PENGUMUMAN

Tuan empunya blog ini Ust. Abidin Bin Umar telah kembali ke rahmatuLlah pada 2 Januari 2010 pada pukul 6.05 pagi. Sedekahkan Al-Fatihah buat beliau.. Al-Fatihah..

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI

Bookmarks @ Beritahulah Kawan Tentang BLOG INI
Right Click-Open Link in New Tab/Window

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU

BEBERAPA HADITH NABI S.A.W  MENGENAI KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ATAU SURAH-SURAH TERTENTU
1- Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku medengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” (Riwayat Muslim) 2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."(H.R. al-Tirmidzi) 4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!- MESTI BACA !!!

H1N1 - Malaysia ditangga teratas?
BARU....GEMPAR....HANGAT!!! BACA-TONTON-SIBAR!!!
Teoh mati dibunuh UMNO! Terkini Meletop!!!
Tsu Koon tempelak KP SPRM isu kematian Teoh Beng H...Paling baru!!!
Pegawai SPRM sarankan Teoh rasuah dan dibunuh rakan.. Baru!!!
"Surat Misteri" - Pendedahan Baru Inkues Teoh Beng Hock-Video!!!
"SURAT MISTERI" berkaitan konspirasi SPRM dan Khir Toyo..
PANAS-Video Teoh Beng Hock tortured before death Saksikan!!!
LIVE : Inkues kematian Teoh Beng Hock 17/09/09
GAMBAR : Beza mayat Jatuh Bangunan Tingkat 16 & 14.

KHAS SEMPENA HIMPUNAN MANSUH ISA
TENGOK KOLEKSI GAMBAR - HIMPUNAN MANSUH ISA Jom!!!
KOLEKSI GAMBAR GMI-Malaysiakini!!!

!!!GEMPAR-GEMPAR-GEMPAR!!!
Tayangan Video TERKINI dan Hangat...!!!
Yusri buat penjelasan atas pentas PAS-Video..Panas!!!
Benarkah Pemimpin UMNO Kafir Walau Bersolat ???
Mufti HARAM Berpolitik-Demi Umno@BN WAJIB..???

TOPIK HANGAT SAHAJA!!!

LUAR NEGARA:


POLITIK MALAYSIA:

Siapa kata KELANTAN MUNDUR??? tak ada baca ka...??
Kod BABI-Dalam Makanan... Baca Cetak Edar!!!

Sabtu, Disember 12, 2009

TGNA yang Ikhlas

TGNA yang Ikhlas
Posted on Friday, December 11 @ 23:44:23 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Berita Oleh: kote

"Nik Aziz puji PM berani
Lawatan ke selatan Thailand disokong

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang pejuang Islam serta pemimpin yang berani.

Beliau berkata, tindakan Perdana Menteri ke Selatan Thailand kelmarin dalam usaha membantu umat Islam di sana adalah satu tugas terpuji dan bersetuju dengan usaha yang dilakukan Presiden Umno itu.

Katanya, Najib juga dianggap sebagai pemimpin berani kerana masih sanggup bertemu dengan penduduk Islam di negara bergolak itu sedangkan ketika kunjungan berkenaan, berlaku beberapa kejadian menembak dan pengeboman yang mengorbankan beberapa nyawa.

Saya setuju sangat dengan tindakan Najib membantu itu, tapi ia hendaklah tidak kira orang Islam, malah membabitkan semua penduduk di situ.

Kalau ada usaha dari Malaysia untuk membantu penduduk Islam di negara itu (sebagaimana dilakukan Najib), saya cukup setuju. Penduduk Selatan Thailand itu sama ada Islam atau tidak, perlu dibantu, saya cukup dukacita dengan kejadian yang berlaku di negara itu, katanya selepas merasmikan seminar menjelang 20 tahun kepimpinan ulama membangun bersama Islam negeri Kelantan, di Dewan Konvensyen Pusat Perdagangan Kelantan, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai lawatan muhibah Najib ke Narathiwat, Selatan Thailand, kelmarin, dalam usaha membantu masa depan sekolah dan masyarakat Islam di situ.

Dalam lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke wilayah bergolak itu yang menyaksikan hampir 4,000 orang terkorban sejak Januari 2004, Najib berkata, Kerajaan Malaysia menimbang membantu sekolah agama di Selatan Thailand.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, beliau tidak seberani Najib untuk ke wilayah berkenaan kerana bimbang kena tembak.

Katanya, ada pihak daripada Selatan Thailand datang ke pejabatnya sebelum ini untuk meminta beliau mengadakan ceramah di negara itu, namun ditolak dengan baik.



TGNA berani berkata benar dengan memuji Najib walaupun bermusuhan dalam politik."

Jumaat, Disember 11, 2009

Web Royalti Kelantan di Lancarkan

Web Royalti Kelantan di Lancarkan
Posted on Friday, December 11 @ 00:00:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh teori

Berita

Web Royalti Kelantan Di Lancarkan.
Sila layari http://royaltikelantan.com/ untuk Pengetahuan anda tentang Royalti yang Salahgunakan pemimpin UMNO dan BN. Sila Nyatakan sokongan anda.

Memahami tuntutan Royalti KelantanDecember 10th, 2009 by Truckster

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan

Foto Ehsan LanJan
Oleh Syed Azidi AlBukhary(Kickdefella)
Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit [...]

Royalti: Pidato khas 13 Disember iniDecember 10th, 2009 by Truckster

Satu majlis pidato khas berkaitan tuntutan royalti minyak Kelantan akan diadakan sebagai usaha berterusan mendesak kerajaan persekutuan mengembalikan hak rakyat negeri serambi Mekah itu.
Pidato rakyat bertajuk ‘Antara Royalti dan Ihsan, Siapa Pengkhianat Bangsa’ itu akan diadakan pada tarikh 13 Disember ini jam 9 malam bertempat di Dewan serbaguna MPAJ AU5, Lembah Keramat Hulu Kelang.
Ianya adalah [...]

Memahami Wang Ehsan & Perlanggaran Perjanjian PersekutuanDecember 10th, 2009 by Truckster

Terjemahan asal: Original Post: (In violation of the Federation Agreement)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 144
AKTA KEMAJUAN PETROLEUM 1974
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Tarikh Perkenan Diraja: 30 Julai 1974
Tarikh penyiaran dalam Warta: 22 Ogos 1974
Tarikh digunapakai: 1 Oktober 1974
Judul Panjang & Mukadimah
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi pengeksplorasian dan pengeksploitasian petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai oleh [...]

Ku Li: Petronas must pay Kelantan oil royaltiesDecember 10th, 2009 by Truckster

KUALA LUMPUR, July 26 – Former Petronas chairman Tengku Razaleigh Hamzah has rubbished reasons given by the federal government over its dismissal of the Kelantan state government’s claim on oil royalties and says that the national oil company is obligated by law to pay up.
The Kelantan state government has claimed that is is owed RM1 [...]

Fakta Royalti Petroleum Kelantan.December 10th, 2009 by Truckster

Oleh Syed Azidi AlBukhary(Kickdefella)
Energy Receive Energy Return, begitulah seriusnya PETRONAS hendak menjenamakan dirinya di khalayak dunia. Iaitu sebagai sebuah 500 konglomerat terhebat dunia.
Bagaimanapun dunia harus sedar bahawa disebalik penjenamaan diri yang begitu mulia bunyinya, PETRONAS telah menyapu kebawah permaidaninya pelbagai skandal yang hina.
Kera Di Hutan Disusukan, itulah seharusnya jenama baru yang patut diberi kepada PETRONAS.
Rakyat [...]

Ekspedisi ke Pelantar CakerawalaDecember 9th, 2009 by Truckster

Kebanyakan antara kami bingung dengan apa yang kami lakukan. belayar ke destinasi yang tiada arah! tiada papantanda, malah tiada sempadan.
Tetapi apa yang kami lakukan semalam dapat menghantar isyarat yang jelas kepada PETRONAS, Jika kami sanggup mengharungi “Penyeksaaan perjalanan” selama 26 jam, maka kami tidak gentar untuk berdepan dengan PETRONAS dimana-mna dan bila-bila masa sahaja! Jika [...]

Husam: Kelantan kaji batal perjanjian dengan PetronasDecember 9th, 2009 by Truckster

Kerajaan Kelantan mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petonas jika royalti petroleum tidak diberikan kata Exco ekonomi dan kewangannya, Datuk Husam Musa.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Meteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kelantan hanya akan diberi Wang Ehsan oleh Kerajaan Pusat daripada hasil pengeluaran minyak [...]

Simpanan Gas Asli Kelantan Cukup Untuk 7 GenerasiDecember 8th, 2009 by Truckster

Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya). Ianya terletak di Blok-Blok berikut:
* Blok A18
* Blok B17 & C19
* PM3
* Sub-Blok Ular
* PM301 & PM302
* PM303
* PM311 & 312
Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan [...]

Regent Of Kelantan Asks Petronas To Pay Petroleum RoyaltyDecember 8th, 2009 by Truckster

KOTA BAHARU, Oct 20 (Bernama) — The Regent of Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra supports the state government’s efforts to ask for petroleum royalty as per the agreement between the state and Petronas in 1975.
He said based on the data from the Statistics Department released from the the Economic Planning Unit of [...]

Siapa pilihan saya? Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Abdul Hadi?

Siapa pilihan saya? Tok Guru Nik Aziz atau Tok Guru Abdul Hadi?
Posted on Thursday, December 10 @ 20:38:13 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih

Mengikut kata hati, kata rasa saya sudah ingin bebas daripada dunia internet. Banyak tahun menghabiskan masa mengadap komputer kadang kala melebihi mengadap Ilahi jika di sana kita ‘larar' dengan dunia penipuan, ilusi dan fatamogana.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud "Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal dengan amalan saleh,dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" Surah Al Asr ayat 1-3.

Saya menerima beberapa respon daripada tulisan saya sebelum ini, yang bertajuk Persepsi & Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?. Rasanya semacam pelik dunia siber ini bila menulis membela Presiden sendiri.. Seorang ahli kelab Catur tidak boleh membela Presiden kelabnya dan tidak menjadi salah jika dia membela Presiden kelab Arobik. Habis takkan nak belas Presiden parti lain. Kalau seperti tu baik saya masuk parti berkenaan.

Saya juga diajukan dengan berpelbagai soalan. Banyak sangat e-mel pertanyaan yang saya kena jawab sedangkan e-mel sebelum ini pun terbaca. (1235 lagi oiii)



Ada yang minta saya menjawab tulisan tuduhan tanpa asas daripada penulis bernama Tulang Besi di beberapa blog.

Terima kasihlah, saya tidak berhasrat untuk meghabiskan masa dengan ‘kemuncup' sebagaimana yang di amanahkan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu bahawa laman dan blog mesti membuat persiapan rapi bagi pilihan raya ke-13, membetulkan focus kerana UMNO dan kerajaan sekarang akan menggunakan kaedah yang sama termasuk cyber troppernya untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Biarkalah, biasa bagi orang yang ‘ketakutan' dan fobia, tunggul pun disangka hantu... batu disangkanya songkok...

Ada juga yang komen TKO sudah tidak Ummp!! Lagi. Saya akui memang betul, sebelum ini TKO mati 52 hari selepas itu mati lagi 35 hari... campur, campur hampir 3 bulan 'kojol'. Insya-Allah jika ada masa lapang saya akan perincikan semua ini dalam penjelasan lain.

Sekadar ucapan terima kasih kepada yang menyebut perkara ini dan saya sebenarnya bangga juga pasal dia bandingkan TKO dengan laman Malaysiakini dan MalaysiaInsider. Harakahdaily yang sekarang ini mempunyai 13 orang pekerja tetap belum mampu menandingi Malaysiakini. TKO disetandingkan.. ini menunjukkan dia respert kepada TKO. Kenapa perlu marah..

Saya jawab dalam e-mel, itu satu penghormatan, jangan ambil hati. TKO dikendalikan oleh saya seorang pengawai kerajaan yang agak sibuk dan selalu out station dibantu oleh beberapa orang pembantu webmaster sebahagian besar pelajar university yang online juga mengikut keadaan semasa. Sama juga dengan blogger-bloger lain, tak ada kurangnya.

Kita boleh marah dan terasa hati, jika TKO dibandingkan dengan laman Malaysia Waves sebagai contoh.

Kita perlu tahu Malaysiakini memulakan lamannya dengan mendapat peruntukkan daripada George Soros melalui Independent Media Center Asia yang berpusat di Thailand sebanyak RM40 ribu. Pada masa itu Malaysiakini mempunyai 21 orang pekerja dan iklan bagi 3 tahun pertamanya adalah sekitar RM200 ribu dan masih tidak mampu untuk menguruskan dan memerlukan suntikan bantuan.

Sekarang sudah 10 tahun dan banyak kemajuan. Ini boleh di baca di lamannya semasa Malaysiakini menyambut ulang tahun ke-10 di hotel mewah dengan kehadiran 1000 orang tetamu.

TKO hanya dibina oleh derma dan saluran sumbangan ahli yang daif dan tidak menerima satu sen pun daripada parti melainkan sumbangan idea dan kepakaran IT.

Ada juga yang mengatakan TKO tak menegur pimpinan PAS. TKO dah tak telus, menyekat artikel-artikel yang dihantar.

Inil hanya persepsi. Bercakap boleh tetapi mestilah ada hujah yang benar menepati slogan yang diasas dan agama kita juga menyebut "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ). melainkan itu hanya pendapat dimana pendapat tidak semestinya betul.

TKOlah yang memulakan mengkritik pimpinan atas nama laman PAS iaitu DPPKD. TKO juga terbabit dalam merubah kepimpinan Pas Pusat dalam kes balak. TKO juga yang membuatkan bendahari PAS turun ke Taman Melewar dan seminggu selepas itu tander mengubah Markaz tersebut dikeluarkan. Banyakl sangat yang sukar untuk saya menginggatinya sepanjang 10 tahun TKO beroprasi dan ada yang tidak boleh didedahkan di sini.

Banyak laporan tentang kepincangan kepimpinan kadang kala kita kena selidik dahulu sebelum kita buat laporkan kepada yang bertanggungjawab dalam parti. Kita kena selidik samada itu adalah strategi parti atau sudah ada dalam pengetahuan parti. Sebagai orang yang berada di dalam organasasi parti kita ada cara dan kedahnya bukan buat seborono...

Cara menyiarkan kononnya ini maklumat sulit, maklumat rahsia, heboh seluruh alam maya, sedangkan kita tak tahu kesahannya. Walaupun kita serah perkara itu kepada yang bertanggungjawab cara kita buat itu tidak menepati samasekali seperti ayat Quran surah al Hujurat yang menjadi penganngan kita.

Jika kita benar tidak mengapa, jika kita silap, bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini dengan ribuan pembaca. Sebab itu ada perpatah mengatakan lebih baik kita tersilap tidak melaporkan daripada kita tersilap melaporkan.

Saya bagi satu contoh direnungkan bersama, bagaimana seorang Ustaz yang warak di Terengganu terfitnah setelah PAS memerintah di Terengganu di mana dalam mesyuarat PAS kawasannya meminta dia memohon tanah bagi untuk Pembinaan Markah Tabiyyah di kawasannya.

Oleh kerana permohonan ini, tanpa usul periksa ustaz berkenaan telah dikecam oleh ahli kawasan kononnya "ustaz nampak warak tamak bahan tanah bila Pas menang". Strategi untuk mendapatkan tanah bagi satu pembinaaan markah terbekalai kerana kebodohan ahli-ahli yang merasakan dialah pejuang kebenaran yang membtulkan pimpinan.

TKO ada caranya tersendiri. Sebab itu TKO di DDOS. Kita boleh fikir dan bayangkan jika kita mahir dan tidak ngok! dengan komputer bahawa DDOS dengan 500MBps bukan perkara yang kecil.

Untuk dapatkan nilaian seperti ini perlukan zombie kira-kira sekitar 600 buah komputer. Kenapa TKO yang menjadi target bukan laman lain sedangkan Server TKO sebelah menyebalah sahaja dengan server Harakah dan lain-laian server pakatan rakyat?

TKO juga disaman, kami tak hebohpun. TKO juga telah diberikan amaran seperti Malaysiakini semasa isu Kepala lembu video oleh SKM. Kami dengan isu lain. Tapi kami tak siarkan seperti Malaysiakini kerana kami ada strategi tersendiri.

Malah lagi teruk SKM dengan Polis terlah mengeledah server kami di data centre.

Semua ini tidak membuatkan kami putus asa dalam menjadi benteng kepada Pakatan Rakyat untuk Pilihan raya ke-13. Saya telah bersedia untuk membuat persiapan ke arah pilihan ke -13 dan menepikan masalah kemuncup ditepi jalananan.

TKO bukan nak bertanding hits dengan mana-mana laman. Walapun hit TKO masih tinggi. Sebab misi dan visi kita ialah dakwah, itulah yang akan kita bawa di hadapan Allah azawajala.

Fokus kerja kita, betulkan matlmat kita, jangan terbias kerana bisikan syaitan yang memesong matlamat dan amalan kita tanpa kita sedari.

Ada yang bertanya mengenai teguran di laman Perisik Rakyat. Terima kasih saya sanjung usaha webmasternya. Dulu masa kami kena serangan dia ada menghantar e-mel membantu memberikan maklumat kepada kami. Jasa dan pertolongannya saya ucapkan terima kasih, mungkin pendekatan kita berbeza. Semoga Allah memberkati beliau dengan usahanya dan saya akan menjalankan amanah sebagaimana yang di arahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu memastikan persediaan untuk PRU-13 tidak terbantut.

Akhir sekali untuk kali ini, saya hampir tergelak bila di tanya siapakan pilihan saya antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?

Pertanyaan yang menunjukkan tidak faham tentantang organasasi parti. TGNA itu siapa dalam parti dan TGHH itu siapa dalam parti. Masing-masing ada peranan. Saling bantu membantu untuk menjadikan PAS kuat dan boleh berjaya di masa-masa akan mendatang.

Siapa pun kita sokong, atau taksud, bila musuh menyerang semuanya akan terkena tak kira kita penyokong kuat TGNA atau penyokong kuat TGHH. Gambar di bawah ini boleh membuatkan kita berfikir....

daripada gambar bolehlah saya katakan, biarkalah akal kita berada di kepala bukannya di tapak kaki....

Artikel saya yang lain

Persepsi & Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang?
Rayuan derma & tunjuklah simpati..
Tawaran masih terbuka...
Biar orang nampak kita lemah.. II
Biar orang nampak kita lemah..
Fahaman Wahabi & Artikel Fitnah
Terima Kasih Mahazalim2
5 orang di lantik sebagai Pembantu Webmaster
Cabaran baru di alam siber..

Pendapatan Petronas berkurangan, ekonomi negara terkesan!

Pendapatan Petronas berkurangan, ekonomi negara terkesan! PDF | Print | E-mail
http://anwaribrahimblog.com

Kami menyambut baik usaha PETRONAS yang mengumumkan prestasi separuh tahun bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31hb Mac 2010. Tatkala kami hargai sumbangan PETRONAS untuk meningkatkan pendapatan Negara, berjumlah 48.6% dari jumlah keseluruhan pendapatan, kami juga merasa bimbang dengan merudumnya keuntungan syarikat tersebut kerana ianya bersangkutan langsung dengan kedudukan ekonomi Negara.

Pendapatan PETRONAS berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 billion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%. Sepanjang 5 tahun ini, PETRONAS adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan Negara. Untuk tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan PETRONAS merupakan 44.9% dari pendapatan Negara.

Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.

Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya.
Ini juga bermaksud sepanjang 5 tahun ini, wang yang disedut oleh kerajaan telah meningkat lebih dari dua kali ganda. Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.

Akibat dari ketagihan menggunakan sumber PETRONAS, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan serta perbelanjaan boros oleh kerajaan pusat. Sedangkan pengunaan oleh kerajaan bertambah 21% setiap tahun, keupayaan PETRONAS hanya berkembang pada tahap sekitar 16% setiap tahun. Jelasnya kerajaaan barisan nasional memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh PETRONAS.

Tambah memburukkan keadaan kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan pakej ransangan yang berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.

Saya sewaktu membahaskan belanjawan 2009 telahpun menggesa kerajaan supaya menyemak semula belanjawan yang dibentangkan kerana perubahan mendadak serta keadaan tidak menentu harga petroleum ketika itu. Walaupun begitu saranan saya dan rakan-rakan ditolak oleh kerajaan umno-barisan nasional.

Selepas hampir 1 tahun berlalu, kita berdepan dengan keadaan sukar kerana kerajaan sememangnya tidak mempunyai dana yang mencukupi bagi menunaikan janji-jani yang dibuat, kerana keuntungan PETRONAS berkurangan sebanyak 50%. Ini bermakna pendapatan kerajaan untuk perbelanjaan dan pakej ransangan akan berkurangan separuh dari jumlah yang dijanjikan.

Perkembangan ini menjejaskan kedudukan ekonomi Negara. Anggaran kami menunjukkan sasaran pertumbuhan kerajaan terlalu optimistik kerana kekurangan dana untuk dibelanjakan. Makanya sasaran untuk mengurangkan defisit belanjawan Negara pada tahun hadapan juga perlu disemak semula berdasarkan pendapatan Negara yang semakin berkurangan ini.

Kami menyeru kerajaan barisan nasional agar memastikan ketelusan dan menjelaskan kepada rakyat Malaysia berhubung kesan dari merudumnya keuntungan PETRONAS terhadap prestasi ekonomi Negara.

Kami berpendirian adalah baik untuk kepentingan Negara sekiranya YAB Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci kepada Dewan Rakyat, semakan semula unjuran pendapatan Negara untuk tahun 2010 serta dampaknya kepada perbelanjaan untuk tahun 2010.
Sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian kepada beberapa mustahak yang menyangkuti kepentingan umum:

1)Memastikan ekonomi Negara tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata. Industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi dan perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

2)Memastikan penggunaan dana PETRONAS telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009.

3)Menstrukturkan semula subsidi gas dan pembayaran royalti agar tidak ada lagi ketirisan. Subsidi gas hanya menguntungkan sesegelintir berikutan perjanjian IPP yang berat sebelah seperti sekarang mengakibatkan ketirisan dan korupsi.

4)Kerajaan Malaysia mesti bertindak untuk menjadi pemudah cara/fasilitator kepada PETRONAS untuk mendapatkan kawasan baru di luar Negara untuk menampung keperluan tempatan yang meningkat.

Ketuanan Melayu atau Kepimpinan Melayu?

Ketuanan Melayu atau Kepimpinan Melayu? PDF | Print | E-mail
http://idhamlim.blogspot.com

Sejak akhir-akhir ini teman-teman dari DAP diserang habis-habisan oleh UMNO dan BN dan tumpuan serangan dikaitkan dengan isu Melayu.

Bermula dengan isu pijak gambar beralih kepada Isu YB. Kulasegaran dan sesudah itu isu peruntukan mesjid, dan terakhir isu YB. Sivakumar yang disiarkan dalam Sinar Harian kelmarin.

Bagi saya kalau ingin dikaitkan dengan "ketuanan" yang ada bagi kita orang Islam adalah cuna "Ketuanan Islam" sahaja.Tidak ada ketuanan selain dari itu termasuklan bagi orang Melayu sendiri.Betuankan kepada bangsa adalah idealogi yang karut dan ditolak oleh semua bangsa didunia.

Adakah kita sanggup bertuankan kepada bangsa sendiri yang menjadi "pengkhianat" kepada bangsanya sediri. Terlebih lagi tidak ada bangsa lain ingin mengiktiraf sama.

Sebaliknya kalau ingin bercakap dengan kalimah Melayu juga, yang adalah hanyalah "Kepimpinan Melayu". Inilah yang sebenarnya boleh diterima oleh orang Melayu sendiri dan termasuklah bangsa lain.

Dalam kontek negeri Perak, orang Cina dan India yang telah memberikan sokongan padu kepada parti yang memerintah di negeri Perak sejak 52 tahun lepas berakhir dengan satu penyerahan dan pengkitirafan kepada kepimpinan Melayu yang diterajui oleh Pakatan Rakyat dan di sana DS. Nizar diberikan kepercayaan menjadi Menteri Besarnya.

Jelas kepimpinan Melayu sesuatu boleh diterima, apalagi orang Melayu Islam yang berada dalamn gagasan Pakatan Rakyat yang membawa politik baru dan perubahan kearah menyelamatkan Malaysia yang telah menjadi porak peranda akibat dari kepimpinan melayu UMNO yang telah menghinati amanah yang diberikan kepada mereka sekian lama.

Apalagi UMNO yang sering melaungkan "ketuanan melayu" adalah pengkhianat kepada orang melayu itu sendiri.

PAS perlu pelopori dialog antara agama

PAS perlu pelopori dialog antara agama PDF | Print | E-mail
http://bongkarsauh.blogspot.com/

Ketua Penerangan DPP Pusat telah mengemukakan sesuatu yang menarik perhatian saya.

Katanya, Umno menuduh PAS dengan beberapa perkara iaitu; (1) PAS tidak lagi menjadi juara isu-isu Islam, (2) PAS telah mengikut telunjuk PKR dan DAP, (3) PAS lebih mementingkan undi bukan Islam daripada perjuangannya yang sebenar, dan (4) PAS tidak mampu meyakinkan kebaikan Islam kepada DAP.

Beliau meminta pandangan umum terhadap tuduhan itu dan bersekali dengan cadangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi saya, Ketua Penerangan Pemuda PAS berani berhadapan dengan realiti. Samada tuduhan itu benar atau salah, itu persoalan lain. Apa yang penting ialah tuduhan itu berjaya membentuk persepsi umum kepada PAS.

Justeru, tuduhan itu tidak perlu dijawab kepada Umno tetapi hendaklah dijadikan sebagai muhasabah kepada PAS untuk merangka strategi menolak tuduhan itu.

Menyalahkan Umno dengan tuduhan itu memang mudah tetapi itu tidak kemana. Malah dalam keadaan tertentu menyalahkan Umno akan menguatkan sangkaan umum bahawa apa yang dituduh kepada PAS itu mungkin benar.

PAS berhadapan dengan Islam yang dimomokkan oleh Umno. Bila PAS sebut Islam, maka Umno akan mencelah bahawa Islam PAS adalah potong sana-sini, haramkan semua benda, pinggirkan orang bukan Islam dan macam-macam lagi.

Justeru, gambaran negatif mengenai Islam yang bakal dilaksanakan oleh PAS yang ditempel dengan keburukan oleh Umno hendaklah dibersihkan. Bagaimana?

Suburkan dialog antara agama atau budaya. PAS tidak kekeringan tokoh berwibawa untuk merencana dialog ini. Dialog tersebut tentunya bukan untuk saling menyalahkan antara satu agama dengan agama yang lain, tetapi mencari ruang-ruang untuk saling menerima kelainan.

Dialog antara agama atau budaya ini bukan sekadar ‘majlis dialog’ dan ia habis di situ. Ia hendaklah diinstitusikan. Maksudnya, PAS perlu menubuhkan sebuah jabatan atau majlis (namakan apa sahaja) yang berfungsi secara khusus untuk menangani isu-isu salah tanggapan kepada Islam.

Dan, tidak menjadi suatu kesalahan PAS mempelopori juga penubuhan sebuah badan yang mengumpulkan para cendekiawan pelbagai agama bertujuan mencari titik-titik yang memungkinkan wujudnya perasaan saling menerima dalam kepelbagaian beragama. Dan paling penting tidak ada sebarang permusuhan terhadap Islam.

Selama ini Islam sering ditampilkan sebagai musuh kepada agama lain. Orang Islam pula adalah musuh kepada orang beragama lain. Begitu pula sebaliknya sikap penganut agama lain kepada Islam dan orang Islam. Kelainan dijadikan modal untuk bermusuh.

Kenapa ada orang yang masuk Islam dimusuhi oleh keluarganya? Kerana orang bukan Islam menganggap bila seseorang itu masuk Islam maka putuslah hubungan anak dan ibu atau bapa, adik dan abang atau kakak. Akibatnya, apabila tidak tahan dengan tekanan, murtad semula. Bukankah itu berpunca daripada salah gambaran mengenai ajaran Islam sebenar?

Ok, setakat ini dulu dan kalau ada kesempatan, tulisan ini mungkin disambung. Cuma jangan tuduh saya mempromosikan Islam Liberal dengan tulisan ini cukuplah.

Apabila 2M lawan 2N

Apabila 2M lawan 2N
Tok Pepijat

Perang mulut antara Dr Mahathir - Nazri meletus lagi di era PM Najib. Dulu era Pak Lah juga meletus perang mulut Dr Mahathir- Nazri.

Masa era Pak Lah itu, Nazri marah bila Dr Mahathir asyik menghentam dan "membebel" tentang gaya kepimpinan Pak Lah. Dikatanya Pak Lah "lembik". Marah benar Nazri bila bosnya dituduh lemah. Akhirnya Dr Mahathir keluar UMNO.

Kini "perang" mereka berkisar tentang isu BTN. Nazri "menjunjung perintah " PM Najib untuk bubarkan modul BTN yang berbaur perkauman. Dr. Mahathir bantah. Katanya sememangnya BTN bagus dan tidak perlu diubah.

Mahathir menempelak Nazri jika Nazri anti perkauman, lebih elok keluar dari UMNO kerana UMNO adalah Parti Perkauman.

Akhirnya Nazri kata Mahathir "gila kuasa" mahu jadi PM lagi! Lebih "tolol dan power" lagi Nazri kata inilah kenyataan paling bodoh yang beliau pernah dengar dari Mahathir.

Cuba anda perhatikan. Setiap kali PMNajib keluar negara mesti "lanun-lanun UMNO" bergaduh. Dulu masa Najib di Trinidad untuk hadiri sidang CHOGM, Muhyidin, Maslan dan Noh "gila-gila" pertahankan BTN.

Dan kini semasa Najib melawat Thailand, Mahathir pula "senyanyuk"nya mempertahankan dasar perkauman UMNO dan BTN.

Nampaknya PMNajib bertambah pening dan bertambah "merah bibirnya" ! Sudahlah terpaksa bergelut dengan Bala yang kembali dengan "sumpahan ketiga"nya, kini sesama "lanun" bergaduh.

Biasalah orang jahat begitulah perangainya. Masing-masing tamak dan jaga isi perut. Puas "kedarah" harta rakyat, tiba masanya berperang, bergaduh, bergocoh sesama sendiri pula. Begitulah lumrah kehidupan para "lanun-lanun moden era OneMalaysia".

UMNO kini pecah dua. Satu puak dokongi One Malaysia ciptaan Najib dan satu puak lagi sokong racist pimpinan Dr Mahathir.

Sudah tentu ini gambaran awal bakal berlaku pertembungan jawatan Presiden UMNO antara Najib dengan Muhyidin. Najib mewakili puak One Malaysia manakala Muhyidin puak perkauman (racist) yang dibawah pengaruh dan asuhan Mahathir.

Oh ya...adakah Najib hadir dalam Mesyuarat Tinggi UMNO yang menarik balik hukuman gantung keahlian Ketua UMNO Bukit Bendera yang racist itu?

Adakah ini atas perintah Muhyidin ?

Nampaknya tahun depan, Tahun 2010 ini bolehlah kita namakan Tahun Perang 2N vs 2M !
Selamat bertarung 2M ( Muhyidin + Mahathir) lawan 2N (Najib+ Nazri) !

Ketagih dengan Petronas, Ekonomi negara makin teruk

Ketagih dengan Petronas, Ekonomi negara makin teruk PDF | Print | E-mail
Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi melahirkan rasa bimbang dengan suasana ekonomi negara semasa, disebabkan rekod terbaru menunjukkan pendapatan Petronas berkurangan.

“Pendapatan Petronas berdasarkan laporan yang dikeluarkan, mencatatkan kejatuhan berjumlah RM 59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi oleh Negara berkurangan sekitar 57%,” jelasnya dalam suatu kenyataan media di Parlimen.

Beliau berpendapat angka kejatuhan tersebut turut memberi impak berantai pada ekonomi negara kerana 48.6 peratus diperoleh dari keuntungan Petronas.

Jelasnya lagi, Petronas turut menyumbang sebanyak 44.9 peratus pada pendapatan negara tahun lepas.

Beliau turut mengkritik sikap kerajaan yang terlalu bergantung kepada hasil minyak sebagai sumber pendapatan utama negara, demi mengaburi sokongan rakyat.

“Kebergantungan terhadap PETRONAS ini mengaburi kita dari kedudukan sebenar ekonomi akibat dari dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan mereka untuk memulihkan kewangan Negara semenjak terkesan dari krisis kewangan Asia 1997/1998.”

Beliau yang juga ketagihan wang Petronas menjadikan perbelanjaan sumber asli negara tersebut kian membengkak saban tahun.

“Penggunaan sumber dan dana dari PETRONAS oleh kerajaan telah membengkak sekitar 21% setiap tahun, ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber PETRONAS oleh kerajaan bertambah sebanyak 21% dari apa yang digunakan pada tahun sebelumnya,” ujarnya.

“Misalnya pada tahun 2005, petronas menyumbang sebanyak RM31.2 billion dari jumlah keseluruhan belanjawan Negara. Namun pada tahun 2008, jumlah wang PETRONAS yang membentuk belanjawan Negara adalah sebanyak RM 74 billion-peningkatan sebanyak 130% sepanjang 5 tahun ini.”

Dakwanya lagi, ketagihan tersebut disebabkan amalan boros, ketirisan dan rasuah dalam sektor pembinaan dan pengurusan kerajaan sendiri.

“Kalau projek pembinaan yang asalnya RM4 bilion boleh jadi RM4.5 bilion kerana boros, ketirisan dan rasuah, kerajaan tiada jalan lain kecuali menggunakan dana Petronas melebihi kadar yang sepatutnya.”

“Memburukkan apabila kerajaan pusat membentangkan belanjawan yang berjumlah RM 208billion untuk tahun 2009 dan kemudiannya (membentangkan) pakej ransangan berjumlah RM 60 billion, ketika unjuran pendapatan tahun 2009 berasaskan harga minyak mentah bulan September 2008.”

Beliau turut meminta Petronas bersikap lebih telus dan tidak melayan ketagihan beberapa pemimpin Umno BN yang dianggap boros, mengamalkan rasuah dan ketirisan dalam menguruskan perbendaharaan negara.

Kelantan sokong PM bantu selesai konflik di selatan Thailand

Kelantan sokong PM bantu selesai konflik di selatan Thailand PDF | Print | E-mail
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 10 Dis: Kelantan menyokong langkah kerajaan Malaysia membantu menyelesaikan konflik yang melanda di selatan Thailand sekarang sehingga telah mengorbankan ribuan nyawa khususnya umat Islam sejak beberapa tahun lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, penduduk di selatan Thailand sama ada beragama Islam atau sebaliknya perlu dibantu bagi menjamin keselamatan mereka.

“Saya melahirkan rasa syukur dan gembira di atas kesediaan pemimpin mahu menyelesaikan konflik itu.

“Saya setuju Malaysia ingin membantu Thailand menyelesaikan konflik negara itu yang nampaknya tidak selesai. Tak selesai sekiranya masalah bom diselesaikan dengan bom.

“Seperti apa yang berlaku di Israel sejak dahulu hingga sekarang juga tidak pernah selesai,” ujarnya ketika merasmikan Seminar Menjelang 20 Tahun Kepimpinan Ulama di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini hari ini.

Seminar separuh hari itu dianjurkan Pejabat Menteri Besar dan diurusetia Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Lebih 1,000 hadir pada program tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Dewan Rakyat, ketua-ketua jabatan negeri, pegawai agensi di bawah kerajaan negeri dan pegawai lantikan politik.

Tiga kertas kerja dibentang pada seminar tersebut termasuk oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif, anggota-anggota Exco, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Empat pensyarah kanan dari institusi pengajian tinggi tempatan juga dijemput mengulas kertas kerja terbabit.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke Narathiwat bersama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva dan mereka berjumpa dengan masyarakat Islam di tiga wilayah bergolak tersebut.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, sebelum ini beliau sering menerima jemputan umat Islam dari wilayah berkenaan bagi menyampaikan ceramah agama, namun sekarang tidak dapat lagi ke sana kerana pergolakan yang berlaku.

Sementara itu, dalam perkembangan lain katanya, golongan ulama mampu memberi tanggapan positif terhadap amalan poligami kerana mereka mempunyai pengetahuan bagi melaksanakan amalan sunah tersebut.

Beliau berkata, sebelum ini amalan poligami sering diberi tanggapan negetif kerana pengamalnya tidak melakukan perkara sebagaimana dikehendaki syariat.

“Akibat tindakan tidak bertanggungjawab mereka yang berpoligami menyebabkan masyarakat memandang serong kepada amalan berkenaan walaupun ia diharuskan oleh Islam.

“Kebanyakan mereka yang berkahwin lebih daripada satu hanya mengikut nafsu semata-mata,” katanya.

Menteri Besar berkata, lelaki yang berpoligami tanpa mengamalkan mengikut ditetapkan syarak sanggup meninggalkan isteri apabila mempunyai anak ramai.

“Untuk memberi imej baru terhadap poligami seharusnya golongan ulama boleh melakukan supaya ia menjadi contoh kepada masyarakat,” ujarnya.

Beliau juga imej ulama hendaklah menjadi amalan kepada semua lapisan masyarakat termasuk peniaga, nelayan, petani, pegawai dan pemimpin.

Beliau juga melahirkan rasa tidak senang melihat mereka yang bergelar ulama mengenakan pakaian barat ketika berkuliah kerana ia tidak sesuai dengan budaya tempatan.

Laporan berbau hasutan, Utusan berdepan saman

Laporan berbau hasutan, Utusan berdepan saman PDF | Print | E-mail
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia di atas laporannya yang didakwa berbaur hasutan dan perkauman.

Kor Ming yang juga Setiausaha DAP Perak dalam satu sidang media di lobi parlimen siang tadi berkata, mana-mana pihak tidak harus membazir masa memainkan isu untuk meniupkan api perkauman, sebaliknya harus memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

"Saya akan berbincang dengan panel peguam saya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak (Utusan Malaysia) yang membuat laporan yang tidak bertanggungjawab,"

Kor Ming turut kesal dengan dakwaan yang dibuat beberapa pihak terhadapnya tanpa merujuk dan meneliti kenyataannya terlebih dahulu.

"Saya sangat kesal dengan kenyataan beberapa pihak termasuk Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohd Syed Abdul Aziz dan beberapa NGO lain telah membuat dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks ucapan," katanya.

Kor Ming juga akan membuat laporan polis pada masa terdekat ini berhubung laporan itu.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kononnya Kor Ming di Dewan Rakyat kelmarin mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.

Kenyataan Kor Ming itu turut dikecam Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkannya sebagai biadab.

Sebaliknya Kor Ming menegaskan, beliau langsung tidak mempertikaikan peruntukan untuk masjid sebaliknya mengalu-alukan perkara itu.

Namun beliau turut mahukan kerajaan menitik beratkan mengenai pembinaan rumah ibadat agama lain bagi memberikan keadilan kepada semua kaum dan agama.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli yang juga Bendahari PAS Pusat menyifatkan laporan media arus perdana kini semakin melampau dengan kenyataan-kenyataan yang sengaja membangkitkan kemarahan rakyat bukan Islam.

"Saya lihat keadaan pemberitaan media sekarang ini semakin melampau. Hari ini kita baca laporan yang boleh membangkitkan kemarahan kaum India,”

"Saya setuju dengan kebebasan pemberitaan tapi cara yang ttidak mengikut etika adalah tidak betul. Sedangkan Kor Ming tidak pernah memertikai RM700 juta yang diperuntukkan untuk pembinaann masjid," tegasnya.

Beliau juga berkata, PAS akan mempertahankan tindakan rakan-akan daripada DAP atau PKR sekiranya perkara yang dilakukan itu tidak bertujuan mewujudkan kebencian kaum.

“Kami di sini daripada PAS yang akan mempertahankan kenyataan Nga Kor ming walaupun kita dilihat seolah-olah menjual bangsa dan agama kita kerana perkara itu tidak berlaku sama sekali,” tegasnya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam pula berkata, laporan itu membuktikan Umno BN semakin terdesak dengan cuba mengapi-apikan orang Islam dengan orang bukan Islam.

“Tindakan Umno BN melalui media milik mereka ini membuktikan mereka dalam keadaan terdesak,”

“Mereka sentiasa nak tunjukkan DAP ini anti-Melayu, anti-Islam. Ini satu tindakan yang sangat bahaya,” katanya.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dari PKR turut menyokong cadangan Kor Ming yang mahukan pembinaan rumah ibadat lain turut diberi perhatian bagi memastikan pembangunan moral rakyat bukan Islam terus terjamin.

“Kerajaan juga harus melihat kemudahan untuk rakyat agama lain supaya anak-anak mereka ada tempat untuk beribadat. Ini juga dapat memerangi masalah soasial yang berlaku ketika ni,” katanya.

Akhlak pelajar kolej komuniti membimbangkan

Akhlak pelajar kolej komuniti membimbangkan PDF | Print | E-mail
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 10 Dis: Dr. Lo' Lo' Ghazali (PAS-Titiwangsa) mendakwa sahsiah dan akhlak pelajar-pelajar Kolej komuniti membimbangkan menyebabkan ibu bapa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka melanjurtkan pelajaran ke institusi berkenaan.

Dr. Lo' Lo' sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi ingin tahu samada mata pelajaran Pendidikan Agama Islam diajar atau tidak di kolej berkenaan.

"Saya mendapat rungutan daripada ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke kolej komuniti kerana ia dicemari dengan budaya negatif seperti budaya couple, vandalisme, buli dan sebagainya.

"Adakah mata pelajaran Agama Islam turut diajar kepada mereka bagi memastikan mereka bukan sahaja menjadi pekerja yang amanah tetapi tinggi akhlak dan sahsiahnya," soalnya.

Sebelum itu, Datuk Dr. Tekhee @ Tiki anak Lafe (BN-Mas Gading) meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah terkini Kolej Komuniti dan jumlah keseluruhan pelajar sepenuh masa mengikut bidang kursus yang mereka ikuti di seluruh negara dan mekanisme yang digunakan untuk memastikan mereka tidak akan menyumbang kepada masalah graduan menganggur di negara ini nanti.

Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah (BN-Temerloh) dalam jawapannya memberitahu, sehingga Oktober 2009, terdapat 42 buah kolej komuniti induk dan 18 buah kolej komuniti cawangan yang beroperasi di seleruh negara.

Bilangan enrolmen pelajar program sepenuh masa, bagi sesi pengajian Julai 2009 ialah seramai 17,279 orang. Sebanyak 34 program pendidikan dan latihan dalam bidang teknkal, teknologi, perdagangan dan perkhidmatan dijalankan di kolej komuniti.

Beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan graduan kolej komuniti memenuhi pasaran kerja, antaranya ialah menggunakan pendekatan Work-Based Learning (WBL) yang mewajibkan pelajar menjalankan latihan pekerjaan selama setahun di tempat kerja.

Selain itu, Kementerian juga melaksanakan Skim Pengukuhan Graduan (SPG) yang bersifat enrichment, reinforcement, dan updating berkonsepkan tambah nilai, khususnya dalam bidang teknikal, teknologi, perkhidmatan dan keusahawanan.

Kerajaan Selangor buka Pejabat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang

Kerajaan Selangor buka Pejabat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang PDF | Print | E-mail
Harakahdaily
SHAH ALAM, 10 Dis: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selengor tetap membuka sebuah Pejabat Khidmat Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelabuhan Klang biarpun Dun itu kini diwakili Adun bebas Badrul Hisham Abdullah.

Bagaimanapun ianya akan dipertanggungjawabkan kepada setiausaha politik menteri besar, Nik Nazmi Bin Nik Ahmad yang ditugaskan sebagai Adun penyelaras bagi Dun tersebut dengan dibantu dua petugas lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, sekriteriat akhbar kerajaan negeri Selangor memberitahu ianya sebagai rasa prihatin dan tanggungjawab kerajaan negeri terhadap kebajikan rakyat ekoran tindakan Badrul yang mengumumkan bahawa beliau keluar PKR dan menjadi Adun bebas yang ‘mesra’ BN Oktober lalu.

"Kerajaan Negeri Selangor terus komited menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat dengan membuka Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di 104-A, Solok Pendamar Indah 1, 42000 Pelabuhan Klang dan YB Nik Nazmi Bin Nik Ahmad sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penyelaras bagi DUN Pelabuhan Klang," kenyataan itu dipetik.

Pejabat khidmat rakyat itu akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat setiap minggu dan dibuka bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang.

Manakala hari bertemu pelanggan di pejabat tersebut akan diadakan setiap hari Jumaat selama dua jam iaitu dari pukul 9 hingga 11 malam.

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Khidmat Rakyat DUN N46 Pelabuhan Klang di talian 019-2276641, 012-6776736 (Encik Kamal Ariffin) dan 013-3711808 (Encik Abdul Hadi) untuk sebarang urusan berkaitan.

Badrul mengumumkan keluar PKR dan menjadi Adun bebas selepas beberapa desakan termasuk cadangan dari Menteri Besar yang juga Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri supaya beliau meletak jawatan.

Desakan dan cadangan itu dibuat selepas hampir setahun proses membetulkan keadaan dibuat namun gagal dan sikap Adun berkenaan tidak berubah.

Kerajaan Selangor juga sebelum ini mendakwa sering menerima aduan dari penduduk penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

Khamis, Disember 10, 2009

Babi-HALAL???

Babi HALAL...

diberi label HALAL.... ???
Ana petik ni dari Forum TKO... cuba lihat:






Antara komen:
Oleh: ibnuaki
mana jakim? menteri pengguna? aku nasihatkan korang kalau barang makanan daripada negara china janganlah korang beli walaupun makanan ringan sebab satu dah tentu kita tak tahu halal ke tak, satu lagi takut keracunan dengan toksik mcm melamin tu. bahaya beb. aku pernah pergi kedai 2 hinggit dekat kaunter dia ada jual makanan ringan dari china, aku belek tengok ingredient dia ada lemak babi. nanti ada masa aku tempek kat sini.

Lihat KOMEN seterusnya DI SINI

1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember

1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember PDF | Print | E-mail
Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Dis: Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

"Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa," kata kenyataan itu.

"Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia," kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"katanya.

"Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.

Kelantan juga tolak BTN

Kelantan juga tolak BTN PDF | Print | E-mail
Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 9 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini memberitahu kerajaan negeri itu juga akan menolak program Biro Tata Negara (BTN) selagi ianya tidak diubah pada dasar Islam.

Ianya sejajar dengan tindakan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) yang lain seperti Selangor dan Pulau Pinang yang menharamkan program berkenaan kepada semua kakitangan dan pegawai kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian kepada media pada sidang media di pejabatnya hari ini bagi mengulas isu BTN yang kini hangat masih hangat diperkatakan.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau bersetuju dengan program berkenaan sekiranya kurikulum BTN dirombak mengikut acuan Islam demi untuk kepentingan semua pihak, berbanding apa yang ada sekarang lebih pada penekanan bangsa.

Jelasnya, rombakan itu mesti diubah dalam semua aspek yang berkaitan dengan Islam, sama ada dari segi ekonomi, social, budaya atau sebagainya.

“Memang Malaysia sebuah negeri yang berbilang bangsa, namun Islam tidak mengutamakan bangsa di muka dunia ni dan tidak ada yang terlebih daripada bangsa lain di sisi Allah, begitu juga bangsa Arab.

“Walaupun Nabi Muhammad dari bangsa Arab, tetapi Islam tidak meletakkan bangsa Arab melebihi daripada bangsa lain.

"Kalau bangsa Arab tidak ada kelebihannya, bangsa lain seperti Melayu contohnya apa peliknya,”ujarnya.

Oleh yang demikian, tambahnya BTN yang telah lama menggunakan medan berkenaan untuk menghasut rakyat supaya membenci bangsa lain atau sebagainya, perlu dirombak mengikut acuan Islam.

Katanya, sebelum ini beliau tidak mempunyai ruang untuk bersuara, hanya menegur secara umum berhubung kurikulum yang terdapat dalam program BTN itu.

“Tetapi sekarang ni, peluang tu makin terbuka, makin terbuka dan makin terbuka pekungnya yang dibuat oleh umno sendiri,”ujarnya.

Pada masa yang sama, BTN sewajarnya mengadakan forum khas bagi bincangkan soal ekonomi, social bangsa sama ada menyentuh soal masyarakat Cina atau Inggeris, namun mesti mengikut acuan Islam.

Sambungnya, dunia barat hari ini telah mengiktiraf Islam terutamanya soal ekonomi sehingga meyakini ekonomi agama suci itu benar-benar menjamin keselamatan manusia.

“Bila dunia dilanda oleh ekonomi merundum, orang Eropah sendiri sudah mengakui sistem ekonomi Islam ini lebih kukuh, lebih baik berbanding dengan system yang ada di dunia ini dan sebagainya,”ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, walaupun masih terdapat sistem ekonomi yang boleh diperbaiki, tetapi mereka mengakui ekonomi Islam lebih baik.

Ekoran kegagalan sistem ekonomi itu juga menyebabkan ramai tokoh ekonomi itu membunuh diri.

Katanya, hal ini berlaku ekoran daripada pemikiran yang buntu akibat sistem ekonomi riba yang hanya menggunakan spekulasi semata-mata.

Sedangkan, tambahnya jalan tersebut salah bagi fitrah manusia di mana yang kaya makin kaya, yang miskin semakin miskin.

Beliau bagaimanapun berkata, oleh kerana Umno yang menguasai kepimpinan negara yang menolak Islam, terlalu sukar untuk diubahnya.

“Yang ada untuk memudahkan ianya berjaya dibuat, pilihan raya 13 ni, jangan undi Umno dan BN, sebaliknya undi parti Islam dan pakatan rakyat,”ujarnya.

Rabu, Disember 09, 2009

Dr M Jawab Nazri: Keluar UMNO buktikan anda tidak racist

Dr M Jawab Nazri: Keluar UMNO buktikan anda tidak racist
Posted on Tuesday, December 08 @ 18:04:17 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Berita Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

KUALA LUMPUR: "Dia adalah ahli UMNO. Dia patut letak jawatan," kata Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai selaran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz terhadapnya mengenai isu Biro Tata Negara (BTN).

Bekas Perdana Menteri itu turut menambah, Umno sendiri adalah sebuah parti bersifat perkauman yang membela nasib orang Melayu.

Oleh itu, beliau berkata, tidak ada sebab mengapa kursus BTN tidak dapat diteruskan.

Beliau ditemui pihak media selepas membentangkan ucapan bertajuk 'Peluang dan Cabaran Hubungan Dua Hala Malaysia-Indonesia dari Perspektif Ekonomi, Politik dan Sosial' di seminar 'Merangka Kerjasama Ekonomi Malaysia-Indonesia Menghadapi Krisis Global:Peluang Dan Cabaran Dari Perspektif Media Dan Perniagaan' semalam.

Seminar itu berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

- Mstar

Komen:

Ini ekoran dari cerita dari artikel INI

Patut Tun Dr. M lah yg BUAT dulu apa yg dia kata... "TINGGALKANLAH UMNO" sebab dari blog dia juga CERITA INI kita dapat...

Selangor tubuh yayasan bantu pendidikan Islam

Selangor tubuh yayasan bantu pendidikan Islam PDF | Print | E-mail
Harakahdaily

SHAH ALAM, 8 Dis: Kerajaan negeri Selangor akan menubuhkan Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YPIS) untuk membantu mengembangkan pendidikan Islam di negeri, kata Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid membuat pengumuman ini ketika berucap merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Pusat Belia dan Kebudayaan Selangor hari ini.

Katanya, yayasan ini akan mengumpulkan dana dari pelbagai pihak termasuk dari kerajaan negeri dan Pusat Zakat Selangor bagi membantu sekolah dan lain-lain institusi pendidikan Islam di negeri ini.

Cadangan menubuhkan yayasan ini dibuat oleh Majlis Pemuafakan Pendidikan Islam Selangor (Mappis). Konvensyen ini juga dianjurkan oleh Mappis dengan kerjasama dari kerajaan negeri Selangor melalui Dr Halimah Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

(Gambar: Halimah mengiringi Khalid melawat pameran sempena konvensyen pendidikan Islam Selangor)

Kerajaan negeri berpandangan, usaha-usaha pendidikan Islam mampu menyumbang terhadap pembangunan modal insan serta kemajuan ekonomi negeri dan negara.

"Untuk membolehkan hal ini berlaku, maka kerajaan negeri sedia membantu dan menaungi usaha yang dicadangkan Mappis untuk memperlopori penubuhan Yayasan Pendidikan Islam Selangor," kata Khalid ketika merasmikan ucapan itu.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Khalid berkata, YPIS akan berperanan untuk mengumpulkan dana dan membantu mana-mana institusi pendidikan Islam yang memerlukan bantuan.

"Yayasan ini nanti akan boleh menyediakan dana untuk membantu institusi pendidikan Islam menjadi kukuh dan turut menyumbang dalam pengukuhan negara bangsa," kata beliau.

Dalam konvensyen ini, turut membentangkan kertas kerja adalah Mohamad Ya, Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

YIK adalah badan yang menjadi penyelia dan mengurus semua sekolah-sekolah agama yang terletak di bawah kerajaan negeri Kelantan.

Dr Halimah Ali ketika ditemui selepas ini berkata, hari ini adalah hari yang bersejarah untuk pendidikan Islam di Selangor.

"Kita harap banyak perkara yang kita boleh buat selepas konvensyen ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

Nik Aziz lawat tempat kejadian kemalangan KB Mall

Nik Aziz lawat tempat kejadian kemalangan KB Mall PDF | Print | E-mail
Rizal Tahir

KOTA BHARU, 8 Dis: Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meluangkan masa kira-kira 25 minit di tempat kemalangan yang meragut dua nyawa dan satu parah dalam kejadian kereta terjunam dari parkir di KB Mall kelmarin.

Beliau yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan diberi taklimat oleh kakitangan Pasaraya New Pasiffic berhubung kejadian yang telah berlaku.

Turut meninjau perkembangan itu, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah, Meja (B) Md AnizamAbdul Rahman, Yang Dipertua MPKB, Haji Ahmad Mahmood, serta para pegawai kanan MPKB-BRI.

Ketika memberitahu pemberita selepas itu beliau berkata, kejadian berkenaan sesuatu yang diluar jangka dan tidak tidak terfikir oleh sesiapapun.

“Benda ni (kejadian itu) berlaku payah nak fikir, semuanya kuasa Allah, bagaimana kemalangan boleh berlaku dengan merempuh dinding yang begitu tebal, kemudian merempuh pula orang di bawah,”ujarnya.

Sementara itu, mesyurat khas yang berlangsung 11.15 pagi tadi memutuskan pasaraya berkenaan boleh beroperasi sebagaimana biasa bermula pukul 2.00 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata ianya diambil kira selepas mesyuarat memutuskan struktur bangunan berkenaan masih dalam keadaan baik.

“Bukan itu sahaja, pembinaannya juga tidak menyalahi peraturan MPKB-BRI seperti dengan mencampuri bahan-bahan yang tidak baik sehingga menjejaskan struktur bangunan,”ujarnya.

Bagaimanapun, menurutnya pihak Bomba dan Penyelamat meminta factor keselamatan sentiasa diambil kira bagi memastikan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada kejadian yang berlaku petang 6 Disember lalu, dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Bharu maut, manakala seorang lagi parah dan seorang lagi cedera ringan dihempap sebuah kereta yang terjunam dari tempat parkir tingkat atas.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Siti Nor Amira Samsuddin, 19 dan Siti Nor Diana Azman, 18, manakala mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Latfi, 24, juga pelajar kolej yang sama.

Pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, hanya mengelami cedera ringan setelah kereta jenis Ford Laser TX3 yang dipandu mangsa dikatakan rosak di Tingkat 3 parkir itu, tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh dinding lubang angin pasar raya itu.

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno PDF | Print | E-mail
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng petang tadi menganggap mereka yang terbabit memijak gambar beberapa pemimpin DAP hari ini bukan mewakili sensitiviti rakyat berbangsa Melayu di Malaysia.

Sebaliknya, beliau menganggap mereka yang terbabit masih berfikiran kuno era dinosor yang sudah tidak sesuai untuk hidup di zaman ini.

"Saya yakin mereka tidak mewakili orang Melayu...mereka masih berfikiran era dinosor," jelasnya.

Pendapat tersebut sebagai mengulas laporan berita sebuah laman web hari ini yang melaporkan 12 tertuduh dalam kes 'kepala lembu' memijak gambar pemimpin DAP sebaga protes pada parti tersebut.

(Gambar fail: Mereka yang mengarak kepala lembu inilah yang memijak gambar pemimpin DAP hari ini)

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak mendakwa tindakan ekstrem tersebut demi membangkitkan semangat 'Ketuanan Melayu' tajaan Umno secara salah.

Mewakili DAP Perak, beliau juga menegaskan bahawa partinya tidak mempertikai hak-hak rakyat, termasuk kedudukan Melayu, bahasa Melayu dan Islam sebagaimana yang dijamin dalam perlembagaan.

"Saya hanya menentang kezaliman para pemimpin Umno atas sandiwara 'Ketuanan Melayu', seperti kes pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Syeksen 23 (Shah Alam)."

Pun begitu, beliau meminta pemimpin Umno menjelaskan kedudukan terminologi 'Ketuanan Rakyat' menurut Perlembagaan.

Ujarnya, 'Ketuanan Melayu' adalah propaganda para pemimpin Umno untuk terus menguasai minda rakyat, sama ada Melayu atau bukan Melayu.

Bercakap dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran mendesak Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib menjawab dua soalan berhubung 'Ketuanan Melayu'.

"Pertama, bagaimana boleh rakyat Malaysia menghayati konsep 1Malaysia (dan) 'Ketuanan Melayu' sedangkan konsep ini tidak memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan dari segi bangsa," soalnya.

"Kedua, adakah konsep Ketuanan Melayu yang diperjuangkan Umno selari dengan impian bangsa Malaysia, (yang terdiri oleh) Melayu, Cina, India dan sebagainya."

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak menganggap konsep Ketuanan Melayu tersebut dicipta oleh Umno untuk meraih emosi rakyat berbangsa Melayu.

Pun begitu, beliau mendesak dua parti komponen BN yang lain menyatakan pendirian masing-masing berhubung konsep 'Ketuanan Melayu' yang diperjuangankan Umno.

"Ketuanan Melayu adalah konsep Umno Putra. Adakah MIC dan MCA pun beri sokongan," soal Kula.

"Rakyat nak tahu apakah pendirian mereka (parti-parti komponen BN) terhadap dasar 'Ketuanan Melayu' (yang diperjuangkan) Umno."

Konsep 'Ketuanan Malayu' menjadikan Umno BN sekali lagi dalam persimpangan sama ada mahu terus memerjuangkan semangat perkauman yang sempit, atau berlapang dada dengan konsep 1Malaysia yang liberal.

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri

Azizan minta rakyat tegur kesilapan kerajaan negeri PDF | Print | E-mail
Nazri Abdullah

ALOR SETAR, 8 Dis: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak meminta rakyat negeri itu menegur dan memberitahu tindakan silap dan boleh dianggap zalim yang dilakukan kerajaan negeri.

Berucap pada himpunan bulanan bersama kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Aman semalam beliau memberitahu, kerjasama rakyat itu sangat perlu bagi memudahkan kerajaan negeri bertindak segera bagi membetulkan segala kesilapan demi kesejahteraan rakyat negeri itu.

"Saya mintak semua rakyat tolong tunjuk di mana kerajaan sekarang buat zalim supaya kita dapat baiki.

"Kita mengaku tak semua kita buat adil, kita tak mahu nak jawab depan Tuhan," katanya ketika berucap dihadapan kakitangan dan pegawai kerajaan negeri semalam.

Pada perhimpunan tersebut beliau turut mengingatkan kesemua kakitangan kerajaan negeri cermat dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran agar tidak menzalimi rakyat.

Beliau tidak menolak kemungkinan, kerajaan negeri tidak terlepas dari melakukan perkara tersebut dalam urusan pentadbiran.

"Kita ni pegawai kerajaan. Saya menteri besar, ni ketua jabatan dan exco, kadang-kadang kita buat perkara zalim kat orang, sengaja dan tidak sengaja.

"Saya tekan sangat jangan buat zalim pada orang," katanya .

Lebih lebih lagi katanya, doa orang dizalimi langsung tidak terhijab dan akan dimakbulkan Allah.

Sehubungan itu semua kakitangan di semua peringkat ujarnya perlu berhati-hati agar tidak terjerumus dalam melakukan tindakan yang boleh disifatkan sebagai zalim.

ARKIB BERITA

JOM MELAWAT NEGARA ARAB

MESIR-CAIRO EGYPT
EGYPT - new vision 1
EGYPT - new vision 2
Egypt 1 - Cairo
Egypt 2 - Alexandria & Siwa Oasis
Egypt 3 - Nile Cruise
Egypt 4 - Aswan & Abu Simbel
Cairo-Egypt- مصر- القاهره
Beauty of Egypt
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 1
Street Food-Cairo-21 July 8-Part 2
Tips for Traveling to Taba, Egypt
Travel Tips for Cairo
Cairo 2008
Alexandria
Alexandria Streets, Egypt
SAUDI ARABIA
WELCOME TO SAUDI ARABIA
saudi arabia short documentry
Saudi Culture Janadreia Full
Beautifull Saudi Arabia
Saudi Arabia: Building for the future
The Kaabah in Mecca, Saudi Arabia
Masjid Nabawi
Inside Masjid an Nabi - History Part 1of 2
Inside Masjid an Nabi - History Part 2of 2
The History of the Prophet's Mosque (1)
A History of the Prophet's Mosque 2 of 2
History of Madina - part 1/3 (Arabic)
History of Madina - part 2/3 (Arabic)
History of Madina - part 3/3 (Arabic)
YAMAN
WELCOME TO YEMEN
Life in Yemen
Sanaa City, Capital of Yemen صنعاء اليمن
Yemen - Kawkaban and Marib
QATAR
WELCOME TO QATAR
The Pearl Qatar - Riviera Arabia
Qatar Tourism "Heart of the Gulf"
Insider Travel Information on Doha
U.A.E.
Welcome to Dubai
Welcome to Dubai 1
Welcome to Dubai 2
Welcome to Dubai 3
Welcome to Dubai 4
Burj Dubai Armani
Dubai Asmaran Bawadi
Burj Dubai History Rising
Dubai World Islands
The best buildings of this world
Burj Al Arab-World's only 7star hotel
AMAN JORDAN
" Welcome to Jordan!"
Welcome to Jordan - (1)
Welcome to Jordan
Killing The Dead Sea - Jordan
Welcome to Jordan! (3:43)
WELCOME TO JORDAN
Ziarah Amman, Jordan
BAHRAIN
The Kingdom of Bahrain
A tour in City Center Mall Bahrain
Bahrain Tour Slideshow
KUWAIT
Kuwait City, مدينة الكويت,
Kuwait Liberation - English Version
New Kuwait City
IRAQ
The Beautiful iraq
Beautiful Iraq before the War
Beautiful Iraq
OMAN
Beautiful Oman
Oman - Muscat
Muttrah Souq Muscat Oman
Muscat - Capital of Oman
Visiting Oman
LEBANON
Welcome To Lebanon
Beirut, Lebanon
Beautiful Lebanon
4 days in Lebanon
Beirut- Lebanon- لبنان - بيروت
Lebanon, the Pearl of the Middle East
Lebanon-beautiful country in the world
SYRIA
Welcome to SYRIA
Welcome to Syria
Syria The Beautiful
Syria: Tourist Attractions
Syria: Damascus
Damascus, Syria
New Path to Damascus - Syria
PALESTINE
Baitulmaqdis Masjidil Aqsa 01
Baitulmaqdis Masjid Aqsa Zikir & Selawat 02
B. Maqdis Dome Of The Rock 03
B. Maqdis Maqam N. Daud & N. Musa 04
B. Maqdis Laut Mati & Maqam N. Shueb 5
Baitulmaqdis Ashabul Kahfi 06
MOROCCO
Welcome to Morocco Part 1
Welcome to Morocco Part 2
Welcome to Morocco Part 3
Welcome to Morocco
Welcome to Morocco
Casablanca Morocco
King Hasan Mosque - Casablanca (Morocco)
Inside the King Hassan II Masjid-Casablanca

CARIAN DALAM BLOG INI


powered by FreeFind

CARIAN KE WEB LAIN