SWT (kecuali dalam syurga), tetapi Dia tetap melihat manusia yang mempunyai keinginan untuk bertemu sedang tawaf mengelilingi "Rumah-Nya". Mengapa manusia begitu berhajat kepada Tuhan, tidak lain kerana menyedari kelemahan dirinya sebagai makhluk yang serba kekurangan.
Terlalu berhajat kepada Allah SWT yang serba cukup dan Maha Berkuasa dan Maha Kaya, agar segala kekurangan sama ada dari segi iman, ilmu serta amal soleh dapat dipenuhi dengan kurnia-Nya. Tujuan asal tawaf bukannya sekadar tubuh yang zahir sahaja, bahkan tawaf bersama hati dan fikiran yang sentiasa ingat serta lidah yang sentiasa menyebut nama Allah SWT.

Apabila selesai tawaf disunatkan supaya bergayut pada tabir Ka'bah serta melekapkan dada di Multazam itu untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Lantaran terlalu rindu kepada Pemilik Baitullah untuk mendapat keampunan dan keberkatan-Nya. -azm _

Orang Islam Yang Menolak Islam...

Orang Islam Yang Menolak Islam...
Dilulus terbit pada Friday, December 26 @ 09:39:28 MYT oleh TokPenghulu
Oleh Kopitiam

Membaca rencana A thorn in Pakatan's side oleh BARADAN KUPPUSAMY, THE STAR pada hari ini tidaklah menaikkan darah teman. Dah orang kafir... begitulah sifatnya. Pemahaman tentang Islampun terlalu cetek dan sering dikelami oleh perlakuan orang Islam sendiri yang tidak mengamalkan yang diperintahkan oleh Allah.
Ada dua perkara yang teman nak bicarakan di sini...

Yang pertamanya ialah kecenderungan orang kafir untuk berbicara tentang Islam yang tidak difahaminya itu.

Ada seorang kawan cina satu pejabat teman yang dulunya agak cynical tentang Islam. Teman mula2 mengelak untuk melayan kenyataan2nya yang sinis itu...hinggalah pada satu hari teman tanya dia secara direct..

Apa you tau tentang Islam? Have you ever read a book about Islam? You pernah compare Islam dengan agama you? We have Al-Quran...you ada apa? You tau tak Islam ni bukan mau kahwin aje ada peraturan? Kita mau makanpun ada peraturan, mau "main" dengan isteripun ada peraturan, mau cebok berakpun ada peraturan... and we can rationalise why we must follow the rules and regulation. Kita ada undang2 jenayah, kita ada peraturan ekonomi, sosial dll. You name it....How about you religion?

Percaya atau tidak bila teman bercakap mengenai ini semua...mati kutu mamat tu. Sampai la ni dia tak berani cakap yang bukan2 pasal Islam dengan teman. Dengan orang lain teman tak tau...

Inilah fitrah orang2 kafir. Di mana2 sajapun mereka...asyik sibuk bercakap tentang Islam... satu2nya agama yang diiktiraf oleh Allah, Tuhan sekelian alam ini walaupun mereka tak faham itu Islam.

Yang keduanya...

Bila Islam ditolak oleh orang kafir itu biasa tetapi Islam ditolak malah dipersenda2kan oleh orang yang mengaku Islam..itulah yang luar biasa...baca tulisan Penarik Beca ni...Hudud tak akan diketepi kerana DAP - Salahuddin ...tergelejat-gelejat sangat (orang Umno) macam babi takut kat minyak kibas atau takut kat kura-kura..

Biar teman terus terang ajelah...memang macam babi perangai orang macam ni. Kelompok macam nilah yang memberi nama buruk kepada Islam.

Dia kata dia Islam tapi dia terima rasuah. Dia kata dia Islam tapi dia ada kedai arak. Dia kata dia Islam tapi dia salahguna kuasa. Dia kata dia Islam tapi dia merompak dan menyamun. Dia kata dia Islam tapi dia menzalimi rakyat. Dia kata dia Islam tapi dia letupkan orang mongol. Dia kata dia Islam tapi dia sapu wang zakat. Dia kata dia Islam tapi dia memenjarakan rakyat tanpa bicara. Dia kata dia Islam tapi dia merogol dan berzina. Dia kata dia Islam tapi dia berjudi malah ada lesen judi. Dia kata dia Islam tapi dia lawan hukum Allah. Pendek kata dia kata dia Islam tapi semua yang Allah larang dia buat dan apa yang Allah suruh buat dia tak buat.

Apa yang dibuat tidak melambangkan keperibadian Islam....itu masalahnya yob...


Benarlah kata Muhammad Abduh, sekembalinya dia dari buangan di barat, "saya pergi ke Paris, lantas saya bertemu dengan Islam tanpa Muslim. Saya kembali ke Kaherah dan saya bertemu dengan Muslim tanpa Islam!”

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam
kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari
pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini
ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.
Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula
ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang
membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan
telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam
yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan
kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan
penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan
mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,
magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,
mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan
fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca,
merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM :
2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG :
Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!


2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah
bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan
ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah
mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan
jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.


3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga
unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan
untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang
paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat,
lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia
berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar
kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu
boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu
yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca
oleh Rasullullah s.a.w


4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga
kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia
merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi
protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium,
fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka
Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur
terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan
tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah
telur ayam kampung dan yang masih baru.


5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan
mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan
manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.


6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah
kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis
lain juga elok untuk diamalkan.



7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang
memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari."


8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu
dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus
dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan
terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan.
Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat
bercakap lebih awal dari kebiasaannya.


9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi
kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara
terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaik darah.
Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat
serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.


12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis
vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.


13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang
tinggi.


14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.


15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS )
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.


16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar )
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.


17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.


18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.


19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu
ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.


20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI )
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.


21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti
yang kecil.


22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Remaja Disebalik Tamadun Islam

Remaja Disebalik Tamadun Islam
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:25:00 MYT oleh TokBatin
Oleh putraazhari


Remaja Berwawasan Unggul
Generasi muda kini masih dibelenggu dengan krisis kurangnya budaya keilmuan dan keintelektualan yang merupakan asas kepada kemajuan dan pembangunan sesuatu tamadun.

Kejayaan tamadun-tamadun silam yang berjaya mempengaruhi dunia hingga hari ini ialah sebuah tamadun yang mampu menghasilkan idea, tulisan, ciptaan dan peloporan dalam sesuatu perkara baru hasil tercetusnya perkembangan ilmu dan dan intelektual.
Tamadun Yunani, China, India, Bizantin, Rom, Parsi, Mesir dan sebagainya terselah di sebalik tabir pembangunan sebuah sejarah tamadun kerana ketrampilan mereka memajukan produk seperti ilmu,dan idea-idea yang sihat.Apatah lagi Tamadun Islam amat gemilang sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.

Apabila kita memperhatikan secara lebih dekat mengikut kaca mata hati akan senario generasi muda kini yang ramai mempunyai Ijazah,Diploma, sijil-sijil kemahiran dan sebagainya tetapi tidak berupaya untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diperolehi di menara gading untuk dikembangkan dengan menggunakan kreativiti dan inovasi di dalam diri.Ramai graduan-graduan yang menganggur gagal memanfaatkan potensi dan bakat pada diri untuk menciptakan peluang-peluang pekerjaan yang baru selain mengharapkan pekerjaan mengikut kelayakan yang tercatat pada sijil semata-mata. Manakala bagi mereka yang sudah berada di alam pekerjaan pun,wujud diantara mereka masih terbelenggu dengan cara kerja lama yang tiada produktaviti dan tidak pro-aktif kerana kurangnya daya kreativiti,inovasi dan keadah mengolah ilmu-ilmu yang telah dipelajari agar sesuai dengan keadaan realiti semasa.

Fenomena kegersangan asas keilmuan,kreativiti dan keintelektualan ini khususnya kepada generasi muda akan menyebabkan kelesuan daya fikir yang akhirnya menyebabkan kegagalan untuk memahami realiti semasa dalam masyarakat kini.Akibatnya lahirlah program-program pembangunan, projek-projek dan aktiviti-aktiviti meliputi soal ekonomi,politik dan sosial yang gagal mengubati ‘simptom’ sebenar yang menjadi puncanya.Banyak tenaga,wang dan keringat dihabiskan tetapi tiada kesan serta impak disebabkan ketiadaan penyelidikan, kajian dan meneliti punca pada lahirnya sesuatu masalah.

Tanpa pengukuhan ilmu yang utuh umat Islam akan menjadi lemah dan terus dijajah walaupun telah mencapai kemerdekaan kerana wujudnya penyakit yang dinyatakan oleh Malek Binnabi sebagai penyakit ‘colonsibilite’ yang bermaksud,suka merelakan diri diperhambakan lantaran daripada jiwa yang lemah.Penyakit ini akan menyebabkan para remaja khususnya dan masyarakat amnya terus dibelenggu dan dijajah hebat akibat lemah dari aspek pendidikan,keilmuan ,pembangunan dan sebagainya.
Allah Taala berfirman;
“Bacalah dengan nama Tuhamnu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.Bacalah dan Tuhanmu yang Maha Mulia.Yang mengajar dengan mata pena.Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
el ‘Alaq (96:1-5)

Ilmu dan segala proses kearah pembinaannya adalah berpaksikan Tauhid.Pembinaan ilmu dalam konteks ini adalah ilmu yang sepadu dan menjurus kepada pembinaan tiga fakulti yang tersedia wujud dalam diri manusia iaitu akal,roh dan jasad.Ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan untuk membudayakan dan memanfaatkannya. Natijah dan hasil dari pembangunan dimensi keilmuan ini akan membawa kepada peningkatan intelektualisme, pemikiran kritis,pembangunan akhlak dan budaya hidup yang akan menjadi cermin serta wadah untuk melahirkan generasi yang mampu membina “Tamadun Khairul Ummah”
Nabi bersabda;

"Menuntut ilmu menjadi suatu kewajipan kepada setiap muslim dan muslimah"
(Hadith riwayat Muslim)

Pencarian ilmu tidak terbatas kepada membaca dalam skop kursus tertentu,bidang akademik tertentu atau di atas faktor orientasi peperiksaan (exam oriented).Tetapi ianya perlu diperluaskan kepada pelbagai disiplin keilmuan.Tidak semestinya seorang Jurutera atau Akautan,tidak mampu atau tidak boleh menjadi pendakwah dan mendalami ilmu-ilmu agama.Kita sepatutnya wajar menjadikan para ulama’ dan cendikiawan Islam yang terangung seperti Ibn Sina.Ibn Rusyd,el Khawarizmi,Ibn Khaldun dan ramai lagi,bekerja keras mencapai kejayaan dalam pelbagai lapangan disamping mempunyai asas ilmu-ilmu agama yang kukuh.Mereka tidak menjadikan alasan dengan status sebagai seorang yang belajar ilmu agama untuk gagal dan tidak mahu mencuba mencetuskan idea baru dalam ilmu moden,dan sehingga kini banyak karya-karya mereka menjadi rujukan antarabangsa.

Sumbangan Generasi Muda Pada Tamadun
Agenda membina tamadun sepatutnya menjadi agenda asasi bagi semua peringkat dan generasi belia.Ini kerana sejarah banyak mencatatkan kesan-kesan yang hebat hasil dari gerak gempur generasi ini dalam pembinaan tamadun manusia di seluruh dunia,baik dari sudut pemikiran,reformasi akidah,budaya dan adat,bahkan yang berbentuk binaan dan kesan teknologi umat-umat terdahulu.
Sejarah Islam sahaja sudah cukup memaparkan sumbangan generasi ini untuk tontonan manusia sejagat,bermula dari kisah Habil anak Nabi Adam as yang memaparkan nilai-nilai ikhlas dan jujur dalam berkorban hinggakan dirinya menjadi korban saudaranya sendiri.Kisah Nabi Ibrahim ketika berumur belasan tahun,bersendirian mengajak kaumnya yang menyembah dan bertuhankan matahari,bulan, bintang kepada akidah tauhid melalui mantik akal,dan mengajak mereka secara berhikmah dengan membuka minda mereka supaya berfikir dengan kesedaran sendiri bilamana patung-patung yang mereka sanjungi sejak turun menurun sebagai tuhan yang tidak bernyawa hancur menjadi debu-debu berterbangan di ruang angkasa tanpa dapat berbuat apa-apa.Pada zaman Nabi Muhammad saw,hampir 95% dari pendokong tamadun Islam yang dibawa oleh Nabi saw dipelopori oleh golongan muda mudi.Mereka inilah yang setia berdiri di belakang panji-panji perjuangan Islam sehinggakan nabi berjaya membawa kegemilangan Islam di tanah arab pada masa itu,hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi dari golongan muda.Lihat sahajalah nama-nama besar seperti Ali bin Abi Thalib,Zubair bin Awwam,Saad bin Abi Waqqas,Usamah bin Zaid,Bilal bin Rabbah,Ammar bin Yasir,Aisyah binti Abu Bakar,Asma’ binti Abu Bakar,Hafsah binti Umar,Fatimah binti Muhammad(anak baginda),Khaulah binti Tha’labah dan ramai lagi baik secara langsung mahupun sebaliknya dalam menjayakan visi dan misi agung serta amanah daripada Allah Taala.


Dr. Muhammad Said Ramadhan Bouti dalam kitabnya “Manhaj Hadharah Insaniah fil Quran” menyebut bahawa umat Islam pada hari ini mempunyai potensi dan kelebihan besar dari pelbagai sudut dan genap penjuru berbanding umat-umat lain,dengan memiliki segala elemen-elemen yang membawa kepada kebangkitan dan pembinaan tamadun baru seperti kaya dengan tenaga manusia,kaya dengan khazanah galian hasil bumi,kaya dengan ilmu dan kecanggihan teknologi,dan banyak lagi.Hanya tinggal beberapa perkara besar yang lain perlu digembelingkan jika mahu melonjakkan kelahiran tamadun Islam yang baru lagi gemilang.Beliau telah menyebut lima perkara asas yang difikir perlu diterapkan pada generasi muda pada hari ini sebagai kesinambungan sihat untuk melahirkan tamadun di atas tiket Islam:
1)Umat Islam perlu mempunyai kemahuan dan usaha yang kuat kearah pembinaannya.

2)Menghapuskan perpecahan dikalangan umat dan sebab-sebab yang membawa kearah tersebut.

3)Perlu mempunyai kestabilan jiwa dan kecergasan dari sudut pemikiran dikalangan umat.

4)Perlu mempunyai kepercayaan sesama umat,bermula dari barisan pimpinan sehinggalah ke akar umbinya.

5)Perlu menggerakkan seluruh jentera-jentera pendidikan dan sistemnya untuk mencorak dan membentuk umat yang berkualiti tinggi dan seterusnya bisa menjadi tonggak penegak tamadun ummah.

untuk maklumat dan bacaan artikel lain sila lawati link di bawah;

http://puteraazhari .blogspot. com/

Minum Tiga Gelas Susu Sehari Boleh Hindari Darah Tinggi???

Minum Tiga Gelas Susu Sehari Boleh Hindari Darah Tinggi???
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 07:57:04 MYT oleh TokPenghulu
Oleh matuse68

"Women can easily reduce the risk of developing hypertension and the blood pressure if they drink milk that is fat free along with consuming more calcium and vitamin-D from the food sources, not from additional supplements.

A recently concluded research study published in the American Heart Association’s journal “Hypertension” , revealed this fact. According to the findings of this study, diets of more than 30,000 examined for women who were actually middle-aged and older.

Researchers at the ‘Harvard University’ observed that women who consumed more fat-free milk or low-fat milk and other milk products along with the diets rich in calcium and vitamin-D had more protection against any risk of hypertension and blood pressure.

More detail...

www.gadgetreview

Ahad, Disember 28, 2008

Tujuan Hidup manusia

Tujuan Hidup manusia

Oleh: Prof. Dr. Achmad Mubarok MA

tujuan hidup manusia adalah untuk menggapai ridla Alloh, ibtigha’a mardlatillah. Jadi apapun boleh yang penting diridlai Alloh. Apalah artinya pangkat tinggi dan gaji besar jika tidak diridlai oleh Nya. Ridla artinya senang. Jadi segala pertimbangan tentang tujuan, terpulan g kepada apakah yang kita lakukan dan apa yang kita gapai itu sesuatu yang disukai atau diridlai Alloh atau tidak. Jika kita berusaha memperoleh ridla Nya, maka apapun yang diberikan Alloh kepada kita, kita akan menerimanya dengan ridla (senang) pula, ridla dan dirdlai, radliyatan mardliyyah.

Pertanyaannya, bagaimana kita bisa mengetahui sesuatu itu diridlai atau tidak oleh Alloh. Tolok ukur pertama adalah syari’at atau aturan agama. Sesuatu yang diharamkan Alloh pasti tidak diridlai, dan sesuatu yang dihalalkan pasti diridlai, sekurang-kurangnya tidak dilarang. Selanjutnya nilai-nilai akhlak akan menjadi tolok ukur tentang kesempurnaan, misalnya, memberi kepada orang yang meminta karena kebuAlloh adalah sesuatu yang diridlai, tidak memberi tidaklah berdosa tetapi kurang disukai. Nah memberi sebelum orang yang memiliki kebuAlloh itu meminta bantuan adalah perbuatan yang sangat diridlai Alloh. Timbulnya perasaan ridla didasari oleh tingkat pengenalan kepada orang. Memperoleh pemberian adalah sesuatu yang menyenangkan, tetapi memperoleh pemberian dari orang yang kita sayangi dan kita tahu diapun menyayangi kita pastilah lebih menyenangkan. Orang yang mengenal (ma`rifat) kepada Alloh akan merasa ridla atas apapun yang dianugerahkan Alloh kepadanya, selanjutnya iapun faham apa yang disukai dan yang tidak disukai oleh Nya. Jika orang merasa hidupnya diridlai Alloh maka iapun merasa dirinya bermakna, dan dengan merasa bermakna itu ia merasa sangat berbahagia. Sebaliknya jika seseorang merasa hidupnya tak diridlai Alloh, maka ia merasa semua yang dikerjakanya tidak berguna, dan bahkan iapun merasa dirinya tak berguna. Orang yang merasa kehadirannya berguna bagi orang lain maka ia akan memiliki semangat hidup, semangat bekerja, semangat berjuang, yang berat terasa ringan, pengorbanannya terasa indah. Sedangkan orang yang merasa dirinya tak berguna maka ia tidak memiliki semangat hidup, tidak memiliki semangat bekerja, merasa sepi di tengah keramaian dan lebih sepi lagi dalam kesendirian.

Indikator ridla Alloh juga dapat dilihat dari dimensi horizontal. Nabi bersabda bahwa ridla Alloh ada bersama ridla kedua orang tua, dan murka Alloh ada bersama murka kedua orang tua. Jika ayah ibu ridla, maka Allohpun meridlainya, jika ayah ibu murka, Allohpun murka pula

Semangat mencari ridla Alloh sudah barang tentu hanya dimiliki oleh orang yang beriman, sedangkan bagi orang yang tidak mengenal Alloh, tidak mengenal agama, maka boleh jadi pandangan hidupnya sesat dan perilakunya juga sesat, tetapi mungkin juga pandangan hidupnya mendekati pandangan hidup orang beragama minus Alloh, karena toh setiap manusia memiliki akal yang besa berfikir logis dan hati yang di dalamnya ada nilai kebaikan.

Metode mengetahui ridla Alloh juga diajarkan oleh Nabi dengan cara bertanya kepada hati sendiri, istafti qalbaka. Mengapa dengan hati ?, orang bisa berdusta kepada orang lain, tetapi tidak kepada hati sendiri . Hanya saja kualitas hati orang berbeda-beda. Hati yang sedang gelap, hati yang kosong, hati yang mati tidak bisa ditanya. Hati juga sering tidak konsisten, oleh karena itu pertanyaan yang pali ng tepat adalah kepada hati nurani, atau ke lubuk hati yang terdalam. Nurani berasal dari kata nur, nuraniyyun yang artinya cahaya, yakni cahaya keAllohan yang ditempatkan Alloh di dalam hati manusia, nurun yaqdzifuyhulloh fi al qalb. Jika hati sering tidak konsisten, maka hati nurani selalu konsisten terhadap kejujuran dan kebenaran. Orang yang nuraninya hidup maka ia selalu menyambung dengan ridla Alloh. Problem hati nurani adalah cahaya nurani sering tertutup oleh keserakahan, egoisme dan kemaksiatan.

Sumber, http://mubarok- institute. blogspot. com

Wassalam,
agussyafii

Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan

Hentikan kenduri kahwin yang menyusahkan
Dilulus terbit pada Wednesday, December 24 @ 14:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Oleh AMKNS

Saya pun tak tahulah kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan “simple” , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di N.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.
Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style.
Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.
Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.
Masa kenduri kahwin nilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.
Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.
Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.
Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.
************ ********* ********* *Jangan dikomersialkan kenduri kahwin
Utusan Malaysia 24 Dis 08
JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.

Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.

Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.

"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.

http://www.utusan. com.my/utusan/ info.asp? y=2008&dt=1224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm "

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA

4 ORANG LELAKI YANG DITARIK WANITA KE NERAKA
Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.
Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul!
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam,bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat ,maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN