PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Jumaat, Disember 26, 2008

Fadhilat Majlis Zikir

Kisah Teladan 14 : Fadhilat Majlis Zikir
Dilulus terbit pada Friday, June 25 @ 14:00:00 MYT oleh TokPenghulu


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah s.w.t. mempunyai malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir. Sebaik saja mereka menjumpainya, mereka duduk bersama dengan orang-orang yang berzikir itu serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang mengelilingi majlis zikir itu dengan sayap-sayapnya sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Lalu mereka ditanya oleh RabbNya (Dia Maha Mengetahui), "Apa yang dikatakan oleh hamba-hamba-Ku?" Para malaikat menjawab, "Mereka menyucikan dan mengagungkan Engkau, memuji dan memuliakan Engkau."
Allah berfirman, "Apakah mereka melihat-Ku?" Para malaikat menjawab, "Tidak, demi Allah, mereka tidak melihat-Mu." Allah berfirman, "Bagaimana kalau mereka melihat Aku?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihat-Mu, tentunya ibadah mereka akan bertambah, tambah menyucikan dan memuliakan Engkau."
Allah s.w.t. berfirman, "Apa yang mereka minta?" Para malaikat berkata, "Mereka memohon surga kepada-Mu." Allah berfirman, "Apakah mereka pernah melihatnya?" Para malaikat berkata, "Tidak, demi Allah, mereka tidak pernah melihatnya." Allah s.w.t. berfirman, "Bagaimana kalau mereka melihatnya?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berhasrat serta tamak dalam memohon dan memintanya."
Allah s.w.t. berfirman, "Pada apa mereka memohon perlindungan?" Para malaikat berkata, "Mereka memohon perlindungan dari neraka-Mu." Allah s.w.t. berfirman, "Apakah mereka pernah melihatnya?" Para malaikat berkata, "Kalau mereka melihatnya, niscaya mereka akan semakin berlari menjauhinya dan semakin takut." Allah s.w.t. berfirman, "Kalian Aku jadikan saksi bahawa Aku telah mengampuni mereka."
Salah seorang dari malaikat itu berkata, "Di dalam kelompok mereka terdapat si Fulan yang bukan bagian dari mereka. Ia datang ke sana hanya untuk suatu keperluan." Allah s.w.t. berfirman, "Anggota majlis itu tidak menyengsarakan orang yang duduk bergabung dalam majlis mereka."

Imam Abu Hanifah Vs. Ilmuan Kafir (Tentang Ketuhanan)

Imam Abu Hanifah Vs. Ilmuan Kafir
(Tentang Ketuhanan)


CikguHensem menulis - "Imam Abu Hanifah pernah bercerita : Ada seorang ilmuwan besar, Atheis dari kalangan bangsa Rom, tapi ia orang kafir. Ulama-ulama Islam membiarkan saja, kecuali seorang, iaitu Hammad guru Abu Hanifah, oleh kerana itu dia segan bila bertemu dengannya.
Pada suatu hari, manusia berkumpul di masjid, orang kafir itu naik mimbar dan mahu mengadakan tukar fikiran dengan sesiapa saja, dia hendak menyerang ulama-ulama Islam. Di antara shaf-shaf masjid bangunlah seorang laki-laki muda, dialah Abu Hanifah dan ketika sudah berada dekat depan mimbar, dia berkata: "Inilah saya, hendak tukar fikiran dengan tuan". Mata Abu Hanifah berusaha untuk menguasai suasana, namun dia tetap merendahkan diri kerana usia mudanya. Namun dia pun angkat berkata: "Katakan pendapat tuan!". Ilmuwan kafir itu hairan akan keberanian Abu Hanifah, lalu bertanya:
Atheis : Pada tahun berapakah Rabbmu dilahirkan?
Abu Hanifah : Allah berfirman: "Dia (Allah) tidak dilahirkan dan tidak pula melahirkan"
Atheis : Masuk akalkah bila dikatakan bahawa Allah ada pertama yang tiada apa-apa sebelum-Nya?, Pada tahun berapa Dia ada?
Abu Hanifah : Dia berada sebelum adanya sesuatu.
Atheis : Kami mohon diberikan contoh yang lebih jelas dari kenyataan!
Abu Hanifah : Tahukah tuan tentang perhitungan?
Atheis : Ya.
Abu Hanifah : Angka berapa sebelum angka satu?
Atheis : Tidak ada angka (nol).
Abu Hanifah : Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa tuan hairan kalau sebelum Allah Yang Maha satu yang hakiki tidak ada yang mendahuluiNya?
Atheis : Dimanakah Rabbmu berada sekarang?, sesuatu yang ada pasti ada tempatnya.
Abu Hanifah : Tahukah tuan bagaimana bentuk susu?, apakah di dalam susu itu keju?
Atheis : Ya, sudah tentu.
Abu Hanifah : Tolong perlihatkan kepadaku di mana, di bahagian mana tempatnya keju itu sekarang?
Atheis : Tak ada tempat yang khusus. Keju itu menyeluruh meliputi dan bercampur dengan susu diseluruh bahagian.
Abu Hanifah : Kalau keju makhluk itu tidak ada tempat khusus dalam susu tersebut, apakah layak tuan meminta kepadaku untuk menetapkan tempat Allah Ta'ala?, Dia tidak bertempat dan tidak ditempatkan!
Atheis : Tunjukkan kepada kami zat Rabbmu, apakah ia benda padat seperti besi, atau benda cair seperti air, atau menguap seperti gas?
Abu Hanifah : Pernahkan tuan mendampingi orang sakit yang akan meninggal?
Atheis : Ya, pernah.
Abu Hanifah : Sebermula ia berbicara dengan tuan dan menggerak-gerakan anggota tubuhnya. Lalu tiba-tiba diam tak bergerak, apa yang menimbulkan perubahan itu?
Atheis : Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.
Abu Hanifah : Apakah waktu keluarnya roh itu tuan masih ada disana?
Atheis : Ya, masih ada.
Abu Hanifah : Ceritakanlah kepadaku, apakah rohnya itu benda padat seperti besi, atau cair seperti air atau menguap seprti gas?
Atheis : Entahlah, kami tidak tahu.
Abu Hanifah : Kalau tuan tidak boleh mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya sebuah makhluk, bagaimana tuan boleh memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Ta'ala?!!
Atheis : Ke arah manakah Allah sekarang menghadapkan wajahnya? Sebab segala sesuatu pasti mempunyai arah?
Abu Hanifah : Jika tuan menyalakan lampu di dalam gelap malam, ke arah manakah sinar lampu itu menghadap?
Atheis : Sinarnya menghadap ke seluruh arah dan penjuru.
Abu Hanifah : Kalau demikian halnya dengan lampu yang cuma buatan itu, bagaimana dengan Allah Ta'ala Pencipta langit dan bumi, sebab Dia nur cahaya langit dan bumi.
Atheis : Kalau ada orang masuk ke syurga itu ada awalnya, kenapa tidak ada akhirnya? Kenapa di syurga kekal selamanya?
Abu Hanifah : Perhitungan angka pun ada awalnya tetapi tidak ada akhirnya.
Atheis : Bagaimana kita boleh makan dan minum di syurga tanpa buang air kecil dan besar?
Abu Hanifah : Tuan sudah mempraktekkanya ketika tuan ada di perut ibu tuan. Hidup dan makan minum selama sembilan bulan, akan tetapi tidak pernah buang air kecil dan besar disana. Baru kita melakukan dua hajat tersebut setelah keluar beberapa saat ke dunia.
Atheis : Bagaimana kebaikan syurga akan bertambah dan tidak akan habis-habisnya jika dinafkahkan?
Abu Hanifah : Allah juga menciptakan sesuatu di dunia, yang bila dinafkahkan malah bertambah banyak, seperti ilmu. Semakin diberikan (disebarkan) ilmu kita semakin berkembang (bertambah) dan tidak berkurang.
"Ya! kalau segala sesuatu sudah ditakdirkan sebelum diciptakan, apa yang sedang Allah kerjakan sekarang?" tanya Atheis. "Tuan menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dari atas mimbar, sedangkan saya menjawabnya dari atas lantai. Maka untuk menjawab pertanyaan tuan, saya mohon tuan turun dari atas mimbar dan saya akan menjawabnya di tempat tuan", pinta Abu Hanifah. Ilmuwan kafir itu turun dari mimbarnya, dan Abu Hanifah naik di atas. "Baiklah, sekarang saya akan menjawab pertanyaan tuan. Tuan bertanya apa pekerjaan Allah sekarang?". Ilmuwan kafir mengangguk. "Ada pekerjaan-Nya yang dijelaskan dan ada pula yang tidak dijelaskan. Pekerjaan-Nya sekarang ialah bahawa apabila di atas mimbar sedang berdiri seorang kafir yang tidak hak seperti tuan, Dia akan menurunkannya seperti sekarang, sedangkan apabila ada seorang mukmin di lantai yang berhak, dengan segera itu pula Dia akan mengangkatnya ke atas mimbar, demikian pekerjaan Allah setiap waktu". Para hadirin puas dengan jawapan yang diberikan oleh Abu Hanifah dan begitu pula dengan orang kafir itu.
Nota:
Kisah ini didapati dalam dua versi yang berbeza sedikit, satu mengatakan Atheis dan yang lain mengatakanya ilmuan kafir, persoalan-persoalan yang dikemukakannya adalah hampir sama, lalu saya combine soalan-soalannya dan menyusunnya sekali."

Dipetik dari TranungKite.com
Diedit dan disediakan oleh Abu Edda Soyiddeeqa
19 Rejab 1425H Bersamaan 04 September 2004M.

Derita Sakratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri

Kisah Teladan 9 : Derita Sakratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri
Dilulus terbit pada Thursday, June 24 @ 08:00:00 MYT oleh TokPenghulu


CikguHensem menulis - "Di zaman Rasulullah ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Suatu hari ia tiba-tiba jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah dan mengatakan suaminya sakit kuat dan dalam naza sakaratul maut. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, maka Rasulullah menyuruh Bilal r.a, Ali r.a, Salamam r.a dan Ammar r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah. Apabila mereka sampai ke rumah Alqomah, mereka terus mendapatkan Alqomah sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha-illallah, tetapi lidah Alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh Bilal r.a supaya memberitahu Rasulullah tentang keadaan Alqomah. Apabila Bilal sampai dirumah Rasulullah, maka bilal menceritakan segala hal yang berlaku kepada Alqomah. Lalu Rasulullah bertanya kepada Bilal; "Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab Bilal r.a, " Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya". Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal; "Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan kerumahnya".

Maka apabila Bilal sampai kerumah ibu Alqomah, lalu ia berkata seperti yang Rasulullah kata kepadanya, maka berkata ibu Alqomah; " Aku lebih patut pergi berjumpa Rasulullah". Lalu ibu Alqomah mengangkat tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasulullah. Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah; "Terangkan kepada ku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku". Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Ia sangat rajin beribadat, ia sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya". Bertanya Rasulullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya; " Aku murka kepadanya", lalu Rasulullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia patut mengutamakan aku dari isterinya, dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasulullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci lidahnya dari mengucap La iilaa ha illallah", kemudian Nabi s.a.w menyuruh Bilal mencari kayu api untuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasulullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasulullah, kamu hendak membakar putera ku didepan mataku?, bagaimana hatiku dapat menerimanya". Kemudian berkata Nabi s.a.w; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah mengampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya", demi Allah yang jiwaku ditangannya, tidak akan guna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya". Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dilangit dan kau Ya Rasulullah dan mereka-mereka yang hadir disini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasulullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucapkan La iilaa ha illallah atau tidak". Berkata Rasulullah lagi kepada Bilal ; "Aku khuatir kalau kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dari hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La iilaa ha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada disini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dari dapat mengucapkan kalimah La iila ha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik saja dia mengucap.

Maka Rasulullah s.a.w pun sampai di rumah Alqomah sambil berkata; "Segeralah mandi dan kafankan", lalu disembahyangkan oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia adalah orang yang dilaknat oleh Allah s.w.t, dan tidak diterimanya daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.
Dilulus terbit pada Monday, September 13 @ 00:48:16 MYT oleh CucuBavoo


"Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang
memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak
diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan
zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.

6 PERSOALAN HIDUP

6 PERSOALAN HIDUP

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati".
Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Maksud ayat 185, Surah Ali Imran)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Maksud ayat 179, Surah Al A'Raf). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Maksud ayat 72, Surah Al Ahzab).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan "solat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara "meeting" kita tinggalkan solat.

Lantas pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri."


Disediakan oleh: Abu Edda Soyiddeeqa

BERKENALAN DENGAN IBLIS

BERKENALAN DENGAN IBLIS
Dilulus terbit pada Thursday, September 09 @ 00:36:34 MYT oleh CucuBavoo


A. NAMA-NAMA DAN PEKERJAAN IBLIS
Lafaz "syaitan" sebenarnya berlaku untuk golongan jin dan manusia yang melampaui batas dan membangkang terhadap hukum-hakam Allah. Orang Arab kadangkala menamakan "ular" sebagai syaitan, keranaia membangkang,
cepat bergerak dan amat mem-bahayakan. Allah SWT menyebutkan bahawa pohon "Zaqqum"bagaikan kepala syaitan. Pohon Zaqqum adalah pohonyang tumbuh di dasar neraka sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Muncungnya bagaikan kepala syaitan."(Ash-Shaffat: 65)

Imam Farra mengatakan:
Ada tiga sebab sehubungan dengan nama pohon tersebut iaitu:

a. Allah membuat perumpamaan muncung Zaqqum dengan kepala syaitan kerana rupanya yang burukdan hodoh.
b. Orang Arab menamakan sebahagian ular dengan syaitan kerana mempunyai perangai buruk.
c. Konon kerana pohon Zaqqum itu amat jelik makaia disamakan seperti kepala syaitan.

1. Iblis Zailatun

Iblis Zailatun bekerja untuk menjerumuskan para pedagang di pasar agar berdusta, mengurangi timbangan. Menimbulkan pertengkaran di antara para pedagang dan
melakukan tipu daya kepada para pedagang agar berbuat curang daIam akad jual beli, dengan rayuan agar cepat kaya.

Ajaran iblis tersebut jelas bertentangan dengan syariat, merosakkan ekonomi, dan menimbulkan perselisihan di antara para pedagang dengan pembeli.Seterusnya
memperkaya si pedagang dan merugikan sipembeli, yang akhirnya menimbulkan malapetaka dan kesengsaraan.

Jika rayuan iblis Zailatun ini diikuti oleh para pedagang, jadilah mereka orang kaya yang menghisap pembeli danberlakulah kecurangan dalam jual beli. Iblis Zailatun bertindak dengan berbagai cara, antara lain:

- Menjerumuskan para pedagang dengan menakut-nakuti mereka jika terjadi bangkrap dalam perniagaannya. Untuk menghindari bangkrap tersebut, iblis Zailatun menjanjikan untung yang besar apabila pedagang berkenaan berlaku curang
dalam timbangan dan menipu dalam harga.

- Menjanjikan kepada para pedagang kekayaan yang luar biasa dengan cara yang cepat dan mudahmenerusi penipuan di dalam timbangan dan harga. Allah SWT memberi ancaman ke atas orang-orang yang mengikuti langkah-langkah iblis Zailatun dengan neraka jahannam sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain. mereka mengurangi. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi " Al-Muthaffifin: 1-6)

2. Iblis Wawatsin

Iblis Wawatsin bekerja untuk menggoda dan menjerumuskan orang-orang beriman agar selalu mengeluh. tidak sabar dan tidak ikhlas di dalam menghadapi sebarang cabaran atau musibah. Sedangkan perbuatan orang yang meratapi musibah hingga
mengoyak-ngoyak pakaiannya adalab termasuk perbuatan dosa. Perbuatan seperti itu merupakan bentuk ketidakikhlasan dalam menerima ketentuan ataupun takdir dari Allah Taala. Seolah-olah menyalahkan Allah di atas musibah tersebut. Padahal semua yang berlaku di alam ini sudah tertulis di Luh Mahfuz sebagai ketentuan dari Yang Maha Kuasa.

Oleh itu Islam memerintahkan agar kita bersabar di dalam menghadapi apa jua musibah samada besar mahupun kecil. Samada yang berupa kehilangan ahli
keluarga, kehilangan harta benda, kebakaran dan lain sebagainya. lanya merupakan ketentuan dari Allah Yang Maha Kuasa, di mana kita harus bersabar di dalam
menghadapinya.

Bagaimanapun Iblis Wawatsin akan terus bekerja untuk menanamkan di dalam jiwa setiap Muslim sifat tergopoh-gapah di dalam menghadapi sebarang masalah, hingga ia
tidak sabar dan ikhlas. Sememangnya tugas iblis Wawatsin mencabut sifat sabar dan ikhlas dari dalam hati setiapMuslim sehingga melahirkan sifat membangkang terhadap segala keputusan Allah.

Allah mengisytiharkan akan menyeksa setiap orang yang tidak sabar dalam menerima musibah, sebagaimanasabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesungguhnya wanita-wanita yang merintiih (lantaran menerima musibah) ini akan dijadikan kelak di hari kiamat dua barisan di neraka jahannam, satu barisan berada di sebelah kanan penduduk neraka dan satu barisan lagi berada di sebelah kiri, akhirnya mereka berteriak kepada penduduk ahli neraka sebagaimana layaknya anjing-anjing yang menggonggong." (HR. Ath-Thabrani)

Demikianlah akibat daripada orang-orang yang tidak mahu menerima musibah sebagai ketentuan dari Allah, malahan mengikud langkah-langkah iblis Wawatsin, dan
menolak ketentuan Allah.

Iblis Wawatsin sememangnya berusaha mengajak setiap Muslim agar menolak ketentuan Allah, sehingga dengan demikian jadilah mereka mengikuti langkah-
langkah iblis, iaitu enggan sujud kepada Nabi Adam. Sikap sombong dan degil inilah yang menyebabkan iblis dikeluarkan dari dalam syurga dan dilaknat Allah
sepanjang masa.

3. Iblis Akwan

Iblis Akwan bekerja untuk menyesatkan dan mempengaruhi para remaja dan pimpinan umat supaya selalu berbuat zalim, menjauhi hal-hal yang makruf,
menanamkan kesenangan berbuat mungkar dan maksiat.

Cara yang digunakan oleh iblis Akwan dalam menjerumuskan remaja yang bermain ke dalam lembah kemaksiaian adalah dengan berbagai cara. Perbuatan yang jelas-jelas mungkar ditutupi dengan baik sehingga tidak mudah dikesan sebagai perbuatan maksiat, hal ini dilakukan oleh iblis Akwan untuk menarik minat para remaja agar mahu melakukannya. Termasuk memperhalus istilah-istilah yang berbau maksiat dan mungkar. Ini dilakukan untuk menghilangkan kesan maksiat, dengan demikian remaja akan mudah dipujuk rayu untuk dijerumuskan ke dalam dunia sesat yang jauh dari panduan agama. Hal ini telah dijelaskan Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

".....tetapi syaitan (iblis) menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka syaitan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan
bagi mereka azab yang sangat pedih." (An-Nahl- 63)


Dalam menyesatkan para pemimpin umat. Iblis Akwan selalu mendorong para pemimpin itu untuk berbuat zalim, merampas hak rakyat, bertindak sewenang-wenang, rasuah, serta menipu. Iblis Akwan juga menanamkan rasa ketakutan di hati para pemimpin terhadap kemiskinan jika mereka tidak mahu berbuat zalim, curang dalam bertindak. Kalau hal ini sudah dia lakukan, maka Iblis Akwan akan lebih mudah lagi menenggelamkan mereka ke dalam lumpur kemaksiatan, akhirnya jadilah mereka pemimpin yang derhaka.

4. Iblis Hafaf

Iblis Hafaf menjalankan tugasnya untuk menyesatkan dan menjerumuskan kaum muslimin ke lembah nista yang berlumur dosa dengan cara melakukan tipu daya
dan pujuk rayu agar kaum muslimin meminum minuman khamar.
Sebab jika seseorang sudah meminum khamar dan mabuk, maka segala bentuk kemungkaran yang lain dengan mudah ia lakukan. Seperti berzina, membunuh,
berbuat aniaya, mencuri dan segala kemungkaran yang lain. Karena tingkah laku orang yang sedang mabuk itu tidak dapat dikawal oleh otaknya jiwany dan
Perasaannya sudah dikuasai oleh iblis.

Untuk itu, ia mudah diarah oleh iblis dan dijerumuskan ke dalam kemaksiatan dan kekufuran. Banyak sekali orang yang pada mulanya tidak berani membunuh, merompak dan berzina, akan tetapi setelah ia meminum khamar dan mabuk, maka segala bentuk kemaksiatan dapat dilakukannya dengan mudah, seolah-olah ia tidak merasa bersalah dan berdosa sedikitpun melakukannya.

Agar tidak mudah tertipu oleh pujuk rayu Iblis Hafaf, Allah telah rnenperingatkan kaum Muslimin agar tidak meminum khamar, kerana khamar adalah sama dengan
syaitan. Sebagai mana disebutkan dalam firman-Nya, maksudnya:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu dapat
keberuntungan." (AI-Maidah: 90)

Rasulullah SAW pernah memberi amaran menerusi sabdanya, maksudnya; "Jauhilah khamar! Sesungguhnya khamar itu adalah sumber segala kejahatan (kemaksiatan)"

Di dalam hadis lain yang bersumber dari Alias ra, dikatakan bahawasanya Rasulullah SAW melaknati sepuluh orang kerana khamar, iaitu:
1. Orang yang memerasnya
2. Orang yang minta diperaskan bahan khamar untukdiberikan kepada orang lain
3. Orang yang meminum khamar
4. Orang yang membawa khamar
5. Orang yang minta dibawakan khamar kepadanya
6. Orang yang menuangkan khamar ke gelas ataulainnya
7. Orang yang menjual khamar
8. Orang yang memakan harta hasil penjualan khamar
9. Orang yang membeli khamar
10. Orang yang minta dibelikan khamar

Demikianlah ancaman bagi orang yang mengikuti Iblis Hafaf, yang meminum khamar dan minuman-minuman yang memabukkan lainnya.

5. Iblis Wamurah

Iblis Wamurah menjalankan tugas untuk menjerumuskan para penyanyi agar
mendendangkan lagu yang penuh maksiat, menyeru berbuat mungkar, serta lagu-lagu
yang bersyair kebebasan tanpa etika. Juga menjerumuskan para penyanyi agar berpenampilan seronok, yang dapat mengundang luapan nafsu dan maksiat. Dengan demikian orang akan mudah dibawa untuk dijerumuskan ke dalam dunia mungkar dan maksiat.

Nyanyian dan para penyanyinya itu termasuk salah satu alat iblis yang paling berkesan untuk menjerumuskan orang kedalam jurang kesesatan yang penuh dengan lumuran dosa. Banyak sudah orang yang melakukan kemaksiatan kerana terpengaruh dengan lagu-lagu maksiat, atau disebabkan mengikuti tingkah laku artis yang gemar berbuat mungkar, bergaul bebas dan akhlaknya yang buruk.

Oleh itu untuk mencegah pujuk rayu dan godaan yang menyesatkan yang ditiupkan oleh Iblis Wamurah adalah dengan menanamkan akidah yang kuat dan akhlak yang
mulia. Sebab dengan berpegang teguh pada kedua faktor di atas insyaAllah diri akan selamat dari godaan iblis yang jahat ini.

6. Iblis Laqwal

Iblis Laqwal adalah iblis yang bekerja untuk mempengaruhi manusia agar tetap kafir, Telap musryik dan tetap menyembah berhala atau sembahan lainnya selain Allah.
Sudah ramai orang-orang yang disesatkan oleh Iblis Laqwas, kadangkala ia menukar bentuknya seperti seorang Syeikh lalu memberikan pelajaran atau tuntunan yang menuju kepada kemusyrikan dan murtad dengan berbagai dalil serta hujjah yang batil. Sehingga ramai orang yang lemah imannya terkeluar dari Islam kerana mengikuti arahan Iblis Laqwas, hanya demi mendapatkan sesuap nasi, jawatan, kedudukan, pekerjaan, fasiliti bahkan ada yang rela melepaskan keimanannya demi sang kekasih.

Orang yang menyembah selain Allah, bererti dirinya menjadi Iblis sebagai pelindungnya yang harus diikuti tingkah lakunya. Mereka tidak sedar bahawa dirinya telah disesatkan oleh Iblis untuk dijerumuskan ke dalam jurang kekufuran.
Sebagai mana disebut Allah dalam FirmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya mereka menjadikan syaitan-syaitan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk," (Al-A'raf:30)

Di dalam ayat yang lain Allah Taala telah memperingatkan kepada umat manusia agar tidak mudah ditipu oleh syaitan mahupun Iblis. Sebab makhluk jahat ini dalam
menyesatkan dan mengkufurkan manusia menggunakan pujuk rayu dan tipu muslihat yang sangat memikat. Maka tidak hairan bila ramai orang yang lemah imannya menjadi korban tipu muslihatnya. Mengenai hal ini Allah Taala berfirman,
maksudnya:

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapamu dari syurga." (Al-A'raf: 27)

Meskipun ada ayat di atas sebagai peringatan, masih ramai orang yang mengikuti iblis Laqwas untuk melakukan kekufuran dan kemusyrikan. Mereka mengira bahawa apa
yang mereka perbuat itu merupakan jalan yang benar dan dapat memberi penunjuk kepada mereka, padahal jalan yang mereka tempuh itu sesat dan dapat mendatangkan
seksa Allah. Itulah gambaran orang yang telah dijerumuskan oleh iblis Lagwas kedalam kesihatan.

7. Iblis A'war

Iblis A'war menjalankan tugas untuk mempengaruhi dan menggoda laki-laki dan wanita agar melakukan perbuatan zina, atau melakukan perbuatan maksiat lainnya.
Iblis A'war menggunakan "Pandangan Mata" sebagai cara yang paling berkesan untuk membakar nafsu kaum lelaki dan wanita agar berbuat maksiat.

Mujahid berkata:
ketika wanita itu menghadap, maka Iblis duduk di kepalanya untuk menghiasi wajah wanita tersebut agar nampak menarik bagi orang yang melihatnya. Jika wanita itu berpaling ke belakang maka iblis duduk dipunggungnya untuk menghiasi punggung tersebut agar nampak menarik bagi orang yang melihatnya.

Apa yang dikatakan oleh Mujahid itu memang benar, sebab umumnya lelaki ketika berbadapan dengan wanita, maka yang pertama kali yang diperhatikannya adalah wajahnya, sedangkan ketika melihat wanita yang berjalan di depannya, maka yang pertama kali yang dilihatnya adalah punggungnya, kerana itu memang tempatnya iblis.

Nabi Yahya as pemah ditanya; "Apa yang menjadi penyebab perbuatan zina?" Nabi Yahya menjawab: "Yang menjadi penyebabnya adalah memandang wanita, lalu
timbul dalam hati keinginan untuk berzina dengannya. Zina mata itu termasuk dosa kecil, dan ianya dapat mendekatkan pada perbuatan dosa besar, iaitu zina faraj. Oleh itu, barangsiapa yang tidak mampu menundukkan pandangannya, maka nescaya ia tidak akan mampu menjaga farajnya". Dermkianjawapan Nabi Yahya.

Nabi Isa as pernah berkata; "Takutlah kamu memandang (wanita), kerana sesungguhnya memandang itu dapat menumbuhkan syahwat di dalam hati, dan ini sudah cukup mendatangkan fitnah".

Berkatalah Sa'ad bin Jubairra: "Sesungguhnya fitnah yang menimpa Nabi Daud as adalah dari memandang (wanita)". Masih ramai laki-laki mahupun wanita yang berbuat zina yang diawali dari kebiasaan memandang lawan jenis yang bukan mahramnya. Kerana memandang merupakan panah iblis yang sangat berkesan untuk menjerumuskan laki-laki dan wanita dalam perbuatan nista yang penuh dengan dosa. Sekarang ramai orang yang menjadi hamba iblis A’ war kerana ingin melampiaskan nafsunya. Semoga kita dijauhkan oleh Allah dari godaan Iblis ini.

8. Iblis Al-Wasnan

Iblis AI-Wasnan tugasnya mengencing orang supaya malas bangun untuk beribadah. Jika orang sudah malas bangun malam untuk beribadah bererti dirinya mementingkan tidurnya, tidak memikirkan kehidupannya nanti diakhirat. Tidak mahu bermunajat kepada Allah bererti ada hal yang lebih penting selain bermunajat, apakah itu tidur ataupun kegiaian-kegiatan lain yang bersifat kedunian. Kalau hal ini sudah menjadi kebiasaan seorang hamba, maka akan mempermudah Iblis menjauhkan dia dan kegiatan agama, lama-kelamaan dirinya akan meninggalkan aktivili ibadah. Kalau sudah begini, Iblis tinggal mengheret dia untuk dijerumuskan ke dalam jurang
kemaksiatan dan kekufuran.

Ramai orang terjerumus menjadi ahli maksiat, bahkan sampai rela melepaskan akidahnya yang disebabkan oleh malas beribadah. Malas beribadah itu menunjukkan lemah keimanannya, bahkan keimanannya hanya sebagai penghias belaka, sebagai pemanis bibir saja. Buktinya la mengaku beriman tetapi lidak mahu beribadat, bahkan
perintah agama ia tentang, larangannya lidak dihiraukan. Orang-orang seperti inilah yang setia menjadi pengikut Iblis Al-Wasnan, yang malas beribadah tetapit gemar
berbuat maksiat.

Al- Quran telah memberi amaran kepada kaum muslimin agar jangan mengikuti langkah-langkah Iblis, sebab Iblis itu menyesatkan, menjauhkan orang agar tidak
beribadah kepada Allah. Sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran. maksudnya:

"Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah svaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-An'am: 142)

Dengan demikian, bila ada orang malas beribadah, gemar berbuat mungkar maka dia telah menjadi kawan Iblis.

9. Iblis Dasim

Iblis Dasim bekerja unmk mempengaruhi, menggoda dan mendorong suami isteri agar gemar melakukan penyelewengan, berlaku curang dan khianat, dengan tujuan agar hubungan suami isteri tidak harmoni dan porak-peranda, akhirnya berlaku perceraian. Inilah yang menjadi rancangan Iblis Dasim, iaitu memecah belah rumahtangga.
Apabila berlaku perceraian, maka akan mudah bagi ibiis Dasim untuk mengajak suami isteri tadi agar melakukan kemaksiatan. Setidak-tidaknya orang yang sudah bercerai itu dapat dimanfaatkan oleh iblis untuk dijerumuskan ke dalam perbuatan hina, seperti zina, khalwat dan sebagainya. Kerana ia sudah tidak mempunyai tempat lagi untuk menyalurkan keinginannya secara halal sebagaimana hubungan suami isteri.

Masih banyak lagi bahaya dan mudarat daripada perceraian, yang akan terus
dimanfaatkan oleh iblis Dasim untuk menjerumuskan pasangan terbabit ke arah
kemungkaran. Antara lain dengan lahirnya bayi-bayi haram sebagaimana kes buang bayi yang banyak berlaku di negara kita.

Oleh itu Iblis Dasim sangat membenci rumahtangga yang rukun dan bahagia, iaitu rumahtangga yang dirahmati oleh Allah. Maka merupakan tugas Iblis Dasim untuk
memporak-perandakan rumahtangga yang diberkati ini, agar menjadi rumahtangga yang dilaknat oleh Allah. Bagaimanapun rumahtangga yang berpegang teguh pada
ajaran Islam, insya Allah akan mendapat pertolongan Allah sehingga Iblis Dasim merasa gerun untuk mengganggunya.


Diedit dan disediakan:Oleh Abu Edda Soyiddeeqa

KISAH NABI SAW DENGAN PENGEMIS BUTA

KISAH NABI SAW DENGAN PENGEMIS BUTA
Salam,

Wait .. wait ...

kat kandungan posting ada permintaan untuk disebarkan .. namun sebelum tu, ada sesiapa boleh bantu kasi tau tak sumber riwayat ni dan statusnya ....


Thanks.


2008/6/16 Noor Surriani :

SEMOGA BERMANFAAT

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan
makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai
Rasulullahmu. ..

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.


Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Aminnnnnn...

Dipetik dari E-Mel

Subject: ((Tmn2Syurga) ) Rahsia Iblis

Subject: ((Tmn2Syurga) ) Rahsia Iblis

sekadar memanjangkan. .....

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah
memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis
(ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan denhan nama Allah."

Sebuah SELOKA: Amanah & Tanggung Jawab PENJAWAT AWAM (II)

Sebuah SELOKA:
Amanah & Tanggung Jawab
PENJAWAT AWAM (II)

Alangkah gembira bertemu lagi,
Membaca seloka menyeringai gigi,
Ayuhlah tersenyum sedekah pagi,
Nak sambung sembang tiada rugi.

Amanah dipegang di dalam tangan,
Hendaklah dijaga tanpa tentangan,
Dibuat dengan penuh ketenangan,
Anggaplah ia satu perjuangan.

Niat kita meraih anugerah,
Teruslah berusaha daya dikerah,
Amanah berat telah diserah,
Naikkan prestasi minda diperah.

Garap segala cadangan perintah,
Gagah mengamal titah perintah,
Utamakan kerja jangan melatah,
Neraca Iman janganlah patah.

Gandakan usaha tingkatkan Taqwa,
Jelmakan ia di dalam jiwa,
Anggaplah ia badan dan nyawa,
Wajalah diri jangan kecewa.

Anggaplah "Punch Card" hanyalah cara,
Buat kita memulakan acara,
Pentingkan amanah tanpa bicara,
Eloklah diingat masa dikira.

Nampak tak slogan dan kata-kata,
Juga tema yang amat nyata,
Anjurkan kebaikan kepada kita,
Wajiblah kita jadikan fakta.

Apatah lagi piagam pelanggan,
Tepatilah ia janganlah segan,
Anggaplah ia bukan halangan,
Walaupun apa jua rintangan.

Amati segala corak perubahan,
Meneliti dari berbagai bahan,
Sedia meningkat tanpa upahan,
Eloklah terima tanpa sanggahan.

Kalau nak sanggahpun biarlah patut,
Ingin yang terbaik untuk diikut,
Amanah dijaga tak usah takut,
Neraka Allah jangan tersangkut.



Sekian terima(lah) kasih.

Ahad 25 Ogos 2002 :01:05Ptg.
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

Sebuah Seloka: Amanah & Tanggung Jawab PENJAWAT AWAM (I)

Sebuah Seloka:
Amanah & Tanggung Jawab
PENJAWAT AWAM (I)

Allah Berfirman Nabi Bersabda,
Manusia semua wajib laksana,
Amanah ditangan jangan dilupa,
Nanti di akhirat hidup merana.

Apa sebabnya ditangguh masa,
Hari berlari minggu menjelma,
Dirimu leka melayan rasa,
Angkara bertangguh diri terseksa.

Nampaknya engkau macam sengaja
Tertunggak kerja di atas meja,
Apa nak jawab bila ditanya?,
Nak bohong kata tak ada masa!.

Gerangan apa hendak dijawab,
Gaji dimakan nasi disuap,
Untung di dunia akhirat lesap.
Nanti di akhirat rasalah azab,

Genggamlah bara segerakan taubat,
Jangan ditangguh nanti tak sempat,
Allah dah sedia azab yang dahsyat.
Wahai teman segeralah beringat,

Amanah jangan kita abaikan,
Biar ditumbuk rusuk dan badan,
Pentingkanlah kerja kuatkan iman.
Elakkanlah diri dari godaan

Niat yang ikhlas menentang cobaan,
Jangan tertipu godaan syaitan,
Aktiflah bangkit mencari kerehdaan.
Wang dan ringgit bukanlah ukuran

Amal yang ikhlas kerana Tuhan,
Tingkatkan usaha tunai tugasan,
Atasi segera segala kelemahan,
Wawasan akhirat jadikan pedoman.

Amalkanlah segala perintah Tuhan,
Marilah jauhi segala larangan,
Selamatlah hidupmu sepanjang zaman,
Esok di akhirat terima ganjaran.


Kerja kita satu amanah,
Ingatlah selalu jangan melatah,
Allah telahpun tunjukkan arah,
Nasihatku ini janganlah kau marah.



Sekian Terima(lah) Kasih,
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit 18Julai2002

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM DARI KACAMATA YANG LAIN

SAMBUTAN DEEPAVALI DAN PERAYAAN KAUM BUKAN ISLAM DARI KACAMATA YANG LAIN

Amalan ‘Kongsi Raya’ yang telah diperkenalkan oleh kerajaan semenjak dahulu lagi telah menimbulkan cukup banyak kekeliruan dan kontroversi dalam masyarakat. Tentangan dan pandangan yang menolak amalan ini cukup dominan dari kalangan alim ulama’ khasnya yang berada di luar kerajaan manakala para cerdik pandai yang bekerja dengan kerajaan hanya diam membisu dan mengiyakan sahaja tindakan UMNO dan Barisan Nasional.

Jika selalunya, kita sebagai ahli dalam salah sebuah parti dan harakah Islamiah ini akan menuruti semua pandangan dan pendapat daripada alim ulama’ kita sendiri. Dalam isu ini juga kita berterusan menempelak UMNO kerana melakukan perkara yang kita katakan sebagai melanggar syariat dan hukum Islam.

Isu kongsi raya sememangnya bukan perkara baru dan telah pun banyak diperkatakan oleh kepimpinan parti kita. Namun, hari ini kita cuba untuk melihat isu ini dari sudut pandangan yang sedikit berbeza dengan harapan suatu anjakan paradigma yang lebih agresif dapat dilakukan atas kepentingan dakwah dan juga politik Islam di Malaysia yang kita cintai ini. Dalam penulisan ini, sebahagian kecil sahaja pandangan yang melarang dan mengharamkan sambutan hari raya bagi kaum lain akan ditampilkan manakala pandangan yang membenarkannya akan lebih diperbincangkan dengan serius.

Beberapa Pandangan yang Melarang

Jawatankuasa Syariah Negeri Perak yang telah bersidang bagi kali ke-162 pada 19 Muharram 1425 bersamaan 11 Mac 2004 yang lalu telah mengeluarkan fatwa bahawa umat Islam adalah dilarang sama sekali menyertai sebarang perayaan agama lain, dalam apa jua bentuk yang dirayakan orang-orang bukan Islam di negeri ini.

Bergabung dalam perayaan orang bukan Islam adalah haram. Sebab hal itu termasuk sikap tolong menolong dalam perbuatan dosa dan pelanggaran. Padahal Allah telah berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Al-Maidah:2).

Ibnul-Qayyim di dalam bukunya yang bertajuk Ahkamu Ahlidz-Dzimmah, 1/205 menyebut bahawa:

“Menyampaikan ucapan selamat terhadap syiar-syiar kekufuran yang bersifat khusus adalah haram menurut kesepakatan ulama, seperti ucapan saat perayaan atau puasa mereka: “Selamat atas hari rayamu, semoga diberkati”, ataupun ucapan-ucapan lain yang senada meskipun yang mengucapkannya bisa selamat dari kekufuran, tetap saja hal itu merupakan sesuatu yang diharamkan. Ini setaraf dengan ucapan selamat atas sujud mereka kepada salib, dan masih banyak hal lain yang menyangkut masalah agama.”

Fatwa MUI (Majlis Ulama Indonesia yang dipengerusikan oleh Bung Hamka) pada tarikh 7 Mac 1981 juga telah mengeluarkan fatwa HARAM umat Islam Indonesia merayakan bersama perayaan Hari Krismas atau Natal kerana perayaan itu adalah ibadah dan bercanggah dengan aqidah umat Islam. Yang jelas haram menurut Prof Hamka dan Majlis Ulema Indonesia ialah kita turut serta merayakan perayaan sambutan yang ada unsur ibadah dan akidah secara redha dan bertambah haramlah jika kita menyambutnya di tempat yang dianggap rumah peribadatannya.

Muhammad Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli Majlis Fatwa Kerajaan Arab Saudi. Beliau berpendapat hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka seperti Hari Krismas dan sebagainya adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam. Alasan beliau kerana hari perayaan agama kaum bukan Islam pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam disuruh supaya tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).

Melihat Dengan Kacamata Lain Dan Keperluan Semasa Gerakan

Sebenarnya hubungan antara muslim dengan bukan muslim ialah di atas dasar ta’aruf (perkenalan); ta’awon (tolong-menolong), birr (kebaikan), dan adil; Dalil: al Hujurat:13; Mumtahinah:8

Islam juga menggalakkan kita berhubung di atas dasar musalamah ( perdamaian); mu’asyarah (pergaulan mesra); mu’amalah bil husna (bermasyarakat secara baik); tabadulul maslahah (win-win relationship); dan ta’awon (bekerjasama di atas kebaikan). (Ruj: Sayyid Sabiq: Fiqh Sunnah, Vol2)

Nabi Muhammad S.A.W juga pernah berhubung dan berkomunikasi dengan golongan bukan Islam. Sirah telah melakarkan bahawa baginda pernah meminta bantuan militeri terhadap bukan Islam, pernah memberi kepada bukan Islam harta rampasan perang (ghanimah), pernah berperang bersama dengan orang bukan Islam (Safwan Umaiyah dalam perang Hunain), baginda bertukar-tukar hadiah dengan bukan Islam, Rasulullah memenuhi undangan bukan Islam, pernah berkahwin dengan perempuan mereka (kaum Qibti) dan Rasulullah S.A.W juga bangun menghormati jenazah bukan Islam (ruj: Qardhawi: halal dan haram).

Berdasarkan perkara di atas, marilah kita cuba memperhalusi isu ini mengikut keperluan semasa dakwah dan juga politik Islam kita. Hari ini kita semua hidup dalam suasana masyarakat yang terlalu majmuk dengan adanya orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Kedayan, Sakai, Serani dan sebagainya yang tidak mahu saya tuliskan semuanya di sini. Dan, mereka ini juga menganuti dan mengamalkan ajaran masing-masing yang banyak antaranya adalah bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Lantas, sebagai sebuah gerakan Islam yang dinamik dan berkomitmen tinggi dalam meninggikan syariat Allah di muka bumi ini, kita haruslah lebih bijak dalam menangani perhubungan dan persefahaman antara kaum yang ada di negara ini.

Kepimpinan Kita Perlu Menunjukkan Sifat Toleransi

Kedudukan hukum akan berubah apabila melibatkan pemimpin negara dan juga pemimpin masyarakat. Bagaimana mungkin apabila tiba musim perayaan bagi orang Islam, maka cuti dan juga pelbagai acara diatur bagi memeriah dan menghidupkannnya. Sedangkan apabila tiba musim perayaan agama dan kaum lain, mereka dibiarkan begitu sahaja. Sudah pasti akan timbul fitnah dan rasa kurang senang (baca: tidak puas hati) kepada kerajaan yang memerintah. Bukanlah maksudnya kerajaan Islam perlu mengadakan perayaan yang bersifat besar seperti perayaan kita, tetapi tadbirlah ia dengan seadil dan selayaknya.

Apabila ada unsur kejiranan, umpamanya teman sepejabat yang mengadakan rumah terbuka dan menjemput kita, maka haruslah kita juga melihatnya sebagai suatu peluang untuk mendekati mereka dan seterusnya menyampaikan dakwah kepada keluarga mereka. Fitnah akan timbul jika si muslim tidak mengunjungi jirannya sempena hari perayaan mereka. Ini semua perlu diambil kira apabila ia masuk bab maslahat dan menolak mudharat.

Syarat mengunjungi perayaan rumah terbuka ini ialah kita kena menjaga hati supaya tidak redha dengan kekufuran agama mereka. Jadi hukum umat Islam mengunjungi perayaan tidaklah sama untuk semua orang dan untuk semua perayaan; ia berubah mengikut jenis perayaan itu.

Dalam surah An Nisaa ayat ke-36 dijelaskan maksudnya:

“Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh….”.

Maksud tetangga yang dekat iaitu tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir).

Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga”.

Menurut Imam Al Qurthubi;

“Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman”.

Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir.

Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam.

Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan.
(Sila rujuk surah Al Hujarat ayat 13, Surah Luqman ayat 15 dan surah al-Mumtahanah, ayat 8)

Bagaimana dengan ucapan sempena perayaan mereka?

Dr. Abdul Hayei bin Abdul Sukor menyebut bahawa;

“mengucap tahniah kepada kaum bukan Islam sempena hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari Krismas, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya, termasuk antara masalah furu’ (cabang) dalam akidah Islam yang diperselisihkan antara ulama pada zaman ini. Perselisihan pendapat antara ulama mengenai hukum itu, pada hemat saya berpunca daripada tasawwur yang kurang jelas terhadap maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum Islam yang dikemukakan itu. Jika maksud pengucapan itu adalah ikut serta berhari raya, merelai kekufuran kaum bukan Islam dan berkasih sayang dengan mereka atas nama agama, maka sememangnya haram dan sama sekali tidak boleh dilakukan”.

Namun, sebenarnya, jika maksud ucapan selamat hari-hari kebesaran kaum bukan Islam itu tidak lebih daripada hanya ikut bercuti pada hari itu, dan juga dengan niat untuk membalas ucapan selamat Hari Raya yang diucapkan terdahulu, atau hanya memperlihatkan rasa senang dan gembira hati dengan berkongsi kegembiraan mereka berhari raya, maka beliau berpendapat pengucapan seumpama ini tidak termasuk dalam hal-hal akidah yang sekali gus menunjukkan rela hati terhadap agama dan kepercayaan mereka.

Khusus bagi kaum kafir yang tidak memusuhi Islam, telah disebutkan dalam perenggan yang sebelumnya yang mana Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8 iaitu Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu.

Kita juga perlu mengambil kira hubungan kemanusiaan dalam isu ini, seperti mana bidang-bidang kemanusiaan lain, kita tidak dilarang mengadakan hubungan baik dengan bukan Islam. Hubungan yang langsung terputus dengan sendirinya tidak memberi laluan kepada pendakwah untuk menyatakan kebaikan Islam kepada mereka, sedangkan agama ini adalah agama dakwah, agama damai dan selamat. Perang hanya berlaku apabila dakwah ditolak, jalan-jalan damai tidak wujud lagi kepada pendakwah tegas Dr. Abdul Hayei.

Perbuatan seperti memasang lampu warna-warni di keliling rumah, menghias rumah dengan pokok Krismas, menyertai perarakan Hari Deepavali dan lain-lain adalah jelas keharamannya kerana amalan ini ada hubungan terus dengan akidah. Akan tetapi, jika mereka dengan sudi telah menghulurkan makanan pada hari itu dan kita terimanya dengan baik hati, serta mengucapkan terima kasih kerana hadiah yang diberi mereka, maka tidak ada sebab untuk kita menolaknya kerana mereka mungkin akan terasa hati dan fitnah akan timbul ke atas kita iaitu tidak meraikan perpaduan nasional dan juga bersifat toleransi.

Pandangan Ulama Terkemuka Yang Lain

Dr. Yusuf al-Qaradawi pula berpendapat: Jika kaum bukan Islam memulakan ucapan selamat Hari Raya mereka kepada kita, maka kita juga harus membalas ucapan yang serupa kepada mereka, kerana ini tidak lebih daripada hanya mewujudkan rasa simpati antara satu sama lain. Ia tidak bermakna bahawa kita telah merelakan agama dan kepercayaan terhadap Isa Maryam sebagai Tuhan dan lain-lain pemujaan.

Al-Qaradawi memberi beberapa alasan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.

Menurut al-Qaradawi lagi, bidang-bidang kerjasama antara Islam dan bukan Islam seperti bidang teknikal, ketukangan dan lain-lain masih terbuka. Bahkan Nabi s.a.w. pernah menggunakan kepakaran seorang Yahudi bernama Abdullah Ibn Urayqit sebagai penunjuk jalan ketika baginda berhijrah ke Madinah.

Peranan Abdullah ini sangat besar, ada kemungkinan jika dia berniat jahat pada ketika itu, kesannya boleh menggagalkan strategi hijrah atau jika dia mengambil kesempatan menipu, maka sudah pasti kesannya sangat buruk kepada Islam dan dakwah, namun baginda tetap menggunakan juga khidmat kepakaran Yahudi yang bukan Islam itu.

Sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat harus bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini.

Kesimpulan

Dalam era baru gerakan Islam di Malaysia, adalah menjadi keperluan kepada kita untuk memahami suasana masyarakat yang terlalu variasi agama dan kepercayaannya. Memang menjadi hasrat kita untuk memupuk perpaduan antara kaum dan agama, namun tidaklah bermakna kita harus menafikan bahawa wujud perbezaan-perbezaan mutlak antara agama. Sebaliknya, dengan kita lebih memahami perbezaan inilah maka kita akan lebih hormat-menghormati antara satu sama lain dan kita akan lebih berjaya mendekati mereka seterusnya menyampaikan dakwah Islam dengan lebih berkesan.

Tidak boleh dinafikan lagi bahawa perayaan-perayaan besar yang ada di negara kita ini adalah merupakan perayaan-perayaan yang bersifat agama. Perayaan mereka melambangkan anutan mereka. Apa yang harus kita fahami adalah kita sama-sama meraikan perayaan itu bukan kerana ’sebab’ perayaan itu berlangsung, tetapi yang kita kongsi ialah kegembiraan. Oleh sebab itu, apabila satu pihak mengucapkan selamat dan tahniah kepada pihak yang lain yang dimaksudkan ialah kegembiraan itu, bukan sebabnya. Sekiranya ini difahami dengan baik tidak akan timbul sebarang keraguan atau perasaan yang bukan-bukan.

Wallahu’alam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional
Dewan Pemuda PAS Pusat
Dipetik dari: http://pemudawilayah.hadithuna.com/2007/11/07/sambutan-deepavali-dan-perayaan-kaum-bukan-islam-dari-kacamata-yang-lain/

Khamis, Disember 25, 2008

Andartu : Semakin maju semakin ramai...

Andartu : Semakin maju semakin ramai...
From: "respeks 2008"


Fakta

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat.

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu. Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat, masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar, mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu.

Faktor

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu. Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif, peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di kalangan orang-orang atasan sahaja.

Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana lebih menjadi idaman lelaki status tinggi.

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga. .

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah, selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak fikir anak dan suami.

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia.

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa. Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi. Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya.

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang lelaki moden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang? Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau “tawar hati” untuk berkahwin.

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan!

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui satu peristiwa pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust).

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar. Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif, lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan terhormat disekat.

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan, berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam, mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika dikhuatiri akan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi, perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw yang bermaksud:

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang?

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang wanita daripada kahwin cepat.

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di sisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks secara haram..

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul “jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat, bahagia, dunia dan akhirat.

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima kebenaran.

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan, kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah kutukan Allah swt. Sabda Rasulullah saw:

“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar daripada seorang leki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim (perempuan) yang tidak halal baginya.”

Dipetk dari blog,
http://milkyway27. wordpress. com/2008/ 11/20/andartu- inilah-jalan- penyelesaian/

Buat Suami 40an,apa kata anda?

Buat Suami 40an,apa kata anda?
From: "Paloma Perez"


Salam dan sejahtera...

Kebiasaan kita ketua keluarga didalm rumah tangga apa bila berusia hampir 40an kita bertambah matang dalam segala hal!

Namun benarkah apa yg berlaku kepada kita bila usia kita mencecah pada usia ini, kita akan mula cuba mencari kasih sayang dan lbh perhatian selain dari isteri kita yg telah bersusah payah hidup bersama membina kebahgian dan membesarkan anak2.

Wajarkah kita, menikah isteri baru atau menyimpan kekasih dan membahgikan kasih sayang kepada mereka?

Wajarkah kita melebihkan masa atau wang ringgit kepada isteri baru atau kekasih walau pun selain dari isteri kita juga harus menangung anak2!

Wajarkah kita membahgikan masa yg semakin lama kita rasakan semakin pendek semata-mata untuk merasakan nikmat bercinta atau berkasih sayang sdgkan kita telah melalui zaman ini?

Harap faham ini bkn soal kita ada hak untuk menikah atau tidak tetapi tergamak kah kita merubah kan hari2 kita yg telah lama kita lalui bersama keluarga dan merubahkan kita menjadi seperti orang muda yg bercinta atau bersama isteri muda berkepit,bermanja dan romantik!Tak selekeh ke?

Saya hanya ingin kan pendapat dan pandangan kerana saya terjebak kini namun saya masih sempat berpatah balik walaupun merasa tidak sampai hati meningalkanya dan didalam waktu yg sama saya juga tidak sampai hati membahgikan masa dan wang ringgit kepada isteri dan anak2 saya!

Kaitan Al-Mahdi dengan Kita

Kaitan Al-Mahdi dengan Kita
Dilulus terbit pada Wednesday, December 10 @ 06:45:14 MYT oleh TokPenghulu


Oleh alexanderwathern

"Pertama, sebelum kita melangkah lebih jauh dalam persoalan Al Mahdi ini... hendaklah kita maklumi awal-awal bahawa kepercayaan kepada Al Mahdi bukanlah termasuk ke dalam perkara pokok agama Islam. Ia bukan sebahagian daripada Rukun Iman atau Rukun Islam. Sama ada percaya atau tidak, ia tidak akan merosakkan iman atau aqidah kita
Kesimpulan kecilnya: Setiap individu berhak untuk percaya atau tidak akan kewujudan Al Mahdi.

Kenyataan beberapa orang tokoh Islam tentang mempercayai Al Mahdi:

Prof. Kiyai Anwar Musaddad-Ulama terkenal Indonesia:
"Kita tidak boleh menghukum kafir, sesat atau terkeluar daripada aqidah Islam terhadap orang yang memeprcayai kewujudan Al Mahdi, termasuk orang yang mengijtihadkan atau menentukan seseorang itu sebagai Al Mahdi, kerana Al Mahdi tidak termasuk dalam senarai aqidah pokok."

Tuan Guru Haji Abdullah Long-guru agama terkenal dan pengamal Tariqat Naqsyabadiah,Muazzam Syah:
"Kemunculan Imam Mahdi pada akhir zaman mempunyai nas yang mutawatir yang boleh didapati dalam kitab-kitab karangan ulama muktabar. Bagaimanapun ini bukan soal aqidah."

Tuan Guru Syed Omar Al Idrus (cucu waliyullah Tukku Paloh, Terengganu):
"Persoalan Imam Mahdi itu sendiri menjadi khilafiah para ulama."

Dr. Mahmud Saedon-pensyarah UIA, 1988:
"Kepercayaan kepada konsep Imam Mahdi bukan persoalan aqidah yang terpokok dalam Islam."

Puluhan malah mungkin ratusan hadith dan atsar tentang Al Mahdi boleh kita muatkan di sini namun antaranya terdapat yang dhaif malah yang palsu.

Berikut adalah hadith-hadith yang saya pegang (secara peribadi-boleh jadi betul atau salah pada orang lain):

"Dunia tidak akan hancur sehinggalah (muncul) seorang lelaki dari kalangan kaum keluargaku, yang namanya seperti namaku (Muhammad bin Abdullah) memerintah seluruh bangsa Arab."
(Turmizi)

"Jika tinggal hanya sehari saja lagi sebelum kiamat tiba, nescaya Allah akan mengutuskan saeorang lelaki dari kaum keluargaku yang akan memenuhkan dunia ini dengan keadilan dan kesaksamaan, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penindasan."
(Abu Daud)

"Al Mahdi yang dinanti-nantikan itu adalah daripada kaum keluargaku. Allah akan menyempurnakannya dalam satu malam sahaja."
(Ibnu Majah)

"Al Mahdi itu dahinya luas dan hidungnya mancung. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti sebelumnya bumi ini dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan. Dia akan memerintah selama tujuh tahun."
(Abu Daud)

"Al Mahdi itu adalah daripada keturunanku, daripada anak-anak Fatimah."
(Ibnu majah & Abu Daud)

Walaupun banyak hadith dan riwayat yang palsu dan dhaif tentang Al Mahdi,. namun jika dihimpunkan kesemua khabar dhaif dan hasan yang ada, maka secara mutawatirnya Al Mahdi memang wujud.

Ini juga adalah pegangan saya secara peribadi, dan saya tidak pula berusaha untuk mengajak orang lain mempercayainya kerana ia bukanlah perkara pokok dalam agama.

Apa yang paling PENTING, janganlah isu yang kedudukannya di hujung agama ini dijadikan perbalahan dan saling menyesatkan. Kita saling menghormati pendapat orang lain asalkan mereka ada hujah yang baik.

Sebagai tambahan:

Saidina Umar Al Khatthab pernah meramalkan bahawa pada suatu masa nanti akan lahir daripada sulbinya( keturunannya) seorang yang bersifat sepertinya malah bernama seperti namanya.

Ini adalah riwayat yang amat biasa- tidak banyak sanad- tidak mutawatir- tidak dipandang orang pun- tidak dinanti-nantikan kedatangannya- tidak bertaraf sahih pun perkataan S. Umar ini. Namun ternyata ramalan sedhaif ini benar apabila munculnya Khalifah Umar Abdul Aziz!

Bandingkan dengan riwayat tentang Al Mahdi yang jauh lebih kuat berbanding ramalan Saidina Umar- banyak riwayatnya- mutawatir-disokong banyak ulama- dinanti-nantikan kedatangannya, ada hadith-hadithnya yang bertaraf hasan, maka tidak mustahil Al Mahdi memang wujud.


Apa kaitannya dengan kita umat Islam...

Untuk mereka yang percaya:

Kalau kedatangan Al Mahdi memang benar, mereka mendapat keuntungan kerana sedikit sebanyak telah ada persediaan sekurang-kurangnya untuk menjalani kehidupan pada zaman Al Mahdi. Lebih bertuah lagi kalau dapat berjuang bersama-sama Al Mahdi dan tidak mustahil mereka sedang berada dalam jemaah yang bakal menjadi tentera Mahdi itu sekarang.Perjuangan mereka juga akan lebih tersusun kerana sudah tahu ke mana arah Al Mahdi menakluk, bila, selepas apa, apa tentera atau musuh yang akan dihadapi selepas ini berpandukan hadith-hadith tentang perjuangan Al Mahdi. Umat Islam tidak akan terburu-buru untuk mengusir Yahudi daripada Palestine kerana sedia maklum yang para Yahudi itu dikumpulkan Tuhan di Palestine hanyalah untuk melengkapkan ramalan akhir zaman tentang pembantaian besar-besaran umat Yahudi di sana oleh Al Mahdi, Nabi Isa as dan tentera Islam.

Kalau tidak benar- mereka tidak akan kerugian apa-apa kerana ia melibatkan kepercayaan sahaja.

Untuk mereka yang tidak percaya:

Kalau kedatangan Al Mahdi benar, mereka akan mengalami sedikti kerugian kerana tidak bersedia untuk hidup dan berjuang mengikut keperluan semasa era Al Mahdi. Ditakuti juga mereka akan termenentang jemaah Al Mahdi tanpa disedari.

Kalau kedatangan Al Mahdi tidak benar, mereka tidak rugi apa-apa dan tidak untung apa-apa.

Tamsilan:

Sekiranya selepas kita mati ternyata syurga dan neraka itu memang wujud, maka orang yang percaya punyai peluang cerah untuk selamat kerana mereka telah beramal di dunia. Kalau tidak ada pun, mereka hanya rugi masa di dunia selama 70-80 tahun sahaja kerana banyak beribadah.

Sekiranya selepas mati syurga dan neraka memang ada, maka orang yang tidak percaya akan rugi selama-lamanya- bertrillion tahun. Kalau tidak adapun, mereka masih tidak untung apa-apa.

Kita boleh membuat pilihan yang bijak.

Siapakah yang paling kuat agar umat Islam tidak percaya kepada Al Mahdi?

Tidak lain adalah Yahudi laknatullah... kerana mereka tidak mahu umat Islam bersatu dengan Al Mahdi lalu mendapat kemenangan menghancurkan mereka. Pelbagai jarum-jarum halus ditusukkan sama ada dari luar atau dari dalam Islam sendiri agar umat Islam tidak mempercayai hal ini.

Akhirnya, dari sudut pandangan perjuangan gerakan Islam:

Para sahabat menjayakan zaman Mekah dan Madinah yang pertama dengan adanya satu peribadi agung bersama mereka iaitu Rasulullah. Pejuang Islam hari ini tanpa satu peribadi agung mahu kembalikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua.
Bolehkah?

Para sahabat sendiri tidak mampu melakukannya tanpa satu peribadi agung, bagaimana para pejuang hari ini dapat merealisasikan zaman Mekah dan Madinah yang kedua tanpa satu peribadi agung?

Kita faham, pejuang hari ini tidak sehebat para sahabat. Logikkah kita yang tidak sehebat para sahabat ini dapat mengulangi kejayaan para sahabat+1 peribadi agung?

Maka untuk menyeimbangkan kuasa para sahabat dan peribadi agung ini, zaman Mekah dan Madinah kedua hanya akan direalisasikan dengan gabungan Al Mahdi dan ikhwan hari ini. Namun itu belum cukup, kerana Al Mahdi tidak setanding Rasulullah manakala ikhwan hari ini tidak setanding para sahabat.

Maka untuk medekatkan jurang ini, diturunkan bersama Al Mahdi dan ikhwan pejuang hari ini satu lagi peribadi agung iaitu Nabi Isa.

Zaman gemilang 1 dilakukan oleh Nabi Muhammad bin Abdullah + sahabat.
Zaman gemilang 2 dilakukan oleh Al Mahdi Muhammad bin Abdullah + ikhwan + Nabi Isa.

Tamat pandangan peribadi saya.


‘BerTuhankan Allah, Bersyariatkan Syariat Muhammad saw’

Abu Zulfiqar ‘Alexanderwathern’
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2008/11/masalah-imam-mahdi.html

Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser

Mewarna rambut boleh menyebabkan kanser
Dilulus terbit pada Saturday, December 20 @ 00:29:16 MYT oleh TokPenghulu
Oleh AMKNS

Menjadi fesyen masa kini muda mudi , tua muda , lelaki dan wanita dari pelbagai kaum di Malaysia ini mewarna atau mencelup rambut mereka dengan pelbagai warna perang , merah , biru walaupun rambut mereka tidak beruban. Adakah penggunaan pewarna rambut boleh menyebabkan penyakit barah atau kanser ?
Menurut Dr John Bailey seorang ahli kimia dari Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat ( FDA – Food and Drug Administration ) menyatakan apabila seseorang itu jarang menggunakan pewarna rambut seumur hidupnya maka akan lebih kuranglah pendedahan seseorang itu kepada bahan pewarna yang boleh menyebabkan barah atau kanser ?
Kepada mereka yang mewarnakan rambut fikir-fikirlah dulu.
Sebenarnya rambut dan kulit orang Asia terutamanya kulit orang Melayu ini dicemburui oleh mereka dari negara barat yang berkulit putih dan berambut perang.
Kalau mereka dari negara barat mencemburui rambut kita yang hitam ikal mayang , kulit sawo matang lembut dan licin kenapa pula kita harus berbangga untuk meniru rambut mereka yang perang , merah , kelabu dan sebagainya ?
ALLAH dah jadikan rambut kita , kulit kita cantik , adakah kita masih tidak berpuas hati? Sedangkan ramai bangsa lain yang inginkan rambut dan kulit macam kita ?
Hendak ALLAH tarik balik nikmat rambut hitam dan kulit sawo matang dari orang Melayu ?

Rujukan : http://www.fda. gov/bbs/topics/ CONSUMER/ CON00205. html

POLIGAMI: Hikmah yang perlu dicari atau ditutup?

POLIGAMI: Hikmah yang perlu dicari atau ditutup?
Dilulus terbit pada Saturday, December 20 @ 07:54:48 MYT oleh TokPenghulu


Oleh saif_almansur

Salam perjuangan.. Penulis merasakan isu kali ini agak krontroversi untuk ditulis.. mana tidaknya, bukan kata hendak dibaca, sebut pun kalau boleh tak nak (mungkin bagi sesetengah orang berfikiran begitu). Namun penulis cuba juga untuk mengetengahkan isu ini agar ianya sentiasa segar untuk direnungi dan difahami.

Persoalan poligami bukanlah satu persoalan yang No. 'Wahid' untuk dibincangkan, apatah lagi di dalam kesibukan membicarakan persoalan 'Politik Negara' yang semakin panas suhunya. Kalau nak sebut pun tak sempat, apatah lagi nak melaksanakannya.. jauh sekali.

Namun begitu, apa yang penulis ingin sampaikan adalah dari sudut isu 'Pembinaan Rumahtangga Dakwah'. Pembinaan rumahtangga dakwah bukanlah suatu angan-angan ataupun sekadar menjadi teori-teori yang hanya sekadar dibentang di dalam usrah dan berakhir begitu sahaja. Tetapi rumah tangga dakwah merupakan satu agenda perjuangan bagi membentuk sebuah masyarakat Islam contoh. Seterusnya akan terbentuk sebuah 'biah solehah' yang akan menjadi taman-taman untuk anak-anak kita bermain dengan aman pada suatu hari nanti.

Poligami akan menjadi isu sensitif sekiranya persoalan emosional, kematangan, kemampuan, keilmuan dan penghayatan tidak menjadi 'asas' kepada perbincangan. Ianya akan menjurus ke arah perbalahan yang tiada kesudahan, dan akhirnya merugikan institusi kekeluargaan Islam itu sendiri. Pada penulis sendiri suasana masyarakat sekarang, menuntut kepada kefahaman yang jelas tentang permasalahan ini. Secara pribadi penulis sendiri telah banyak meneliti tulisan-tulisan, artikel serta bahan bacaan berkaitan poligami ini semenjak dari menuntut di IPT dahulu lagi. Kalau ditanya kenapa? Entahlah, mungkin ingin melihat apakah masalah sebenar disebalik isu ini.

Berikut adalah pandangan penulis,

Hukum poligami
Harus
(perlu diingatkan semua hukum bermula dengan 'harus' dan yang 'harus' itu boleh berubah menjadi WAJIB, MAKRUH bahkan boleh menjadi HARAM).
rujuk: http://www.islam.gov.my/portal/pdf/PoligamiPPUU.pdf

Persoalan Rahsia
Sekiranya suami ingin berpoligami, JANGAN BERAHSIA dengan isteri. Rahsia hanya akan membawa kemudaratan dikemudian hari. Maka syarat pertama adalah JANGAN BERAHSIA. Kalau takut lagi nak berterus terang maka belum memenuhi syarat pertama, maka senang kata BELUM LAYAK

Persoalan Keadilan
Penulis pernah berbincang dengan seorang ustaz tentang perkara ini. Jawapannya mudah, keadilan akan berlaku di atas perkataan 'REDHA'. Sebab itu ada isteri Rasulullah yang memberikan gilirannya pada isteri yang lain. Maka bolehkah dikatakan Rasulullah tidak adil apabila Baginda melebihkan giliran malam pada isterinya yang lain? Disinilah terletaknya maksud perkataan 'REDHA' dalam memahami ADIL berpoligami.

Persoalan Mampu
Senang cerita, adakah pihak suami mampu..? kalau mampu silakan.. kalau tak, tangguhkanlah dulu niat tu. Namun sekiranya perkahwinan itu 'Misyar' terpulang kepada persoalan kedua tadi.


Persoalan Calon
Pada pendirian peribadi penulis, ketegori calon adalah seperti berikut:
1. Wanita (Muslimah) yang telah melebihi usia.
2. Wanita (Mualaf) yang perlu bimbingan dan perlindungan.
3. Wanita (Janda) yang dalam kesusahan dan penderitaan.
4. Wanita (Sesiapa) dalam keadaan darurat bagi menyelamatkan AKIDAH. Kalau tak masuk dalam ketergori di atas, penulis rasa tak perlulah kot..

Persoalan Tujuan
Persoalan inilah yang paling PENTING.. Pada pendirian penulis, satu sahaja jawapan yang penulis akan berikan. DAKWAH.

Itulah antara persoalan-persoalan yang cuba untuk penulis rungkaikan di dalam ruangan yang terhad ini. Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat dan sebelum penulis menamatkan tulisan kali ini, ingin sekali penulis melontarkan satu soalan untuk sama-sama kita fikirkan apakah jawapannya..

Soalannya: "Kenapa dalam soal poligami ini, ada pihak wanita yang penulis istilahkan 'MEMERLUKAN' dan ada pihak yang 'TIDAK MEMERLUKAN'?

wuzere: amanah itu berat.. hanya yang mampu sahaja yang mempu untuk memikulnya.

http://islamreturn.blogspot.com/"

Fitrah Kejiwaan manusia

Fitrah Kejiwaan manusia

By: Prof. Dr. AChmad Mubarok MA

Sebagai makhluk psikologis, manusia memiliki sifat bawaan universal. Dalam al Qur’an manusia disebut sebagai basyar dan sebagai insan. Basyar lebih menunjukkan sifat lahiriah serta persamaannya dengan manusia lain sebagai satu keseluruhan sehingga Nabi juga disebut sebagai basyar (Q/18:110) yang memiliki sifat basyariah seperti manusia yang lain. Sedangkan nama insan menunjuk manusia sebagai makhluk psikologis.

Kata insan dalam bahasa Arab mempunyai asal kata yang mengandung arti sifat-sifat psikologis. Pertama dari kata ‘uns yang berarti jinak, mesra, harmoni dan tampak, kedua dari kata nasiya yansa yang berarti lupa, dan ketiga dari kata nasa yanusu yang berarti berguncang. Jadi dalam kata insan terkandung makna bahwa manusia adalah makhluk yang memiliki kejinakan, kemesraan, suka lupa dan suka bergejolak. Fitrah manusia dibahas lebih menunjuk kepada keinsanan manusia dibanding kebasyariahannnya.

Dalam bahasa Arab, fithrah mempunyai arti belahan, muncul, kejadian dan penciptaan. Jika fitrah dihubungkan dengan manusia maka yang dimaksud dengan fitrah manusia adalah apa yang menjadi kejadian atau atau bawaannya sejak lahir, atau apa yang oleh bahasa Melayu disebut, keadaan semula jadi. Fitrah manusia bisa dicari rumusan karakteristiknya melalui penelitian empirik, tetapi bisa juga difahami dari teks al Qur’an.

Teks al Qur’an tentang fitrah manusia (dan tentang manusia secara umum) ibarat brosur tentang suatu benda yang dikeluarkan oleh pabriknya. Manusia adalah ciptaan Tuhan, sementara al Qur’an adalah firman Tuhan yang antara lain berbicara tentang karakteristik manusia yang diciptakan Nya.. Menggali konsep kejiwaan manusia dari teks-teks al Qur’an –apalagi bagi orang mukmin- merupakan keharusan, tetapi menyempurnakannya dengan penelitian empirik akan lebih membuktikan kebenaran wahyu al Qur’an itu.

Dalam al Qur’an kata fitrah dengan berbagai kata bentukannya disebut 28 kali, 14 kali disebut dalam konteks uraian tentang bumi atau langit, sisanya disebut dalam konteks pembicaraan tentang manusia, baik yang berhubungan dengan fitrah penciptaanya maupun fitrah keagamaan yang dimilikinya. Jadi fitrah manusia adalah potensi psikologis dan rohaniah yang sudah ada dalam desain awal penciptaanya, baik potensi yang mendorong kepada hal-hal yang positip maupun yang mendorong kepada hal-hal yang negatip.

sumber, http://mubarok- institute. blogspot. com

Wassalam,
agussyafii

Mukjizat disebalik BISMILLAH

Mukjizat disebalik BISMILLAH
Dilulus terbit pada Monday, December 22 @ 11:24:43 MYT oleh TokPenghulu

Oleh japri

"BISMILLAHIRRAHMAN NIRROHIIM
Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasihani . . .

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR
ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH
tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2.'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam.' (Hadith Qudsi)

3.Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari
kearah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh
binatang dan terlempar semua syaitan.

4.Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan
pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5.Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka
bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6.Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga
neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas'ud berkata:
'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7.Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap
huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8.Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11.Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan
orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sama-samalah kita mengamalkannya.

Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar

Taati suami selagi tidak menyuruh kepada mungkar

SOALAN:

TOLONG berikan penjelasan berdasarkan nas al-Quran atau hadis berhubung "Ketaatan seseorang isteri kepada suami lebih dituntut" berbanding dengan "Ketaatan isteri kepada ibu bapanya?"

JAWAPAN:

Apabila seorang wanita dinikahi maka keutamaan baginya ialah mentaati suaminya tanpa berbelah bagi selagi mana suaminya tidak menyuruhnya melakukan kemungkaran terhadap Allah SWT.

Mentaati suami perlu diutamakan tanpa menafikan kewajipan mentaati kedua-dua ibu bapa. Tidak kira ibu bapa itu daripada pihak suami mahupun daripada pihak isteri.
Berkahwin bukan sekadar mengikat tali hubungan antara seorang lelaki dan perempuan malah perkahwinan itu ialah jambatan bagi membina persaudaraan antara keluarga lelaki dan perempuan.

Sebenarnya tidak timbul soalan siapa yang perlu diutamakan jika kedua-dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah keluarga suami juga, dan keluarga suami adalah keluarga isteri.

Ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah perintah Allah SWT. Dalam hadis Baginda Rasulullah SAW ada menegaskan yang bermaksud: "Sekiranya aku boleh (diberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk yang lain) menyuruh seorang itu sujud kepada seorang yang lain pastinya aku menyuruh si isteri sujud kepada suaminya." (riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, jld:7, hlm:291, Abu Daud, Sunan Abi Daud, jld:2, hlm:605, al-Tarmidzi, Sunan al-Tarmidzi, jld:4, hlm:323).

Dalam hadis ini Baginda Rasulullah SAW memperlihatkan akan kedudukan suami yang sepatutnya dihormati, sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya. Dalam maksudnya yang lain menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan, dan kemuliaan itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.

Namun dari segi peruntukan dalam feqh Prof Dr. Mahmud Ali al-Syarthawiy di dalam kitab Syrah Qanun al-Ahwal al-Syaksiyyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tidak mendapat izin suami seminggu sekali, sekiranya kedua ibu bapanya sakit harus baginya menziarahi mereka setiap hari kalau dia mahu.

Harus juga bagi si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali, namun ditegaskan oleh para ulama itu sekiranya suasana aman, sekiranya suasana tidak aman maka tidak harus bagi si isteri keluar tanpa izin suaminya, yang demikian ialah demi menjaga keselamatannya (hlm:162).

Di dalam al-Quran Allah SWT menyuruh kita berulangkali supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Arahan cukup jelas selepas mentaati Allah tiada ketaatan yang lebih tinggi melainkan mentaati kedua-dua orang tua.

Firman Allah SWT berkenaan berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bermaksud: Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.(al-Isra' : 23-24).

Baginda Rasulullah SAW telah banyak berpesan agar setiap anak melakukan kebaikan terhadap kedua ibu bapanya di antara hadis Baginda daripada Anas bin Malik yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW apabila menaiki mimbar berkata: Amin, Amin,Amin," lalu ditanyakan kepada Baginda atas perkara apa tuan ungkapkan amin? Baginda menjawab: Telah datang kepadaku Jibril lalu berkata: " Wahai Muhammad kecelakaanlah bagi seseorang itu apabila disebut namamu yang mendengar tidak berselawat ke atas engkau, katakanlah wahai Muhammad Amin, maka aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata lagi, kecelakaanlah seseorang itu yang memasuki bulan Ramadan tetapi pertemuannya tidak mendapat keampunan, katakanlah Amin, aku pun kata Amin, kemudian Jibril berkata: Kecelakaanlah bagi seseorang itu dia bertemu dengan kedua orang tuanya, tetapi pertemuannya dengan kedua orang tuanya tidak melayakkan dia memasuki syurga.(Ibnu Kathir, Tafsir al-Quran al-'Azim, jld:3, hlm: 50 ).
Di samping banyak lagi hadis-hadis Rasulullah SAW yang menyuruh kita berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Keingkaran seseorang dalam mentaati ibu bapa boleh membawa kemurkaan Allah SWT. Tidak kurang banyak riwayat yang mengisahkan balasan ke atas golongan yang menerima balasan segera dan tunai daripada Allah SWT.

ALLAHU'ALAM. ...

SUMBER : UTUSAN MALAYSIA (ARKIB : 19/12/2008)

Tokoh Anti-Islam Dunia Berhimpun di Israel!

Tokoh Anti-Islam Dunia Berhimpun di Israel!
Dilulus terbit pada Saturday, December 20 @ 08:32:07 MYT oleh TokPenghulu


Oleh alexanderwathern

Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.

Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.


Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.

Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.

"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.

Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.

Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.

"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.

Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.
Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.

Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian.

"Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi.

"Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan. Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.

Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)

http://satuumat.blogspot.com/

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN