Posted on Monday, July 13 @ 02:06:07 PDT by TokPenghulu
Oleh MatKeri
Ini jawapan kepada TPM, Muhyiddin Yasin berkaitan cabarannya kepada Nik Aziz tentang betapa BN lebih banyak memajukan rakyat berbanding PAS.
J.A.M.B.A.T.A.N
Nik Aziz tak perlu berdebat dalam isu ini, sebab TPM sendiri dah bagi jawapan kepada kenapa Kelantan lambat maju, tetapi negeri bawah jajahan BN kaya dengan hutang senang dapat peruntukan. Bila TPM umum akan buat jambatan kalau undi BN, sudah semestinyalah ia membawa mesej bahawa kerajaan persekutuan selama ini menindas kerajaan negeri yang mana BN menjadi pembangkangnya!
Rakyat bukan bengong. Nak buat jambatan bukan mai daripada poket ADUN atau YB Parlimen. Nak buat jambatan bukan mai daripada duit parti ameno ataupun duit poket pemimpin BN. Nak buat jambatan mai dari peruntukan duit kerajaan pusat. Jambatan tu duit rakyat bayaq cukai, bukan duit tiga pat kerat ahli ameno.
Tu baru jambatan. Jalan tak tengok lagi. Sekolah tak tengok lagi. Hospital, bomba, polis, klinik, tu semua tanggungjawab sapa? Kerajaan negeri ada had dia. Lebih sikit, kena la balik ke pusat. Dan pusat tugasnya membahagikan kekayaan negara pada semua negeri secara adil sebab hasilnya ialah kepada Malaysia. Bukan pada Muhyiddin atau Rosmah.
Kalau hang dah ikat tangan dan kaki Nik Aziz lepas tu cabar dia jawab kenapa dia tak boleh berjalan dan menulis sebaik BN dan ameno, meminjam kata2 Ismail Kamus, "itu bangang namanya"!
Dah kalau undi BN kerajaan pusat bagi peruntukan untuk buat jambatan, undi PAS tadapat apa, kemudian mai dok cabar PAS kenapa di Melaka boleh ada jambatan besaq tapi di Kelantan tak bulih. Iskkk. Malu la wehh! Budak derjah berapa ni? Ni dulu jenih dok wat cakap pandai cikgu tak pernah handoh dengan batang pembarih kot? Sebab tu dok rasa kita tu becakap lagu semua orang suka.
Janji jambatan dari TPM dah cukup membukak pekung di dada BN bahawa selama ini benarlah yang mereka memang menekan kerajaan negeri yang bukan diperintah oleh mereka. Dan ini juga bukti yang jelas bahawa "perpaduan Melayu" yang dikompangkan selama ini untuk "menguatkan kembali" dan "menyatupadukan Melayu tanpa batasan politik" adalah BOHONG semata2! Kalau jujur, berikan sajalah hak2 orang Melayu di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Kenapa hendak diugut2 dan disyarat2kan? Apa kamu saja yang reti jaga orang Melayu? PAS tak reti?
Kepada rakan2 dari bangsa lain, meh sama2 kita renungkan. Kalau parti ameno yang melalak dan melolong memperjuangkan Melayu ini tidak langsung mengendahkan negeri2 Melayu yang lainnya, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan pada kalian?
Tapi rasanya dah tak perlu renungkan, sebab kejahatan dan kelicikan mereka sudahpun terbukti di depan mata. Tinggal lagi kita semua nak terus nganga dan percaya pada agenda2 bohong mereka, atau bersama2 semua bangsa merubah negara ke arah yang lebih baik dan dihormati dunia.
Ingat, fungsi kerajaan ialah mengelolakan harta rakyat, bukannya dijadikan umpan pilihanraya atau upah si penjilat!
matkeri
http://www.jahilgoblog.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA BERI KOMEN ANDA DISINI