PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, April 18, 2009

Haji Omar Banggol Kulim- Majalah PENGASUH

Haji Omar Banggol Kulim


muka depan majalah PENGASUH







artikel mengenai Haji Omar Banggol Kulim

Terjemahan ke tulisan rumi oleh Meowingcat91

Seorang ulama' yang telah berjaya membuka sebuah kampung hingga kini menjadi kampung yang besar dan sebuah sekolah agama pengaliran jasa di rantau panjang ialah tuan guru Haji Omar bin Abdul Samad, yang terkenal dengan nama Haji Omar Banggol Kulim.

LAHIRNYA DAN PENDIDIKANNYA

Beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Jering,Bachok,Kelantan dalam tahun 1882 masihi. Oleh kerana bapanya seorang imam maka sejak kecil lagi beliau telah diberi didikan agama. Didikan asas yang diterima di rumah itu menjadikan beliau berminat di dalam agama, terutamanya dalam pengajian Al-Quran.

Hidup di kampung yang banyak bendang padi dan pokok-pokok itu memberi minat kepada beliau bertanam padi dam pokok-pokok, sejak kecil lagi beliau begitu rajin kepada ajaran agama Islam, minat yang ditunjukkan itu melahirkan semangat dan cita-cita ayahnya untuk menghantarkan anaknya belajar di Kota Bharu, oleh itu Haji Omar dihantar oleh ayahnya belajar kepada Haji Omar bin Ismail Nurruddin Sungai Keladi.

Beliau berada di Sungai Keladi kira-kira 5 tahun , kemudian belajar di Besut 3 tahun setelah itu beliau menetap di pondok Kenali, kepada Tuan Guru Kenali banyak ditimba ilmunya. Disini beliau telah sama-sama belajar dengan Haji Othman Jalalluddin Fathani, Haji Yaakub Ligor, Haji Ali Pulau Pisang, Haji Abdullah Thahir, Haji Mat Tuk Kenali, Haji Ahmad Batu Tiga, Pasir Mas dan lain-lain(1)

Ketika berumur kira-kira 25 tahun beliau berkahwin dengan Hajah Syarifah binti Haji Muhammad, khatib surau Sabak, Kota Bharu. Walaupunberkahwin beliau masih meneruskan pengajiannya, beliau dibantu oleh mertuanya. Haji Omar terpaksa mengayuh perahu mudik melalui Sungai Kemumin untuk belajar di pondok Tok Kenali,begitulah setiap hari, manakala petang kembali. Isterinya pula seorang yang suka dan pandai menjahit kain baju, wang hasil dari itu diberi kepada suaminya sebagai bekal belajar

Kira-kira dalam tahun 1910 beliau mendapat cahaya matanya yang pertama yang bernama Abdullah, kemudian beliau mendapat anak yang kedua bernama Abdul Latif. Beliau mula berhenti belajar dan membuka pondok. Pondoknya yang pertama ialah di Pulau Layat, kemudian di Pulau Gajah, oleh kerana kawasan itu penduduknya sebagai nelayan dan penyadap kelapa, beliau berpendapat tidak akan berjaya jika membuka pondok disitu, kerana suasana ekonomi penduduk sangat rendah,tidak sampai 10 tahun pondoknya terpaksa dihentikan kerana beliau diminta oleh Haji Yaakub banggol Kulim supaya membuka pondok dikampungnya, sebelum itu Haji Omar telah membuka kebun getah sambil mangajar dan ramai juga yang datang belajar kepasanya termasuklah Haji Yaakub.

Dengan dorongan Haji Yaakub beliau diberi sebidang tanah bekas rumah dan pondok. Pada mulanya Banggol Kulim didiami oleh 10 orang penduduk dengan 5 buah rumah sahaja, tidak lama kemudian dianya dikunjungi oleh orang ramai untuk membuka dan menetap disitu sehingga 150 penduduk.

Para pelajar yang datang dari berbagai-bagai negeri, seperti Pahang,Kedah,Terengganu dan lain-lain. Kedudukan Banggol Kulim telah berubah dari padang yang kosong kepada sebuah kampung yang ramai penghuninya.

Beliau seorang yang masyhur dengan kebolehan Al-Qurannya, di samping itu tidak kurang pula dalam bidang-bidang lain, beliau mengajar Kitab-kitab, Fathu alMain,Matan Ajrumiah,Qatr AlNida,Hukum, lagi ,beliau mengajar kepada orang kampung hari Selasa.

Kebolehan Haji Omar dalam Al-Quran dikatakan mendapat dari Lebai Idris murid Tuk Kunok Kota Bharu, disamping itu beliau mendapat dari gurunya Tuk Kenali.

MENDIDIK ANAKNYA

Haji Omar telah mengunjungi Mekah bersama isterinya ketika beliau masih di Pulau Gajah, inilah kali pertamanya, beliau sempat melihat kota suci yang penuh dengan para pelajar Islam yang datang dari seluruh dunia Islam, minatnya lahir supaya anaknya akan akan menjadi pewaris nabi-nabi, dan ulama' pejuang Islam, maka kerana itulah beliau telah menghantar anaknya yang pertama ke Mekah setelah beliau sendiri mangajar terlebih dahulu, oleh kerana Abdullah yang sulung tidak lama hidup dan meninggal di Mekah, maka beliau menghantar anaknya yang kedua pula, bernama Abdul Latif (1937) berkat doa orang tua itu Haji Abdul Latif berada di Mekah 10 tahun dan kembali menyambungkan perjuangan bapanya, kini kita kenali beliau dengan nama Tuan Guru Haji Abdul Latif, Banggol Kulim.

Dalam rumah beliau sentiasa mengambil berat tentang anak-anaknya, dipaksa melakukan ibadah, mengaji Al-Quran, dikawal dari bergaul tidak tentu arah, oleh kerana anaknya tidak ramai hanya 4 orang sahaja, nampaknya beliau sentiasa cergas dan penuh tanggungjawab sebagai seorang bapa dan seorang guru.

Dalam masa pemerintahan Jepun, dan kemudian Siam, masa itu adalah zaman keganasan oleh kedua tentera itu, banyaklah rumah-rumah orang yang diambil segala harta benda, disamping itu lahir pula perompak, suasana kampung dalam keadaan huru-hara dan rakyat dalam ketakutan, oleh itu segala harta benta dan barang-barang kemas mereka menyimpan di rumah Tuk Guru Haji Omar, kebetulan pula beliau ditakuti oleh tentera Jepun dan Siam, kerana wajah perautan mukanya sangat menggerunkan, terutama kepada orang-orang berniat jahat.

PERIBADI

Haji Omar seorang yang suka beribadah, boleh dikatakan jarang benar beliau meninggalkan sembahyang malam,sebelum subuh lama telah bangun untuk memebaca Al-Quran dan beribadah, suka berkebun sayur dan kebun rambutan, serta berkebun getah, beliau telah meninggalkan berpuluh-puluh ekar kebun pusaka kepada anak-anaknya, beliau bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan, malah kaya dengan harta benda. Kebun-kebun beliau tidak dikhianati binatang buas dan manusia, harta bendanya dapat diganggu oleh orang jahat dan khianat

Satu peristiwa telah berlaku seorang Siam yang datang merompak di rumah menantunya, beliau diberitahu hal itu, tidak beberapa hari Siam itu mati kerana dia sendiri yang memukal2 kepalanya dan tidak senang rasa hati, selain dari itu banyaklah peristiwa yang ganjil yang telah berlaku, kerana itu ada orang mengatakan Tuan Guru Haji Omar "keramat"

Mengikut Tuan Guru Haji Abdul Latif, bahawa ayahnya ada membaca dan beramal dengan amalan-amalan peribadinya, yang jarang ditinggalkan ialah Ism bi khafi dan lain-lain.

MENINGGAL DUNIA

Setelah giat menyampaikan dakwah Islamiah, dan berjaya membuka sebuah kawasan yang kini sangat penting, serta perkembangan agama yang baik dengan Sekolah Agama Fauziah yang menjadi salah sebuah sekolah pengaliran murid dibawah jasa, Haji Omar juga telah berjaya meninggalkan murid-murid yang berjasa, Haji Omar juga berjasa meninggalkan murid-murid yang berjasa didalam pengajaran Al-Quran dan kitab-kitab.Beliau telah meninggalkan Tuan Guru Haji Abdul Latif, anak dan muridnya, Hajah Sofiah, dan Hajah Halimah manakala murid-muridnya pula antaranya ialah:

Husin Hamat-di Mesir,
Haji Abdullah Haji Daud Hafiz(Rantau Panjang),
Nik Mat Banir Belikong,
Haji Muhammad haji Yaakub,
Imam Rantau Panjang, Imam Yusuf Gual Nering Rantau Panjang,
Muhammad Nur Idris, Penolong Pensyarah,Nilam Puri,
Bilal Idris,Pulau Gajah
dan lain-lain.

Beliau meninggal dunia dalam tahun 1962 setelah umurnya meningkat 80 tahun, peninggalan beliau diingati dan dikenangi kerana kejayaannya setelah berhijrah dari Pulau Gajah ke Banggol KUlim, Rantau Panjang dan mengembangkan ajaran Islam di sana.

nota: Haji Omar Banggol Kulim merupakan moyang kepada penulis blog http://meowingcat91.blogspot.com/

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak
Mohamed Hanipa Maidin
Fri | Apr 17, 09 | 10:14:14 pm MYT

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.

Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_

Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi

Nizar mohon mengadap Tuanku Sultan sekali lagi
Johari Jaafar
Sat | Apr 18, 09 | 2:29:56 pm MYT

IPOH, 18 April (Hrkh) - Sekali lagi Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mohon mengadap sembah DYMM Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan setelah permohonan mengadap sembah bertarikh 11 Mac lalu tidak mendapat sebarang jawapan dari pihak istana.

Dato' Seri sekali lagi memohon mengadap bagi menyembah maklum keputusan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat dalam Sidang Dun Tergempar yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Misbahul Munir Masduki sebagai reaksi terhadap permohonan yang lalu tidak mendapat reaksi daripada pihak istana.

Surat permohonan telahpun difaxkan oleh beliau selaku Setiausaha Politik melalui Kol. Dato' Abdul Rahim Mohamad Nor, Setiausaha Sulit kepada DYMM Tuanku Sultan Perak jam 3.40 petang semalam.

Pada 16 April lalu Mahkamah Persekutuan telah membatalkan keputusan Speaker yang menggantung Dato' Zambry dan enam orang Exco daripada memasuki sidang dewan. Ekoran daripada itu, krisis Perak tetap tidak ada kesudahannya.

Menurutnya beberapa pihak melihat kuasa Speaker telah dinafikan oleh mahkamah, Speaker yang mempunyai kuasa dalam memberi tafsiran terhadap Perintah-Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Perak telah hilang kekuasaannya.

"Speaker kini tidak ada imuniti terhadap keputusan yang dibuatnya," jelas beliau.

Penyelesaian yang paling adil dalam mengatasi kemelut politik di Perak katanya, ialah mengadap Tuanku bagi mohon perkenan supaya Dun Perak dibubarkan, biar rakyat yang menjadi hakim terhadap kemelut ini.

Semua pihak sama ada Pakaran Rakyat mahupun BN perlu menyerahkan semula mandat ini kepada rakyat untuk memilih semula Kerajaan di Perak, katanya.

"Apapun keputusan rakyat, semua pihak hendaklah akur dengan kehendak rakyat," jelasnya.

"Ini yang kita mahu, jangan jadikan Perak negeri yang mencetus sejarah dengan membelakangi kepentingan rakyat dan undang-undang, rakyat hakim yang paling adil dalam menyelesaikan isu ini," tegasnya. - mns _

ISA-Usah sekadar kaji, mansuhkan saja!

ISA-Usah sekadar kaji, mansuhkan saja!
Susunan Muhammad Nor Abd Samad
Sat | Apr 18, 09 | 2:47:38 pm MYT

KEJAM, tidak bertamadun, zalim; itulah antara lebel yang diberikan oleh pejuang hak asasi manusia kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Bagi pihak yang mempertahankannya pula, ia dianggap satu 'kezaliman' yang perlu untuk keselamatan dan ketenteraman negara.

Perdebatan tentang perlu atau tidaknya ISA berterusan dari semasa ke semasa dan isu ini menjadi hangat semula setelah Perdana Menteri yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Tun Razak, dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah menerajui kerajaan, mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara menyeluruh akta ISA.

Pengumuman Najib itu disambut baik oleh pelbagai pihak termasuk daripada parti komponen Barisan Nasional sendiri yang mengharapkan akta tersebut dihapuskan atau dikaji semula.

Sejak diperkenalkan sehingga 2005, 10,662 orang telah ditahan di bawah ISA. Sejumlah 4,139 diberikan arahan penahanan secara formal, sementara 2,066 ditahan di dalam wilayah yang terhad dengan aktiviti yang juga terhad.

Sehingga kini masih ada 27 orang yang ditahan di bawah akta tersebut dan belum dibebaskan.

Hujah terbesar bagi mereka yang menentang ISA ialah sifatnya yang membenarkan penahanan tanpa bicara, yang bertentangan dengan piagam asas hak asasi manusia.

Di bawah ISA seseorang itu akan ditahan tanpa sebarang perbicaraan atau pertuduhan. Ini bererti, seseorang itu tidak diberi peluang untuk membela diri, sebaliknya terus dipenjarakan tanpa disahkan bersalah.

Seseorang yang disabitkan dengan ISA akan ditahan oleh polis sehingga 60 hari tanpa sebarang perbicaraan terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Selepas 60 hari Menteri Dalam Negeri boleh membebaskan orang yang ditahan, atau melanjutkan tempoh tahanannya tanpa sebarang perbicaraan selama dua tahun lagi.

Jika Menteri Dalam Negeri mengarahkan supaya seseorang itu ditahan di bawah ISA selama dua tahun, orang yang ditahan itu kemudiannya akan dibawa ke Kem Kamunting, Perak untuk ditahan selama tempoh tersebut.

Undang-undang membolehkan Menteri Dalam Negeri memperbaharui tempoh tahanan tersebut tanpa had.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan berpendapat, akta tersebut bertentangan dengan prinsip "tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah".

"Ia tidak adil kerana menteri boleh mengeluarkan pelbagai kenyataan dan tuduhan di kahalayak ramai mengenai orang yang ditahan sedangkan orang yang ditahan tidak dibolehkan membela diri," katanya.

Seksyen 8(1) ISA memberikan kuasa budi bicara kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang untuk tempoh dua tahun "jika beliau berpusa hati" bahawa seseorang itu mengancam keselamatan negara dan sebagainya.

"Saya telah bertemu ramai tahanan ISA di Kamunting dan mereka tidak mendapat gambaran yang jelas apa tuduhan yang dikenakan kepada mereka. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri dan tidak tahu apa yang akan berlaku selanjutnya," kata Ragunath.

"Jika kita bersalah dan dipenjarakan, sekurang-kurangnya kita tahu apa penghujungnya," katanya dengan menambah bahawa ada di kalangan tahanan ISA malah ditahan lebih 15 tahun.

Katanya, mahkamah enggan mengkaji semula apa-apa berkaitan "keselamatan negara" dan hanya bersedia mengkaji aspek teknikal penahanan yang dibuat.

Beliau menambah, umumnya mahkamah bersikap konservatif dalam hal ini biarpun Mahkamah Tinggi tahun lepas mendapati penahanan selama dua tahun editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.

Pada asasnya ISA diperkenalkan dalam 1960 untuk membendung apa yang dipanggil ancaman komunis tetapi ia telah disalahgunakan untuk menahan pelajar, musuh politik, ahli Parlimen Pembangkang, ketua-ketua kesatuan, wartawan, malah pemalsu pasport negara.

Pengerusi Gabungan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, ramai orang hilang kehidupan normal mereka setelah ditahan di bawah ISA.

"Keluarga jadi berantakan dengan isteri minta cerai, anak-anak mengalami masalah mental, menjadi trauma dan perlu rawatan," katanya.

Beliau turut mendakwa bahawa ramai tahanan ISA diperlakukan dengan kejam sewaktu dalam tahanan. Beliau mengambil contoh bekas tahanan ISA Abdul Malik Hussein yang mendakwa dipukul dan diseksa sewaktu ditahan pada 1998.

Kes lain katanya, Sanjeev Kumar yang didakwa menjadi agen asing, menjadi lumpuh daripada pinggang ke kaki.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Shaari Sungib - yang pernah ditahan di bawah ISA - menjelaskankan bahawa ISA bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurutnya beliau pernah mempersembahkan kajiannya tentang perkara itu kepada para mufti dan hanya seorang mufti sahaja yang didapati mempertahankan ISA.

Dato' Zaid Ibrahim, bekas Menteri Undang-Undang kerajaan BN pula berpendapat, ISA terlalu rumit, justeru ia perlu dimansuhkan sahaja, bukan mengkajinya semula.

Zaid berkata, sekiranya benar-benar terdapat keperluan untuk mempunyai satu undang-undang tentang keselamatan negara seperti Anti-Terroris Act di Britain, maka undang-undang baru perlu dirangka dan ia perlu jelas dan adil.

Ragunath sependapat dengan Zaid bahawa ISA perlu dihapuskan sahaja, bukan mengkajinya semula.

Adun Kota Damansara, yang juga ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim berkata Malaysia tidak memerlukan ISA dan ia juga perlu dihapuskan.

"Kita tidak perlukan ISA. Kewujudannya tidak betul. Jika kita ada ISA, kita tidak perlukan Perlembagaan. Ia bercanggah dengan hak asai manusia dan kebebasan untuk membentuk persatuan," katanya yang pernah ditahan di bawah ISA bersama Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu.

Sementara itu bagi Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato' Dr Maximus Ongkili - yang pernah ditahan selama 59 hari pada Januari 1991, semasa menjadi pegawai kanan Ketua Menteri Sabah, Dato' Joseph pairin Kitingan, dan pernah berhadapan dengan siksaan serta deraan akibat ditahan di bawah akta tersebut - masih mempertahankan kewujudan akta itu.

Menurutnya, akta tersebut masih diperlukan untuk menjamin keselamatan negara ini, namun cara pelaksanaannya perlu diperbaiki.

"Akta tersebut perlu digunakan hanya untuk keselamatan negara sahaja, bukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat daripada seseorang yang difikirkan berbahaya," katanya.

Selain itu katanya, kuasa mutlak terhadap akta itu tidak harus terletak di tangan seorang individu sahaja kerana ia dengan mudah boleh disalahgunakan.

Beliau menyokong penuh ISA dikekalkan tetapi ia hendaklah bagi tujuan keselamatan sahaja.

"Jika tidak bagaimana kita hendak menangani masalah terorisme?" katanya.

"Selain itu, ISA tidak boleh ditentukan oleh seorang sahaja - jika tidak ia akan digunakan untuk tujuan politik," sambungnya_

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Apr 18, 09 | 6:04:00 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.

Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".

Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.

Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.

"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".

Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.

"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.

Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah.- tmj_

Tok Guru Nik Aziz, 'Ustaz' Nga Kor Meng di Melewar 19 April ini!

Tok Guru Nik Aziz, 'Ustaz' Nga Kor Meng di Melewar 19 April ini!
Tarmizi Mohd Jam
Sat | Apr 18, 09 | 6:16:31 pm MYT

KUALA LUMPUR, 18 April (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama Setiausaha DAP Perak yang juga Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Meng akan bersemuka dengan para penyokong Pakatan Rakyat di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, 19 April ini.

Demikian kenyataan ringkas Timbalan Yang Dipertua PAS Batu, Hj Suhaimi Abdul Rahman kepada Harakah.

Mereka katanya, akan menyampaikan ceramah pada "Himpunan Rakyat Meraikan Kemenangan Dua Bukit" bagi menceritakan lebih lanjut, pahit getir sepanjang berkempen di Bukit Gantang. Nga yang lebih popular dengan panggilan 'Ustaz Nga' antara sasaran BN bagi menjatuhkan reputasi Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihan raya kecil.

Program anjuran PAS Kawasan Batu itu bermula jam 9.30 malam itu turut menampilkan bekas pensyarah Sains Sosial dan Antropologi Universiti Malaya, Ann Wan Seng. Orang ramai dijemput hadir.

Selain kisah 'Ustaz Nga' membaca ayat al-Quran sewaktu berkempen di Bukit Gantang telah menimbulkan kontroversi, dan satu laporan polis dibuat oleh proksi Umno; perkembangan terkini di Perak juga akan dikupas oleh beliau pada program itu, ujar Suhaimi.

Tok Guru Nik Aziz antara pemimpin utama PAS yang membela Nga dalam isu membacaan ayat al-Quran. Kesempatan itu juga, Nga diberi penghormatan untu melancarkan sebuah novel terbitan Anbakri Publika Sdn. Bhd. berjudul "Bidadari Dari Timur".

Novel tersebut juga, akan dilancarkan oleh Tok Guru Nik Aziz di Dewan Kedah & Johor Bangunan PWTC antara jam 12 hingga 1.00 tengahari sempena Pesta Buku Antarabangsa 2009 yang diadakan di ibu negara. - tmj _

Penantian di Penanti satu penyiksaan?

Penantian di Penanti satu penyiksaan?
Posted on Saturday, April 18 @ 11:28:22 MYT by Paktam
Oleh Syed Imran

Pilihan raya adalah satu amalan atau proses demokrasi yang serius dan tidak seharusnya dijadikan ia sesuatu yang remeh dan tidak penting.

Pilihan raya diadakan untuk memilih wakil rakyat sama ada untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Dewan Rakyat (Parlimen). Ia bukan satu perbuatan untuk memilih ketua darjah atau ketua kumpulan. Ia adalah proses yang termaktub dalam Perlembagaan dan membabitkan soal undang-undang.


Oleh itu, parti-parti politik dan wakil rakyat yang dipilih melalui proses pilihan raya tidak seharusnya dengan sesuka hati meletak jawatan atas alasan yang lemah.

Peletakan jawatan dua orang mantan wakil rakyat Parti KeADILan Rakyat (PKR) sebelum ini, iaitu di Permatang Pauh dan di Bukit Selambau adalah dua contoh dimana alasannya tidak begitu kukuh dan berkepentingan tertentu.

Kini ADUN Penanti dari PKR yang juga mantan Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin pula meletak jawatan atas alasan yang lemah dan rapuh. Saya harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak tegas berhubung peletakan jawatan Fairus dan mengkaji secara teliti sebab-musebab dia berbuat demikian. Jika ada keraguan, pilihan raya kecil tidak seharusnya diadakan.

Kita terima hakikat bahawa seseorang wakil rakyat boleh berhenti daripada menjadi ahli sama ada DUN atau Parlimen dengan mengutus surat yang ditandatangani olehnya kepada Speaker yang kemudian akan memaklumkan secara rasmi kepada SPR.

Yang perlu dihalusi oleh SPR ialah sama ada tanda tangan itu dibuat dengan rela hati atau dipaksa melalui tekanan atau yang dibuat tanpa meletakkan tarikh terlebih dahulu.

SPR tidak boleh membiarkan mana-mana wakil rakyat dengan sebegitu mudah meletak jawatan kerana proses pilihan raya bukan sesuatu yang seharusnya dipandang rendah dan boleh dipermain-mainkan. Ia adalah proses yang melibatkan rakyat, memerlukan perancangan dan logistik, mengambil kira aspek keselamatan dan memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit.

Antara sebab seseorang wakil rakyat itu boleh hilang kelayakan - dia disahkan tidak sempurna akal atau dalam kata-kata yang lebih tepat, gila; - dia muflis (bangkrap); dan dia disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2 ribu.

ADUN Penanti yang terletak dalam kawasan Permatang Pauh, tidak gila, bukan seorang muflis dan belum atau tidak disabitkan kesalahan oleh mana-mana mahkamah, jadi kenapa dia perlu meletak jawatan?

Fairus, yang memiliki dua ijazah sarjana (masters) baru berusia 32 tahun dan boleh dikatakan mempunyai masa depan dalam arena politik, baru setahun jagung menjadi wakil rakyat dan diberi kepercayaan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Tiada sebab munasabah untuk dia meletak jawatan dalam pentadbiran negeri dan juga selaku wakil rakyat.

Mungkinkah apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang, khasnya, dan dalam PKR, amnya, adalah satu permainan wayang kulit yang digerakkan oleh seorang tok dalang? Siapakah tok dalang PKR?

Saya kira percaturan yang diatur di Penanti mungkin akan memeranjatkan ramai pihak terutama tok dalang itu sendiri. Tidak semua gerak dan geri yang didalangi itu pasti mengikut rentak dan lagu yang dimainkan. Ada kalanya ia tersimpang dan terjatuh.

Mungkin di Penanti nanti, orang yang menanti, orang yang menunggu dan orang yang menyambut tetamu akan berpindah ke majlis yang lain kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap majlis yang sengaja diaturkan untuk kepentingan pihak dan golongan tertentu.

Sesungguhnya, penantian di Penanti akan menjadi penantian yang menyiksakan.

Sidang DUN Perak 7 Mei tidak boleh diteruskan.

Sidang DUN Perak 7 Mei tidak boleh diteruskan.
Posted on Saturday, April 18 @ 16:13:55 MYT by Paktam
Oleh Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain.


Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009

Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.

Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.

Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.

Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.

Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.

Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Penanti: BN mengaku Kalah.

Penanti: BN mengaku Kalah.
Posted on Saturday, April 18 @ 16:19:08 MYT by Paktam

Petikan Malaysiakini

Perdana Mente ri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.



"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis `Sambutan Meraikan Perdana Menteri' peringkat Parlimen Pekan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas, lapor Bernama.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno berkata beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," katanya.

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN itu berkuatkuasa dua hari lepas.

Najib berkata BN akan sepakat berhubung pilihanraya kecil itu.

"Sebab kita perlu buat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Khamis lepas, Mohammad Fairus mengumumkan peletakan jawatan sebagai ADUN Penanti.

Mohammad Fairus, 32, yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, berkata langkah beliau itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala tohmahan selain bagi membolehkan beliau melanjutkan pelajaran.

SPEAKER TIDAK KEBAL

SPEAKER TIDAK KEBAL
Posted on Saturday, April 18 @ 15:35:23 MYT by TokAyah

Oleh Mat Gedek


 Semenjak dua menjak ini, Zamry MB Perak yang dilantik melalui rampasan kuasa gembira betul. Apa tidaknya, Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa perintah penggantungan selama 18 bulan ke atas beliau dan 12 bulan ke atas enam anggota exco kerajaan negeri oleh Speaker negeri V Sivakumar, adalah tidak sah dan batal.



Mahkamah membuat keputusan demikian kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Oleh itu Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Alauddin, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Hakim Alauddin dalam penghakimannya berkata perintah penggantungan oleh speaker ke atas MB Perak dan enam orang exconya melampaui perlembagaan negeri. Hakim ini juga berkata di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak, mahkamah mempunyai kuasa menyelesaikan saman pemula difailkan oleh Zambry dan enam anggota exco di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2 Mac.

Dengan perintah mahkamah ini, kekebalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwar-warkan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada akta atau undang-undang lain yang boleh mencabarnya kecuali Parlimen sendiri meminda perlembagaan adalah meleset. Apa yang sebenarnya speaker tidak kebal. Keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN boleh dicabar di mahkamah dan jika penyaman boleh membawa bukti yang menyakinkan mahkamah, keputusan speaker akan dibatalkan.

Peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyebut; Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan menyebut: 'Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah'. Begitu juga fasa; Perkara 72(2): 'Tiada seorang pun boleh didakwa dalam apa-apa jua perbicaraan dalam mana-mana mahkamah mengenai apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberi olehnya apabila mengambil bahagian dalam perjalanan mana-mana Dewan Negeri atau mana-mana jawatankuasanya'.

Pentafsiran kekebalan speaker DUN ini sendiri dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenivasan. Katanya kekebalan itu dihuraikan secara jelas dalam Perkara 72(1) dan 72(1) Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 2 dan 3 Enakmen Dewan Undangan Negeri Perak (Hak Istimewa) 1959. "Ia selaras dasar pemisahan kuasa antara eksekutif (kerajaan), legislatif (Parlimen) dan kehakiman yang menjadi asas amalan demokrasi negara bagi memastikan tiada campur tangan tiga badan terbabit

Kedua-dua ‘perkara’ di atas tidak boleh dijadikan hujah kekebalan speaker kerana perlu dibaca dengan Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak sepermana yang di putuskan oleh mahkamah.

Namun peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah tetap berpendapat tindakan Speaker Perak tidak bertujuan melanggar undang-undang dan perintah penggantungannya terhadap Zambry dan enam anggota exco itu adalah betul. Tetapi Hakim Mahkamah Tinggi pula secara sebulat suara mengatakan tindakan speaker terbatal dan tak sah kerana tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Nampaknya rakyat telah diberikan maklumat yang mengelirukan mengenai krisis perlembagaan di Perak. Yang hairan, bagaimana peguam-peguam PR dan Majlis Peguam sendiri yang pakar dalam selok-belok undang-undang seolah-olah tidak tahu akan wujud Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak. Artikel ini membolehkan mahkamah membatal keputusan yang dibuat oleh speaker dalam persidangan DUN.

Sehubungan dengan itulah Zamry dan UMNO sendiri sangat gembira dengan keputusan mahkamah ini. Dalam kenyataannya, Zambri meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan mahkamah hari ini.

Memang patut beliau gembira kerana krisis yang berlaku di Perak sudah hampir sampai ke penghujungnya dan beliau akan di isytihar sebagai pemenang. Selepas ini beliau akan dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada jawatan MB dan memasang impian kepada jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO. Sama ada jawatan MB itu diperolehi daripada rampasan kuasa dan disahkan oleh mahkamah, tidak menjadi soal.

Benarkah begitu, adalah Zamry akan diisytihar menang pada pusingan ini. Sebenarnya keputusan mahkamah ini belum membolehkan Zamry diisytihar sebagai pemenang. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak menyebut Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga Adun Lompat atau mana-mana Adun masuk ke dalam dewan Dun. Keputusan mahkamah hanya membatal pergantungan Zamry dan enam anggota exco kerajan negeri daripada menghadiri sidang DUN dan tidak melibatkan Adun Lompat.

Sebab itu menurut peguam Sivakumar, mereka akan tunggu dan lihat apa akan berlaku kerana Speaker masih ada di persidangan itu nanti. Ini bermakna Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan Adun-Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar daripada menghalang UMNO memerintah negeri Perak.

Tiga pengawal ditahan disyaki guna Mykad palsu

Tiga pengawal ditahan disyaki guna Mykad palsu

Lead-9a-17
PALSU ... Husaini menunjukkan salah satu Mykad yang disyaki telah diubah-suai serta peralatan membuat dokumen palsu.
17th April, 2009

TAWAU: Tiga pengawal keselamatan ditahan oleh Pasukan Gerakan Marin Tawau (PGMT) ekoran disyaki menggunakan MyKad palsu dan hasil penahanan mereka, PGMT turut menyerbu sebuah rumah di Batu 5, Jalan Apas Tawau dan kemudiannya menemui pelbagai dokumen lain yang turut disyaki palsu.

Dokumen-dokumen yang ditemui terdiri daripada 9 MyKad, 9 keping Kad Pengenalan Bunga Raya, 11 keping lesen memandu, 11 keping lesen memandu kenderaan barang-barang Malaysia (GDL) dan 5 keping lesen memandu kenderaan perkhidmatan awam.

Turut ditemui ialah 2 unit dater stamp, 1 unit dakwat setem, 10 keping gambar, 85 keping kertas pelekat (laminating film)dan 1 set cop jari.

Pegawai Pemerintah PGMT DSP Husaini Zainal Abidin berkata, kejayaan itu berlaku pada Rabu lepas (15 April 2009) apabila dua anggota PGMT menahan seorang daripada pengawal keselamatan tersebut pada kira-kira jam 7.20 malam, di kawasan berhampiran sebuah kilang di Batu 3, Jalan Apas Tawau.

Hasil pemeriksaan katanya, suspek, 51, telah menunjukkan MyKad bernombor 580102-12-5255, atas nama Ibrahim Damang.

Bagaimanapun, apabila MyKad tersebut diperiksa menggunakan pembaca MyKad, nama yang tertera ialah Konens Mauris dengan nombor MyKad 910602-12-6157.

Berikutan itu, suspek kemudiannya dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau dan hasil siasatan, polis berjaya menahan suspek kedua yang bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah syarikat gergasi di Batu 5, Jalan Apas Tawau, pada kira-kira jam 8.20 malam, hari yang sama.

Suspek kedua yang berusia 20-an katanya, turut telah menunjukkan seke-ping MyKad bernombor 800308-12-5063 ketika diperiksa, namun cip pada MyKad tersebut tidak dapat dibaca menggunakan pembaca MyKad.

Selain itu katanya, bayangan gambar yang tertera juga tidak jelas sementara perkataan ‘Warganegara’ pada MyKad tersebut tidak tertulis seperti yang sepatutnya.

Husaini memberitahu, pada malam yang sama iaitu kira-kira jam 8.50 malam, PGMT membuat satu lagi serbuan ke sebuah rumah tidak bernombor, berhampiran Batu 5, Jalan Apas Tawau.

Di rumah itu katanya, pihaknya menahan seorang lagi suspek yang berusia 20-an, setelah dia menunjukkan sekeping MyKad bernombor 840820-12-6197 atas nama Herman Pallu.

Bagaimanapun, wajah di dalam MyKad tersebut tidak menyerupai wajah sebenar suspek.

“Setelah menahan ketiga-tiga mereka, akhirnya sepasukan anggota PGMT menyerbu pula sebuah rumah tidak bernombor, berhampiran di kawasan Kg. Kinabutan, Batu 5, Jalan Apas Tawau pada kira-kira jam 9.30 malam. Serbuan diketuai oleh ASP Krishan a/l Rama-samy,” katanya.

Bagaimanapun begitu ujarnya, tiada sesiapa berada di dalam rumah berkenaan kerana penghuninya dipercayai telah melarikan diri.

Namun demikian, pihaknya katanya berjaya menemui satu bekas plastik putih di kawasan luar rumah, yang mengandungi kesemua dokumen dan peralatan berkenaan.

“Kita percaya ini adalah satu sindiket tetapi kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut. Ketiga-tiga pengawal keselamatan tersebut pula kini ditahan di bawah Peraturan 25 (1) (e), Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” kata beliau.

Husaini turut melahirkan penghargaannya kepada orang awam kerana kejayaan itu jelasnya adalah hasil daripada maklumat yang diberikan kepada pihaknya.

“Bagaimanapun, kita minta masya-rakat terus memberikan kerjasama sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat lain mengenai kes ini,” katanya.

Kesemua dokumen yang dirampas katanya akan diserahkan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan, untuk ditentu-sahkan kesahihannya.

Polis berjaya selesai kejadian bunuh dan tahan dua suspek

Polis berjaya selesai kejadian bunuh dan tahan dua suspek
17th April, 2009

KOTA KINABALU: Polis berjaya menyelesiakan kejadian bunuh yang dilaporkan pada Rabu dalam masa 12 jam dan menahan dua suspek.

Kedua suspek warga asing berumur lingkungan 20’an itu berjaya ditangkap polis antara jam 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi Khamis.

Ketua Polis Bandaraya ACP Ahmad Sofi Zakaria berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan New Sabah Times kelmarin.

Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di kawasan bandaraya dan polis kini sedang mengesan seorang lagi suspek warga asing yang masih bebas.

“Motif pembunuhan adalah cemburu dan dendam,” kata Ahmad Sofi.

Kedua mangsa yang mempunyai pertalian saudara mati setelah ditikam menggunakan senjata tajam pada kejadian yang berlaku jam 4.55 petang.

Orang ramai yang terlihat kedua mangsa tersungkur dekat sebuah perhentian bas di hadapan hotel Shangri-La dan Restoran Sri Kawang menghantar mereka ke Hospital Ratu Elizabeth.

Siasatan menunjukkan kedua mangsa dalam perjalanan berjumpa suspek untuk berbincang setelah suspek mengganggu teman wanita mangsa.

“Satu pergaduhan berlaku apabila mangsa dan suspek bertemu dan suspek telah menikam kedua-dua mangsa,” kata Ahmad Sofi. Menjawab satu soalan, Ahmad Sofi berkata polis belum menemui senjata yang digunakan semasa kejadian.

“Polis masih menunggu laporan daripada hospital mengenai kecederaan yang dialami mangsa dan sebab kematian,” tambah Ahmad Sofi.

Ambuyat:

Hebat betul PDRM K.Kinabalu...... sekejap jer selesaikan kes... memang hebat... PDRM Bukit Aman sampai sekarang tak dapat jejak pembunuh Adek Nurin... dan adek Sharlinie..... apahal??

Akibat cinta tidak berbalas pemuda tikam mati dua beradik

Akibat cinta tidak berbalas pemuda tikam mati dua beradik
17th April, 2009

BELURAN: Kerana dendam akibat cinta tidak berbalas seorang pemuda tempatan menikam dua adik beradik perempuan sehingga mati.

Berikutan itu polis menahan seorang pengawal keselamatan berhubung pembunuhan dua orang beradik perempuan petang Rabu itu.

Suspek warga tempatan, 24, disyaki membunuh kedua adik-beradik berkenaan di rumah mereka di Kampung Long Manis yang terletak kira-kira setengah jam daripada pekan Beluran.

Ketua Polis Daerah DSP Shivanathan a/l Velautham mengesahkan kejadian ketika di hubungi oleh wartawan New Sabah Times kelmarin.

Bapa mangsa terkejut apabila melihat kedua anak perempuannya Siti Norhafidah Harianto, 17, dan adiknya Siti Noradibah, 6 tahun mati berlumuran darah semasa balik ke rumah jam 5 petang.

Sepasukan polis diketuai oleh Shiva dan pegawai penyiasat dan anggota telah pergi ke rumah mangsa jam 6 petang setelah dimaklumkan oleh bapa mangsa.

“Kami mendapati kedua mangsa mengalami kecederaan teruk di badan akibat di tikam dengan senjata tajam,” kata Shiva.

Polis berjaya menahan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di SK Long Manis pada jam 9.15 malam hari yang sama.

Menjawab satu soalan, Shiva berkata siasatan menunjukkan suspek terpikat dengan Norhafidah namun gadis itu tidak membalas cintanya.

“Polis percaya suspek telah membunuh Norhafidah serta adiknya kerana rasa kecewa dan dendam,” Shiva berkata.

Setelah disoal siasat, suspek kemudian membawa Shiva ke rumahnya pada jam 2.30 pagi Khamis dan menunjukkan kepada Shiva sebilah pisau berukuran tujuh inci yang disembunyikan dalam sampah di be-lakang rumahnya.

“Kami berjaya menyelesaikan kes bunuh ini dalam tempoh empat jam dan menemui senjata yang digunakan untuk membunuh,” tambah Shiva.

Suspek kini direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Komen Ambuyat:

Bolehpun selesaikan kes SECEPAT Mungkin.... tapi apa hal dengan adek "Sharlinie" kenapa sampai sekarang masih belum berhasil ditemui??? Apa alasan PDRM dalam hal ini???

Jumaat, April 17, 2009

Petua Nenek Paktam,baik untuk amalan (Mesti BACA)

Petua Nenek Paktam,baik untuk amalan
Oleh: Paktam


Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata

Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Kes ragut di KL naik 100 peratus!

Kes ragut di KL naik 100 peratus!

Oleh TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 April – Jenayah ragut di ibu negara semakin membimbangkan dengan peningkatan 99 peratus kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Jenayah ragut antara Januari hingga April tahun ini mencatatkan kenaikan sebanyak 600 kes iaitu 1,206 kes berbanding 606 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, selain jenayah ragut, turut meningkat secara mendadak ialah samun berkumpulan tanpa senjata api dengan 1,005 kes atau peningkatan 80.5 peratus.

‘‘Empat bulan pertama tahun lalu jenayah itu merekodkan 1,249 kes, tahun ini pula mencatat 2,254 kes.

“Samun berseorangan tanpa senjata api pula turut meningkat sebanyak 24 peratus iaitu dari 234 kes kepada 290 kes,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Chin Wah, ketiga-tiga jenayah terbabit menyumbang 31 peratus dalam keseluruhan indeks jenayah di Kuala Lumpur setakat April tahun ini.

Memandang berat perkembangan itu, menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan oleh polis Kuala Lumpur sebagai langkah proaktif untuk mencegahnya daripada terus meningkat.

Chin Wah berkata, operasi yang berkonsepkan ‘kepolisan agresif’ itu menggabungkan semua jabatan dan cawangan IPK Kuala Lumpur, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), JSJ Narkotik, Cawangan Khas, Cawangan Trafik serta Pasukan Gerakan Am.

‘‘Sepanjang operasi dijalankan, polis akan lebih kerap menjalankan pemeriksaan terhadap orang ramai di kawasan tumpuan jenayah yang dikenal pasti selain sekatan jalan untuk memeriksa kenderaan.

‘‘Oleh itu, polis harap orang ramai akan faham tindakan polis dan memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk menyalurkan maklumat kepada polis,’’ katanya.

Beliau berkata, operasi tersebut telah bermula semalam dan pihaknya memperuntukkan tempoh sebulan bagi melihat hasilnya sebelum ia dikaji dan diperkemaskan sekiranya perlu untuk bulan seterusnya.

‘‘Kita juga akan mengeluarkan statistik harian yang mengandungi indeks jenayah dan jumlah pemeriksaan serta tangkapan untuk siaran media.

‘‘Inisiatif ini bukan bertujuan menakut-nakutkan warga kota tetapi kita mahu mereka tahu gambaran sebenar keadaan jenayah di ibu negara serta ingin mereka tahu apa yang polis lakukan untuk mengatasi masalah ini,’’ jelasnya.

Dalam tempoh 24 jam pertama operasi tersebut, polis melakukan 37 tangkapan hasil pemeriksaan ke atas 1,837 individu.

‘‘Kita berjaya menahan lapan suspek kes samun di kawasan Sentul dan Brickfields, 15 penagih dadah dan selebihnya ialah pendatang asing tanpa izin,” tambahnya.

Selain itu, daripada jumlah 1,089 kenderaan yang diperiksa, polis menemui semula tiga buah motosikal yang disyaki kenderaan dicuri.

Dalam pada itu, Chin Wah mengarahkan supaya semua pemeriksaan turut dihadiri oleh seorang pegawai atau anggota beruniform.

‘‘Kita sedar mungkin akan ada pihak yang cuba menyamar sebagai polis untuk melakukan sesuatu terhadap orang awam, jadi orang ramai jangan bimbang ditipu,’’ katanya.

Tidak khusyuk di dalam sembahyang

Kefahaman pilihan - Tidak khusyuk di dalam sembahyang
(sumber http://www.ikim.gov.my/suduthukum)
Thursday, April 16, 2009 3:14 PM
From:
Tidak Khusyuk Di dalam Sembahyang

Jawapan:

Tidak khusyuk dalam sembahyang mempunyai beberapa makna:

1. Tidak khusyuk kerana seseorang itu banyak bergerak ketika bersembahyang seolah-olah dia bukan berada di dalam sembahyang, seperti menggaru-garu badannya, melihat jam, berpaling, membetulkan serbannya dan lain-lain seperti yang banyak kita lihat.

Semua ini adalah pergerakan yang membatalkan sembahyang kerana ia sia-sia, tidak lahir dari seorang muslim yang mahu menghadap Tuhannya dengan hati dan seluruh fikirannya, juga tidak lahir dari seorang muslim yang menghormati sembahyang, merasa dan sedar akan nilainya.

2. Tidak khusyuk kerana pergerakan yang sedikit sahaja, fikiran melayang atau hati tidak hadir dalam sembahyang.

Walaupun ini tidak membatalkan sembahyang, tetapi ia menghilangkan rohnya. Roh sembahyang adalah khusyuk, dan Allah pernah berfirman:

'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk di dalam sembahyang mereka.'

(Al-Mukminun: 1-2)

Justeru itu khusyuk ada dua jenis iaitu khusyuk hati dan khusyuk anggota badan.

Khusyuk hati ialah menghadirkan penjagaan Allah Taala dan kebesaran-Nya, meneliti makna aI-Quran serta apa yang dibaca dan didengar atau zikir-zikir yang disebut, makna takbir dan tasbih, makna 'Allah mendengar orang yang memujinya' dan sebagainya.

Mendatangkan makna zikir-zikir dan meneliti apa yang dibaca atau didengar akan membuatkan seseorang terasa bahawa dia sedang berdiri di antara dua 'tangan' Allah. Sembahyangnya mestilah bersih daripada pelbagai perkara sia-sia atau tidak berfaedah.

Seorang ulama salaf, Hatim Al-Assam pernah ditanya mengenai cara beliau bersembahyang. Beliau menjawab:

'Saya bertakbir dengan betul, membaca dengan tartil, rukuk dengan khusyuk, sujud dengan penuh rasa hina; saya membayangkan syurga di sebelah kanan saya dan neraka di sebelah kiri, jambatan siratul mustaqim di bawah kaki saya, Kaabah di antara dua kening saya, malaikat maut di atas kepala saya, dosa-dosa saya mengelilingi diri saya dan pandangan Allah kepada saya. Saya menganggap inilah sembahyang terakhir daIam hidup saya dan melakukannya dengan ikhlas setakat terdaya, kemudian saya memberi salam. Saya tidak tahu sama ada Allah menerimanya atau tidak. Sekiranya tidak, pasti Dia akan mencampakannya (sembahyang) itu ke muka orang yang mengerjakannya! '

Berdiri untuk sembahyang sambil menghimpunkan segala kerenah dunia dan menyibukkan diri dengan segala-galanya kecuali sembahyang adalah sesuatu yang tidak harus bagi seseorang muslim.

Ringkasnya, terdapat pelbagai perkara yang boleh memaksa atau mendorong manusia supaya terganggu ketika sembahyang. Setiap orang dituntut supaya menjauhkan perkara-perkara ini daripada kepala dan fikirannya serta hendaklah berdiri di tempat yang boleh mengkhusyukkannya untuk meneliti makna-makna ayat dan menumpukan perhatian setakat yang terdaya. Mudah-mudahan Allah akan mengampunkannya.

Khusyuk anggota badan pula adalah pelengkap kepada khusyuk hati, dan tanda kekhusyukannya adalah sebagaimana yang disebut dalam satu athar yang bermaksud:

Sekiranya khusyuk hati ini, nescaya khusyuklah anggota badan.

Maksudnya ialah jangan berpaling dalam sembahyang, bermain-main seperti kanak- kanak atau banyak bergerak sehingga boleh menghilangkan kekhusyukan dan roh sembahyang, sebaliknya hendaklah berdiri dalam keadaan sopan di hadapan Allah s.w.t. Ini amatlah dituntut dalam sembahyang.

Nota Kaki

Diriwayatkan oleh At- Tirmizi dalam An-Nawadin dengan sanadnya daripada Abu Hurairah.

Sumber : Dr. Yusuf al-Qardawi,Fatwa Masa Kini (Terjemahan) Jilid 2

Jangan derhaka..

Thursday, April 16, 2009 12:49 PM
From:

CeritaKu Buat RenunganMu

Jenazah Salmiah di bawa ke dalam bilik untuk di mandikan . Ahli keluarga arwah dan bilal jenazah wanita masuk mengiring. Saya berehat di ruang tamu, membaca ayat-ayat suci al-Quran. Bunyi jirusan air mencurah, kemudian jatuh ke dalam bekas mandian kedengaran jelas.

Habis sekali Yasin, saya bersandar ke dinding ruang tamu banglo cantik itu untuk melegakan urat belakang yang tegang. Saya picit-picit tengkuk, belakang lutut dan pergelangan kaki yang terasa sengal dan kebas. Ahhh,…baru lega.

Saya pandang sekeliling, jiran-jiran yang duduk di sisi serta yang yang baru sampai. Tapi secara puratanya, kalau nak di bandingkan dengan kematian di tempat lain, saya dapati tidak ramai yang datang melawat ke sini. Mungkin kerana arwah dan suaminya, Pahamin, tidak bercampur sangat dengan masyarakat.

Arwah lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah, tidak gemar menghadiri majlis-majlis dan kenduri kendara di tempat kediamannya manakala si suami jarang pulang ke rumah. Maklumlah, arwah adalah isteri mudanya.

Saya memerhati sekeliling, mencari kalau-kalau ada kenalan yang datang. Di ketika meninjau-ninjau itulah saya ternampak suami allahyarham, Pahamin sedang duduk di tepi tingkap sambil meriba anak bongsunya. Umur budak perempuan itu baru dua tahun. Abang dan kakaknya pula duduk dengan datuk mereka, bapa arwah Salmiah di dalam bilik.

Sudah lama saya kenal Pahamin, yang saya panggil Bang Min. Pahamin pernah meminta pertolongan saya untuk ‘memulihkan’ anak gadisnya yang di dakwa terkena buatan orang.

Menurut Pahamin, anak gadisnya dengan isteri tua beliau itu bekerja sebagai peramugari. Rupa parasnya menawan, potongan badan pun anggun. Masalah bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu menghina seorang lelaki Indonesia yang mengusiknya ketika pulang dari bekerja. Kata gadis itu, dia lebih rela berkahwin dengan kambing daripada dengan lelaki Indonesia tersebut yang Cuma bekerja sebagai buruh binaan.

Namun seminggu kemudian, dia mula teringatkan lelaki itu. Rindu dendamnya makin menjadi-jadi menjelang senja. Kalau sehari tidak melihat lelaki berkenaan, anak gadis Pahamin akan meracau, menyebut-nyebut namanya. Alhamdulillah beberapa minggu selepas di rawat, gadis tersebut berjaya melupakan lelaki berkenaan. Nyata sekali, dia telah didengki dengan sihir.

Dari situlah saya mula kenal lebih rapat dengannya. Bila sudah kenal, Pahamin menceritakan pula latar belakang keluarganya, tentang isteri tua dan isteri muda. Saya pernah ke banglo itu, tapi tidak berbual sangat dengan arwah kerana saya lihat dia agak pendiam.

Saya tutup surah Yasin dan berjalan ke arah Pahamin yang sedang membelai rambut anaknya itu..

“ Assalamualikum, Bang Min.”

“ Waalaikumsalam. Oooo…ustaz, bila datang ?” dia bertanya.

“ Dah 10 minit. Saya duduk di sana , dekat tepi almari.”

“ Maaflah, tak perasan,” balas Pahamin.

“ Bila arwah meninggal, Bang Min ? “

“ Semalam, Maghrib. Di hospital,” kata Pahamin.

Menurut Pahamin, dia sendiri tidak menyangka Salmiah akan meninggal kerana menurut doktor, Cuma demam panas sahaja. Namun demamnya tidak pulih walaupun seminggu di tahan di wad, Salmiah meninggal dunia.

“ Kami bawa mayatnya malam tadi. Sampai sini pukul 9.00 malam,” kata Pahamin.

“ Tapi… umur dia belum masuk 40 lagi kan , Bang Min ?”

“ Belum, baru 37. Kira muda lagi. Saya kahwin dengan dia 12 tahun lepas, masa tu umur dia 25 tahun. Entahlah ustaz, patutnya saya yang pergi dulu…dah dekat 65 ni. Sakit jantung lagi…” kata Pahamin. Suaranya bergetar kerana terlalu sedih.

“ Sabarlah…redhakan dia pergi, Bang Min,”

Di sebabkan ada seorang saudara Pahamin datang, saya meminta diri. Saya kembali duduk di tepi almari dan membaca zikir serta ayat-ayat suci. Seorang demi seorang jiran datang. Sedang khusyuk membaca, tiba-tiba terdengar nama saya di panggil.

“ Hah…, awak. Kenapa Wan ?” saya bertanya kepada bilal jenazah wanita. Wan yang tiba-tiba muncul dan bertinggung di depan saya.

“ Ustaz…” bisiknya, “ ada hal sikitlah “ sambungnya sambil memberi isyarat mengajak saya ke tempat lain.

“ Kenapa ? Di sini kan boleh,” tanya saya. Surah Yasin saya tutup dan masukkan ke dalam poket.

Wan menggeleng. Dia memandang sekeliling saya, memberi isyarat bahawa ‘di sini ramai orang’ Dari raut wajah dan kerutan dahinya, saya pasti ada sesuatu yang tidak kena semasa dia menguruskan jenazah.

“ Ustaz…kita ke sana , ya,” bisik Wan.

Dia perlahan-lahan berjalan menuju ke sudut rumah yang agak jauh sedikit daripada orang ramai yang menziarah. Saya bangun dan mengekorinya.

“ Kenapa ni ? Berkerut aja muka awak,” kata saya.

Anak murid saya tu menggaru kepala. Dia menoleh ke kiri dan kanan. Ada perkara yang hendak di luahkannya, tapi masih tak mampu di luahkannya.

“ Cakaplah…ada masalah apa ?” saya bertanya.

“ Macam ni ustaz,” kata Wan. “ Alaaa..ni …apa tu…” dia tergagap-gagap.

“ Tak apa…beritau saya, mungkin saya boleh Bantu,” kata saya.

Dengan suara berbisik Wan berkata; “Ustaz bahagian sulit arwah bengkak, keluar nanah tak henti-henti.”

Nanah ? Saya terkejut. Tadi, Pahamin tidak pula memberitahu saya apa-apa akan keadaan arwah.. Malah penyakit arwah tiada kaitan dengan alat kelaminnya.

“ Bengkak macam mana ? Nanah macam mana ? “ tanya saya.

Menurut Wan, sewaktu meratakan air ke tubuh jenazah, dia menggosok bahagian alat sulit arwah, tiba-tiba dia merasa ada sesuatu yang pelik. Kemaluan jenazah bengkak seperti belon. Ia merening merah seperti jambu air yang sedang ranum. Seolah-olahnya bahagian itu baru di sengat binatang berbisa, hanya menunggu masa untuk pecah dan menyemburkan isinya.

Lebih mengejutkan Wan, bila gosok ke celahan bahagian alat sulit itu, mengalir pula nanah yang amat busuk baunya. Ia berwarna kuning kehijauan, seperti nanah atau darah yang bercampur-aduk dengan kotoran pekat. Likat, meleleh dari farajnya.

“ Baunya…ya Allah, busuk. Saya mencucinya dengan air dan kapas, tapi kemudian mengalir semula. Ia tak berhenti-henti meleleh walaupun puas di cuci,” tambah Wan.

Anak murid saya itu memberitahu, kawan-kawan yang menggantikannya untuk membersihkan bahagian sulit arwah juga merasa pelik melihat bengkak yang lebam merening serta nanah pekat yang terus-terusan mengalir. Hendak di bincangkan di situ, bimbang nanti tersinggung pula ahli keluarga arwah yang turut ada di dalam bilik.

“ Sebab tulah saya datang jumpa ustaz ni. Saya teringat ustaz ada di luar, mungkin boleh tolong sikit, beritau kami apa nak buat. Saya tak maulah benda ni jadi heboh. Aib jenazah, ustaz,” kata Wan.

Mendengar cerita itu, saya menasihatkan Wan supaya terus memandikan jenazah tersebut. Apabila di rasakan sudah cukup bersih, cepat-cepatlah di lap, kemudian letakkan kapas bahagian tersebut. Lekapkan agak tebal sedikit supaya nanah tidak menembusinya.

Kata saya, buat sepantas yang boleh supaya bau tersebut tidak tersebar, kelak akan memalukan jenazah. Kepada orang yang memandikannya, bukan rahsia, tapi kepada keluarga dan jiran-jiran, tentulah mereka nanti tertanya-tanya. Dari situ, timbul pula fitnah dan cakap-cakap yang tidak elok.

“ Terima kasih ustaz,” kata Wan.” Saya pergi dulu “

Dia bergegas masuk semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian , bunyi jirusan berhenti. Lebih setengah jam kemudian, Wan memberitahu saya, jenazah sudah pun di kapankan. Seperti lazimnya, ahli keluarga arwah merapati mayat untuk mencium dan membacakan ayat-ayat suci untuknya.. Mayat di kebumikan tidak lama kemudian.

Selesai urusan, saya mendekati Wan, dan bertanya lebih lanjut kepadanya. Maklumlah, dia baru beberapa tahun terlibat dengan pengurusan jenazah dan tidak ada pengalaman menyempurnakan mayat yang sebegitu sifatnya. Nyata, Wan masih terkejut dengan apa yang di alaminya tadi.

“ Ustaz,” kata murid saya itu, “ bukan aja kemaluan arwah bengkak merening, bernanah, tapi buah dada dia pun jadi..jadi…macam mana saya nak cakap ya…” katanya tanpa menghabiskan kata-kata.

“ Jadi macam mana pulak, Wan ?” saya bertanya.

“ Hmmm…jadi kecut. Macam mana ustaz tengok buah pinang kering, kecut, berkedut, macam tu lah buah dada jenazah. Macam peria kecut. Saya bukan nak aibkan jenazah, tapi nak beritau ustaz aja. Saya tak pernah tengok benda-benda macam ni, jadi saya beritau supaya ustaz yang dah berpuluh tahun urs jenazah dapat membantu,” katanya.

Saya termenung. Aneh benar keadaan si mati. Bukannya hendak mengada-adakan sesuatu yang buruk, bukan….tapi terfikir saya, kenapa hanya di bahagian-bahagian sulitnya saja yang jadi jelik. Badannya macam biasa saja, tapi pelik sungguh…yang bawah merening, yang atas mengecut ?

Kalau dia sakit teruk, tak makan tak minum hingga badan tinggal tulang, mungkin juga. Itulah logiknya hingga buah dada arwah mengecut. Tapi arwah tidak macam tu. Dia Cuma terlantar seminggu di hospital. Makan minumnya terjaga.

“ Tak apalah, Wan. Serahkan lah sahaja pada Allah. Kita ni tak boleh nak syak wasangka tanpa bukti. Mungkin dia ada penyakit di bahagian itu, mana kita tau.

“ Anggaplah ini pengalaman yang baik, yang akan mengajar awak bagaimana untuk menguruskan jenazah-jenazah lain pada masa-masa akan datang.” Tambah saya lalu meminta diri.

Hendak di jadikan cerita, dua minggu kemudian Pahamin datang ke rumah saya. Dia mengadu tidak dapat tidur lena kerana selalu di ganggu bayangan arwah.

“ Kadang-kadang nampak kelibat dia dalam bilik tidur. Ada kalanya berbau wangi, macam perfume yang dia selalu guna. Anak-anak pula beritahu, pernah mereka terdengar bunyi tapak kaki berjalan dalam bilik arwah. Tapi bila buka, tak ada,” katanya.

Lama juga kami berbual, hinggalah masuk kepada bab keluarga. Tanpa sedar , dan tanpa di minta Pahamin membuka rahsia hubungan beliau dengan arwah. Langsung, tersingkaplah rahsia mengapa bahagian-bahagian sulit arwah menjadi demikian jelik.

“ Ustaz,” kata Pahamin, “ saya rasa, mungkin ia berlaku sebab arwah nusyuk dan melanggar sumpah.”

“ Sumpah ? Saya tak faham, Bang Min.”

“ Ya, sumpah. Saya akui, saya ni bukan baik sangat. Arwah pula bila jiran-jiran beritahu saya ada perempuan lain, dia mula naik angin. Dia kata, tak cukup dua, nak menggatal lagi. Tua tak sedar diri, katanya..

“ Hubungan kami jadi renggang. Kami selalu berselisih faham. Saya makin jarang balik ke rumah arwah. Kalau balik pun, tak ada lain…. Bertengkar, bertengkar, bertengkar.

“ Dalam masa yang sama , saya di maklumkan oleh kawan-kawan, arwah ada buat hbungan sulit dengan lelaki lain. Saya tanya dia, betul ke ? Dia tak mengaku. Macam-macam dia berdalih. Tapi saya tak percaya. Bagi saya, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Hubungan kami makin hari makin teruk.

“ Kemuncaknya kami bertengkar hebat. Saya kata, ‘ Salmiah, cakap terus terang, awak ada buat hubungan dengan lelaki lain tak ? Awak ada buat benda tak senonoh tak ?

“ Dia tak mengaku. Saya kata, saya tak percaya.. Lama kami bertengkar. Akhirnya dia kata, kalau suami boleh buat, boleh cari perempuan lain, kenapa isteri tidak ? Kata arwah dia masih muda, masih bergetah, bukannya susah sangat nak cari pasangan.

“ Bila saya kata, ‘ awak mesti dah buat benda terkutuk dengan lelaki lain’ arwah marah. Dia marah betul. Dia kata,’ saya bersumpah , kalau saya buat dengan orang lain, alat sulit saya ni akan di binasakan Tuhan.’

“ Lebih kurang tiga bulan lepas bersumpah, arwah sakit. Badan panas, tak boleh bangun, sampailah meninggal. Yang saya pelik, dan menyebabkan saya kata mayat dia jadi macam tu sebab derhaka dan melanggar sumpah ialah alat sulitnya merening manakala buah dada mengecut sebaik sampai ke rumah.

“ Kami perasan benda tu masa nak salin pakaiannya. Mula-mula nampak buah dadanya mengecut. Kemudian nampak pula bahagian alat sulitnya mengelembung, merening macam belon. Makin lama, makin besar dan keluar nanah,” kata Pahamin.

Saya termangu mendengarnya. “ Mungkin dia ada sakit di bahagian itu tak, Bang Min ?”

“ Tak …tak ada. Yang itu saya tau benar. Lagi pun saya tengok dia di hospital, buah dada dan alat kelaminnya normal,” tegas Pahamin.

Saya termenung. Ini sudah kes berat. Dalam hati saya berkata, mungkin ini lah balasan Tuhan pada isteri yang menderhaka, curang, nusyuz kepada suami.

MERUNGKAI RAHSIA EMOSI, STRESS & SIGNAL TUBUH…

MERUNGKAI RAHSIA EMOSI, STRESS & SIGNAL TUBUH…

Thursday, April 16, 2009 5:23 PM
From:

Alhamdulillah. ..dapat juga saya tunaikan janji saya...

Ambil masa sebentar sementara little khalifah Muiz HAkiem...beradu dlm buaiannya... rupanya ada dikalangan sahabat yang berminat ingin menatap wajah Muiz khususnya tang telinga Muiz yg berbentuk kalimah ALLAH…(fofular jap anak den…hee…tak terlintas pun sebabtu tak publish gambar muiz kat facebook @ blog…siap tanya asben masa mula-mula noticed special tentang telinga Muiz kat SJMC abang nak Muiz glamer ker, kalau nak ibu bagitau kat kekawan reporter…tapi asben tak bagi…memang standard low profile kamilaatu….nak tengok mailaa dtg teratak kami)…

Syukur alhamdulillah, pagi-pagi lagi saya menerima YM khabar gembira drpd salah seorg klien yg menjalani rawatan ikhtiar zuriat bersama saya, alkisahnya dah masuk 7 bulan rupanya beliau hamil…(punyalaa lama saya bercuti…tak online)Terasa bermakna ilmu yg dikongsikan…inilah sebahagian ‘makna’ yg saya cari sebenarnya manisnya membantu insan lain merealisasikan impian mereka & manisnya ukhwah yg terjalin…

Nampak gayanya saranan-saranan rakan belum mampu saya tunaikan…suruh saya buat buku…hobi suka-suka hati menulis saya kini kembali aktif…(baru jap terfikir kenapa tak buat buku…bila diteroka dlm minda yg 90%nie…mungkin disebabkan factor “AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA..”yang penting ilmu yg bermanfaat mampu menyentuh emosi dan insyaAllah memberi insight & hidayah buat yang memerlukan & yang mencarinya…oklaa sambung topic merungkai…MISTERI…EMosi, stress & signal tubuh kita…tapi bab tulis buku nampak gayanya kena buat jugalaa sekurangnya ILMU dapat disampaikan dgn lebih kemas & sistematik…ramai sungguh yang dah bertanyanie…Pn Aniz tak menulis buku ker???Terkesan juga nampaknya penulisan saya. Dulu time belajar ada Pensyarah suruh buat assignment baru siap sekarang…???Kena amik Phd plak ker…supaya ada rasa seriau sket…tak siap kena marah ngan Pensyarah dpt plak gred tak cantik…apapun skangnie… sendirilaa mau ingat…pandai-pandailaa cari ruang & masa explore bab buku plak lepasnie…

Stresskah aku???

Dulu sebelum melewati ujian Allah & pergi mengaji saya sendiri tak sedar & TAK TAHUPUN rupa-rupanya emosi, stress memainkan attribute yg sgt signifikan terhadap kefungsian tubuh manusia selain FAKTOR PEMAKANAN & GAYA HIDUP. Ingat lagi masa awal-awal smbg master dulu....dgn anak kecil, kerja, belajar...memanglaa penat (masa-masa mula-mula 1st sem ~ masa nie baru nak buat penyesuaian) saya dapat high blood pressure, berat badan naik, inbalance hormone ~ perjalanan haid jadi melilau dan Doktor cakap awaknie stress ...siap cadangkan kita pergi SPA, bercuti dsbgnya...(dlm hati cakap ...yelaatu Dr padahal manakenya ada masa Dr… dlm kepalanie dok ingat exam, assignment nak kena cope apatidaknya drpd field Property Management pie amik Kaunseling semuanya benda baru ~ memang mencabar apapun disebabkan benda yang kita minat so macam orang bercintalah…walau hebat cabaran tapi SERONOK @ ENJOY bila belajar, ini tak masuk bab kerja rumah, hubungan kekeluargaan….dll…pulaktu SIAP SAYA MENAFIKAN WAKTU ITU...tapi itu dululaa)...Tapi setelah didedahkan dlm kuliah STRESS MGMT...emm barulah saya sedar...stress bukan shj berpunca dr masalah atau bebanan emosi SEMATA-MATA tetapi juga disebabkan komitmen hidup...ada misi @ agenda, tanggungjawab yg perlu diselesaikan. ..terkejar- kejar...sehingga kan tubuh tidak menikmati REHAT yg sewajarnya.. .(nak-nak kalau body jenis banyak asid lagilaa cepat problem singgah)Ada org yg body jenis alkaline biasanya golongannie memang power jenis tubuh HEAVY DUTY…tidur sehari sejam, dua jam pun dah cukup...apapun tidak digalakkan sebenarnya.. .DAH fitrah manusia Allah jadikan malam masa untuk berehat...maka berehatlaa.. .waktu tidurlaa Allah repair sel-sel tubuh kita yg rosak...So ikut shjlaa infactnya sunnah tidur seawal jam 10mlm supaya waktu tgh malamnya pula boleh bangun untuk tahajud…memang cantik sekali sebenarnya peraturan Allah…kita shj yg kadang menidakkannya…sedangkan itulah penawarnya…alamak kena stop jap...Muiz nangis...

Tidur & Allah repair sel-sel tubuh…

Ok sambung semula…TIDUR MEMAINKAN PERANAN YG PENTING DALAM KESIHATAN TUBUH MANUSIA…Mengikut hasil penerokaan saya juga rupa-rupanya ada jadualnya Allah repair tubuh kita…jam 1 pg ~ 3pg Allah repair bahagian liver…iaitu HATI….Kesihatan hati sangat penting inilah pusat penapis segala kotoran dlm tubuh kita. Antara symptom hati kurang sihat @ bersih…itu yg diet bukan main tapi berat badan tak turun-turun sebabnya antara tugas penting hati adalah menukar lemak kpd bentuk cecair untuk dibawa keluar oleh sistem perkumuhan…(so ada kekawan yg mengalami masalah berat badan elok juga ambil milk tistle sejenis herba yg fungsinya membersihkan hati boleh dapatkan di farmasi) selain itu masalah kesihatan hati juga boleh mengundang masalah sinus, migrane apa lagi…constipation…ini sebahagian symptom hati yg sedikit kurang sihat…kalau yg dah teruktu lain pulak ceritanya…apapun kaedah pencegahan itu lebih baik drpd merawat.

Bagi yang mengalami masalah insomnia ada baiknya dirawat segera….jangan biarkan ianya berlarutan. Bukan apa apabila tidak mampu menikmati tidur yg sihat…konsekuennya kesejahteraan tubuh pasti akan terjejas.Biasanya adalaa “hidden issue’ yg mengiringitu…ada kaitan dengan EMOSI tanpa disedari…

Ceeta bab tidur, saya memang PECINTA TIDUR…ingat lagi waktu belajar kalau time nak exam...study week...orang sibuk tidur lewat study...buat study grup (kununyalaa tapi pengamatan & pengalaman peribadi saya sendiri banyak yg borak kosong drpd ilmiahnya so memang saya jarang-jarang sekali involve dgn study grup kalau ada pun belajar dgn kawan baik saya yang sama kepala dengan saya yang tak suka buang masa…cara kami enjoy masa kami adalah dgn carik side income…buat MARKET STUDY DGN FIRMA SWASTA waktutu...ada waktu terluang kami join abang2 senior dan geng-geng coursemate lelaki cari side income buat survey…diam tak diam satu semester kadang dapat juga RM1+++ siapa nak bagikan dah tua bangka…pastu balik cuti bolehlaa bagi kat mak dan abah duit…belikan hadiah yang best-best sket…dan paling best juga pegi tabor duit kat shopping mall kat area JB waktutu…shopping sakan keluar pukul 10pg balik pukul 11mlm, apapun that’s the way I reward my self).. Apapun bagi saya kalau tidur tetap penting, takde apa keperluan penting SHARP jam 11mlm...time tidurrr...musti TIDUR…sambiltu sebelum tidurtu berkepitlaa dgn peta minda, note yg mcm cacing kerawit...(rupa- rupanya inilah kehebatan kuasa minda…applikasi otak kiri & otak kanan saya mainkan serentak tanpa saya sedari…HAFAL & VISUALISE)punyalaa halus tulisan 1 sem punya pelajaran dimampatkan dlm lipatan2 kecil...pastu tidurlaa dgn senang hatinya...apapun ada rahsianya juga kenapa saya suka tidur waktu tu (nak-nak final sem....he..he. ...he waktu sebelum tidur lazimnya waktu bergayut dgn cik abg...naik panas telinga kadang dibuatnya... benua Amerika ngan Malaysia mcm kampung sebelahjer bergayut...sampai roommate pun naik konpius.Mulatu suspen & sakit jiwa juga apatidaknya dpt bilik tingkat bawah coverage tak cun…infact takde roaming (era 90-an coverage memang tak cun sgt…mujurlah akal panjang tukar bilik tingkat atas yg kebetulannya kosong…fuhh, lega…pastu yang bestnya juga boleh telefon parent sesuka hati…takyah beratur lagi kat public phone)

Emosi, Stress & Signal Tubuh…

Cerita alam student…memang menyeronokkan. ..rasanya itulaa alam yg terindah selain zaman kanak-kanak. ..sebab timenie dah berakal sket...suka, duka pengalaman bersama-sama rakan-rakan mengajar erti berdikari & dewasa.Cinta monyet...cinta tak monyet semua pun adalaa...terketaq kat nak buat presentation. ..membahagi masa mengulangkaji pelajaran & bersuka-ria. ..frust , gumbira dgn gred & Pensyarah yg bias dan yg tak bias....So timenie jugalaa kadang bagi yg student perempuannya ada yang mengalami perjalanan haid yang tidak teratur...bila skang ingatkan kembali ohh! Patutlaa...stress belajar...keterujaa n melewati alam remaja ada kaitanya dgn emosi...saya juga tidak terlepas menerima tempias itu...ada dikalangan rakan-rakan lain pula yang kesannya di wajah, jerawat berlumba-lumba menerbitkan diri kesan emosi yg dilalui...

Time nak dekat-dekat exam pula selalunya ramai yang kena selsema, batuk dan demam...kenapa yer??Rupa-rupanya itulah dianya impak emosi & stress...kurang tidur menelaah pelajaran, kebimbangan, tekanan semuanya bermain di minda dan mempengaruhi emosi...kadang makan minum pun jadi tak tentu apatah lagi ingin memastikan tubuh menikmati AIR YG SECUKUPNYA.. .

Begitulaa juga pemerhatian saya pada kes-kes yg singgah ke NQ...lazimnya isu melibatkan seperation, rejection, grieving...stress selalu klien datang dengan selsema bersama.Dan lagi satu....karbon dioksida juga punyalaa meriahnya dalam badan...sendawa. ..kadang klien mengadu sakit kepala...perut masuk angin...gastrik. ..these is all part of symptom stress related complaint... Selalunya memang saya sarankan klien BERLAKU JUJUR dgn diri mereka...Go and see the Doctor beritahu kisah U yg sebenarnya jika putus tunang ker...putus kasih dsbgnya, insyaAllah Doktor akan faham dan mintaklah MC...janganlaa pula berselindung. ..pura-pura @ berdalih(kat Malaysia lom lagi secara praktikal kaunselor mengeluarkan surat cuti...phobia harus stigma masyarakat ~ ada sakit mental ker mulalaa perasaan insan lain yg ingin tahutu...mencungkil RAHSIA ... so bagi menjamin kesejahteraan diri yg sedang kusut dan menghindari menjawab soalan-soalan CEPU EMAS ada baiknya pergi berjumpa Doktor utk mendapatkan MC selain mendapatkan khidmat kaunseling utk rawat emosi yg terganggu sedikit kesihatannya, sungguhpun dari segi perundangan tidak menjadi kesalahan kaunselor mengeluarkan surat cuti Cuma di Malayisa tidak dipraktikkan)

Raut wajah vs emosi...

Wajah tak mampu menipu diri...benarlah kata orang kecantikan yang sebenar lahir dari dalam...tapi kalau dalamannya sakit...emosinya terganggu... walau make up tebal 4 inci pun takkan mampu melindungi rahsia hati @ emosi yang sedang kacau @ sakit...melihat senyuman sudah memadai....senyum tapi tak nak senyum...macam takde energy...melekat kat hati tak sampai energynya di mata...dan di bibir...(ada kaitan dgn JOY CENTER kita...)InsyaAllah nanti ada kesempatan kita kupas tentang simpulan bahasa orang-orang lama...senyum tu membuka rezeki....sedekah. ..membawa kebaikan SERTA PERKAITANNYA DGN SAINS MINDA...otak depan kita...otak depannie kawal mood, otak tengah simpan memori ~ patutlaa selalu orang ngadu sakit kepala tangnie dan otak belakang pla kawal sistem saraf)

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN