PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Jumaat, Mei 21, 2010

Lukis nabi cetus perang di Facebook


2010/05/21

Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika

SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook.

Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu.
Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah.

Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad
Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei.

Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu.
Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan.

Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi.

Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP

KOMEN:“Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya di Hari Kiamat adalah pelukis.” (al-hadith)


Khamis, Mei 20, 2010

Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata Jamil Khir semalam dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif.

"Dimanakah suara lantangnya itu?

"DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini," katanya.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau berharap para Mufti dan golongan yang faham agama bangkit untuk menentang kezaliman akhlak ini.

Judi jelasnya adalah haram dan ianya bukan hanya haram untuk mereka yang beragama Islam, tetapi kepada semua manusia.

"Walaupun mereka bekerja dengan Kerajaan Malaysia yang mana Perdana Menteri dan Menteri kewangannya serta kabinetnya bersatu menghalalkan judi, tetapi para Mufti dan mereka yang faham agama harus bangkit menentang dan tidak mentaati keputusan mungkar itu," katanya.

KOMEN: RasuluLLAH SAW bersabda, “Akan datang satu zaman kepada umat manusia (baca: umat Islam), perut-perut mereka menjadi tuhan bagi mereka, perempuan-perempuan mereka menjadi kiblat bagi mereka, dinar-dinar menjadi agama bagi mereka, kehormatan (kemuliaan) mereka terletak pada kekayaan mereka, waktu itu tidak tersisa iman kecuali tinggal namanya saja dan tidak tersisa Islam kecuali hanya tinggal upacaranya saja, masjid-masjid mereka makmur (megah) dan damai (nyaman) namun hati mereka kering dari petunjuk, ulama-ulama mereka menjadi makhluk yang paling buruk di permukaan bumi. Kalau terjadi zaman seperti itu, Allah akan menyiksa mereka dan menimpakan kepada mereka dengan berbagai bencana; kekejaman para penguasa, kekeringan masa, dan kekejaman para pengambil keputusan. “Sahabat takjub dengan penafsiran Nabi itu, mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah mereka semua ini menyembah berhala?” Nabi menjawab, “Ya bagi mereka, setiap serpihan dan kepingan wang menjadi berhala.”

(Tafsir atas QS. Ar-Ruum / 30 : 9)

Rabu, Mei 19, 2010

Himpuan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdailyselepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.

Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Menurut Nasruddin lagi, sebelum himpunan besar itu, satu himpunan serentak di seluruh negara akan di adakan pada Jumaat, 21 Mei ini di masjid negeri masing-masing.

Ianya akan disusuli dengan penyerahan memorandum kepada mufti negeri masing-masing bagi tujuan sama.

"Bemula hujung Mei hingga ke penghujung bulan Jun, kita juga akan menggerakkan usaha untuk menyerahkan memorandum kepada mufti di setiap negeri dan menggesa mereka membawa kepada Majlis Mufti agar mendesak kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi itu," tambahnya lagi.

Sepanjang tempoh menjelang himpunan 3 Julai itu juga, dewan pemuda PAS katanya akan mengadakan roadshow ke seluruh negara bagi memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan itu.

"Sepanjang Jun ini, kita akan turun ke setiap negeri bagi memperjelaskan implikasi judi kepada rakyat negara ini dan menyeru mereka agar tidak terlibat dalam kancah perjudian tersebut," jelasnya.

Isnin, Mei 17, 2010

PAS terus beri sokongan dalam isu Palestin
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Ustaz Nasharuddin Mat Isa menegaskan bahawa PAS telah dan akan terus memberikan sokongan dalam isu Palestin pada kadar kemampuan yang dimiliki.

Beliau menyatakan demikian di dalam pertemuan dengan pemimpin utama Hamas, Khaled Misy'al di Damsyik, baru-baru ini.

Turut serta pada pertemuan itu ialah Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, dalam pertemuan itu, beberapa isu besar telah dibincangkan termasuklah perkembangan terkini keadaan di Palestin khasnya di Gaza.

Katanya, Khaled telah merakamkan sekali ucapan terima kasihnya mewakili Hamas dan rakyat Palestin kepada PAS dan rakyat Malaysia melalui agensi rasmi ataupun NGO yang sentiasa bersama dengan rakyat Palestin.

“Beliau amat menghargai sumbangan-sumbangan yang telah diberikan dan yang lebih penting dari itu adalah pendirian yang tidak berbelah bagi PAS dan rakyat Malaysia dalam isu isu di Palestin,” ujarnya kepada Harakahdaily, pagi ini.

Tambahnya, Khaled menjelaskan kepada ahli-ahli PAS bahawa qadiah (permasalahan) Palestin adalah keutamaan, kedua selepas kerja-kerja Islam dan parti di Malaysia yang harus diberikan tumpuan.

“Saya telah menegaskan bahawa bagi pihak PAS, kita telah dan akan terus memberikan sokongan dalam isu Palestin pada kadar kemampuan yang kita miliki,” ujarnya.


Syabas Rakyat Sibu-Anwar
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 17 Mei: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada rakyat Sibu kerana telah memilih calon DAP, Wong Ho Leng sebagai Ahli Parlimen Sibu yang baru.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, pemilihan Ho Leng menunjukkan rakyat Sibu tidak mudah tunduk kepada sogokan puluhan juta ringgit yang ditabur pimpinan Umno BN sepanjang kempen pilihan raya itu.

"Syabas rakyat Sibu! Rakyat Sibu membuktikan kepada kita semua bahawa kuasa rakyat, kuasa keramat.

"Mereka menzahirkan kepada kita semua, misi Menyelamatkan Malaysia dari segala kebejatan merupakan matlamat utama ketimbang tunduk menyerah kepada sogokan pimpinan Umno-BN," katanya.

Ucapan dan penghargaan sama juga turut dirakakmkan kepada semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat dari PAS, DAP, PKR dan SNAP.

"Sekali lagi anda perlihatkan kekuatan yang mengagumkan walau terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta dokongan aparat-aparat lainnya.

"Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada Pakatan Rakyat buat merenung erti semangat perjuangan yang selama ini menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia," katanya.

DAP melalui calonnya Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi apabila mendapat 18,845 undi menewaskan calon BN Robert Lau Lau Hui Yew yang mendapat 18,477 undi.

Manakala calon Bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.


Pendedahan Saiful buktikan konspirasi - Anwar
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan terbaru penglibatan beberapa individu lain oleh saksi utama, Saiful Bukhari Azlan mengesahkan wujudnya satu konspirasi politik.

Bercakap kepada media (gambar) selepas perbicaraan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan ke esok, beliau memberitahu bahawa Khairul Anas adalah pembantu khas Datuk Seri Najib, manakala Datuk Mumtaz Jaafar pula pegawai khas kepada Datin Sri Rosmah Mansor.

"Hari ini kita dengar lagi tambahan selain nama-nama yang disebut (sebelum ini) seperti Datuk Mumtaz, Khairil Anas.

"Ia mengukuhkan lagi pendirian kita selama ini tentang penglibatan dan konspirasi untuk menjatuhkan musuh politik dengan cara kotor dan jijik," katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Saiful memberitahu ada membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pada 25 Jun 2008 iaitu sehari selepas pertemuan dengan Najib.

Panggilan itu katanya bagi mengadu masalah, namun hanya sempat bercakap selama seminit sebelum dimarahi Musa dan diberi amaran supaya tidak menelefonnya lagi.

Selain Musa, Saiful juga memberitahu ada bertemu bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada malam 27 Jun hingga pagi keesokannya.

Pertemuan itu atas tujuan sama, iaitu mahu pengadu 'pengainayaan' terhadapnya yang didakwa dibuat Anwar.

Khairil Anas pula menurut Saiful adalah individu yang membawanya ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.

Sebelum itu kata Siful, dia ada menemui Khairil Anas bagi mengadu perkara tersebut tetapi kemudian pembantu khas Najib itu memutuskan untuk membawanya berjumpa dengan Najib.

Dalam pada itu, Datuk Mumtaz Jaafar (gambar), individu yang namanya disebut dalam keterangan Saiful hari ini dilihat tiba di mahkamah jam 2.30 petang tadi.

Beliau juga adalah Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) badan yang Rosmah adalah penaungnya.

Isu Anwar tuntut kebijaksanaan berpolitik - Mahfuz
Harakahdaily

HARAKAH: Sekali lagi, politik negara digegarkan dengan isu kontroversi "liwat" melibatkan Datuk Seri Anwar dengan PAnya Saiful Bukhari Azlan. Itu yang terkini. Apa yang boleh YB tafsirkan sebalik isu ini?

MAHFUZ: Pertama, saya melihat bila isu ini tercetus, sekaligus first impression rakyat tahu Umno tergugat dengan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan. Sangat tergugat dengan gerakan politik yang disusun atur oleh Anwar Ibrahim. Mereka merasa seolah-olah tindakan itu suatu yang mesti Umno saekat kemaraan Anwar daripada melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN. Jika tidak disekat menyebabkan bukan Pak Lah selaku PM hilang kedudukan tetapi menyebabkan BN akan hilang kuasa. Jadi ini saya kira, antara jalan-jalan akhir, talian hayat akhir dalam usaha nak menyambung nafas politik Umno dan BN dengan mengambil satu langkah untuk merosakkan nama Anwar. Mungkin orang menganggap talian hayat itu untuk "menyambung" tetapi bagi saya Saiful Bukhari dijadikan satu talian hayat untuk kepentingan politik Umno dan BN.

Banyak pihak mendakwa bahawa ini satu konspirasi untuk membunuh karier politik Anwar. Sejauh mana YB melihat ini suatu konspirasi politik, sebab ini yang selalu diuar-uarkan…

Pertama, memang kalau kita lihat daripada environment politik yang ada sekarang, macam yang saya katakan tadi bahawa satu persekitaran tidak kondusif untuk Umno dan BN wujud. Sebab selepas daripada PRU 12, inilah kali pertama politik negara berada dalam keadaan tidak tenteram, tidak tenang khususnya menyangkut politik dalaman Umno dan BN. Berbanding dengan PRU 11 (2004), kita nampak suasana itu tenang. Rakyat tidak begitu berminat untuk mengikuti perkembangan politik semasa. Tetapi hari ini rakyat begitu peka. Sentiasa beri fokus, apa akan jadi politik esok hari, umpamanya? Soal ekonomi negara macam mana? Minat orang sangat tinggi. Sebab itu antara faktor yang menjadikan suasana politik tidak kondusif itu ialah kerana gerakan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar telah memberikan tamparan dan menggugat kedudukan Umno sehingga menyebabkan BN dan Umno hilang enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan. Sejarah politik negara berubah. Kerajaan (BN) telah hilang 2/3 majoriti. Movement-movement yang berterusan itu, dilihat sebagai satu ancaman kepada politik kepimpinan Pak Lah dan Najib. Ini menyebabkan isu seperti ini berlaku kerana bagi mereka sesuatu harus dibuat untuk menghalang kemaraan Anwar.

Keduanya, usaha untuk divert isu daripada isu yang sedang jadi bualan terhadap penglibatan Rosmah dengan kes pembunuhan Altantunya. Pengakuan bersumpah oleh Raja Petra cukup kuat. Begitu juga untuk divert isu penindasan kerajaan mengenai kenaikan harga minyak. Semua itu dilihat dan akhirnya benda itu berlaku kepada Anwar. Lalu first impression atau persepsi orang bahawa ini konspirasi. Ia berasaskan kepada beberapa tuduhan yang dibuat melalui aduan Saiful Bukhari. Isu yang tidak dapat diterima oleh masyarakat, dilakukan terus kepada peribadi seperti Anwar. Ini yang menambahkan yakin rakyat ia satu konspirasi kerana kedudukan politik BN sangat tergugat.

Tapi Tok Guru Nik Aziz dalam komennya menyebut isu "liwat" Anwar boleh mencalar dan menggugat Pakatan Rakyat. Itu dari satu sudut. Tapi saya lihat ia memberikan kekuatan…. Apa sikap PAS sebenarnya dalam isu ini?

Saya nampak isu "liwat" terhadap Anwar boleh gugat Pakatan dari segi imej politik dan sebagainya. Kecuali kalau dikalangan anggota dan kepimpinan Pakatan, ada yang terperangkap dengan permainan licik BN. Maka sudah tentulah kita akan saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Ini menyebabkan kita berpecah. Inilah agenda BN sebenarnya. Agenda bertujuan untuk menghilangkan kepercayaan satu sama lain dalam Pakatan. Meleraikan ikatan yang begitu kukuh dalam Pakatan. Bagi saya seluruh pimpinan dan parti-parti dalam Pakatan mesti mengambil sikap memperlihatkan solidarity terhadap isu ini khususnya dalam menunjukkan kebersamaan kita kepada Anwar, keluarga dia dan parti KeADILan itu sendiri.

Jika ini berlaku, saya lihat ia akan memberikan satu kekuatan baru, kenyataan-kenyataan bersama yang memperlihatkan solidarity kita dan didokong oleh Ngo-Ngo. Atas nama ahli-ahli parlimen PAS sahaja pun kita telah membuat kenyataan mendokong Anwar.

Dari awal sepertimana yang ditunjukkan oleh kenyataan Tuan Guru Nik Aziz iaitu bahawa ini konspirasi jahat. Pendirian PAS sangat jelas melalui tuntutan kita nak Anwar ambil satu langkah lebih cepat untuk melakukan, mengimplimentasikan proses cross over dari kalangan anggota BN itu kepada Pakatan. Jika tidak, bermakna Anwar terpaksa berhadapan dengan pelbagai fitnah yang lebih besar. Jadi, mestilah proses itu harus percepatkan. Ini bukan tanggungjawab Anwar seorang, tetapi sebenarnya ia merupakan tanggungjawab bersama yang mesti dipikul oleh kepimpinan Pakatan itu sendiri.

Kes ini dalam siasatan. Dulu ada kisah mata lebam. Adakah YB yakin dengan sistem perundangan kita hari ini?

Ya, sebab itu bagi saya, sikap PAS itu sangat jelas. Kita tidak percaya kepada pihak polis, kehakiman, pendakwaan dan sebagainya. Untuk boleh berlaku adil kepada Anwar berdasarkan fakta-fakta kes sebelum ini, kita dapati imej polis dipersoalkan oleh Suruhanjaya Pemeriksaan Polis dan kerajaan yang belum melaksanakan apa yang dituntut oleh suruhanjaya tersebut untuk menubuhkan IPCMC.

Ini menunjukkan polis tidak berusaha untuk memulihkan imej mereka. Sebaliknya polis terus dilihat oleh masyarakat menjadi alat kepada kepentingan politik BN. Walaupun kerajaan cuba menggilap imej mereka dengan langkah-langkah yang dibuat dalam isu pemulihan kehakiman dan sebagainya. Jika kerajaaan (polis) itu masih gagal untuk nak implementkan saranan yang dibuat oleh suruhanjaya pemeriksaan polis ini, maka polis tidak diyakini boleh berlaku adil kepada siasatan ini.

Pendakwaan boleh bermula dengan siasatan itu sendiri. Saya tak nampak perkara itu. Kita bertegas yang kita mahu satu suruhanjaya bebas melakukan penyiasatan terhadap Anwar. Bagi saya sebenarnya kes itu tidak perlu ada penyiasatan kerana ia tidak betul tetapi oleh kerana ada aduan, maka proses penyiasatan mesti dibuat. Tetapi penyiasatan itu tidak boleh dilakukan oleh orang yang dipertikaikan seperti pihak polis. Mesti ada satu suruhanjaya kerana berasaskan kepada kes mata lebam Anwar. Jelas polis tidak boleh dipercayai. Begitu juga dalam kes-kes pertuduhan sewaktu di mahkamah, bukti-bukti itu sentiasa dipinda umpamanya mahkamah sendiri telah membuktikan bagaimana kelemahan fakta kes, bukti, tarikh dan sebagainya yang dipinda menunjukkan bahawa proses merekacipta itu boleh berlaku dalam siasatan.

PRU 12 telah mengubah landskap politik Malaysia. Ini satu kejutan. Kita dapat tawan lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan menjadikan enam. Ada ahli parlimen dari komponen BN di Sabah dan Sarawak termasuk beberapa orang dari Umno sudah bersedia untuk menyertai Pakatan. Benarkah desas-desus ini?

Ia bukan desas-desus lagi. Apabila SAPP membuat satu pendirian dan isytihar hilang kepercayaan dan kesediaan dua orang ahli parlimennya untuk mengemuka atau menyokong usul undi tidak percaya terhadap Datuk Abdullah Badawi, telah menjawab soalan ini. Ini bukan lagi desas-desus tetapi real politik; ketidakpercayaan orang terhadap PM itu sangat jelas. Ini berlaku bukan di kalangan parti pembangkang tetapi sebenarnya daripada dalam komponen BN. Kalau diperhatikan kenyataan ahli-ahli Parlimen dari Sabah cukup pedas dan berani. Malah ada yang selamba menyatakan bahawa Sabah sudah beberapa kali tukar kerajaan, dan mereka bersedia meninggalkan rumah banglo untuk bertukar kepada rumah teres.

Ini kenyataan dianggap sinis tetapi cukup tajam. Bagi saya ia menggambarkan tentang bagaimana kecenderungan ahli parlimen itu untuk beralih. Saya cukup yakin dengan move yang dilakukan Anwar dan juga rakan-rakan pimpinan Pakatan yang lain, bahawa perkara ini akan menjadi kenyataan. Ini dibuktikan oleh langkah-langkah agresif dibuat Pak Lah, yang dilihat kebergantungan mereka kepada Sabah dan Sarawak itu. Satu perkara yang mesti dikawal, dijaga. Menyebabkan layanan kepada Sabah dan Sarawak sangat istimewa. Peruntukan beberapa billion diberikan. Tindakan itu mencerminkan Pak Lah percaya ada ahli parlimen yang sedia untuk lompat. Isu pokoknya ialah Pak Lah sendiri secara tidak langsung sudah mengakui, sehingga menyebabkan dia harus memberikan fokus istimewa. Ini kerana tanpa dokongan Sabah dan Sarawak ini maka BN akan kehilangan kekuatan dan menyebabkan bukan lagi tak ada 2/3 mojoriti malah tak ada kerajaan dalam negara kita.

Tetapi isu "liwat" ini nampaknya akan merosakkan segala perancangan Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru…

Memang ada usaha ke arah itu. Isu "liwat" untuk sekat penghijrahan ini. Itu agenda dan matlamatnya. Tetapi kemungkinan perkara itu akan terhasil, jika Anwar ditangkap, dikurung seperti mana yang berlaku seketika dahulu. Mungkin itu tidak akan menyebabkan penghijrahan berlaku. Sudah tentu ahli parlimen daripada sebelah sana merasakan bahawa, macam mana mereka nak berhijrah sedangkan faktor kepimpinan utama itu sudah tidak relevan. Ini yang menjadi perkiraan. Ada ahli-ahli parlimen BN merasakan perkara ini satu perbuatan terlalu personal yang mereka tak boleh terima. Mereka tidak boleh terima Anwar faktor yang menyebabkan kepimpinan Pak Lah dan kerajaan jatuh, lalu isu ini diketengahkan. Saya percaya masih ada ahli parlimen BN yang ada hati perut, ada sifat keinsanan, kemanusiaan, yang ada moral tinggi, yang tidak boleh terima pendekatan konspirasi jahat ini. Lalu, ini boleh jadi faktor yang sebaliknya. Orang panggil reverse psychology. Mereka mengharapkan bahawa tidak berlaku penghijrahan tetapi ini yang mungkin mempercepatkan penghijrahan itu. Ada menteri hubungi saya. Dia memang marah saya dengan isu yang dibuat oleh kerajaan Pakatan. Tetapi dalam isu liwat ini, mereka pun tak tahu nak komen apa. Mereka jadi lembut hati. Ada keresahan sendiri dan ada rasa tidak puas hati.

Pesanan YB kepada seluruh pendokong dan penyokong Pakatan berdepan dengan isu “liwat” yang menyenakkan ini. Silap perhitungan akan back fire.

Pertama, ia bergantung kepada bagaimana kepimpinan Pakatan itu sendiri. Mesti bina kepercayaan ahli dan penyokong daripada parti Pakatan. Sebab itu kepimpinan dalam Pakatan ini, harus solid memperlihatkan solidarityterhadap Anwar sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 dulu. Janganlah ada perbezaan pendapat dan pandangan secara terbuka. Jangan ada di kalangan kepimpinan yang boleh menyebabkan kenyataan-kenyataan mereka itu boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dan penyokong dalam Pakatan. Ini yang harus dijaga. Dan saya lihat setakat ini bahawa solidarity itu telah diperlihatkan oleh kepimpinan Pakatan.

Kedua, kepimpinan mesti menunjukkan kebijaksaan berpolitik. Kalau kepimpinan sendiri terperangkap dengan agenda politik jahat Umno dan BN, bagaimana ahli di bawah akan mendokong setia. Jadi, kebijaksanaan itu mesti datang daripada kepimpinan. Ini merupakan faktor yang penting. Kemudian, barulah kita lihat kepada rakyat. Kepimpinan mesti menyeru kepada rakyat. Mesti memberitahu maklumat tepat dan media-media Pakatan harus memainkan peranan yang lebih bersungguh untuk menyampaikan mesej dan bagaimana nak counter saraf-saraf yang dilakukan oleh media arus perdana yang didalangi BN. Secara keseluruhannya, kepimpinan dan ahli Pakatan mesti ada kebijaksanaan politik yang sangat tinggi dan mereka mesti melihat bahawa ini sebagai satu konspirasi yang dilakukan. - tmj


Ahad, Mei 16, 2010

"Jangan lupa undi DAP" - Nik Aziz
Lan Jusoh

KOTA BHARU, 15 Mei: Biar pun tinggal beberapa jam lagi lebih 54,000 pengundi di Sibu akan membuang undi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan mereka jangan lupa mengundi calon DAP.

"Saya minta semua pengundi undi calon DAP. Ini kerana DAP sekarang berada bersama PAS dan KeADILan (Parti Keadilan Rakyat) dalam Pakatan Rakyat.

"Orang PAS dari seluruh negara datang membantu kempen di Sibu biar pun habis duit dan tenaga tak apa asalkan dapat berkhidmat kepada Islam.

"Jadi saya minta rakyat Sarawak di Sibu tolong undi calon Pakatan iaitu DAP. Di mana sahaja ada calon PAS, undi PAS. Kalau tidak ada calon PAS undi calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR undi DAP," katanya di sini.

Pertarungan akhir mempertahankan parlimen Sibu menyaksikan hampir seluruh menteri turun berkempen termasuk di rumah panjang dan kampung Melayu dan Melanau.

Mereka membawa bersama janji-janji pembangunan yang ditabur ke seluruh pelusuk bumi Sibu.

Berdasar kepada gerak kerja tersebut kelihatan Umno dan Barisan Nasional (BN) berdepan suasana sukar untuk mempertahankan kerusi tersebut bagi penggal ke enam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, perubahan yang ketara berlaku kepada kepemimpinan DAP sekarang di mana mereka lebih terbuka dan bersikap intelektual.

Menurutnya dahulu DAP tidak mahu mendampingi PAS kerana perjuangan Islam yang dibawa, namun sekarang mereka sudah faham.

"Sekarang pemimpin PAS dan DAP boleh berceramah bersama. Ketika ceramah saya sebut tentang Islam dari aspek ekonomi, sosial dan semua sudut kehidupan berpaksikan Islam.

"Dan alhamdulillah mereka terima. Apa sahaja perkara yang tidak faham mereka tanya kami. Pemimpin DAP sekarang kebanyakan intelektual, berpelajaran dan berfikiran terbuka. Sekarang ramai pemimpin DAP sebut Assamualaikum," katanya.

Kata beliau situasi itu berlaku sebagaimana Nabi Muhammad saw pernah meminta orang Yahudi berkerjasama dengan orang Islam di Madinah.

Kalau ada musuh yang menentang Yahudi Nabi Muhammad saw akan membantu Yahudi. Dan kalau ada musuh menentang Islam di Madinah Nabi Muhammad meminta Yahudi datang membantu.

Beliau menjelaskan dahulu DAP menentang kerjasama dengan PAS kerana mereka tidak faham Islam.

Kata beliau usahkan DAP, Melayu Umno pun marah kepada PAS kerana memperjuangkan Islam sehingga didakwa boleh menimbulkan pecah belah dan tiada kemajuan.

Menurutnya pemimpin DAP sekarang mendengar sendiri mengenai Islam daripada pemimpin PAS dan tidak lagi terpengaruh tindakan pemimpin Umno memburukkan Islam.

Beliau berkata, Islam memberi kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan ajaran mereka.

"Kita hanya terang tentang agama Islam dan kalau mereka tidak mahu terima itu hak mereka. Saya juga banyak menerima kunjungan paderi dan sami datang ke pejabat.

"Malah saya pergi kepada wat Buddha di Tumpat. Saya sebut Tuhan hanya satu ialah Allah. Semua agama melarang perbuatan mungkar seperti judi, zina dan rogol.

"Ini sudah menggambarkan ada titik pertemuan di antara kami dengan agama lain," ujarnya.

Beliau menyifatkan kejayaan besar hasil dakwah di Kelantan apabila orang bukan Islam tidak lagi marah kepada PAS.

Malaysia BUKAN masyarakat judi

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Judi Bola: Awang Adek calar imej Serambi Mekah
Mohd Nor Yahya


TUMPAT, 15 Mei: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin yang berasal dari Kelantan dilihat mencemar imej Serambi Mekah negeri ini apabila terlibat meluluskan lesen perjudian bola sepak piala dunia Jun depan.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Ahmad Yakub berkata, lebih memalukan apabila Awang Adek juga seorang Melayu yang beragama Islam.

"Kita di negeri ini amat malu kerana ada orang Kelantan terlibat sama dalam urusan kelulusan lesen ini dan ia tidak menghormati langsung maruah negeri Kelantan yang terkenal dengan gelaran Serambi Mekah dan begitu kuat menentang unsur judi dalam pelbagai bentuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis penyerahan rumah kepada warga miskin di kampung Bukit Wakaf Bharu hari ini.

Tindakan tersebut juga jelasnya seolah-olah telah menghina agama Islam dan negara ini juga menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau juga berkata Dewan Ulamak PAS Pusat akan menghantar satu memorandum bantahan kepada pihak berkenaan terhadap sikap kerajaan dalam hal ini.

" Kalaulah dengan memberi lesen judi dapat membendung perjudian itu adalah satu tanggapan yang salah dan sanggupkan kita pula member lesen kepada mereka yang ingin melakukan pencurian agar dapat mengurangkan berlakunya kecurian di negara ini" katanya lagi.

Sementara itu ketika ditanya perkembangan Tabung Serambi Mekah setakat ini, beliau yang juga Pengerusi Tabung tersebut berkata sehingga kini hampir RM5 juta dapat dikumpul.

Judi Bola: DAP lebih faham dari Umno
Mohd Ali Hashim

JERAI, 15 Mei: Umno yang mendakwa mereka pejuang Melayu dan Islam sepatutnya malu kepada DAP yang turut menentang pemberian lesen judi bola sepak Piala Dunia.

Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar ketika mengulas isu itu berkata Umno sepatutnya bangun untuk menentang kemungkaran yang berlaku setelah dengan jelas melibatkan perjudian yang sememangnya diharamkan oleh agama Islam.

"Apakah pemimpin Umno ini tidak berasa malu apabila DAP sanggup menentang pemberian lesen judi tersebut sedangkan pemimpin-pemimpin Umno hanya mendiamkan diri.

"Kita juga ingin bertanya kemanakah perginya suara-suara yang sebelum ini melaung-laungkan perjuangan untuk agama sepertimana yang mereka uar-uarkan," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat berkata, DAP dalam kempen mereka di Sibu dengan jelas menolak judi sebagai satu sumber pendapatan yang akan mendatangkan kesan sosial negatif kepada masyarakat.

"Kita bimbang sekiranya perkara ini tidak disekat dan dihalang lambat laun negara ini akan dipenuhi dengan urusan berasas perjudian apabila tindakan Kerajaan yang menghalalkan yang haram itu dianggap sebagai suatu yang baik," katanya lagi.

Tindakan Umno dan kerajaan itu katanya seolah-olah memperlekehkan umat Islam yang ada dalam negara ini dengan tidak menghormati suara yang menentang sehingga mereka meneruskan pemberian lesen perjudian ini.


ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN