PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Ahad, April 06, 2008

Jangka hayat Umno/BN hampir tiba, Anwar sudah sedia jadi PM

Jangka hayat Umno/BN hampir tiba, Anwar sudah sedia jadi PM
Jangka hayat Umno/BN hampir tiba, Anwar sudah sedia jadi PM
Mohd Rashidi Hassan
Sun | Apr 06, 08 | 1:32:10 pm MYT


Ada banyak ramalan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lama lagi, hingga ada yang meramalkan enam bulan dari tarikh 8 Mac 2008.

Jika Anwar hendak menjadi PM, beliau mestilah menjadi Ahli Parlimen (MP) yang menang dalam pilihan raya Parlimen.

Tetapi Pilihan Raya Umum ke-12 dipercepatkan, sedangkan Anwar hanya layak bertanding pada bulan April 2008.

Jika hendak ditunggu PRU ke-13, barangkali tahun 2012 atau 2013, agak terlalu lama.

Pada masa itu belum tentu, keputusan sebaik PRU ke-12, 8 Mac lepas boleh berulang kembali.

Mungkin juga boleh mencatatkan keputusan yang lebih baik buat gabungan Pakatan Rakyat.

Apapun menunggu empat atau lima tahun terlalu lama buat Anwar. Tiada jalan lain untuk beliau melainkan bertanding pada pilihan raya kecil.

Pilihan raya boleh diadakan hanya melalui tiga opsyen, iaitu jika Parlimen dibubarkan, anggota Parlimen meletak jawatan (sama ada hilang kelayakan atau tidak berminat menjadi wakil rakyat) dan jika terdapat anggota Parlimen meninggal dunia.

Parlimen hanya boleh dibubarkan jika kerajaan tamat tempoh pemerintahan (setiap lima tahun), atau PM membubarkannya untuk mendapat mandat baru atau berlaku sesuatu krisis yang memaksa ia dibubarkan.

Dalam keadaan sekarang tidak nampak tanda-tanda Parlimen akan dibubarkan.

Manakala opsyen kedua, soal hidup dengan mati, ia adalah ketentuan Allah. Tiada orang tergamak mengharapkan seseorang Ahli Parlimen cepat meninggal dunia semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.

Maka opsyen hanya ada pada Anwar ialah menanti seseorang Ahli Parlimen meletak jawatan atau hilang kelayakan atas sebab-sebab tertentu.

Jika pun terdapat petisyen untuk membatalkan kemenangan mana-mana MP, proses mahkamah sudah tentu akan memakan masa.

BN sudah tentu akan berusaha menghalang Anwar bertanding dan masuk ke Parlimen. Maka melengah-lengahkan proses perundangan merupakan jalan terbaik untuk menghalang Anwar.

Pilihan yang ada dalam waktu yang terdekat ini hanyalah dengan perletakan jawatan Ahli Parlimen.

Timbul ura-ura bahawa isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh atau Lembah Pantai.

Namun kedua-dua kemungkinan tersebut dinafikan Anwar.

KeADILan mempunyai 31 kerusi Parlimen, sebagai Ketua De Facto Anwar boleh bertanding di mana-mana sahaja kawasan yang beliau mahu.

Namun pilihan yang utama, ada di dua kawasan kerana Ahli Parlimen kawasan tersebut turut menang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dua kerusi itu adalah Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut memenangi kerusi Dun Ijok. Manakala Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmin Ali menang di Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa.

Justeru jika jalan hendak dibuka kepada Anwar, Khalid atau Azmin harus meletakkan jawatan sebagai MP. Jika benar KeADILan mahukan Anwar masuk ke Parlimen, mana-mana MPnya harus sedia berkorban.

Dan jika diberi pilihan antara Bandar Tun Razak atau Gombak. Apapun, dalam keadaan sekarang ada pandangan mengatakan Khalid lebih wajar memberi laluan kepada Anwar peranannya lebih besar di Selangor sebagai Menteri Besar.

Apapun keputusannya adalah di tangan Anwar. Tunggu sahaja tarikh akhir Anwar boleh bertanding dengan bebas 14 April ini. Barangkali ada kejutan yang akan berlaku.

Anwar tidak ada jalan lain jika hendak menjadi PM. Itu sahaja opsyen yang terbaik buat beliau ketika ini.



Jalan ke jambatan PM
Suatu ketika tidak lama dahulu ramai yang beranggapan, jika Anwar hendak menjadi PM, beliau tidak ada cara lain, selain menyertai Umno.

Maka kadang-kadang kedengaran suara tegas Majlis Tertinggi Umno, membuat keputusan berulang kali, bahawa Anwar tidak akan diterima masuk kembali.

Seolah-olahnya hukuman yang dijatuhkan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) pada 2 dan 3 September 1998, menutup terus pintu Umno/BN buat Anwar.

Suara-suara menolak Anwar masuk Umno dicanang mereka sepanjang Anwar di penjara selama 6 tahun, selepas PRU 1999, pada ketika Anwar bebas tahun 2004 dan sehingga sebelum PRU 2008.

Entah mengapa kelibat Anwar begitu ditakuti. Barangkali pemimpin Umno menyedari masih ramai 'orang-orang Anwar' dalam Umno.

Hubungan yang baik antara Anwar dengan sesetengah pemimpin Umno, juga dianggap membahayakan pihak-pihak tertentu dalam parti itu.

Apapun Anwar terpaksa berulang kali menafikan beliau mahu memasuki Umno. Lebih jelas boleh diperkatakan bahawa Anwar tidak 'kelapaq' (istilah orang utara).

Sebenarnya kini, anggapan bahawa jambatan untuk menjadi PM hanya melalui Umno sudah tidak wujud.

PRU ke 12 membuktikan BN dan Umno khususnya sudah tidak relevan.



Kekuatan Anwar dari sudut politik
Walaupun sudah berkuasa sejak merdeka, Umno/BN bukan parti keramat. Pemimpinnya banyak kelemahan dan banyak kesilapan.

Jika dahulu, tiada pakatan komponen parti sebaik BN, tetapi kini kehebatan dan kekuatan BN sudah musnah.

Masalah besar kepada BN ialah kerana kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal memelihara keutuhan perpaduan parti komponen BN.

Abdullah gagal mengimbangi tekanan politik agama, politik kenegerian dan politik perkauman dalam BN.

Maka timbul keberanian 9 menteri bukan Islam menghantar memo kepada PM, Sarawak dan Sabah mengemukakan pelbagai tuntutan, pemimpin Umno menghunuskan keris sehingga mengguriskan perasaan komponen lain.

Menteri dan Menteri Besar dari kalangan Umno bercakaran sesama sendiri secara terbuka.

MCA-Gerakan- MIC dan PPP, selain mengemukakan pelbagai tuntutan untuk kepentingan politik, kaum masing-masing, sering berbalah sesama sendiri.

Semua ini gagal dikawal dan ia menghasilkan natijah yang amat buruk kepada BN. Keyakinan rakyat terhadap kemampuan pemimpin BN sudah pudar.

Hakikat yang ditunjukkan dalam krisis dalaman BN menunjukkan kepimpinan Abdullah Badawi dilihat gagal memelihara 'kepentingan dan perasaan' semua kaum.

PRU 8 Mac menunjukkan rakyat sudah sedia berubah. Segala adu domba yang memperlekehkan parti-parti pembangkang ditolak. Usaha melaga-lagakan PAS, KeADILan dan DAP menemui jalan buntu.

Malah, segala propaganda jahat media-media pro BN, mengecam dan menghentam keperibadian Anwar gagal 'membeli' minda rakyat.

Jelas rakyat menerima Anwar serta pakatan PAS-KeADILan- DAP, walaupun ada perbezaan yang besar antara ketiga-tiga parti tersebut dalam hal-hal tertentu.



Mari sertai Pakatan Rakyat
Apapun signal yang ditunjukkan rakyat menyedarkan pemimpin-pemimpin bahawa rakyat mahu mereka bekerjasama dalam pakatan yang lebih erat.

Anwar adalah harapan baru rakyat Malaysia. Apa pun tuduhan terhadap Anwar, beliau adalah satu-satunya pemimpin yang diterima rakyat dari pelbagai keturunan, kaum dan agama.

Tidak keterlaluan untuk diakui setakat ini, secara realistiknya hanya Anwar sahaja boleh menyatu padukan rakyat dari kalangan pelbagai kaum dan agama.

Maka dengan itu PAS, KeADILan dan DAP sudah menguasai lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sudah membentuk Pakatan Rakyat.

Soal mekanisme, bagaimana Pakatan Rakyat hendak menyusun dasar-dasarnya akan ditentukan kemudian. Apapun pemimpin parti Pakatan Rakyat tetap terikat dengan kehendak rakyat yang memberi mandat kepada mereka.

Ia juga merupakan vehicle terbaik buat Anwar untuk menjadi PM, sekali gus memperbaiki kepincangan politik dalam negara.

Pakatan dibuat dengan penyertaan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, yang sudah beberapa kali duduk semeja dalam mesyuarat yang dipengerusikan Anwar.

Keputusan PRU 1999, 2004 dan 2008 jelas menunjukkan majoriti orang Melayu menolak Umno. Jika Umno tidak dirombak, nescaya parti itu akan terus merudum.

Keputusan PRU 2008 juga memberi isyarat kepada MCA, Gerakan, MIC dan PPP bahawa politik segmentasi dan perkauman mereka ditolak rakyat.

Maka menyedari kehendak rakyat dan keupayaan Anwar untuk menyatu padukan kaum, menstabilkan politik negara dan mengembalikan landasan pemerintahan ke jalan yang betul, pemimpin-pemimpin parti politik harus menimbangkan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Bagi Sarawak dan Sabah, keberlangsungan dan efektifnya perjalanan pentadbiran negeri banyak bergantung kepada kerajaan Pusat.

Jika Anwar jadi PM, hubungan KL dan Malaysia Timur dijangka tidak akan wujud sebarang masalah kerana dari dahulu Anwar mempunyai hubungan baik dengan pemimpin negeri berkenaan.

Kerajaan-kerajaan negeri yang dikuasai Umno, kebanyakannya tidak stabil dari segi ekonomi dan bergantung kepada Kerajaan Pusat.

Jika Anwar menjadi PM, mereka tidak ada pilihan. Mereka harus bersedia bergabung dengan Anwar.

Bagi MCA, Gerakan, MIC dan PPP, mereka harus menyedari trend rakyat sekarang. Mereka tidak boleh berlawan dengan arus, jika mereka tersilap langkah, mereka akan terus ditolak dan terkubur.

Jalan terbaik ialah dengan menurut kehendak rakyat. Jalan terbaik sekarang ialah menyertai Pakatan Rakyat, bersama-sama menstabilkan politik dan ekonomi negara.

Ong Ka Ting, Koh Tsu Koon, Samy Vellu dan M Kayveas harus ada second thought bahawa BN bukan segala-galanya.

Pilihan untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat sentiasa terbuka. Fikir dan buat keputusan segera sebelum rakyat terus menghukum mereka.

Jika ini berlaku, tidak mustahil dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun, Kerajaan Pusat yang baru akan dibentuk, PM yang baru akan dilantik.- mns/ mr

Subject: Pensabitan hukum hudud

From: "aznan hamat" <aznanhamat1@melayu.net>

Subject: pensabitan hukum hudud

Pensabitan Hudud

Kita adakalanya terlalu menumpukan tentang perlaksanaan hudud tanpa memandang

sedikitpun kepada pensabitannya. Itu yang menyebabkan orang yang takut. Kerana,

apabila kita melihat kepada pensabitannya, kita akan dapat melihat gambaran

bahawa hudud itu tidaklah sebagaimana hukum rimba. Asal di dakwa berzina

sahaja, sebat atau rejam. Asal didakwa mencuri sahaja potong tangan....

-------------------

Pensabitan:

1. Keterangan:

a. saksi

b. Iqrar dari tertuduh

2. Qarinah

------------------

Berikut ini kami nukilkan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993

(Hukum Hudud):

BAHAGIAN III

Keterangan

39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini,

maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk

membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.

(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan

qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau

iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di

bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.

(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina

hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang

akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.

(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh

oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan

dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian

menghormati diri).

(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1)Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh

dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah

benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.

(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar

melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat

orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat

kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan

juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi

di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu

hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja

dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu

dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu

dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan

jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman,

maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau

memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan

menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang

mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang

daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah

terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan

hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong

tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh

dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.

(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di

hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim

pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina

maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada

masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada

apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan

secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan

yang dengannya dia telahd ituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana

membuat iqrar.

(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang

membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan

untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik

balik.

45. Menarik balik iqrar

(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada

bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.

(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke

atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika

dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka

hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.

(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan,

tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia

hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian

peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan

qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah

untuk membuktikan kesalahan hudud.

(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan

yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya

bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah

dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.

(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman

yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak

atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau

pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di

dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk

membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat

membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud

kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang

diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik

iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana

keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk

membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman

ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu

sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Lihat Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, hal. 120-125)

--------------

Kami kira, petikan di atas sudah cukup jelas untuk menggambarkan bahawa untuk

mensabitkan kesalahan hudud ada peraturan dan sistemnya.

Itu tidak dikira syarat-syarat yang dikenakan terhadap kesalahan hudud. Kita

ambil contoh mencuri yang hududnya ialah potong tangan:

7. Bilakah hukuman hudud tidak boleh dikenakan.

Hukuman hudud kerana kesalahan sariqah (mencuri -panel.) tidak boleh dikenakan

dalam keadaan yang berikut:

(a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang daripada nisab;

(b) apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keterangan yang

dikendaki di bawh peruntukan-peruntukan Bahagian III;

(c) apabila pesalah itu bukan mukallaf;

(d) apabila tuanpunya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup

untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan kepada keadaan harta

itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan;

(e) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya terhadap

harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai jagaan dan

milikan ke atas harta tersebut;

(f) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak bernilai

dan boleh didapati dengan banyaknya merata-rata tempat ataupun daripada jenis

harta yang sudah musnah;

(g) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut hukum

syarak seperti minuman yang memabukkan atau alat-alat hiburan;

(h) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oelh pemberi hutang ke atas harta

orang yang berhutang dengannya yang enggan membayar hutang itu;

Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuri itu tidak melebihi jumlah hutang

atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi tidak melebihi

nisab.

(i) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti

perang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;

(j) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri

daripada suaminya dan sebaliknya atau anak mencuri daripada bapanya atau

sebaliknya;

(k) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian

yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu setelah dibahagikan

harta yang dicuri atau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab.

(l) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman

hudud dilaksanakan;

(m) apabila tuan punya harta yang dicuri itutidak mengaku bahawa hartanya telah

dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;

(n) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima oleh hukum syarak

terhadap saksi-saksi; dan

(o) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu

dilakukan mengikut hukum syarak tida ada hukuman hudud yang boleh dikenakan ke

atasnya.

---------------

Oleh itu kami menyeru kepada umat Islam di Malaysia semua, janganlah takut

kepada hudud. Hindarkan diri dari golongan penentang hudud dan yang sentiasa

mencari-cari alasan untuk berlepas diri darinya.

Sekian. Wallahu a'lam.

Panel aL-AHKAM online

BENTUK TUBUH MALAIKAT DAN KEAJAIBANNYA

BENTUK TUBUH MALAIKAT DAN KEAJAIBANNYA

Malaikat adalah jisim nuraini iaitu jisim yang sangat lembut dan halus. Ia boleh berupa apa saja. Ia tidak mempunyai jantina, tidak bersifat seperti lelaki atau wanita dan sentiasa taat kepada perintah Allah. Ia mempunyai kudrat dan kekuatan yang luar biasa.

Malaikat tidak mempunyai nafsu. Oleh itu ia tidak berkahwin, tidak makan dan tidak mempunyai sebarang keinginan yang bersifat duniawi. Malaikat tidak mempunyai zuriat dan keturunan ataupun salasilah dan ia tidak boleh dipanah atau ditembak.

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci rupa bentuk dan organ tubuh malaikat, begitu juga hadis Nabi mahupun pendapat para ulama. Ini disebabkan rupa bentuk dan organ malaikat halus dan sangat menakjubkan.

BERSINAR BAGAI MATAHARI

Bara’ bin Azib telah meriwayatkan yang dipetik dalam hadis Sunan Abi Daud, Hakim, Ahmad dan lain-lainnya meyebut sebagai berikut: “Sesungguhnya jika orang mukmin, maka ketika dia akan keluar dari dunia ini (mati) dan menuju ke alam akhirat, dia didatangi malaikat yang turun dari langit dengan muka yang putih berseri. Seolah-olah wajah malaikat itu seperti sinar matahari. Mereka itu membawa kain kafan yan dibawa dari syurga. Mereka juga membawa wangian dari syurga. Malaikat datang sambil duduk sejauh mata memandang.

Kemudian datanglah malaikatulmaut duduk di sisi kepalanya. Malaikat mengatakan “Hai nafas yang baik (tenang), keluar lah engkau sekarang dengan mendapatkan keampunan daripada Allah dan kerelaanNya.”

Kemudian keluarlah roh itu seperti mengalirnya sebuah titisan daripada satu minuman, kemudian malaikat pun mengambil roh itu.

KASAR DAN HITAM

Dalam hadis yang lain pula dijelaskan “ Sesungguhnya jika orang yang akan dicabutnya itu roh orang yang kafir (dalam riwayat yang lain: orang yang ‘fajir’ ertinya penjahat, penzina atau pendusta) maka ketika orang itu di dunia lalu dia didatangi malaikat yang turun dari langit (yang keadaannya keadaannya kejam dan kasar) dengan rupannya yang hitam.

Dengan membawa pakaian yang berbulu, lalu mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Lalu malaikatulmaut (Izrail) datang dan duduk di sisi kepalanya, sambil mengatakan: “ Hai roh yang jahat, keluarlah engkau sekarang menuju kemurkaan Allah dan kemarahanNya.”

Lalu dipisahkan roh daripada tubunya, laksana dicabutnya bulu basah oleh besi panas (yang kemudian diikuti putus peluhnya dan urat sarafnya).” Hadis riwayat Hakim, Abu Daud Ahmad dan lainnya. Semasa berlaku, mereka yang hidup berada disampingnya tidak tahu apa-apa, tidak melihat sesuatu sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: “ Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan, padahal kamu ketika itu melihat. Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, ketika kamu tidak melihat.” Surah al-Waqiah: 83-85.

RUPA JIBRIL YANG ASLI

Terdapat dalam kitab Baidhawi, daripada Ibnu Abbas, telah Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s untuk melihat rupa asal Jibril a.s. Maka berkata Jibril: “ Tiada engkau kuasa untuk melihat demikian ini.”

Kata Rasulullah: “Benar.” Tanya Jibril a.s: “Dimana engkau kehendaki aku rupakan diriku padamu?”

Maka Rasulullah mencadangkan beberapa tempat di tanah Arab, tetapi Jibril a.s menolak cadangan Rasulullah itu kerana tidak cukup besar untuk Jibril a.s menampakkan dirinya pada rupa asalnya. Lalu Jibril a.s pergi ke suatu tempat lalu menukar dirinya dalam rupa yang asal secara perlahan-lahan yang memenuhi di antara timur dan barat, kepalanya pada langit dan kakinya di dalam bumi.

Apabila dilihat Rasulullah rupa Jibril a.s lalu rebahlah Rasulullah dan pengsan. Kemudian Jibril a.s pun menukar rupanya dan memeluk Rasulullah kemudian berkata, “Jangan engkau takut.”

RUPA MALAIKAT MALIK

Mansur bin Amar berkata; “Telah sampai kepadaku riwayat malaikat Malik yang ditugaskan menjaga neraka itu mempunyai tangan yang banyak sekali seramai bilangan penghuni neraka dan pada setiap kaki nya ada tangan yang mendirikan, mendudukkan dan mengikat dengan rantai.”

Kalau malaikat Malik memandang ke neraka penghuninya akan memakan sesama mereka kerana takutnya mereka kepada malaikat Malik. Huruf Al-Basmalah itu ada 19 dan bilangan huruf az-Zabaniyah juga ada 19. Mereka dinamakan demikian (Zabaniyah) kerana mereka itu boleh bekerja dengan kaki seperti mereka bekerja dengan tangan. Satu malaikat Zabaniyah boleh mengambil 10,000 orang dengan salah satu tangan, 10,0000 dengan salah satu kakinya, 10,000 dengan tangan yang lain dan megambil sedemikian dengan kaki yang lain.

Malaikat Zabaniyah boleh menyeksa 40,000 orang kafir serentak dengan kekuatan dan kedahsyatannya. Malaikat Malik ialah penjaga neraka kemudian malaikat di bawahnya setiap pemimpin itu ada penjaganya yang bilangannya hanya Allah s.w.t yang mengetahuinya. Mata mereka laksana kilat yang menyambar, giginya seperti putihnya tanduk lembu, bibirnya menyentuh telapak kaki dan mulutnya mengeluarkan api. Antara 2 bahu setiap malaikat jauh perjalanan satu tahun.

SAYAP MALAIKAT

Rasulullah s.a.w bersabda: “ Apabila telah sampai ajal seseorang itu akan masuklah sekumpulan malaikat ke dalam lubang kecil dalam badan dan kemudiannya mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari mulut sehingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi sekumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut sehingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Akhir sekali datang lagi sekumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya sehingga ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasulullah lagi: “ Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril a.s akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukkannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril a.s.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril a.s akan menebarkan sayap ke sebelah kiri. Maka orang yang nazak itu dapat melihat kedudukkannya di neraka dan dalam pada masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

SEBAIK-BAIK RUPA

Allah s.w.t mewahyukan kepada malakat Izrail: “Wahai Izrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut rohnya maka hendaklah kamu lakukan dengan cara yang paling lembut. Apabila kamu pergi ke rumahnya, minta izinlah terlebih dahulu kalau dizinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau tidak diizinkan kamu masuk hendaklah kamu kembali kepadaku.”

Sebaik sahaja malaikat Izrail mendapat perintah daripada Allah s.w.t maka malaikat Izrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat izrail sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w ia pun memberi salam: “Assalamualaikum yaa ahli baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap utnuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risalah, bolehkah saya masuk?)

Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam dia pun berkata, “Wahai hamba-Allah, Rasulullah s.a.w sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat Izrail mengulangi perkataanya lagi dan kali ini seruan malaikat itu didengar Rasulullah dan Rasulullah bertanya kepada Fatimah r.a “Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu itu?” Fatimah menjawab dengan berkata: “Yang Rasulullah, ada seorang Arab Badwi memanggil tuan dan aku telah katakan kepadanya tuan sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga berasa gigil badan saya.”

Kemudian Rasulullah berkata: “ Wahai Fatimah, tahukah kamu siapakah orang itu?” “Tidak, ayah.” Jawab Fatimah. “Dia adalah malaikat Izrail, malaikat yang memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fatimah tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui saat perpisahan dengan ayahandanya akan tiba, dia menagis sepuas-puasnya.

Apabila Rasulullah mendengar tangisan Fatimah, Baginda pun berkata; “Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang pertama dama keluargaku akan bertemu Rasul.” Kemudian Rasulullah pun menjemput malaikat Izrail masuk. Malaikat Izrail pun masuk dengan berkata: “Assalamualaikum ya Rasulullah.”

Lalu Rasulullah menjawab: “ Waalaikas saalamu, wahai Izrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut rohku?” Maka berkata malaikat Izrail: “Kedatangan saya adalah untuk mencabut rohmu, itu pun kalau tuan izinkan aku, kalau tuan tidak izinkan aku akan kembal.”

MENYERUPAI LELAKI GAGAH PERKASA

Pada suatu hari yang tidak disangka-sangka, datanglah 2 malaikat yang berbentuk manusia minta izin kepada pegawai istana bertemu Nabi Daud, mengadu sesuatu perkara. Pegawal itu tidak tahu yang datang itu adalah malaikat yang menyamar sebagai lelaki yang gagah perkasa. Kemudian permintaannya itu tidak dikabulkan oleh pengawal dan penjaga istana. Apalagi, hari itu bukanlah hari untuk menyelesaikan dan menghukum perkara yang berkaitan kehidupan rakyat.

Pengawal berasa hairan dan tercengang melihat keadaan yang luar biasa yang tidak pernah terjadi, 2 orang lelaki yang diizinkan masuk tadi, tiba-tiba sudah berada dalam bilik Nabi daud. Sedangkan istana dijaga rapi dan semua pintu ditutup rapat.

Setelah merak muncul di hadapan Nabi daud, Baginda juga terkejut kerana dia tidak pernah mengizinkan kedua orang itu masuk. Nabi Daud tidak menyedari kedua-dua lelaki itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk memberikan peringatan kepadanya.

Kedua-dua lelaki itu duduk berhampiran Nabi Daud lalu berkata: “Jangan takut hai Daud, kami ini 2 bersaudara yang bertentangan antara satu sama lain. Oleh sebab itu berilah kami hukuman yang benar mengenai perselisihan dan pertentangan kami ini. Jangan engkau hukum kami dengan hukuman yang tidak adil.”

Nabi Daud tidak dapat menolak perkara yang sudah ada di hadapannya itu, sekalipun hari itu bukanlah hari menyelesaikan perkara. Kemudian Nabi daud berkata: “Wahai tuan, apakah perkara yang akan engkau sampaikan kepada saya?”

Lalu lelaki itu berkata: “begini wahai Daud, saudara saya ini telah memiliki 99 ekor kambing, sementara saya hanya mempunyai seekor kambing. Saudara saya telah meminta seekor kepunyaan saya itu diserahkan kepadanya agar kambingnya genap seratus ekor. Walaupun telah berulangkali meminta, saya tetap menolak kerana kambing selain yang seekor itu.”

Setelah Nabi Daud mendengar pengaduan lelaki itu, lalu baginda bertanya kepada lelaki yang mempunyai 99 ekor kambing itu: “Benarkah apa yang disampaikan oleh saudaramu itu?”

Jawab lelaki itu: “Benar ya Daud, hal itu saya lakukan agar cukup bilangan kambing saya genap 100 ekor.” Mendengar jawapan itu, marahlah Nabi Daud dengan merah padam, badannya gementar. Dengan suaranya yang keras dia berkata kepada orang yang mempunyai 99 ekor kambing itu, “Tuntutanmu kepada saudaramu itu tidak baik, kalau kamu masih menuntut juga, akan saya pukul dahi dan hidungmu.”

Mendengar kata-kata yang diucapkan Oleh Nabi Daud itu, lelaki itu berkata: “Hai Daud sebenarnya engkaulah yang lebih baik dipukul sebab engkau sudah mempunyai 99 isteri lalu engkau kahwini lagi dengan seorang perempuan yang memiliki suami yang bernama Sabiq binti Syaik.”

Mendengar kata-kata yang diucapkan oleh laki itu, Nabi Daud tertunduk kepalanya dan gementar badannya. Sedarlah Baginda hakikat keadaan yang dihadapinya bahawa yang dihadapannya itu adalah 2 malaikat yang diutuskan oleh Allah untuk membetulkan kesilapannya.

MENYERUPAI SEEKOR BURUNG

Malaikat Jibril yang memenuhi perintah Allah, turun ke bumi dengan menyerupai seekor burung yang terbang di angkasa. Kemudian Jibril menghampiri Rasulullah yang sedang bermain dengan kawan-kawan sebayanya. Jibril langsung membawa terbang Rasulullah jauh daripada kawan-kawannya yang terkejut dan lari tunggang-langgang kerana ketakutan.

Jibril membawa Baginda ke sebuah padang yang tumbuh sebatang pohon rendang. Di bawah pohon itu Baginda dibaringkan oleh Jibril. Lalu, mulailah proses pengoperasian terhadap diri Rasulullah s.a.w. Mula-mula Jibril membuka baju Baginda, kemudian membelah dadanya. Setelah itu dikeluarkan hati Baginda dan dibasuh dengan air syurga.

Kemudian malaikat Jibril membuang bahagian hati Rasulullah yang menjadi bahagian bisikan syaitan sehingga kemudian hari. Baginda selalu terlindung daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Setelah pembedahan selesai, Jibril berkata, “Ini adalah hati yang telah disucikan oleh Allah daripada segala kecacatan!” Kemudian, Jibril pun pergi meninggalkan Baginda seorang diri di tempat itu.

Cerita yang dipetik daripada Majalah Pesona bulan Oktober 2002.

Subject: NAMA NAMA IBLIS DAN KERJANYA

Subject: NAMA NAMA IBLIS DAN KERJANYA

Assalaamu'alaikum wr. wb.

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis.

Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan

pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang

dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari

keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan

pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga

mempunyai kota yg menjadi tempat tinggal mereka.

Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir,

gunung ganang,pulau pulau terpencil dan di permukaan

laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan

duduk beristirehat dan bermain main adalah didalam

perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan

tempat membuang kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari

menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat

jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang

paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu

berwaspada dgnnya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering

mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan

ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan

kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang

yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa

musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan

ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis

Tsabar dalam menyesatkan manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha

memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan

menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa

curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila

terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di

antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan

perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan

perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu

peranannya ialah dengan menjadikan indahnya

bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi

terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai

pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup

menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat

menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah

mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang

yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka

reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar

fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg

dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg

mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia.

Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh

sesama sendiri.

ASAL USUL SOLAT

ASAL USUL SOLAT :

1.Solat subuh :

orang pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam as.Sewaktu ia keluar dari syurga dan dihantar ke bumi , pekara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan malam sedangkan di syurga sangat indah dan bercahaya-cahaya.Baginda terasa sangat takut .Apabila terbit fajar subuh, Nabi Adam as sangat gembira dan ketakutannya mulai lenyap .Nabi Adam as lalui bersolat dua rakaat.

Rakaat pertama : tanda kesyukuran kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua : tanda kesyukuran kerana siang telah menjelma.

2.Solat zuhur :

Manusia pertama yang menunaikan solat zuhur ialah Nabi Ibrahim as.ALLAH telah memerintahkan Nabi Ibrahim as supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail as sebagai korban kepada ALLAH. Seruan itu diterimanya ketika gelincir matahari.Apabila Nabi Ibrahim as bersedia untuk mengorbankan anaknya lalu turunlah malaikat membawa berita gembira dari ALLAH swt.Nabi Ibrahim as lalu bersolat empat rakaat.

Rakaat 1 : ia bersyukur kerana ALLAH swt telah menebus pengorbanan Ismal anaknya dengan seekur kibas.
Rakaat 2 : tanda syukur yang teramat sangat kerana dukacita yang ditanggung untuk mengorbankan satu-satunya anak yang dimiliki telah diangkat oleh ALLAH.
Rakaat 3 : Nabi Ibrahim as bersyukur dan memohon keredhaan ALLAH keatas dirinya dan keluarganya.
Rakaat 4 : Nabi Ibrahim as bersyukur kerana dpt menunaikan korban menurut perintah ALLAH dengan seekur kibas.

3.Solat asar :

Manusia pertama yang menunaikan solat asar ialah Nabi Yunus as.Selepas baginda dimuntahkan oleh ikan nun ditepi pantai baginda mendapati ketika itu telah masuk waktu asar.Nabi Yunus as lalu menunaikan solat asar empat rakaat.

Rakaat 1 : ia bersykur kerana ALLAH telah memberi petunjuk atas kesilapan yang telah diperbuatnya iaitu meninggalkan kaumnya serta mudah berputus asa atas usahanya.
Rakaat 2 : ALLAH telah memberi peluang kepadanya untuk selamat dari kelamnya air laut selama berada dalam perut ikan nun.
Rakaat 3 : ia bersukur kerana terselamat dari kelamnya malam ketika dimuntahkan oleh ikan nun.
Rakaat 4 : bersyukur kerana terlepas dari kelamnya dalam perut ikan nun.

4.Solat maghrib :

Manusia pertama yang menunaikan solat maghrib ialah Nabi Isa as.ALLAH telah mengeluarkan Nabi Isa as dari kejahilan dan kebodohan kaumnya di waktu terbenam matahari.

Rakaat 1 : Nabi Isa as bersujud sebagai tanda ketegasan TIADA TUHAN YANG BERHAK DI SEMBAH KECUALI ALLAH YANG ESA.
Rakaat 2 : sebagai tanda menafikan tuduhan dan fitnah keatas ibunya Siti Mariam yang dituduh berlaku sumbang sedangkan peristiwa kehamilan ibunya tanpa lelaki sebagai tanda keagungan ALLAH yang berkuasa menciptakan apa saja menurut kemahuanNYA dan tiada yang mustahil bagi ALLAH kerana kebesaranNYA.
Rakaat 3 : sebagai tanda untuk meyakinkan kaumnya bahawa ALLAH itu hanya satu , esa dan tiada satupun yang menyamai kewujudanNYA.Tiadalah tuhan itu dua atau tiga dan Nabi Isa bukanlah anak tuhan manakala ibunya bukanlah tuhan perempuan seperti kepercayaan kaumnya yang jauh tersesat Dan tidaklah tuhan yang sebenar itu menyerupai makhluk ciptaanNYA iaitu manusia atau lain-lainnya.

5.Solat isyak :

Manusia pertama yang menunaikan solat Isyak ialah Nabi Musa as.Ketika ini Nabi Musa as tersesat mencari jalan keluar di negeri Madyan.Baginda sangat berdukacita . ALLAH lalu menghilang kan rasa dukacitanya ketika masuk waktu isyak .Nabi
Musa lalu bersolat empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat 1 : hilang rasa dukacita terhadap isterinya.
Rakaat 2 : hilang rasa duka citanya terhadap saudaranya Nabi Harun as.
Rakaat 3 : hilang dukacitanya terhadap Firaun.
Rakaat 4 : hilang rasa dukacitanya terhadap anak Firaun.
SYARAT SAH SOLAT :

Syarat wajib solat ialah :

1.Islam
2.Baligh
3.Berakal

Syarat sah solat :

1.yakin telah masuk waktu solat.
Tidak sah jika bersolat bukan pada waktunya.

2.mengadap ke kiblat.
Mengadap ke kiblat seluruh anggota tubuh.Tidak sah solat jika mengadap kearah yang bertentangan dengan kiblat.Jika berpaling ketika solat maka jatuh kepada makruh manakala jika bergerak tiga kali berturut-turut maka terbatallah solat.

3.menutup aurat.
Aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua telapak tangan.

4.suci dari najis.
Suci najis pada pakaian , anggota dan tempat solat.

5.suci dari hadas kecil dan besar dan telah berwudhu dengan sempurna.

PEKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT :
Maksud batal ialah solat yang dikerjakan itu terputus dan wajib diulangi semula.

1.berkata-kata dengan sengaja selain dari lafaz al quran.

2.bergerak yang bukan dari pergerakan solat tiga kali berturut-turut.

3.keluar hadas ketika solat samada hadas kecil atau besar.

4.terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan pada pakaian , badan atau tempat solat.

5.terbuka aurat walaupun secara tidak sengaja ketika bersolat seperti ditiup angin kecuali ditutup serta merta.

6.mengubah niat solat contohnya niat solat wajib ditukar kepada solat sunat.

7.membelakangkan kiblat dengan dada.

8.makan walaupun hanya sebiji nasi yang terlekat dicelah gigi.

9.minum walaupun cuma menelan air liur yang masih terasa manis , masin atau sebagainya.

10.menangis atau ketawa hingga terkeluar suara.

11.murtad iaitu terkeluar dari Islam.

RUKUN SOLAT :

Solat mempunyai 13 rukun.

1.niat.
menentukan didalam hati samada mahu menunaikan solat wajib atau sunat.

2.qiyam.
berdiri dengan betul bagi yang berkuasa.

3.takbirratul ikhram.
Wajib dilafazkan bagi yang berkuasa.

4.membaca al-Fatihah pada setiap rakaat.

5.ruku' dan tomakninnah iaitu berhenti sebentar sehingga anggota dan tulang setabil.

6.iktidal.

7.sujud.

8.duduk antara dua sujud berserta tomakninnah.

9.tasyahud dan membaca tahiyyat.

10.duduk tasyahud akhir dan membaca tahiyyat akhir.

11.selawat keatas nabi saw.

12.memberi salam pertama.

13.tertib didalam perbuatan iaitu yang dahulu di dahulukan dan yang
kemudian dikemudiankan.

JIKA TERTINGGAL RUKUN SOLAT :
Rukun solat jika tertinggal TIDAK BOLEH diganti dengan sujud sahwi.Jika
teringat ketika solat wajiblah diulang pada tempat yang tertinggal tadi.


PEKARA SUNAT DIDALAM SOLAT :
Pekara sunat dalam solat terbahagi kepada dua bahagian.Iaitu sunat hai'ah
dan sunat ab'adh.

Sunat Hai'ah .
Sunat ini jika tertinggal tidak dituntut untuk melakukan apa-apa.Ia terdapat di empat belas tempat solat iaitu :

1.mengangkat kedua tangan ,
- ketika takbirratul ikhram
- ketika rukuk
- ketika iktidal
- ketika bangun dari sujud untuk berdiri

2.meletak tangan kanan keatas tangan kiri antara dada dan pusat dan memegangnya.

3.membaca doa iftitah.

4.membaca tasyahud iaitu A'auzubillah?

5.membaca Fatihah dengan suara kuat pada dua rakaat pertama solat maghrib, isyak , subuh , jumaat dan dua solat hari raya.

6.membaca 'amin' selepas Fatihah.

7.membaca lain-lain surah selepas Fatihah.

8.membaca takbir ketika rukuk dan membaca 'sami'ALLAH huliman hamidah" ketika bangun dari iktidal.

9.membaca tasbih ketika rukuk.

10.membaca tasbih ketika sujud.

11.meletakkan dua tapak tangan keatas peha dan melepaskan semua jari-jari ketika duduk antara dua sujud.

12.duduk 'iftiraasyi' iaitu duduk diatas buku lali kiri dan menegakkan tapak kaki kanan pada semua sujud.


13.duduk 'tawarruk' iaitu duduk tahyiat akhir.

14.memberi salam kedua selepas salam pertama.


Sunat Ab'adh .
Sunat ini jika ditinggalkan maka dituntut melakukan sujud sahwi.

1.duduk tahyiat awal.

2.membaca tahyiat awal.

3.membaca selawat dalam tahyiat awal.

4.membaca doa qunut subuh dan qunut dalam witir pada lima belas yang akhir ramadhan.

5.membaca selawat dalam qunut.

6.berdiri semasa membaca doa qunut.

7.membaca selawat keatas nabi dan keluarga semasa takhyiat akhir.

PEKARA-PEKARA MAKRUH DALAM SOLAT.
Pekara-pekara makruh jika dibuat akan mengurangkan pahala puasa.

1.meninggalkan pekara-pekara sunat.

2.memalingkan muka ke kanan atau kekiri ketika dalam solat.

3.memandang atau mengangkat muka ke atas.

4.rukuk dan sujud secara tidak sempurna.

5.menyapu pasir atau tanah ditempat sujud ketika bersujud kecuali dalam keadaan terpaksa.

6.meludah ke kanan atau kehadapan.

7.meletakkan tangan pada pinggang (bercekak pinggang )

8.memberi isyarat tertentu dengan tangan kecuali isyarat menjawab salam atau menegur imam yang melakukan kesilapan.

9.mengira atau membilang sesuatu.

10.mengangkat tangan atau membalik-balikkannya ketika salam.

11.membuka mulut ketika menguap.Sabda Rasulullah saw :
' menguap ketika solat adalah merupakan dayang-dayang syaitan , oleh itu jika menguap tahanlah agar tidak membuka mulutmu lebar-lebar '

12.bersolat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau air besar atau menahan lapar.

13.memandang sesuatu yang melalaikan seperti gambar di sejadah dan sebagainya.

14.menurunkan kain sehingga menutupi buku lali ( bagi laki-laki ).

15.solat dalam keadaan mengantuk.

16.membunyikan ruas-ruas jari ketika bersolat.
PANDUAN KHUSYU' DALAM SOLAT.

1.menjaga makan minum yang bersih lagi halal dan menjauhi yang subhat.

2.membanyakkan sedekah terutama kepada fakir miskin.

3.jangan menahan qada hajat.

4.menyempurnakan wudhu dan meratakan air pada setiap anggota wudhu.Membaca doa ketika berwudhu pada setiap anggota.

5.memakai pakaian yang bersih dan kemas serta haruman yang diharuskan.

6.solat diawal waktu.

7.tiada objek dihadapan tempat solat.

8.banyak mengingati mati.

9.menyedari hakikat bahawa ia sedang solat menyembah bersujud kehadrat ALLAH swt yang maha agung.

10.menyemai rasa takut dan rendah diri terhadap ALLAH yang maha berkuasa yang mampu melakukan apa saja keatas dirinya yang lemah tak berdaya.

11.memahami bacaan dalam solat dan menghayatinya.

12.sebelum memulakan solat dahulukan dengan surah-surah seperti an-Nas, selawat keatas nabi , istighfar dan bacaan-bacaan untuk menjauhi gangguan syaitan.

13.menumpukan seluruh hati dan perasaan didalam solat.

14.memusatkan ingatan hanya untuk solat.

15.pastikan tiada gangguan ditempat solat.

16.tidak berpaling kekiri atau kanan.

BALASAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT :

Rasulullah saw ada memberitahu ganjaran manusia yang menjaga solat lima waktu.
-terhindar dari kesempitan hidup.
-terselamat dari seksa kubur.
-diberi kitab amal melalui tangan kanan diakhirat kelak.
-berjalan di atas sirat seperti kilat.
-masuk syurga tanpa hisab.

Bagi yang meremehkan solat , akan dihukum dengan limabelas seksaan. Ketika di dunia :
1-tercabut berkat umurnya.
2-tiada tanda soleh diwajahnya.
3-amalan-amalan lain yang tidak disertai solat tidak mendapat pahala.
4-doanya tidak diangkat kelangit.
5-tidak mendapat pahala doa dari orang-orang soleh yang berdoa untuk kaum muslimin.

Ketika mati :
6-mati ia dalam kehinaan.
7-mati dalam keadaan yang sangat lapar.
8-mati dalam keadaan dahaga yang teramat sangat.Jika diberi minum air
sebanyak seluruh lautan di dunia ini pun masih tidak dapat menghilangkan dahaganya.

Ketika didalam kubur :
9-disempitkan kuburnya sehingga hancur luluh tulang temulang rusuknya.
10-dinyalakan api dalam kuburnya dan bergelumanglah ia dengan api neraka
siang dan malam sehingga hari akhirat.
11-didatangkan ular syuja' yang berkeadaan buta dan kukunya dari besi yang
mana panjang setiap kuku mengambil masa perjalanan sehari.

Ketika hari akhirat :
12-diberatkan hisabnya.
13-ALLAH swt sangat murka kepadanya.
14-masuk ia kedalam api neraka.
15-terputus ia dari rahmat ALLAH diakhirat kelak.

DOSA-DOSA MENINGGALKAN SOLAT.
Meninggalkan solat bererti memisahkan iman kepada kufur.

1.meninggalkan satu fardhu dari solat subuh :
ALLAH swt akan mencampakkan nya ke dalam neraka selama enam puluh tahun.

2.meninggalkan satu fardhu dari solat zuhur:
dosanya sama seperti ia membunuh 1000 orang umat Islam yang tidak berdosa.

3.meninggalkan satu fardhu dari solat asar :
dosanya sama seperti ia meruntuhkan Kaabah yang mulia.

4.meninggalkan satu fardhu dari solat maghrib :
berat dosanya sama seperti seolah-olah ia berzina dengan ibunya ( bagi
laki-laki ) dan seolah-olah berzina dengan bapanya ( bagi yang perempuan ).

5.meninggalkan satu fardhu dari solat isyak :
ALLAH swt tidak meredhai ia tinggal hidup dimuka bumi ALLAH ini.

Asmaul Husna dan kelebihannya

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah

5. Al-Quddus - Maha Suci

6. As-Salam - Maha Penyelamat

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga

9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta

13. Al-Bari' - Maha Perancang

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki

19. Al-Fattah - Maha Pembuka

20. Al-^Alim - Maha Mengetahui

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup

23. Al-Khafid - Maha Penghina

24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi

25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan

27. As-Sami^ - Maha Mendengar

28. Al-Basir - Maha Melihat

29. Al-Hakam - Maha Menghukum

30. Al-^Adl - Maha Adil

31. Al-Latif - Maha Halusi

32. Al-Khabir - Maha Waspada

33. Al-Halim - Maha Penyantun

34. Al-^Azim - Maha Agong

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun

37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya

38. Al-Kabir - Maha Besar

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi

42. Aj-Jalil - Maha Luhur

43. Al-Karim - Maha Mulia

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan

46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana

48. Al-Wadud - Maha Pencinta

49. Al-Majid - Maha Mulia

50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan

52. Al-Haqq - Maha Benar

53. Al-Wakil - Maha Berserah

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi

57. Al-Hamid - Maha Terpuji

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula

60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan

62. Al-Mumit - Maha Mematikan

63. Al-Hayy - Maha Hidup

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

65. Al-Wajid - Maha Menemukan

66. Al-Majid - Maha Mulia

67. Al-Wahid - Maha Esa

68. As-Samad - Maha Diminta

69. Al-Qadir - Maha Kuasa

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan

78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa

82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili

87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan

90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya

92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk

95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan

96. Al-Baqi - Maha Kekal

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana

99. As-Sabur - Maha Penyabar

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu

Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa

disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah....

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai

kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:

1. Orang yang terdesak.

2. Orang yang teraniaya/dizalimi.

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:

1. Terasa sesuatu yang menakutkan.

2. Menangis tatkala berdoa.

3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

* Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

* Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

* Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

* Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

* Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

* Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

* Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

Wassalam

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN