PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Khamis, Disember 06, 2007

Video Debat Olok-olok UMNO Vs PAS dalam isu takfir

Video Debat Olok-olok UMNO Vs PAS dalam isu takfir
Posted on Tuesday, December 04 @ 19:51:37 MYT by SongkokPutih
Maklumat Oleh abdinabu

"VIDEO DEBAT OLOK-OLOK UMNO Vs PAS – ISU TAKFIR
PERLU DIULANG TAYANG SEMULA

Assalamu ‘alaikum warahmatulLahi wabarakatuh!

 Mukaddimah: Sebut sahaja VIDEO DEBAT OLOK-OLOK UMNO Vs PAS – ISU TAKFIR pada golongan yang berumur 30an ke atas akan terus terbayang wajah-wajah pelakon Video tersebut. Pelakon yang boleh diberi anugerah “Pelakon Paling Popular Mewakili PAS” ialah Us. Ghazali (Luasung Bekas Aktivis PAS). Satu ketika Forum TKO telah membuka satu thread: VIDEO DEBAT OLOK-OLOK UMNO Vs PAS – ISU TAKFIR lihat link/url berikut:

http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6948&postdays=0&postorder=asc&start=0
dengan tujuan untuk mencari video tersebut seterusnya menguploadkannya ke Youtube. Usaha mereka akhirnya berjaya dengan bantuan SISWA MUSLIM seperti url berikut: http://youtube.com/user/siswamuslim
dan boleh juga di layari satu persatu melalui Youtube dalam 15 bahagian yang mana setiap satu bahagian lebih kurang 00.90 (sembilan minit sahaja) seperti link berikut:

01- http://youtube.com/watch?v=R-xaIqH2kO0

02- http://youtube.com/watch?v=2Lq_DZ1BbrY

03- http://youtube.com/watch?v=GjmvBCsGLrs

04- http://youtube.com/watch?v=1vAJfS6hp9c

05- http://youtube.com/watch?v=5aKLGx01eLo

06- http://youtube.com/watch?v=sNRledHa0Oo

07- http://youtube.com/watch?v=lmZNKJ59FNg

08- http://youtube.com/watch?v=Wv6Qr4FEev0

09- http://youtube.com/watch?v=6Kt8OwctipU

10- http://youtube.com/watch?v=NVwPuHpP0fw

11- http://youtube.com/watch?v=Cs-PqY1hdvo

12- http://youtube.com/watch?v=vAdBqZICp68

13- http://youtube.com/watch?v=afJW1Z-LG5Y

14- http://youtube.com/watch?v=l4W7mGWMoig

15- http://youtube.com/watch?v=AEsKDSkt3dA

Berikut pula (CD Cover) gambar para pelakon yg menjayakan lakonan tersebut. Mereka semua adalah AHLI/ULAMAK UMNO. Walau macamanapun sebahagian besar dari mereka adalah BEKAS AHLI PAS yang telah DISINGKIR DARI PAS.




Lakonan ini kononnya telah diarahkan oleh MANTAN PM MALAYSIA (Tun Dr. Mahadhir Muhammad) dalam rangka untuk menghadapi PAS dalam debat sebenar (atas cabaran UMNO sendiri). Tujuannya adalah mahu melihat sendiri sejauh mana kemampuan pihak UMNO dalam menghadapi debat tersebut.

Debat telah diadakan disatu tempat yang tidak diketahui (rahsia) dan orang-orang tertentu sahaja yang dibenarkan hadir menyaksikannya. Entah macamana (dengan Izin Allah SWT jua) selang beberapa hari video tersebut telah disibarkan dan dijual dipasaran secara terbuka. Orang yang bertanggung jawab merakam dan seterusnya menyibarkannya tetap tidak diketahui sampai sekarang. Bagaikan goreng pisang panas CD/VCD tersebut laris dipasaran dari Perlis hingga ke Sabah.

Apabila CD/VCD tersebut hangat diperkatakan dimerata tempat sudah tentu pengarahnya menyirap darah sampai tak boleh tidur. Akhirnya perkara ini dengan sendirinya mewarnai mediamassa ketika itu apabila Pengerusi Debat (Datuk Abd. Hamid Othman) membuat kenyataan bahawa CD/VCD tersebut telah diedit oleh pihak-pihak tertentu (menuduh pembangkang) sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan. Beliau juga memberi jaminan (janji) akan mengeluarkan CD/VCD yang asal (belum diedit) secepat mungkin sambil memberi amaran kepada rakyat supaya jangan mempercayai CD/VCD yang sudah diedit/sunting itu.

Bulan demi bulan, tahun demi tahun sehinggalah sekarang CD/VCD yang dikatakaan ori itu tidak juga kunjung tiba. Mereka nampaknya sudah menganggap rakyat sudah lupa dan mengharapkannya menjadi memori yang lapok dalam ingatan rakyat apabila mereka menang lagi dalam PRU. “Melayu Mudah Lupa” itulah sebuah sajak paling popular yang didiklamasikan oleh seorang ketua negara. Setiap hari dan masa sajak ini akan berkumandang samada melalui corong radio ataupun kaca TV milik kerajaan. Kononnya melayu sudah lupa akan segala isu (Melayu mungkin – Muslim mungkin tidak) yang hangat selama ini.

BUKTI MELAYU (MUSLIM PAS) TIDAK MUDAH LUPA:

Ruang Forum TKO telah memulakan langkah mengumpul dan menguploadkannya ke Youtube dan berjaya dilakukan. Ruang Forum Saluran Sensasi Anda kemudian telah membuka thread berkenaan Debat tersebut : http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=Forums&file=viewtopic&t=38#367

Kemudian diikuti dengan menayangkannya semula di Ruang Forum TKO (kali kedua) http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=8047&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=

Dan paling hebat ialah membawanya ke Ruang Forum Mykmu: http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=14382

Tayangan semula ini bertujuan untuk dikongsi bersama oleh mereka yang tak sempat melihatnya terutama mereka yang berumur 20 tahun ke bawah supaya mereka tidak menjadi seperti TIPAH yang akan tertipu lagi.

Sekian terima(lah) kasih,

Oleh: Azhari(s)

03 Dec. 2007.

Penubuhan Kelab/Nadi PAS Azhari Mesir

Penubuhan Kelab/Nadi PAS Azhari Mesir
Posted on Thursday, December 06 @ 07:22:19 MYT by SongkokPutih
Pendapat Oleh abdinabu

"PENUBUHAN KELAB/NADI PAS AZHARI MESIR

 Assalamu 'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh!

MUQADDIMAH - Kerajaan tidak setuju marah dan mengambil berbagai tindakan terhadap "Mahasiswa" yang berpolitik semasa menuntut dengan alasan akan menjejaskan pelajaran sekaligus boleh melencongkan matlamat sebagai seorang mahasiswa. Persatuan Mahasiswa sama ada PMRAM mahupun kepunyaan negeri-negeri sering disalah anggap sebagai agen PAS atau (meminjam istilah mereka) Tali Barut PAS, sekalipun dibuktikan bersungguh-sungguh untuk menafikan perkara tersebut. Kerana dibayangi dan dihantui berbagai perasaan mereka menyelar AJK Persatuan Mahasiswa khasnya PMRAM kononya melibatkan diri dengan politik PEMBANGKANG.

Anehnya, tanpa merasa bersalah, mereka sendiri yang melakukan apa yang mereka larang. Bak kata pepatah Melayu: "Mengata dulang paku serepih – Mengata orang dia yang lebih". Kalau mereka menghalalkan kewujudan "NADI UMNO -NUMRAM" kenapa pulak meraka perlu marah dan merasa cemburu kepada PMRAM?

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Dasar PMRAM - Menjawab tuduhan liar pihak-pihak tertentu

PMRAM hanya memboikot Kelab UMNO Mesir atas dasar PMRAM menolak mana-mana pertubuhan atau kelab yang bergerak dan berjuang atas dasar parti politik. PMRAM menolak dan memboikot Kelab UMNO bukan kerana PMRAM menolak perjuangan UMNO di Malaysia, tetapi PMRAM menolak Kelab UMNO Mesir kerana PMRAM menolak mana-mana kelab dan persatuan mahasiswa yang berunsurkan politik.

PMRAM tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perjuangan parti politik di Malaysia. PMRAM bukan PAS, UMNO atau mana-mana gerakan politik. Ahli PMRAM berhak untuk menceburi dan memilih mana-mana parti politik setelah mereka pulang ke Malaysia berdasarkan kefahaman dan ilmu Islam yang ditimba semasa mereka belajar di Mesir.

Sekiranya ada di kalangan mahasiswa Mesir yang ingin menubuhkan Kelab Parti Keadilan Rakyat, Kelab PAS, Kelab MIC dan Kelab MCA contohnya di Mesir, PMRAM akan menolak sekeras-kerasnya pertubuhan-pertubuhan berunsurkan politik. Ini kerana PMRAM adalah persekutuan yang memperjuangkan kebajikan mahasiswa Islam di Mesir. Bagi PMRAM, ‘politik’ tidak akan mampu untuk menyatukan para mahasiswa di bumi Mesir kerana setiap individu mempunyai kecenderungan berbeza terhadap mana-mana parti politik.

Walaupun PMRAM tidak mengiktiraf dan memboikot segala program yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Mesir, ini tidak bermakna bahawa PMRAM meminta para ahli untuk memboikot individu-individu pelajar yang menyertai Kelab UMNO Mesir. Para ahli PMRAM perlu menjalinkan hubungan persaudaraan Islam dengan mana-mana muslim tanpa perlu melihat latar belakang dan pegangan politik seseorang. PMRAM hanya memboikot Kelab UMNO Mesir. PMRAM tidak pernah memboikot ahli Kelab UMNO Mesir malah PMRAM menggesa para ahli untuk merapatkan silaturrahmi dengan semua pihak sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

Sila rujuk link berikut untuk lebih ditil: http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=46&mode=&order=0&thold=0

Fasal 4 Perlembagaan Kelab Umno Luar Negara:
4. Kelab adalah pertubuhan yang menyokong dan mendukung cita-cita parti politik UMNO Malaysia untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:


4.1. Mendukung dan mempertahankan kedaulatan negara, Perlembagaan Negara dan Raja Berperlembagaan.
4.2. Mempertahan, menegak dan mengembangkan agama Islam di samping menghormati prinsip kebebasan beragama.
4.3. Merapat dan menyatupadukan masyarakat Melayu atau Bumiputra di luar negara bagi membela dan memperjuangkan kepentingan dan masa depan bangsa Melayu atau Bumiputra.
4.4. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berasaskan Kebudayaan Melayu.
4.5. Merapatkan hubungan dan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu masyarakat Malaysia yang kuat dan bersatu.
4.6. Menjalankan segala bentuk aktiviti untuk menjaga kebajikan masyarakat Melayu dan Bumiputra khasnya dan masyarakat Malaysia amnya di luar negara.
4.7. Mengadakan kerjasama dengan Organisasi-Organisasi lain yang mempunyai cita - cita dan tujuan-tujuan yang selaras dengan Kelab.

Menyanggah : Fasal 4 Perlembagaan Kelab Umno Luar Negara
Oleh: Disebaliknya. Sila lihat link berikut untuk lebih ditil: http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=64&mode=&order=0&thold=0

PMRAM Menyelar Tindakan Mengugut Mahasiswa Islam Di Mesir.

Oleh: sumber.PMRAM.OR

Sila lihat link berikut untuk lebih ditil:

http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=40&mode=&order=0&thold=0

Agenda UMNO menSEKULARkan Mahasiswa al Azhar:

Oleh: DR Fikrah
30 November 2007

Sila klik link berikut untuk cerita lanjut:

http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=151&mode=&order=0&thold=0


Kita juga boleh melihat beberapa bukti yang jelas sejauh mana NUMRAM kini berhasil melahirkan juak-juaknya yang walaupun berpendidikan Islam tapi mengamalkan budaya yang ditaja oleh UMNO @ Islam HadHari = BN. Untuk melihat bukti apa yang dikatakan silalah klik link-link berikut:

1- http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=109&mode=&order=0&thold=0

2- http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=74&mode=&order=0&thold=0

3- http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=19&mode=&order=0&thold=0

4- http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=24&mode=&order=0&thold=0

PERSOALAN YANG TIMBUL:

Apakah sudah sampai masanya pihak Pembangkang juga perlu menubuhkan “Kelab/Persatuan PEMBANGKANG Luar Negara” (KPLN) demi mengimbangi KULN (Kelab UMNO Luar Negara) yang jelas mendoktrinasi pemikiran mahasiswa bagaikan DAJJAL memberi kata dua: “Nak SYURGA atau NERAKA”.

Apa yang ingin kita ingatkan hanyalah : “Tipah…. Engkau ingat baik-baik, JANGAN TERTIPU LAGI”. Namun hakikatnya… Tipah bakal TERTIPU lagi… dan lagi.


Sekian terima(lah) kasih,

Azhari(s)


Rabu, Disember 05, 2007

“Melayu termiskin di Malaysia”, apa kata UMNO, apa kata Melayu?

“Melayu termiskin di Malaysia”, apa kata UMNO, apa kata Melayu?

5 12 2007


http://www.westernresistance.com/images/HishKeris.jpg

Radenjowo

Tidak mahu Kaum India kecewa, Nazri berkata “Melayu pun mati dalam insiden Kg Medan.”, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman pula berkata Melayu lebih miskin dari India. Macam macam kata pemimpin, hanya sekadar mahu menjaga hati kaum lain. Takut hilang undi, sehingga merosakkan bangsa sendiri. Kerana itu bangsa Cina maju, kerana ada pemimpin UMNO terus menjaga perasaan kaum lain agar menjadi pemimpin yang kononnya adil. Kaduk sudah naik junjung dan dah diberi betis hendakkan peha. Akhirnya Kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.

Menurut kenyataan yang diberikan oleh Datuk Zainal Abidin Osman, pendapatan kasar isi rumah Kaum India kini adalah RM3,456 berbanging dengan Melayu RM2,711.

Sekiranya data dan maklumat yang diberitahunya adalah benar, ini membuktikan bahawa kedudukan bangsa Melayu sudah semakin KECICIRAN berbanding kaum India dan Cina.

Sebelum ini, mungkin kita beranggapan bahawa hanya Bangsa Cina sudah mendahului Melayu, tetapi minggu ini, kita baru tahu yang Melayu sudah tercicir dari pencapaian dua bangsa yang lain. Melayu yang bodoh, berasa selesa kerana pada anggapan mereka orang kaya Melayu di Malaysia sudah ramai. UMNO berjasa, UMNO boleh kita percaya Tetapi sebenarnya bukan semua melayu di bela, kecuali mereka yang cukup rapat dan akrab. Hakikatnya, bangsa Melayu, pinjaman pun sudah nak dapat. Ini kan pula untuk membesarkan perniagaan nasi lemaknya.

“Shhhhh” aku tak dengar apa komen UMNO, aku tak dengar apa komen Melayu.
Tidak bercakap sepatah pun dan tidak menolak hakikat pun, kerana mereka tahu FAKTA ini adalah benar. UMNO sendiri akui, menjanjikan kecemerlangan, keterbilangan dan kegilangan kepada bangsa Melayu merupakan retorik parti UMNO, maka kalau Melayu tersungkur dan terundur, ianya adalah pasti. Ini semua bukti penipuan janji oleh parti bangsa melayu sejak awal dahulu.
Melayu memang tak hilang didunia, tapi Melayu merempat di negara sendiri. Melayu Hina, Melayu sengsara. Pandang keliling kita, yang hancur adalah bangsa kita sendiri. Anak muda berpeleseran, maksiat merata rata, pengangguran banyak tak terhingga, pelacuran dah jadi kerja orang kita, Mutu pelajaran jatuh peratusnya, untuk membiayai anak pun sudah bebanan jadinya. Pemimpin Melayu masih terus berbangga dengan semua kekayaan yang ada. Rumah dibesarkan saiznya, kereta bertambah bilangannya dan tanah bertambah luasnya. Tapi bangsa Melayu meratap meminta belas ehsan agar diberikan sekadar cukup gaji sebulan. Makin tersepit, gaji yang sedikit mahu digunakan untuk bayar cukai, elektrik, tol, minyak, sekolah anak, makanan dan kelengkapan. Bila tidak cukup pemimpin akan kata …”Rakyat tidak bijak berbelanja.”
Cakap pandai, tanggung jawab terbengkalai. UMNO terus menyogok bangsa lain untuk sekadar dipilih menjadi pemimpin.
Apa habuan untuk melayu? Sekadar kain pelikat dan anak ayam yang hanya boleh hidup untuk beberapa hari. Bangsa lain tidak mahu kain, mereka tidak mahu anak ayam tapi mereka mahu hak dan peluang!!!
UMNO yang selama ini berbangga dengan laungan HIDUP MELAYU sebenarnya sedang membunuh perlahan lahan bangsanya sendiri. Dengan keris yang dijulang setiap kali perhimpunan. Tidak mustahil, masih ramai Melayu yang dungu, bodoh dan bangang kerana tidak sedar hakikat sebenar perjuangan UMNO selama ini.

Kaum Melayu masih dengan sikap perkauman Melayu kolotnya. Biar Islam dihina tetapi jangan Melayu dicerca. Berbangga dengan kepimpinan bangsa sendiri sehingga tidak sedar Parti Perjuangan Bangsa Melayu itu lah yang menipu terus bangsa melayu.

Orang melayu terus berkata, “Biar Teruk, biar buruk….asalkan pemimpin kita Melayu.”

UMNO terus selesa dengan kepercayaan kolot Melayu ini sehinggakan pemimpin UMNO, ditiup tidak lentok, di goyang tidak gugur dan di tolak tidak tumbang. Melayu dari dulu sehingga sekarang diperbodohkan berkali kali kerana Melayu malas untuk berfikir, terima bulat bulat berita akhbar, berita tv dan ucapan pemimpin. Sedangkan udang terus duduk disebalik batu.

Melayu perlu berubah. Musuh kita bukan lagi British. Cina dan India bukan musuh, mereka adalah saingan. Musuh kita sebenarnya adalah pemimpin Melayu, yang wajahnya Melayu tetapi perangai dan ideologi ala British. Siapa tu? Sudah pasti UMNO yang melaungkan HIDUP MELAYU dan yang dahulunya pernah menyanyikan lagu, “ANAK KECIL MAIN API” dan apabila mereka ini membesar, mereka inilah yang menjadi api di dalam sekam atau gunting di dalam lipatan.

Melayu miskin, apa kata UMNO?…….Senyap kerana kura kura sedang simpan kepala di dalam cengkerangnya. Bila Melayu sudah lupa…..kepala UMNO kembali terjojol untuk bercerita tentang perjuangan bangsa. Melayu bertepuk sorak …. melompat lompat, meminta pemimpin menggadaikan maruah dan negara kepada orang lain demi untuk Melayu terus memerintah.

GAJI MENTERI: RAKYAT TAK BISING, MENTERI TAK NAFI

GAJI MENTERI: RAKYAT TAK BISING, MENTERI TAK NAFI

5 12 2007

Gaji dan keistimewaan menteri, apa kata rakyat Malaysia?
Azamin Amin
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Hrkh) - Pendedahan menarik berhubung gaji dan ‘keistimewaan’ para menteri di Malaysia ini, seperti membuktikan seolah-olah selama ini mereka tidak menghiraukan nasib rakyat memandangkan kehidupan serta pendapatan mereka tidak sedikit pun terjejas berikutan apa jua kemelesetan ekonomi mahupun kenaikan harga barang yang membebankan.

Pendedahan ini difahamkan datangnya daripada satu surat yang diemel oleh seorang yang mendakwa sebagai Pegawai Bahagian Kewangan, Bahagian Kewangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya ke laman blog Tranungkite Online yang boleh dijadikan rujukan maklumat betapa besar jumlahnya wang rakyat dibelanjakan oleh Menteri-menteri di Malaysia.

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yang wajib diterima sama ada sakit atau tidak bekerja:-

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn telefon bimbit,satu pemandu,minyak percuma.Kalau guna khidmat pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma seperti kepada perkahwinan, kematian,atau pemberian kepada badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri ialah:-

1. Gaji Pokok RM15,000

2. Elaun Keraian RM9,500.00

3. Elaun Perumahan RM9,800.00

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yang wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Dan Menteri:-

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan

2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik

3. Pedapatan dari syarikat persendirian seperti kontrak dan lain-lain

4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi

5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.

6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara

7. Lain-lain sumber

Kata pemberi maklumat (penghantar emel tersebut) diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999 dan pada pendapatnya terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang.-Az

Berita Murtad Dato Azhar Mansor

Berita Murtad Dato Azhar Mansor
Posted on Saturday, December 02 @ 21:42:50 MYT by admin
Artikel Oleh tunasharapan

Saya amat terkejut dengan berita ini. Benarkah Dato Azhar Mansor, yang pernah menjadi wira negara dalam misi Kapal Layarnya telah murtad? Kenapa Berita ini tidak tersiar di halaman reformasi atau berita dalam akhbar utama arus perdana.


Berita ini dipetik dari laman web berikut:-

Isi perbincangan dan berita yang mesti diketahui oleh semua rakyat Malaysia beragama Islam yang memperjuangkan akidah.

Isu Murtad: Pekakah kita atau "Pekak"kah kita?
(Artikel Asal Oleh saudara Ismail Zaki 22 Ogos 2006)

Baru - baru ini saya ada terbaca dari sebuah website yang saya percaya berpusat di Sydney, Australia (di forward dari seorang rakan), iaitu Sydneyangelicans.net di mana di situ di ceritakan seorang melayu yang kita agung-agung kan selama ini kerana pengorbanannya mengharumkan nama malaysia telah murtad. Saya pada mulanya agak terperanjat membaca kenyataan itu seakan akan tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya. Setelah di selidiki, ternyata berita itu benar, seperti yang di dakwa beberapa laman web yang lain. Percaya atau tidak, orang itu adalah Datuk Azhar Mansor, insan yang berjaya mengharumkan nama negara mengelilingi dunia hanya dengan kapal layarnya yang kerding, tetapi secara batinnya iman nya telah tumpas kepada dosa yang paling berat di sisi agama. Beberapa dakwaan ada menyebut di mana beliau kononnya telah bertemu dengan Jesus Christ ketika pelayarannya. Di sini saya memetik dari website Sydneyangelicans.net rangkap dakwaan beliau:-

"One man who has publicly converted is the well-known yachtsman, Azhar Mansor, who in 1999 sailed around the world in 190 days without the aid of an engine. The main mast of his yacht broke around Cape Horn. He managed, nevertheless, to reach the Faulkland Islands to repair the mast. What happened on the way between the cape and the islands is subject to speculation. The internet is full of questions by Muslims as to whether Mansor who no longer lives in Malaysia is really converted. And there is much discussion among Christians as well. Kamariah's version is that Mansor, about to drown in the sea, was saved by a dolphin, and that Jesus appeared to him soon after."

Persoalannya di sini, bukan Azhar Mansor (Gugurnya gelaran "datok" di sini bererti hilangnya rasa hormat saya kepada beliau secara mutlak) sahaja yang berbuat demikian, tetapi ada lagi segelintir yang secara "Umum" atau secara "Rahsia" telah Murtad. Pernah dengar kisah Aishah? Lina Joy? Itu hanyalah merupakan sebuah episod telenovela kisah murtadnya umat Islam di negara kita; terdapat banyak lagi episod yang pada zahirnya tidak di ketahui, tidak di siarkan secara zahir pada kaca mata rakyat. Pendedahan saya di sini bukan bererti hendak memalukan pihak yang terbabit, tetapi hakikatnya untuk menyedarkan umat Islam di Malaysia bahawa Islam kini di ancam bahaya. Siapa yang patut di salah kan? Berbalik kepada situasi Azhar Mansor tadi, hakikatnya perkara ini telah pun di ketahui oleh bekas PM Tun Dr. Mahahir sejurus dia pulang dari pelayarannya - Azhar Mansor sendiri yang memberitahu beliau yang dia berhasrat untuk bertukar agama - atas untuk keselamatan Azhar Mansor, PM ketika itu menasihatkan nya supaya meninggalkan negara; dan ya, Azhar mansor sekarang sudah tiada lagi di negara ini. Yang agak mengejutkan ialah, hampir semua umat Islam di negara ini tidak tahu akan hal ini. Petikan dari sebuah blog yang saya ketemui menyebut, "I couldnt believe & i asked my christian friends, they knew about it a long time ago."

("Saya tidak percaya lalu saya bertanya rakan-rakan saya yang beragama Kristian dan mereka berkata, mereka sudah tahu akan hal ini sekian lama.") Tambahan pula, ada yang mendakwa untuk menukar agama ini adalah sangat mudah sekali di negara kita. Apa yang di perlukan hanyalah 2 keping gambar, duit setem RM 7.00 dan pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur untuk mengangkat sumpah tukar agama, selesai. Walaupun demikian, status agama pada kad pengenalan tidak di ubah (Masih di tulis "Islam") meskipun mereka telah selesai 3 perkara di atas, dan ini menyebabkan golongan-golongan murtad ini agak sukar di kesan di negara kita. Dan kerana itulah munculnya nama seorang wanita bernama Lina Joy yang ingin status agama pada kad pengenalan nya ditukar - Jika dia tidak berbuat demikian (tukar status agama pada kad pengenalan), nescaya kita tidak akan tahu bahawa dia telah murtad. Siapa sangka, ramai lagi spesis-spesis Lina Joy di luar sana yang tidak mendedahkan akan kemurta dan mereka secara umum?

Peguam Kes Murtad Shazalina/Lina Joy (Ust Zulkefli Nordin) menambah, beliau telah memberi ceramah pada malam tadi di Surau As Sakinah, TTDI JAYA, Selangor tentang kumpulan kafir Artikel 11/IFC. Mereka ini (IFC) sedang bergiat untuk menghapuskan keistimewaan orang Islam di Malaysia, pihak Mahkamah Persekutuan hanya ada masa 6 minggu sahaja lagi untuk membuat keputusan sama ada meluluskan atau tidak. Kalau LULUS maka orang Islam dalam bahaya besar. Anda boleh hubungi

Ust Zulkefli sendiri di talian 013-3998718 untuk penjelasan lebih lanjut, pihak peguam Muslim akan memberi penerangan tentang perkara ini. (Sila sebarkan berita ini kepada semua orang Islam kerana isu ini amat serius!)

Seorang bekas paderi Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat: Tidak boleh hisap rokok, tidak boleh minum arak, tidak boleh makan benda-benda berdarah, tidak boleh kahwin. Holywater yang beliau gunakan dulu dibawa dari Indonesia yang di sediakan oleh bapak Bruto (Ketua paderi Indonesia). Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.

PENDEDAHAN KHAS! HARAP DISAMPAIKAN KEPADA ORANG ISLAM KITA

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yang paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Kedua, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun.

Beberapa minggu yang lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yangg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dengan seorang yang berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja (letaknya di tepi highway Cheras); diajar dan diKristiankan (dibaptiskan) oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk proses pemulihan akidah.

Kalau anda semua masih ingat, pada beberapa tahun yang lalu, terdapat seorang paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara; dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.

Terdapat satu lagi kes, baru-baru ini, dimana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yang pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut (dilihat dari borang pendaftaran kelahiran) dengan nama yang jelasnya bukan nama seorang penganut Islam. Jabatan Agama Islan dengan kerjasama Perkim telah berjaya membawa `lari' wanita & bayi tersebut ke Selangor; dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si `claimant' wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.

Di Kedah yang suatu ketika dahulu agak kecoh dengan isu Black Metal nya, kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu (lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah yang Esa. Cara mereka mengisytiharkankan diri mereka sebagai "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian al-quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka kedalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing (kalau tidak silap saya). Kemudian mereka minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi untuk mengesahkan mereka bukan lagi Islam agak sedikit berbeza dari pihak lelaki. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan al-quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yang koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan akidah. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli lain yang hanyut itu.

Terdapat juga sebuah kenyataan yang di petik dari sebuah lagi website

(www.forum.jiwang.org) yang menyebut, "Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjuttkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini; sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkawin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya; dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorang penganut Kristian yg setia; rajin ke gereja dan menghayati Bible."

Kisah Aisyah Bukhari dan kisah tersebut di atas mempunyai banyak persamaan; good religious foundation but got carried away (Latar belakang agama (keluarga) sangat molek, tetapi sayangnya hidayah Allah tidak kesampaian ke hati mereka; Iman tiada dapat di warisi dari seorang ayah yang bertaqwa). Misi agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan; sebab itu ia semakin menular sekarang.

Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dengan cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yang mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah; salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yang berkenaan kerana bantuan yang diterima tidak mencukupi.

P/S: Usah lagi biarkan Islam berduka di negara kita. Cukuplah sudah peristiwa sadis berdarah di Palestine, di Iraq, di Lebanon, di Afghanistan… cukuplah sudah dengan dugaan yang menimpa umat Muhammad… Harapan saya agar apa yang anda baca di sini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga kita. Tidak secara elektronik - forwarding-forwarding, secara lisan pun jadilah.

Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada mimpi buruk ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri. INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH, akan diberkati! Semoga ia akan menjadi ikhtibar & peringatan untuk manfaat kita bersama

Selasa, Disember 04, 2007

Kisah Pengajaran  SHEIKH Yusuf Estes ialah seorang cendekiawan terkenal yang tidak pernah jemu mengembangkan syiar Islam ke seantero dunia serta mengedarkan bahan-bahan ceramah dalam pelbagai medium kepada umat manusia.

Ikuti autobiografi penghijrahan akidah beliau dari seorang pengkhutbah Kristian kepada pendakwah Muslim yang aktif dan disegani.

Saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang berpegang kuat kepada agama Kristian di Midwest, Amerika Syarikat. Hakikatnya, nenek moyang kami bukan sahaja membina gereja-gereja dan sekolah-sekolah sepanjang tanah ini tetapi keturunan kami juga merupakan orang yang paling awal datang ke situ.

Semasa di sekolah rendah, kami sekeluarga ditempatkan semula di Houston, Texas pada 1949. Kami selalu menghadiri gereja dan saya telah dibaptiskan pada usia 12 tahun di Pasadena, Texas.

Pada zaman remaja, saya teringin melawat ke gereja-gereja lain untuk mempelajari Baptist, Methodist, Episcopalian, Charismatic movement, Nazarene, Church of Christ, Church of God, Church of God ini Christ, Full Gospel, Agape, Chatolic, Presbyterian dan banyak lagi.

Namun, pengkajian saya tidak terhenti kepada agama Kristian. Agama Hindu, Yahudi, Buddha, Metaphysics dan kepercayaan tradisi orang Amerika turut saya selidiki. Sayangnya agama Islam tidak menjadi pilihan.

Bagaimanapun, saya tertarik dengan perbezaan jenis muzik terutamanya Gospel dan Klasikal. Memandangkan keluarga saya ramai yang kuat agamanya dan muzikal, ia secara tidak langsung menjadikan dua bidang ini sebagai pengajian permulaan. Semua ini membawa saya kepada jawatan Paderi Muzik di beberapa gereja di mana saya menjadi ahli gabungan selama lebih setahun. Saya mula mengajar keyboard pada 1960 dan sehingga 1963, saya berjaya memiliki studio sendiri di Laurel, Maryland yang diberi nama Estes Music Studios.

Sepanjang 30 tahun, saya dan bapa banyak bekerjasama mengendalikan pelbagai program hiburan. Kami juga membuka kedai piano dan organ di Texas, Oklahoma hingga ke Florida. Meskipun memperoleh kekayaan namun sukar temui ketenangan fikiran.

Persoalan seperti; "Mengapa kita diciptakan Tuhan?", "Apakah yang Tuhan mahu kita lakukan?", "Siapa Tuhan sebenarnya?" dan "Kenapa kita percaya dengan dosa sebenar?" sering menghantui diri. Namun semua persoalan ini dibidas keras malah menyuruh anda menerima tanpa mempersoalkannya atau itulah 'misteri' dan anda tidak perlu mempersoalkan hal itu.

Suatu hari tahun 1991, saya terkejut apabila diberitahu bahawa orang Islam mempercayai kitab Bible. Malah lebih memeranjatkan, mereka juga mempercayai bahawa Nabi Isa itu utusan Allah, Rasul, dilahirkan luar biasa tanpa berbapa, Nabi Isa akan kembali pada akhir zaman. Memang ia sesuatu yang sukar dipercayai, apatah lagi fikiran saya tentang Islam agak negatif.

Ayah saya sangat aktif menyokong kerja-kerja gereja, terutamanya dalam program sekolah sehingga beliau ditahbiskan (dipersucikan) pada 1970. Dia dan ibu tiri saya mengenali ramai mubaligh Kristian dan pendakwah sehingga pernah membantu pembinaan "Prayer Tower" di Tulsa, Oklahoma. Mereka berdua juga terlibat mengedarkan kaset-kaset ceramah di rumah-rumah orang tua, hospital dan rumah pesara.

Namun pada 1991, ayah mula berurusniaga dengan seorang lelaki dari Mesir dan menyuruh saya menemui lelaki beragama Islam itu. Pada awalnya saya agak keberatan apa lagi mengetahui bahawa mereka adalah pengganas, perampas, penculik dan pengebom. Bukan itu sahaja, mereka juga bukannya mempercayai Tuhan, yang mereka tahu hanya mencium tanah lima kali sehari dan menyembah kotak hitam di tengah padang pasir.

Tidak! saya tidak akan berjumpa dengannya. Berkali-kali juga ayah mendesak dengan mengatakan dia seorang yang baik. Kerana tidak tahan dengan permintaannya, akhirnya saya bersetuju dengan syarat; pada hari Ahad, selepas ke gereja, membawa kitab Bible, seutas salib dan memakai kep yang tertulis 'Nabi Isa adalah Raja'. Isteri dan dua anak perempuan saya ikut serta dalam pertemuan itu.

Saya terkejut kerana saya menantikan seorang yang bertubuh sasa dengan jubah, serban, berjanggut paras dada dan bulu kening bercantum di dahi. Tetapi lelaki ini jauh berbeza, tiada janggut dan kepalanya hampir botak. Yang pasti, orangnya menyenangkan dan mesra. Semua ini jauh daripada sangkaan awal saya. Pun begitu, matlamat saya pada masa itu hanya satu iaitu, 'menyelamatkannya' .

Ketuhanan

Saya banyak bertanyakan soalan kepadanya, terutamanya yang berkaitan dengan ketuhanan dan perihal nabi-nabi. Dia banyak mengiyakan. Kami semakin rancak berbual dan semenjak itu hubungan kami semakin rapat. Saya dapat rasakan yang dia seorang yang baik, pendiam dan sedikit pemalu. Banyak topik yang kami bualkan acap kali bertemu dan ada ketikanya saya cuba selitkan beberapa mesej tentang agama kami.

Pada suatu hari saya dapat tahu bahawa teman Islam saya, Mohamed terpaksa berpindah dan tinggal sementara waktu di masjid. Kami bersetuju menumpangkan Mohamed di rumah besar kami.

Pengenalan pendek dengan seorang lelaki yang mengakui paderi Kristian yang telah melakukan kerja-kerja mubaligh untuk gereja lebih 12 tahun di selatan dan tengah Amerika Syarikat dan Mexico serta di New York membawanya tinggal bersama kami dan Mohamed. Kami berbual tentang konsep kepercayaan dalam agama Islam.

Mengejutkan saya apabila diberitahu bahawa setiap paderi Katolik, mereka belajar agama Islam dan ada di antaranya yang memiliki doktor falsafah dalam subjek itu . Ini satu yang baru bagi saya.

Semenjak itu kami sentiasa berbincang tentang agama masing-masing. Kami pernah bertanyakan perubahan versi kitab masing-masing. Pernah sekali saya bertanyakan kepada Mohamed sejak 1,400 tahun sudah ada berapa versi al-Quran. Pendek jawapannya hanya ada satu iaitu al-Quran malah ia telah dihafal oleh jutaan manusia. Bagi saya ini sesuatu yang mustahil. Bagaimana kitab saya boleh berubah-ubah sedangkan al-Quran tetap terpelihara.

Pada suatu hari teman paderi saya bertanyakan Mohamed keinginannya untuk mengikutnya ke masjid untuk mengetahui keadaan di sana. Sekembalinya mereka, saya bertanya kepada paderi itu apa yang dilakukan oleh orang Islam? Dia memberitahu, tidak ada apa yang dilakukan hanya sembahyang dan pulang. Pelik, tidak ada ceramah ataupun nyanyian.

Beberapa hari kemudian, sekali lagi paderi itu mahu mengikut Mohamed ke masjid. Kali ini mereka pergi agak lama sehingga hari sudah gelap. Bila pulang saya dapati, Peter (paderi) sudah melakukan syahadah. Saya terkejut dan semalaman memikirkan hal itu, lalu menceritakan kepada isteri. Tambah mengejutkan, apabila isteri saya juga menyuarakan hasratnya untuk bergelar Muslim kerana mengakui kebenaran Islam.

Saya terus memanggil Mohamed dan kami berbincang sepanjang malam sehingga masuk waktu solat Subuh, Mohamad meminta izin untuk melaksanakan kewajipannya. Pada detik itu, saya menyedari erti kebenaran dan sudah tiba masanya untuk saya membuat pilihan yang bakal menyelamatkan saya sama ada di dunia mahupun akhirat.

Saya ke belakang rumah, ambil sekeping papan lapis dan di situlah saya sujud mengadap kiblat. Saya meminta, kepada-Nya petunjuk dan bimbingan. Selepas dari itu, saya benar-benar dapat merasakan perubahan di dalam diri. Saya terus naik ke atas dan mandi dengan harapan ia akan membersihkan dosa-dosa. Saya kini seorang yang baru dan berazam membina kehidupan atas dasar kebenaran.

Pukul 11 pagi hari itu, saya mengucap syahadah bersama dua saksi iaitu sebelum ini Father Peter Jacob dan Mohamed Abel Rehman. Kemudian diikuti isteri dan beberapa bulan selepas itu, bapa pula melafazkan syahadah. Anak-anak saya dipindahkan dari sekolah Kristian kepada sekolah Muslim. Sepuluh tahun kemudian mereka berjaya menghafal al-Quran. Akhir sekali, ibu tiri saya pula mengakui kebenaran Islam."

Ahad, Disember 02, 2007

SELOKA/PANTUN : KITA Vs. CUAI DAN EGO

SELOKA/PANTUN : KITA Vs. CUAI DAN EGO
Oleh : Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

Lama rasanya tidak berjumpa,
Seloka/Pantun jangan dilupa,
Sambil berhibur janganlah alpa,
Ragam manusia tidak serupa.

Memang sudah ragam manusia,
Sikap pelupa lalai dan leka,
Cuai pula perangai kita,
Ditambah dengan EGO menggila.

Kalau lupa tidaklah mengapa,
Agamapun memaafkannya,
Lalai dan leka penyakit kita,
Kalau dibiar buruk padahnya.

Cuba
kita sama fahami,
Firman Allah yang kita imani,
Surah Al-Maa'un nama diberi,
Orang yang lalai amat dibenci.

Bukan hanya setakat itu,
Neraka 'Wail' sudah menunggu,
Orang yang sembahyang juga begitu,
Tempat mereka nanti di situ.

Bagaimanakah ianya boleh terjadi,
Orang sembahyangpun boleh jadi,
Penghuni 'Wail' neraka api,
Seksanya pedih tidak terperi.

Itulah balasan cuai dan lalai,
Perkara sembahyang mestilah pandai,
Segala rukun syarat disemai,
Jadi amalan bakal dituai.

Kalau syarat tidak dijaga,
Rukun pula ingat-ingat lupa,
Sembahyang kita orang yang alpa,
Lekuk batupun tiada guna.

Oleh itu jagalah hati,
Bacaan juga mesti teliti,
Rukun 'Fe'li' apatah lagi,
Kalau cuai tiadalah erti.

Siapakah dia mereka yang cuai?
Mereka sembahyang tidaklah pandai,
Dibuat hanya memandai-mandai,
Fardu 'Ain mereka abai.

Orang sembahyang merekapun sembahyang,
Tapi sembahyang fikiran melayang,
Segala rukun tidak terbayang,
Pahala tak dapat alangkah sayang.

Tapi terlebihlah malangnya lebai,
Kalau yang pandaipun masih cuai,
Sembahyang dibuat macam berbuai,
Tentu tiada bakal dituai.

Kedua-dua memang penyakit,
Mereka sebenarnya mengidap sakit,
Di dalam hati bukan sedikit,
Penyakit hati mudah berjangkit.

Akibat cuai dalam sembahyang,
Ibadat kita di awang-awang,
Dalam sembahyangpun menerawang,
Bagaimana pula hendak berjuang?

Mereka yang cuai tidaklah tahu,
Bahawa mereka memang begitu,
Tidak sedar diri dengan kelaku,
Orang melihat siku-menyiku.

Bila ditegur kesilapan kita,
Akibat cuai punya cerita,
Kita tak terima sekalipun fakta,
Kritikan orang kita kata awta.

EGO kitalah yang berbicara,
Mengikut nafsu marak membara,
Konon kita dah mengembara,
Menuntut ilmu sampai menara.

Teguran orang kita tak peduli,
Apatah lagi dia tu kuli,
Kita buat telinga kuali,
Dengar begitu macam dah lali.

Kita hanya akan perhati,
Kalau teguran jemaah menteri,
Konon punyai ilmu yang tinggi,
Yang lain semua tiada bererti.

Kita pandai memilih bulu,
Teguran didengar biar berlalu,
Kalau datangnya dari parti tu,
Begitulah lagaknya kita selalu.

Yang tegur kita biarlah kawan,
Kalau boleh biar jutawan,
Kalau bukan kita akan lawan,
Walaupun terpaksa berbaling cawan.

Kenapa harus memilih kawan,
Baru diterima bagai dermawan,
Kalau musuh kita melawan,
Biar betulpun kita bolayan.

Kalau diingat pepatah arab,
Boleh dijadikan ubat mujarrab,
Mengubat ego yang kali darab,
Teguran musuhpun macam akrab.

Janganlah ditengok siapa berkata,
Tapi pandanglah apa katanya,
Itulah dia kata-kata pujanga,
Ubat mujarrab merawatinya.

Terdapat juga orang berkata,
Kalau nak tahu segala rahsia,
Keburukan seseorang termasuk kita,
Tanyalah musuh, dia tak dusta.

Tapi kalau kita tanya kawan,
Keburukan kita dia sembunyikan,
Demi mengelak dari berlawan,
Apa dikata semua menawan.

Kalau begitu cubalah fikir,
Komen kawan selalu bertabir,
Atau musuh yang buka bibir,
Gunalah akal cubalah tadbir.

Pendek kata janganlah lupa,
Lalai dan leka sifatnya kita,
Ego kita kerap berdusta,
Dengarlah kritikan tak kira apa.

Elaklah diri dari melenting,
Dengar kritikan keluar taring,
Kitapun teriak bersuara nyaring,
Akhirnya tak mahu jalan beriring.

Demikian juga kalau mengkritik,
Biar ikhlas serta berlapik,
Tak perlulah kita cuba bertempik,
Yang penting benar dan juga logik.

Tegur menegur memang dituntut,
Demi manfaat yang serba patut,
Tapi janganlah tersalah sebut,
Nanti tak guna semacam kentut.


Cubalah dengar segala tegur,
Supaya minda menjadi subur,
Yang baik cubalah disusun atur,
Tak baik tak apa biar berkubur.


Yang penting kita tak putus asa,
Kita gandakan segala usaha,
Disamping tak lupa terus berdoa',
Kita serahkan pada Yang Kuasa.

Setakat ini cukuplah dulu,
Berjumpa lagi macam selalu,
Memohon maaf saya tak malu,
Berpisahlah dulu walaupun pilu.


Sekian terima(lah)kasih!

Oleh : AZHARI(S) 25JUN2000/2:33AM

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN