PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Oktober 17, 2009

1Perak Tak Iktiraf Ganesan Sebagai Speaker

1Perak Tak Iktiraf Ganesan Sebagai Speaker
Posted on Friday, October 16 @ 00:00:00 PDT by Paktam

Oleh Misbahul Munir

Dato’ R Ganesan a/l Retasam yang mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Di Pertua Dewan Negeri Perak bercakap dan beliau tidak layak menjadi Speaker mengikut Peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.Majlis Peguam Malaysia pada 24/8/2009 melalui Setiausahanya, George Varughes mengesahkan bahawa ganesan hanya mengemukakan surat akuan sumpah meletakkan jawatan pada 17/8/2009. Tarikh tersebut telahpun melepasi tempoh 3 bulan sebagaimana yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh kerajaan Negeri Perak

Perkara 36A(5) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut bahawa sesiapa yang menjawat jawatan Speaker mesti melucutkan atau meletakkan jawatan profession dalam te,mpoh 3 bulan dari tarikh memegang jawatan. Ganesan mendakwa beliau dipilih sebagai Speaker dalam persidangan Dewan pada 7/5/2009. Berdasarkan peruntukan undang-undang tersebut, beliau wajib meletakan jawatan pada atau sebelum 7/8/2009.

Dalam rekod rasmi Majlis Peguam Malaysia pada 11/8/2009 menunjukkan Ganesan telah gagal meletakkan jawatan dan masih aktif sebagai pengamal undang-undang.

Ganesan pula telah cuba menyembunyikan fakta tersebut dengan menghantar notis kepada Majlis Peguam hanya pada 13/8/2009 dan mendakwa telah letak jawatan sebagai peguam pada 6/8/2009, iaitu sehari sebelum habis tempoh 3 bulan yang ditetapkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri. Persoalannya bagaimana seorang boleh letak jawatan pada 13/8/2009 tetapi berkesan mulai 6/8/2009.

Selain itu, tatacara perlantikan beliau juga tidak sah. Perlu diingat bahawa Ganesan bukan seorang Ahli Dewan Negeri, beliu didapati menceroboh masuk ke dalam bangunan Dewan Negeri pada 7/5/2009. Sebelum DYTM Raja Muda Perak merasmikan persidangan Dewan Negeri pada hari tersebut, beliau telah mengisytiharkan diri sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan menggantikan Tuan Yang Dipertua Dewan yang sah, YB Sivakumar yang ketika itu masih berada di tempat duduk Speaker dalam Dewan.

Pada hari dan waktu yang sama, YB Sivakumar selaku Speaker yang sah telah diheret keluar dengan kasar dan biadab oleh segerombolan lelaki yang dipercayai anggota polis, sebahagiannya didapati bersenjata pistol. Sivakumar diseret keluar dan dikurung dalam stor lebih dari satu jam. Ketika itulah Ganesan mengisytiharkan dirinya sebagai Speaker Dewan.

Berdasarkan ini, Ganesan tetap bukan Spesker yang sah dan beliau tidak layak memanggil sidang DUN Perak pada 28/10/2009 ini. Kalau sidang tersebut tetap dijalankan menjadikan sidang tersebut juga tidak sah.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh semua adun-adun PR negeri Perak yang tidak mengiktiraf Ganesan sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang sah. -misbahul munir

Pahang diminta segera bayar saman, elak bebankan rakyat

Pahang diminta segera bayar saman, elak bebankan rakyat
Hazayani Zakaria
Fri | Oct 16, 09 | 2:06:13 pm MYT
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan.

Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat memjelaskannya, kadar interest (faedah) sebanyak RM8, 000 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap mengagung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya._

Penguatkuasaan lemah, punca rasuah sukar dibendung

Penguatkuasaan lemah, punca rasuah sukar dibendung
Hashim Abdullah
Fri | Oct 16, 09 | 4:35:12 pm MYT
TEMERLOH, 16 Okt: Isu Politik wang dan pembudayaan rasuah yang menular dalam parti-parti politik di negara ini tidak mampu diselesaikan jika negara tidak mampu menguatkuasakan undang-undang rasuah yang sedia ada.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramahnya di Kampung Paya Jauh semalam berkata, antara punca berlakunya pengamalan rasuah adalah disebabkan wjudnya pendakwaan terpilih dan sistem pencegahan yang berbeza-beza.

"Sekarang ini kita tengok kalau orang yang rasuah itu kakitangan kerajaan macam polis biasa yang ambil RM10 ke RM20, dia cepat didakwa dan dikatakan rasuah, tetapi apabila melibatkan pemimpin tinggi ia tak didakwa kerana dikatakan komisyen.

"Begitu juga rasuah yang membabitkan parti politik macam Umno, tidak didakwa di Mahkamah kerana ia diambil tindakan oleh parti walau pun berlaku rasuah. Tindakannya pula berpilih-pilih.

"Sebab itu kita tengok berlaku ketidakadilan. Sebagai contoh, Norza yang bertanding MT didakwa oleh Mahkamah kerana rasuah, sedang rasuah Isa Samad yang bertanding jawatan tinggi sebagai Naib Presiden Umno tidak didakwa di mahkamah, hanya parti yang hukum dia jadi mana keadilannya. Sebab itu kita tuntut hanya satu undang-undang rasuah dikuatkuasakan," katanya.

Dalam mengulas isu rasuah dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Naib Presiden PAS itu mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak atas aduan yang dibuat PAS bersabit salahlaku rasuah pemimpin Umno.

"Kita ada bukti dua pemimpin Umno terlibat merasuah pengundi, kita ada rakaman sebab itu kita mahukan SPRM bertindak," katanya. _

Pemuda PAS Perak cabar Zambry dedah bukti PAS rasuah

Pemuda PAS Perak cabar Zambry dedah bukti PAS rasuah
Harakahdaily
Fri | Oct 16, 09 | 3:52:21 pm MYT
IPOH, 16 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Menteri Besar BN Perak, Datuk seri Dr. Zambry Abdul Kadir berdebat dengan Menteri Besar Pakatan Rakyat Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah.

Ketua Pemuda DPPN Pk dalam satu kenyataannya juga meminta Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Zambry bahawa beliau mempunyai bukti bahawa PAS telah melakukan rasuah.

"DPPN Perak mencabar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membuktikan tuduhan beliau bahawa PAS melakukan rasuah sepertimana kenyataan yang telah dikeluarkan oleh beliau baru-baru ini."katanya.

"Kami menyediakan pentas untuk Zambry bagi berdebat isu rasuah bersama Nizar jika beliau benar-benar berani dan mempunyai bukti. "

DPPN PK turut meminta Zambry mengemukakan bukti mengenai tuduhan beliau kononnya PAS terlibat dengan rasuah sewaktu memerintah negeri itu.

Tegasnya, jika benar dakwaan Zambry itu, SPRM seharusnya mengemukakan bukti siasat mengenai kes itu.

"Dimanakah laporan yang telah disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah oleh PAS?"soalnya.

"DPPN Perak menganggap Zambry sekarang telah tersepit dan cuba memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah diterima oleh rakyat untuk menerajui Kerajaan Negeri Perak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 tahun lepas."katanya lagi.

DPPN Pk juga menyokong kenyataan Nizar bahawa kemenangan Umno BN di Bagan Pinang 11 Oktober lalu sebagai kemenangan rasuah kerana calonnya Tan Sri Isa Samad yang dipilih untuk bertanding telah didapati bersalah kerana melakukan rasuah oleh UMNO sendiri.

Sehubungan itu, DPPN PK tegasnya berpandangan Umno BN yang telah serasi dengan budaya rasuah politik masih cuba menafikan perkara itu sebaliknya menuduh orang lain melakukan rasuah.

"Budaya rasuah politik ini tidak terpengaruh dalam PAS kerana adalah menjadi satu kesalahan besar bagi orang yang melakukannya."tegasnya._

BANTAH tuntut jawapan menteri

BANTAH tuntut jawapan menteri
Nazri Abdullah
Fri | Oct 16, 09 | 9:43:15 am MYT
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) menuntut Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Khaled Nordin memberi jawapan segera berhubung desakan mereka supaya sistem undian elektronik, e-undi dimansuhkan.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, mereka memberitahu belum menerima sebarang jawapan dari menteri berkenaan selepas menyerahkan memorandum bantahan tersebut kepada Khaled minggu lalu.

Sewakatu penyerahan pada satu majlis di Universiti Putra Malaysia (UPM) 11 Oktober lalu, mereka mendakwa menteri berkenaan memberi jaminan untuk mengkaji sistem tersebut namun sehinga hari ini belum ada maklum balas dari beliau.

Lebih merisaukan mereka, pilihan raya kampus kemungkinan diadakan dalam masa terdekat dan harapan melihat sistem e-undi dimansuhkan mungkin tidak kesampaian.

E-undi dibantah kerana didakwa tidak telus dan mempunyai ruang besar untuk dimanipulasi pihak berkepentingan dan pada masa yang sama banyak kampus belum cukup persediaan melaksanakannya

BANTAH juga ujar mereka menyokong usaha pihak pentadbiran daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang tidak melaksanakan sistem ini kerana kurang persediaan dan melihat banyak isu yang perlu diperbaiki

Desakan ini juga beritahu mereka bukan kerana kepentingan mana-mana kumpulan namun untuk kebaikan semua supaya tidak timbul apa-apa pertikaian pada masa akan datang.

"BANTAH tidak bersifat selektif dalam memperjuangkan isu bantahan E-undi ini. BANTAH akan tetap mendesak pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar terus membatalkan sistem ini, walaupun Pilihan Raya Kampus (PRK) dimenangi oleh mana-mana pihak atau kumpulan," kenyataan mereka dipetik.

"BANTAH berpendirian bahawa siapa jua pemimpin yang dipilih melalui sistem yang bobrok dan tidak telus ini, akan mematikan demokrasi kampus, dan mematikan generasi kepimpinan mahasiswa yang berkarisma dan berintegriti," ujar mereka lagi.

Ekoran itu mereka memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada menteri berkaitan membuat keputusan berhubung desakan mereka supaya memansuhkan terus sistem e-undi tersebut.

"Justeru itu, BANTAH mendesak Dato Khaled Bin Nordin selaku menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, agar segera membuat keputusan berhubung sistem E-Undi ini dalam tempoh masa 3 hari bermula kenyataan media ini dikeluarkan," desak mereka._

UM lancar kelab sahabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat

UM lancar kelab sahabat Kartika, pertonton demonstrasi sebat
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria, Foto Zamzarina
Fri | Oct 16, 09 | 7:27:36 am MYT
KUALA LUMPUR , 16 Oktober: Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) semalam melancarkan 'Kelab Sahabat Kartika' bagi menunjukkan sokongan warga kampus tersebut terhadap pendirian model sambilan itu yang mahu disebat.

Unit Hal Ehwal Wanita (HELWA), pertubuhan pelajar itu melancarkan kelab tersebut bersempena Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA) yang bermula semalam.

Dengan tema 'A journey begins with a single step', penubuhan kelab bertujuan mengumpulkan seramai mungkin sokongan masyarakat kampus terhadap Kartika.

"Kita mengharapkan seramai mungkin masyarakat kampus untuk turut serta dalam Kelab Sahabat Kartika ini sebagai tanda sokongan kita terhadap keputusan yang dibuat oleh kartika.

"Selain itu,ianya juga adalah manifestasi senstiviti kita terhadap pelaksanaan hukuman mahkamah syariah secara serius di Malaysia ini," ujar Setiausaha MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply pada sidang media semalam.

ImageKutipan sokongan akan diadakan selama tiga hari bermula semalam mensasarkan keahlian seramai mungkin dari warga varsiti tersebut.

Idea penubuhan kelab ini tercetus selepas program ziarah oleh pimpinan Helwa MPMUM dan Hewi PMIUM ke rumah Kartika 4 Oktober lalu.

Mereka berpandangan bahawa adalah perlu untuk menzahirkan sokongan terhadap Kartika sebagai respon positif di atas keinsafan beliau dan sanggup dihukum sebat selepas mengaku salah meminium arak.

Penubuhan kelab ini juga berasaskan lima sebab iaitu sikap Kartika yang tetap pendirian, keputusannya untuk berubah dan kembali kepada kehidupan beragama, berani mengaku kesalahan, bijak membuat keputusan dan menjadi medium untuk membawa mahasiswa supaya peduli terhadap masalah umat Islam.

Kartika Sari Dewi Shukarnor,32, didenda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas kerana meminum arak di pusat hiburan di Cherating, pada 11 Julai tahun lepas.

Namun pada 24 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) supaya menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika sempena menghormati kemuliaan Ramadan.

Kartika, 32, sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak tetapi ditangguhkan pada saat-saat akhir dengan alasan perintah tahanan terhadapnya tidak dapat dilaksanakan ketika ini.

ImageMemandangkan, kes sebat syariah membabitkan Kartika adalah kes pertama di negara ini, pihak penganjur turut mengambil inisiatif mengadakan sesi penerangan dan demonstrasi sebat cara sivil dan syariah.

Ianya bagi memberi gambaran serta pendedahan bagaimana sebat mengikut syariah perlu dijalankan berbanding sebat sivil yang sudah lama dipraktikkan.

Penerangan dan demonstrasi sebat sivil dikendalikan pegawai penjara Sungai Buluh, Tengku Mohamad Nahar.

Bagaimanapun sebatan tersebut dilakukan tanpa sebarang objek sasar sebagai mematuhi arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang tidak membenarkan demonstrasi sebat ditunjukkan kepada umum.

Manakala sebat mengikut syariah hanya diterangkan secara teori oleh wakil dari Jabatan Syariah Undang-Undang Fakulti Pengajian Islam UM sendiri.

Berikut antara beberapa perbezaan utama kedua dua kaedah sebatan

Sebatan mengikut kaedah Syariah

1- Sebatan boleh dilakukan sama ada kepada pesalah lelaki mahupun perempuan.

2- Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebal tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3- Pesalah hendaklah memakai pakaian menurut hukum syarak tetapi sedikit nipis dari pakaian biasa.

4- Pesalah lelaki disebat berdiri manakala prempuan dalam keadaan duduk.

5- Jika pesalah itu hamil, hukuman itu hendakalah dilaksanakan selepas dua bulan dia melahirkan anaknya.

6- Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan 'sederhana' di mana tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepalanya supaya tidak mencederakan pesalah.

7- Sebatan boleh dilakukan di mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala,perut, dada atau bahagian sulit.

8- Maksimum sebatan untuk pesalah adalah enam kali rotan sahaja.

Image Sebatan mengikut kaedah Sivil

1- Sebatan hanya dilakukan kepada pesalah lelaki sahaja.

2- Rotan yang digunakan terdiri daripada pelbagai saiz namun kebiasaanya diameter rotan tidak melebihi 1.25 sentimeter.

3- Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat yang hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4- Sebatan hanya dilakukan di bahagian daging punggung.

5- Pesalah akan disandarkan berdepan pada tempat khas dan diikat kedua kaki dan tangan.

6- Sebatan dilakukan pada satu tempat yang sama tanpa henti sehingga habis jumlah sebatan.

7- Jumlah sebatan bergantung kepada keputusan mahkamah dan tiada had maksimum. _

Rabu, Oktober 14, 2009

Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'

Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'
Harakahdaily
Wed | Oct 14, 09 | 10:03:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Okt:PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan.

"Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek � politik tempatan dan nasional � untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

"Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri hari ini.

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

"Dalam suasana keriuhan kegagalan kita memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini, semua ahli PAS diminta bertenang dan tidak keliru dengan status-quo kemenangan BN yang dirayakan oleh mereka.

"PAS menyedari bahawa semua pihak menaruh harapan yang tinggi untuk mengambil kerusi DUN Bagan Pinang dari milikan BN. Hakikatnya ialah kita menyertai pilihan raya ini dengan penuh maklumat bahawa ianya merupakan satu tugas yang mencabar dan penuh dengan insiden provokasi oleh pihak lawan," jelasnya lagi.

Beliau juga melahirkan penghargaan kepada semua pengundi kerana masih lagi memberikan kepercayaan kepada PAS dalam pilihan raya berkenaan.

"Walau apapun, PAS ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada pengundi yang masih memilih PAS, para petugas parti yang datang dari segenap pelusuk tanahair dan berkampung di DUN Bagan Pinang, orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang memberikan tenaga dan sokongan serta semua pihak yang telah berusaha bersama-sama dengan jentera parti dalam berhadapan dengan pilihan raya kecil ini,"katanya.

Sila hantar komen untuk berita di atas di: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

_________________________

KOMEN PEMBACA

_________________________

1. Disarankan 'think tank' PAS jangan hanya mendengar komen dan analisa di kalnagan pimpinan tetapi juga menilai pandangan rakyat bawahan melalui media seperti Harakah, Harakahdaily, blog dsb. -teropong jauh, shah alam.

2. Tuan, berikut dikenalpasti beberapa punca PAS kalah di Bagan Pinang:

i)Calon PAS kurang Popular,banyak yang tidak mengenali beliau.
ii)Kekurangan orang tempatan ke depan salah satu sebab punca kekalahan,orang luar sukar mempengaruhi orang tempatan
iii)Rasuah yang berleluasa
iv)Peras ugut
v)Kurang isu tempatan di ketengahkan
vi)Popularity ISA dikalangan orang tempatan,sebenarnya bukan BN menang tapi ISA ATAU RASUAH yang menang. - said dali.

3. Pandangan saya:
# Petugas PAS yg berasal dr kawasan Telok Kemang dan Bagan Pinang amat sedikit. perlu tubuhkan lebih banyak cawangan dan latihan gerak kerja berhadapan masyarakat awam.
# Calon PAS kurang dikenali di kalangan rakyat NS.
# PAS silap tanggapan terhadap rakyat di bahagian selatan. PAS menganggap strategi di kawasan utara dan timur boleh digunakan di selatan.
# PAS dan Harakah memainkan isu calon BN.
# PAS tidak mengambil berat pendapat penganalisis politik. Mereka berkata bahawa isu peribasi bukan senjata utama dalm PRK Bagan Pinang.
# PAS gagal mempengaruhi orang Melayu.
# Ugutan BN buat rakyat takut undi PAS.
# PAS terlupa di sebalik isu calon BN, takkan tiada langsung kebaikan atau jasa yang calon BN pernah lakukan.
# PAS sepatutnya memilih calon yg berasal dari Telok Kemang/Bagan Pinang sebagi calon PAS. -an,mohd.

4. Salam. Elok juga bermuhasabah selepas kekalahan. Ada hikmahnya tewas kerana sekurang - kurangnya semua pihak di dalam parti akan terus berkerja. Mudah - mudahan kita akan sedar dari lamunan. Wassalam. -BUDAK LARKIN.

5. Pandangan saya kekalahan PAS:

1. Rakyat masih boleh menerima UMNO.
2. Pakatan Rakyat gagal mematahkan serangan media dari UMNO.
3. Perjuangan mendapatkan keadilan bagi daftar pemilih belum tercapai.
4. DAP jangan mengeluarkan isu sensitif mengenai Agama Islam.
5. PAS mesti bijak dalam melaksanakan perkara yang melibatkan Agama Islam kerana orang Melayu Islam sendiri lemah dalam ilmu.
6. Pemimpin-pemimpin PR belum mendapat keserasian lagi dalam pakatan dan saling serang menyerang di dalam media.
8. Pakatan Rakyat mesti mempunyai satu medium supaya suara rakyat dapat disalurkan terus kepada pimpinan tertinggi PR dan bukannya rakyat bebas menggunakan blogger menghentam pemimpin sendiri.Akibatnya isu yang kecil menjadi barah kepada penyokong sendiri dan menjauhkan rakyat mendekati PR. - meriam buluh.

6. Salam,Sedikit komen membina untuk parti PAS:

1. Untuk next election (no matter which DUN/Parlimen) jgn mulakan provokasi terhadap parti lawan, tangani setiap provokasi pihak lawan dgn bijak dan berilmiah.

2. Seperti komen an.mohd, guna pakai strategi yang berlainan di setiap kawasan/negeri kubu kuat jentera pihak lawan (sekadar peringatan semula)

3. Hormati pihak lawan, lebih guna perang psikologi berbanding perang botol dan parang. Jentera pilihanraya di nasihatkan supaya lebih peka dengan isu provokasi pihak lawan tetapi bukan atasinya dengan provokasi semula atau peperangan. Tunjukkan sifat yang murni dan baik untuk pihak lawan berasa hormat sehingga pihak lawan berasa segan dan malu untuk terus berprovokasi. Seperti yang diamalkan oleh Rasullulah dalam berdakwah (Why not kita contohi baginda?)

4. Sememangnye pihak lawan sanggup buat apa sahaja untuk menang (fitnah & janji palsu) tetapi JANGAN SEKALI KALI SAMPAIKAN PADA MANA-MANA PENGUNDI TENTANG KEBURUKAN PIHAK LAWAN. Ape yang perlu disampaikan ialah cuma menyatakan harapan sokongan dari mereka dan akan melakukan yang terbaik samada dari segi pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit. Pengundi kini semakin bijak. Pihak lawan fitnah kita atau berkata buruk tentang kita tetapi kita bersikap sebaliknya, Pengundi akan menilai siapa yang buruk sebenarnya (what comes around goes around). Berpolitik lah dengan jujur.

Undi pos bantu Isa menang

Undi pos bantu Isa menang
M Faqih
Wed | Oct 14, 09 | 10:08:40 am MYT
PENDAPAT

Benarkah petunjuk di Bagan Pinang kelmarin memberi gambaran total bukan Melayu telah kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN)?

Telahan itu dibuat setelah mengambil kira 1,387 daripada 1,870 pengundi India mengundi BN, dan hanya 483 pemilih mengundi calon PAS.

Lalu disimpulkan sokongan bukan Melayu kepada Umno melonjak sebanyak 42 peratus di Bagan Pinang.

Tanpa perlu berselindung, siapa sebenarnya penyumbang besar kepada peningkatan tinggi undi dibolot Isa.

Mengapa disembunyikan data 85.4 peratus atau 3,521 tentera mengundi BN.

Dan hanya 14.5 peratus sahaja tentera yang ada keberanian memangkah PAS.

Kelompok undi tenteralah yang sebenarnya melonjakkan majoriti BN. Ukuran itu tidak adil untuk dikatakan pengundi sudah bertaut semula kepada BN.

Ini kerana kalau diambil kira pengundi awam PAS dan Umno hanya dijarakkan sekitar kurang 40 peratus sahaja daripada 6,712 pengundi awam yang keluar mengundi.

PAS mendapat 1,997 undi atau 30.7 peratus, sedangkan BN pula 4,492 undi atau 69.2 peratus.

Jumlah pengundi awam yang keluar mengundi hanya 6,489 undi tanpa diambil kira 223 undi rosak. Sedangkan jumlah keseluruhan pengundi awam yang ada dalam buku daftar seramai 9,060 pemilih.

Ini bermakna seramai 2,971 pemilih awam tidak keluar mengundi. Dan jumlah peratusan keluar mengundi tinggi sehingga 82 peratus sebenarnya disumbang undi pos.

Mengambil situasi itu Isa tidak belum tentu mendapat majoriti berganda tanpa undi pos.

Biar apa pun petunjuk di Bagan Pinang, perkembangan ini seolah-olah mengulangi apa yang berlaku di Ijok pada 2007 dan Pengkalan Pasir pada 2005.

Ini kerana Pakatan Rakyat bangkit semula pada pilihan raya umum. Ketika itu tentera sudah berani kerana Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Tan Sri Muhyyiddin Yassin tidak mampu lagi muncul di Port Dickson. _

Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh

Umpama cuba rampas kerusi Anwar di Permatang Pauh
Zulkifli Sulong
Tue | Oct 13, 09 | 11:49:00 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Okt: PAS sememang sedar dari awal lagi, percubaan mereka untuk memenangi pilihan raya kecil Bagan Pinang umpama cuba merampas Permatang Pauh dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, Tan Sri Mohd. Isa Samad sudah bertapak di situ sekian lama dalam keadaan dia juga adalah bekas pemimpin utama Umno Negeri Sembilan.

Sebab itulah, PAS lebih senang dengan pendekatan untuk menang negara walaupun terpaksa kalah di Bagan Pinang.

Menjelang pilihan raya, PAS sudah berusaha agar Isa yang dicalonkan Umno dengan harapan akan mendapat manafaat besar dalam pilihan raya umum nanti.

Namun, kemenangan berganda Isa mengejutkan PAS kerana mereka menjangkakan akan dapat mengurangkan majoriti Umno dalam pilihan raya kali ini.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Bagi Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya Bagan Pinang, Dr Dzulkefli Ahmad, Umno tidak boleh berbangga dengan kemenangannya di sini kerana yang menang adalah Isa Samad bukannya Umno.

"Jadi membuat satu kesimpulan umum bahawa orang Melayu, Cina atau India sudah kembali kepada Umno adalah satu yang tidak tepat," kata Dr Dzul.

Beliau juga menyifatkan, walaupun calonnya menang dalam pilihan raya ini, "Umno kalah dalam perangnya melawan korupsi."

Beliau juga yakin, kini Umno terjerat dengan keputusannya meletakkan Isa di Bagan Pinang.

"Apakah ini yang pimpinan Umno mahukan selepas melaungkan pendekatan 'Kita mesti berubah atau kita rebah'?

"Umno bagi saya kini terjerat dengan keputusannya sendiri," tegas Dr Dzul bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP). Beliau kini adalah anggota Parlimen Kuala Selangor dan merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan.

Bagi Dr Dzul juga, penyelesaian yang Umno capai dalam pilihan raya ini adalah penyelesaian jangka pendek dan sekadar untuk menang sahaja.

"Padahal banyak yang terpaksa umno korbankan kerananya...termasuk agenda perubahan yang Umno nak buat...kini terikat dengan pemimpin kitar semula yang ditolak sendiri Umno sebelum ini," katanya.

Ketika ditanya apakah yang berlaku di Bagan Pinang sehingga kekalahan PAS berlipatganda, Dr Dzul berkata, Bagan Pinang amat unik.

"Ketika saya mula sampai di Bagan Pinang dan cuba bercakap dengan penduduknya, kita diterima dengan negatif sekali..cold shoulders (sambutan dingin)...," katanya.

ImageSebab itu, kata beliau, apabila pemimpin PAS bercakap soal isu nasional termasuk skandal PKFZ (Zon Perdagangan Bebas Perlabuhan Klang), penduduk di sini tidak melayannya.

"Bahkan, apabila kita bercakap soal isu kepala lembu yang panas di Selangor kepada masyarakat India di sini, mereka tidak melayannya," kata beliau.

"Puncanya kerana kesilapan kita yang tidak memberikan perkhidmatan sebagaimana yang sepatutnya selepas mereka memberikan undi kepada kita dalam pilihan raya umum lepas," kata Dr Dzul lagi.

Namun, apabila PAS bercakap soal isu tempatan, mereka juga tidak memberikan respon yang positif.

Berkaitan dengan isu orang Cina pula, beliau bersetuju dengan analisis sesetengah pihak bahawa orang Cina di sini terkilan dengan kenyataan beberapa pimpinan PAS di Selangor.

Mengikut laporan itu, mereka mahu ajar PAS dalam pilihan raya kali ini dengan tidak mengundi calonnnya.

"Bagi saya ini adalah isu yang real dan pimpinan perlu mengambil tindakan segera dan jangan membuat tidak kesah sahaja," katanya.

Sila hantar komen anda untuk berita di atas ke: urespons@gmail.comAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

_____________________

KOMEN PEMBACA

_____________________

1.Kejayaan BN dalam pilihan raya Bagan Pinang memperlihatkan Orang Melayu belum sampai tahap kematangan dalam berpolitik, Sudah terang lagi bersuluh calon rasuah lawan calon bersih tapi yang heran calon rasuah juga dipilih. Memang Melayu mudah lupa tapi bukanlah semuanya. Yang istiqomah teruskan perjuangan. Biarkan perasuah terjun dengan labu-labunya. - zailah.

2.assalam... terpanggil saya utk memberi ulasan sama adalah kerana diantara punca-punca kekalahan kita adalah faktor kita sendiri. mengapa kita terikut-ikut dgn budaya jakun musuh. sedang kita adalah perjuang kpd agama islam? mengikut kata tok guru nik aziz misi utama kita adalah utk menyampaikan dakwah. bagi kita baik sbg penyokong.pendokong, dan pimpinan parti kita telah jauh tersasar. perbuatan kita. budi bicara.tingkah laku ianya diperhatikan oleh org ramai baik drp.pengundi, rakan-rakan PR dan pihak musuh.semangat dtg berkempen bertukar menjadi nafsu amarah ianya dtg dari provokasi musuh.islam mengajar kita utk bersabar. Bila musuh berteriak,memaki dgn kata- kata nista kita turut sama membalasnya dgn memaki walaupun menyelit dgn takbir dan zikir. dan yg sedihnya sampai bertumbuk. ini adalah PRK bukan sampai ke peringkat perang.kita terlalu mencari kesalahan musuh sedangkan kita tidak sedar bahawa kita telah terikut cara-cara musuh. "Rasullulah(S.A.W) telah di uji dgn berbagai-bagai ujian dan provokasi tetapi boleh lagi senyum dan berdakwah(kempen). sesungguhan islam ada caranya dan budaya tersendiri. maka bolehlah kita berserah dan menanti kemenangan yang akan tiba. wassalam. - teropong bulan.

3. Kepada para pejuang agama sekalian, usah pelik dan terkejut dengan keputusan prk n31. Bukan ke yang berlaku tu salah satu dari tanda2 kiamat?. Kite patut bersyukur. Ade hikmat dgn ape yang berlaku. Bersabar dan teruskan perjuangan. - nik zackroul.

4.ISA yang menang , bukan BN dah kuat & bukan UMNO yang kembali hebat . Memang betul kata Che Det ISA boleh menang tapi dalam jangka waktu panjang kemenangan ISA akan melingkupkan UMNO / BN .Kedua factor Rasuah di ladang2 berleluasa . Org India sendiri yang memberi nmaklumat dan bukti . Lagi satu Najib iktiraf parti Makkal sakhthi - Hindraff yang buat org India paling tadah .Bukti semua ladang PAS kalah berbanding PRU 12 hanya 1ladang yang kalah . Kita tengok PRK selepas ini seterusnya PRU 13 nanti . Sesungguhnya Kemungkaran akan lenyap di muka bumi ini � bersabar lah para pejuang keadilan demi untuk meegakan kebenaran mmg serik , inilah salah satu ujian yang kita hadapi . InsyaAllah berkat usaha kita PASti kita Berjaya akhirnya nanti. - Hj Mokhtar Hj Idris.

5. Kalangan pemimpin harus melihat kesan akibat tindakan mereka. Sedarlah bahawa sebarang tindakan yang membawa kepada penurunan imej parti pada persepsi massa adalah merupakan �sabotaj� kepada sokongan dan semangat yang tidak berbelah-bahagi dari kalangan pengundi,memperlekeh perjuangan pengundi dan penyokong, memudarkan semangat perjuangan sedia ada dan akhirnya mereka akur bahawa perjuangan �kita� tidak kemana � mana...Silalah baca dan khazamkan analisis TohkongMosjid�Suatu analisis dari kalangan penyokong PAS yang bukan AHLI PAS.Kami yang sentiasa menilai. -zulkhalid.

6.Saya ingin berkongsi pendapat tentang apa yang saya dapat lihat di Bagan Pinang :

1. TS Isa Samad di Bagan Pinang adalah seperti DS Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Dari tinjauan saya di sana, ramai yang secara terbuka mengaku mahukan TS Isa. Tak ada langsung yang sebut tentang rasuah. 2. Pengundi India telah bertukar arah. Tak seperti PR 2008 yang jelas menunjukkan betapa marahnya mereka kepada BN, di Bagan Pinang mereka kembali menyayangi BN setelah menerima pelbagai janji dan habuan terutamanya perumahan dan bantuan lain di estet-estet. Tiada lagi simpati kepada A Kugan dan marah di atas insiden sepak kepala lembu. Asalkan dapat sedikit rasuah, terus BN menjadi hero. Pada hari mengundi, response mereka kepada perayu PAS cukup dingin. 3. Pengundi dari kalangan tentera masih takut berubah. Di samping itu perbagai rasuah pilihnraya seperti Port Dickson Bandaraya Tentera Darat dan elaun serta kenaikan pencen sekiranya BN menang nampaknya membuatkan mereka tak sanggup berkorban. Hasilnya 3600 undi lebih undi mereka berpihak kepada BN. Bukan mereka tak tahu betapa korupnya calon BN. 4. Pemuda BN bagai mendapat restu untuk bertindak liar.Beberapa insiden termasuk di hari pengundian jelas menunjukkan bahawa mereka digalakkan menggangu perjalanan PRK untuk menunjukkan kekuatan di kubu kuat mereka. 5. Bagan Pinang adalah sebuah komuniti yang banyak dipengaruhi oleh aktiviti pelancongan dan riadah pantai. Kehidupan mereka agak longgar dari segi penghayatan agama. Kalau dilihat cara gadis-gadis dan pemuda berpakaian, nampak mereka lebih selesa memilih parti BN yang akan menjamin kelangsungan cara hidup bebas dan hedonistic.

Secara ringkasnya Bagan Pinang adalah milik BN. Walaupun demikian PAS perlu terus cuba merubah minda dengan dakwah berterusan. Cawangan-cawangan kena lebih banyak ditubuhkan. Saya difahamkan jumlah cawangan di sini terlalu sedikit. Begitu juga dengan program keagamaan perlu cuba diperbanyakkan dengan apa cara yang boleh. Moga kekalahan kali ini tidak melemahkan PAS. Anggap ianya seperti Perang Uhud yang akan menambah semangat untuk terus berjuang. -Ibnu Haziq.

7. salam tak apalah terimalah kekalahan dengan redha....syukur ALLHAMDULLILLAH apa yang berlaku ada rahmatNYA.. Hanya ALLAH yang dapat menghukum mereka diatas kerakusan mereka kelak...kita tunggu dan lihat sahaja. -mark jedo.

8. Terima kasih para pengundi PR, sememang itulah kehendak rakyat di PD. Allah lebih mengetahui apa yang tersirat kerana PD merupakan tempat maksiat maka ianya lebih kepada UMNO. PR/PAS masih ada peluang tapi bukan di PD, di tempat yang tak tahu pula di mana selepas PD. Syabas kepada semua yang menyokong dari semua segi (RM, Moral, Doa dan sebagainya.- Awe Gondang

9. Salam..secara umumnya mungkin kita kalah dalam PRK yang terbaru ini..tetapi jikaa kita berpandangan jauh dan mengambil iktibar kekalahan kita kali ini..kita mungkin akan menang di masa akan datang..ini kerana:

1 - Umno macam "Kami Penyamun di ini dalam negeri..kerja merompak, mencilok dan mencuri..tidak memilih ayam dan kerbau sapi..asal mana boleh ku bawa lari...KAMI PENYAMUN..PENYAMUN...dengan itu kita akanmenang jua akhirnya walaupun ia akan mengambil masa 5 atau 10 tahun..

2 - 'Perjuangan tidak akan dibentangkan dengan hamparan karpet merah'.. sebab itu kita tidak boleh leka denagn sajian kemenangan pada 7 PRK yg lepas..oleh itu Allah SWT telah menyedarkan kita untuk kerja dengan lebih tekun dalam usaha memahami pendirian dan hati rakyat..dekatilah mereka beri mereka ilmu..hanya dengan ilmu baru rakyat akan menolak pemimpin-pemimpin PENYAMUN..

3 - Kita tidak kira Pempinan, ahli, pemerhati, 'silent' penyokong harus terus menerus menasihati, memberi ilmu, informasi dan tunjuk ajar kepada keluarga kita, rakan kita, jiran kita, bos kita, rakan kerja kita dan sesiapa yang berkaitan untuk memenangkan kita supaya mereka menolak PENYAMUN-PENYAMUN yang bermaharajalela..ini kerana meraka mempunyai BANYAK MEDIUM UNTUK MEMBUSUKKAN kita tanpa kita mampu untuk respon dalam masa yang sesuai..

akhir kata dari saya..to WIN its not in the position you STAND but its inthe DIRECTIONyou look..salam perjuangan TAKBIR !!! - Saufi Izwan.

10. As Salam.. kekalahan memang mengecewakan.tapi jgn kita lupa setiap titik peluh ,setiap wang ringgit ,masa ,setiap langkah yang ikhlas untuk mendapat keredhaan akan diberi ganjaran pahala .jangan diikut rentak lawan.biarlah mereka dengan cara mereka yang sentiasa menjanjikan habuan. Allah maha memberi pertolongan dan sentiasa memberi kemenangan kepada yang ikhlas dalam menegakkan agama Allah.untuk mengubah pemikiran manusia bukanlah mudah.sabar dan teruskan perjuangan......Allah jualah pemberi rahmat kesejahteraan dan kebahagiaan . - Nura Amin.

11. Saya bersetuju dengan ulasan Dr Zul berhubung kemenangan BN di Bagan Pinang. Umum Mengetahui bahawa Bagan Pinang adalah kubu kuat UMNO atau lebih dikenali sebagai tanah kelahiran Ayahanda Isa Samad. Namun perlu diingat bahawa calon PAS Zulkifli Omar walaupun memegang jawatan Pesuruh Jaya Pas Negeri Sembilan beliau bukanlah calon yang sesuai diangkat diBagan Pinang. Mengikut beberapa kenyataan yang saya percayai kesahihanya isu zulkifli omar menganak tirikan Pas Paroi telah dimainkan oleh agen propaganda BN. Apa yang dilakukan oleh zulkifli untuk membantu DUN Paroi yang telah dimenangi PAS dalam pilihan raya lepas. Bersikap riak dihadapan ahli pas dengan memperlekehkan ADUN Paroi yang telah menerima mandat rakyat paroi. Saya percaya isu calon ini juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada kekalahan teruk PAS.

Umum juga mengetahui bahawa pendekatan BN yang menghulur sumbangan wang dan aneka peralatan serta membuka pintu kepada kegiatan samseng dengan seluas luasnya bagi memenangi pilihanraya adalah satu perbuatan yang WAJIB dikutuk. Kemenangan yang akan mewujudkan satu tsunami kepada pentadbiran Mohd Hasan yang bakal berdepan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Kita tunggu perkembanganya.

Bagi para petugas Pas walaupun Pas tewas dibagan pinang namun hakikat petugas Pas boleh bermegah dengan sikap profesionalnya yang mampu bersabar dan menjaga adab susila sebagai seorang Islam yang bertamadun. Bagi Samseng BN , mereka hanyalah golongan yang dibutakan hatinya oleh Allah untuk terus mara menuju kehancuran dan kejahilan. - Mox, T Jaafar.

12. Tidak perlu bimbang dengan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. pasti ada hikmah disebalik kekalahan ini. Sesungguhnya Bagan Pinang telah memilih calon mereka . walau sehaprakmanapun calonnya,pilihan telah diterjemahkan. Kejahilan mendahului segalanya dibagan pinang. Itu yang saya lihat dengan mata kepala saya. Para pemuda yang mabuk dianggap wira bagi menimbulkan huru hara. Biasa itu arahan BN.(Bara Neraka). PAS wajib kerja lebih bagi mengekang kemenangan BN dimana jua pilihan raya diadakan. Sekian. - Ibnu Fahim Al Hasan.

13. Kesimpulanya Melayu N9 masih belum bersedia untuk berubah. - Amri Zainal.

14. assalamualaikum. umur saya 43 tahun bekerja sbg peniaga kecil kecilan dah berkeluarga,seorang penyokong pas, bukan ahli pas atau umno dan ahli mana mana parti,beragama islam. Kalau tak mengundi pun tak rasa bersalah kalau mengundi pangkah PAS, sbg permerhati terus terang saya katakan saya merasa sungguh sayu dan kecewa sejak hari pertama penamaan calon apabila kita tidak banyak melaungkan kalimah allahhuakbar dan lebih melaungkan kalimah umno rasuah.Semua orang tahu umno rasuah hatta umno sendiri pun tahu.PAS sebagai pejuang islam yang saya hormati dimalaysia tunjukkan kebaikan islam walaupun kita dibenci itulah kemenangan kita. Jangan bawa kelantan bawalah islam itu lebih selesa buat semua. ISLAM UNTUK SEMUA. - Zulkefli Mat Isa.

15. Saya amat bersetuju dengan pandangan Dr Dzulkefli Ahmad di atas.Pas harus menerima pandangan beliau dengan terbuka dan membuat kajian kenapa kita kalah. - Nasir Rani.

16. Beberapa hari membantu kerja-kerja pilihanraya di sana, saya melihat beberapa faktor dalaman dan luaran yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan masa depan. Antaranya ialah organisasi parti peringkat Kawasan di sana sangat lemah dan banyak kerja-kerja dilakukan oleh pihak luar. Bantuan rakan-rakan PR juga tidak agak kurang, ini mungkin mereka juga tidak mempunyai organisasi yang kuat di sana atau pergeseran di Selangor itu memberi kesan kepada orang-orang China di sini. Saya berani mengatakan kemenangan PR peringkat parlimen dan DUN Telok Kemang lepas adalah bukan kerana kekuatan sesuatu parti tetapi trend pengundi untuk membuat perubahan. Jika faktor ini tidak diberi perhatian serius oleh PR, tidak mustahil beberapa kerusi PR akan dirampas semula. Kita perlu akur bahawa BN mempunyai organisasi setiap tempat berbanding parti-parti dalam PR. Sampai bila kita harus merayu bantuan petugas dari luar kawasan?

Pengurusan kerja di Markas induk juga bercelaru sehingga ada petugas-petugas sukarela yang ingin melapor diri tidak mendapat layanan dan panduan. Saya kira ada benar dakwaan, ramai pergi bersantai di pantai dan meramaikan ceramah-ceramah pimpinan sendiri. Kehadiran 'pembantu-pembantu khas luar' untuk bertugas selepas serangan pemuda-pemuda UMNO juga memberi implikasi negatif kepada penduduk tempatan. Mereka mungkin beranggapan kawasan mereka telah dicerobohi dan sebab itu kita melihat anak-anak muda tempatan bermotorsikal menunjukkan sokongan mereka kepada BN. Kita juga melihat seakan ada perpaduan dikalangan kaum India dari berbagai parti mereka di sana. Kita tidak mendapat bantuan penduduk setempat terutama di kawasan estate dan perkampungan Melayu, ramai petugas adalah sukarelawan dari luar. Saya juga mendapat maklumat dari rakan-rakan tempatan bahawa setiap pengundi mendapat habuan wang ringgit dan hamper. Saya menyarankan supaya kaji selidik perlu dilakukan untuk mengenal pasti perubahan sikap kaum India di ladang-ladang dan perubahan sikap kaum China. Pastikan calon dikalangan orang tempatan dan dikenali oleh mereka. -tokparoi,Seremban.

17.Sepanjang pemantauan saya di PD tempoh hari, saya amat terkejut dgn sambutan terhadap pondok2 panas PAS dan PKR, memang kita hrus bersyukur diats kekalahan ini, munkin ade hikmah di sebalik nye dan ternya kini, segelintir penduduk PD yg taksub dgn seorang pemimpin yg mengamal kan Rasuah jugak yg di pilih. Kita harus berjaga-jaga takut Budaya Rasuah yg diamalkan oleh pemimpin BN akan menghancurkan Generasi Anak Muda di masa akan datang. - Saleh Saleh.

Komen untuk berita ini telah ditutup! Terima kasih atas segala maklum balas yang dihantar. _

Pertikai Undi Pos: Suhaizan cabar Mohamad Hassan berdebat

Pertikai Undi Pos: Suhaizan cabar Mohamad Hassan berdebat
Nazri Abdullah
Tue | Oct 13, 09 | 3:52:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat hari ini mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berdebat dalam isu manipulasi undi pos.

Cabaran debat itu berikutan kenyataan Mohamad Hassan yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan semalam yang mendakwa pemimpin PAS tidak boleh menerima kekalahan pada pilihan raya Bagan Pinang dan menyalahkan sistem undi pos.

Pengerusi Jawatankuasa Khas berkaitan Undi Pos DPP, Suhaizan Kayat membuat cabaran debat tersebut melalui blognya http://kentong-suhaizan.blogspot.com menamakan dirinya sebagai wakil PAS dan mencabar Mohamad Hassan atau Pemuda Umno mewakili parti pemerintah itu.

Manakala tajuk yang dicadangkannya adalah "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia".

Image"Atas nama Pemuda PAS Pusat saya mencabar Pengerusi Badan Perhubunan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan atau mana-mana pihak dalam Umno terutamanya Pemuda Umno untuk berdebat dengan saya di bawah tajuk, "Ruang Manipulasi Dalam Pengurusan Undi Pos Di Malaysia,"tulisan di laman blognya dipetik.

Mohammad Hassan dalam kenyataannya sebelum ini memadankan pribahasa berbunyi 'tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket' kepada pemimpin PAS kerana didakwa menyalahkan undi Pos sebagai faktor kekalahan pada PRK Bagan Pinang.

Peribahasa Melayu itu juga menghampiri maksud tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri dan menyandarkan kesalahan kepada yang lain.

Mengulas kenyataan itu, Suhaizan berkata, PAS menerima kekalahan tersebut dan akur kepada kelemahan lain, namun yakin sistem undi pos yang dimanipulasi antara yang jelas menyumbang kepada kekalahan mereka.

Beliau turut mendakwa mempunyai asas yang kukuh untuk membuktikan wujudnya ruang penyelewengan undi pos yang diamal pada waktu ini.

"Pas menerima kekalahan yang berlaku di Bagan Pinang yang mungkin berpunca daripada bebarapa kelemahan yang berlaku, tetapi PAS tidak menafikan wujudkan sistem yang lemah dan mudah dimanipulasi pihak tertentu dalam perlaksanaan undi POS.

"Saya boleh senaraikan satu persatu ruang-ruang manipulasi yang ada dalam undi pos," tulisnya yang juga Ketua Penerangan DPP.

PRK Bagan Pinang menyaksikan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Manakala PAS mendakwa mereka mempunyai bukti kekalahan mereka adalah berpunca sistem undi pos yang tidak telus.

Dakwaan PAS itu bagaimanapun dikecam Umno BN, sehingga menuduh PAS tidak dapat menerima kekalahan.

Ekoran itu, DPP hari ini mencabar pihak Umno BN untuk berdebat bagi membuktikan kebenaran berkenaan wujudnya manipulasi undi pos seperti yang didakwa. _

Tentera disaran daftar sebagai pengundi biasa

Tentera disaran daftar sebagai pengundi biasa
Mohd Nor Yahya dan Azmi Yusof
Tue | Oct 13, 09 | 3:40:19 pm MYT
KUALA TERENGGANU, 13 Okt: PAS mengulangi saranan supaya pengundi pos di kalangan tentera mendaftar sebagai pengundi biasa di mana-mana kawasan yang mereka mahu.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, dengan cara itu menjadikan proses pengundian di kalangan anggota tentera menjadi lebih telus.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menyatakan demikian pada sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya PAS Terengganu yang diadakan di pekarangan pejabat PAS negeri, Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.

"Kita harap pengundi pos (tentera) kembali tempat masing-masing, jadi pengundi biasa, biar dia daftar di mana-mana kawasan yang dia mahu," ujarnya.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, beliau berkata, pengundi tentera tidak berpeluang mendengar penerangan daripada parti pembangkang.

"Tetapi parti kerajaan ada saluran untuk sampaikan kempen mereka kepada pengundi pos," katanya.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar mendapat hanya 601 undi pos berbanding calon BN, Tan Sri Mohd Isa Samad yang memperolehi 3,521 undi.

Image Ustaz Harun menyifatkan PAS bermain 'di padang yang tidak sama rata' menyebabkan Zulkefly yang mendapat 2,578 undi tewas kepada Isa dengan majoriti 5,435 undi.

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peluang kepada PAS untuk bermain di padang yang sama rata sama ada dalam pilihan raya kecil atau umum nanti.

Beliau juga menolak tanggapan pihak tertentu yang menuduh PAS sering menyalahkan SPR apabila calonnya tewas dalam pilihan raya.

Jelasnya, PAS menyalahkan SPR di tempat tertentu kerana tidak berlaku adil sebagaimana yang terjadi dalam pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang, Ahad lalu.

Katanya, PAS membuat laporan berhubung petugas Umno yang mengganggu beberapa program yang diatur seperti rawatan perubatan percuma tetapi tiada tindakan daripada SPR.

"Kalau ada lagi tindakan seperti itu, PAS akan berunding dengan SPR supaya SPR dapat memberi ruang kepada petugas PAS bertugas dengan baik," ujarnya.

Begitupun, beliau yang juga Adun Manir melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan SPR yang masih tidak berubah untuk mewujudkan perjalanan pilihan raya yang telus walaupun sudah beberapa kali rundingan diadakan.

Image(Gambar:Pemegang jawatan Pemuda PAS Kelantan melaungkan takbir selepas menerima watikah perlantikan amereka)

Di KOTA BHARU, para petugas PAS menerima ucapan terima kasih dari Badan Perhubungan PAS Kelantan di atas kerjabuat mereka sepanjang bertugas di Bagan Pinang.

Setiausaha Perhubungannya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, walau kalah, kerja mereka di Bagan Pinang akan menjadi pengalaman yang sangat bermakna dan melambangkan kesatuan petugas PAS Kelantan.

"Saya bagi pihak PAS negeri mengucapkan jutaan terima kasih kerana kesanggupan mereka ini dalam mempertahankan perjuangan parti dan biarpun mendapat seribu halangan dari pihak parti lawan, namun masih mampu bertahan sehingga ke hari mengundi,"ujar beliau.

Beliau ditemui di majlis penyerahan watikah perlantikan kepada Pemuda PAS Kelantan yang dipilih menganggotai lajnah yang ditubuhkan bertempat di Akademi Kepimpinan Pemuda PAS Kelantan Kok Lanas. _

Daftar Pakatan Rakyat: Draf di peringkat akhir

Daftar Pakatan Rakyat: Draf di peringkat akhir
Mohd Khalil Abdullah
Tue | Oct 13, 09 | 3:11:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Pakatan Rakyat ketika ini sedang meneliti dan dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

Demikian kenyataan yang disebut oleh Datuk Zaid Ibrahim, salah seorang anggota sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

Ini ekoran lampu hijau yang diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu parti politik gabungan yang rasmi.

Selain Zaid, turut menganggotai sekretariat khas itu adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Anthony Loke dari DAP.

"Ketika ini pihak sekretariat sedang meneliti semua aspek penting dalam proses gabungan terutamanya mengenai dasar-dasar bersama dan kita akan selesaikan beberapa persoalan pokok sebelum dibawa ke Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember kelak," jelas Zaid semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Salahudin pula berkata, pertemuan terdekat yang akan diadakan oleh sekretariat ini adalah minggu ini atau minggu depan.

Proses mendraf mengenai soal gabungan ini akan disiapkan dalam minggu ini dan selepas itu akan diserahkan kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan dalam konvensyen akan datang.

"Kenyataan daripada ROS amatlah dialukan dan kita berterima kasih," kata Zaid, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.

Sementara itu, salah seorang lagi anggota sekretariat berkenaan, Anthony Loke Siew Fook juga mengalu-alukan kenyataan daripada ROS.

"Kenyataan daripada ROS amat dialu-alukan, kita hargai kenyataan sedemikian.

"Selain itu kita berharap apa yang disebut akan dikota," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi sambil merujuk kepada soal tujuh anggota yang menjadi halangan sebelum ini.

Selain itu, beliau juga melahirkan harapan agar pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bermain kata sebaliknya menunaikan janji sekiranya Pakatan Rakyat telah ditubuhkan sebagai satu gabungan di peringkat nasional kelak.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan berbincang segera dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat mengenai kenyataan ROS itu.

Sebelum ini, timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, bahawa Pakatan Rakyat boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

"SPR perlu kota kata-kata mereka...jangan kata tak boleh pula selepas ini,"kata Anthony yang merujuk kepada insiden di Bagan Pinang apabila SPR hanya membenarkan parti bertanding menaikkan bendera dan sepanduk.

Dalam pilihan raya kecil tersebut, selain PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP telah tidak dibenarkan untuk menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen atas alasan tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

Ketua pengarah ROS, Datuk Md Alias Kalil sebelum ini dalam satu kenyataan menjelaskan, Pakatan Rakyat boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Katanya, syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

"Saya nak jelaskan di sini, syarat itu tak terpakai untuk parti politik sebab mereka sudah bertaraf nasional, tetapi kalau pertubuhan tidak berstatus kebangsaan mahu menjadi pertubuhan kebangsaan mereka perlu ada tujuh wakil dari negeri-negeri," katanya.

Md Alias diminta mengulas laporan media yang memetik kenyataan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa pakatan pembangkang boleh membentuk satu parti jika mereka benar-benar mahu berbuat demikian walaupun hanya ada tiga anggota.

Kenyataan Wan Ahmad itu rentetan dakwaan bahawa Pakatan tidak boleh berbuat demikian kerana tidak memenuhi syarat iaitu perlu ada tujuh anggota sebelum boleh didaftarkan sebagai sebuah gabungan.

Md Alias juga menolak dakwaan bahawa syarat-syarat pendaftaran yang ada menyukarkan mereka untuk merasmikan pakatan mereka.

"Syarat-syaratnya biasa sahaja seperti mesti ada perlembagaan parti seperti BN dan ini mereka kena usahakanlah. Tapi tak adalah menyusahkan seperti yang didakwa mereka.

"Tapi bagi saya soal ini tidak timbul kerana sehingga kini kami tidak menerima permohonan daripada mereka untuk membentuk satu gabungan," katanya.

Selasa lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyarankan supaya Pakatan Rakyat mendaftarkan gabungan itu dengan ROS bagi membolehkan mereka meletakkan bendera parti masing-masing sebagai tujuan kempen semasa pilihan raya kecil diadakan.

Ini kerana berdasarkan peraturan SPR hanya parti politik yang bertanding sahaja boleh berbuat demikian.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Aziz mencetuskan kemarahan beberapa pihak yang mendakwa pakatan pembangkang tidak boleh mendaftar dengan ROS kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota.

Pakatan Rakyat dianggotai PAS, PKR, dan DAP._

MCA lebih pandai menilai kualiti pemimpin berbanding Umno

MCA lebih pandai menilai kualiti pemimpin berbanding Umno
Rizal Tahir
Tue | Oct 13, 09 | 2:31:57 pm MYT
KOTA BAHRU, 13 Okt : Umno disaran mempelajari cara berpolitik dari MCA, iaitu menolak pemimpin yang tidak mempunyai moral dan terlibat dengan pelbagai skandal.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, selama ini orang cina lebih pandai berpolitik berbanding dengan cara politik orang melayu Umno.

"Cara MCA berpolitik lebih pandai berbanding dengan Umno, dengan menolak Presiden dan Timbalan Presdiennya kerana terlibat dengan rasuah dan skandal dengan wanita.

"Saya puji MCA, cara mereka menyelesaikan masalah dengan mengadakan mesyuarat jawatankuasa dan tidak mengunakan kekerasan," katanya.

"MCA buang pemimpin yang tidak bermoral tetapi Umno masih memilih pemimpin yang terlibat dengan masalah moral (rasuah)," katanya lagi.

Ujarnya, keadaan ini sangat memalukan lebih lebih lagi sebagai parti orang Melayu dan mengaku beragama Islam, Umno sepatutnya lebih memahami nilai-nilai murni agama berbanding MCA.

MCA ujarnya walaupun sebuah parti kaum Cina, faham dan tahu membuat penilaian untuk kepntingan parti mereka.

"Umno yang mengaku bahawa Isa Samad terlibat dengan rasuah tetapi Umno masih pilih lagi dia sebagai calon dan menang dengan majoriti yang banyak, jadi di mana duduknya moral politik Umno?," soalnya.

Tuan Guru menambah, selepas krisis dalam MCA selesai, mereka akan berasa jijik untuk bersama dengan Umno, kerana Umno bersama dengan parti yang menerima bulat-bulat pemimpin yang tidak bermoral.

"Mana boleh orang bersih duduk sekali dengan orang yang kotor. Kalau sayalah, bersih nak duduk sekali dengan orang, busuk mana boleh. Kalau MCA ada moral dia tak boleh berkawan dengan Umno Umno yang tak bermoral," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui oleh wartawan di Bilikan Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, semalam. _

Selasa, Oktober 13, 2009

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI
Harakahdaily
Mon | Oct 12, 09 | 7:59:53 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.

Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.

Apa yang berlaku adalah, 1) ketidak telusan pengundian pos; 2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji, 3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan 4) Perbelanjaan berkempen.

Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).

ImageNIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.

Diantaranya ialah:

1) Ketidak telusan pengundian pos

Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat. Image

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.

Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji

Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.

Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.

Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.

Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.

Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.

Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi

Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

ImageSelain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.

Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.

Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.

Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.

4) Perbelanjaan berkempen

ImageDalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.

Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.

NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._

Menang di Bagan Pinang, BN dicabar bubar Dun Perak!

Menang di Bagan Pinang, BN dicabar bubar Dun Perak!
Harakahdaily
Tue | Oct 13, 09 | 9:59:20 am MYT

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Barisan Nasional (BN) dicabar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak selepas kemenangan parti itu di Bagan Pinang baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataannya mencabar BN untuk berbuat demikian apabila kejayaan BN di Bagan Pinang didakwa berpunca dari sokongan rakyat yang sudah kembali kepada mereka.

Selain itu, dikatakan juga, ia adalah kerana slogan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, manakala MIC mendakwa orang-orang India telah kembali menyokong BN.

Oleh yang demikian, Drs Khalil mencabar Kepimpinan BN Perak supaya pembubaran DUN Perak disegerakan.

Menurutnya, sekarang adalah masa yang paling sesuai buat pimpinan BN membubarkan DUN Perak kerana telah menunggu sekian lama sehingga 7 kali pilihan raya kecil telah diadakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong berkata seluruh rakyat negeri Perak telah pun mendesak supaya DUN Perak dibubarkan sejak 5 Februsri 2009.

"BN sudah menunggu lama dalam 7 pilihan raya kecil di Semenanjung namun semuanya memihak kepada pakatan Rakyat,

"sekali ini BN melakukan kejutan dengan mejoriti yang berganda di Bagan Pinang, oleh itu segerakan Bubarkan DUN Perak,"jelasnya.

Ahad lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN mengekalkan kemenangannya di kerusi Bagan Pinang dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.

Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang meraih 2,578 undi, manakala undi rosak adalah 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi._

Majlis Dialog Bajet 2010: Dengar pandangan akar umbi, utamakan luar bandar

Majlis Dialog Bajet 2010: Dengar pandangan akar umbi, utamakan luar bandar
Azamin Amin
Tue | Oct 13, 09 | 9:44:35 am MYT

SHAH ALAM, 13 Okt: Mengambil kira peri-pentingnya pandangan pelbagai lapisan masyarakat dan akar umbi sebelum membentangkan Bajet bulan depan, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif menganjurkan satu 'Majlis Dialog Bajet 2010' untuk mendapatkan idea bernas dan maklum balas daripada semua pihak.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC Convec)selama dua hari (12 Oktober - 13 Oktober) bermula semalam dari jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Khalid ketika berucap diperasmian itu berharap majlis dialog ini akan melahirkan satu usaha dan kerjasama yang erat di kalangan semua pihak, ke arah perbelanjaan berhemah dan seterusnya menyumbang ke arah peningkatan hasil negeri yang lebih memberangsangkan.

Katanya Kerajaan Selangor berusaha menyediakan bajet seimbang untuk 2010, selain memberi keutamaan terhadap pembangunan luar bandar.

"Kita akan berusaha melaksanakan pembangunan luar bandar yang stabil sebagai sebahagian daripada usaha untuk memastikan semua daerah di Selangor mencapai taraf bandar dalam tempoh 30 tahun akan datang.

"Pembangunan luar bandar amat penting bagi masa depan Selangor dan oleh itu, pelbagai persediaan perlu dibuat sekarang bagi meningkatkan kualiti kehidupan di kawasan berkenaan.

"Pembangunan luar bandar dalam Selangor adalah penting pada masa depan, maka pelbagai persiapan perlu dilaksanakan mulai sekarang bagi mempertingkatkan kualiti hidup di kawasan luar bandar," kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Bajet 2010 di SACC Convec dekat sini pagi semalami. Dalam ucapannya itu Khalid turut memetik satu ayat daripada surah Saba sebagai renungan untuk hadirin dan juga rakyat Selangor khususnya supaya menjadikan negeri ini sentiasa indah, makmur dan aman di samping mendapat keredhaan dan keampunan daripada Allah SWT.

Exco Kerajaan Negeri, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, antara yang menyambut ketibaan Menteri Besar itu termasuk Adun-adun dan ahli-ahli parlimen yang lain..

Dalam pada itu Kerajaan negeri juga kata Khalid bercadang menyediakan bajet berimbang walaupun bakal berhadapan dengan defisit bagi tahun kewangan semasa.

Katanya lagi kerajaan negeri sedang berbincang dengan beberapa pihak berkenaan, termasuk anggota Dewan Undangan Negeri, majlis tempatan, institusi kewangan, pemegang kepentingan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi merangka bajet yang bercirikan pendapatan-perbelanjaan untuk tahun depan.

Majlis dialog anjuran kerajaan negeri ini bertujuan menghasilkan draf belanjawan berhemah dan selaras dengan dasar "Merakyatkan Ekonomi, Melestarikan Komuniti" yang bakal dibentangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor bulan hadapan.

Majlis itu merangkumi tiga sesi taklimat khusus, iaitu topik berkaitan kedudukan ekonomi semasa, Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor dan Pelaksanaan Projek-projek Kecil di Luar Bandar yang menjurus kepada elemen-elemen penyediaan dan perancangan Bajet 2010 dijangka dibentangkan semasa Mesyuarat Ketiga (Bajet 2010) Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Kedua Belas pada 9 � 17 November 2009.

Majlis yang dianjurkan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor ini, bertujuan untuk menyediakan satu forum di mana wujudnya komunikasi dua hala secara langsung di antara pihak penggubal dasar dan pihak yang terlibat di peringkat akar umbi.

Ia melibatkan penyertaan kira-kira 450 orang peserta melalui jemputan, yang terdiri daripada barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ahli-ahli Dewan Negeri, Ahli-ahli Parlimen, Orang-orang Besar Daerah, Pegawai-pegawai Daerah, Datuk Bandar/Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Selain itu, sebahagian daripada Ahli-ahli Majlis PBT, Ahli-ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) termasuk Kampung Baru/ Bagan/Tersusun, wakil-wakil daripada Institusi-institusi kewangan, wakil-wakil Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, dan wakil-wakil daripada anak-anak syarikat di bawah Menteri Besar (Perbadanan) turut hadir.

Majlis yang berakhir jam 5 petang semalam di sambung semula sehingga ke hari ini. _

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat

BN dicabar bubar DUN Perak, jika yakin sudah kembali disokong rakyat
Nazri Abdullah
Mon | Oct 12, 09 | 4:23:34 pm MYT
IPOH, 12 Okt: Pakatan Rakyat Perak mencabar Barisan Nasional membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu jika parti pemerintah tersebut yakin telah mendapat kembali sokongan rakyat berikutan kemenangan di Bagan Pinang semalam.

Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan PR Perak, Drs. Khalil Idham Lim dalam satu kenyataan memberitahu, sekiranya benar dakwaan pemimpin BN bahawa rakyat kembali yakin dengan mereka, BN seharusnya tidak perlu takut membubarkan DUN Perak dan mengambilnya melalui proses pilihan raya negeri.

"Jika Bagan Pinang sebagai mana yang didakwa oleh BN sebagai petunjuk bahawa rakyat telah menyokong BN, dengan ini saya mecabar kepimpinan BN di Perak untuk segerakan pembubaran DUN Perak dan memberi laluan kepada rakyat untuk memilih siapakah kerajaan yang akan meneruskan teraju kerajaan di Perak," kenyataannya dipetik.

ImageDia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Titi Serong memberitahu, jika BN menang pada pilihanraya itu, Pakatan Rakyat akan menerimanya atas semangat demokrasi.

Kekalahan PAS mahupun Pakatan katanya bukan sesuatu yang luar biasa malah berlaku sejak merdeka sehinggalah di Bagan Pinang.

Namun lebih penting ujarnya, kepentingan rakyat negeri itu yang juga mahukan pembubaran DUN agar hak mereka dikembalikan untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui negeri mereka.

"Desakan ini sudah bermula sejak 5 Februsri 2009 dan tidak jemu-jemu kami suarkan kerana melihat kepada kepentingan rakyat Perak sebagaimana slogan BN 'rakyat didahulukan'.

Makanya inilah masa untuk mendahulukan rakyat dengan bubarkan DUN Perak," tulisnya.

Dalam PRK Bagan Pinang semalam, calon PAS Zulkefly Mohamad Omar tewas kepada calon BN Tan Sri Mohd Isa dengan jumlah majoriti sebanyak 5,435 undi.

Mohd Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly, Pesuruhanjaya PAS Negeri, mendapat 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi oleh BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Ekoran kemenangan itu, kepimpinan BN mendakwa parti itu kini sudah mula diterima kembali oleh rakyat selepas ditolak pada Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu dan tujuh siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Mereka juga mendakwa, pembaharuan dibawa Datuk Seri Najib melalui slogan '1 Malaysia, Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan', antara faktor besar penyumbang kepada kemenangan tersebut. _

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'

Antara maruah dan rasuah, pengundi terpilih rasuah - Dr Lo' Lo'
Harakahdaily
Mon | Oct 12, 09 | 11:47:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali menyifatkan, pengundi Bagan Pinang telah terpilih tokoh rasuah.

"Antara maruah dan rasuah, pengundi Bagan Pinang telah terpilih rasuah. Ini satu kemalangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat berkata demikian ketika mengulas keputusan pengundi Bagan Pinang yang memberikan kemenangan besar kepada calon Umno, Tan Sri Mohd. Isa Samad semalam.

Isa mendapat undi 8,013 berbanding calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar yang mendapat 2,578 undi dengan undi rosak sebanyak 223.

Ini bermakna, Isa mendapat majoriti 5, 435 iaitu kemenangan berlipatganda berbanding calon BN dalam pilihan raya umum 2008 lalu yang menang dengan majoriti 2,333.

Isa menang ketika semua pihak mempertikaikan personaliti beliau yang pernah digantung jawatannya oleh Umno selepas Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau bersalah dalam politik wang dalam pemilihan Umno.

Image Mengulas lanjut, Lo' Lo' percaya, keputusan pengundi Bagan Pinang ini bukanlah mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

"Malah kita tetap yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia masih menolak rasuah demi menjaga maruah negara," katanya.

Semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan pilihyan raya semalam sebagai 'Umno menang tetapi kalah dalam melawan rasuah'.

Calon PAS, Zulkefly pula berkata, beliau menerima keputusan pengundi dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memberikan undi kepada beliau.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS, Salahudin Ayub pula berkata, pihaknya akan terus menekankan agar sistem undi pos diperbaiki dan yakin ada perkara tidak kena dalam pilihan raya ini.

PR Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN dipanggil Ganesan

PR Perak konsisten, tidak akan hadir sidang DUN dipanggil Ganesan
Hazayani Zakaria
Mon | Oct 12, 09 | 5:07:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tetap dengan pendirian tidak akan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak jika ia dipanggil oleh speaker BN, Datuk R. Ganesan.

Nizar yang merupakan Adun Pasir Panjang menegaskan, Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak perlu menghadiri sidang yang akan diadakan itu kerana Ganesan merupakan speaker yang tidak sah dan tidak berhak mengeluarkan sebarang notis panggilan.

Pelantikan Ganesan itu juga melanggar undang-undang Tubuh Negeri Perak. Oleh itu adalah wajar untuk Adun Pakatan Rakyat tidak mengendahkan arahan beliau.

"Kami (ADUN Pakatan Rakyat) tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana Ganesan ialah speaker haram."Tegasnya ketika dihubungi Hakahdaily.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Ganesan akan memanggil sidang DUN pada 28 Oktober ini dan notis panggilan akan dihantar kepada kesemua ADUN hari ini.

Nizar yang juga ahli parlimen Bukit Gantang memberitahu, pihaknya belum menerima apa-apa notis setakat ini.

"Kami tidak menerima apa-apa surat lagi setakat hari ini. Tapi kalau kami terima notis pun, kami memang tidak akan hadiri persidangan."katanya lagi.

Sementara itu, ADUN Setiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang turut dihubungi Harakahdaily berkata, DUN Perak hanya mempunyai seorang speaker yang sah iaitu V. Sivakumar dan mereka hanya akan mendengar arahan daripada beliau, bukan dari Ganesan.

Ujar beliau yang juga Pengerusi DAP Perak, ADUN Pakatan Rakyat tidak akan sesekali bersekongkol dengan speaker yang tidak sah di sisi undang-undang.

"Ganesan dari dulu hingga sekarang bukan sahaja speaker haram, tapi haram jadah.Perbuatan dia merampas kedudukan V. Sivakumar adalah amat memalukan."Ujarnya.

"Sesiapa yang menyokong kerajaan Zambry di Perak samalah seperti merestui kezaliman yang mereka lakukan."katanya lagi.

Sidang dun tergempar selepas BN merampas Perak diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Pada 7 Mei lalu, sidang dun kedua diadakan. Bagaimanapun sidang dun itu berlangsung dalam suasana yang kecoh apabila Adun BN termasuk Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir tidak mahu mematuhi arahan speaker Pakatan V. Sivakumar termasuk Ganesan yang bertindak mengambil tempat Sivakumar.

Selepas itu, Sivakumar memanggil satu lagi sidang dun yang hanya dihadiri oleh Adun Pakatan diadakan di Hotel Heritage dengan meluluskan tiga usul.

Persidangan itu diadakan di situ selepas polis menghalang Sivakumar dan 26 Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki Dewan Negeri yang terletak di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Nizar menegaskan, sidang dun yang diadakan itu tetap sah di sisi undang-undang._

Isnin, Oktober 12, 2009

BN menang besar di Bagan Pinang

BN menang besar di Bagan Pinang

 
PORT DICKSON: Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Isa Samad, menang besar dengan majoriti 5,435 undi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 8,013 undi berbanding calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar, yang mendapat 2,578 undi.

Seramai 11,157 atau 81.65 peratus daripada 13,664 pemilih berdaftar keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu hari ini.

Keputusan rasmi diumumkan Pengurus Pilihan raya kecil itu, Abdul Wahab Shamsuddin, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pada jam 8 malam tadi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor daripada BN pada 4 September lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi apabila memperoleh 6,430 undi manakala calon Pas, Ramli Ismail, mendapat 4,097 undi.

Ahad, Oktober 11, 2009

Petra Yang AJAIB (JORDAN) - Dari Wikipedia bahasa Indonesia




Reruntuhan kota Romawi dan benteng batu Petra
Petra (dari πέτρα petra, "batu" dalam bahasa Yunani; bahasa Arab: البتراء, al-Bitrā) adalah sebuah situs arkeologikal di Yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba.


Kota di Dinding Batu



Al-Khazneh
Salah satu dari 7 keajaiban dunia yang baru adalah Petra. Penetapan tujuh keajaiban dunia itu merupakan pilihan dari 100 juta orang di seluruh dunia lewat situs internet dan pesan singkat (SMS) telepon seluler, yang diadakan oleh Swiss Foundation, serta diumumkan di Lisbon, Portugal, pada 07-07-07 alias 7 Juli 2007.
Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Yordania. Petra berasal dari bahasa Yunani yang berarti 'batu'. Petra merupakan simbol teknik dan perlindungan.

Kata ini merujuk pada bangunan kotanya yang terbuat dari batu-batu di Wadi Araba, sebuah lembah bercadas di Yordania. Kota ini didirikan dengan menggali dan mengukir cadas setinggi 40 meter.
Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan sembilan tahun sebelum Masehi sampai dengan tahun ke-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir.

Suku Nabatean membangun Petra dengan sistem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, sehingga mencegah banjir mendadak. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.
Terdapat juga sebuah teater yang mampu menampung 4.000 orang. Kini, Istana Makam Hellenistis yang memiliki tinggi 42 meter masih berdiri impresif di sana.

Kotanya Suku Nabatean

Petra yang bisa ditempuh sekitar 3-5 jam perjalanan darat dari kota Amman, Yordania, dulu adalah ibukota suku Nabatean, salah satu rumpun bangsa Arab yang hidup sebelum masuknya bangsa Romawi.
Sebenarnya, asal usul suku Nabatean tak diketahui pasti. Mereka dikenal sebagai suku pengembara yang berkelana ke berbagai penjuru dengan kawanan unta dan domba.
Warga Petra awal adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara, yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam dan berbentuk tak beraturan. Dushara disembah berdampingan dengan Allat, dewi Arab kuno.

Mereka sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah untuk mengumpulkan air bersih yang bisa digunakan saat mereka bepergian jauh. Sehingga, di mana pun mereka berada, mereka bisa membuat galian untuk saluran air guna memenuhi kebutuhan mereka akan air bersih.
Di akhir abad ke-4 Sebelum Masehi, berkembangnya dunia perdagangan membuat suku Nabatean memberanikan diri mulai ikut dalam perdaganan dunia. Rute perdagangan dunia mulai tumbuh subur di bagian selatan Yordania dan selatan Laut Mati. Mereka lalu memanfaatkan posisi tempat tinggal mereka yang strategis itu sebagai salah satu rute perdagangan dunia.

Suku Nabatean akhirnya bisa menjadi para saudagar yang sukses, dengan berdagang dupa, rempah-rempah, dan gading yang antara lain berasal dari Arab bagian selatan dan India timur.
Letak yang strategis untuk mengembangkan usaha dan hidup, serta aman untuk melindungi diri dari orang asing itulah alasan suku Nabatean memutuskan untuk menetap di wilayah batu karang Petra.
Untuk mempertahankan kemakmuran yang telah diraih, mereka memungut bea cukai dan pajak kepada para pedagang setempat atau dari luar yang masuk ke sana. Suku Nabatean akhirnya berhasil membuat kota internasional yang unik dan tak biasa.

Pada awalnya Petra dibangun untuk tujuan pertahanan. Namun belakangan, kota ini dipadati puluhan ribu warga sehingga berkembang menjadi kota perdagangan karena terletak di jalur distribusi barang antara Eropa dan Timur Tengah.

Pada tahun 106 M, Romawi mencaplok Petra, sehingga peran jalur perdagangannya melemah. Sekitar tahun 700 M, sistem hidrolik dan beberapa bangunan utamanya hancur menjadi puing. Petra pun perlahan menghilang dari peta bumi saat itu dan tinggal legenda.
Barulah pada tahun 1812, petualang Swiss, Johann Burckhardt memasuki kota itu dengan menyamar sebagai seorang muslim. Legenda Petra pun meruak kembali di zaman modern, dikenang sebagai simbol teknik dan pertahanan.

Dikelilingi Gunung

Petra di Yordania, adalah situs purbakala. Petra dikelilingi gunung. Di sini ada gunung setinggi 1.350 meter dari permukaan laut. Inilah kawasan tertinggi di areal ini yang disebut Gunung Harun (Jabal Harun) atau Gunung Hor atau El-Barra.

Gunung Harun paling sering dikunjungi orang. Para pengunjung percaya, di puncak Jabal Harun inilah, Nabi Harun meninggal dan dimakamkan oleh Nabi Musa.

Di abad ke-14 Masehi, sebuah masjid dibangun di sini dengan kubah berwarna putih yang terlihat dari berbagai area di sekitar Petra. Harun tiba di wilayah Yordania sekarang ketika mendampingi Nabi Musa membawa umatnya keluar dari Mesir dari kejaran Raja Firaun.

Di abad ke-1 Sebelum Masehi, Kerajaan Nabataea yang kaya dan kuat, menjangkau wilayah Damaskus di utara dan Laut Mati di selatan. Saat itu, Petra telah didiami sekitar 30 ribu penduduk. Di masa itulah dibangun kuil agung. Tahun 100-an Masehi, Romawi pernah menguasai wilayah ini. Arsitektur di Petra pun terpengaruhi arsitektur Romawi.

Pada 600 Masehi di Petra dibangun gereja. Abad ke-7 Masehi, Islam hadir, dan pada abad ke-14, makam Nabi Harun di Jabal Harun menjadi tempat keramat dari umat Islam, selain kaum Yahudi dan Kristiani.
Saat berusia 10 tahun, Nabi Muhammad pernah berkunjung ke gunung ini bersama pamannya.
Setelah Perang Salib di abad ke-12, Petra sempat menjadi 'kota yang hilang' selama lebih dari 500 tahun (lost city). Hanya penduduk lokal (suku Badui) di wilayah Arab yang mengenalnya. (disunting oleh Asnawin)

SILA LIHAT GAMBAR PETRA DI LINK BERIKUT:
Gambar SATU
Gambar DUA

YouTube untuk tontonan anda..
selamat menonton:

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN